::..|_ Paradigm Shift _|..::

" … Only in the remembrance of Allah do heart find peace. (Ar-Ra'd, 13:28) "

Shifting_Paradigms #6 : eh jap, terlupa nk 'make-up' ..




' Meh kita g kuar jap ', ajak seorang rakan kita..


' Nk kuar mana ? '

' Mmmm...g shopping nk ? kita lepak2 jap '

' Ok2 set..jam berapa ? '

' Sekarang ah..aq ada kerja petang nie '

' Sekarang !!??, aq nk kena mandi lg, pakai bedak, minyak wangi suma '

' Laa...kena 'make-up' gak ke ? '

Begitulah hakikatnya diri kita di dunia nie..tak kira lelaki mahupun wanita, kita sentiasa ingin kelihatan can
tik dan kemas di pandangan orang len..sumanya perlu di-'make-up' .. muka, pakaian, rambut, termasuklah bulu mata, semuanya kita kena pastikan kelihatan teratur,cantik dan bersih di mata manusia len..maklumlah, takut2 nnt kita plak diumpat kat belakang..digelar pengotor, 'fashion-disaster' dan sebagainya..

Maka, tatkala diri kita diajak untuk keluar meskipun ke taman sahaja sebenarnya, ataupun bertemu rakan2 kita, perbuatan membersihkan diri dan 'make-u
p' itu seolah-olah menjadi suatu 'obligatory-act' yg perlu kita laksanakan..mula lah kita mencari sabun 'palmolive' kita..shampoo 'rejoice' kita..pencuci muka 'nivea' kita..minyak wangi 'Dior' kita (wow) .. semata-mata untuk kelihatan anggun/segak di mata rakan2 kita...boleh lah dapat pujian skit..digelar comel, cantik, hensem dan sebagainya..hehe..

Namun begitu, kita sering terlupa...bagaimana pula dengan pandangan Allah terhadap diri kita ? adakah kita cantik dan hensem di sisiNya ? Adakah dengan menggunakan 'make-up' td sudah cukup untuk kita menda
pat keredhaan Allah yg nilainya lebih tinggi drp pujian2 dunia ?

Allah SWT berfirman dlm Al-Quran ;

' Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Sungguh Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering dari lumpur hitam yang diberi bentuk' (Al-Hijr 15:28)

Kita semua dicipta drp satu benda yg kita sendiri di dunia nie klu blh tak nk pun pijak kalau ternampak kt tgh jalan..tak kira sama ada s
eseorang manusia itu cantik, hensem mahupun comel..kita berasal daripada origin yang sama, yakni Adam dan Hawa..dan kita semua jg dicipta daripada bahan yg sama..termasuklah para nabi Allah SWT..tidak ada sebab sebenarnya untuk kita bersikap riak dengan pemberian wajah yg cantik dan hensem, kerana semuanya itu dibentuk daripada lumpur hitam yg hina..

Namun begitu, betapa pengasih dan pemurahNya Alla
h SWT, kita manusia diberikan darjat yang agak tinggi disisiNya..malah boleh jadi lebih tinggi drp para malaikat..sekiranya ROH kita jg di'make-up' dengan sebaik-baiknya..Iman kita diberikan 'bedak' yang terbaik kualitinya..dan hati kita disembur dengan 'minyak wangi' yang terwangi di 'pasaran' Allah SWT ..

Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang diri kita berdasarkan paras rupa sama ada cantik / hensem atau x..tetapi Dia memandang kita daripada sudut takwa dan keimanan kita kepadaNya..itulah kecantikan yang hakiki di sisiNya..

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. (Al-Imran 3:139)


' Adakah pada ketika ini kita lebih mementingkan pandangan manusia daripada pandangan Allah terhadap kita ? ' , itulah persoalan yg agak terbaik untuk kita tny kepada diri kita semua...kerana kadang kala kita lebih leka mencari tompok2 hitam yg ada di muka kita, untuk disapu dengan pencuci muka 'dunia' ..daripada mencari tompok2 hitam yg ada pada hati kita, untuk dicuci dengan pencuci hati 'version' Allah SWT... yakni dengan mendekati diriNya, membaca 'kalam2 mahsyurNya' dan beramal ikhlas keranaNya..

