::..|_ Paradigm Shift _|..::

" … Only in the remembrance of Allah do heart find peace. (Ar-Ra'd, 13:28) "

Shifting_Paradigms #25 : Merisalahkan Izzah Ijazah Itu


.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.

Rahmat-Mu menelusuri seluruh pelosok alam..

Redha-Mu menemani intipati perjuangan seorang hamba..

Kasih-Mu membuang segala duka lara sang kalbu yang keresahan..

Rakan2 pembaca semua..

Pernah tak rasanya kita bertanya kepada diri kita semua..

' Layak tak aq menerima nikmat Islam nie ? '

' Layak tak aq membaca apa yang terkandung di dalam Al-Quran ini ? '

Apabila dalam masa yang sama...masih ramai lagi insan2 di luar sana yang lebih baik moralnya..lebih teguh semangatnya..dan lebih layak untuk menerima nikmat islam itu berbanding diri kita semua =( ..

Betapa ramai insan di luar sana yang begitu tinggi ilmu pengetahuannya..yang mana sekiranya dikurniakan dengan nikmat islam..mungkin bakal menyumbangkan sesuatu yang sangat besar dan bermakna kepada ad-deen ini..

Betapa ramai juga..insan2 di luar sana yang begitu tinggi ilmu kepimpinannya..mampu membimbing manusia untuk patuh kepada segala macam arahan dan peraturan..

Tetapi..kenapa kita juga yang menerima nikmat yang terbesar ini ?

Sedangkan yang malas menuntut ilmu itu juga adalah diri kita sendiri...yang berlebihan dalam hiburan dan dunia..bukankah kita semua juara dalam bab2 ini =( ?

Apakah agaknya yang ada pada diri kita semua sehingga terlayak untuk dipilih sebagai seorang penganut agama yang benar dan bermakna ini =( ?

Rakan2 semua...

Tidak boleh dinafikan..Allah Maha Mengetahui segalanya..segala suratan dan perkara yang berlaku di dunia ini terjadi kerana kehendak-Nya..setiap lekuk2 di alam semesta ini tersusun dan tercipta dalam keadaan yang amat mengagumkan..

Sebagaimana telitinya pemilihan setiap satu perkataan yang terkandung di dalam Al-Quran itu..seteliti itulah Allah membuat keputusan dan pilihan terhadap segala suratan takdir yang menimpa hamba2-Nya..

Allah itu Maha Agung, Maha Hebat dan Maha Mengetahui..

Maka, manakan mungkin Allah tersalah pilih golongan manusia yang layak untuk menerima petunjuk dan hidayah ad-deen-Nya ini...

Tidak boleh disangkal lagi..terdapat sesuatu di dalam diri kita yang benar2 berharga sehingga melayakkan diri kita semua untuk menerima nikmat dan hidayah terbesar ini..

Sesuatu yang membezakan kita dengan insan2 yang masih belum lagi mendapat petunjuk dan hidayah Allah..

Sesuatu yang memerlukan pencarian berdasarkan mata hati yang hakiki..

Sesuatu yang sekiranya digilap..bakal memancarkan cahaya yang mampu menerangi kegelapan dunia..

dan sesuatu yang hakikatnya berbeza bagi setiap insan..tetapi 'pemanipulasian'-nya bakal membawa keputusan yang sama..sekiranya kita 'faham' ..

Itulah dia 'logam' dan potensi diri kita semua..

Tidak ada istilah 'malas' bagi insan2 yang dipilih ini..

Tidak ada juga istilah 'lemah' dan tidak berdaya...

Sejarah telah mencatatkan 1001 kejayaan insan2 lampau..insan2 yang bertungkus-lumus siang dan malam untuk mencungkil serta menggilap 'logam' masing2..dan bilangan insan2 ini bukanlah sedikit..

Maka, bertanyalah semula kepada diri kita semua..

" Kenapakah agaknya aq dipilih untuk menerima nikmat Islam ini ?

