::..|_ Paradigm Shift _|..::

" … Only in the remembrance of Allah do heart find peace. (Ar-Ra'd, 13:28) "

Shifting_Paradigms #16 : Membongkar 'Hijab' Hati Dan Madah

.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.

Ilah sejati..Ilah sebenar..dan La Ilaha Illallah ..

Setiap hari kita memberikan pengakuan dengan lidah kita betapa Tiada Tuhan Selain Allah .. Dan Nabi Muhammad Itu Persuruh Allah .. sejak dari kita mula mengenali bacaan2 solat sehinggalah pada hari ini..kita tidak pernah terlupa utk mengucapkan kalimah agung lagi suci itu..

Kalimah yang membezakan antara Abu Jahal dan Bilal Bin Rabah R.A ..

Kalimah yang menjadi pegangan Khalid Ibn Al-Walid dalam setiap peperangannya..

Kalimah yang dimulai dengan kata penafian 'La Ilaha' (tiada tuhan) , disusuli dengan kata penegasan ' Illallah' (selain Allah) ..

Dan kalimah yang boleh sahaja diucapkan oleh Robert, Lim , Vickneswaran, Antonov, Hamzah atau sesiapa pun di dunia ini...tetapi hanya Allah SWT jualah yang mampu menilai kesahihannya..

Rukun Islam yg pertama, mendahului solat, puasa, zakat dan haji .. kadangkala kita tertanya2, bukankah solat, puasa , zakat dan haji itu lebih sukar utk dibuat drp mengucap 2 kalimah syahadah ? Jadi, mengapa kalimah2 itu diletakkan sebagai yg plg utama dalam Rukun Islam kita ? Seorang budak berumur 5 tahun pun boleh mengucapkannya, tetapi belum tentu dia mampu mengerjakan solat, puasa, zakat .. apatah lg melakukan haji .. tetapi mengapa diletakkan di atas jua ?

Tetapi hakikatnya..hanya melalui pengakuan kalimah syahadatain itu sahajalah baru ikrar, Qasam (sumpah), dan Mitsaq (perjanjian) akan termeterai antara seorang hamba dgn Allah SWT .. Hanya melalui pengucapan kalimah itu sahajalah yang akan membawa seorang hamba itu kepada ibadah2 khusus seperti solat, puasa, zakat, haji dan mengenal PenciptaNya yang sebenar, yakni Allah SWT.. dan hanya melalui 'pengerjaan' ketegasan kalimah itu sahajalh yang akan membuka hijab hati kita drp kegelapan kpd Nur Allah SWT yang terang benderang..

' Oh..sudah tentulah..semua Muslim tahu tentang benda tue ' ..

' Kalimah syahadah ? Hari2 kita sebut..mestilah semua orang dah tahu kalimah apa tue..tanya kt mat rempit, pembunuh2 kt penjara, orang2 kt tepi jalan tue pun suma taw dah.. '

Dan sekiranya kira tanya kepada Abu Jahal sekalipun, sebenarnya dia lebih memahami dan pakar dengan maksud kalimah tersebut...tetapi kenapa dia tetap berkeras tak nak ucapkan kalimah tue, malah membalas dengan ucapan ' Sesungguhnya engkau (Muhammad) telah mengisytiharkan perang ke atas orang Arab dan bukan Arab ' , hanya disebabkan oleh ucapan 2 kalimah tersebut..

Di sinilah pemahaman kita terhadap maksud 'Ilah' menjadi persoalan utama..adakah Abu Jahal, atau nama sebenarnya Amr Ibn Hisyam, memahami kalimah syahadah itu lebih drp pemahaman kita sebagai seorang Muslim ?

Kalimah syahadah itu merupakan perjanjian yang teguh antara seorang insan dengan penciptaNya tanpa perantaraan manusia. Tanpa paderi yang menjadi perantara. Hubungan terus antara manusia dengan Allah. Di mana kita menerima Allah itu sebagai Ilah dan Muhammad itu sebagai RasulNya..

