::..|_ Paradigm Shift _|..::

" … Only in the remembrance of Allah do heart find peace. (Ar-Ra'd, 13:28) "

Shifting_Paradigms #27 : Kerana K____

.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.

Sudah tentu dalam kehidupan seharian kita, dari kecil sehinggalah meningkat remaja dan dewasa sering dihidangkan dengan kisah2 para Rasul terdahulu yang dikurniakan dengan segala macam mukjizat, sehinggakan pengulangan kepada kisah2 tersebut membuatkan kita berasa seolah-olah 'boring' dan sudah tidak se-excited ketika mendengarnya sewaktu masih kecil dahulu..betul tak ? hehe..

Tetapi pernah tak kita membayangkan bagaimanakah agaknya iman seorang pengikut yang sempat melihat mukjizat Nabi Musa A.S membelah laut dengan tongkatnya ?

Bagaimana pula dengan keadaan iman seorang hamba Allah yang melihat sendiri kehebatan mukjizat Nabi Isa A.S menyembuhkan penglihatan seorang manusia buta ?

Nabi Sulaiman yang mampu berkata-kata dengan binatang dan jin ?

Pernah tak kita bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya kita berada pada zaman tersebut ?

Subhanallah..sudah tentu iman kita begitu kukuh sehingga tidak mampu lagi menerima apa2 ajaran dan ideologi lain selain apa yang dibawa oleh rasul tersebut..bukan begitu ?

Apa tidaknya..manakan mungkin seorang manusia biasa mampu membuat perkara2 ajaib yang berada di luar jangkau pemikiran manusia seperti mereka..jadi, sudah tentu ajaran yang mereka bawa itu benar..

Hakikatnya, semua mukjizat ini benar2 pernah berlaku, dan kita tahu betapa kisah2 hebat ini tersusun dengan indahnya di dalam Al-Quran yang kita baca pada tiap-tiap hari..

Dan kita pula percaya serta tahu betapa Al-Quran itu merupakan mukjizat yang paling agung sekali...Tetapi bagaimana ?

Seorang ustaz pernah bercerita dahulu, bagaimana seorang murid yang masih muda bertanya kepada dirinya...

' Ustaz...tak adil-lah..'

' Eh..apa yang tak adil ? '

' Orang2 dlu sempat tgk miracle yang power2..belah2 laut suma..kita plak dpt tgk buku je '

Kita mula beranggapan betapa pertanyaan kanak2 itu sesuatu yang betul2 tidak matang..tetapi, pernah tak kita sedari sendiri bagaimanakah agaknya Al-Quran itu boleh menjadi sesuatu yang benar2 agung buat kita semua ?

Dan kenapa keimanan kita tidak sekuat pengikut2 nabi terdahulu yang melihat sendiri di hadapan mereka pelbagai perkara ajaib berlaku ?

Kerana apa ?

Kerana diri kita sendiri tidak mampu merasa kehebatan dan keajaiban al-quran itu..

Kerana pembacaan kita tidak diiringi dengan penghayatan dan pengisian rohaniyah..

dan kerana sikap kita sendiri yang kurang meneliti ibrah dan hikmah yang cuba Allah terangkan kepada kita..

Sahabat2 Rasulullah SAW : Abu Bakr, Umar , Uthman dan Ali membaca ayat Al-Quran yang sama pada 1400 tahun dahulu..tetapi kenapa kita tidak mampu mencontohi mereka ?

Rakan2 Semua..

Agungnya Al-Quran itu adalah kerana ia menjadi penerus delegasi kehebatan mukjizat2 yg lain..menjadi madah kepada fenomena2 mukjizat terdahulu buat rujukan generasi2 yang seterusnya,yakni dengan penghayatan sebenar kepada ayat2 Al-Quran yang Allah turunkan kepada Rasulullah SAW..

Bayangkan bagaimanakah agaknya iman para Sahabat Rasulullah SAW yang seolah-olah telah 'melihat' sendiri mukjizat Nabi Musa membelah laut setiap kali mereka solat dan membaca surah Ta-ha 20:77-78 .. sekiranya dia membaca surah tersebut 5 kali sehari..Maka, dia seolah-olah telah 'melihat' laut terbelah dengan ajaibnya 5 kali sehari ! Bagaimanakah agaknya keteguhan iman sahabat tadi =) ?

' Dan demi sesungguhnya! Kami telah wahyukan kepada Nabi Musa: "Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar mengembara pada waktu malam, kemudian pukullah air laut dengan tongkatmu, untuk mengadakan jalan yang kering bagi mereka di laut itu; janganlah engkau menaruh bimbang daripada ditangkap oleh musuh, dan jangan pula engkau takut tenggelam". Maka Firaun pun mengejar mereka bersama-sama dengan tenteranya, lalu ia dan orang-orangnya diliputi oleh air laut yang menenggelamkan mereka semuanya dengan cara yang sedahsyat-dahsyatnya. ' (Surah Ta-Ha 20:77-78)

Inilah dia rakan2, kehebatan Al-Quran yang pada masa ini terletak di almari buku kita itu..sesungguhnya mukjizat yang agung itu bukanlah sekadar bacaan mata kita semua..tetapi ia juga menjadi bacaan dan panduan buat hati kita...oleh kerana itulah ia menjadi mukjizat yang paling agung sekali..sehinggalah akhirat kelak..

Bayangkan betapa ruginya diri kita yang selalu terlepas untuk berasa kagum dan tunduk dengan kehebatan mukjizat ini =( ..

Ingin 'mengalami' sendiri bagaimanakah agaknya kehebatan mukjizat nabi2 terdahulu ?

Marilah sama2 membaca Al-Quran itu dengan penghayatan yang hakiki =) ..

Sama2 kita muhasabah ^_^ ..insya Allah..

Salam Muharram 1432 =) .. /hihi

' Kerana K___ '

Seorang saudara baru pernah berkata ;

' Mujur saya menemui Islam sebelum menemui orang Islam kerana jika saya menemui orang islam dahulu, pasti saya tidak akan memeluk Islam '

Hakikatnya, perkara ini bukan sahaja berlaku dalam komuniti kita..tetapi juga berlaku kepada seluruh dunia..

Lihat sahaja bagaimana orang2 di luar sana melabel islam dengan segala macam tuduhan dan fitnah..

Lihat sahaja bagaimana mereka menjadikan islam sebagai permainan dan senda-gurau..

Takkan kita ingin melihat sahaja kan ?

Maka, kita pun mula naik darah...mula melemparkan segala makian dan tomahan kepada mereka..

' Islam is the truth..All of you can go to **** '

' Kurang ajar..berani ko maki agama aq ? Ko tgk lah nnt '

Sikap apakah yang sedang kita tunjukkan ini ?

Siapakah agaknya yang sedang menaburkan fitnah dan tuduhan yang tidak betul ?

Mereka yang sedang berada dalam keadaan 'tidak-tahu' itu ataupun kita yang sudah 'tahu' ini ?

Islam mengajar kita untuk bertoleransi dalam berbicara dan berdebat..sentiasa berhikmah dalam memberikan jawapan dan hujah..

Islam tidak memerlukan kita..tetapi kitalah yang memerlukan islam..

Walaupun suatu ajaran itu tidak boleh dinilai dengan hanya melihat pengikutnya..tetapi berapa ramai orang yang boleh berpegang dengan konsep ini ? Apabila hakikatnya pengikut2 ajaran itu sendiri majoritinya bersikap sebaliknya..

Kebanyakan saudara2 baru kita yang baru menganuti islam mengaku betapa mereka tertarik dengan islam setelah mengkaji dan melihat sendiri keagungan Al-Quran dan ajaran2 islam..tetapi tidak ramai yang tertarik hanya dengan melihat orang2 islam sendiri, terutamanya di negara kita sendiri..

Kita sangka kita sedang mempertahankan keagungan dan kesucian islam sedangkan hakikatnya kita sendiri sedang membawa fitnah kepada ad-deen ini =( ..

Islam terfitnah ;

Kerana ku ?

Kerana kau ?

Kerana kamu ?

atau kerana kita ?

K___ yang mana satukah agaknya yang lebih sesuai utk kita gunakan pada saat ini ? Sy lebih berminat kepada K___ yang 'kita' .. kerana hakikatnya 'kita' itu sendiri merangkumi 'ku' , 'kau' , dan 'kamu' ..

Usahlah kita menuding jari kepada orang2 bukan Islam yang menyebarkan segala mcm tuduhan dan dakwaan yang tidak benar tentang islam..salahkanlah diri kita yang tidak berhikmah dalam menyampaikan ajaran tersebut kepada mereka..

Kita seolah-olah sedang menjual dan mempromosi 'sabun Z' , sedangkan diri kita sendiri sedang memakai 'sabun X' di rumah..agak2nya, tertarik tak orang lain nak beli 'sabun Z' tadi ? Sudah tentu tidak..bukan ?

Insya Allah..untuk perkara ini, ana pernah tulis dalam post 'Tatkala Lidah Itu Mula Bermadah'

Apa yang ana cuba untuk bawa dalam post kali ini sesuatu yang lebih parah dan berat..yakni tatkala islam itu terfitnah dalam kalangan kita sendiri..

' Dia join usrah..tetapi perangai .... '

' Dia pakai tudung labuh..tetapi keluar gak dating2 '

' Ah..hipokrit !!! '

' Aq yang x join apa2 nie lagi baek drp dia..apa kes? '

Hakikatnya..dialog2 ini selalu benar kita dengar..terutamanya dalam kalangan anak muda yang sedang mendalami islam..iaitu ketika sedang berada dalam fasa mencari pimpinan, contoh dan teladan yang boleh dipercayai..dan teladan yang ada pula nampaknya telah membawa perspektif yg sebaliknya..

Pertama sekali..post ini dibuat khas buat diri ini dan insan2 lain yang menggelar dirinya sebagai da'ie..tidak ada sebarang pengkhususan dan sebagainya..sekiranya ada pn..khusus-kan lah segala2nya kepada diri ini =( ..