Jawapannya terletak di dalam sanubari kita semua..selamilah ia..kenalilah ia..insya Allah segala persoalan itu akan terjawab ^_^ ..

Salam Ukhuwah Fillah =) .. /hihi

' Merisalahkan Izzah Ijazah Itu '

Terdapat suatu ungkapan yang benar2 menyentuh hati ini..ungkapan ini diberikan oleh seorang akhi yang sangat diri ini hormati..

' Usahlah dicari apa yang tidak kita miliki...tetapi gunakanlah apa yang telah kita ada dengan semaksimum mungkin =) '

Ungkapan ini ana pernah guna untuk beberapa siri ceramah motivasi dengan adik2 dulu..

Hakikatnya, di dunia ini..kita seringkali merungut dan bersedih dengan perkara yang tidak hadir dalam kehidupan kita..harta benda, pangkat, jawatan dan kemewahan..kesemuanya ini seringkali menjadi objektif ilusi kita, sehinggakan ketidak-hadiran perkara tersebut mampu menjatuhkan..atau setidak-tidaknya melemahkan diri kita semua..

Tetapi kita sering lupa dengan perkara yang telah kita miliki..nikmat yang telah kita kecapi dan terima daripada Allah SWT..

Seseorang pernah berkata...

' Aku bersedih apabila kehilangan sepasang kasut yang baru sahaja aku beli...sehinggalah aku melihat insan yang tidak berkaki... '

' Aku berasa lemah kerana mendapat keputusan exam yang kurang baik...sehinggalah aku melihat insan yang langsung tidak berpeluang untuk tahu apa itu ABC .. '

Maka, wajarkah lagi untuk kita bersedih ? Apabila kebolehan dan peluang yang telah kita miliki pada hari ini masih belum lagi kita gunakan semaksimum mungkin ?

Perlukah lagi kita berasa lemah ? Apabila di luar sana ada berbillion2 manusia yang tidak mampu untuk mencapai kondisi kehidupan yang sama seperti kita pada saat dan ketika ini ?

Oleh sebab itulah pada permulaan post ini, ana masukkan sesuatu tentang 'dipilihnya kita' oleh Allah SWT..kerana apa ?

Kerana hakikatnya kita semua adalah insan2 yang DIPILIH !!

Dipilihnya kita sebagai insan yang tahu mengira dan membaca itu sahaja sesuatu yang sangat bermakna...apatah lagi terpilih untuk mendalami ad-deen Allah yang hebat ini ..

Kehidupan ini mengikut Sunnahtullah..ataupun ketetapan Allah yang tetap dan tidak berubah..setiap perkara berlaku atas sebab-musabab yang tertentu, dan bukannya kebetulan..bukankah semua perkara yang menimpa kita telah tertulis di dalam Lauh Mahfuz Allah SWT ?

Hanya tinggal kepada diri kita sahaja, sama ada ingin mengambil ibrah dan hikmah daripada perkara tersebut, ataupun sekadar membiarkannya berlalu begitu sahaja..berakhir menjadi salah satu daripada epilog kehidupan kita yang hanya menunggu masa untuk dihentikan 'putarannya' =( ..

Rakan2 pembaca semua,

Kejadian dan penciptaan kita itu sesuatu yang benar2 kompleks...lebih kompleks daripada penciptaan segala macam benda yang kita lihat di dunia dan alam ini..maka, takkanlah ciptaan yang kompleks tidak didatangi dengan satu tujuan yang kompleks juga ?

Kehidupan kita ini bukanlah sekadar bangun, tidur , buka facebook, makan, bergurau-senda dan berhibur semata-mata..

Sedangkan penciptaan tumbuh-tumbuhan yang kita anggap kompleks itu juga datang dengan satu tugas untuk menjamin kemandirian kita di dunia ini..apatah lagi dengan diri kita yang hakikatnya berkali-kali ganda lebih kompleks dan teliti penciptaannya..sudah tentu kita semua ada tujuan dan tugas yang perlu dilaksanakan di bumi Allah ini..

" Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku " ( Az-Zariyat 51:56 )

" Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat : ' Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi" . Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata) : ' Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan) , padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu? . Tuhan berfirman: ' Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya" . ( Al-Baqarah 2:30 )

Betapa mulianya tugas dan matlamat akhir kita di dunia ini rakan2 semua..ditambah lagi dipilih sebagai umat Nabi Muhammad SAW .. umat terbaik daripada segala umat yang pernah mendiami bumi ini suatu ketika dahulu..

Tidak cukupkah lagi agaknya nikmat2 ini untuk membuatkan kita sedar akan kebesaran dan keagungan nikmat yang kita kecapi hari ini ?

Tetapi...

Kenapa kita juga yang leka dengan dunia dan isi2nya ?

Kenapa kita juga yang masih malas dan lemah dalam membangunkan islam dalam diri kita ?

Kenapa kita juga yang memenuhi ruang2 panggung, konsert dan kompleks beli belah itu ?

Betapa tidak bersyukurnya kita =( ...

Menjadi seorang manusia dan bukannya semut ataupun pokok2 itu sahaja sesuatu yang benar2 mulia..apatah lagi diberikan kelayakan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini..maka, perlukah lagi kita menganggap diri kita malang apabila ditimpa musibah2 kecil di dunia ini ?

Rakan2 semua..

Diri ini yakin dan percaya..setiap seorang daripada kita pada saat dan ketika ini sedang dalam fasa mengejar matlamat2 jangka pendek, yakni fasa mendapatkan ijazah dalam bidang2 ilmu yang kita ceburi =) ..

Sama ada dalam bidang perubatan, engineering, mahupun undang2.. tidak ada seorang pun daripada kita yang ingin gagal untuk mendapatkan ijazah itu..

Persoalannya..adakah setelah kita mengetahui tujuan sebenar kita diturunkan di dunia ini..kita perlu meninggalkan semua usaha2 untuk mengejar matlamat kecil kita itu ?

Perlukah kita hanya duduk 24 jam sahaja di dalam masjid dan beribadah tanpa henti ?

Ataupun perlukah kita pergi sahaja sertai mana2 halaqah dan usrah setiap hari tanpa menghiraukan lecture dan buku2 ilmu yang belum dibaca ?

Kenyataan ini kadangkala membuatkan segelintir daripada kita menganggap terlalu mengamalkan islam itu ekstrem dan menyebabkan masyarakat kita mundur..sebagaimana pandangan orientalis dan golongan anti-islam..

Sedangkan pada hakikatnya..Islam itu mengajak kita untuk menjadi insan yang dahagakan ilmu..sangat banyak hadis yang menerangkan kepentingan menuntut ilmu dalam islam..dalam Al-quran turut menyatakan kepentingan bertanya dan menjadi insan yang berpengetahuan..

Kalaulah mengamalkan islam itu menjadikan kita mundur..maka dimanakah agaknya perlu kita letak nama2 tokoh ilmuwan islam yang hebat seperti Ibn Sina, Al-Khawarizmi dan sebagainya itu ? Mereka bukan sahaja mantap dari segi HablumminAllah .. tetapi juga terbaik dalam Hablumminannas, yakni hubungan dan sumbangan mereka kepada institusi perkembangan ilmu dunia..

Mungkin kita pernah bertanya..

Kenapakah dunia pada hari ini tidak dikuasai oleh orang2 islam ?

" Kenapakah World Order ataupun Ustaziyatul Alam itu dipegang oleh golongan yang bukan Islam ?
"

Rakan2 pembaca semua..

Allah ada berfirman :

" Dan sungguh, telah Kami tulis di dalam Zabur setelah (tertulis) di dalam Az-Zikr (Lauh Mahfuz), bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh " ( Al-Anbiya 21:105 )

Dalam ayat ini..Allah ada menyatakan betapa bumi kita ini akan diwarisi, yakni dikuasai oleh hamba-hambaNya yang soleh..dan janji Allah adalah janji yang Maha Benar..