Dan 'Ilah' itu bukanlah bermaksud Tuhan sahaja seperti apa yg kita selalunya faham..tetapi Ilah juga bermaksud yang diharapkan, yang ditakuti, tempat bergantung, berlindung dan yang dicintai..

Maka persoalan utama yang sewajarnya kita tanya kepada diri kita adalah ;

' Siapa Illah aku sekarang ek ? '
' Siapa yang aku harap2kan tatkala musibah menimpa diri aku ? '
' Siapa yang aku takutkan di dunia ni..hantu ? Manusia ? Exam ? '
' Siapa yang aku cintai dengan sepenuh hati aku pada masa ini ? '

Akal kita mengatakan Allah SWT .. tetapi hati , tangan, kaki, mata, dan telinga kita berkata sebaliknya ..

Tatkala diri ditimpa musibah dan ujian, siapakah agaknya yang mula berputus asa dan mengharapkan manusia lain untuk mendapatkan pertolongan ?

Tatkala diri diceritakan dengan cerita2 seram..diugut, diancam dengan segala mcm perkara..adakah ketakutan dan kepanikan kita mendengar cerita2 tersebut sama dengan ketakutan kita mendengar kebesaran dan kekuatan Allah SWT ? Sedangkan diri tahu Allah itu Maha Mengetahui, tp dalam diam kita masih melakukan maksiat di jalanNya.. Kita takut ? atau buat-buat takut ?

Dan tatkala diri terjatuh cinta dengan manusia..adakah sama kemahsyukan kita melayan surat2 dan sms2 cinta itu dengan surat2 cinta Allah SWT, yakni Al-Quran Nya itu ? Nama dan perihal siapa yang kita selalu ucap2kan di status2 FB, FS, Blog dan Myspace kita ? Dan siapakah tempat kita mengadu masalah dan kerungsingan kita ?

Allah SWT ? atau 'Ilah2' lain ? Seperti di atas juga..Akal mengatakan Allah SWT .. hati dan anggota lain ? Wallahu A'lam .. Persoalan ini juga menjadi tamparan yang paling hebat utk diri ini sendiri =( ...

Rakan2 pembaca sekalian,

Tatkala inilah pengakuan Ilah kita benar2 teruji..marilah kita sama2 menyoal hati dan akal kita..adakah kedua-duanya meletakkan Allah di tempat yang sama ? Sebagai Ilah yang sebenar..yang diharapkan, yang diyakini, tempat meminta pertolongan dan sebagainya ?..

Kadangkala kita tidak sedar..dalam diam kita meletakkan pelbagai Ilah dalam kehidupan kita...contohnya, kita mengharapkan duit scholarship setiap bulan...kita berterima kasih kepada para sponsor, tanpa menyebut nama Allah walaupun sekali, sedangkan semua rezeki itu datangnya drp Allah SWT..Sponsor2 suma hanyalah 'agent' atau 'perantara' Allah utk menyampaikan rezekiNya kepada kita .. maka janganlah kita lupa akan Allah di sebalik ucapan terima kasih kita kepada mereka..samalah juga dengan bantuan2 yang datang drp manusia lain..semuanya itu takkan datang kepada kita tanpa kehendak dan izin Allah SWT..tetapi kita tetap tidak ingin bersyukur =( ..

Kalaulah kita sememangnya yakin dengan Allah SWT sebagai Ilah kita, sudah tentu kita tidak akan pernah stress, sedih dan berasa terbeban dengan segala perkara yang menimpa kita..kerana kita yakin betapa Allah SWT itu Maha Pengasih dan hanya diriNya jualah yang mengetahui perkara2 yang terbaik utk diri kita..berbekalkan hanya ilmu kita yg sedikit ttg 'morfologi kehidupan' berbandingNya , mengapa kita perlu berasa 'negatif' dengan perkara 'negatif' yang melanda kita ?

' Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan ' (Riwayat Al-Bukhari)

Kehidupan kita di dunia ini sentiasa bergerak laju...tanpa henti seiring dengan keadaan waktu yang seakan-akan makin singkat dari hari ke hari..apa kata kita 'pause' sebentar, 'reflect' dan bertanya kepada diri kita sendiri..Insya Allah, sama2 membongkar hijab hati dan madah kita..kerana apa yg berada di dalam hati kita sekaranglah yang akan menentukan catatan2 malaikat di dalam kitab amal kita..

Terokailah setiap lekuk2 hati kita yang kecil itu...bersihkanlah mana2 tompok hitam yang wujud di sebaliknya..gunakanlah pencuci hati jenama 'Islam-Allah' yang sebenar...bukannya 'Islam-Kita' .. sesungguhnya ad-Deen ini milik Allah SWT, maka beramal-lah mengikut apa yang diperintahkanNya..bukan mengikut hawa nafsu dan suka hati kita..yang dianggap mudah diambil, yang dianggap beban dibuang...sedangkan yang 'beban' itu kebanyakkannya lebih utama di sisi Allah SWT ..

' Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagi kamu ' (Al-Baqarah 2:208) - Ayat Allah yang plg kuat menampar diri ini =( ..

Diri ini bukanlah insan yang paling layak utk mengatakan semuanya ini..kerana diri ini juga hanyalah hamba hina yang selalu sangat melakukan dosa di jalanNya...Ya Allah, ampunilah diri ini ya Allah..diri ini tidak berniat membawa apa2 fitnah kepada Ad-Deen-Mu ini .. sekiranya ada ya Allah, ampunilah diri yang selalu alpa dan leka ini =( ..

Namun atas tanggungjawab amar makruf nahi mungkar .. dan tanggungjawab khalifah yang Allah turunkan kepada setiap seorang drp kita.. maka, hasil nukilan ini terhasil .. maafkanlah sekiranya ada sebarang khilaf dan tersalah pendapat ye rakan2 semua =( ..

Insya Allah, sama2 lah kita 'bekerja' di jalan Allah, kembali mengkaji sunnah-sunnah Allah.. mengkaji ayat2 agungnya itu .. dan yg plg penting sekali, mengkaji hati dan syahadah kita .. Allah tidak melihat kepada permulaan kita semua, tetapi Allah melihat kepada pengakhiran, pengorbanan serta kesanggupan kita dalam mengerjakan Ad-Deen-Nya ini ..

Mari rakan2 semua, 'Shift Paradigms' kita ini .. 'Shift Syahadah' kita ke arah yang benar.. memperbetulkan Ilah kita sekiranya tersalah .. dan membentuk peribadi Muslim yang sejati..insya Allah, mudah2an dengan usaha kita nie, Allah akan tempatkan kita bersama2 dengan hamba2Nya yang beriman dan soleh =) ..

' Wahai orang-orang yang beriman ! Mahukah kamu Aku tunjukkan satu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih ? . (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan jiwa dan hartamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. ' ( As-Saff 61:10-11 )

Salam Mahabbah Fillah ..

p/s - Jzkk kepada Bro Ariff, Hazreen, Awe, Shafiq, Nadzmi, Al-Hafiz, Firdaus dan ramai lagi yang sama2 menjayakan daurah 'syahadatain' semalam - 17.04.2010 ^_^ .. Mudah2an Allah melimpahkan rahmatNya ke atas brothers suma =) ..

Shifting_Paradigms #15 : Di Kala Kerisauan Itu Menerjah


.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.

Segala puji bagiNya yang menurunkan kepada manusia segala macam kenikmatan dan kekayaan..

Segala puji bagiNya yang mencipta kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW ..

Dan segala puji bagiNya yang telah menjadikan kita khalifah dan pemikul agamaNya di muka bumi ini...

