::..|_ Paradigm Shift _|..::

" … Only in the remembrance of Allah do heart find peace. (Ar-Ra'd, 13:28) "

Shift_Paradigms #33 : Tatkala Keinsafan Itu Menerjah


.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.


Rasanya pernah tak kita tanya diri kita semua satu persoalan yang mungkin jarang kita tanyakan kepada diri sendiri..

'Apakah agaknya yang telah dicatat oleh para malaikat di dalam buku amalan kita pada hari ini ?'

Ya..rakan2 pembaca semua, apakah agaknya yang telah terukir dengan penuh teliti di dalam buku yang bakal dilihatkan kepada kita tatkala hari pembangkitan itu =( ?

Adakah ianya bakal dipenuhi dengan setiap 'details' ttg amalan2 kebajikan yang kita kerjakan ? Atau sebaliknya =( ?

Sedangkan pada hari ini, pasti ada sahaja perkataan2 buruk yang keluar daripada mulut kita..ada sahaja umpatan dan makian yang kita lakukan..dan ada sahaja dosa2 maksiat yang kita lakukan, sama ada dalam keadaan sedar mahupun tidak..

Hati, mata, telinga dan kaki kita..ke arah manakah telah kita gunakan nikmat2 Allah yang tidak datang dengan bil bayaran bulanan ini ?

Belum lagi dilihat keadaan kita pada beberapa hari, minggu dan bulan yang lalu =(

Diri kita mendambakan syurga Allah SWT..tetapi bertanyalah secara jujur kepada diri kita semua pada saat ini..Layakkah kita =( ?

Layakkah kita memasuki syurga Allah SWT, sedangkan kebanyakkan perkara yang kita buat di dunia ini benar2 jauh daripada amalan ahli2 syurga =( ..

Layakkah kita merasai nikmat keagungan Allah SWT itu, sedangkan pada beberapa minit dan jam yang lalu, kita sedang leka berhibur dan bersuka ria =( ..

Apakah yang sedang kita lakukan rakan2 semua ?

Apa yang sedang kita lakukan dengan kehidupan sementara kita ini =( ?

Di mana bukti kita sebagai hamba kepada Allah Yang Maha Esa ?

Subhanallah..sama2 kita muhasabah akhi/ukhti =( ..

Salam Mahabbah Fillah..

" Tatkala Keinsafan Itu Menerjah "

Kehidupan kita di dunia ini penuh dengan segala macam senario yang berbeza-beza..ada perkara yang membuatkan kita gembira, ada juga yang membuatkan diri kita rebah dalam kesedihan..dan tidak dilupakan, perkara yang membuatkan diri kita 'tersentak' dengan keinsafan..

Ya..tersentak..

Masih ingat tatkala kita berpeluang mendengar ceramah motivasi atau tazkirah di sekolah dan masjid suatu ketika dahulu ? Yang mana selepas ceramah tadi, kita tersedar betapa keadaan diri kita memerlukan perubahan yang serius dan 'intensif'..yakni perubahan ke arah kebaikan..

Atau tatkala kita membaca artikel2 di blog dan laman web islamik tertentu..menonton video di YouTube ataupun mungkin hanya daripada status FB seorang rakan..

Tidak kira bagaimanapun senario yang dialami, setiap satu daripadanya membawa kita kepada konklusi yang sama..


' Aku perlu berubah..Aku perlu bertaubat.. '

Senario yang kita alami itu menjadi 'turning point' yang cukup bermakna buat diri kita, sehinggakan keazaman untuk berubah itu kian membuak-buak..

Kita bertekad untuk meninggalkan perkara2 yang melalaikan kita suatu ketika dahulu..kita mula sedar akan kegelapan kehidupan lampau itu.. sehinggalah tanpa kita sedari, kita mula membuat perancangan yang teliti untuk menjayakan 'Pelan Perubahan' diri kita..

Apa yang pasti..kita tidak ingin kembali kepada kehidupan yang penuh dengan noda dan masalah itu..

Maka, mulalah kita mengorak langkah, menaiki tangga 'keinsafan' dan perubahan itu satu demi satu..kita cuba untuk menukar tingkah laku kita, menukar lagu yang kita dengar, movies yang kita tonton, status FB yang kita taip dan sebagainya..kita juga mula membaca lebih banyak artikel keagamaan, dan ibadah2 yang kita buat juga selalu benar diiringi dengan tangisan air mata keinsafan..

Oh..terasa sangat indah ketika itu..terasa seperti telah menemui sesuatu yang betul2 bermakna..

