::..|_ Paradigm Shift _|..::

" … Only in the remembrance of Allah do heart find peace. (Ar-Ra'd, 13:28) "

Shift_Paradigms #37 : Mencari Yang Dicari Pencari

.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.

Ingat lagi tak semasa kat sekolah menengah dahulu, kita ada belajar topik Komsas ataupun Literature ? Dan dalam topik tersebut kita akan diminta untuk mengkaji dan mendalami beberapa jenis 'masterpiece' yang ditulis para karyawan hebat..tidak kira sama ada ia dipersembahkan dalam pantun, novel, syair, mahupun sajak..kesemuanya ditulis dan dihasilkan dengan sangat indah dan cantik..

Namun begitu, sekiranya melihat semula pada kesemua karya tersebut, ataupun karya2 lain yang wujud di dunia ini..kita boleh melihat pelbagai ragam dan response yang diberikan oleh para pembacanya..ada pembaca yang mengatakan sajak atau novel ini hebat, dan ada yang mengatakan semuanya hanya tulisan kosong..ada orang blh claim betapa sajak2 A. Samad Said itu sangat2 indah, tetapi ada orang lebih 'prefer' penulisan Usman Awang..

Hakikatnya, literature dan karya2 yang wujud itu berbentuk subjektif kecantikannya..

Orang boleh katakan Sonnet 18 yang ditulis William Shakespeare itu benar2 indah dan 'sweet'..tetapi mungkin saya boleh katakan ianya x cukup cantik ataupun kurang romantik..

Sekiranya ingin menilai sesuatu karya ataupun literature, perspektif ataupun bentuk penilaian perlulah dibuat berdasarkan penilaian yang lebih berasas dan 'definite'..

Kalau macam tue, apakah agaknya perkara yang menentukan kehebatan sesuatu 'masterpiece' ataupun karya ?

Ketinggian bahasanya ?

Kecantikan struktur dan susunan perkataannya ?

Ataupun keindahan ritma dan plot yang cuba dibawanya ?

Hakikatnya, semua perkara2 tersebut masih tidak cukup untuk dijadikan kayu ukur utama..kerana semuanya berbentuk subjektif dan individual..

Impak dan kesan kewujudan karya tersebut kepada para pembacanya..

Bagaimana ia menukar peribadi insan..

Perubahan apa yang dibawanya kepada dunia dan persekitarannya..

Dan bagaimana ia menjadi sesuatu yang memayungi tingkah laku dan memandu kehidupan mereka..

Inilah dia kayu2 ukur yang sewajarnya kita ambil kira untuk menentukan sama ada suatu karya itu hebat ataupun tidak..


Rakan2 pembaca semua,

Kesemua kriteria2 di atas hanya berjaya dipenuhi oleh satu 'masterpiece' teragung..

Tidak lain tidak bukan..Itulah dia Al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT kepada utusan-Nya, Nabi Muhammad SAW ^_^

Kesan2 yang dibawanya berbentuk 'infinite' dan masih kelihatan sehinggalah hari ini..

Tidak ada satu 'karya' ataupun 'masterpiece' yang boleh menandingi kehebatan dan keberkesanannya dalam melentur peribadi insan..

Kerana apa ianya sangat hebat ?

Kerana ianya dihasilkan sendiri oleh Yang Menciptakan insan..Yang Maha Mengetahui apa yang diperlukan manusia, dan Yang Maha Berkuasa dalam memberikan panduan kepada manusia untuk mengurus kehidupan sehariannya..

Tidak ada buku ataupun kitab lain yang satu ayatnya sahaja sudah mampu membuatkan seorang insan tiba2 menjadi individu yang benar2 sabar dan berakhlak mulia..

Surah2 dan ayat2nya telah berjaya menukar secara total sistem masyarakat daripada sistem2 jahiliyyah kepada sistem yang memberikan mereka 'kehidupan' .. sama ada dari segi tingkah laku sesama mereka, cara mereka berkomunikasi, sehinggalah kepada cara mereka melayani isteri dan anak2 mereka, semuanya bertukar dalam suatu 'period' yang sangat pantas..