Sedarilah akhi, ukhti..betapa dirimu sentiasa diperhati oleh insan2 sekelilingmu..bukanlah kerana mencari kesalahanmu..tetapi kerana ingin melihat sejauh mana kebenaran jalan yang engkau ikuti itu, agar mereka juga mampu meniti jalan yang sama..

Janganlah disalahkan orang yang memfitnah jalan atau langkah yang engkau ikuti sekiranya diri kita sendiri yang membawa mereka kepada 'fitnah' tersebut =( ..

Janganlah disalahkan mereka jahil atau tidak faham..apabila diri kita sendiri sedang menunjukkan 'kejahilan' dan 'ketidak-fahaman' itu =( ..

Ya Akhi..Ya Ukhti..

Masih tertanya-tanya mengapa ramai yang tidak memilih jalan itu ?

Kerana kita..

Ya..kerana kita..

Masih ingat tatkala awal2 memahami islam sebenar dahulu ? Terasa benar2 semangat ingin memperjuangkan islam..bukan ?

Maka, mulalah kita rajin membaca dan mengkaji kitab2 tarbiyyah..

Apabila mendapat sahaja ilmu al-quran, hadis dan tafsir yang baru..kita akan mula rasa :

'Aku perlu sampaikan benda nie kat orang lain' ..

Ya..benar, hakikatnya..segala apa yang membawa kepada islam wajar utk kita sampaikan kepada orang lain..

Tetapi, acap kali kita terlepas satu fasa yang amat penting setelah mendapat ilmu tersebut, yakni pengaplikasian dan keimanan terhadap ilmu tersebut..kita mudah dalam menyampaikan kepada orang lain..tetapi dalam diam, diri kita sendiri sebenarnya sedang membelakangi ilmu2 tersebut =( ..

Apabila melihat orang lain melakukan kemungkaran, kurang berilmu dan sebagainya..kita menggunakan peluang tersebut untuk 'menonjolkan diri kita' , atau membuatkan diri kita lebih 'superior' di hadapan semua orang..

' Aku tahu..ko pula tak tahu..ko nak tahu hadis atau ayat quran ttg betapa haramnya benda yg ko wat nie ?? '

Mungkin kita tak zahirkan, tetapi hati kita kadang2 terlintas ucapan2 seperti ini..mulalah kita menjadi orang yang banyak memberikan komen terhadap orang lain..sedangkan hadis dan ayat2 quran yang kita berikan itu sendiri kita dustakan =( ..

' Dia ni buruk..yang nie jahat..yang sorang nie perlu kena tarbiyyah lebih nie ' ..

Sehinggalah sampai kepada suatu tahap..apabila kita terdengar sahaja orang lain berkata-kata atau menyampaikan tazkirah ttg suatu yang pernah kita pelajari..dalam tidak sedari kita akan mula berkata-kata dalam hati ;

' Eish..dia nie kena belajar lebih nie..tgk tue, bagi tazkirah pun tak cukup point ' ..

Itulah hal yang banyak berlaku kepada kita pada hari ini..apabila orang lain meminta pandangan atau nasihat kita..cepat sahaja kita mengeluarkan ayat2 al-quran dan hadis yang pernah kita hafal..tetapi bagaimana dengan 'kecepatan' kita dalam beramal dengan ayat2 Allah dan sunnah Rasulullah SAW itu =( ?

Amat rugi..apabila orang lain mendapat manfaat daripada penulisan dan 'kata2' kita..tetapi diri kita sendiri makin bongkak dan berasa bangga dengan ilmu yang kita ada.. kita mengucapkan Alhamdulillah dalam setiap kata2 dan ucapan kita..tetapi dalam senyap, kita sedang menepuk bahu sendiri =( ..

'Fuh...hebat juga aq nie kan..boleh buat orang lain jadi 'insaf' '

Dan sekiranya kita tidak mendapat apa2 penghargaan daripada orang lain, mulalah kita futur dan merasakan perbuatan kita nie sia2..kita mula menuduh orang lain yang tidak pandai berubah, keras hati dan sebagainya..sedangkan hidayah dan petunjuk itu semuanya daripada Allah SWT..dan bukannya kita..

Ya Akhi, ukhti..

Rasulullah SAW, yakni insan yang paling mulia, paling baik dan paling bijak di muka bumi ini sendiri pernah ditolak ajarannya..malah diperlakukan dengan segala mcm perkara yang sekiranya terkena pada diri kita hari ini, sudah tentu lama kita tinggalkan jalan ini..

Maka, apakah yang ingin kita harapkan daripada ajakan itu melainkan keredhaan Allah SWT ? Rasulullah SAW sendiri tidak pernah mengumpat atau memperli orang2 yang membelakangi baginda.. .. bukannya seperti kita yang mudah sahaja muram dan merungut serta menyalahkan orang lain..

" Patutkah kamu menyuruh manusia membuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca kitab Allah, tidakkah kamu berakal ? " (Al-Baqarah 2:44)

" Wahai orang-orang yang beriman ! Mengapa kamu memperkatakan apa yang tidak kamu melakukannya ! . Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang tidak kamu melakukannya " (As-Saff 61:2-3)

Ayat2 ini seolah-olah menampar diri ini sendiri..

Ya Allah..ampunilah dosa hamba-Mu yang hina ini =( ..

Rakan2 semua..

Marilah kita sama2 membentuk sikap 'allergic' terhadap pujian..kerana hakikatnya hanya Allah SWT sahaja yang layak menerima segala pujian dan penghargaan..janganlah menyandarkan segala perubahan baik yang berlaku kepada orang lain itu ke atas diri kita..kerana hakikatnya diri kita juga sama, sentiasa mengharapkan hidayah dan rahmat daripada Allah SWT...apa yang kita buat hanyalah menunjukkan jalan, yang membuatkan diri mereka bergerak ke arah jalan itu hanyalah Allah SWT..dan bukannya kita..

Perkara ini perlu kita teliti betul2, kerana ramai dalam kalangan kita yang mudah futur kerana tidak tahan dengan ujian yang melanda..lebih2 lagi apabila ujian itu berbentuk tomahan dan makian daripada orang2 yang dekat dengan kita..

Sentiasalah berakhlak baik meskipun dibalas dengan pahit..janganlah kita membawa fitnah lagi kepada ad-deen yang indah ini =( .. sudah tiba masanya utk kita bawa kebenaran pula..

Percayalah..hanya dengan akhlak yang baek itu, suatu hari nnt akan ada insan yang bertanya kepada dirimu ;

' Kebaikan apa yang engkau tunjukkan nie ? Walaupun manusia sekeliling sedang memaki hamun engkau ? '

' Kesabaran apa yang engkau tayangkan nie ? Apabila manusia lain sudah tentu 'burst-out' sekiranya dilayan sedemikian rupa ? '

Maka, pada saat itulah baru kita katakan ; ' inilah Islam ^_^ ' .. Subhanallah..sudah tentu kesannya akan lebih kuat kerana kata2 kita bukan sahaja dipraktikkan dengan lisan, tetapi juga dimanifestasikan dengan amalan dan perbuatan =)

Insya Allah rakan2 semua..mari kita sama2 'Shift Paradigm' kita ye ^_^ ..sesungguhnya islam itu datang sebagai rahmat buat kita semua..janganlah kita sia-siakan rahmat itu atau membalutinya dengan kebatilan..insya Allah..

Wassalam..

Shifting_Paradigms #26 : Korupsi Solusi Konspirasi


..:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::..


Terciptanya suatu benda itu berakarkan kepada beberapa tujuan yang utama..

Terciptanya pen dan pensil berlandaskan kepada keperluan manusia untuk menulis dan melukis..menjadi medium utama dalam mengutarakan ekspresi suatu perkara..

Terciptanya roda sebagai penggerak utama kenderaan2 di kota...sesuatu yang hakikatnya tidak boleh dipisahkan dalam rekaan kereta-kereta semasa..

Samalah juga dengan komputer, laptop dan alat2 elektronik yang lain..kesemuanya dicipta sebagai pemudah-cara suatu tujuan yang dahulunya sukar untuk dikerjakan..

Sekiranya ciptaan2 itu tidak 'melaksanakan' lagi tujuannya dengan baik..sebagai contoh, apabila sebatang pen yang kita beli pada bulan lalu telah habis dakwatnya..apakah agaknya pengakhiran pen tersebut ?

Sudah tentu pada saat dan ketika itu jugalah kita akan membuang pen tersebut ke dalam tong sampah untuk digantikan dengan pen yang baru..bukan ?

Namun begitu..bagaimana pula dengan kita yang juga dicipta atas tujuan2 yang tertentu ? Sekiranya ingin dibandingkan penciptaan kita dengan sebatang pen..sudah tentu jauh sekali..

Kita percaya betapa sesuatu yang diciptakan dengan kompleks, pasti hadir bersamanya tujuan2 yang kompleks..sebagaimana dipilihnya kita untuk diciptakan sebagai seorang 'manusia'..

Kita juga tahu dan percaya betapa setiap organ di tubuh badan kita ini dikurniakan Allah dengan tujuan2 murni yang tertentu..

Tetapi, pernah tak apabila kita melakukan 'abusion' ataupun pelanggaran terhadap tujuan itu, kita serta-merta diturunkan bala dan azab ? Sebagai contoh, apabila kita berkata bohong menggunakan lidah kita, pernah tak tiba2 petir datang daripada langit kemudian memotong lidah kita ? Ataupun, pernah tak kita tiba2 menjadi buta tatkala melihat perkara-perkara yang tidak elok ? Sedangkan kita pada hakikatnya sedang melanggar tujuan utama penciptaan organ-organ tersebut..tetapi mengapa nasib kita tidak berakhir seperti pen tadi ?

Bayangkan pula seorang lelaki yang baru mendapat kerja di sebuah pejabat..diarah oleh pengarah untuk mula bekerja pada esok harinya, tepat pada jam 7 pagi..tetapi keesokan harinya dia tidak datang untuk bekerja..yakni tidak menjalankan tujuan utamanya sebagai seorang pekerja di pejabat tersebut..kemudian selepas 4 minggu, barulah dirinya datang di pejabat tersebut, itupun pada jam 10 pagi..

