::..|_ Paradigm Shift _|..::

" … Only in the remembrance of Allah do heart find peace. (Ar-Ra'd, 13:28) "

Shift_Ramadhan #1 ; Jewels From The Quran (Juz 1 : Al-Fatihah, 1:1 - Al-Baqarah, 2:141 )



.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.

1 Ramadhan 1432H

Juz 1 (Al-Fatihah, 1:1 - Al-Baqarah, 2:141)

1. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Yang menguasai hari pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. (Al-Fatihah 1:7)

2. Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertakwa (Al-Baqarah 2:2)

3. Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. (Al-Baqarah 2:8-9)

4. Mereka itulah yang membeli kesesatan dengan petunjuk. Maka perdagangan mereka itu tidak beruntung dan mereka tidak mendapat petunjuk. (Al-Baqarah 2:16)

5. Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). (Al-Baqarah 2:22)

6. Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar. (Al-Baqarah 2:23)

7. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. (Al-Baqarah 2:30)

8. Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. (Al-Baqarah, 2 : 42)

9. Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab? Maka tidakkah kamu berfikir? (Al-Baqarah, 2 : 44)

10. Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh, kerana takut kepada Allah. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan. (Al-Baqarah, 2 : 74)

11. Dan tidakkah mereka tahu bahawa Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan ? (Al-Baqarah 2:77)

12. Mereka itulah orang-orang yang membeli kehidupan dunia dengan (kehidupan) akhirat. Maka tidak akan diringankan azabnya dan mereka tidak akan ditolong. (Al-Baqarah 2:86)

13. Tidak ! Barangsiapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah, dan dia berbuat baik, dia mendapat pahala di sisi Tuhannya dan dia tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati. (Al-Baqarah 2:112)

14. (Allah) pencipta langit dan bumi. Apabila Dia hendak menetapkan sesuatu, Dia hanya berkata kepadanya, "Jadilah !" Maka jadilah sesuatu itu. (Al-Baqarah 2:117)

15.
  • Dan orang-orang yang tidak mengetahui berkata: "Mengapa Allah tidak (langsung) berbicara dengan kami atau datang tanda-tanda kekuasaan-Nya kepada kami?" Demikian pula orang-orang yang sebelum mereka telah mengatakan seperti ucapan itu; hati mereka serupa. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kekuasaan Kami kepada kaum yang yakin. (Al-Baqarah 2:118)

  • 16. Dan takutlah kamu pada hari (ketika) tidak seorang pun dapat menggantikan (membela) orang lain sedikit pun, tebusan tidak diterima, bantuan tidak berguna baginya, dan mereka tidak dapat ditolong. (Al-Baqarah 2:123)

  • 17. Dan Ibrahim mewasiatkan (ucapan) itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya'kub."Wahai anak-anakku ! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini untukmu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim." (Al-Baqarah 2:132)

  • 18. "Sibgah Allah". Siapa yang lebih baik sibgahnya daripada Allah ? Dan kepada-Nya kami menyembah (Al-Baqarah 2:138)

  • --------------------------------------------------------------------------------

  • Ayat Tadabbur Ringkas Juz 1

  • " Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab? Maka tidakkah kamu berfikir? (Al-Baqarah, 2 : 44) "

    Salam Ramadhan Al-Mubarak,

    Dalam ayat al-Baqarah yang ke 44 ini..Allah merujuk secara khusus kepada para Rabbi Yahudi, ketua2 agama, ataupun orang2 berpengetahuan dalam kalangan mereka yang selalu sahaja mengeluarkan perkataan2 yang baek dan berdakwah mengajak kepada Tuhan..tetapi hakikatnya, perlakuan mereka benar2 bertentangan dengan segala apa yg mereka sampaikan kepada orang laen..

    Lidah dan mulut mereka mengatakan perkara yang 'ini', tetapi perlakuan mereka pula menjurus kepada yang 'itu'..

    Namun begitu, kita kena ingat..Allah SWT tidak turunkan al-Quran ini semata-mata untuk menceritakan keburukan orang2 yang dimurkai-Nya..tetapi Allah menyelitkan kisah2 mereka ini agar para pembaca, yakni kita semua dapat tadabbur dan mengambil ibrah daripada kisah2 mereka..

