::..|_ Paradigm Shift _|..::

" … Only in the remembrance of Allah do heart find peace. (Ar-Ra'd, 13:28) "

Shifting_Paradigms #4 : Hidup ini Ibarat Colloq (exam) .. hehe




_= Credit to bapak (firdaus) untuk post ini :) .. =_

Exam..exam...exam...rasanya dari kecik lg kita dengar perkataan nie...dan setiap kali mendengarnya..konfirm hati x tenang, rasa 'rushing', takut dan sebagainya..itulah hakikat exam dunia..dan kalau kitaorang plak kat moscow nie..taw je ada 'colloq' esok, mmg gerenti malam ni x cukup tdo..huhu..

Memandangkan bulan nie tgh musim colloq..teringat plak masa bapak (firdaus) memberi tazkirah ttg 'Islam - a way of life' .. agak menarik setiap bait huraiannya..jadi apa2 pun, tq kt firdaus untuk post kali ni..^_^

Mmm..kembali kepada isu 'exam' td...rasanya xramai orang yg suka kt benda nie..sebab exam kebanyakannya kita ibaratkan sebagai susah lagi menyusahkan..mkn x kenyang, tido x lena, mandi x basah, sumanya dek exam..ye ke ? haha..

Tp, ada kah exam yg senang ? exam yg mana kita boleh meniru secara halal, dan xde sapa2 yg marah klu tiru 'exam' orang len ? jawapannya..ada...iaitu 'Exam Allah SWT'...

Hidup nie ibarat colloq..kita ditempatkan dalam satu dewan peperiksaan (Alam ini) , dalam exam tersebut ada ketua pengawas (Allah SWT) dan pembantunya (para mailakat) yg sentiasa memerhati gerak-geri kita.. exam ni kita ambik bersama-sama dengan orang lain (saudara2 kita) .. dan kena jawab paper exam (pertanyaan2 Allah) dengan tepat dan betul .. cuma bezanya dengan colloq dunia, kali ini 'pen' kita adalah hati kita..dan buku rujukan kita pula ialah al-quran dan as-sunnah...

Betapa pemurahNya Allah SWT itu, dibenarkan pula kita meniru dalam exam ni..klu nk bukak buku rujukan tue bukak lah, kajilah dari awal sampai abis semua ayat tersebut..tirulah setiap satu ayat2 dalam tue, transferkan ke paper dgn 'pen' kita td..xde orang nk marah..malah digalakkan !! (susah ke senang exam tue? ) ..Bukan tue sahaja, kalau nk tiru drp orang len pun boleh...tp jangan salah tiru plak..Ketua pengawas pesan, klu nk tiru, tiru Rasulullah SAW .. jawapan yg plg terbaek !!...mmg xkan fail pny lah...

O ya, exam Allah SWT xda 'repeat2' atau 'pending' .. boleh wat sekali sahaja..cuma period nk jwb tue berbeza utk setiap drp kita..

Tp, mengapa kita xnk bukak buku rujukan ? mengapa x nk tiru Rasulullah SAW ? klu lah dalam exam dunia kita mmg sah2 dibenarkan bukak buku rujukan..sapa rasanya xnk ? dah tu dibenarkan plak tiru paper exam student yg paling 'top' kat sekolah...

Itulah hakikat hidup kita, Allah SWT dah awal2 berikan kita kesenangan untuk jawab exam2-Nya di dunia nie, cuma kita yg wat2 'pro' , xnk ambik kesempatan yg Allah bg..di manakah kedudukan kita yg sebenarnya ? Klu lah cuma 'pen' biru sahaja yg Allah benarkan untuk menulis dalam exam tersebut...warna 'pen' apakah agaknya kita guna ? Mungkinkah Hitam ? Merah ? atau Pink ??

Allahu A'lam..

Insya Allah, sekali lagi, bersama-samalah kita 'shift paradigms' masing2..memikirkan sejenak apakah kita akan dapat A,B,C ataupun D dalam Exam Allah SWT ini..diri ini juga insan yg lemah dan hina, oleh itu, marilah kita ber-sama2 berpesan ke arah kebaikan..mudah2an, dengan berkat dan hidayah drp Allah, kita akan dapat menghadapi Exam Allah ini dengan cemerlang.. insya Allah ^_^ ..

p/s : colloq dunia klu leh bukak buku, fuhh...hehe..


0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts with Thumbnails