Perkara ini dibuktikan dengan sejarah..kita tidak akan mampu melihat mana2 komuniti yang berjaya membuat transformasi menyeluruh seperti mana yang dilalui oleh masyarakat Islam Mekah dan Madinah di zaman Rasulullah SAW..dan semuanya hanya berlandaskan kepada satu 'masterpiece', iaitu Al-Quran ..

Oleh sebab itulah Al-Quran digelar sebagai 'The Ultimate Literature' , kerana kehebatannya bukan sahaja dipersembahkan dengan ketinggian dan kecantikan bahasanya, tetapi juga dengan impak kewujudannya yang bukan sahaja mampu membentuk insaniah, tetapi ia juga membawa perubahan kepada dunia =) ..

Dan sama ada kita sedar atau tidak..al-Quran itu jugalah satu2nya kitab yang paling banyak dihafal oleh umat manusia di seluruh dunia..mengalahkan kitab2 dan karya2 yang lain..

Namun begitu, kita haruslah sedar betapa Al-Quran itu bukanlah suatu bentuk syair, sajak ataupun karya2 biasa yang sama seperti ciptaan manusia..ianya merupakan satu medium yang membawa 2 perkara utama dalam kehidupan manusia, yakni Al-Huda (petunjuk) dan juga Az-Zikr (Peringatan) ..

" (Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan " (Yasin 36:69)

Kita sudah tahu perkara ini..dan kita juga sama2 mengakui kehebatan dan keindahan Al-Quran.

Cuma persoalannya pada saat ini..Apa yang Al-Quran itu buat di rak2 buku kita =( ? Apa yang ia buat di atas meja kita itu ? Kenapa kita masih malas membacanya ? Novel2 tebal dan buku2 yang lain boleh pula kita habiskan dengan mudah..tetapi mengapa Al-Quran itu tidak boleh kita baca hatta satu muka surat sekalipun dalam sehari =( ?

Kenapa ianya dibaca hanya tatkala kenduri dan majlis tilawah ? Dan kenapa kita jadikannya sekadar hantaran khawin semata-mata ? Diikat dan disimpan dalam kotak cantik yang diperbuat daripada emas..kemudian disimpan di atas almari sebagai hiasan =( ..

Apa karya2 manusia itu lebih hebat daripada karya Pencipta mereka ? Tetapi mengapa kita masih ghairah membaca penulisan2 manusia melebihi Al-Quran itu sendiri =( ?

Tidakkah kita ingin menjadi insan2 yang hebat seperti para sahabat Rasulullah SAW ?

Tidakkah kita ingin merasai sendiri kehebatan Al-Quran yang tidak pernah diubah-ubah isi kandungannya sejak 1400 tahun dahulu itu ?

Huhu =( ..

Wallahu A'lam..sama2 kita muhasabah ya akhi, ukhti =(

.................................

Salam Ukhuwah Fillah ^_^


' Mencari Yang Dicari Pencari '

Bayangkan diri kita sedang berada dalam satu majlis jamuan..kebetulan pula sebelum ke majlis itu kita baru sahaja balik dari walimatul urus di hujung kampung..

Setelah sampai di majlis tersebut, kita pun beramah-mesra dengan beberapa orang tetamu yang hadir..selepas beberapa ketika, seorang rakan menawarkan kita makanan ;

' Awak nak makan apa2 tak ? Saya tolong ambil '

' Eh, xpa2..saya kenyang lagi '

Tidak lama selepas itu, seorang rakan yang lain menawarkan pula air jus ;

' Kat meja tue ada air jus, awak nak saya ambilkan sekali ? '

' Oh..xpa2..saya x dahaga, tadi pun dah banyak sangat minum air sirap '

' Ok..kalau awak nak apa2, minta je ek =) '

' Ok =) .. '

Rakan2 pembaca semua..

Kenapa saya bawakkan satu kisah yang simple ini ?

Supaya kita boleh lihat betapa kita biasanya takkan makan kalau kita tak ada keperluan untuk makan..lebih2 lagi apabila kita baru sahaja makan dengan lahapnya di tempat lain..

