::..|_ Paradigm Shift _|..::

" … Only in the remembrance of Allah do heart find peace. (Ar-Ra'd, 13:28) "

Shift_Paradigms #38 : Berapa Kali Lagi Nak Tekan 'Snooze' ?


.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.

Jam 4.30 pagi (Moscow) ..

" Bzzzzz....Bzzzzz...Bzzzzzz... "

" Bzzzzz...Bzzzzz...Bzzz..Tap !! "

Butang Snooze yang kecil itu ditekan dengan penuh emosi menyampah..

Jam 5.00 pagi (Moscow) ..

" Bzzzzz...Bzzzzz...Tap !! "

Ditekan lagi butang Snooze itu..

Jam 5.05 pagi ..

" Bzz..Tap (STOP) !! Wuuuahhhhhh ngantuknya.. "

Perlahan-lahan kaki yang lemah itu diangkat ke kamar mandi..wuduk diambil dalam keadaan mata yang masih lemah kerana 'stay-up' study Biochemistry semalam..berbekalkan beberapa minit yang masih tinggal sebelum Syuruk, solat subuh pun didirikan..setelah segalanya selesai, maka kedengaranlah semula dengkuran2 merdu itu...Huhu..

Rakan2 pembaca semua..

Pengajarannya mudah..

Marilah sama2 berterima kasih kepada insan yang telah mencipta teknologi 'snooze' =)

Ya, benar ! Apa tidaknya ? Kalau bukan kerana inovatif dan hebatnya pemikiran manusia pada zaman ini, sudah tentu ramai daripada kita yang masih lena didodoi mimpi dan terlewat waktu..apatah lagi kalau terlena sehingga tidak terbangun untuk mengerjakan solat subuh dan sebagainya..

Namun begitu, insya Allah..post kali ini tidaklah ingin berbicara tentang bangun subuh ataupun kehebatan teknologi 'Snooze' yang telah menyelamatkan banyak manusia daripada terus terlajak tidur..tetapi lebih berminat untuk menceritakan tentang butang 'Snooze' yang tidak sepatutnya kita tekan lagi pada saat ini..

Sebelum tue..kenapa kita tekan 'snooze' ek ?

' Supaya boleh sambung tidur sekejap sebelum alarm yang seterusnya berbunyi '

Benar..segala2nya berpaksi kepada asbab yang satu..iaitu ingin sambung tidur sebentar, sebelum ingin betul2 bangun daripada mimpi2 yang tergendala siarannya itu..

Jadi ?

.................

------------------------------------------------

Salam Mahabbah Fillah semua ^_^

' Berapa Kali Lagi Nak Tekan Snooze ? '


Sahabat Rasulullah SAW, Saidina Ali pernah berpesan ;

" Manusia itu hakikatnya sedang tidur, dan bangun hanya setelah dirinya mati "

Kata2 wasiat dan nasihat ini realitinya mempunyai maksud yang sangat tersirat..membaca dan mendengarnya buat kali pertama akan membuatkan diri kita tersentak sebentar..

Bagaimana manusia itu boleh dikatakan sedang tidur ? Sedangkan hakikatnya manusia yang ada di sekeliling kita, termasuk diri kita sendiri sedang membuka mata dan menjalankan kehidupan harian seperti biasa..tidak ada tanda2 yang menunjukkan kita sedang tidur, melainkan tidur setelah penat bekerja di malam dan petang hari..yakni sesuatu yang vital bagi seorang manusia yang sihat Physiology-nya..

Rakan2 pembaca semua..

Apakah yang kebanyakkan daripada kita akan buat apabila sedang tidur ?

Bermimpi, bukan ?

Apakah pula yang dimaksudkan dengan mimpi ?

' Sesuatu yang kebiasaannya hanya permainan tidur, ilusi dan tidak benar '

Apabila saya bermimpi sedang minum segelas air jus yang sangat sedap dan segar...adakah apabila saya bangun nanti, kemanisan jus tadi masih lagi kekal di dalam mulut saya ? Bagaimana dengan dahaga saya ? Adakah ia akan hilang begitu sahaja ?

