::..|_ Paradigm Shift _|..::

" … Only in the remembrance of Allah do heart find peace. (Ar-Ra'd, 13:28) "

Shifting_Paradigms #17 : Tatkala Lidah itu Mula Bermadah



.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.

Pencipta hakiki yang Maha Teliti, lagi Maha Bijaksana..

Ketelitian dan kekompleksan ciptaanNya menjadi ibrah dan petanda kekuasaanNya..hatta seekor lalat sahaja sudah cukup untuk membuatkan para manusia terpegun dengan kebijaksanaan Allah SWT dalam menguruskan penciptaanNya..ditambah lagi dengan kekurangan diri kita yang tidak mungkin akan tersampai akal untuk memikirkan bagaimana agaknya hendak mencipta sesuatu yang sama seperti ciptaan2Nya itu..


' Wahai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah yang dapat mereka merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah (al-Hajj :73)

Begitulah hakikatnya lalat ciptaan Allah yang meskipun jijik di mata kita, tetapi petanda2 dan kesenian Allah dalam penciptaanNya itu sememangnya tiada tandingan..

Cuma yang sedihnya, diri kita lah yang seringkali lari daripada pengajaran dan petanda-petanda tersebut =( ..melihat lalat tidak lebih daripada sekadar serangga jijik yang mendatangi sampah dan najis..

Salam Ukhuwah rakan2 semua ^_^

Post untuk kali ini bukanlah ingin menyelongkar rahsia dan keunikan lalat..tetapi sesuatu yang lebih utama daripada itu..yakni membongkar hakikat ciptaan Allah yang wujud dalam badan kita..organ yang menjadi asas utama dalam badan seorang manusia..tergolong dalam 'kaum2 muscle yang terkuat' , sekuat ibrah dan hikmah penciptaannya...meskipun organ tersebut tidak disokong oleh mana2 tulang seperti otot2 lain, tetapi signifikan kewujudannya menjadi sesuatu yang bermakna buat kita semua..itulah hakikatnya 'Lidah' kita..

Bersyukurlah kerana masih mampu bertutur-kata dengan lidah yang 'lembut' itu..kerana boleh jadi pada saat ini, ada hamba Allah yang telah pun ditarik nikmat tersebut drp dirinya..

~~Manis bicara indah tutur kata
tak seindah rupa pengertiannya
lembutnya lidah mengata nista
lidah yang tiada bertulang
mengadu domba
serta memfitnah sesama saudara~~

Demikianlah beberapa rangkap lirik lagu 'bicara kata' , nyanyian In Team .. lagu yang penuh dengan nasihat dan pedoman buat kita semua =)

Realitinya... ;

Kerana 'Lidah' itu , Islam menguasai hampir 2/3 dunia suatu masa dahulu ..

Kerana 'Lidah' itu, Sumayyah, Abu Bakar, dan Siti Khadijah mengakui kebenaran Islam..

Dan kerana 'Lidah' itu jugalah, berlakunya perang saudara yang pertama dalam sejarah Islam..rentetan fitnah yang tersebar luas tanpa sebarang usul periksa =( ..

Betapa veto-nya lidah kita ini, sehinggakan satu perkataan sahaja sudah cukup untuk mengubah paradigma..satu ayat sahaja sudah cukup untuk mengubah diri..dan satu ucapan sahaja pun sebenarnya sudah cukup untuk mengubah dunia ini..

Tidak hairanlah Imam Al-Ghazali pernah menyifatkan lidah sebagai benda yang paling tajam di dunia ini..lebih tajam daripada mata pedang yang tusukannya hanya mampu mencederakan seorang lawan di medan perang..tetapi 'tusukan' lidah pula boleh melukakan lebih daripada sejuta insan..malah lebih 'fatal' daripada tusukan2 pedang..

Sahl Bin Sa'ad R.A pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, 'Wahai Rasulullah, apakah jalan keselamatan ? Nabi menjawab, 'Tahanlah lidahmu, perluaslah rumahmu dan tangisilah kesalahanmu.' (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Kadangkala, dalam keadaan sedar ataupun tidak, lidah kita begitu lembut dalam menyebarkan fitnah, mengumpat serta membuka aib saudara2 kita..tanpa memikirkan kesan perlakuan tersebut terhadap diri mereka..kita terlalu 'excited' mendapat tahu keburukan saudara kita, sehingga satu dunia ingin diberitahu perihal keburukan tersebut..ingin mencari perhatian dan sebagainya...sehinggalah hubungan persahabatan yang dahulunya indah lg rapat itu terputus begitu sahaja dek lidah yang tidak dijaga 'kelembutannya' ...