Cuma hakikatnya..pada masa ini..

Kita jugalah yang kufur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan tanpa sebarang caj tersembunyi itu ..

Kita jugalah yang malas menyingkap sirah2 Rasulullah SAW..apatah lagi mengikuti jejak langkah baginda..

Dan kita jugalah yang mengkhianati amanat yang telah diturunkan dengan jelas melalui kitab suciNya itu..

Tetapi..betapa 'bagus'nya kita ini.. dalam diam..kita inginkan syurga..dalam senyap, kita harapkan perlindungan drp Allah SWT .. dan dalam keadaan yang penuh dengan 1001 dosa..kita inginkan kebahagiaan dunia dan akhirat =( ..

Maka, persoalannya ; Layakkah kita mendapat kesemuanya itu ? Wallahu A'lam..

Salam Kemanisan Ukhuwah ..insya Allah ^_^

Rasanya sudah ramai rakan2 yang sedia maklum dengan peristiwa yang menimpa bumi Moscow dalam beberapa minggu nie..suatu peristiwa yang diri ini anggap sebagai suatu 'musibah yang berlangsirkan ibrah' ..

Peristiwa yang telah membuatkan berbilion2 penduduk dunia 'shift paradigms' masing2 ke arah yang bertentangan...Masing2 membuat tanggapan sendiri..Masing2 membuat teori dan konspirasi sendiri..Namun, putar macam mana sekalipun, segala2nya berakhir dengan 'si pengganas' menjadi mangsanya..

Diri ini tidaklah ingin mengulas apa2 berkenaan dengan kejadian tersebut..kerana takut memberi info2 yang tidak betul pula..tambah2 lagi dengan keadaan yang masih 'hangat' selepas terjadinya peristiwa tersebut..

Tetapi, diri ini lebih tersentuh untuk menyingkap reaksi dan tindakan kita sebagai seorang insan yang bergelar Muslim..insan yang mengaku tiada tuhan selain Allah..dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya..

Pertama sekali, rasanya lebih baik kita berfikir sejenak...mengapakah agaknya Allah turunkan musibah2 besar seperti ini kepada kita ? Adakah Allah zalim ? Adakah Allah tidak mendengar rintihan dan penderitaan kita yang tidak henti2 dilontarkan dengan segala macam tuduhan dan tomahan ? Dan Bilakah agaknya akan datang pertolongan Allah itu ?

Kadangkala persoalan2 seperti ini bermain di dalam pemikiran kita..sehingga kadang2 membawa kepada putus asa, kekecewaan dan kesedihan yang berpanjangan..samalah keadaannya dengan diri kita yang sudah berusaha dengan gigih untuk mendapatkan sesuatu..tetapi akhirnya, tiada pulangan yang kita dapat..

Kita rancak bertanyakan soalan2 tersebut dalam diri kita..tetapi mengapa kita tidak pernah bertanyakan soalan2 seumpama ini pula ;

' Pernahkah agaknya kekasih Allah, Rasulullah SAW dilanda dengan musibah2 besar seperti ini ? '

' Pernahkah agaknya baginda berputus asa untuk terus berharap dengan bantuan Allah SWT ? '

Dan ' pernahkah agaknya baginda berhenti melaksanakan tugas baginda kerana tidak tahan dengan segala makian yang dilontarkan kepadanya ? '

Kita semua tahu jawapan kepada ketiga-tiga persoalan tersebut..tetapi mengapa kita tidak ingin mencontohi baginda ?

Sedangkan kekasih Allah, insan yang paling mulia di sisi Allah SWT itu sentiasa dilanda dengan pelbagai musibah2 dahsyat..malah lebih dahsyat daripada apa yang kita tempuhi setiap hari..tetapi pernahkah baginda bersedih hati ? pernahkah baginda membalas insan2 yang melukai baginda dengan celahan dan makian juga ? Sudah tentu tidak..yang memberikan reaksi-reaksi buruk tersebut hanyalah diri kita..yang masih lemah dalam mengerjakan islam yang sebenar..