Sudah tentu tidak..bukan sahaja tidak hilang dahaga, malah akan mengeringkan lagi tekak tadi..

Oleh sebab itulah, kadangkala apabila tersedar daripada mimpi2 yang indah, kita selalu berhasrat untuk tidur semula, dengan harapan akan dapat menikmati dan bermimpi lagi perkara2 yang indah dan seronok..mimpi melancong, makan dan sebagainya..

Tetapi, kita acap kali terlupa kepada beberapa perkara..

Kita lupa betapa mimpi2 itu hanya ilusi semata-mata..

Kita lupa betapa mimpi2 itu kebiasaannnya tidak membawa apa2..

Dan kita juga lupa betapa mimpi2 itu hakikatnya membawa kita lari daripada realiti dunia yang nyata..

Kerana itulah kita selalu menggunakan perkataan 'mimpi' kepada benda2 yang belum kita capai..kerana hakikatnya 'mimpi' itu hanya ilusi ataupun pandangan yang wujud di kotak pemikiran kita..dan apabila tersedar, maka hilanglah segala perkara yang pada mulanya dianggap 'real' dan hebat itu..

Pernah membaca karya Harun Yahya bertajuk " Philosophy of The Matrix " ?

Harun Yahya dalam bukunya yang hebat itu telah membawa satu konklusi yang saya kira agak berat untuk difikirkan..malah, saya sendiri perlu membacanya beberapa kali untuk mendapatkan idea yang cuba untuk disampaikannya..

Pengkaji Sains dan Al-Quran yang hebat itu menyatakan, betapa hidup kita di dunia ini sebenarnya hanyalah ilusi dan 'mimpi' yang sementara..perkara yang kita anggap realiti pula hanyalah 'electric signal' yang diwujudkan daripada stimulus dan receptor Sensory Organ kita, yang mana kemudiannya bergerak ke dalam cortex dan processing unit di dalam otak kita, seterusnya mewujudkan pula persepsi tertentu ttg 'kewujudan' perkara tersebut..

Agak berat sedikit bukan ?

Menjadikannya lebih mudah ; Laptop ataupun komputer yang ada di depan mata kita pada saat ini hanyalah 'sesuatu' yang bentuk dan strukturnya direfleksikan oleh cahaya ke dalam retina mata kita, sehingga mampu mewujudkan satu visual di dalam otak yang kita definisikan sebagai 'laptop ataupun komputer' ..

Begitu juga dengan bunyi2 kicipan burung, buah-buahan yang enak, tumbuh-tumbuhan dan langit biru yang cantik..semuanya itu hanyalah satu persepsi yang diwujudkan oleh gabungan kesemua 5 senses yang kita ada..

Percambahan persepsi2 inilah yang dinyatakan oleh beliau sebagai 'dunia'..

Lalu kemudian..kalau semuanya ibarat ilusi, permainan dan mimpi..apa yang 'real' dan benar ?

Allah SWT

Ya..hanya Allah SWT sahaja yang benar2 'real' dan 'permanent' .. dan hanya diri-Nya sahajalah yang berkuasa untuk mengawal dan mewujudkan persepsi2 yang kita anggap sebagai 'realiti' tadi..

Sayyid Qutb pernah menulis dalam Tafsir Fi Zilal, iaitu tatkala membuat tafsiran Surah Al-Ikhlas ;

"....From this concept of unity of Allah, stems a perfect path of life based on the explanation of human existence and whatever outlooks, feelings, and traits it stimulates. Such a path is based on the worship of Allah alone, who is the only real and permanent being, and whose will is the only effective power in the world. "

Realitinya rakan2 semua..seperti mana nasihat dan kata2 Saidina Ali tadi, kita semua persisnya sedang tidur dan dibuai mimpi..kerana selagi apa yang kita lihat, makan, kejar dan kerjakan itu bukan ke arah Allah SWT yang Maha Esa, maka segala apa yang kita buat itu hanyalah ibarat mimpi2 kosong yang tidak membawa apa2 manfaat =(

Kerana percaya atau tidak..kita yang ada di dunia ini bukannya 'realiti', tetapi yang 'realiti'-nya adalah kita yang akan wujud di hari akhirat kelak..hanya pada masa itu barulah kita menjadi 'real' dan 'permanent' , sama ada di syurga, ataupun neraka =( ..

