::..|_ Paradigm Shift _|..::

" … Only in the remembrance of Allah do heart find peace. (Ar-Ra'd, 13:28) "

Shift_Paradigms #39 : Mukjizat Yang Satu Itu


.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.

* Entry mungkin agak panjang..maafkn segala kekurangan..jzkk sudi ziarah =)

Sesuatu yang pernah saya nukilkan di dalam beberapa post sebelum ini..

Bayangkan diri kita pada saat ini sedang melarikan diri bersama Nabi Musa daripada dikejar tentera2 Firaun..dengan keadaan diri yang sangat lemah dan takut, kita terus bergerak dan berlari..kemudian tanpa kita sedari, perjalanan kita terhenti..di hadapan kita terbentang lautan yang sangat luas..

Ramai daripada kita mulai buntu akal..tidak ada perkara lain yang terbayang di fikiran kita pada saat itu, melainkan hanya wajah Firaun dan tenteranya yang bakal membunuh kita satu demi satu dengan kejam..

' Habislah..Habislah kita...'

Kemudian..tiba2, Nabi Musa yang mengetuai 'ekspedisi' tadi bergerak ke hadapan..dia mengetuk tongkatnya pada air lautan tersebut..maka, dengan ajaibnya, terbelahlah air lautan tadi..

" Wusshhhhh.. (sound effect sendiri) =) "

*Baik..berhenti sekejap di situ =) ..

Kalau kita betul2 wujud di zaman tersebut..apakah agaknya reaksi pertama yang bakal kita berikan selepas melihat air lautan tadi terbelah secara tiba2 di hadapan mata kita ?

' Pergghhhhhhhhh... '

' Kalau kita nie atheis pun time tue..mmg for sure akan convert trus ikut ajaran nabi Musa '

Apa tidaknya ? Kalau perkara2 yang tidak terfikir oleh akal manusia itu sendiri sedang dilakukan oleh nabi Musa di hadapan kita, apakah lagi agaknya yang boleh dinafikan tentang kebenaran ajarannya ?

Subhanallah..Iman kita juga sudah tentu akan boost-up setinggi yang mungkin..keyakinan dan bukti yang kita inginkan sudah berada di depan mata..tidak ada penafian lagi, Musa itu sudah tentu seorang lelaki yang diangkat oleh Allah SWT sebagai Rasul-Nya..

Itu belum lagi dicerita tentang senario melihat Nabi Sulaiman berkata-kata dengan jin dan haiwan..ataupun berada di sisi Nabi Isa ketika baginda menyembuhkan orang buta sehingga dapat melihat semula..

Bagaimanakah agaknya iman kita pada saat itu rakan2 semua ?

Sekiranya sebelum itu kita sering mempersoalkan ttg ajaran nabi tersebut..adakah kita akan mengutarakan lagi persoalan2 yg sama selepas melihat peristiwa2 sedemikian ?

Benar rakan2 semua..

Tidak boleh disangkal lagi..mukjizat2 yang telah Allah SWT kurniakan kepada para Rasul2-Nya itu bukan sahaja berfungsi untuk membuktikan ajaran yang dibawa mereka, tetapi juga untuk menaikkan lagi iman dan keyakinan yang sudah terbentuk di dalam hati2 pengikut mereka..

---------------------------------------

Baik..sekarang kita kembali kepada dunia kita yang hari ini..

Agak2nya..di antara semua mukjizat yang pernah Allah SWT kurniakan kepada rasul2-Nya, mukjizat manakah yang teragung dan terhebat sekali daripada kesemuanya ?

' Al-Quran..'

Ya, benar ! Al-Quran yang telah Allah turunkan kepada Rasulullah SAW =) ..

Tetapi, bagaimana ?

Bagaimanakah agaknya Al-Quran itu lebih hebat daripada lautan terbelah ?

Bagaimana pula ia boleh meningkatkan keimanan seseorang, lebih daripada melihat sendiri burung2 dan jin yang patuh kepada arahan seorang nabi bernama Sulaiman ?

