::..|_ Paradigm Shift _|..::

" … Only in the remembrance of Allah do heart find peace. (Ar-Ra'd, 13:28) "

Shifting_Paradigms #8 : | Jadilah Seperti Modulus |



Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah
.
-Saidina Abu Bakar As-Siddiq

Demikianlah kata2 sahabat baik Rasulullah SAW..sahabat yg sentiasa berada di sampingnya..sahabat pertama yg membenarkan segala sabdanya, perbuatan dan perkataanya..Dialah antara sahabat dan teman sejati junjungan Rasulullah SAW..yang mengorbankan segala harta,masa dan dirinya demi agama yg tercinta, Islam..Beliau memimpin umat Islam dengan penuh keadilan dan ketaatan kepada Allah SWT..Demi Islam, beliau sanggup melakukan segala2nya..dan namanya alhamdulillah, sentiasa berada dalam ingatan kita :) ..

Untuk post kali nie, diri ini teringat tatkala cikgu2 mengajar matematik kt mktb dahulu..ttg modulus...klu nk diberikan definition yang tepat ttg modulus..pakar matematik pasti mempunyai pendapat yang lebih detail drp apa yg kita tahu..namun, kalau nk diikutkan konsep simple modulus ( | a | ) , setiap equation atau kiraan yang menghasilkan produk = a , tidak kira positif atau negatif ... jawapan atau nilainya akan tetap dikira sebagai positif..sebagai contoh ;

| 4 - 7 | = | -3 | = 3
Di bawah ini pula adalah contoh Modulus Equation, y = | x | .. tidak kira sama ada (-) atau (+) .. tidak akan ada satu pun point dalam graf yang berada di dalam region negatif..


Dan daripada konsep inilah, diri ini cuba untuk membuat satu post berkenaan konsep modulus yang 'definition'nya ada sangkut-paut dengan kata-kata indah Saidina Abu Bakar As-Siddiq tadi...

Jadilah seperti modulus, yakni jadilah seperti pokok yang meskipun dilempar dengan batu ( - ) ... akan tetap membalas dengan menghasilkan buah (+) ^_^ ..

Dalam kehidupan seharian kita, sudah pasti kita akan bertemu dengan pelbagai perkara atau insan yang kadangkala menyakitkan hati kita, melukakan perasaan kita, atau mencela kita..sama ada berbentuk zahir mahupun batin...dan kita pula kadangkala terlalu mengikutkan hawa nafsu, tidak mampu melawan ego masing2, turut sama melemparkan celahan dan makian kepada setiap perkara yang melanda kita..

Dendam menjadi suatu kepastian dalam diri kita, dan diri akan sentiasa mencari jalan untuk membalas 'dendam' tersebut, meskipun dengan cara yang terburuk sekali..kita terpengaruh dengan konsep 'Revenge is sweet' , yg kononnya akan memberikan kita kepuasan hati pada penghujungnya..rasa puas melihat saudara2 kita sendiri menderita atas perkara buruk yang pernah dilakukannya..rasa puas melihat mereka jatuh kecundang, menangis teresak-esak memohon simpati dunia..puas melihat mereka meronta-ronta mengharapkan pertolongan yang tak kesampaian..puas melihat mereka dicaci maki, seolah-olah pembalasan telah tiba kepada mereka..maka, manusia jenis apakah kita ini ? Inikah konsep yang Islam ajarkan kepada kita ? Inikah namanya berpegang kepada 2 perkara yang Rasulullah tinggalkan kepada kita, yakni Al-Quran dan As-Sunnah ? Atau inikah namanya 'mencintai saudara sebagaimana kita mencintai diri kita sendiri ? Allahu A'lam..

Hadis Riwayat Imam Ahmad ; ' Orang yang kuat itu bukan terletak pada kemampuan berkelahi, tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan diri mereka ketika sedang marah '

Tidak kira dalam keadaan apa sekalipun cacian atau celahan yang datang kepada kita, bersabarlah dan balaslah segala-galanya itu dengan kebaikan...Rasulullah sendiri telah memberikan kita contoh yang agak terbaik..meskipun baginda dicaci, dimaki, dipulau, dilempar dengan batu dan najis..beliau tetap bersabar dan tidak ada sekalipun perkataan berbentuk makian yang terkeluar daripada mulut baginda Rasulullah...Tentu kita masih teringat bagaimana Rasulullah diherdik dan dibaling batu sehingga berlumuran darah tatkala menyampaikan utusan Allah di bumi Thaif..Adakah baginda merungut ? Adakah baginda pulang semula ke Mekah dan mengutuk keburukan penduduk Thaif kepada sahabat2 baginda ? Adakah baginda membalas dendam dengan mengisytiharkan perang kepada penduduk di kota tersebut ? Tidak..Tidak sama sekali..beliau sedikit pun tidak melawan mereka dengan sebarang cacian atau kata2 kesat..inikan pula dengan mata pedang..

Bagaimanakah agaknya kalau kita yang berada di tempat Rasulullah pada ketika itu ? Tentu ingin sahaja kita membaling batu semula ke arah mereka...tentu kita membenarkan sahaja tawaran malaikat Jibril untuk meruntuhkan gunung yang berada disekitar kota itu untuk menindihkan semua penduduknya...tetapi betapa mulianya teladan Rasulullah SAW, junjungan kita, baginda dengan sifat kasih-sayangnya bersabda, “Walaupun mereka menolak ajaran Islam, dengan kehendak Allah, keturunan mereka pada suatu saat nanti akan menyembah Allah dan beribadah kepada-Nya" .. Baginda turut berdoa dalam perjalanan pulangnya, tanpa menyimpan sebarang dendam atau perasaan marah terhadap penduduk2 Thaif..Baginda tidak mengutuk mereka, dan tidak mengambil tindakan balas dendam meskipun diberi kesempatan untuk melakukannya..

