::..|_ Paradigm Shift _|..::

" … Only in the remembrance of Allah do heart find peace. (Ar-Ra'd, 13:28) "

Shifting_Paradigms #3 : Oh Saudara..


Assalamualaikum wbt ^_^ ...................

Fuhh..akhirnya abis gak 4 colloq (exam) untuk minggu nie...jadi hari nie ada masa skit untuk tgk2 internet..rsanya dah lama x berblogging..jadi ari ni alhamdulillah terkenang semula satu kenangan yg rasanya agak menarik utk dikongsi...

Sebulan lalu rasanya, diri ini diizinkan Allah untuk menziarahi masjid yg ada di bumi moscow nie...secara keseluruhan, klu x silap ada 3 masjid terbesar kt sni, alhamdulillah kitaorang dapat pergi ke salah satu masjid tersebut...masjid Prospekt Mira..

Baru sahaja keluar dari station metro tue dah nmpk beberapa komuniti Muslim yg sentiasa mengukirkan senyuman pada bibir2 mereka..agak sukar gak nak tgk orang kt sni senyum..hehe..sampai saja di pintu masjid tersebut, kami disapa oleh beberapa orang Russian muslim..bertanyakan kabar dan dari mana kami datang...sememangnya kedatangan kami amat dorang alu2kan..

Pada asalnya kami cuma nak bersolat asar sahja kemudian pulang, tp sebaik sahaja abis solat, kami ditegur pula oleh seorang pemuda yg fasih berbahasa inggeris...dia mengajak kami berborak sebentar...agak menarik..belum pernah rasanya ada orang yg nak berborak panjang dgn kami kt sni..

Diri ini masih xboleh lupa apa yg pemuda tue ckp, dia menyampaikan tazkirah kepada kitaorang ttg kehidupan muslim di seluruh dunia dan kepentingan bersaudara...kadang-kala dia berbahasa Rusia utk men'translate'kan perbualan kami kepada beberapa orang di sekelilingnya..

'In this world, no matter where u come from, where u live, what is ur race n what language do u speak...we will always be united by one name, ISLAM....Russia, Indonesia, Pakistan, or even Malaysia...Islam will unite us all, Islam will bring the true peace to each n everyone of us..cause we are all BROTHERS...n BROTHERS care for each other..' (antara kata2 dia)

Nabi Bersabda :“Tidak sempurna iman seseorang, hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai diri sendiri.” (Muttafaq Alaih )

Ya Allah, lepas dengar kata2 pemuda tadi, rasa mcm ada satu aura dlm diri ini..rasa terbangkit untuk mendalami Islam itu dengan lebih mendalam...pertama kali mendengar kata2 sebegitu drp seorang Muslim yg diri ini sendiri baru kenal untuk 5 minit sahaja...setiap senyuman yg dia ukirkan mengunFont sizegkai suatu kedamaian dalam dirinya..membuktikan kesucian tingkah laku dan hatinya..

Sememangnya xdpt kita nafikan betapa Islam itu mengajar kita untk menyayangi antara satu sama lain. Kekuatan Islam itu terletak pada jemaahnya, jikalau rapuh jemaah tersebut, maka rapuhlah keseluruhannya...bagaimana dengan diri kita ? Adakah kita sanggup berkorban utk saudara kita sendiri sebagaimana zaman para Rasulullah dan para sahabat dulu ? Sehinggakan diri mereka sanggup berlapar, teringatkan jiran dan saudara lain yg belum menjamah apa2..

Atau adakah kita masih dalam tidak sedar, memanggil saudara2 kita dengan panggilan2 'pelik' , mengumpat mereka di belakang, dan membuka aib mereka ? Adakah kita mahu 'dendam kesumat' kita itu kelak menjadi penghalang ke syurga di akhirat nnt ?