Kita juga takkan minum air kalau kita tak rasa dahaga..x kisah sama ada air itu berupa jus segar ataupun air bandung yang sedap..kalau perut kita pada masa itu sudah sarat dengan minuman2 lain, pasti kita akan menolaknya..

Hakikatnya..kita takkan mencari sesuatu yang kita tak perlukan..Kita juga takkan sibuk2 mendambakan sesuatu sekiranya kita tak rasa perkara tersebut penting bagi diri kita..

Begitu juga dengan petunjuk Allah SWT..

Kita selalu berkata betapa kita inginkan petunjuk daripada Allah SWT..tetapi adakah kita insan yang benar2 inginkan petunjuk ?

Kerana hakikatnya, petunjuk itu datang kepada insan yang mendambakannya..dan dambaan itu pula bukanlah hanya dengan angan2 dan omong2 kosong..tetapi ia disusuli dengan usaha dan tawakkal kepada Allah SWT..

Ianya ibarat inginkan 'Panadol' ketika kita sakit keseorangan..adakah 'Panadol' itu akan bergerak dan masuk sendiri ke dalam mulut kita ? Adakah cukup dengan melaungkan 'Panadol ! Panadol ! Panadol ! ', dengan harapan sakit itu akan hilang dengan sendirinya ? Ataupun kita perlu berusaha sendiri untuk mengambilnya dan masukkannya ke dalam mulut ?

Realitinya..tidak ada perkara yang mampu kita miliki kalau kita tak benar2 perlukannya dan tak berusaha untuk mendapatkannya..

Persoalannya sekarang..adakah kita memerlukan petunjuk ?

' Aku dah besar..dah boleh buat keputusan sendiri..dah boleh jaga diri sendiri '

' Aku dah ada PhD dalam Usul Fiqh dan Syariah..nak petunjuk lagi ? '

Rakan2 pembaca semua..

Rasulullah SAW , yakni insan yang sudah dijanjikan syurga..insan yang paling bijak dan paling mantap akhlaknya itu sendiri sentiasa meminta petunjuk daripada Allah SWT ..

Begitu juga dengan para sahabat baginda seperti Umar Al-Khattab yang sangat2 takut kalau dirinya menjadi munafik..dan beliau tidak pernah berhenti memohon petunjuk daripada Allah SWT agar memandu segala tingkah laku dan keputusan yang dibuatnya..

Sedangkan seorang Rasul dan Amirul Mukminin itu sentiasa memerlukan petunjuk daripada Allah SWT..apatah lagi diri kita yang sekadar hamba biasa ini =( ..

Ingin tahu kenapa solat kita terasa kosong dan kurang roh ?

Kerana kita tak rasakan keperluan yang sebenar-benar keperluan untuk meminta petunjuk daripada Allah SWT..

Dalam solat, kita membaca Surah Al-Fatihah..yakni surah yang isinya basically memohon agar Allah tunjukkan kita ke jalan yang lurus..dan selepas itu kita pun membaca 'response' kepada permohonan tadi, yakni surah2 lain daripada Al-Quran yang kita sendiri kadangkala tidak tahu maksud terjemahannya..

Maka, bagaimanakah solat itu akan menjadi satu mekanism yang membawa kita kepada petunjuk Allah SWT sekiranya petunjuk (Al-Quran) itu sendiri kita baca tanpa memahami maksudnya ?

Ianya umpama membaca sajak Bahasa Latin yang mungkin boleh kita baca dan sebut perkataannya..tetapi kita sendiri tidak tahu maksud perkataan2 tersebut..meskipun sajak tersebut hakikatnya satu sajak yang sebenarnya boleh membuatkan para pembaca Latin menangis dan sayu dalam penghayatan..

Oleh sebab itulah dalam solat kita, adalah lebih wajar dan baek sekiranya kita memahami setiap bacaan solat dan surah yang kita baca..sekiranya bukan maksud setiap perkataan pun, sekurang-kurangnya kita tahu 'general idea' yang cuba disampaikan dalam surah tersebut, berbanding dengan hanya membacanya begitu sahaja..

Kerana hanya dengan pemahaman, barulah kita mampu mengekstrak petunjuk yang cuba Allah SWT berikan kepada kita melalui AlQuran-Nya ..