Apakah agaknya pengakhiran lelaki tersebut ? Adakah pengarah pejabat itu masih menerima lelaki tadi utk bekerja dengannya ? Adakah pengarah itu akan gembira dengan kedatangan lelaki tersebut meskipun selepas 4 minggu tidak hadir ke pejabat ? Rasanya rakan2 semua sudah tahu jawapannya..

Tetapi bukan Allah SWT...Sifat Maha Pengasih-Nya benar2 tiada tolak bandingnya..hatta manusia melakukan abusion terhadap nikmat yang diturunkan-Nya..tetap juga manusia itu diberi peluang utk bertaubat dan memohon keampunan kepada dirinya...tetap juga manusia itu mendapat bekalan oksigen tanpa putus walaupun se-mikrosaat..

Walaupun manusia tersebut sudah 50 tahun tidak menjalankan tujuan hidupnya dengan betul..tetap juga Allah SWT mengampuni dan menyayangi hamba-Nya itu, sekiranya dia kembali ke jalan yang lurus..

Inilah dia rakan2 semua, sifat Maha Pengasih Allah SWT kepada kita semua..=) .. Maka, mengapakah kita masih berlengah untuk kembali ke jalan-Nya yang serba benar itu ? Mengapakah kita masih mengagungkan manusia2 lain lebih daripada Allah yang Maha Berkuasa itu ? dan Mengapakah kita masih malas untuk bertaubat dan mentelaah panduan agung yang diturunkan-Nya kepada kita semua =( ?

Insya Allah rakan2 semua..sama2 kita bermuhasabah =) ..

Salam Zulhijjah 1431 ^_^ /hihi


" Korupsi Solusi Konspirasi "

Membuka keratan2 akhbar dari hari ke hari membawa kita kepada beberapa konklusi terhadap nasib dan kedudukan umat islam pada zaman ini..

Melayari dan melawati website2 informasi tertentu membuka mata kita kepada kekejaman konspirasi beberapa pihak tertentu..

Kezaliman dan misteri konspirasi ini menggalakkan kita untuk mengkajinya dengan lebih dalam..sehinggakan setiap ceruk berkenaan perkara tersebut mampu utk kita hasilkan tesis utk dibentangkan kepada umum..

Kita percaya dan yakin betapa pengkajian dan ketelitian kita dalam perkara tersebut berpaksikan kepada suatu perkara..yakni utk mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam konspirasi tersebut..atas dasar keprihatinan dan kasih sayang kita kepada saudara2 yang lain..kita sebarkan informasi tersebut kepada orang lain..sama ada melalui blog, video mahupun 'Facebook Notes' ..

Dari masa ke masa..penyebaran informasi ini berterusan dan kian berkembang dari hari ke hari..sehinggakan kita semua berjaya membentuk minda masyarakat yang teliti dalam segala genap perkara dan bidang..takut2 di sebaliknya tersirat pelbagai 'konspirasi' yang jahat..

Bermula daripada pengenalan terhadap organisasi2 gelap musuh Islam yang berselindung di sebalik selimut..sehinggalah kepada method, ritual dan simbol2 gerakan mereka..setiap satu daripadanya telah kita hafal dan faham..segala perkaitan dan hubungan gerakan2 tersebut terhadap kondisi sekeliling, sama ada melalui lagu, permainan dan hiburan juga telah kita tahu..

Perkara ini sedikit sebanyak telah membentuk perasaan benci dan geram terhadap konspirasi musuh2 tersebut..sehinggakan setiap perkara berkenaan mereka ingin kita bongkar dan kaji buat tatapan masyarakat umum..

Tetapi kajian dan ketelitian kita tertumpu hanya kepada menyenaraikan konspirasi dan masalah yang wujud..namun kita kurang dalam hal yang lebih vital, yakni solusi =( ..

Kita semua dilanda 'Korupsi Solusi Konspirasi' ..

Pernah tak agak2nya kita tertanya mengapa setiap pakatan2 gelap yang berniat jahat itu sengaja mewujudkan simbol2 tertentu yang amat jelas dan nyata kepada dunia ?

Bagaimana pula dengan method pergerakan mereka ? Kenapa sesuatu yang dahulunya disembunyikan itu kian ditayangkan pula kepada umum ?

Hal ini membuatkan ana terfikir seketika...sehinggalah ana sendiri tersedar, betapa tujuan perkara2 ini disebarkan tidak lain tidak bukan, untuk menunjukkan kepada dunia betapa mereka sudah berani dan cukup kuat untuk bangkit di hadapan pentas dunia..mencabar siapa2 yang berani berhadapan dengan konspirasi yang mereka wujudkan..dan juga secara tidak langsung, untuk menyibukkan kita mengkaji pergerakan2 mereka sehingga kita sendiri kadang2 terpegun melihat ketelitian konspirasi yang mereka wujudkan sejak daripada beratus-ratus tahun dahulu..akhirnya, kita kian 'lalai dalam keadaan sedar' ..

Rakan2 pembaca semua,

Sungguh..musibah silih berganti menimpa umat kita dari hari ke hari..realiti ini menyedarkan kita semua untuk berfikir keras mencari solusi kepada permasalahan yang timbul..banyak analisis yang diberikan oleh beberapa pihak dalam mengidentifikasi masalah yang sebenarnya dihadapi oleh umat kita kemudiannya bangkit dengan beberapa solusi yang tertentu..

Ada orang mengatakan bahawa masalah umat Islam yang paling 'akar' sekali adalah 'konspirasi musuh-musuh Islam' terhadap kaum Muslimin..Pihak ini mengutarakan solusi dengan menyibukkan kaum muslimin dengan strategi-strategi orang-orang kafir, simbol, perkataan dan pergerakan mereka..sebagaimana yang dinyatakan pada awal entry ini..

Ada juga yang menyatakan bahawa permasalahan umat islam yang paling pokok adalah 'berkuasanya para pemimpin yang zalim' di pelbagai negara dan negeri orang2 islam..sehinggakan pihak ini menawarkan solusi berupa tindakan menggulingkan pemerintahan yang ada untuk digantikan dengan yang baru..

Selain itu, ada juga yang berpendapat penyakit yang melanda umat kita pada hari ini berpunca daripada 'perpecahan kaum muslimin'. Oleh sebab itu, solusi yang bernas adalah dengan menyatukan umat Islam agar kita banyak dari segi kuantiti dan berupaya utk melawan segala macam mehnah tribulasi yang diwujudkan musuh..

Tidak dilupakan juga dengan pendapat yang mengatakan betapa masalah umat kita adalah kerana masih 'banyaknya kaum muslimin yang dilanda kemiskinan' sehingga penawaran kepada solusi meningkatkan ekonomi umat islam diketengahkan..

Begitu juga dengan pendapat yang menyatakan betapa masalah utama kita bermula daripada 'ketidak-wujudan sistem khilafah islamiyah'..Sehingga solusi yang paling tepat menurut mereka adalah dengan menegakkan sistem khilafah dengan segera..

Insya Allah..apa kata kita lihat pula penyataan2 yang tercatat di dalam Al-Quran, Hadis dan Sirah Rasulullah SAW berkenaan solusi2 yang telah dinyatakan..(sumber : Ustaz Muhammad Abduh Tuasikal)

Allah ada berfirman dalam Al-Quran :

" Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka: dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertakwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuan-Nya akan apa yang mereka lakukan " (Ali Imran 3:120 )

Ayat di atas dengan jelas menunjukkan betapa sekiranya kita benar2 sabar dan bertakwa kepada Allah SWT, maka konspirasi yang diwujudkan oleh musuh2 bukanlah suatu ancaman yang besar..

Selain itu, berkenaan dengan pendapat kedua pula..Allah ada berfirman dalam Surah Al-An'am, ayat ke-129 - Terjemahan daripada Eng-Pickthal translation

" Dan demikianlah Kami jadikan sebahagian daripada orang zalim itu sebagai pemimpin bagi orang zalim disebabkan maksiat yang mereka lakukan" (Al-An'am 6:129)

Ayat ini pula menunjukkan bahawa penguasa yang zalim merupakan hukuman yang Allah timpakan kepada rakyat yang juga zalim disebabkan perbuatan maksiat yang dilakukan. Jika demikian, penguasa yang zalim bukanlah penyakit dan masalah akar yang utama, tetapi keadaan rakyat..

Dalam ayat yang lain di dalam Surah At-Taubah , Ayat ke-25 pula :

" Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu berasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai : maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikit pun ; dan (semasa kamu berasa) bumi yang luas itu menjadi sempat kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri. " (At-Taubah 9:25)

Bilangan dan kuantiti yang ramai bukanlah suatu ukuran yang menjanjikan kemenangan..peperangan badar yang disertai oleh hanya 313 tentera Muslimin sahaja pun sudah cukup untuk mengalahkan 1000 orang Quraisy Mekah...kesemuanya tidak lain, disebabkan ketakwaan mereka kepada Allah SWT..

Dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim pula ada menyatakan..

' Demi Allah, sebenarnya bukanlah kemiskinan yang aku takutkan akan membahayakan kalian. Akan tetapi, yang ku takutkan adalah apabila dunia telah dibentangkan pada kalian, sebagaimana telah dibentangkan pula bagi orang-orang sebelum kalian. Lalu kalian pun akhirnya berlumba-lumba untuk meraih dunia sebagaimana orang-orang terdahulu berlumba untuk mendapatkannya. Akhirnya kalian pun akan binasa, sebagaimana mereka binasa" ( HR Bukhari dan Muslim)

Berusaha untuk meningkatkan ekonomi umat Islam juga bukanlah solusi utama yang paling vital untuk dilaksanakan dengan segera, sebagaimana pendapat beberapa pihak..

Bagaimana pula dengan menegakkan sistem khilafah ? Bukankah itu sesuatu yang benar-benar penting dan perlu disegerakan ?

Memang benar..hanya melalui pembentukan sistem khilafah jua yang mampu melahirkan sebuah negara dan tamadun yang cemerlang dalam segenap aspek..menjamin kesejahteraan dan kebahagiaan umat Islam dalam satu lembayung pemerintahan yang bersyariat..

