::..|_ Paradigm Shift _|..::

" … Only in the remembrance of Allah do heart find peace. (Ar-Ra'd, 13:28) "

Shifting_Paradigms #12 : Genggamlah Kalimah2 Cinta Allah Itu


.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang ::.

Pencipta teragung..
Pengurus teradil..
Penolong terbesar...

Hanya diriNyalah yang berhak mendapat segala pujian..dan hanya melalui ketetapanNya jualah diri kita masih mampu melihat keindahan dunia kepunyaanNya ini..keunikan dan ke-kompleksan setiap lekuk ciptaanNya menjadi petanda bg orang2 yang berakal..maka, layakkah kita memanggil diri kita 'berakal' sekiranya petanda2 tadi cumalah sekadar 'penyejuk mata' sahaja buat kita ? Allahu A'lam..

Salam Ukhuwah Fillah..

Alhamdulillah..bersyukur sgt2 kpd Allah SWT, kerana masih memberikan peluang kepada kita semua utk terus berlegar-legar di muka bumiNya ini dengan tenang sambil menghadap komputer atau membukak 'facebook'...bergelak-ketawa melihat gelagat rakan2 kita dalam photo2 mereka..sedangkan tugas dan tanggungjawab utama kita kepadaNya masih belum lg dilangsaikan..

Kadangkala kita asyik leka membuka '-book' yang satu itu..sehingga terlupa kepada 'book' yang plg utama dalam segala 'books' yang pernah wujud di dunia ini..

'Manual utama' yang dipegang dan dikaji sejak beribu-ribu tahun dahulu..

'Kitab utama' yang membawa kepada suatu revolusi yg agak besar suatu ketika dahulu..

dan 'Surat2 Cinta utama' yang hakikatnya, agak kurang sekali kita baca sekiranya nk dibandingkan dengan SMS2 'utama' itu..


"Dan sungguh, dalam al-quran ini telah kami (jelaskan) berulang-ulang (peringatan), agar mereka selalu ingat. Tetapi peringatan itu hanya menambah mereka lari (dari kebenaran) . (Al-Isra' 17:41)


Insya Allah, untuk post kali ini..diri ini lebih berminat untuk mengupas reaksi dan perangai kita terhadap kitab Allah yang begitu hebat ini..

Suatu kitab yang pada dahulu kalanya, hanya terletak di ruang kosong almari di bilik..merayu dan menangis kerana tidak ada insan yang ingin mengkajinya...dirinya terbatuk-batuk dengan debu-debu yang meratapi dirinya...menunggu masa..bilakah agaknya akan tiba tangan2 insan yang bakal menghilangkan debu2 usang itu =( ..

Ampunilah dosa hambaMu yang hina ini ya Allah =( .. Sesungguhnya itulah antara dosa yang agak besar pernah hambaMu ini lakukan..meninggalkan panduan utamaMu bersendirian tanpa teman...dan berikanlah hidayah kepada saudara2ku yang lain ya Allah, agar tidak mengulangi perbuatan yang sama itu =( ..

Rakan2 pembaca semua,


Rasululllah SAW dalam Khutbah Hujjatul Wada yakni khutbah terakhir baginda ada menyatakan...

“Fahamilah sabdaku ini, wahai manusia! Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

Rasanya kalau diri ini x masukkan sabda Rasulullah di atas ini pun, sudah tentu kita terbiasa dengar ungkapan2 tersebut...amanat2 Rasulullah yang terakhir kepada umat manusia...namun, nampaknya ungkapan ini hanya popular tatkala ingin menjawab soalan Pendidikan Agama Islam sahaja..

Yang memberikan wasiat agung itu bukanlah penyajak mahupun penyair..

Yang menyatakan perkara tersebut bukanlah panglipurlara yang bijak bercerita..

Tetapi yang menyampaikan pesanan 'tunjang' itu tidak lain ialah Nabi junjungan kita..yakni Nabi Muhammad SAW..

Namun begitu..senario dan keadaan kita pada masa kini nampaknya tidak selari dengan tuntutan itu..

Seperti dalam post2 sebelum ini..kita yakin sekiranya kita tidak beriman dan patuhi perintah Rasulullah itu, sudah tentu kita akan sesat..maka,

Tidak sesatkah kita apabila al-quran tidak lagi dijadikan asas dalam berbicara dan melaksanakan hukum ?

Tidak sesatkah kita apabila kalimah2 suci itu tidak lagi dibaca dan didengari di ceruk2 rumah kita ?

Tidak sesatkah kita apabila buku2 setebal harry potter boleh pula 'dikhatamkan' dalam beberapa hari sahaja tetapi bukan al-quran ?

dan tidak sesatkah kita tatkala ayat2 Al-quran hanya diambil beberapa kerat sahaja, dijadikan panduan namun yg selebihnya kita dustakan ?

Oh..berhentilah kita drp menipu diri kita sendiri..tidakkah kita malu mengatakan diri kita berada di jalan yang benar ? Sedangkan ketaatan kita kepada Al-quran masih tidak boleh mengalahkan ketaatan kita kepada 'buku muka' itu..Maka, umat Muhammad kah kita ? Mahukah Rasulullah mengaku kita sebagai pengikutnya kelak ? Dan sampaikah agaknya syafaatnya itu kepada kita ? =( ..

Allahu A'lam...

Rakan2 pembaca yang diri ini hormati sekalian,

Allah SWT telah berfirman dalam kitab agungnya itu..

