::..|_ Paradigm Shift _|..::

" … Only in the remembrance of Allah do heart find peace. (Ar-Ra'd, 13:28) "

Shift_Ramadhan #3 ; Jewels From The Quran (Juz 3 : Al-Baqarah, 2:253 - Ali Imran, 3:91)



.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.

3 Ramadhan 1432H

Juz 3 (Al-Baqarah, 2:253 - Ali Imran, 3:91)

34. Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barang siapa yang ingkar kepada Taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah, 2 : 256)

35. Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. (Al-Baqarah, 2 : 257)

36. Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui. (Al-Baqarah, 2:261)

37. Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi tindakan yang menyakiti. Allah Maha Kaya, Maha Penyantun. (Al-Baqarah, 2:263)

38. Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kemiskinan kepadamu dan menyuruh kamu berbuat keji (kikir), sedangkan Allah menjanjikan ampunan dan kurnia-Nya kepadamu. Dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui. (Al-Baqarah 2:268)

39. Allah menganugerahkan hikmah (kefahaman yang mendalam tentang Al-Quran dan sunnah) kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barang siapa yang dianugerahi hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah). (Al-Baqarah, 2 : 269)

40. Sungguh, orang-orang beriman, mengerjakan kebajikan, melaksanakan solat dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati. (Al-Baqarah 2:277)

41. Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Al-Baqarah, 2 : 284)

42. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebaikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir". (Al-Baqarah, 2 : 286)

43. Bagi Allah tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi di bumi dan di langit. (Ali Imran 3:5)

44. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. (Ali Imran, 3:8)

45. "Ya Tuhan kami, Engkaulah yang mengumpulkan manusia pada hari yang tidak ada keraguan padanya."Sungguh, Allah tidak menyalahi janji." (Ali Imran, 3:9)

46. Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, hewan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik. (Ali Imran, 3:14)

47. Sesungguhnya agama (yang diredai) di sisi Allah hanyalah Islam. (Ali Imran, 3 : 19)

48. Katakanlah (Muhammad), "Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. (Ali Imran, 3:31)

49. Maka mengapa mereka mencari agama yang selain agama Allah, padahal apa yang di langit dan di bumi berserah diri kepada-Nya, (baik) dengan suka mahupun terpaksa, dan hanya kepada-Nya mereka dikembalikan. (Ali Imran 3:83)

50. Dan barang siapa mencari agama selain Islam, dia tidak akan diterima, dan di akhirat dia termasuk orang yang rugi. (Ali Imran 3:85)

51. Sesungguhnya orang-orang yang kafir, lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka: emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun. (Ali Imran 3:91)

---------------------------------------------------------------------------------------------

Ayat Tadabbur Ringkas Juz 3

Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, hewan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik. (Ali Imran, 3:14)

Salam 3 Ramadhan 1432H ^_^

Ayat Ali Imran yang ke-14 ini antara ayat yang sebenarnya menggambarkan realiti dan jg lumrah kehendak seorang manusia di muka bumi ini..dan sama ada kita sedar ataupun tidak, sebenarnya kebanyakkan kita di dunia ini sedang mengejar kesemua perkara2 tersebut..

Insya Allah..tadabbur kali ini saya dapat daripada seorang syeikh kt US yg sangat pakar dalam bahasa Arab Quran..iaitu Syeikh Nouman Ali Khan =)

Baik..sekiranya kita kembali kepada ayat di atas..kita akan nampak bagaimana Allah SWT menyusun ayat ini dengan meletakkan kehendak2 manusia itu berdasarkan ketinggian obsession ataupun minat mereka terhadap perkara tersebut..

Yang pertama..berkeinginan terhadap perempuan-perempuan..

Sedar ataupun tidak..kebanyakan syarikat2 pengiklanan yang besar pada hari ini menggunakan model2 wanita untuk menjual produk mereka..apa kaitan kereta dengan wanita yang berdiri di sebelahnya ? Begitu juga dengan iklan2 Beer dan arak di negara2 barat, kesemuanya cuba untuk memanipulasi golongan wanita dalam menjual produk mereka..ini semua tidak lain tidak bukan, kerana mereka tahu betapa tarikan lelaki terhadap wanita itu amat tinggi..