Tetapi, rakan2 semua..sekiranya dirujuk semula kepada sirah Rasulullah SAW pada awal penyebaran islam di Mekah..kenapa baginda menolak tatkala ditawarkan kuasa pemerintahan Mekah daripada orang Quraisy ? Sedangkan dengan kuasa yang ada, sudah tentu boleh sahaja baginda mengarahkan agar seluruh penduduk Mekah menganut agama Islam..tetapi tetap juga baginda menolak..

Kerana apa ? Kerana baginda yakin dan percaya, betapa solusi dan langkah membangkitkan sistem khilafah itu bukanlah bermula dengan desakan dan penggulingan pemerintahan yang sedia ada..

Tetapi lebih kepada 'Pembentukan Acuan Individu Muslim' yang sejati..Inilah dia solusi pertama yang paling bernas dan utama untuk kita lakukan bersama..yakni membentuk ciri2 individu Muslim yang sebenar di dalam diri kita semua..apabila ada insan2 seperti Abu Bakar, Umar Al-Khattab, Uthman, Ali dan ramai lagi sahabat2 Rasulullah SAW yang tinggi ketakwaan dan akhlaknya..barulah kita melangkah menuju satu demi satu tangga 'Maratib Amal' yang seterusnya..solusi ini bukan sahaja bakal membawa kepada pembentukan sistem Khilafah..tetapi juga bakal menghasilkan Ustaziyatul Alam sebagaimana zaman Abbassiyah dahulu..

Kita juga perlulah sedar betapa masalah yang menimpa kita semua sejak dari dahulu lagi tidak lain tidak bukan, adalah daripada dosa-dosa kita sendiri..Banyak dalil yang menyatakan hal ini..Antaranya adalah firman Allah dalam Surah Ali Imran :

" Dan mengapa ketika kamu ditimpa musibah (pada peperangan Uhud). Padahal kamu telah menimpakan kekalahan dua kali lipat kepada musuh-musuhmu (pada peperangan Badar), kamu berkata, "Dari mana datangnya (kekalahan) ini ?" Katakanlah, "itu dari (kesalahan) dirimu sendiri" . Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu " (Surah Ali Imran 3:165)

Begitu juga dengan firman Allah dalam Surah Asy-Syura 42:30 yang menyatakan betapa apa sahaja musibah yang menimpa diri kita adalah disebabkan perbuatan tangan kita sendiri ..

Rakan2 semua..

Oleh sebab itulah, pengembalian diri kita kepada Al-Quran dan As-Sunnah itu merupakan langkah yang paling vital dan benar utk kita lakukan dalam membentuk individu muslim (IM) masing2..insya Allah, pembentukan2 individu muslim inilah yang akan membawa kepada terlahirnya Baitul-Muslim (perkhawinan)..Ramainya BM ini kemudiannya bakal membentuk masyarakat muslim yang mampu mewujudkan negara dan empayar Islam yang sebenar..

Namun begitu, semuanya itu tidak akan wujud melainkan bermula dengan pembentukan IM terlebih dahulu..itulah dia Sunnahtullah, yakni aturan Allah yang tidak akan pernah berubah..sebagaimana yang telah ditunjukkan dalam sirah Rasulullah SAW itu sendiri..

Insya Allah rakan2 semua..marilah kita sama2 'Shift Paradigm' kita dalam hal ini..sesungguhnya solusi kepada konspirasi itu telahpun wujud sekian lama..cuma menunggu kita untuk menegakkannya melalui manifestasi iman dan ketakwaan kita kepada Allah SWT ^_^ ..

" Yes, It's easy to blame everything on the west..when in fact all focus should be on ourselves " - Maher Zain (Awaken)

Jzkk..Wassalam ^_^ ..

p/s - Maaf ek entry panjang pula..huhu..

Shifting_Paradigms #25 : Merisalahkan Izzah Ijazah Itu


.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.

Rahmat-Mu menelusuri seluruh pelosok alam..

Redha-Mu menemani intipati perjuangan seorang hamba..

Kasih-Mu membuang segala duka lara sang kalbu yang keresahan..

Rakan2 pembaca semua..

Pernah tak rasanya kita bertanya kepada diri kita semua..

' Layak tak aq menerima nikmat Islam nie ? '

' Layak tak aq membaca apa yang terkandung di dalam Al-Quran ini ? '

Apabila dalam masa yang sama...masih ramai lagi insan2 di luar sana yang lebih baik moralnya..lebih teguh semangatnya..dan lebih layak untuk menerima nikmat islam itu berbanding diri kita semua =( ..

Betapa ramai insan di luar sana yang begitu tinggi ilmu pengetahuannya..yang mana sekiranya dikurniakan dengan nikmat islam..mungkin bakal menyumbangkan sesuatu yang sangat besar dan bermakna kepada ad-deen ini..

Betapa ramai juga..insan2 di luar sana yang begitu tinggi ilmu kepimpinannya..mampu membimbing manusia untuk patuh kepada segala macam arahan dan peraturan..

Tetapi..kenapa kita juga yang menerima nikmat yang terbesar ini ?

Sedangkan yang malas menuntut ilmu itu juga adalah diri kita sendiri...yang berlebihan dalam hiburan dan dunia..bukankah kita semua juara dalam bab2 ini =( ?

Apakah agaknya yang ada pada diri kita semua sehingga terlayak untuk dipilih sebagai seorang penganut agama yang benar dan bermakna ini =( ?

Rakan2 semua...

Tidak boleh dinafikan..Allah Maha Mengetahui segalanya..segala suratan dan perkara yang berlaku di dunia ini terjadi kerana kehendak-Nya..setiap lekuk2 di alam semesta ini tersusun dan tercipta dalam keadaan yang amat mengagumkan..

Sebagaimana telitinya pemilihan setiap satu perkataan yang terkandung di dalam Al-Quran itu..seteliti itulah Allah membuat keputusan dan pilihan terhadap segala suratan takdir yang menimpa hamba2-Nya..

Allah itu Maha Agung, Maha Hebat dan Maha Mengetahui..

Maka, manakan mungkin Allah tersalah pilih golongan manusia yang layak untuk menerima petunjuk dan hidayah ad-deen-Nya ini...

Tidak boleh disangkal lagi..terdapat sesuatu di dalam diri kita yang benar2 berharga sehingga melayakkan diri kita semua untuk menerima nikmat dan hidayah terbesar ini..

Sesuatu yang membezakan kita dengan insan2 yang masih belum lagi mendapat petunjuk dan hidayah Allah..

Sesuatu yang memerlukan pencarian berdasarkan mata hati yang hakiki..

Sesuatu yang sekiranya digilap..bakal memancarkan cahaya yang mampu menerangi kegelapan dunia..

dan sesuatu yang hakikatnya berbeza bagi setiap insan..tetapi 'pemanipulasian'-nya bakal membawa keputusan yang sama..sekiranya kita 'faham' ..

Itulah dia 'logam' dan potensi diri kita semua..

Tidak ada istilah 'malas' bagi insan2 yang dipilih ini..

Tidak ada juga istilah 'lemah' dan tidak berdaya...

Sejarah telah mencatatkan 1001 kejayaan insan2 lampau..insan2 yang bertungkus-lumus siang dan malam untuk mencungkil serta menggilap 'logam' masing2..dan bilangan insan2 ini bukanlah sedikit..

Maka, bertanyalah semula kepada diri kita semua..

" Kenapakah agaknya aq dipilih untuk menerima nikmat Islam ini ?

Jawapannya terletak di dalam sanubari kita semua..selamilah ia..kenalilah ia..insya Allah segala persoalan itu akan terjawab ^_^ ..

Salam Ukhuwah Fillah =) .. /hihi

' Merisalahkan Izzah Ijazah Itu '

Terdapat suatu ungkapan yang benar2 menyentuh hati ini..ungkapan ini diberikan oleh seorang akhi yang sangat diri ini hormati..

' Usahlah dicari apa yang tidak kita miliki...tetapi gunakanlah apa yang telah kita ada dengan semaksimum mungkin =) '

Ungkapan ini ana pernah guna untuk beberapa siri ceramah motivasi dengan adik2 dulu..

Hakikatnya, di dunia ini..kita seringkali merungut dan bersedih dengan perkara yang tidak hadir dalam kehidupan kita..harta benda, pangkat, jawatan dan kemewahan..kesemuanya ini seringkali menjadi objektif ilusi kita, sehinggakan ketidak-hadiran perkara tersebut mampu menjatuhkan..atau setidak-tidaknya melemahkan diri kita semua..

Tetapi kita sering lupa dengan perkara yang telah kita miliki..nikmat yang telah kita kecapi dan terima daripada Allah SWT..

Seseorang pernah berkata...

' Aku bersedih apabila kehilangan sepasang kasut yang baru sahaja aku beli...sehinggalah aku melihat insan yang tidak berkaki... '

' Aku berasa lemah kerana mendapat keputusan exam yang kurang baik...sehinggalah aku melihat insan yang langsung tidak berpeluang untuk tahu apa itu ABC .. '

Maka, wajarkah lagi untuk kita bersedih ? Apabila kebolehan dan peluang yang telah kita miliki pada hari ini masih belum lagi kita gunakan semaksimum mungkin ?

Perlukah lagi kita berasa lemah ? Apabila di luar sana ada berbillion2 manusia yang tidak mampu untuk mencapai kondisi kehidupan yang sama seperti kita pada saat dan ketika ini ?

Oleh sebab itulah pada permulaan post ini, ana masukkan sesuatu tentang 'dipilihnya kita' oleh Allah SWT..kerana apa ?

Kerana hakikatnya kita semua adalah insan2 yang DIPILIH !!

Dipilihnya kita sebagai insan yang tahu mengira dan membaca itu sahaja sesuatu yang sangat bermakna...apatah lagi terpilih untuk mendalami ad-deen Allah yang hebat ini ..

Kehidupan ini mengikut Sunnahtullah..ataupun ketetapan Allah yang tetap dan tidak berubah..setiap perkara berlaku atas sebab-musabab yang tertentu, dan bukannya kebetulan..bukankah semua perkara yang menimpa kita telah tertulis di dalam Lauh Mahfuz Allah SWT ?