Namun begitu..selang beberapa hari, minggu dan bulan selepas itu, kita kembali semula kepada keadaan kita yang asal..kembali semula kepada kegelapan yang kita caci dan sesali suatu ketika dahulu..

Tanpa kita sedari, perangai2 yang lama datang kembali, playlist lagu juga nampaknya telah tercampur dengan lagu2 yang kurang bermanfaat untuk kita dengari, begitu juga dengan jenis2 artikel yang kita biasa baca, kesemuanya seolah-olah 'bertukar aura' ..

Kemalasan untuk melakukan perkara yang selalu kita lakukan tatkala dalam keinsafan dulu mula melanda secara perlahan-lahan..satu demi satu..sehinggalah kita 'tersentak' buat kali kedua, tetapi kali ini 'sentakan' itu tidak sama dengan sentakan pertama...sentakan kali ini datang dengan kesedaran betapa diri kita rupa2nya telah kembali kepada keadaan yang lampau..malah, kali ini mungkin lebih teruk =( ..

Kita mula berasa lemah dan sedih..kita seolah-olah telah dilanda sesuatu yang kebiasaannya dipanggil : 'Insaf Ekspres' =( ..

Kronologi ini mungkin agak panjang, tetapi sy percaya tentu rakan2 semua pernah alami senario seperti ini..termasuklah diri ini, malah mungkin lebih kerap daripada rakan2 semua =( .. huhu..

Rakan2 pembaca semua..

' Pelita yang cerah tidak akan kekal cerah tanpa bekalan minyak yang berterusan '

Ya..tidak kira besar manapun api yang kita marakkan, ianya pasti akan terpadam jua sekiranya kehabisan bahan bakar..

Samalah juga dengan Himmah 'Aliyah (Semangat Tinggi) yang kita wujudkan daripada keinsafan tadi..tidak mustahil ianya akan hilang atau merudum begitu sahaja sekiranya tidak ada perkara yang membawa kepada pengekalannya..

Kita tahu dan percaya, betapa iman itu ada pasang dan surutnya..ada turun dan naiknya..masakan syaitan meninggalkan kita semua begitu sahaja selepas mendapat petunjuk dan keinsafan yang selama ini kita cari..sudah tentu tahap godaan dan hasutannya menjadi lebih tinggi daripada biasa..

Setelah kita menyesal kerana mensia-siakan keinsafan yang kita miliki tadi..pasti kita akan cuba untuk mengejar semula perubahan yang baik itu, bukan ? Maka, pada ketika inilah syaitan menghasut dengan lebih kuat..

' Eh..ko nie x malu ke nak jadi baek balik ? Kan lagi seronok jadi macam dulu2 je..x perlu nk berlakon2 insaf plak..ko ni hipokrit ke apa !!? '

Kemudian kita pun berkata kepada diri sendiri..

' Eish..aq tak nak jadi hipokrit..kenalah "be urself", kan ? '

Maka, jadilah kita 'ourself' yang hakikatnya jauh daripada kebenaran..semata-mata kononnya tak nak jadi 'hipokrit' ..

Persoalannya, adakah kita hipokrit sekiranya ingin membuat perubahan pada diri ?

Adakah kita hipokrit sekiranya kita meninggalkan perkara2 buruk dan mula mengejar amalan2 baik ?

Adakah kita hipokrit apabila ingin bertaubat dan kembali ke jalan yang benar, walaupun setelah melakukan dosa kepada Allah SWT ?

Rakan2 semua..

Kalaulah insan yang ingin memasuki syurga itu wajib memiliki sifat maksum seperti para rasul dan nabi yang tidak pernah membuat dosa..maka, sudah tentu tidak ramai dalam kalangan manusia yang mampu mencium baunya..

Maka, Allah SWT telah berfirman di dalam surah Ali-Imran..

" Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salah dan akibatnya) " (Ali-Imran 3:135)

Segera ingat kepada Allah..inilah dia formula yang wajar kita paterikan dalam ingatan dan hati kita..


Tidak boleh dinafikan..diri kita sentiasa terdedah kepada dosa dan tarikan maksiat..ditambah lagi dengan iman yang selalu berbolak-balik..kadangkala, secara tidak sedari, kita kembali melakukan perkara yang selama ini cuba kita hindari..maka, cepat2lah kita ingat semula kepada Allah dan memohon ampun kepadanya..tanamkan azam dan tekad yang kita tidak akan mengulangi perbuatan keji itu lagi..

Sekiranya bukan daripada Allah..siapakah lagi yang boleh memberikan kita ampunan dan pertolongan ? Siapakah lagi yang lebih mengenali dan mengetahui aib serta dosa2 kita selain daripada Allah SWT ?