Oh..begitu 'cantik' akhlak kita, sehinggalah orang-orang lain juga turut sama membawa berita yang sama kepada rakan2 mereka..maka, wujudlah satu 'chain-reaction' yang pada asasnya bermula daripada seorang sahaja..rasa2nya berapa byk dosa dah kita kutip daripada tersilap bicara sahaja =( ?

Apabila yang kita ucapkan hanyalah dusta dan nista semata-mata, maka bagaimanakah agaknya lidah kita ingin lembut mengucapkan nama2 Allah, berzikir mengingati kebesaranNya =( ? Allahu A'lam.. sesungguhnya semua ini khusus untuk diri ini juga yang kadangkala tidak sedar sering memperkatakan sesuatu yang tidak bermanfaat kepada orang lain =( ..

Rakan2 pembaca semua,

Allah berfirman dalam Surah Al-Fussilat ;

'Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata ; 'Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri ? (41:33)

Tidak ada perkataan yang lebih baik, tidak ada pengucapan yang lebih sempurna, dan tidak ada ajakan yang lebih vital daripada seruan kembali kepada jalan Allah SWT..

' Oh..semua orang tahu benda nie..tak payah cakap pun takpa..semua orang tahu kita kena jaga lidah masing2 '

' Lidah..alaa biasalah..bak kata peribahasa melayu..terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata buruk padahnya..betul tak betul tak ? '

Begitu mudah diri kita mengambil mudah perkara yang dianggap mudah..apabila hakikatnya perkara 'mudah' itulah yang memudahkan kita masuk ke dalam 'kemudahan' dosa =( ..

Memang benar, sejak dari kecil sehinggalah dewasa kita diajar untuk menjaga lidah dan ucapan kita..tetapi melihat senario dan keadaan kita pada hari ini..agak2nya kita ambil tak pengajaran daripada nasihat2 yang kita terima sejak berbelas-belas dan berpuluh-puluh tahun dahulu tue ?

Apabila masih ramai lagi insan di luar sana yang pernah terluka dengan kata2 kita..

Apabila bohong2 yang kita pernah buat masih dianggap benar oleh beberapa orang rakan kita..

Dan apabila ejekan2, gelaran2 yang kita anggap 'lawak' itu kelak menjadi penyebab timbangan dosa kita menjadi berat di akhirat kelak...

Adakah kita masih ingin mengaku kita telah menjaga lidah kita dengan baik ? Atau adakah kita masih yakin betapa lidah kita ini kelak akan memberikan kesaksian terhadap perkara2 yang baik sahaja di hadapan Allah SWT kelak ? Sedangkan sekecil-kecil zarah pun Allah SWT hisab daripada semua hambaNya..termasuklah panggilan2 buruk,ejekan,dusta, dan tipu daya yang pernah kita lemparkan itu =( ..

Bukan itu sahaja, malah terdapat juga daripada kalangan kita yang menyangka sedang menegakkan kebenaran dan kesucian Islam..tetapi batasan2 lidah tidak dijaga dengan betul..sebagai contoh, buka sahaja video2 YouTube yang memaparkan tentang islam dan kebenaran islam..kemudian baca komen2 di bawah video tersebut..lihat bagaimana orang2 Islam sendiri membalas komen2 yang dikemukan oleh orang2 bukan Islam yang cuba mempertikaikan kebenaran video tersebut..

A: - ' This is lame..what is this video ? islam ? '

B: - ' Hey you ***** .. dont insult islam..islam is the best religion ever ! u will be sent to hell..remember that u ***** ' ...

Wow..begitu 'teguh' iman kita menegakkan islam..sehingga kata-kata dan ucapan tidak dijaga dengan betul..mudah sahaja kita berkata islam itu best religion ever..sedangkan diri kita sendiri alpa dan leka dalam mengerjakannya..agak2nya si A tadi terkesan tak nak kaji kebenaran dan kesucian ajaran islam selepas membaca komen si B ? Diri ini sendiri sangsi..

Memanglah pada hakikatnya hati kita terasa sakit mendengar dan membaca komen2 'panas' yang diutarakan oleh mereka semua..tetapi adakah kita juga sama seperti mereka ? Turut melontarkan celahan dan makian..malah menjanjikan 'Hell' kepada mereka..

Kita menyangka kita sedang mempertahankan kesucian dan kebenaran Islam..sedangkan kita sendiri sedang membawa fitnah yang agak besar kepada ad-Deen ini..fitnah yang membuatkan orang bukan islam lebih yakin betapa 'desas-desus islam' yang mereka tonton di TV dan internet itu benar..