Rakan2 pembaca semua..

Bagaimana ? Adakah diri kita pada saat ini benar2 sedang mengharapkan petunjuk daripada Allah SWT ?

Kerana realitinya..tingkah laku dan sikap seharian kita seolah-olah menggambarkan betapa kita tidak kisah dengan kepentingan mendapatkan petunjuk Allah SWT..

Terdapat perbezaan antara insan yang benar2 inginkan petunjuk..dan insan yang sekadar mengharapkannya begitu sahaja..

Insan yang betul2 mendambakan petunjuk Allah SWT sudah tentu tidak akan menghabiskan masanya begitu sahaja menghadap Facebook dan YouTube..

Dirinya juga tidak akan memenuhi masa lapang dengan gelak ketawa atau berbicara perkara2 yang tidak bermanfaat bagi dirinya..

Al-Qurannya juga akan sentiasa dibaca dan solatnya juga akan sentiasa khusyuk dengan doa dan rintihan kepada Allah SWT..

Tetapi, bagaimana dengan diri kita =( ? Adakah kita juga benar2 inginkan petunjuk ?

Sedangkan kelapangan masa beberapa jam tadi baru sahaja kita habiskan dengan bergurau senda atau bermain-main..

Al-Quran kita pula masih berdebu dan tertutup erat dengan cantik, seolah-olah tidak pernah kita buka dan baca ibrah yang ada di dalamnya =( ..

Masihkah kita ingin melabelkan diri kita sebagai hamba yang mengharapkan petunjuk-Nya ? Apabila tingkah laku dan sikap kita seolah-olah bertentangan dengan peribadi seorang hamba yang benar2 inginkan petunjuk Allah SWT ..

Sememangnya tidak boleh dinafikan ya akhi, ukhti..kita perlu mengubah sesuatu di dalam diri kita semua..

Dan yang paling penting sekali..kita perlu mengubah sikap kita terhadap Al-Quran..

Kerana hakikatnya, Al-Quran itu sendiri petunjuk yang paling utama daripada Allah SWT..

Ianya ibarat peta yang memandu kita ke jalan yang benar...usahlah kita 'buat2 tahu' ke arah mana yang perlu kita jalan, kerana perjalanan yang tidak dipandu oleh Al-Quran itu sangat banyak implikasi negatifnya =( ..

Ya akhi, ukhti..

Al-Quran itu membuatkan kita beringat kepada kekuasaan Allah..Al-Quran membawa kita menelusuri kisah2 yang penuh ibrah pedoman..dan Al-Quran itu sentiasa mengingatkan kita akan kehambaan dan kehinaan kita sebagai seorang hamba dan manusia =( ..

Maka, kenapakah kita masih degil dan tidak ingin membacanya =( ?

Tidakkah kita ingin ditolong oleh Yang Maha Menolong ?
Tidakkah kita ingin dipujuk dan dikurangkan beban sedih yang ada di hati itu ?
Tidakkah kita ingin membaca apa yang Allah SWT berikan secara khusus kepada kita ?

Kita merayu agar Allah SWT bantu kita dalam kehidupan ini..Kita merintih mengharapkan petunjuk dan keredhaan-Nya..maka, belum tibakah masanya untuk kita membaca apa jawapan2 Allah SWT kepada permasalahan2 kita itu =( ?

Atau kita masih ingin untuk cuba memandu kehidupan kita ini tanpa melihat langsung kepada manual pengendaliannya =( ?

Rakan2 pembaca semua..

Kehidupan kita yang sukar dan penuh noda itu tidak akan menjadi senang sekiranya kita cuba untuk menghadapinya tanpa petunjuk yang hakiki..

Sedarilah betapa kita sewajarnya memandang serius akan hubungan kita dengan Al-Quran..

Kita ini manusia..dan manusia perlu kepada penciptanya..maka, bagaimana kita ingin berhubung dengan Allah SWT kalau Al-Quran yang diturunkan-Nya itu tidak kita baca dan fahami =( ?

