::..|_ Paradigm Shift _|..::

" … Only in the remembrance of Allah do heart find peace. (Ar-Ra'd, 13:28) "

Shift_Paradigms #30 : Lebuh Raya Kehidupan

"Dan janganlah kamu berasa lemah, dan janganlah kamu bersedih, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman" (3:139) - kenangan Berlin & Hamburg, Germany 2011

..:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::..

Bayangkan diri kita sebagai seorang pekerja pejabat..

Pagi itu..jam tepat menunjukkan 07.30 pagi..hanya ada 30 minit sahaja lagi sebelum hari itu bakal menjadi hari yang paling 'depressing' dalam bulan ini..apa tidaknya, sudah hampir sebulan lebih kita mempertahankan title 'on-time worker', tidak pernah lewat datang ke pejabat hatta sehari, dan 'punch-card' kita menjadi bukti kepada segala-galanya..

Tetapi, nampaknya kelewatan hari itu bakal mengubah segala-galanya..

' Habislah..habislah..confirm punch-card ada tulisan merah hari nie =( '

Maka, segeralah kita bergegas memandu kereta kita tanpa mengambil sarapan pada pagi itu..

Ketika memandu..kita pun tiba di salah sebuah junction yang berlampu isyarat..pada pagi itu, tidak kelihatan walau satu kenderaan pun di jalan raya kecuali kereta yang kita pandu..

Hijau..

Kuning..

Merah !!!

' Alamak..kena stop la plak..bukannya ada kenderaan lain pun '

Maka, perlahan-lahan kita berhentikan kereta..sehinggalah lampu isyarat bertukar hijau semula..

Satu persoalan..

Kenapa tak langgar je lampu isyarat tadi ? bukannya ada kenderaan laen pun..

'Eh..mana boleh, kalau tak da orang pun..silap2 haribulan polis nampak..terpaksalah melayang lagi duit =( '

Tapi kan dah lewat nak pergi kerja..sepatutnya tadi time keluar dari rumah..pandu je 120 km/h..buat tak nampak je sign board 'speed-limit 70km/h' tue..

'Huhu..kalau accident macam mana ? Bahaya pandu laju2 nie..ingatlah orang yang tersayang =)'

Benar..ingatlah orang yang tersayang =)

Alhamdulillah..kita masih mampu menjadi pemandu yang berhemah..walaupun dalam keadaan tertekan atau 'rushing', kita tidak pernah terlupa akan peraturan jalan raya..tidak pernah terlupa untuk berhenti tatkala lampu merah menyala, dan tidak pernah terlupa untuk sentiasa mengawal kelajuan kereta yang kita pandu..

Kesemuanya atas satu perkara, kerana kita ingin selamat tiba di destinasi yang dituju..tanpa sebarang tiket saman, tanpa sebarang kehilangan anggota badan =)

Tetapi..bagaimana dengan kereta yang satu itu ?

' Kereta yang satu itu ? '

' Ya..kereta yang satu itu.. '

Kenapa kereta yang satu ini dipandu tanpa sebarang langkah-langkah keselamatan ?

Kenapa kereta yang satu ini dipandu tanpa sebarang had laju ?

Dan kenapa kereta yang dimiliki semua orang ini selalu benar terlibat dalam kemalangan jalan raya =( ?

' Nie kereta yang mana pula nie ? '

Kereta mana lagi kalau bukan kereta 'kehidupan' kita =( ..

Kereta yang selalu sangat kita lupa untuk 'service' dan 'modified' ..

Kereta yang selalu sahaja dibiarkan bergerak tanpa diambil kisah kondisi semasanya..

Apa yang kita tahu..kereta nie lah satu-satunya yang kita ada, dan tidak akan ada kereta yang mampu menggantikannya apabila suda tiada nanti..

Lebuh raya buat kereta ini pula ibarat episod-episod hidup kita di dunia ini..penuh dengan segala macam tribulasi dan peraturan..sekiranya tidak dilalui dengan langkah-langkah keselamatan yang betul, tidak hairanlah kereta kita selalu terlanggar 'tiang' dan 'penghadang jalan' , lantas kita terdampar sendirian, mencari kalau2 ada yang mampu 'membaiki' kereta tadi..