Semua ini tidak lain tidak bukan..rentetan daripada keyakinan kita yang rapuh terhadap Allah SWT..

Kita percaya Allah itu Maha Pelindung..Allah itu Maha Pengasih..Maha Melihat..

Tetapi adakah kita yakin dengan sifat2 Allah SWT itu ? Sedangkan tatkala ditimpa ujian dan kesengsaraan, kita lebih banyak berharap kepada manusia drp Allah SWT..Kita lebih banyak meminta kepada manusia drp Allah SWT .. dan kita lebih banyak menagih simpati manusia daripada berdoa kepada Allah SWT...Maka, keyakinan apakah yang kita tanamkan dalam hati2 kita ini ?

' Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata ; Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan) ? . Dan demi sesungguhnya ! Kami telah menguji orang-orang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta ' ( Al-Ankabut 29:2-3)

Diri ini teringat suatu kisah yang dimasukkan ukhti Hafiza dalam post terbarunya..jazakillah ya ukhti ^_^ ;

Diceritakan di sebuah kampung di hujung sebuah negeri..
ada seorang pemanah yang sangat hebat...
kehebatannya dikagumi oleh semua orang..
malah, penduduk kampung jiran juga mengetahui akn kehebatannya ini...

si pemanah ini gemar menguji kehebatannya dengan meletakkan sasaran panahannya pada jarak yang amat luar biasa jauhnya..
namun begitu, panahannya tidak pernah tersasar...
tepat dan jitu...
malah, kadang-kadang si pemanah menggunakan sasaran yang kecil saiznya..

Orang ramai yang melihat kehebatan ini teruja dan bersorak keriangan setiap kali si pemanah berjaya memanah sasarannya dengan tepat..

Si pemanah: Wahaaaai penduduk kampung sekalian! aku ingin memanah sebiji kacang tanah yang jaraknya 20 meter dari tempat aku berdiri.adakah kamu percaya aku boleh melakukannya???

Orang ramai: Dengan kehebatan mu itu pastilah kami akan percaya..

dan terbukti..
si pemanah berjaya memanah sebiji kacang tanah itu dengan tepat sekali.

Si pemanah:aku ingin menguji lagi kehebatan ku ini..aku meminta seorang daripada kamu untuk berdiri pada jarak 2 meter dari tempat ku berdiri dan diletakkan sebiji epal di atas kepalanya...siapakah yang yakin marilah tampil ke hadapan...

orang ramai yang berada di situ terdiam dan masing-masing berfikir..

Si A: kalau yang dipanahnya tu epal, tembus macam mana pun itu epal..kalau dipanahnya kepala aku...innalillah nampaknya...


Si B: aku tahu dia hebat..tapi berbaloi ke aku pergi? tak yakin lah aku dgn dia..

dan akhirnya sedikit demi sedikit orang ramai beredar dan akhirnya tinggallah si pemanah itu bersendirian dan termangu-mangu dengan busurnya..

sumber : http://www.nuhari.blogspot.com (Ukhti Hafiza - Volgograd State Medical University)

Ibrah yang boleh kita ambil daripada cerita di atas sangat jelas..yakni betapa yakin dan percaya itu dua perkara yang berbeza..

Kita dapat lihat betapa percayanya orang ramai dengan kehebatan si pemanah mengenakan sasarannya dengan tepat sekali..Tetapi, tatkala si pemanah memohon bantuan orang ramai yang cukup yakin untuk meletakkan epal di atas kepalanya untuk dipanah..ternyata tidak ada yang berani..kerana mereka setakat percaya dengan kehebatannya..tetapi tidak yakin yang si pemanah mampu menjamin keselamatan mereka..takut silap2 haribulan, ajal pula datang bertandang..