Tatkala tibanya hari itu kelak, semua manusia akan merasakan betapa singkatnya hidup di dunia yang penuh 'ilusi' ini..perkara ini sendiri ada diceritakan di dalam Al-Quran Allah SWT yang 'real' itu ;

112. ' Dia (Allah) berfirman,"Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi ?"

113. Mereka menjawab, "Kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada mereka yang menghitung." .

114. Dia (Allah) berfirman, "Kamu tinggal (di bumi) hanya sebentar sahaja, jika kamu benar-benar mengetahui." ' (Al-Mu'minun 23 : 112-114)

Rakan2 pembaca semua..

Meniti kehidupan kita yang kian pendek dari dahulu sehinggalah hari ini...sudahkah agaknya kita terbangun daripada mimpi2 yang kian melekakan kita ?

Atau kita masih lagi cuba untuk terus menekan butang 'Snooze' itu ? Dengan harapan akan ada lagi 'alarm' dan 'masa' buat kita pada masa yang akan datang ?

Belum tibakah masanya untuk kita berhenti menekannya dan terus bangkit menyedari hakikat hidup yang penuh dengan ilusi dan mimpi2 sementara ?

Usahlah kita terus tidur lagi !! ..

Usahlah kita terus mabuk dilayan mimpi2 yang kosong itu !!..

Berapa lama lagikah kita perlu terus tidur =( ?

Berapa lama lagikah kita perlu gian melayan mimpi yang tidak berkesudahan itu ?

Bilakah kita akan respons kepada seruan Allah SWT dan Rasul-Nya yang membawa kita kepada takrif kehidupan yang sebenarnya ?

" Wahai orang-orang yang beriman ! Penuhilah seruan Allah dan Rasul, apabila dia menyerumu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan " (Al-Anfal 8:24)

Ya.benar,selagi kita tidak bangkit dan sedar daripada tidur kita..dan selagi tidak memberi respons kepada seruan Allah SWT dan Rasul-Nya..maka kita umpama insan yang telah mati, hati kita mati, roh kita juga mati, dan masyarakat kita terdiri daripada orang2 yang mati =(

Hati dan roh itu hanya akan hidup apabila ia menyedari hakikat penciptaan dan tujuannya diwujudkan di bumi ini..yakni, untuk menjadi full-time hamba kepada Yang Maha Hidup..

Rakan2 pembaca semua..

Kenapa kita masih tidak ingin bersyukur ?

Kenapa kita masih lagi mensia-siakan hadiah Islam yang telah Allah kurniakan kepada kita ?

Sedarilah kita betapa hadiah inilah yang sedang dicari oleh kebanyakkan orang di luar sana..hadiah inilah yang ditunggu-tunggu oleh insan2 lain yang benar2 mendambakannya..

Tetapi, lihatlah apa yang telah kita lakukan kepada hadiah Allah SWT ini..

Lihatlah apa yang telah kita lakukan kepada Al-Quran yang diturunkan-Nya kepada kita itu =( ?

Ya Akhi...Ya Ukhti..

Biarlah kita menyesal di dunia ini..asalkan kita tidak menyesal di hari yang 'real' itu kelak..yakni hari tatkala Allah bertanya kepada hamba-Nya yang dimasukkan ke dalam neraka ;

' Bukankah ayat-ayat-Ku telah dibacakan kepadamu, tetapi kamu selalu mendustakannya ? ' (Al-Mu'minun 23:105)

Apa yang ingin kita jawab kepada pertanyaan Allah itu rakan2 kesayanganku semua =( ?