Tetapi kenapa dunia pada hari ini belum lagi dikuasai oleh orang2 islam ?

Analoginya mudah...seorang manager kepada sebuah bank, hatta sangat2 menyayangi anaknya tidak akan pernah membiarkan anak tersebut mewarisi kerja manager bank tersebut, sekiranya anak tersebut tidak mempunyai degree ataupun ijazah yang melayakkan dirinya untuk menjawat kerja tersebut..

Sekiranya ayah tersebut membiarkan juga anaknya mengambil kerja tersebut, sudah tentu akan berlaku kucar-kacir kepada financial dan business bank tersebut..apa tidaknya..sekiranya anak tersebut tidak mempunyai apa2 pengalaman dan ijazah untuk menjalankan kerja2 perbankan, bagaimana agaknya kita ingin mengharapkan dirinya untuk bekerja dengan baik ? Bukankah itu dikira tidak adil ?

Hampir samalah juga dengan pewarisan bumi ini kepada orang2 Islam...selagi kita semua tidak berjaya 'melayakkan' diri kita..selagi itulah Allah akan meletakkan insan2 lain untuk mentadbir dunia ini..sekiranya diberikan juga kepada kita, pasti akan berlaku kucar-kacir yang lebih teruk, kerana hakikatnya kita kurang ilmu dan pengetahuan..

Mengejar title 'khalifah' itu bukan hanya dengan duduk 24 jam di dalam masjid..bukan juga hanya dengan menyertai usrah dan sebagainya..tetapi pemilikan title itu bermula dengan penyediaan diri kita untuk menimba seberapa banyak ilmu dan pengalaman..memegang ijazah2 yang bakal membawa kita selangkah ke hadapan dalam mencapai matlamat jangka panjang kita..yakni untuk mewujudkan ustaziyatul-alam (UA) yang bersyariatkan islam..

Dalam tidak kita sedari..keadaan yang Allah turunkan di bumi pada ketika ini sebenarnya bertujuan untuk membuka mata kita betapa umat kita pada hari ini sedang leka dalam menyiapkan diri..sehinggakan UA telah jatuh kepada tangan orang2 yang bukan islam..

Kondisi dunia pada hari ini mengajak kita untuk menjadi Ulul-Albab dan Khalifah yang sebenar..

Khalifah yang bukan sahaja bijak dalam segala ilmu islam...tetapi juga mantap dalam bidang kepimpinan, business, keluarga, ketenteraan dan sebagainya...tidak dilupakan juga dengan ilmu2 Science seperti Physics, Metaphysics, Chemistry dan sebagainya...inilah takrif khalifah yang sebenar..yakni pemimpin yang berjaya dalam kedua2 bidang ilmu..

Kemudian barulah Allah akan mewariskan bumi ini kepada hamba2-Nya yang 'layak' untuk menjadi khalifah yang sebenar..

Oleh sebab itulah, ana memilih tajuk 'Merisalahkan Izzah Ijazah Itu' sebagai tajuk post kali ini.. kerana izzah (kemuliaan) ijazah yang kita pegang pada hari ini hakikatnya datang dengan satu risalah islam..yakni untuk digunakan ke arah kecemerlangan dan kekuasaan syariat2 Allah..

Ijazah itulah sebenarnya antara 'logam' yang ana nyatakan pada awal post ini =) ..

Insya Allah..mari sama2 kita
"Shift Paradigms" kita =) .. meletakkan tujuan yang sebenar di dalam perjuangan2 kita..lantas bersama-sama berusaha untuk menjadi khalifah yang sebenar di muka bumi ini =) ..

Meh kawan2 semua =) , kita tuntut ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin ^_^ .. insya Allah..

p/s : Jzkk kepada akhi Akmal Shapiei, Faiq dan brothers yang lain atas daurah yang sangat mantap tempoh hari..semoga usaha kalian sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT =) ..

Wassalam..

1 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts with Thumbnails