Kadangkala kita berkata kepada diri sendiri..adakah Allah akan mengampuni diri ini, sedangkan sudah terlampau banyak dosa yang kita lakukan kepada-Nya dan sudah berkali-kali kita lupa kepada-Nya ?

Maka, Allah berfirman lagi dalam surah Az-Zumar :

" Katakanlah (wahai Muhammad) : 'Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani " (Az-Zumar 39:53)

Rakan2 semua,

Who are we and how 'expensive' is our sins in comparison to the Mercy of Allah SWT ?

Hatta sebesar manapun dosa yang pernah kita lakukan kepada-Nya, pasti tidak akan mampu melawan kebesaran sifat Maha Pengampun dan Maha Pengasih-Nya Allah SWT..apa yg penting, kita sentiasa ikhlas untuk bertaubat dan memohon keampunan daripada-Nya..

Ya..Benar ! Janganlah kita pernah berputus asa dengan rahmat Allah SWT ^_^ ..

Tetapi..bagaimana untuk memastikan 'pelita' kita tadi terus bercahaya dengan terang ? Sudah tentulah dengan sentiasa menambah lebih banyak minyak..bukan ?

Memandangkan diri kita sentiasa lupa dan sering jatuh semangat, kita memerlukan 'minyak' yang bertindak sebagai peringatan dan motivasi..maka, tidak ada lagi 'minyak' yang lebih baik berbanding wahyu yang telah Allah turunkan kepada utusan-Nya..yakni kitab Al-Quran..

Al-Quran itulah antara medium yang paling terbaik untuk kita mengingati Allah SWT..mengingatkan kepada diri kita agar sentiasa menjaga tingkah laku dan menjauhi perkara2 yang mungkar..sekiranya kita malas untuk membaca ibrah yang cuba Allah berikan dalam kitab itu, tidak hairanlah diri kita sentiasa kembali kepada kegelapan yang lama..

Namun begitu, membaca al-quran begitu sahaja tanpa sebarang pencerahan dan pendalaman pasti akan berakhir dengan kekosongan..maka, kita memerlukan sesuatu yang boleh memimpin kita untuk mendalami dan merasai kehebatan isi Al-Quran tadi..

Sama ada dengan menyertai usrah / halaqah , ataupun dengan memohon pertolongan rakan2, guru mahupun ustaz/ustazah .. setiap satu daripadanya amat vital demi memastikan kelangsungan bekalan 'minyak' kita tadi..dan yang paling penting sekali, agar semangat tadi tidak disalurkan ke arah yang salah atau kurang betul..

Dan itulah yang kita gelarkan sebagai 'penyucian jiwa' berlandaskan Al-Quran serta As-Sunnah Rasulullah SAW..mendengar dan membaca al-quran sahaja tidak cukup sekiranya tidak diselangi dengan penyucian, ataupun pengamalan isi2 al-quran yang kita baca tadi..

Sedarilah kita betapa para sahabat nabi dahulu bukanlah insan yang sejurus sahaja selepas mengucap kalimah syahadah, terus menjadi seperti 'superman' yang hebat dan tabah menghadapi perjuangan Islam..tetapi mereka semua juga menjalani fasa penyucian di bawah pimpinan Rasulullah SAW..kemudian barulah semangat2 pemuda mereka terpimpin dan disalurkan ke arah yang betul..

Rakan2 pembaca semua..

Insya Allah..

Tatkala Keinsafan Itu Menerjah..

Genggamlah ia..dan janganlah lepaskan ! Kita tidak tahu sama ada Allah akan berikan perkara yang sama pada masa yg akan datang..maka, janganlah disia-siakan petunjuk dan hidayah tadi..sentiasalah kita beringat betapa jalan keinsafan itu hakikatnya tidak diiringi dengan 'karpet merah' dan bunga2 cantik..tetapi, dipenuhi dengan duri2 tajam dan jalan yg sukar..Maka, tidak ada yang mampu menolong kita mengharungi kesusahan tersebut melainkan Allah SWT..kembalilah kepada peringatan-Nya dan sama2lah kita mencari jalan untuk sentiasa mendekatkan diri kepada-Nya..insya Allah..

Jom rakan2.. 'Shift Our Paradigms' ya ^_^

" Sekiranya ingin berbicara dengan Allah, tunaikanlah solat. Jika ingin Allah berbicara dengan kita, maka bacalah al-Quran " .. insya Allah ^_^

Wassalam..

3 comments:

this post really made my day, thanks sangat sangat sangat! alhamdulillah!

 

masya'Allah.. rindu kat diri aku..

 

Post a Comment

ShareThis

Related Posts with Thumbnails