Adakah kita ingin menjawab sebagaimana manusia yang dinyatakan Allah dalam ayat Quran yang seterusnya itu ;

' Mereka berkata, "Ya Tuhan kami, kami telah dikuasai oleh kejahatan kami, dan kami adalah orang-orang yang sesat. Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami darinya (kembalikanlah kami ke dunia), jika kami masih juga kembali (kepada kekafiran), sungguh, kami adalah orang-orang yang zalim." (Al-Mu'minun 23:106-107)

Nampak bagaimana kita 'bangun' dan sedar hanya setelah kita mati =( ?

Inginkah kita merayu dan merintih sebagaimana insan2 yang diceritakan Allah dalam AlQuran-Nya ini ya akhi/ukhti =( ?

Adakah lagi harapan kita untuk kembali ke dunia yang penuh ilusi ini dan beramal kepada-Nya ?

Adakah permintaan2 itu akan dikabulkan oleh Allah SWT ?

Tidak ya akhi..Tidak ya ukhti =( ..

" Dia (Allah) berfirman, "Tinggallah dengan hina di dalamnya, dan janganlah kamu berbicara dengan Aku " (Al-Mu'minun 23:108)

Ya Allah..

Bagaimanakah agaknya perasaan kita apabila menerima kata2 sedemikian daripada Allah SWT =( ?

Kita sedih apabila ibu dan ayah kita tak nak berbicara dengan kita..

Tetapi, bagaimana kalau Allah SWT yang menciptakan kita pula yang tak nak berbicara dengan kita =( ?

Apabila semua harapan sudah punah, kepada siapakah lagi kita boleh merintih dan merayu ya akhi/ukhti =( ?

Sementara kita masih bernafas di dunia fana ini..tidakkah kita ingin mengambil ibrah penting yang cuba Allah bawakkan kepada kita di dalam ayat2-Nya ini ?

Marilah..

Marilah kita sama2 bangkit secara kolektif sebagai satu ummah..

Marilah kita sama2 bangun daripada mimpi2 kita yang penuh kosong itu ya akhi/ukhti..

Saya sayang kepada antum/antunna semua =( ..sayang sangat..tidaklah saya menulis post2 seperti ini melainkan untuk mengingatkan diri saya dan rakan2..betapa hidup kita di dunia ini tidak kekal dan tidak lama =( ..

Dunia ini ada pengakhirannya..ada expired-date nya..begitu juga dengan kehidupan kita..

Maka, belum tibakah masanya untuk kita berhenti mengumpul lebih banyak 'ilusi' dan mula beralih kepada 'realiti' sebenar ?

Kita adalah umat terbaik yang telah Allah SWT turunkan di zaman ini..maka, marilah sama2 kita bertindak dan berubah ke arah menjadi yang terbaik..janganlah kita membuang masa lagi..

Kita juga perlulah sedar betapa musuh2 Islam tidak akan pernah berhenti dan berehat untuk terus 'menidurkan' kita..sama ada dengan kelekaan hiburan, nyanyian, drama dan movies..setiap satunya itu seolah-olah ada 'cycle'-nya yang tersendiri..habis sahaja drama yang itu, datang pula drama yang lain..dan perkara ini tidak akan berhenti selagi kita semua tidak bangun daripada mimpi2 yang palsu keindahannya itu..

Umat islam di zaman kita kini dipandang serong, diperlakukan seperti 'punching-bags' dan dihina begitu sahaja..namun begitu, musuh2 akan tetap meneruskan ghazyul fikr (perang pemikiran) mereka..

Kerana apa ?

Kerana mereka takut orang2 ini akan terbangun daripada tidur mereka..risau orang2 ini akan berhenti menekan snooze button dan terus bangkit mendalami ad-deen mereka..

Mereka mendalami sejarah kita lebih daripada diri kita sendiri..mereka takut akan kelahiran insan2 seperti Muhammad Al-Fateh dan Salahuddin Al-Ayubi..kerana insan2 inilah yang bakal menjatuhkan kuasa dan cengkaman yang telah mereka buat kepada dunia pada saat ini..

