::..|_ Paradigm Shift _|..::

" … Only in the remembrance of Allah do heart find peace. (Ar-Ra'd, 13:28) "

Shift_Paradigms #32 : Usahlah Kita Menipu Lagi =(


Salam Maulidur Rasul 1432 H / 2011 M ^_^

Sekadar entry ringkas buat diri dan rakan2 semua..insya Allah..

Kehadiran baginda menjadi permulaan kepada suatu pengakhiran..

Pengakhiran kepada kerakusan kegelapan jahiliyyah..kepada permulaan kemanisan lorong2 ketakwaan..

Pengakhiran kepada penghambaan diri terhadap manusia..kepada permulaan pengabdian diri terhadap Yang Maha Esa..

Dan Pengakhiran kepada suatu epilog kehidupan bernoda..kepada permulaan jalan2 keimanan..

Hakikatnya, banyak perkara yang sekiranya tidak disebabkan oleh rahmat Allah SWT kepada baginda..sudah tentu kita sendiri pada hari ini masih duduk terkapai-kapai mencari erti sebenar kehidupan yg kian singkat dari hari ke hari..

Alhamdulillah..bersyukur kepada Allah SWT kerana memberi peluang kepada kita untuk mengenali insan yang luar biasa ini..menelusuri sirah2 kehidupannya dan mencontohi setiap akhlak yang ditunjukkan baginda..semuanya tidak lain, demi menjadikan kehidupan kita ini Ta'limul Islam Wal Hikmah..

Saban tahun tarikh yang bermakna ini membawa sesuatu yang benar2 menginsafkan buat kita semua..sambutan yang sarat dengan marhaban, berzanji, sepanduk2 dan selawat menjadi bukti betapa tangisan air mata itu bukanlah atas dasar rindu semata-mata..

Benar..tidak kisah meskipun bahang matahari menyelemuti diri di sore hari, tetap juga perbarisan di padang besar itu tersusun indah dengan sepanduk masing2..Alhamdulillah..

Tetapi rakan2 semua, bagaimana dengan 2 dan 3 minggu lepas ?

Di manakah kita pada ketika itu ?

Apakah pula yang sedang kita lakukan ?

Bagaimana dengan bicara kata kita dengan rakan2 kita yang laen ? Adakah semuanya berkisarkan perjuangan dan peribadi Rasulullah SAW ?

Apakah pula yang sedang kita taip di 'wall' facebook / Twitter dan YM kita pada pagi dan petang itu ? Adakah ianya sama dengan apa yang kita taip pada 15hb Februari ini =( ?

Sesungguhnya persoalan ini juga satu tamparan yg hebat buat diri ini.. mari kita muhasabah sama2 ya akhi/ukhti =(

Rakan2 pembaca semua,

Tidaklah kita mengatakan kita cinta dan minat kepada sesuatu melainkan kecintaan itu sendiri direfleksikan dalam diri kita..

Sebagaimana peminat bola yang berasa bangga dan gembira memakai jersey pasukan kegemarannya di stadium dan padang2 bola, sebangga dan segembira itu jugalah sepatutnya kita melahirkan rasa kecintaan kita kepada Rasulullah SAW, malah lebih daripada itu..kerana bukti kecintaan dan kerinduan kita kepada baginda bukan terletak kepada sorakan dan kata2 kosong sahaja, tetapi lebih kepada usaha gigih kita untuk mencontohi peribadi mulia baginda..

Maka, bertanyalah kepada diri kita semula..adakah kita benar2 mencintai Rasulullah SAW ? Atau ianya sekadar ilusi lidah yang tidak dimanifestasi langsung oleh peribadi dan akhlak kita ?

Tidakkah kita malu mengatakan diri kita sebagai pengikut dan pencinta Rasulullah SAW ? Apabila definisi 'pengikut' itu sendiri seolah-olah tidak difahami oleh sang hati dan akal kita ?

Rakan2 pembaca semua..

Kita tahu betapa seorang penipu ditakrifkan sebagai seseorang yang suka mengatakan sesuatu yang berbeza dengan perkara sebenar..

Mengatakan statement A, tetapi hakikatnya statement B yang benar..

Sekiranya 'statement' A tadi merujuk kepada kata2 cinta kita kepada Rasulullah SAW, dan 'statement' B pula adalah kemalasan kita mencontohi baginda..tidakkah kita tergolong dalam kalangan penipu =( ?

Ya..rakan2 semua, hakikatnya kita penipu =( ..

Kita menipu apabila kita mengatakan kita seorang Muslim dan beriman kepada Rasulullah SAW, sedangkan ibadah dan akhlak yang sewajarnya diterapkan dalam diri seorang Muslim itu jarang sekali kita amalkan =(

Kita juga menipu secara beramai-ramai apabila kita mengaku masyarakat kita adalah masyarakat Islam majoritinya..masyarakat yang selalu bangga dengan ciptaan masjid2 besar.. sedangkan bilangan anak-anak luar nikah pada hari ini dan esok baru sahaja bertambah..apatah lagi 9 bulan dari sekarang =( .. Apa yang kita tahu hanya menggelengkan kepala dan menuduh ramai pihak, tetapi jarang sekali kita menuduh diri kita sendiri yang mengaku diri sebagai saudara antara satu sama lain..

Oh..usahlah kita menipu lagi =( ..

Berapa lama lagikah agaknya kita perlukan sebelum kita mampu untuk keluar dari kepompong penipuan ini ?

Berapa ramai lagikah anak2 kita yang perlu rosak kehormatan dan maruahnya sebelum kita sedar kepentingan untuk menjadi seorang yang 'benar' ?