Kita sedar betapa Allah SWT itulah pemberi segala rezeki, pemerhati kita, pelindung kita, dan pencipta kita..tetapi kenapa kita kadangkala lupa kepadaNya ? Sedangkan segala apa yg sedang mengalir dalam darah kita pada masa ini, semuanya datang drp Allah SWT.. tidak ada satu pun benda di dunia nie terlepas daripada pandangan Allah SWT..termasuklah diri dan hati kita yg seringkali alpa..

Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. (At-Taubah : 129)

Insya Allah, marilah kita 'Shift Paradigms' diri kita, kali nie, 'shift' la sebetul2nya straight terus ke arah jalan Allah yg hakiki..memikirkan sejenak adakah diri kita ini lebih mementingkan pandangan dunia dan manusia, yg sekadar berkata-kata melalui 2 biji mata sahaja, ataupun pandangan Allah SWT, pemilik kepada dunia dan sekalian manusia..Tidak salah untuk kita kelihatan cantik/hensem di mata orang lain, tetapi pastikan lah pandangan Allah itu menjadi prioriti utama kita..melebihi segala-galanya ^_^

p/s ; Insya Allah..bersempena dgn maal hijrah nie..marilah kita buat satu 'turning point' terhadap kehidupan kita..berhijrah ke arah kebaikan..mudah2an kita sentiasa berada dlm rahmat-Nya..Insya Allah ^_^ ..

Nk kongsi video ustaz hasrizal semasa menyampaikan ceramah dlm rncangan MHI pada cuti maal Hijrah yg lalu..insya Allah, byk benda kita blh dapat walaupun sekejap sahaja..



"Percaya untuk Berjaya" :)

Shifting_Paradigms #5 : Syukurkah Kita ?




Kalaulah tiba2 pada suatu hari, malaikat datang kepada kita, kemudian mengatakan, ' Nah, ni ' bil bayaran ' kamu untuk bulan nie ' sambil menghulurkan kertas yg pnjngnya berjela2..kemudian pada kertas tersebut tertulislah pelbagai benda yg kita 'sewa' dan pinjam daripada Allah SWT untuk bulan nie ;


Bayaran Sewa utk 2 biji mata yg cantik dan extra comel - RM?????

Bayaran Sewa utk sepasang kaki dan tangan yg xda cacat-cela - RM ?????

Bayaran Sewa utk sepasang telinga yg boleh mendengar dengan baik sekali - RM????

Bayaran Sewa utk hidung yg boleh menghidu bau masakan ibu yg lazat - RM????

Bayaran Sewa utk mulut yg x henti2 mengeluarkan perkataan - RM????

Bayaran Sewa utk ?????? cm³ 'Oxygen' - RM????

Bayaran Sewa utk duduk di Bumi Allah yg serba indah nie - RM?????

Bayaran 'Service' Malaikat yg menjaga dan memerhati - RM?????

Bayaran Sewa sungai dan laut Allah - RM?????

Bayaran Sewa utk ....... - RM????

Bayaran Sewa utk ....... - RM????

Bayaran Sewa utk ....... - RM????

Lain2 Caj - RM?????

Denda kerana rosakkan barang yg disewa - RM ???????

Sewa bulan lalu yg x dilangsaikan - RM ??????

...............

..............., ......................., ......................, dan .................


tambah darab bahagi suma, maka dapat lah

TOTAL kesemuanya - RM??????????????????????????????????????????????????????


(Fuh...sampai esok pun x abis tulis sumanya)


Agak2nya mampu x kita nk bayar suma tue ? mmmm....mungkin ada antara kita yg tertanya..berapa bayaran utk sepasang kaki dan tangan tue ek ? klu nk compare nilainya dengan 'emas' dunia...rasanya sanggup x kita gadaikan tangan, kaki, mata atau telinga kita nie utk segunung emas dan permata ? Sudah tentu tidak, bukan ? Klu lah satu gram emas tue sama ngan RM101.25 ... segunung emas berapa ringgit ? Mesti berlonggok ...hoho.. klu cmtue, sewanya berapa lah ? kalkulator Casio kita pun bingung gak agaknye nk kira suma...hehe..itu belum campur ngan bayaran sewa sungai , laut , udara suma lg...

"Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (an-Nahl: 18).

Rakan2 pembaca semua...


Begitulah hakikatnya nikmat pemberian Allah SWT yg tidak ternilainya kepada kita..klulah setiap bulan malaikat akan datang dan menuntut semua tue daripada kita, agaknya adakah kudrat kita nk langsaikan sumanya sekali ? Allahu A'lam..

Tetapi Maha-PengasihNya Allah SWT kepada kita, segala2nya diberikan secara percuma ..udara, bumi, makanan, sungai, laut dan pancaindera kita..semuanya free !!

Cubalah bayangkan tatkala rakan kita menghadiahkan kita sehelai baju yg kita idam2kan..sudah tentu kita rasa begitu gembira dan terharu, bukan ? Selepas tue sudah tentu kita akan meletakkan azam dan janji untuk membalas budinya suatu masa nnt..

Tetapi , apakah yg telah kita balaskan kepada Allah SWT atas kurniaanNya yang Ter-sangat2-paling banyak dan tinggi nilainya itu ? Sedangkan hantaran khawin pun kena ada balasan gak :p , pemberian Allah SWT kenalah balas gak...Nk bayar ngan wang, mmg sah2 kita xde..

Adakah cukup dengan sekadar mengaku diri kita sebagai hamba Allah SWT ? , sedangkan hati dan amal kita masih tidak seteguh lidah yg berkata-kata.. atau adakah cukup dengan sekadar memberi sedekah kepada fakir miskin di jalanan ? sedangkan nikmatNya yg lain kita guna ke jalan yg salah..

Allah berfirman dalam Al-Quran ;

Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras (Ibrahim: 7)

Allah SWT x meminta apa2 daripada kita selain syukur dan takwa kita kepada-Nya...mentaati suruhan-Nya, dan menggunakan nikmat-Nya di jalan kebenaran...Tetapi sekiranya kita kufur kepada nikmat-Nya...sedarilah kita betapa azab Allah itu suatu yg pasti..

Insya Allah, sekiranya kita bersyukur dan menggunakan nikmat pemberian Allah ini dengan sebaik2nya..sudah tentu Allah akan berikan ganjaran terbaik kepada kita, yakni syurga-Nya..Sesungguhnya Allah tak pernah rugi kerana sifat-Nya itu Maha Kaya...tetapi kitalah yg akan rugi kerana lupa kepada pencipta dan pemilik kita yg hakiki..

Oleh itu, marilah kita 'shift paradigms' masing2, mengingatkan semula kepada diri kita betapa segala2nya di alam semesta ini adalah milik Allah SWT..dan kita pula hanyalah sekadar hamba-Nya yg hina..meminjam nikmat2-Nya yang pasti akan di-'interview' oleh Allah suatu masa nnt..sekiranya kita mempunyai masa yg byk utk membalas comment kwn2 kita kat facebook, kenapa kita xda masa nk memikirkan, apakah pula agaknya 'comment' Allah trhadap diri kita sekarang..dan sekiranya kita boleh menghabiskan masa berjam-jam dengan buku anatomi kita, kenapa tidak dengan Al-Quran Allah SWT, yakni kalam dan 'ayat2 cinta-Nya' yang sejati ? Insya Allah, kita ambillah masa walaupun seketika untuk mengucapkan 'Alhamdulillah' atas segala kurniaan Allah ini..dan bacalah 'kalam2 indahNya' yg diturunkan khas kepada kita itu sebagai bukti cinta dan syukur kita kepada-Nya ^_^

Insya Allah..Bersama2lah kita berdoa mudah2an kita dimasukkan dalam kalangan hamba-Nya yg sentiasa bersyukur ^_^ ..

p/s - 'there are some things money can't buy, for everything else, there's M*****Card !!?? ' Ye ek ? No.. There's Allah SWT ^_^ ' ..hihi..

Jom kita 'karaoke' kejap ^_^ ..