Insya Allah..kita semua inginkan agar kereta ini mampu membawa kita ke destinasi akhir kita, yakni Syurga Allah SWT..tetapi pernah tak kita tertanya-tanya kalau kereta tadi sudah cukup kuat untuk sampai ke destinasi tadi ?

Ketika berada di 'Lebuh Raya Kehidupan' , kenapa kita tidak pernah takut untuk melanggar lampu isyarat merah yang telah Allah tetapkan ?

Bagaimana dengan 'kelajuan' yang telah ditetapkan ? Kenapa kita juga yang suka melampaui batas dalam mengawalnya ?

Kita takut dengan polis dan JKR dunia .. tetapi kenapa kita tidak pernah risau dengan polis-polis (malaikat) yang telah Allah tugaskan untuk mencatat segala-galanya, malah pemerhatian mereka ternyata lebih 'strict', 'tepat' dan menyeluruh..

Adakah kita lebih takut kepada peraturan2 manusia melebihi peraturan2 Allah =( ? Allahu A'lam..

Apa yang penting, kereta kehidupan kita ini perlu pembaikian dan 'service' dengan segera..kelewatan dalam melaksanakannya ditakuti bakal membawa kepada impak yang lebih teruk pada masa akan datang..

Cuma persoalannya..bagaimana ?

Insya Allah, rakan2 semua..sebuah kereta yang mantap perlulah dilengkapi dengan 'engine' yang bukan sahaja terbaik, tetapi mampu bertahan lama hatta sudah digunakan dengan kerap tanpa henti..kerana engine itu tidak lain merujuk kepada 'hati' kita semua..

Maka, tidak ada 'engine' yang lebih baik dan mantap melainkan engine yang 'piston-nya' diperbuat daripada material
'iman dan takwa'

Usahlah dicari 'engine' palsu yang dijual di 'kedai2' kenderaan lain..kerana tidak ada 'engine' yang lebih baik melainkan 'engine versi iman dan takwa' ini..

Engine yang baik pula tidak akan mampu bekerja tanpa bekalan minyak yang consistent, bersih dan terbaik..

Pemilihan minyak yang kurang baik sudah pasti bakal membawa masalah kepada engine dan seterusnya memberi impak negatif kepada keseluruhan 'performance' kereta kehidupan kita..

Maka, berhati-hatilah dalam memilih minyak, kerana kesilapan dalam memilihnya bakal membawa kepada 'result' yang kurang cemerlang, malah kadangkala 'fatal' buat kereta kita semua..

Sememangnya tidak boleh dinafikan, tidak ada minyak yang lebih hebat di dunia ini melainkan minyak yang telah di-'recommend' sendiri oleh ramai veteran terdahulu, malah telah terbukti berkesan untuk membawa kita ke destinasi yang ingin dituju tadi..

Itulah dia minyak ' Al-Quran ' ^_^ ..

Minyak inilah yang bakal memberikan 'Boost' terbaik buat kereta kehidupan kita..

Bukan itu sahaja, minyak ini juga 'special' daripada minyak2 lain yang ada di pasaran, kerana minyak ini bukan sahaja bakal memberikan 'power' dan kekuatan yang kita inginkan, ia turut membersihkan 'valve & piston' engine kita daripada kotoran yang menjijikkan..sekaligus, mencantikkan lagi material 'iman dan takwa' tadi =)

Minyak ini juga dikatakan mampu mewujudkan satu 'barrier' yang menghalang kotoran2 daripada terus melekat, dengan syarat minyak ini tidak pernah putus bekalannya..insya Allah =)

Rakan2 pembaca semua..Salam Mahabbah Fillah ^_^..

Huhu,,Minta maaf ek kalau perumpamaan dan analogi yang cuba dibawa dalam post ini agak teknikal atau sukar untuk difahami...hakikatnya, apa yang ana cuba bawakan hanyalah satu pertanyaan mudah ;

Adakah kita semua telah bersedia dalam segenap aspek untuk menempuh kehidupan ini dengan harapan, pengakhirannya bakal membawa kita ke syurga Allah SWT ?