Kenapa Rasulullah SAW xde benda2 yang 'supernatural' seperti tongkat Nabi Musa ataupun kelebihan Nabi Sulaiman ? Sebaliknya, yang ada sehinggalah pada hari ini hanyalah sebuah kitab yang digelar Al-Quran

Hmmmm....

Rakan2 pembaca semua..

Perkataan 'sampai hari ini' itu sendiri sebenarnya sudah hampir2 memberikan jawapannya =) ..

Analoginya mudah..

Bayangkan ye seorang lelaki yang baru balik daripada melihat Nabi Musa membelah laut..kemudian lelaki tadi pun menceritakan kisah tersebut kepada anak2nya..

Setelah itu, anak2nya apabila sudah dewasa pula menceritakan kisah tersebut kepada anak mereka..ianya berterusan sehinggalah kisah tersebut sampai kepada beberapa generasi yang berikutnya..

Persoalannya..adakah ketinggian iman yang dialami oleh lelaki yang melihat fenomena tadi di hadapan matanya sendiri sama dengan yang setakat mendengar ceritanya sahaja ?

Takkan sama, bukan ?

Buktinya mudah..lihat sahaja kepada diri kita yang mendengar kisah2 mukjizat Rasul berulang-ulang kali..sejak dari kecil sehinggalah dewasa..kadangkala kita membaca kisah2 mereka seolah-olah membaca kisah2 dongeng =(.. malah, kebanyakkan daripada kita sudah hafal kronologi kisah2 mereka..tetapi, ternyata tidak ramai daripada kita yang ingin mengambil apa2 ibrah baek drpnya =( ..

Hakikatnya rakan2 semua..meskipun pengajaran dan pedoman yang kita dapat daripada kisah2 mereka itu 'timeless' ..semua mukjizat Rasul2 itu terbatas pada certain waktu ataupun period yang hanya sempat dialami serta dilihat oleh pengikut2 mereka..

Hal ini berbeza dengan mukjizat teragung Rasulullah SAW, yakni Al-Quran..

Pada saat kehebatan mukjizat itu terserlah satu demi satu kepada Rasulullah SAW dan pengikut2 baginda, pada saat dan ketika ini jugalah keagungan mukjizat tersebut masih kekal dan dirasai manusia, walaupun baginda telah wafat..

Dan sekiranya kita sedar atau tidak..Al-Quran itu sendiri sedang menjadi penerus delegasi mukjizat2 Rasul yang lain..ia menjadi madah kepada fenomena mukjizat2 yang terdahulu, yakni melalui penceritaan yang terkandung di dalamnya..

Oleh sebab itulah iman para sahabat benar2 utuh..masakan tidak ? Bayangkan sekiranya mereka membaca ayat2 Surah Ta-ha ataupun Al-A'raf yang menceritakan tentang mukjizat2 Nabi Musa di dalam solat mereka..agak2nya bagaimanakah tahap keimanan mereka, apabila mereka semua seakan-akan sedang melihat laut terbelah di hadapan mereka sebanyak 5 kali sehari !?? Subhanallah ^_^ ..

Inilah sebenarnya antara sebab yang menjadikan Al-Quran itu sebagai mukjizat yang paling agung sekali..Dan ini jugalah yang telah membuatkan nikmat Islam itu berjaya dirasai oleh kita semua pada hari ini..

Ingin melihat perkara yang paling 'Supernatural' sekali di dunia ini ? Perkara yang sememangnya tidak akan mampu terfikir oleh manusia, serta tidak akan terdaya untuk dihasilkan oleh manusia + jin keseluruhannya ?

Lihatlah sahaja kepada Al-Quran =)

Oleh sebab itulah Allah SWT bukan suka2 meletakkan cabaran kepada para manusia dan jin yang merasakan diri mereka mampu untuk mewujudkan Surah ataupun ayat yang menyerupai Al-Quran, melainkan dengan kehebatan Al-Quran itu sendiri yang tiada tolak bandingnya..

Konsistensi aturan ayat dan perkataannya..
Kecantikan gaya bahasanya..
Ketepatan fakta2 dan ramalan di dalamnya..
Ataupun ketenangan yang datang daripadanya..