Shifting_Paradigms #4 : Hidup ini Ibarat Colloq (exam) .. hehe




_= Credit to bapak (firdaus) untuk post ini :) .. =_

Exam..exam...exam...rasanya dari kecik lg kita dengar perkataan nie...dan setiap kali mendengarnya..konfirm hati x tenang, rasa 'rushing', takut dan sebagainya..itulah hakikat exam dunia..dan kalau kitaorang plak kat moscow nie..taw je ada 'colloq' esok, mmg gerenti malam ni x cukup tdo..huhu..

Memandangkan bulan nie tgh musim colloq..teringat plak masa bapak (firdaus) memberi tazkirah ttg 'Islam - a way of life' .. agak menarik setiap bait huraiannya..jadi apa2 pun, tq kt firdaus untuk post kali ni..^_^

Mmm..kembali kepada isu 'exam' td...rasanya xramai orang yg suka kt benda nie..sebab exam kebanyakannya kita ibaratkan sebagai susah lagi menyusahkan..mkn x kenyang, tido x lena, mandi x basah, sumanya dek exam..ye ke ? haha..

Tp, ada kah exam yg senang ? exam yg mana kita boleh meniru secara halal, dan xde sapa2 yg marah klu tiru 'exam' orang len ? jawapannya..ada...iaitu 'Exam Allah SWT'...

Hidup nie ibarat colloq..kita ditempatkan dalam satu dewan peperiksaan (Alam ini) , dalam exam tersebut ada ketua pengawas (Allah SWT) dan pembantunya (para mailakat) yg sentiasa memerhati gerak-geri kita.. exam ni kita ambik bersama-sama dengan orang lain (saudara2 kita) .. dan kena jawab paper exam (pertanyaan2 Allah) dengan tepat dan betul .. cuma bezanya dengan colloq dunia, kali ini 'pen' kita adalah hati kita..dan buku rujukan kita pula ialah al-quran dan as-sunnah...

Betapa pemurahNya Allah SWT itu, dibenarkan pula kita meniru dalam exam ni..klu nk bukak buku rujukan tue bukak lah, kajilah dari awal sampai abis semua ayat tersebut..tirulah setiap satu ayat2 dalam tue, transferkan ke paper dgn 'pen' kita td..xde orang nk marah..malah digalakkan !! (susah ke senang exam tue? ) ..Bukan tue sahaja, kalau nk tiru drp orang len pun boleh...tp jangan salah tiru plak..Ketua pengawas pesan, klu nk tiru, tiru Rasulullah SAW .. jawapan yg plg terbaek !!...mmg xkan fail pny lah...

O ya, exam Allah SWT xda 'repeat2' atau 'pending' .. boleh wat sekali sahaja..cuma period nk jwb tue berbeza utk setiap drp kita..

Tp, mengapa kita xnk bukak buku rujukan ? mengapa x nk tiru Rasulullah SAW ? klu lah dalam exam dunia kita mmg sah2 dibenarkan bukak buku rujukan..sapa rasanya xnk ? dah tu dibenarkan plak tiru paper exam student yg paling 'top' kat sekolah...

Itulah hakikat hidup kita, Allah SWT dah awal2 berikan kita kesenangan untuk jawab exam2-Nya di dunia nie, cuma kita yg wat2 'pro' , xnk ambik kesempatan yg Allah bg..di manakah kedudukan kita yg sebenarnya ? Klu lah cuma 'pen' biru sahaja yg Allah benarkan untuk menulis dalam exam tersebut...warna 'pen' apakah agaknya kita guna ? Mungkinkah Hitam ? Merah ? atau Pink ??

Allahu A'lam..

Insya Allah, sekali lagi, bersama-samalah kita 'shift paradigms' masing2..memikirkan sejenak apakah kita akan dapat A,B,C ataupun D dalam Exam Allah SWT ini..diri ini juga insan yg lemah dan hina, oleh itu, marilah kita ber-sama2 berpesan ke arah kebaikan..mudah2an, dengan berkat dan hidayah drp Allah, kita akan dapat menghadapi Exam Allah ini dengan cemerlang.. insya Allah ^_^ ..

p/s : colloq dunia klu leh bukak buku, fuhh...hehe..


ShareThis

Related Posts with Thumbnails