Hanya tinggal kepada diri kita sahaja, sama ada ingin mengambil ibrah dan hikmah daripada perkara tersebut, ataupun sekadar membiarkannya berlalu begitu sahaja..berakhir menjadi salah satu daripada epilog kehidupan kita yang hanya menunggu masa untuk dihentikan 'putarannya' =( ..

Rakan2 pembaca semua,

Kejadian dan penciptaan kita itu sesuatu yang benar2 kompleks...lebih kompleks daripada penciptaan segala macam benda yang kita lihat di dunia dan alam ini..maka, takkanlah ciptaan yang kompleks tidak didatangi dengan satu tujuan yang kompleks juga ?

Kehidupan kita ini bukanlah sekadar bangun, tidur , buka facebook, makan, bergurau-senda dan berhibur semata-mata..

Sedangkan penciptaan tumbuh-tumbuhan yang kita anggap kompleks itu juga datang dengan satu tugas untuk menjamin kemandirian kita di dunia ini..apatah lagi dengan diri kita yang hakikatnya berkali-kali ganda lebih kompleks dan teliti penciptaannya..sudah tentu kita semua ada tujuan dan tugas yang perlu dilaksanakan di bumi Allah ini..

" Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku " ( Az-Zariyat 51:56 )

" Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat : ' Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi" . Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata) : ' Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan) , padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu? . Tuhan berfirman: ' Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya" . ( Al-Baqarah 2:30 )

Betapa mulianya tugas dan matlamat akhir kita di dunia ini rakan2 semua..ditambah lagi dipilih sebagai umat Nabi Muhammad SAW .. umat terbaik daripada segala umat yang pernah mendiami bumi ini suatu ketika dahulu..

Tidak cukupkah lagi agaknya nikmat2 ini untuk membuatkan kita sedar akan kebesaran dan keagungan nikmat yang kita kecapi hari ini ?

Tetapi...

Kenapa kita juga yang leka dengan dunia dan isi2nya ?

Kenapa kita juga yang masih malas dan lemah dalam membangunkan islam dalam diri kita ?

Kenapa kita juga yang memenuhi ruang2 panggung, konsert dan kompleks beli belah itu ?

Betapa tidak bersyukurnya kita =( ...

Menjadi seorang manusia dan bukannya semut ataupun pokok2 itu sahaja sesuatu yang benar2 mulia..apatah lagi diberikan kelayakan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini..maka, perlukah lagi kita menganggap diri kita malang apabila ditimpa musibah2 kecil di dunia ini ?

Rakan2 semua..

Diri ini yakin dan percaya..setiap seorang daripada kita pada saat dan ketika ini sedang dalam fasa mengejar matlamat2 jangka pendek, yakni fasa mendapatkan ijazah dalam bidang2 ilmu yang kita ceburi =) ..

Sama ada dalam bidang perubatan, engineering, mahupun undang2.. tidak ada seorang pun daripada kita yang ingin gagal untuk mendapatkan ijazah itu..

Persoalannya..adakah setelah kita mengetahui tujuan sebenar kita diturunkan di dunia ini..kita perlu meninggalkan semua usaha2 untuk mengejar matlamat kecil kita itu ?

Perlukah kita hanya duduk 24 jam sahaja di dalam masjid dan beribadah tanpa henti ?

Ataupun perlukah kita pergi sahaja sertai mana2 halaqah dan usrah setiap hari tanpa menghiraukan lecture dan buku2 ilmu yang belum dibaca ?

Kenyataan ini kadangkala membuatkan segelintir daripada kita menganggap terlalu mengamalkan islam itu ekstrem dan menyebabkan masyarakat kita mundur..sebagaimana pandangan orientalis dan golongan anti-islam..

Sedangkan pada hakikatnya..Islam itu mengajak kita untuk menjadi insan yang dahagakan ilmu..sangat banyak hadis yang menerangkan kepentingan menuntut ilmu dalam islam..dalam Al-quran turut menyatakan kepentingan bertanya dan menjadi insan yang berpengetahuan..

Kalaulah mengamalkan islam itu menjadikan kita mundur..maka dimanakah agaknya perlu kita letak nama2 tokoh ilmuwan islam yang hebat seperti Ibn Sina, Al-Khawarizmi dan sebagainya itu ? Mereka bukan sahaja mantap dari segi HablumminAllah .. tetapi juga terbaik dalam Hablumminannas, yakni hubungan dan sumbangan mereka kepada institusi perkembangan ilmu dunia..

Mungkin kita pernah bertanya..

Kenapakah dunia pada hari ini tidak dikuasai oleh orang2 islam ?

" Kenapakah World Order ataupun Ustaziyatul Alam itu dipegang oleh golongan yang bukan Islam ?
"

Rakan2 pembaca semua..

Allah ada berfirman :

" Dan sungguh, telah Kami tulis di dalam Zabur setelah (tertulis) di dalam Az-Zikr (Lauh Mahfuz), bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh " ( Al-Anbiya 21:105 )

Dalam ayat ini..Allah ada menyatakan betapa bumi kita ini akan diwarisi, yakni dikuasai oleh hamba-hambaNya yang soleh..dan janji Allah adalah janji yang Maha Benar..

Tetapi kenapa dunia pada hari ini belum lagi dikuasai oleh orang2 islam ?

Analoginya mudah...seorang manager kepada sebuah bank, hatta sangat2 menyayangi anaknya tidak akan pernah membiarkan anak tersebut mewarisi kerja manager bank tersebut, sekiranya anak tersebut tidak mempunyai degree ataupun ijazah yang melayakkan dirinya untuk menjawat kerja tersebut..

Sekiranya ayah tersebut membiarkan juga anaknya mengambil kerja tersebut, sudah tentu akan berlaku kucar-kacir kepada financial dan business bank tersebut..apa tidaknya..sekiranya anak tersebut tidak mempunyai apa2 pengalaman dan ijazah untuk menjalankan kerja2 perbankan, bagaimana agaknya kita ingin mengharapkan dirinya untuk bekerja dengan baik ? Bukankah itu dikira tidak adil ?

Hampir samalah juga dengan pewarisan bumi ini kepada orang2 Islam...selagi kita semua tidak berjaya 'melayakkan' diri kita..selagi itulah Allah akan meletakkan insan2 lain untuk mentadbir dunia ini..sekiranya diberikan juga kepada kita, pasti akan berlaku kucar-kacir yang lebih teruk, kerana hakikatnya kita kurang ilmu dan pengetahuan..

Mengejar title 'khalifah' itu bukan hanya dengan duduk 24 jam di dalam masjid..bukan juga hanya dengan menyertai usrah dan sebagainya..tetapi pemilikan title itu bermula dengan penyediaan diri kita untuk menimba seberapa banyak ilmu dan pengalaman..memegang ijazah2 yang bakal membawa kita selangkah ke hadapan dalam mencapai matlamat jangka panjang kita..yakni untuk mewujudkan ustaziyatul-alam (UA) yang bersyariatkan islam..

Dalam tidak kita sedari..keadaan yang Allah turunkan di bumi pada ketika ini sebenarnya bertujuan untuk membuka mata kita betapa umat kita pada hari ini sedang leka dalam menyiapkan diri..sehinggakan UA telah jatuh kepada tangan orang2 yang bukan islam..

Kondisi dunia pada hari ini mengajak kita untuk menjadi Ulul-Albab dan Khalifah yang sebenar..

Khalifah yang bukan sahaja bijak dalam segala ilmu islam...tetapi juga mantap dalam bidang kepimpinan, business, keluarga, ketenteraan dan sebagainya...tidak dilupakan juga dengan ilmu2 Science seperti Physics, Metaphysics, Chemistry dan sebagainya...inilah takrif khalifah yang sebenar..yakni pemimpin yang berjaya dalam kedua2 bidang ilmu..

Kemudian barulah Allah akan mewariskan bumi ini kepada hamba2-Nya yang 'layak' untuk menjadi khalifah yang sebenar..

Oleh sebab itulah, ana memilih tajuk 'Merisalahkan Izzah Ijazah Itu' sebagai tajuk post kali ini.. kerana izzah (kemuliaan) ijazah yang kita pegang pada hari ini hakikatnya datang dengan satu risalah islam..yakni untuk digunakan ke arah kecemerlangan dan kekuasaan syariat2 Allah..

Ijazah itulah sebenarnya antara 'logam' yang ana nyatakan pada awal post ini =) ..

Insya Allah..mari sama2 kita
"Shift Paradigms" kita =) .. meletakkan tujuan yang sebenar di dalam perjuangan2 kita..lantas bersama-sama berusaha untuk menjadi khalifah yang sebenar di muka bumi ini =) ..

Meh kawan2 semua =) , kita tuntut ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin ^_^ .. insya Allah..

p/s : Jzkk kepada akhi Akmal Shapiei, Faiq dan brothers yang lain atas daurah yang sangat mantap tempoh hari..semoga usaha kalian sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT =) ..

Wassalam..

Shifting_Paradigms #24 : Mengejar Takrif Ulul Albab Itu

.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.

Sifat pengasih-Nya menerjah seluruh angkasa raya..

Keagungan-Nya terserlah dalam segala macam cara..

Keredhaan-Nya menjadi obligasi suatu perjuangan..

Tidak ada lain yang layak disembah di alam ini..melainkan hanya diri-Nya..Allah Yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa..

Diri-Nya telah memberikan kita segala macam hadiah dan penghargaan...terpilih menjadi seorang manusia itu sahaja merupakan sesuatu yang benar2 istimewa..apatah lagi dikurniakan dengan nikmat islam yang kian terserlah kebenarannya..hatta kebenaran ajaran islam itu diuji dengan segala bentuk ancaman dan tomahan, tetap juga tiang2nya berdiri utuh, menanti saat kemenangan yang telah dijanjikan oleh Allah SWT..

Tidak kira setinggi mana pun tentangan dan kekeliruan yang cuba didominasi oleh 'sang diktator dunia' , islam itu akan tetap menjulang piala kemuliaannya..cuma persoalannya, adakah kita akan menjadi salah seorang daripada penyebab kemenangan itu =( ? Ataupun hanya sekadar penonton yang tersenyum sendirian ?