Setiap satu daripada elemen2 ini mustahil untuk ditiru oleh manusia ataupun jin..meskipun kesemua mereka berkumpul untuk menghasilkannya..

' Katakanlah : "Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa dengan Al-Quran ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain" ' (Al-Isra 17:88)

Rakan2 pembaca semua..

Cubalah cari di dunia ini mana2 buku yang paling banyak dibaca dalam sehari..tidak akan ada satu pun daripadanya yang mampu menandingi kekerapan ayat2 Al-Quran itu dibaca dan diulang..

Perkataan Al-Quran itu sendiri membawa maksud 'sesuatu yang dibaca dengan konsisten dan kerap kali'.. Maksudnya, sejak 1400 tahun dahulu sehinggalah pada hari ini, Al-Quran telah menduduki tangga teratas dalam carta kitab yang paling banyak dibuka dan dibaca..malah setiap saat di seluruh pelosok dunia, pasti akan ada sahaja manusia yang sedang membaca ayat2nya di dalam solat..

Adakah mana2 manusia yang mampu menghasilkan sesuatu yang hebat seperti ini ?

Keluarkanlah mana2 tajuk buku yang dirasakan hebat dan cuba kita kaji kekerapan ayat2nya dibaca..adakah antaranya yang boleh mengalahkan pengulangan bacaan ayat pendek basmalah, 'Bismillahirrahmanirrahim' =) ?

Bukan itu sahaja, cubalah cari buku atau kitab2 agama yang paling banyak dihafal di dunia ? Adakah antaranya yang boleh mengalahkan jumlah Hafiz/Hafizah Al-Quran yang berjuta-juta orang di seluruh dunia ? Mereka bukan sahaja menghafal ayat2nya, mereka juga telah menghafal setiap perkataan, sehinggalah kepada cara membunyikan setiap syllable perkataan tersebut berserta hukum bacaannya..Malah, ayat2nya juga boleh dibaca dengan lagu (taranum) yang tertentu !

Oleh sebab itulah seorang sheikh pernah berkata..

' Kalaulah pada suatu masa nanti, semua orang bersetuju untuk membuang setiap satu cetakan/copy kitab2 agama yang wujud di dunia ini, termasuklah semua cetakan Al-Quran ke dalam laut..kemudian diarahkan pula semua manusia yang berbilang agama untuk menghasilkan semula isi kandungan kitab mereka..sudah tentu tidak akan ada yang mampu melawan kepantasan orang2 Muslim yang boleh sahaja menulis semula setiap perkataan yang wujud di dalam Al-Quran itu tanpa sebarang kesilapan..cover to cover..meskipun hanya diberikan masa yang singkat untuk menghasilkannya '

" Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. " (Surah Al-Hashr : 21)

Hakikatnya..Al-Quran itu datang dengan ibrah dan rahmat yang benar2 besar..sekiranya ia bukan datang daripada Allah SWT..sudah tentu banyak kecacatan yang dapat kita lihat dalam ayat2nya..tetapi ternyata sejak dahulu sehinggalah hari ini, Al-Quran itu masih kekal dalam bentuknya yang asli sehinggalah hari kiamat kelak..

Tetapi..

Tetapi..

Apa yang Al-Quran tue tengah buat kat rak2 buku kita ? Kenapa xde sapa yang nak buka dan membacanya ?

Bukankah kita telah beriman dan mengaku betapa al-Quran itulah antara mukjizat yang benar2 hebat..tetapi kenapa kita lebih rajin membaca buku2 lain yang entah 100% tepat ataupun tidak informasi yang ada di dalamnya ?

Ataupun kita tak mahu menganggapnya sebagai mukjizat ?

' Eisyhh..takkanlah sampai macam tue '

Kalau begitu..kenapa kita masih berdegil dan xnak membacanya =( !!?

Bukankah itu seolah2 melihat Nabi Musa membelah laut di hadapan mata, kemudian patah balik ke rumah tanpa mengalami sebarang kesan kepada diri, seolah-olah fenomena tersebut tidak pernah berlaku ?