Usahlah kita marah dan panas baran dengan pihak yang menghina dan cuba untuk mencemarkan kesucian Al-Quran..kerana hakikatnya ramai daripada mereka melakukannya dalam keadaan jahil dan tidak tahu..tetapi bagaimana dengan kita yang sudah Islam dan sudah tahu ini ? Tidakkah kita malu dan marah dengan diri kita yang jauh daripada Al-Quran =( ?

" Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah (Al-Quran) , Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada mereka, dan mereka pula beroleh azab yang tidak terperi sakitnya " (An-Nahl 16:104)

Rakan2 pembaca semua..

Mari kita baca Al-Quran ramai2 jom ^_^ ..

Xpa xpa..kalau kita x dapat baca selembar sehari pun, cukuplah sekadar beberapa potong ayat berserta terjemahannya =) .. apa yang penting, hubungan kita dengan Al-Quran sentiasa terjaga..

Marilah kita sama2 jadikan Al-Quran itu ibarat iPhone, Blackberry dan HTC kita..yang mana kalau hilang dan tidak digunakan dalam sehari, pasti kita akan berasa gelisah dan mula mencarinya ..

Meh rakan2 semua =) .. kita buat kempen 'Jom Baca Quran' ramai2 ^_^ .. amatlah rugi kalau kita tidak penuhi hidup ini dengan mencari yang dicari pencari2, yakni petunjuk Allah SWT =)

Jom sama2 'Shift Paradigm' kita terhadap Al-Quran..dan berusaha menjadikannya sebahagian daripada hidup kita =) .. Jangan berlengah lagi, jom2 !! ^_^ ..

Jzkk sudi ziarah blog ini..sesungguhnya segala yang baek itu daripada Allah SWT jua =).. apa yang saya tulis ini semuanya menjadi suatu tamparan + tumbukan padu buat diri saya sendiri..maafkan sy ek kalau ad apa2 yg kurang baek di dalam blog ini..

Insya Allah..Jaga diri baek2 ya akhi, ukhti ^_^

Wassalam..

2 comments:

Assalamualaikum.

Saya orang baru di sini.

Saya ada masalah.

Saya pelajar luar Negara.

Dan saya ada teman wanita (yang turut belajar di luar negara) .

Kami dah kenal lama.Tiap-tiap hari Skype YM etc.

Mungkin orang-orang generasi dahulu akan merasakan ini perkara pelik,tapi sebenarnya ini bukan perkara pelik.ini realiti generasi zaman sekarang yang membimbangkan.

jadi kami ada kesedaran.

kami sudah lama kenal.
kami hendak seriouskan perhubungan ini dan tidak mahu buat dosa lagi.

kami hendak berkahwin.

dan kami dapat tahu tentang nikah khitbah.

dan kami bercadang hendak berkahwin secara nikah khitbah pada cuti musim panas tahun ini.

persoalannya,,adakah nikah khitbah sah dalam keadaan kami ini?

kalau tak kawen,setakt tunang,kami sebenarnya tetap contact setiap hari...

buat apa hendak putus jika boleh nikah ?

lagipon saya yakin masalah ini melanda ramai lagi pelajar di luar sana hatta rakan2 sekeliling saya yang ada teman wanita di luar negara tiap2 hari skype sama.

mereka taknak dosa.tapi tak tau nak buat camne.

ini isu berat.

dan bagaimana dengan kenduri?

bagaimana dengan mas kahwin?
nafkah?

kiranya booleh tak sape2 terangkan tentang nikah khitbah pada kami.

saya yakin ramai orang akan baca perkara ini nanti.

terima kasih banyak2.

jzkk.

assalamualaikum wbt.

^_^_^_^_^_^_^

 

waalaikumussalam wbt..

jzkk akhi..insya Allah, sy ad terima soalan drp akhi di formspring sy..sy juga bukanlah ustaz atau alim ulama yg faqih dalam bidang hukum dan sebagainya..sy akan cuba utk buat kajian dan tny beberapa orng ustaz ttg perkara nie dan kerelevanannya dalam menyelesaikan masalah akhi..

insya Allah, akhi blh check formspring sy ye utk result kajian..

jzkk =)

 

Post a Comment

ShareThis

Related Posts with Thumbnails