Refleksinya kepada diri kita..adakah kita juga sama seperti orang ramai itu ? yang hanya percaya dengan Allah SWT yang Maha Pemurah dan Maha Agung..tetapi tidak yakin dengan diriNya ?

Kita tahu betapa hanya Allah SWT sahaja yang mampu menghidupkan dan mematikan kita..maka, mengapakah kita masih takut untuk berhadapan dengan dunia ? Sedangkan jikalau kita berada di tempat yang paling selamat sekalipun di dunia ini, sekiranya sudah tiba ajal kita..pasti akan mati jua..dan jikalau kita berada di sudut dunia yang menjanjikan kematian sekalipun, sekiranya belum sampai masanya..sudah tentu diri kita akan dilindungi oleh Allah SWT daripada apa2 malapetaka yg datang..

' Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh dan kalau mereka memperoleh kebaikan, mereka berkata ; "Ini adalah dari sisi Allah" dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata ; "Ini adalah sesuatu dari sisimu (Muhammad)". Katakanlah ; semuanya itu adalah dari sisi Allah. Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan ? ' (An-Nisa 4:78)

Tetapi, hal ini bukanlah bermaksud sengaja meletakkan diri kita di ambang kebinasaan..kerana insan yang membahayakan diri sendiri atau membunuh diri amatlah dimurkai oleh Allah SWT..

Bukan itu sahaja, sekiranya kita yakin Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala-galanya, sudah tentu kita tidak akan pernah terfikir untuk melakukan dosa di muka bumi ini..dan sudah tentu juga kita tidak akan pernah berhenti berdoa dan berharap kepadaNya dalam apa jua perkara..

Tetapi, seperti hal2 yang lain..nampaknya kita jugalah yang masih dibelenggu dengan segala macam jenis dosa..kita jugalah yang masih meletakkan manusia sebagai yg prioriti di dalam hati kita..dan ternyata sekali betapa kita jugalah yang membelakangi peringatan dan ayat-ayat suciNya =( ..

Insya Allah, sekiranya kita meletakkan keyakinan yang jitu kepada Allah SWT..sudah tentu kita akan mampu menjadi insan yang hebat..insan yang yakin betapa sesungguhnya Allah tidak akan turunkan apa2 perkara pun di dunia ini tanpa datang bersama-samanya hikmah dan peringatan buat kita semua...cuma kita yang selalu menjadi tuli dan buta, melabel semuanya sebagai 'musibah 100%' .. sedangkan perkara yang buruk di mata kita itulah, yang selalunya mendatangkan byk kebaikan kepada diri kita..

Manusia merancang..
Allah juga merancang..
Namun, bukankah Allah itu sebaik-baik perancang =) ?

' ..Cukuplah Allah sebagai penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baik tempat bersandar' ( Ali 'Imran 3 : 173 )

Rakan2 pembaca semua..

Insya Allah, marilah kita kembali kepada jalan Islam yang sebenar..'Shift-lah Paradigms' kita ke arah lorong yang benar..kukuhkan lah keyakinan kita kepada Allah yang Maha Besar itu..sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hamba2Nya..tetapi diri kitalah yang selalu menzalimi diri kita sendiri..termasuklah diri yang masih berdosa ini =( ..

Allah sentiasa ada bersama-sama dengan kita..mendengar dan memahami setiap penderitaan yang kita hadapi..maka, janganlah pernah sesekali kita berputus asa dengan rahmat Allah SWT..kerana kemenangan dan kejayaan yang sejati itu tidak lain tidak bukan, datangnya daripada Allah SWT ^_^ ..

" .. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri... " ( Ar-Rad 13:11 )

p/s : Di kala 'kerisauan' itu menerjah lagi..katakanlah kepadanya betapa kita ada Allah SWT..sebaik-baik pelindung..sebaik-baik tempat bergantung ^_^ .. insya Allah =)

ShareThis

Related Posts with Thumbnails