Usahlah kita berbicara tentang hadis dan sunnah Rasulullah SAW, apabila Al-Quran yang dikurniakan kepada baginda itu tidak pula kita hargai..

Sekiranya perkara yang sepatutnya kita pegang dan genggam itu jugalah perkara yang sedang kita lepaskan..bagaimanakah agaknya kita dengan yakin boleh katakan diri kita tak sesat pada saat ini =( ?

Bagaimana rakan2 semua ? Tidak sesatkah kita =( ?

Kita akui betapa kehidupan yang tidak dipandu dengan Islam itu akan membawa kepada kehancuran..tetapi kenapa kita cuba juga untuk memandunya secara suka hati ? Tidakkah kita takut kita akan 'kemalangan' ataupun terlari daripada jalan yang sepatutnya ditempuhi ?

Kita selalu sahaja marah dan geram dengan orang2 yang mempersendakan nabi dan al-quran..sehinggakn tanpa berfikir panjang, terus sahaja kita 'report' kepada pihak2 berkuasa untuk segera mengambil tindakan kepada mereka..

Namun begitu, sekiranya dilihat semula..siapakah agaknya yang lebih teruk mempersendakan nabi dan al-quran ? Orang yang jahil dan tidak tahu apa2 tentang kedua2nya itu ? Atau orang yang sudah tahu dan mengaku sebagai pengikut Rasulullah SAW, tetapi tetap x nak baca Al-Quran yang ada di rak2 bukunya pada saat ini =( ?

Bagaimanakah agaknya kita nak mendidik anak2 kita apabila kita sendiri jarang mengambil ibrah2 daripada Al-quran =( ? Suami dan isteri jenis apakah yang bakal kita jadi ya akhi/ukhti =( ?

Cukuplah dengan apa yang telah kita lakukan kepada kitab yang Allah kurniakan kepada kita ini =( .. cukuplah..sudah tiba masanya pula untuk kita mengkaji dan membacanya dengan penuh penghayatan..tak perlulah tunggu untuk usrah atau kelas2 agama dahulu untuk mula membacanya..

Huhu..sesungguhnya semua ini sengaja saya tuliskan untuk menumbuk diri sendiri yang kadang2 leka dengan urusan2 dunia..lebih2 lagi apabila tibanya musim exam yang memerlukan lebih banyak mujahadah untuk menghabiskan buku2 yang tebal..

Entry ini sepatutnya pendek sahaja..tetapi entah bagaimana boleh x sedar pula dah jadi panjang seperti yang sebelum2 nie..maafkan saya ye kalau ada yang x selesa membaca entry2 macam nie =( .. lebih2 lagi ayat yang saya gunakan kebanyakannya panjang2..insya Allah, selepas dah exam nnt mungkin boleh update dengan lebih banyak dan pendek2..

Jom rakan2 semua..kita 'Shift Paradigm' sama2 ^_^ ..jom ramai2 baca Quran kite =) ..

Wassalam..

3 comments:

assalamualaikum hazim.

sanat setuju part "Kita selalu sahaja marah dan geram dengan orang2 yang mempersendakan nabi dan al-quran.."

benar! lihat btapa byk page2 kami benci itu dan ini..tapi lihatlah kita bgaimana? layakkah kita utk melenting? ya ALLAH..astaghfirullah al azim..sedih sgt2 dgn situasi2 berulang ini.

saudara hazim lepas nie boleh la peram idea tulis utk situasi2 spt ini..yg ibarat meludah ke langit.

terima kasih.

 

salam akhi....terima kasih untuk entrinya....dari dulu ana cari bagaimana al-quran boleh menjadi mukjizat yang sangat2 hebat....lepas membaca anta punya entry baru sedar kehebatan al-quran tu sendiri....jzkk....^_^

 

Assalamualaikum..kalau ada masa silalah jenguk ke link ni.. http://www.facebook.com/notes/ustaz-zahazan-mohamed/peluang-menjadi-penulis-ditujukan-kepada-pelajar2-malaysia-yang-menuntut-di-luar/10150222589298457

 

Post a Comment

ShareThis

Related Posts with Thumbnails