Sama ada besar ataupun kecil yang sedang kita sumbangkan kepada kebangkitan islam di dunia ini..teruskanlah apa2 yang baik itu..insya Allah, mudah2an Allah berikan keberkatan bagi setiap perkara yang kita lakukan itu ^_^ ..

" Allah telah menetapkan: "Aku dan Rasul-rasul-Ku pasti menang ". Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa " (Surah Al-Mujadilah 58:21) ^_^

Salam Mahabbah Fillah =) .. /hihi

Masih terpaku di dalam ingatan...saat2 Jaulah Syitawiyah (winter) yang lalu..

Masih tersemat di dalam hati..ikatan ukhuwah yang terjalin antara ikhwah2 semua..

Jauh di suatu sudut..terbuku suatu kerinduan kepada ibrah yang terbentuk drp kembara kecil itu =) ..

Pengalaman melihat dunia2 Eropah membuahkan segala macam pengajaran yang bermakna buat diri ini..setiap pelosok keindahan alam ciptaan Allah SWT sememangnya mempersonakan mana2 mata yang memandang..

Namun begitu, melihat keadaan orang islam di sini dan negara Eropah yang lain membuatkan diri ini sebak dan sedih memikirkan keadaan masyarakat kita di bumi Malaysia =( .. perbezaan yang begitu ketara antara kita dan mereka melahirkan suatu perasaan malu terhadap diri sendiri..

Mungkin mereka tidak lancar membaca Al-Quran seperti kita yang mampu berlagu..

Mungkin mereka mempunyai kepayahan utk menghafal surah2 di dalam Al-Quran..

Mungkin mereka tidak mampu menerangkan atau menceritakan secara detail tafsiran2 surah di dalam Al-Quran..

Tetapi..

Melihat kepada akhlak dan akidah mereka kepada Allah SWT..kesemuanya benar2 indah dan mantap..memang benarlah betapa Islam itu bersifat Syumul dan lengkap, tidak mengambil kira hal keturunan, bangsa dan sebagainya..walau di mana pun kita dilahirkan di dunia ini, ad-deen Allah inilah satu-satunya ajaran yang paling relevan untuk diikuti =) ..

" Mengejar Takrif Ulul Albab "


Jaulah Syitawiyah pada awal tahun yang lalu membawa diri ini ke beberapa tempat yang menarik di Kota London...diberi peluang untuk melihat keunikan seni bina dan kecantikan taman-taman di sana..

Alhamdulillah..pada masa itu, sempat juga untuk menziarahi London Science Museum..suatu tempat yang benar2 membuka mata dan hati diri ini..bukanlah terpegun kerana kehebatan sains dan teknologi yang dipaparkan di muzium itu..tetapi disebabkan oleh suatu ruang besar yang di hadapan pintu gerbangnya tertulis : ' 1001 Inventions : Discover The Muslim Heritage In Our World ' ..

Masih ingat lagi semasa awal2 melihat sign board yang besar itu..diri ini benar2 terkejut..

' Eh, biar betul ? '

Segala macam persoalan bermain di dalam fikiran pada saat itu..

' Adakah ini salah satu daripada propaganda barat terhadap islam ? Tetapi kenapa ada perkataan 'Inventions' ? '

Selepas bertemu dengan rakan2 yang lain..kami pun masuk ke dalam ruang exhibition yang sememangnya agak besar itu..

' Subhanallah...Cantiknya.. '

Diri ini berasa sangat terharu...setiap ruang yang ada di pameran itu dipenuhi dengan penjelasan dan gambar2 tokoh ilmuwan islam yang terkenal..tidak dilupakan juga biodata dan sumbangan2 yang telah diberikan oleh mereka kepada dunia pada zaman itu..

Setiap jejak langkah diri ini terasa benar2 bererti..melihat satu per satu bagaimana orang2 barat menjelaskan kepada dunia luar akan kebenaran generasi 'Ulul Albab' zaman dahulu..

Setiap pandangan diri ini terasa benar2 bersinar..memandang replika2 ciptaan Al-Jazari, Omar Ibn Khayyam, Ibn Farnas, Ibn Sina dan banyak lagi yang memenuhi sudut2 exhibition itu..

Dan setiap degupan jantung ini terasa benar2 sebak..melihat ketelitian dan kesanggupan organisasi (Jameel's Foundation) yang menjayakan pameran tersebut..Subhanallah..Mudah2an Allah kurniakan ganjaran yang berlipat ganda kepada usaha mereka yang sememangnya murni itu..

Kemungkinan besar kita menyangka kita telah mengenal scholars islam zaman terdahulu..tetapi percayalah, sekiranya rakan2 sendiri melihat pameran ini..rakan2 juga akan terpegun dan terkejut melihat biografi tokoh2 islam lain yang mungkin tidak sempat kita pelajari di sekolah..

Siapa sangka, bukannya Wright Brothers yang pertama sekali bermimpi ingin terbang di udara..rupa2nya Ahmad Ibn Farnas telah terlebih dahulu menciptakan sayap yang seakan2 burung, 1000 tahun sebelum Wright Brothers ! ..

Siapa sangka, rupa2nya Astrolabs itu dicipta oleh seorang Srikandi Islam yang bernama Maryam Al-Asturlabiya ... membawa kepada berlegar-legarnya Satelit Razak-Sat dan Sputnik di atas ruang atmosfera bumi pada saat ini..

Dan siapa sangka, rupa2nya semua tools yang digunakan di hospital moden pada hari ini, bermula daripada scalpel sehinggalah kepada alat2 jahitan, dicipta oleh seorang Pakar Bedah Islam yang bernama Al-Zahrawi ..

Tidak dilupakan juga Ibn Al-Khaytam yang memperkenalkan konsep 'camera obscura' , yakni suatu konsep yang membawa kepada teknologi TV, kamera , iPhone dan alat-alat pemancar pada zaman ini..

Begitu juga dengan Al-Jazari, seorang Engineer Islam yang benar2 hebat..beliau juga digelar 'Father of Mechanics and Robotics' .. seorang genius yang memperkenalkan konsep automatism dalam Engineering dan Physics..Beliau juga telah berjaya menukarkan 'Rotating Motion to Linear Motion' .. sesuatu yang sekiranya tidak dicipta oleh beliau pada ketika itu, sudah tentu Litar Sepang itu tidak akan wujud kerana tiadanya industri automobil kereta mahupun Formula-1 ..

Zaman mereka dipanggil sebagai Zaman Keemasan Islam, kerana bidang ilmu benar2 berkembang secara meluas pada ketika itu..Kehebatan mereka juga telah mencetuskan Zaman Renaissance Eropah..yakni, tatkala buku tokoh2 islam telah diterjemahkan kepada bahasa lain untuk kegunaan masyarakat Eropah..

Bahasa Arab menjadi bahasa perantara yang sangat dihormati dunia..bilangan ahli2 ilmuwan mencecah kuantiti yang terlalu tinggi, sehinggakan bilangan doktor juga perlu ditapis..

Pekerjaan menterjemah buku pula merupakan karier yang paling tinggi pendapatannya pada zaman itu..apa tidaknya kalau ganjaran emas yang diberikan kepada mereka adalah berdasarkan berat buku yang telah berjaya mereka terjemahkan..

Sampai begitu sekali kecintaan mereka kepada ilmu...sama ada dalam bidang perubatan, engineering, politik , fiqah, bahasa, puisi mahupun lagu, setiap satu bidang ini mempunyai jumlah tokoh yang sangat ramai pada ketika itu..

Hal ini membuatkan diri ini berfikir..

' Bagaimana mereka boleh cintakan ilmu seperti sedemikian rupa ? '

Ditambah lagi, setiap tokoh2 islam itu tinggal dalam keadaan yang serba sederhana dan rendah diri..mereka tidak pernah mengharapkan penghargaan mahupun 'award' daripada sesiapa..kalau macam tue, kenapa mereka semua sibuk2 nak study byk bidang ilmu ?

Al-Qifti pernah menyatakan betapa Ibn Sina telah menghabiskan 21 Major and 24 Minor Works dalam bidang Philosophy, Medicine, Theology, Geometry, Astronomy dan sebagainya. Brockelmann pula pernah memberikan penghargaan kepada Ibn Sina atas penciptaan 99 jenis buku yang terdiri daripada 16 buku perubatan, 68 buku dalam bidang Theology dan Metaphysics, 11 dalam Astronomy dan 4 lagi lain2..Bukunya yang paling popular, (Al-Qanun Fit-Tibb) pula masih digunakan dalam bidang perubatan sehinggalah pada hari ini..

Kita berasa bangga apabila membaca kisah2 tokoh yang hebat seperti beliau...tetapi kadangkala kita terlupa untuk bertanya apakah agaknya yang mendorong diri mereka untuk berkarya dan mencintai bidang ilmu yang terlalu banyak itu..

Kadangkala kita menganggap mereka sebagai luar biasa, mustahil utk ditiru, 'gifted', genius dan sebagainya..sedangkan diri mereka sendiri sentiasa berjalan di muka bumi ini dengan begitu rendah diri dan bersederhana..

Kita merungut apabila stress kerana terpaksa membaca buku2 perubatan yang tebalnya ber-volume2 .. agaknya ada tak Ibn Nafis berhenti merujuk buku2 perubatan semata-mata ingin memberikan gambaran sebenar Circulatory System manusia ? Buku kita hanya ber-volume2 .. buku yang dirujuk beliau kemungkinan besar mencecah suatu jumlah yang kita sendiri sudah tidak mampu utk membacanya..

Pernah diceritakan betapa tokoh2 islam zaman dahulu menuntut ilmu dengan menulis pada daun2 pokok, batang2 kayu dan sebagainya, yakni sebelum penciptaan kertas dipopularkan..sekiranya dibandingkan dengan kita yang boleh sahaja mengakses gedung ilmu di internet dengan bantuan Google dan Yahoo..kenapa kita masih tidak mampu utk menjadi sehebat mereka yang hidup dalam keadaan teknologi yang masih rendah itu ? Sedangkan kitalah yang sepatutnya lebih pakar daripada mereka yang kadangkala terpaksa merantau jauh, semata-mata kerana ingin menuntut ilmu..