Menjadikannya kelihatan sedikit menarik, maka ana pn bawakkan analogi kereta kehidupan tadi..kerana kita semua akui, betapa sebuah kereta yang tidak dilengkapi dengan kondisi 'parts' yang cukup baik seperti engine dan minyak tadi, sudah tentu akan gagal membawa pemandunya ke destinasi yang ingin dituju..apatah lagi sekiranya lebuh raya ke destinasi tersebut penuh dengan liku2, bukit, lumpur dan duri2 yang tajam..

Cuma persoalannya pada masa ini, 'engine' (hati) brand apakah yang sedang kita gunakan ? Adakah materialnya disaluti dengan iman dan takwa ? Atau masih kotor dihinggapi jahiliyyah2 moden yang kian menghakis keteguhan 'engine' tadi ?

Bagaimana pula dengan minyak yang kita gunakan untuk memenuhi keperluan 'engine' (hati) tersebut ? Adakah minyak tadi cukup bagus dan bersih buat 'engine' kita ? Adakah ianya bakal menguatkan lagi kondisi 'engine' tadi atau merosakkannya ?

Kesemua persoalan ini bunyinya agak 'engineering' dan 'teknikal', lebih2 lagi apabila ianya datang daripada seorang pelajar medik .. tetapi sekiranya diimplimentasikan dalam kehidupan kita yang turut bergantung kepada hati dan peringatan yang berterusan..rasanya banyak juga yang boleh ditadabbur daripadanya..

Apa tidaknya, hampir tiap-tiap hari kita menggunakan kenderaan untuk menuju destinasi tertentu..tentu amat baik sekiranya kita mampu mengambil beberapa 'point' kehidupan daripada alat ciptaan manusia yang diilhamkan Allah itu..

Setiap ciptaan itu mempunyai keperluannya masing2..sesuatu yang sekiranya tidak wujud atau kurang, sudah tentu bakal membawa kesan yang kurang baik kepada ciptaan tadi..

Kereta itu memerlukan engine yang mantap untuk bergerak di jalan raya, sebagaimana manusia yang memerlukan hati bersih dan teguh dalam menghadapi liku2 kehidupan..

Kereta itu juga memerlukan bekalan minyak yang berterusan untuk terus berfungsi dengan baik, sebagaimana manusia yang memerlukan peringatan dan panduan daripada Al-Quran secara berterusan..tidak lain, semata-mata untuk terus menjadi hamba yang beriman kepada Allah SWT..

" Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqan (Al-Quran) kepada hamba-Nya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam " (Al-Furqan 25:1)

Manusia itu dilahirkan dengan fitrah sebagai seorang 'insan' , yang datangnya daripada perkataan 'nasiyyah' (forgetfulness), membawa maksud lupa atau pelupa..

Manusia itu seringkali melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang manusia..

Lupa akan kewajipan dan keutamaan dirinya untuk sentiasa mengamalkan akhlak2 islam..

Lupa akan kewujudan Allah SWT yang Maha Melihat segala apa yang dikerjakannya..

Lupa dan terus lupa..itulah fitrah kita sebagai seorang manusia =( ..

Ya Akhi / Ukhti ..

Kita semua tahu betapa Allah tidak menurunkan sesuatu kekurangan tanpa penambahan ataupun solusi kepada kekurangan tadi..Maka, atas kekurangan yang diberikan kepada kita ini, Allah turunkan Al-Quran sebagai aset utama dalam mengatasi masalah lupa manusia..

Oleh sebab itulah, sekiranya kita membaca Al-Quran, terdapat beberapa pengulangan terhadap peringatan dan arahan yang diselitkan..sebagai contoh, berkenaan dengan peringatan untuk sentiasa sabar dan mengerjakan kebajikan..pengulangan2 tadi tidak lain tidak bukan merujuk kepada peringatan yang sentiasa manusia lupa untuk amalkan dalam kehidupan seharian, iaitu sabar dan berbuat baik..

Tidak boleh dinafikan..kekerapan pengulangan sesuatu peringatan itu bergantung kepada tahap kelupaan manusia kepada peringatan tersebut...maka, bagaimanakah agaknya kita akan terus beringat untuk sabar dan berbuat baik sekiranya Al-Quran itu sendiri tidak disentuh oleh kita ? Apatah lagi membacanya..