Oh Rasulullah, betapa cantiknya akhlakmu, betapa tingginya kemuliaanmu, sesungguhnya engkaulah pesuruh Allah, contoh yang terbaik untuk sekalian umat..

Rakan2 pembaca sekalian,

Bagaimana dengan kita ? Mengakukah kita sebagai umatnya, sedangkan nafsu marah dan sikap kita tidak melambangkan langsung sebagai pengikutnya ? Maka, umat apakah kita ? Ajaran siapa yang kita ikuti ? Siapa yang kita teladani sepanjang kehidupan kita di bumi yang hina ini ? Sedangkan sifat dendam dan marah masih lagi membara dalam diri kita..

Marilah kita muhasabah diri sebentar, merenung sejenak sejauh manakah kita 'react' terhadap segala perkara (-) yang telah dilemparkan kepada kita .. Marah ? Menyampah ? ataupun dengan cara Rasulullah SAW ? menghadapi segalanya dengan sabar disamping berdoa, mudah2an Allah bukakan pintu hati insan yang melukakan kita, menyakitkan hati kita, ataupun mencaci-maki diri kita..

Yakinlah betapa 'acid' tidak boleh dilawan dengan 'acid' sekiranya kita ingin menghasilkan 'result' yang 'neutral' ..

Berikanlah kasih sayang, nescaya kalian akan dikasihi dan berikanlah keampunan, nescaya kalian akan diberi keampunan. Celakalah bagi orang-orang yang mendengar perkataan, tetapi tidak mengamalkan dan celaka pula bagi orang-orang yang terus menerus berbuat dosa yang mereka kerjakan, sedang mereka mengetahui (larangan berbuat dosa itu)
( Riwayat Imam Ahmad )

Oleh itu, sekiranya perkara (-) melanda kita, | 'MODULUS'kan | lah perkara tersebut, yakni membalasnya dengan kebaikan, senyuman dan kasih sayang..Insya Allah, pada penghujungnya, sudah pasti produk (+) yang kita perolehi ^_^ .. syaitan itu begitu licik taktik dan strateginya, maka bersama2lah kita berdoa, mudah2an Allah berikan kekuatan dan ketabahan kepada kita untuk menghadapinya..

' Shift Paradigms ' kita, ' Shift Sikap2 ' kita, dan ' Shift Ketakwaan ' kita...ke arah jalan yang satu, jalan yang disuluh oleh Rasulullah SAW, diterangi dengan cahaya2 hidayah Allah .. yakni jalan Islam .. Insya Allah, sekiranya kita berjaya me-modulus-kan diri kita, sudah tentu sifat marah itu akan disalurkan hanya tatkala ingin memerangi musuh2 Allah dan kekufuran..Diri ini juga sama, sentiasa diuji dengan pelbagai perkara (-) yang kadangkala kecundang dengan nafsu marah..Maka, bersama2 lah kita menjadi seperti modulus,yakni dengan sentiasa bersabar dalam men-positif-kan segala perkara buruk yang melanda diri kita..Insya Allah ^_^

p/s -Hidup x selalunya indah, langit x selalunya cerah.. setitis derita melanda, Insya Allah, segunung kurniaanNya ~ ( Hijjaz - Lukisan Alam ) ^_^


7 comments:

hazim..

terima kasih for the post..
sampai mengalir air mata baca post ni..

aku tahu, aku ni bukanla alim.. bukanla yang terlalu teguh kepada jalanNya..

insyaAllah, blog ini akan ku jadikan rujukan.. semoga kita mampu mendekatkan diri denganNya.. insyaAllah..

terima kasih for the post.. looking forward for the next posts..

lets shift our paradigm..

 

alhamdulillah...mudah2an Allah sentiasa memberikan rahmatNya ke atasmu..jgn risau, Allah akan sentiasa bersamamu..itu janjiNya kepada kita semua ^_^ .. diri nie pun bukanlah seorang yang alim..sentiasa gak lakukan kesilapan..yg penting kita sentiasa ada keinginan nak berubah..memohon rahmat Allah dan hidayahNya..Insya Allah ^_^ ..

 

yeah yeah yeah
'do not repay hatred'
dipetik dari poem if blaja time spm

 

yeah..hatred mmg x bermakna utk di-repay...repay boleh..tp dengan kemanisan ^_^ .. hehe .. dah sihat ke ?

 

Subhanallah..
Konsep yg menarik.. InshaAllah akan cuba diapplikasikn dlm kehidupan..

"Rasulullah saw bersabda,”Allah swt berfirman:Sesunguhnya Aku ada dalam persangkaan hambaKu, dan Aku selalu bersamanya selama ia mengingatKu." (HR. Muslim)

 

thnks for sharing hazim.. i wanna be a modulus too! insyaAllah sknah akn dpt shift my paradigm.. i don't like vengeance either.. lets hope to be stronger from time to time.. :)

 

Ya, jadilah modulus... :)

 

Post a Comment

ShareThis

Related Posts with Thumbnails