    Usahlah kita memandang ayat2 yg seperti ini seolah-olah khusus dan khas hanya kepada orng2 yahudi, munafik, musyrik, kafir dan sebagainya..tetapi lihatlah ayat2 tersebut dengan perspektif betapa kita juga tidak terkecuali daripada tercicir dan alpa sehingga menjadi salah seorang daripada golongan2 tersebut..

    Adakah kita sudah cukup baik sehingga sama sekali mustahil untuk tergolong dalam kalangan orang yang dimurkai Allah =( ?

    Daripada ayat ini, kita dapat ambil banyak pengajaran..

    Kadangkala..Apabila melihat orang lain melakukan kemungkaran, kurang berilmu dan sebagainya..kita menggunakan peluang tersebut untuk 'menonjolkan diri kita' , atau membuatkan diri kita lebih 'superior' di hadapan semua orang..

    ' Aku tahu..ko pula tak tahu..ko nak tahu hadis atau ayat quran ttg betapa haramnya benda yg ko wat nie ?? '

    Mungkin kita tak zahirkan, tetapi hati kita kadang2 terlintas ucapan2 seperti ini..lebih2 lagi bagi kita yang mengaku dirinya sebagai seorang Da'ie..mulalah kita menjadi orang yang banyak memberikan komen terhadap orang lain..sedangkan hadis dan ayat2 quran yang kita berikan itu sendiri kita dustakan =( ..

    Apabila mendapat sahaja ilmu al-quran, hadis dan tafsir yang baru..kita akan mula rasa :

    'Aku perlu sampaikan benda nie kat orang lain' ..

    Ya..benar, hakikatnya..segala apa yang membawa kepada islam wajar utk kita sampaikan kepada orang lain..

    Tetapi, acap kali kita terlepas satu fasa yang amat penting setelah mendapat ilmu tersebut, yakni pengaplikasian dan keimanan terhadap ilmu tersebut..kita mudah dalam menyampaikan kepada orang lain..tetapi dalam diam, diri kita sendiri sebenarnya sedang membelakangi ilmu2 tersebut =( ..

    ' Eish..dia nie kena belajar lebih nie..tgk tue, bagi tazkirah pun tak cukup point ' ..

    Itulah hal yang banyak berlaku kepada kita pada hari ini..apabila orang lain meminta pandangan atau nasihat kita..cepat sahaja kita mengeluarkan ayat2 al-quran dan hadis yang pernah kita hafal..tetapi bagaimana dengan 'kecepatan' kita dalam beramal dengan ayat2 Allah dan sunnah Rasulullah SAW itu =( ?

    Insya Allah, bersempena dengan bulan Ramadhan ini, marilah sama2 kita muhasabah diri semula..peringatkan diri betapa dakwah kepada manusia itu perlu bermula dengan diri sendiri..

    Bukanlah maksudnya kita kena menunggu sehingga tumbuh sayap dan baek seperti malaikat kemudian barulah berdakwah kepada orang..tetapi lebih kepada kesedaran betapa insan yang berkata-kata tanpa sebarang susulan tindakan daripada kata2nya itu akan mudah membawa fitnah kepada ad-deen kita ini..dan itulah perkara yang ingin sekali kita jauhkan..

    Insya Allah rakan2 semua..mudah2an Allah kurniakan kekuatan kepada kita agar sentiasa mampu utk berakhlak mulia dan mahmudah..sesungguhnya orang yang tidak mempunyai sesuatu, tidak akan mampu untuk memberi sesuatu..maka, punyailah akhlak dan kata2 yang baek, agar kita juga mampu utk memberikan akhlak dan kata2 tersebut kepada orang laen =)

    Wassalam ^_^ ..

    p/s - utk sebarang penambahan ayat2 mutiara yg baek utk ditadabbur bersama, bolehlah tinggalkan komen di bawah =) .. Insya Allah, saya mohon sangat klu rakan2 semua ada apa2 penambahan agar berkongsi di blog yg tidak seberapa ini =) .. Jzkk ^_^..


    0 comments:

    Post a Comment

    ShareThis

    Related Posts with Thumbnails