Hakikatnya, Al-Quran itu bertindak untuk 'memanusiakan manusia'

Sekiranya ingin memohon bantuan nasihat dan panduan, mengapakah manusia dahulu yang kita cari ? Mengapa kita tidak terus berbicara dengan Allah menerusi solat,doa dan al-Quran kita ?

Lupa formula Differentiation, kita bukak buku Calculus..

Lupa formula kehidupan, kita bukak buku apa ? Rasanya buku-muka (facebook) dahulu yang kita bukak untuk meluahkan rasa kesedihan kita..Al-Quran pula, yakni sesuatu yang Allah jadikan sebagai peringatan dan panduan seluruh alam itu, tetap kita tinggalkan berdebu di atas almari =( ..

" Dan berkatalah Rasul ; 'Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran itu satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai' " (Al-Furqan 25:30)

Ya Akhi, Ya Ukhti .. Di manakah sudah Al-Quran kita ? Di manakah sudah kita letakkan ayat-ayat-Nya itu ?

Apakah yang bakal kita wariskan kepada anak2 kita kelak ? Tidakkah kita malu suatu masa nanti, kita menyuruh anak kita membaca dan menghafal Al-Quran, sedangkan diri kita sendiri membelakangi al-Quran di zaman muda ini =( ?

Di mana Al-Quran mu ya akhi =( ?

Di mana Al-Quran mu ya ukhti =( ?

Layakkah kita melayan Al-Quran dengan hanya menyusunnya di dalam rak buku ? Atau menyimpannya di atas almari ?

Di mana akhi ? ukhti ? Di mana Al-Quran kita =( ?

Belum tibakah masanya untuk kita sama2 meletakkannya di dalam hati kita ?

Belum tibakah masanya untuk kita sama2 menggunakannya untuk memandu akhlak kita ?

dan belum tibakah masanya untuk kita sama2 membacanya dengan penuh penghayatan ?

Alangkah ruginya diri kita yang telah dihadiahkan dengan segala macam nikmat daripada Allah SWT, tetapi tetap juga kita lupa kepada-Nya, seolah-olah Dia tidak pernah memberikan apa2 kepada kita..

Sesungguhnya nikmat2 itu tidak datang dengan bil-bil bulanan yang perlu dibayar dengan harta dan sebagainya, tetapi apakah yang telah kita lakukan sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT ?

Kita takkan tahu anatomi manusia kalau kita tak baca buku anatomi...maka, bagaimana kita nak mengaku yang kita tahu anatomi kehidupan kalau kita tak baca al-quran kita =( ?

Tidakkah kita berasa malu untuk mengaku diri sebagai kita seorang Muslim , sedangkan segala foundation, legacy, constitution dan perkara2 yang berkaitan dengan Islam tidak pernah kita ambil kisah =( ?

Kita takut benar kalau2 kita keluar dari rumah berpakaian kotor, takut dipanggil pengotor dan jijik...tetapi mengapa kita tak pernah takut apabila hati kita kian kotor dari hari ke hari ? Adakah pakaian, rambut dan perfume kita itu lebih penting daripada hati kita =( ?

Sememangnya ini suatu tamparan yang amat padu buat diri ini sendiri yang selalu alpa dan leka =( .. selalu benar terlalai sehingga lupa kepada Allah SWT..insya Allah rakan2 semua..sama2 kita saling mengingatkan ya..

Insya Allah..Marilah kita sama2 berukhuwah dan 'Shift Paradigm' kita masing2...sesungguhnya masih banyak lagi perkara yang perlu kita teliti dan lihat dalam hati kita...hati itu pula sifatnya sentiasa berbolak-balik..maka, alangkah baiknya sekiranya kita semua sentiasa membina ikatan ukhuwah ini dengan amalan nasihat-menasihati itu sebagai asas utama yang paling vital..insya Allah, sama2 kita menuju 'individu Muslim' yang bukan sahaja serius, tetapi juga sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri demi kemajuan ummah seluruhnya ^_^ ..insya Allah

Wassalam..

2 comments:

transformasi ke jalan Mardhotillah!

 

ingatkan ape laa kat gambar tu..
nice ^^,

 

Post a Comment

ShareThis

Related Posts with Thumbnails