Membaca buku karya Dr. Danial Zainal Abidin sedikit sebanyak menjawab persoalan yang pernah terbuku ini..

Rupa2nya tokoh2 islam yang begitu mencintai ilmu ini ingin 'Mengejar Takrif Ulul Albab' Allah SWT dalam Surah Ali-Imran , ayat 190 dan 191 ..

" Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi ulul albab. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri ataupun duduk ataupun dalam keadaan berbaring dan mereka banyak berfikir mengenai penciptaan langit dan bumi (sambil berkata) : "Wahai Tuhan kami, Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada seksa neraka" ( Ali-Imran 3:190-191)

Ulul albab itu mempunyai akal dan minda yang mustanir (cemerlang)..mengkaji dan terus mengkaji sehingga mampu meletakkan segala perkara pada perspektifnya yang betul..

Ulul albab itu mementingkan 'Zikir dan Fikir'..melihat fenomena2 alam sambil bertasbih memuji Allah SWT yang Maha Bijaksana..

Inilah rangsangan istimewa ataupun 'Catalyzer' daripada Allah SWT supaya umat Islam mendekati alam bagi mengkajinya..golongan Ulul Albab ini tidak pernah berhenti melihat keunikan ciptaan Allah SWT, kerana setiap kajian dan kejayaan yang mereka capai adalah khusus untuk meningkatkan ketakwaan mereka kepada Allah SWT ..

Ayat ini juga sebenarnya menerangkan kepada kita betapa islam menggalakkan penganutnya untuk menjadi saintis yang berminda saintifik..yakni mampu membuat keputusan berdasarkan nilaian eksperimen dan ujian tertentu untuk membuktikan kesahihan suatu perkara dan bukannya hanya menjadi 'pak turut' ..

Dalam Surah Al-Isra' ayat ke-36 juga.. Allah telah melarang kita untuk mengikut apa yang kita sendiri tidak mempunyai pengetahuan tentangnya..kesemuanya tidak lain melalui penggalakan pembentukan minda yang saintifik dan islam..

" Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya: sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya " (Surah Al-Isra' 17:36)

Inilah formula sebenar yang membawa kepada keagungan dan kehebatan tamadun islam pada zaman dahulu...kesemua mereka ingin menjadi ulul albab yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-quran..hasilnya, tamadun islam telah memegang 'Ustaziyatul Alam' dan 2/3 daripada dunia...Bahasa mereka, pakaian mereka, akhlak dan ilmu2 mereka semuanya disegani dan dikagumi oleh tamadun2 lain..kehidupan mereka pada zaman itu benar2 aman dan bahagia..masyarakat juga hidup dalam keadaan yang bahagia dan sejahtera..

Tetapi..

Bagaimana dengan kita ? Kenapakah agak sukar untuk kita menjadi seperti mereka semua ?

Diri ini cuba untuk membuat sedikit kajian dan bacaan tentang profil serta sejarah hidup beberapa tokoh ilmuwan islam yang hebat..

Dan sememangnya tidak dinafikan...rupa2nya, sebelum mereka mendalami bidang ilmu yang banyak itu, mereka telah terlebih dahulu menghabiskan hafalan dan tafsiran Al-Quran pada usia yang sangat muda..mereka memantapkan akidah, akhlak, dan keyakinan mereka kepada Allah SWT, kemudian barulah mudah untuk mereka mengejar takrif ulul albab Allah itu..

Al-Quran itu membentuk minda yang berfikir semata-mata kerana Allah SWT..

Al-Quran itu menjadi berita2 yang gembira buat insan2 yang sentiasa mencari keredhaan Allah SWT..

Dan Al-Quran itulah satu-satunya kitab dan ilmu yang menjamin kesenangan hidup kita di dunia dan akhirat kelak..

Maka, marilah kita muhasabah diri kita semula..

Kita semua ingin mengikut jejak langkah Ulul Albab zaman dahulu, tetapi adakah kita telah menjadikan al-quran itu sebagai sumber rujukan utama kita ? Berapa muka suratkah agaknya yang telah kita baca pada hari ini =( ?

Apabila sedang mengkaji sesuatu yang berkaitan dengan geografi , fizik dan chemistry alam..pernah x kita nk rujuk apa yang Allah sampaikan berkenaan bidang2 ilmu itu di dalam al-quran ? Sedangkan pada hakikatnya, sumber ilmu dalam al-quran itu 100% lebih tepat daripada buku2 yang ada di library, mahupun yang ditulis oleh pemenang2 Nobel Prize kesemuanya..

Sekali lagi, bertanyalah kepada diri kita...

Adakah kita sedang mengagungkan buku2 yang dicipta oleh manusia lebih daripada sesuatu yang Allah turunkan kepada Rasulullah SAW =( ? Apabila akhlak kita terhadap terhadap Al-Quran sememangnya agak menyedihkan =( ..

Pernah tak kita berazam ingin stay up kerana mahu mempelajari ilmu al-quran ? Apabila dalam masa yang sama, kita lebih sanggup menghabiskan 5 jam utk baca buku Anatomy daripada hanya 5 minit untuk membaca al-quran =( ?

Tidak mustahillah diri kita akan sentiasa mundur dan malas untuk menuntut ilmu..apabila ketaatan dan ketakwaan kita kepada arahan2 Allah mudah sahaja kita gadaikan dengan hal2 keduniaan =(

Rakan2 Pembaca semua...

Insya Allah, itulah yang cuba ana sampaikan dalam post kali ini...post ini juga menjadi suatu tamparan yang sangat kuat kepada diri ini =( ..

Mari rakan2 semua, kita
" Shift Paradigms " kita dalam hal ini ^_^ .. meletakkan al-quran itu sebagai sumber utama, bukan sahaja sebagai panduan hidup dan akhlak kita, tetapi juga sebagai penaik semangat untuk mengejar takrif ulul albab itu =) ...

Tidak kisah sama ada kita sedang mendalami ilmu perubatan, engineering, undang2, business mahupun guru pada saat dan ketika ini, kita semua masih lagi mampu untuk meluruskan 'saf' masing2, mengejar dan meniti maksud sebenar menjadi ulul albab yang dinyatakan oleh Allah dalam kitab suci-Nya itu..bersama-sama membentuk minda saintifik dan progresif yang permukaannya disaluti dengan 'bahan Al-Quran'..

Diri ini percaya dan yakin, sekiranya suatu masa nanti negara kita meletakkan pengajaran ilmu al-quran itu sebagai prioriti utama dalam membentuk anak-anak muda..sudah tentu akan terlahirnya ramai Ulul Albab seperti Ibn Sina, Omar Khayyam, Al-Farazi, Al-Jazari dan sebagainya ^_^ .. insya Allah..

Jzkk kerana sudi baca post nie =) .. wassalam..


Shifting_Paradigms #23 : Mencari Kerdipan Yang Hilang

.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.

Kadangkala...

Kita terpaku mencari jawapan kehidupan..

Berlari dan terus berlari..

Mengharapkan penghujung yang sejati..


Tercungap-cungap mencari nafas ketenangan hakiki..


Lantas kita berhenti sebentar..

Refleksi diri yang kian gentar..

Bertanya semula kepada kalbu yg keletihan..


Apa yang engkau lari-larikan ?


Apabila hakikatnya..

Kebahagiaanmu tersuluh di depan mata..


Kemuliaanmu terpancar hatta di celah2 kota..

Walau dunia penuh pancaroba..

Dirimu sentiasa menanti masa..


Mencari.. dan terus mencari..

...Kerdipan Yang Hilang...


Betapa mulianya diri kita..

Betapa tingginya darjat kita..

Betapa indahnya penciptaan kita..

Semuanya tidak lain..bermula drp Allah Yang Maha Esa, Maha Agung lagi Maha Besar..

Allah memberikan kita 86,400 saat pada hari ini dan hari sebelumnya..pernah tak kita gunakan walau sesaat untuk mengucapkan ' Alhamdulillah..terima kasih Allah ' ?

Walaupun pada saat dan ketika ini..ada saudara kita yang baru sahaja kehilangan sepasang tangannya..kehilangan ibu, bapa dan anak-anak..hidup dalam kesempitan dan diancam dengan segala macam cara..

Pernahkah kita bersyukur dengan segala apa yang dikurniakan kepada kita ?

Apabila pujian2 kepada Allah yang kita ungkapkan hanya penuh dengan omong-omong kosong...jauh sekali daripada manifestasi amal dan iman..

Pernahkah ?

Memang tidak dinafikan..Itulah kita... =(

Salam Ramadhan Al-Mubarak.../hihi

" Mencari Kerdipan Yang Hilang "

Insya Allah, pada bulan yang mulia, hebat lagi mantap ini..ana keluarkan satu post yang sudah lama terbuku di kepala, cuma belum menjumpai masa yang sesuai untuk di'publish'kan ke dalam blog ini..Alhamdulillah, hari ini Allah berikan kekuatan =) ..

Rakan2 pembaca semua,

Kilauan kerdipan mereka laksana bulan yang hadir pada malam hari, menerangi seluruh pelosok dunia dengan kecantikan budi pekerti dan akhlak yang terpuji..

Ketika Allah menciptakan mereka...kesemuanya harus menjadi seorang yang istimewa..dikurniakan dengan bahu yang cukup kuat untuk menampung fatamorgana dunia. Namun, harus cukup lembut untuk memberikan ketenangan dan kebahagiaan..

Meskipun dilitupi dengan 'selendang islami' dan hijab kemuliaan..Mereka dikurniakan Allah dengan kekuatan dalaman yang abadi, cukup kuat untuk melahirkan anak dan menahan mehnah tribulasi yang seringkali datang daripada anak itu..

Allah menguji mereka dengan kekerasan dan kesengsaraan agar dirinya tetap tabah ketika orang lain sudah menyerah..mengasuh keluarganya meskipun ditemani dengan penat lelah yang tidak pernah henti walau sesaat..