Jadi, bersama2lah kita 'shift paradigms' kita, menukar sikap 'benci' kepada 'sayang' .. dan hapuskan 'dendam' dengan 'kemaafan' .. Sesungguhnya Allah itu Maha pengampun lg Maha pengasih.. Diri ini juga selalu lupa dan lalai terhadap semua ini, insya Allah mudah2an Allah berikan kekuatan kepada kita untuk membentuk satu ' saf persahabatan ' yg lurus..zahir dan batinnya.. Insya Allah ^_^ ..

p/s : teringat plak lagu 'teman sejati' .. hoho.. :)



Shifting_Paradigms #2 : Fitrah Kejadian...



" Tidaklah mungkin bagi matahari mengejar bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Masing2-masing beredar pada garis edarnya " (Yasin 36:40)

Setiap benda yg Allah ciptakan di muka bumi ini sentiasa 'berputar' dalam satu paksi fitrah mereka yg tersendiri,..Bukan sahaja bulan dan matahari..tetapi kesemua ciptaan Allah itu pasti mempunyai arus jalinan fitrah masing2..seperti tumbuh2an hijau yang fitrahnya tumbuh secara menjalar, pasti akan tumbuh menjalar juga...pokok betik yg fitrahnya mengeluarkan buah betik, pasti akan menghasilkn buat betik, jarang sekali mengeluarkan buah kelapa..apakan lg buah epal...kesemuanya menjalani satu 'cycle' kehidupan yg berlandaskan fitrah masing2..mereka x pernah engkar dgn fitrah tersebut...pernahkah agaknya kita terlihat pokok pisang terhasil drp biji durian ? sudah tentu tidak, bukan ? ! ..

Bagaimana pula dengan binatang ?...Allah SWT dengan sifatnya yang Maha Bijaksana telah menciptakan binatang dengan pelbagai bentuk dan rupa...ada yg berkaki dua, ada yg berkaki empat...ada yg bertaring dan ada yang bertanduk...setiap penciptaan Allah itu datang dengan hikmahnya yg tersendiri...cuba kita lihat bagaimana binatang2 ini hidup...yg bergelar 'kucing' , menjadi fitrahnya untuk mengiau, jarang sekali mengembek...yg bergelar 'kerbau' pula, menjadi fitrahnya untuk tinggal dalam lopak, bukannya di resort atau inn...yg herbivor menjadi fitrahnya untuk memakan tumbuhan, bukannya daging..pernahkah agaknya kita terlihat seekor lembu memakan KFC ? Tentu sahaja tidak, bukan ? Kesemua haiwan di dunia ini hidup dalam 'cycle' mereka yg tersendiri..mereka patuh kepada fitrah kejadian mereka, meskipun tidak berakal...

Namun begitu, cuba kita renungkan pula keadaan kita sebagai manusia yg dikurniakan akal untuk berfikir...dikurniakan mata yg boleh melihat, tangan yg boleh menaip, dan telinga yg boleh mendengar...tetapi sejauh manakah kita mengikut 'cycle' fitrah yg telah Allah tetapkan utk kita ? Kita tahu fitrah sebenar seorang hamba muslim itu adalah untuk beribadat kepada Allah dan menjadi khalifah di muka bumi ini...namun mengapa kita masih terleka, lalai dan lupa kepada fitrah sendiri ? Kita sentiasa ada masa untuk mengejar fatamorgana dunia, tp kita selalu xda masa untuk mengejar realiti akhirat.. Kita selalu je ada tenaga untuk menyanyi dan gelak ketawa...tp kita selalu xda kekuatan utk beramal di jalan Allah...layakkah sebenarnya kita menggelarkan diri kita sebagai 'manusia' yg sebenar ? Sedangkan haiwan dan tumbuhan semua mengikut 'cycle' fitrah mereka..mengapa tidak kita yg berakal ini ?

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku.” (Surah Adh Dhariyat – [51:56])

Insya Allah, bersama2lah kita 'Shift Paradigms' masing2...menghalakannya 'straight' ke arah pandangan Islam yg sebenar, yakni untuk menjadi 'manusia' yg sejati...manusia yg diredhai Allah SWT...dan manusia yg mengharap hanya kepada-Nya..diri ini jg sering kali leka dan lalai terhadap tanggungjawab tersebut, maka jadikanlah amalan saling mengingati itu, amalan kita semua ^_^ ..