Kita berkelakuan seolah-olah hanya kita sahaja yang berhak memiliki islam..diri kita sahaja yang berhak mendapat syurga..tidak ingin orang lain mendapat perkara yang sama..sedangkan islam ini pada hakikatnya milik Allah SWT..dan setiap daripada hambaNya berhak mendapat kebenaran tersebut..tetapi nampaknya kitalah juga yang membawa mereka jauh daripada kebenaran yang suci lagi indah itu =( ..

'Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya TuhanMu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. ' (An-Nahl : 125) '

Rasulullah SAW sendiri, meskipun mendapat cacian dan makian yang diri ini yakin, sekiranya terkena kepada diri kita..entah berapa kali kita melatah dan memaki orang tersebut..tetapi bukan Rasulullah SAW...Walaupun Abu Jahal dan musuh2 lain mencuba pelbagai cara untuk menjatuhkan baginda..tetapi baginda tidak pernah membalas segala2nya itu dengan celahan, makian mahupun dendam..malah, setiap hari baginda akan mengajak Abu Jahal utk kembali kepada Allah SWT dengan penuh kesabaran dan berhikmah...berbeza dengan diri kita, yang kadangkala mengajak orang lain kepada islam dengan memperli dan sebagainya..

Oleh sebab itulah diri ini agak sedih apabila membaca kenyataan beberapa orang da'ie yang agak mudah melemparkan fitnah dan perlian kepada orang lain yang tidak sehaluan dengan mereka..malah lebih teruk lagi apabila ada yang sehingga tahap mengkafirkan orang lain =( .. Taktik dakwah manakah yang kita ikuti ini ? Ajaran siapakah yang kita patuhi ini wahai da'ie sekalian =( ?

Ya Allah..sesungguhnya insan2 itu juga hamba Allah SWT..manusia biasa yang mempunyai perasaan dan hak untuk mendapat layanan yang baik..teguran yang baik..bukannya 'punching-bags' yang boleh diperlakukan sesuka hati menurut kehendak kita...kita sedarilah betapa niat dan matlamat itu tidak sama sekali akan menghalalkan cara..

Janganlah kita begitu mudah memandang rendah terhadap orang lain..kerana boleh jadi pada pengakhiran hidupnya, dia beramal dengan amalan ahli-ahli syurga...kita pula bagaimana ?? Yakinkah diri kita ini kelak akan mampu melihat keindahan syurga itu ? Kalau tidak pun sekurang2nya mencium baunya ? Allahu A'lam ..

Sedarlah kita betapa insan2 yang masih belum mendapat hidayah Allah itu melakukan pelbagai kesalahan dan kesilapan dalam keadaan mereka jahil terhadap perkara tersebut..tetapi kita pula, mudah sahaja mengerjakan maksiat, sedangkan diri kita berada dalam keadaan tahu dan sedar akan dosa perlakuan tersebut..maka, agak2nya siapakah yang akan mendapat kemungkaran yang lebih besar di sisi Allah SWT =( ?

Rakan2 pembaca semua...

Insya Allah, marilah kita kembali kepada ajaran Islam kaffah (keseluruhan) .. kajilah setiap ayat2 al-quran yang diturunkan khas buat kita itu..bukannya menjadikannya perhiasan2 rumah, dilekatkan di dinding2 dan sebagainya... kitab itu bukannya buku2 novel, majalah atau cerita2 dongeng yang kita beli di kedai2 buku..itu Al-Quran..kitab terbaik yang diturunkan kepada manusia yang terbaik..mengandungi firman yang Maha Terbaik..buat pedoman kita semua..

Insya Allah..mari pakat ramai2 ...

" Shift Our Paradigm !! "

5 comments:

Aw kama Qaala Rasulullah SAW:
"Khairul kalam ma qalla wa dalla"
sebaik2 kata adalah yg sikit dan tepat..

 

salam..jzkk atas penambahan itu ya akhi..maafkan ana klu post ini panjang dan ada yg tidak tepat =( ..

 

tak kisa panjang asalkan niat di hati nak menyampaikan ilmu demi Allah..

entry yang baik akh!

 

Salam akh..

Nice.. Penangan 'lidah'.. Lbih tajam dn brbahaya dr pisau..

Jzkk ats pkongsiannya. Mmbahaskan isu dgn agk menyeluruh.. =)


ps: ayat Qur'an, 'sebaik2 perkataan' tu ayat yg ke-33 klu xsilap. hehe. xpe, mngkin tersilap taip kut. kn pnjang artikelnya.. :)

 

salam..

oh..tertaip 34 plak..maafkan ana, x sedar pula tersilap taip no. ayat..insya Allah, sudah diperbetulkan :D ..

 

Post a Comment

ShareThis

Related Posts with Thumbnails