"Apakah mereka tidak mempelajari Alquran sedalam-dalamnya? Dan, jika Alquran itu bukan dari Sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya." ( An-Nisa' 4:82 )"

Dari 1400 tahun lalu sehinggalah ke hari ini, tidak ada sebarang pertentangan (contradiction) pun yang berjaya dikeluarkan drp kitab suci ini...yang ada pun, hanyalah 'misinterpretation' yang diselangi dengan hujah2 kosong..mengatakan al-quran mengajar keganasan dan sebagainya..tanpa mengkaji asas dan mesej utama yang ingin disampaikan oleh Allah dalam ayat2 tersebut..

Tetapi kita harus ingat betapa Allah ada menerangkan dengan jelas tentang ayat-ayat "Muhkamaat" yakni ayat2 al-quran yang tetap, tegas,nyata serta jelas maksudnya..dan ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya) .. *Mohon para pembaca semua dapat merujuk terjemahan surah Ali-Imran 3:7 untuk lebih memahami maksud perkataan2 ini..Insya Allah..

Diri ini selalu teringat kata-kata seorang brother yang sememangnya telah byk membantu diri ini untuk mengenal islam yang sebenar..jazakallah ya akhi Ariff ^_^ ..

' Al-Quran ini umpama 'beras' kita..kalau buku2 anatomi suma boleh baca smpai stay-up..takkan al-quran takleh baca walau sekadar 1 muka surat pun ? ' - Bro Ariff

Diri ini tatkala awal2 mendengar kata2 itu dahulu..terfikir sejenak..apakah agaknya yang boleh membuatkan al-quran itu digelar 'beras' .. sehinggalah diri ini cuba untuk beristiqamah membacanya.. dan makin lama membaca kitab agung itu, makin banyak kata2 yg 'menampar' diri yang hina ini..dan disebalik tamparan itu..diselangi pula dengan kata2 memujuk..kata2 yang keindahannya membuatkan diri ini rasa sangat menyesal kerana tidak mengkaji satu per satu ayat2 dalam al-quran ini...kenapakah agaknya sewaktu zaman mengaji dahulu tidak terbaca semua ini ? Mungkin kerana tidak membaca terjemahannya..atau mungkin malas ? Yang ada di dalam dada..hanyalah ayat2 yang dikutip drp buku2 teks Agama Islam..sedikit buku motivasi..majalah atau yg diberi oleh penceramah..tetapi yang dikaji sendiri..rasanya agak sedikit sekali..pada saat itu, diri ini terasa sesat sekali..

Rakan2 pembaca semua,

Oleh sebab itulah diri ini membuat post yang tidak seberapa ini..untuk mengajak rakan2 semua untuk sama2 mengkaji kehebatan al-quran yang tidaklah setebal buku medical atau engineering..tapi pengajaran, ilmu, 'tamparan' ^_^ , panduan dan ikutan yang boleh kita ambil drpnya agaklah besar...mungkin selama ini kita memandang al-quran sebagai 'kitab' yang dibaca tatkala ada insan yang meninggal dunia, atau semasa tilawah / tadarus sahaja.. tetapi percayalah rakan2 sekalian, kitab ini lebih drp semua itu..' alamilah sendiri ' dan insya Allah, sesuatu yang baru pasti akan diperolehi..


Rasanya mampukah Ibn Sina digelar 'Bapa Perubatan Islam' sekiranya beliau tidak mengkaji Al-Quran dahulu ? Bagaimana dengan Ibn Nafis ? Al-Razi ? Al-Khawarizmi ? Ibn Battuta ? dan semua Scholars zaman Abbasiyah dahulu ?

Dan rasanya berjayakah Salahuddin Al-Ayubi tawan Jerusalem kalau keimanannya pada Al-Quran tidak kental ? Bagaimana dengan Sultan Muhammad Al-Fateh yg menakluk Constatinople ? ... Kesemua mereka ini insan2 yang hebat..dan rahsia kehebatan mereka tidak lain adalah dengan membangkitkan semangat Al-Quran dalam roh mereka..Roh2 yang akhirnya menjadi lebih dominan drp jasad mereka sendiri..Subhanallah..

Rakan2 semua..

Marilah bersatu untuk 'Shift Paradigms' kita yang silap berkenaan Al-Quran..kalau kini kitab itu sedang berada di ruang2 almari kita..ambil dan bacalah 'ia' .. kerana 'dirinya itu begitu berharga' ..ayat2 yang terkandung dalamnya itu tidak lain datangnya daripada Allah SWT utk kita semua..menjadi pedoman utama dalam pembentukan peribadi yang cantik dan indah..Insya Allah ^_^ ..

"Al-Quran adalah rakan yang mampu memberi syafaat dan lawan yang sentiasa membenarkan. Sesiapa yang meletakkannya di hadapannya, ia akan memimpinnya memasuki syurga dan sesiapa yang meletakkannya dibelakang, ia akan menolak orang itu ke neraka" (HR Ibn Hibban dan al-Baihaqi).



3 comments:

Semakin aku baca..semakin aku tunduk.....

 

pernah xbaca buku quran saintifik? dr danial.try la bce.insyaAllah byk input nye.. ;)

 

pernah dgr nama tajuk buku tue..ada try tgk ulasan dia kt internet gak..agak menarik..insya Allah klu ada kesempatan..nk try cari gak..apa2pun..jazakillah ya ukhti utk recommendation tue ^_^ ..

 

Post a Comment

ShareThis

Related Posts with Thumbnails