" Maka apakah kamu mengira kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami ?. Maka Maha Tinggi Allah, Raja yang sebenarnya; tidak ada tuhan (yang berhak disembah) selain dia, Tuhan yang memiliki A'rasy yang mulia (Al-Mu'minun 23 : 115-116) "



Shifting_Paradigms #1 : Alhamdulillah...

" Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Ali' Imran : 190) "

(23/11/2009) Assalamualaikum wbt semua ^_^ ! ,

Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah...syukur sgt2 kpd Allah SWT, kerana memberikan kekuatan kepada diri ini utk akhirnya membuat blog yg x seberapa ini..sebenarnya dah lama diri ini berniat nk membuat blog seperti kwn2 len, cuma x taw bila masanya akan tiba..Alhamdulillah, pada hari ini, barulah rasa sgt terdorong utk klik button 'sign up' kt blogger.com..hihi..

Sebenarnya, dah lama dah masuk dalam dunia2 blog nie...terutamanya masa kt INTEC dulu, asyik tgk roommate ^_^ berblogging..best gak tgk...byk post dia yg menarik (promote skit, kwn2 batch mesti dah taw sapa)..hihi :p ..

Sebelum ni byk gak baca blog2 orang...daripada yg jenis 'diari online', perkongsian ilmu, sampailah kepada jenis yg mengutuk, xpuas ati dan yg sama waktu dengannya...bg diri ini, x kisah lah nk wat apa ngan blog masing2..tp bukankah lebih baik klu blog nie kita jadikan medan pertemuan dan perkongsian ilmu bersama kwn2 suma ? Memanglah rasa agak 'best' bila dapat tulis mcm2 tentang benda yg kita x puas ati..sama ada kepada manusia len, ataupun kepada diri sendiri..tp blog bukanlah tmpt yg terbaik utk menyuarakan suma tue...

Alangkah baiknya klu dosa dan aib orang tue kita sembunyikan..tp dalam masa yg sama, kita try utk bwk dia ke jalan yg btul..bntu dia sedari kesilapan yg dia dah wat..bukannya membuka aib dirinya...ya Allah, byngkan lah rakan2 suma, bila kita wat satu post ttg aib seseorang...kemudian dibaca plak oleh followers kita...tidakkah kita menanggung beban dosa yg agak besar di situ ? Bukan sahaja followers, boleh jadi org len gak probability-nya agak besar utk sama2 membaca post yg kita wat..sesungguhnya Allah pasti akan melindungi aib kita sekiranya kita melindungi aib saudara2 kita..

Oleh sebab itulah, diri ini awal2 telah menyimpan niat utk membuat blog ni bukanlah utk menceritakan benda2 yg x berfaedah, x baik...tp insya Allah, mudah2an Allah sentiasa berikan petunjuk kepada diri ini utk buat sesuatu berlandaskan landasannya yg lurus..

Mudah2an blog ini boleh menjadi salah satu daripada medan perbincangan dan perkongsian ilmu yg diredhai-Nya...sesungguhnya diri ini juga hanyalah insan biasa yg x lari drp melakukan kesilapan..ilmu yg ada di dada ini juga tidaklah seberapa...tetapi mudah2an dengan peng'klik'kan butang 'sign up' td Insya Allah menjadi titik permulaan kepada satu epilog kehidupan yg dirahmati-Nya..

' Ya Allah, bantulah diri kami yg lemah ini menelusuri arus perjuangan agama-Mu..berikan kekuatan kepada diri kami Ya Allah, dan jadikanlah kami antara golongan yg sentiasa berada di bawah 'kelambu' hidayah-Mu '

Insya Allah, diri ini akan cuba untuk memuatkan seberapa byk perkongsian ilmu yg boleh kita sama2 bincangkan dan hayati ^_^ .. salam..

ShareThis

Related Posts with Thumbnails