Allah memberikan kefahaman dan sifat penyayang yang tinggi kepada mereka..demi menahan kerenah anak-anak yang sering menyakitkan hati mereka, tetapi tetap jua anak itu disayangi tanpa kurang walaupun sedikit..

Allah memberinya kekuatan untuk 'mendukung' suaminya yang dilanda kegagalan dan kesusahan..melengkapi 'tulang rusuk' kebahagiaan yang selama ini dicari..

Dikurniakan air mata untuk dititiskan..Namun, ramai yang tidak tahu, titisan-titisan itulah yang telah banyak melahirkan 'lautan ibrah' yang luas terbentang buat tatapan sanubari..

Itulah mereka..insan-insan yang bergelar wanita..

Kalianlah pencorak masa hadapan dunia..tidak ada insan selain Nabi Adam yang melihat dunia ini tanpa bermula daripada rahim seorang insan yang bergelar wanita...keluarkanlah nama-nama yang tersemat di lubuk pemikiran kita, hebat ataupun tidak insan tersebut..mereka semua melalui alam rahim yang sama seperti kita semua...diasuh dan dijaga dengan penuh kasih sayang..daripada saat kita merangkak, berjalan sehinggalah mampu berlari, insan2 ini tidak pernah meninggalkan kita..

Maka, adakah sesiapa yang berani merendah-rendahkan kaum ini ?

Ya..kita yang bergelar ar-rijal (lelaki) ..

Mengakulah betapa kesengsaraan akan menimpa dirimu tanpa belaian kasih dan sayang daripada kaum yang bergelar wanita ini..

Mengakulah betapa hati-hatimu sentiasa teruji hatta hanya dengan mendengar bingkisan suara mereka yang penuh kelunakan..

Sedangkan Adam sunyi tanpa Hawa..apakah agaknya yang tiada di Syurga ?

Masihkah kita tidak ingin mengaku kehebatan mereka yang bisa melentur peribadimu secara total ?

Tetapi..

Tetapi mengapa golongan ini juga yang engkau permain-mainkan maruahnya ?

Kenapa mereka juga yang engkau siul-siulkan di tengah jalan itu ?

Kenapa srikandi2 ini juga yang engkau rosakkan akhlak dan peribadinya ?

Diri kita fitrahnya dilahirkan sebagai seorang pemimpin..membimbing kaum hawa ini satu obligasi, bukan ilusi..

Dirimu adalah Qowwamun (Pelindung) kepada wanita..bukannya perosak =( ..

Mengajak mereka berdua-duaan di tempat gelap itu bukan 'melindungi' namanya..

Bicara manis dan romantis di telefon dan sms itu pula hanyalah insuran2 palsumu..sedangkan sijil nikahmu dengannya pun belum ada, betapa beraninya dirimu mengatakan akan mendaki gunung Everest dan merentas lautan api demi meraih cintanya..

Cinta ? Itu sesuatu yang agak panjang untuk dibincangkan di dalam post ini..

Apa yang penting..cinta kepada insan itu terletak pada pembentukan Baitul Muslim-mu .. bukan pada hubungan2 palsu yang kita 'jaga' dan sanjungi itu..

Cinta itu juga Islam..maka, keadaannya perlulah Islam..pengakhirannya perlulah Islam..bukannya disaluti dengan nafsu yang bergejolak..

Maka, bertanyalah semula kepada diri kita..adakah kita sedang 'memimpin' cinta kita ke arah syurga ? Ataupun ke arah neraka ?

" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan...." (Ar-Rum 30:21)

Sama2 kita muhasabah ya akhi =) ..

Duhai..dikau yang bergelar srikandi..

Dirimu pada dasarnya dicipta dengan penuh kemuliaan..dikurniakan dengan sesuatu yang mustahil dimiliki oleh ayah, adik, dan abangmu..

Ketahuilah betapa suara lunakmu bisa menggegarkan dunia...

Sedarilah betapa pandangan dan peribadimu melahirkan ibrah yang menggunung..

Dirimu begitu berharga sebagai penenang hati-hati yang sedang gundah gulana..

Dirimu lebih kuat daripada yang apa engkau sangkakan..

Sedangkan sebuah kerajaan pun boleh jatuh disebabkan seorang wanita..Apatah lagi untuk menghancur-luluhkan kehidupan seorang lelaki yang berpenyakit hatinya..

Engkau ibarat mawar yang berduri..sentiasa berdiri menahan bayu cabaran yang mendatang..hatta kumbang datang untuk membinasa, duri dahanmu tetap bersedia..tetap tidak pernah hilang harga diri, meski dipujuk dan dirayu oleh nafsu sendiri..melainkan syariat yang memberi..

Facebook dan blog itu bukan tempat manifestasi kecantikan paras rupamu =( ..

Nilai maruahmu begitu tinggi untuk ditayangkan kepada yang bukan hak..

Jangan..jangan digadaikan untuk sesuatu yang tidak setaraf dengan nilai harga dirimu ya ukhti =( ..

Kecantikanmu bukan pada paras rupa..tetapi lebih kepada akhlak dan peribadimu yang suci itu..

Seorang wanita solehah dalam kalangan kalian itu hakikatnya lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh..tidak hairanlah sekiranya dirimu mendapat pengiktirafan 'sebaik-baik perhiasan dunia' ..

Wanita solehah itu...

Teguh menjunjung syariat Allah..dia tidak akan pernah membiarkan dirinya menjadi busar panahan syaitan..diperalatkan untuk mengumpan kaum Adam yang kadangkala terlalu gopoh dengan hawa nafsu masing2..

Wanita solehah itu...

Sentiasa tenang jiwa sanubarinya..mengingati Allah di saat suka dan duka..

Ya..hatta diuji dengan ujian yang boleh sahaja membuatkan insan lain tersungkur jatuh..tetapi bukan engkau..kerana kelebihanmu terletak pada ketenangan dan kesucian hatimu di sisi Allah SWT..

Betapa tingginya darjatmu di sisi Islam..

Betapa mulianya kedudukanmu di sisi para suami yang mencintaimu kelak..

Maka, mengapa perlu berfikir dua kali apabila Allah arahkan untuk menutup aurat ya ukhti =( ?

Mengapa perlu ditayangkan perhiasan-perhiasan yang tidak berhak dipandang oleh lelaki2 ajnabi itu ya ukhti =( ?

Bukannya kalian tidak tahu..hati ar-rijal (lelaki) itu mudah sahaja bergetar melihat diri kalian semua..mencari kesempatan yang kini ada daripada kalian yang memberinya dengan mudah =( ..kemudian terlahirlah pelbagai kemaksiatan yang bertunjangkan kepada satu masalah..keimanan kita kepada Allah SWT..

Pandangan Allah ataupun pandangan manusia...yang mana satukah agaknya prioriti utama yang kita jadikan sebagai pemandu tindak laku kita di dunia ini ?

Wahai Srikandi-srikandi syurga..

Bukanlah artis-artis Barat dan Korea itu yang menjadi idola kalian..

Bukan juga yang terlari daripada landasan matlamat yang hakiki..

Kalian menjadi sayap kiri kepada kebangkitan Islam di dunia ini, bersama-sama berjuang dengan para Muslimin..betapa ruginya jikalau masa2 kita dihabiskan dengan mendengar lagu2 yang tidak menyebut pun nama Allah SWT Yang Maha Suci =(

Sejarah mencatatkan banyak jejak2 srikandi yang begitu tabah lagi halus peribadinya..mengapa bukan mereka yang menjadi contoh ikutan utama ?

Sesetengah orang pernah berkata..sejarah itu ibarat pentas bermain wayang..dibaca..kemudian diulang, dan diulang..dan diulang..berapa kali pengulangankah agaknya yang diperlukan oleh diri kita untuk menyedari kehebatan para Mujahidah Islam dahulu kala ?

Kesetiaan pengorbanan Siti Khadijah Binti Khuwailid hampir lupus dek zaman 'futuristik' muda-mudi..

Kebijaksanaan Aisyah Binti Abu Bakar seolah-olah sesuatu yang benar-benar luar biasa bagi kita semua..

Ketabahan Fatimah Binti Al-Khattab, Mashitah dan Siti Hajar pula nampaknya hanya dipelajari dengan titisan air mata..kesayuan dan kesedihan yang selalu tidak mempunyai penyusulan =( ...

Ya ukhti..

Sumayyah mengukir sejarah kerana kemantapan akidahnya kepada Allah SWT..meskipun pada saat itu Islam belum lg melakar 2/3 dunia..tetapi kisah dirinya benar2 membuatkan kita sebak..

Kita pula ? Apa sejarah yang ingin kita lukiskan dalam kehidupan kita ini ?

Kita tahu dan kita percaya..tidak mustahil untuk kita membentuk semula peribadi insan2 yang luar biasa ini...Cuma persoalannya..Siapa ??

Tidak kira yang lelaki mahupun wanita...kita wajar mencontohi kehebatan mujahidah2 islam ini dengan mengambil ibrah daripada lembaran perjuangan mereka yang tidak pernah gentar menghadapi musuh, kerana diri merekalah contoh wanita solehah yang terbaik buat kita semua =) ..

Merekalah...kerdipan yang hilang itu..

Janganlah kita biarkan kerdipan itu pergi begitu sahaja..carilah kilauannya yang terang itu..kesemuanya sudah tersuluh, cuma menunggu masa untuk kita memakai 'kaca mata' iman dan islam kita ^_^ ..

Ya Rijal dan Nissa (wanita) ..

Insya Allah..dalam bulan yang penuh dengan 1001 hikmah ini..marilah sama2 kita 'Shift Paradigms' kita ..meletakkan sesuatu itu pada syariatnya, lantas mampu membuat keputusan dengan minda yang mustanir (cemerlang) =) ..

Sesungguhnya pembinaan Baitul Muslim yang indah itu bukan bermula dengan pertanyaan adakah kita telah bersedia ? Tetapi lebih kepada adakah kita telah berusaha..untuk bersedia ? - Hilal Asyraf

Wassalam ^_^ ..

ShareThis

Related Posts with Thumbnails