::..|_ Paradigm Shift _|..::

" … Only in the remembrance of Allah do heart find peace. (Ar-Ra'd, 13:28) "

Shift_Ramadhan #2 ; Jewels From The Quran (Juz 2 : Al-Baqarah, 2:142 - Al-Baqarah, 2:252 )


.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.

2 Ramadhan 1432H

Juz 2 (Al-Baqarah, 2:142 - Al-Baqarah, 2:252)

19. Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat islam) "umat pertengahan" agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. (Al-Baqarah 2:143)

20. Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku. (Al-Baqarah, 2 : 152)

21. Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat, sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah, 2 : 153)

22. Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun". Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (Al-Baqarah, 2 : 155-157)

23. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran. (Al-Baqarah 2:164)

24. Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang batil). (Al-Baqarah 2:185)

25. Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Al-Baqarah, 2 : 186)

26. Dan infakkanlah (hartamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu jatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri, dan berbuat baiklah. Sungguh, Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik. (Al-Baqarah, 2:195)

27. Wahai orang-orang yang beriman ! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu. (Al-Baqarah, 2:208)

28. Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (Al-Baqarah, 2 : 214)

29. Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah, 2 : 216)

30. Allah tidak menghukum kamu kerana sumpahmu yang tidak sengaja, tetapi Dia menghukum kamu kerana niat yang terkandung dalam hatimu. Allah Maha Pengampun, Maha Penyantun. (Al-Baqarah 2:225)

31. Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad) tentang orang-orang yang keluar (melarikan diri) dari kampung halamannya kerana takutkan mati, sedang mereka beribu-ribu ramainya? Maka Allah berfirman kepada mereka:” Matilah kamu ” kemudian Allah menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur. (Al-Baqarah 2:243)

32. Barangsiapa meminjami Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya lah kamu dikembalikan (Al-Baqarah 2:245)

33. Seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, pasti rosaklah bumi ini. Tetapi Allah mempunyai kurnia (yang dicurahkan) atas semesta alam. (Al-Baqarah, 2 : 251)

---------------------------------------------------------------------------------------------

Ayat Tadabbur Ringkas Juz 2

Wahai orang-orang yang beriman ! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu. (Al-Baqarah, 2:208)

Salam 2 Ramadhan 1432H ^_^ ..

Ayat ke-208 nie merupakan antara ayat pilihan tadabbur yang secara peribadinya paling saya minat dan terkesan =) .. Pernah tatkala pertama kali mendengar tadabbur ayat ini daripada murabbi dahulu, rasa sangat hebat dan jelas, ditambah lagi dengan analogi dan perumpamaan yang benar2 membuka mata..bagi saya, ayat nie dikira sebagai ayat yang sewajarnya wajib untuk ditadabbur di dalam usrah dan halaqah =)

"...ـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِى ٱلسِّلۡمِ ڪَآفَّةً۬ "

" Wahai orang-orang yang beriman ! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan.."

Sekiranya kita merujuk kepada terjemahan dan ayat al-quran di atas..kaffah di sini membawa maksud 'keseluruhan', yakni merujuk kepada 'whole' .. bukannya separuh2, 3/4 ataupun sekadar 'alang2' sahaja..

Merujuk kepada pengetahuan Bahasa Arab yg ada pula..penggunaan ayat ini di dalam tatabahasa Arab rasanya termasuk dalam fi'il amar (kata kerja perintah) .. contoh yang lain adalah seperti Makanlah ! , Minumlah ! ataupun Bukalah ! ..

Dan dalam ayat ini Allah menyuruh kita untuk 'Masuklah !' ke dalam islam itu secara kaffah (keseluruhan) .. bukannya separuh2, bukannya sipi2..tetapi keseluruhan..

Sy teringat suatu perumpamaan yang seorang brother prnh berikan berkenaan ayat ini..sekiranya kita mengarahkan seseorang untuk 'masuklah ke dalam rumah itu' .. adakah dengan sekadar memasukkan sebelah kaki sahaja, sementara kaki yang sebelah lg berada di luar itu sudah cukup untuk dipanggil 'masuk' ? Tidak, bukan ? Kerana apa yang kita faham berkenaan dengan arahan 'masuk' adalah masuk secara keseluruhannya..sekali dengan tangan, kaki dan anggota2 badan yang lain .. kemudian barulah kita gelar sebagai 'masuk ke dalam rumah' .

Samalah juga seperti 'masuklah ke dalam islam !' .. kita tidaklah boleh mengambil islam itu sekadar 'ekornya' sahaja.. ataupun mengambil sebahagiannya dan menolak yang lain..kerana sudah jelas betapa islam yang sejati adalah islam yang dimasuki secara keseluruhan..selaras dengan ayat Allah ini..


Klu sy, sy suka mengeluarkan formula yang mudah untuk menggambarkan ayat ini =) ;


X - 1 = 0 , If X=5 , Then X-1 = 0


Dapat tangkap ? Hehe.. Maksudnya, sekiranya Islam itu kita ibaratkan sebagai X, ianya tidak boleh ditolak walaupun hanya sekadar '1' elemen sahaja..ianya lengkap dan perlu diambil secara 'kaffah', menolak hatta satu sahaja pun daripadanya sudah dikira 'zero', ianya dikira tidak lengkap dan tidak memenuhi perintah Allah SWT di dalam ayat ini..

Ianya juga tidak sama dengan formula matematik biasa yang bakal menghasilkan jumlah '4' setelah X ditolak 1 .. kesemuanya tidak lain kerana Islam itu terbentuk secara 'whole', dan mengambil hanya sebahagian sahaja daripadanya sahaja akan membawa kepada '0' ..

Untuk menjadikannya lebih mudah, bayangkan X tersebut adalah Rukun Islam ataupun Rukun Iman kita..bukankah hanya dengan menolak hatta satu sahaja daripada rukun2 tersebut sudah membuatkn Islam kita tidak sempurna ? Huhu..
Insya Allah..dalam ayat yang sama, Allah berfirman lagi..

'وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٲتِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَڪُمۡ عَدُوٌّ۬ مُّبِينٌ۬...'

Maksudnya ; ..Dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu..'

Inilah antara salah satu cara untuk kita mempraktikkan islam kaffah..iaitu dengan tidak menurut jejak langkah syaitan yang tidak henti2 menghasut kita..mengajak kita ke arah kemaksiatan serta melalaikan kita kerana syaitanlah antara punca utama kenapa kita tidak mampu mengamalkan islam kaffah..

Maka, berdoalah banyak2 kepada Allah SWT, dan pohonlah kekuatan di bulan yang mulia ini...mudah2an tatkala bulan2 yang laen telah tiba, kita akan mampu melawan godaan syaitan yang ternyata makin 'kreatif' dan 'inovatif' dari masa ke masa..huhu

Itu sahaja untuk ayat tadabbur hari ini..Jzkk sudi mengikuti series Jewels From The Quran utk kali ini..sekiranya ada apa2 tambahan, tinggalkan di ruangan komen ye ^_^

Wassalam ~

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts with Thumbnails