Oleh sebab itulah rakan2 semua, sementara ada masa dan peluang ini, marilah kita bangun daripada keenakan tidur yang panjang itu..

Marilah kita tukar paradigma2 kita yang salah tentang Islam dan Al-Quran..

Buka, baca dan kajilah Al-Quran yang sudah berdebu itu =( .. janganlah dipandang remeh akan peringatan dan panduan yang ada di dalamnya..

Insya Allah..mari kita sama2 'Shift Paradigm' kita...mula bangun untuk bergerak ke arah kehidupan Islam yang sebenar..dan sama2 bangkit membentuk individu2 Muslim yang sejati..

Jom, rakan2 semua ^_^ .. jom2 ..

Jzkk sudi baca post ini..

p/s #update - Maafkan saya kalau entry2 dalam blog nie agak panjang kesemuanya..huhu

Wassalam =) ..

7 comments:

nice!..
insyaAllah..
huhu..

 

alhamdulillah..
stiap entry2 hazim mmg menjentik hati..
tapi bgtulah, iman ada pasang surutnya..kdg di amalkan, kdg tsemat hnya sbg ilmu.astaghfirullah al azim..

nk tgur skit boleh? jgn ambil hati ya..(mmg minta teguran dan bukan pujian kan? ^^)
nmpaknya majoriti entry hazim panjang2..melalui pemerhatian tu, dalam beberapa entry ada ayat2 yg berulang.

saya cadangkan, untuk menarik lebih ramai pembaca (ahli baru dalam DnT khususnya) klu boleh cuba padatkan entry, ayat2 yg xpnting boleh delete. cukup dgn msg yg ringkas dan padat..jadi ahli2 yg baru tidaklah berasa bosan dan takut mereka tdk dpt istiqamah dlm membaca.(seperti saya =.=')

sekian. salam maya.

blog yg boleh dijadikan contoh:

http://bersamakepuncak.blogspot.com/

 

salam..

jzkk sudi baca dan ziarah..

maafkan sy ye klu hampir kebanyakan entry yang sy buat kesemuanya panjang2..bukan apa, sebab sy jarang update blog..kadang2 dapat update utk sekali sahaja dalam sebulan..selalu kekurangan masa kerana exam dan sebagainya..oleh sebab itulah biasanya sy akan keluarkan kesemua idea yang terperap dan jadikannya satu post yang panjang..cuma mungkin di situ silapnya..sy minta maaf banyak2 ek klu entry2 di dalam blog nie panjang dan menyusahkan para pembaca..insya Allah saya cuba utk pendekkan pada masa yg akan dtg..

Ayat2 yang berulang tue pada mulanya cuma ingin menyedapkan bunyi dengan mewujudkan ritma2 tertentu..tetapi tidak mengapa, mungkin kewujudan ayat2 tersebut kurang perlu dalam penulisan artikel2 spt ini..insya Allah, saya cuba kurngkan juga ye =) ..

apa2pun..terima kasih byk2 atas teguran dan nasihat td ^_^ .. klu ada apa2 yg prlu ditegur..smpaikan je ek..

jzkk..wassalam

 

waalaikumussalam warohmatullah,

maaf ya saudari. tiada langsung niat mencari kekurangan. hanyalh skdar pendapat saya. dari sudut "ahli baru dlm DnT".sbg penulis dan pemilik blog, anda berhak menetukan corak penulisan.
maaf sekali lagi.

semoga ALLAH redha akan usaha semua. amin..

 

Jazakillah ya akhi..^^Ayuh kita sama2 bangkit dari 'tidur' ini!!
Kata2 seorang ulama:
“Kita dilahirkan dalam keadaan kita tidur. Kita hidup dalam keadaan kita bermimpi. Dan kita mati sebelum sempat kita bangun..” - Jalaluddin ar-Rumi

 
This comment has been removed by the author.
 

Post a Comment

ShareThis

Related Posts with Thumbnails