Dan berapa kali 'Maulidur Rasul' lagikah diperlukan sebelum kecintaan kita kepada Rasulullah SAW itu secara realitinya bukan hanya pada sepanduk dan barisan2 panjang =( ?

Rakan2 semua..

Belum tibakah masanya untuk kita membuang penipuan2 ini dan menggantikannya dengan kebenaran hakiki ?

Belum tibakah masanya untuk kita bangun daripada buaian mimpi yang tidak henti membelai jiwa kita yang sedang 'kacau' itu ?

Belum tibakah masanya wahai saudara2ku =( ?

Mengakulah betapa diri kita tidak tenang hidup dalam 'penipuan2' ini..maka, tidakkah kita ingin melakukan sesuatu tentangnya ?

Sesungguhnya tidak ada penipuan di dunia ini yang lebih buruk daripada menipu diri sendiri...usahlah kita sibuk mencari kesalahan dan aib orang lain apabila diri kita sendiri sedang hidup dalam penipuan yang nyata..'dihiasi' dan disembunyikan, sehingga yang menipu itu sendiri tertipu dengan penipuan yang dibuatnya..

Rakan2 pembaca semua,

" Dan tidaklah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam " (Al-Anbiya 21:107)

Tidaklah insan yang bernama Muhammad Ibn Abdullah itu berjalan di muka bumi ini suatu ketika dahulu melainkan bergerak bersama-samanya 1001 hikmah dan petunjuk bagi seluruh alam..

Meskipun sirah2 dan kisah2 kehidupan baginda itu tertakluk kepada beberapa 'period' masa yang tertentu, tetapi pengajaran dan ibrahnya masih kekal 'timeless' dari dahulu sehinggalah saat ini..

Berapa ramai manusia yang telah tersentuh hatinya mendengar kisah baginda yang betul2 sabar menghadapi orang2 Quraisy..walaupun yang diterima baginda itu adalah seburuk-buruk benda yang boleh mereka berikan, tetap juga baginda balas dengan sebaik-sebaik balasan..

Begitu juga dengan kisah kesabaran baginda ketika berdakwah di bumi Thaif..berkat kemaafan yang diberikan baginda kepada mereka, bumi Thaif kini merupakan antara tempat yang penuh dengan bunga2 yang cantik, dan penduduknya pula majoritinya Muslim..Subhanallah..

Lihatlah manusia2 yg ada di dunia ini..adakah lagi yang lebih layak untuk kita jadikan contoh dan teladan utama selain daripada baginda ? Adakah lagi yang lebih baik peribadi akhlaknya daripada insan yang digelar Al-Amin ini ?

Tetapi...mengapa kita masih tidak berminat untuk mencontohi langkah2 dan jalan baginda ? Kenapa kita lebih suka menentukan segala-galanya mengikut hawa nafsu sendiri ?

Bukankah kita mengaku betapa diri kita hanyalah hamba yang lemah dan perlukan petunjuk ? Maka, mengapa tidak kita ikuti juga petunjuk itu, meskipun sudah berkali-kali ianya dipersembahkan kepada kita =( ?

Ketahuilah rakan2 betapa sesungguhnya ketika Michael H. Hart membuat 'The 100 : A Ranking of the Most Influential Persons in History" , tidak ada seorang Muslim pun yang berdiri di sebelahnya sambil menghunuskn pedang, shotgun mahupun 'AK-47', yakni dengan tujuan memaksa Michael menulis Rasulullah SAW sebagai insan yang paling layak menduduki tempat pertama..

Sedangkan seorang bukan Muslim sendiri berasa kagum dengan peribadi Rasulullah SAW, tidakkah kita yang mengaku baginda sebagai Nabi kita ini berasa malu dengan keadaan kita yang sering membelakangi sejarah dan sirah2 baginda =( ?

Sudah berapa kalikah agaknya kita menipu diri sendiri ?

Dan yang paling penting sekali, sudah berapa ramaikah agaknya orang yang mungkin terikut-ikut dengan penipuan yang kita bawa =( ?

Rakan2 semua..

Insya Allah..bersempena dengan tarikh yang penuh bermakna ini, apa kata kita sama2 membuang 'Paradigm' yang penuh dengan penipuan itu..menggantikannya dengan sesuatu yang benar lagi membenarkan ^_^ .. kalau bukan pada saat dan ketika ini, berapa lama lagi perlu kita tunggu dan tangguhkan ?

Di sebalik kecintaan itu..

Di sebalik keriduan yang hakiki itu..

Dan Di sebalik kata2 yang penuh semangat itu..

Selangilah semuanya dengan amalan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT serta pengamalan al-hikmah Rasulullah SAW..Insya Allah, mudah2an kita semua sentiasa berusaha untuk menjadikan baginda sebagai Qudwah utama kita dalam mengharungi hidup yang penuh dengan jerat2 'penipuan' ini =)

Mari rakan2 semua..kita ' Shift Our Paradigms '

We Love U Ya Rasulullah ^_^

" Katakanlah (wahai Muhammad) : 'Jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani' " (Ali-Imran 3:31)

Salam Maulidur Rasul..Wassalam =)

1 comments:

setuju..sungguh kita masih menipu!
sama2 lah kita lalukan anjakan paradigma itu,
sandarkan kepada ALLAH,
mohon kekuatan untuk terus bermujahadah
mencintai ALLAH dan kekasih-NYA. Rasulullah SAW..
amin ya rabb

 

Post a Comment

ShareThis

Related Posts with Thumbnails