Multi-Billion company internet hari ini pula kebanyakkannya terdiri daripada pengeluar video2 lucah, begitu juga dengan movies2 yang pada hari ini sudah hampir tidak sesuai untuk ditonton oleh kita semua..amat menyedihkan lagi, apabila negara2 yang berpenduduk majoriti Islam merupakan antara negara yang Top dalam melayari website2 sebegini =( ..

Ditambah lagi dengan golongan lelaki yang mula pudar sifat Qowwamun (pelindung) nya , mula lupa peranannya sebagai seorang lelaki yang sejati..maka tidak hairanlah sekiranya anak muda remaja kita pada hari ini sudah mula berjinak-jinak dengan segala macam perkara negatif di internet =( ..

Amat kasar bunyinya..tapi itulah realiti rijal-rijal kita di zaman ini =(

Ya akhi, jadilah seorang pemimpin ! Lindungilah kaum hawa itu, bukannya merosakkan mereka =(

Sekiranya sudah tertarik dengan mereka, carilah jalan yang halal, nikahilah dan bentuklah keluargamu dengan corak Islam yang sebenar..janganlah diporak-porandakan pula maruah dan kemuliaan yang telah Allah kurniakan kepada mereka =( .. Tidakkah kita malu ya akhi =( ?

Sama2 kita muhasabah..

-----------

Insya Allah..Kemudian senarai di dalam ayat tadi diteruskan dengan keinginan dan kecintaan terhadap anak-anak..harta benda yang bertumpuk (emas/perak), ataupun pada zaman sekarang, boleh dikira sebagai 'savings account' di bank dan sebagainya..semuanya ini antara benda2 yang sanggup dicari dan menjadi obsession manusia..

Tidak dilupakan juga dengan 'kuda pilihan', ataupun sekiranya di zaman hari ini, dikira sebagai kenderaan2 pilihan..semua orang nak kereta2 mewah, kereta besar dan kereta2 yang baru..

Begitu juga dengan 'haiwan ternak' yang bolehlah dianggap sebagai 'investment' , manakala 'sawah ladang' pula merupakan 'produk daripada investment' tersebut..

Kini timbul satu persoalan utama..

" Kenapa Allah wujudkan semua kehendak dan kecintaan2 ini dalam diri manusia ? "

Jawapannya wujud di dalam ayat yang sama =) ..

'..itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik '

Maksudnya, apa2 yang kita inginkan di dunia ini, ataupun apa2 perkara yang menarik hati kita di dunia ini hanyalah 'secebis' daripada apa yang Allah ada di sisi-Nya..

Kita inginkan rumah yang besar dan cantik..tapi kita lupa rumah itu nanti bakal roboh dan pudar warnanya..sedangkan dalam masa yang sama, di sisi Allah ada 'rumah' syurga dan taman2 yang indah serta sangat hebat hiasan2nya..

Apa2 yang kita ada dan kejar di dunia ini, tidak ada satu pun yang akan dapat menandingi nikmat2 yang bakal Allah SWT berikan kepada hamba2-Nya yang beriman di hari akhirat kelak..

Oleh sebab itulah kehendak dan minat kita terhadap perkara2 tersebut perlu diselaraskan dengan hukum2 dan peraturan yang telah Allah SWT turunkan kepada kita..Bukankah kita disyariatkan untuk berkhawin, berkeluarga dan berkerja mencari rezeki yg halal ?

Kecintaan kepada wanita, anak2 dan harta itu lumrah dan fitrah..tetapi mengkehendakinya dengan cara dan aturan yang salah itu yg bakal membawa kemurkaan Allah SWT..

Bayangkan ek..sekiranya 'temptation' ataupun tarikan terhadap perkara yg Allah turunkan kepada kita di dunia ini sahaja sudah cukup kuat dan hebat, bagaimana pula dengan perkara2 yang telah Dia sediakan di syurga sana ? Syurga di mana setiap apa yang hamba-Nya inginkan akan dipenuhi dengan mudah, malah melebihi imaginasi hamba itu sendiri..Tidakkah perkara tersebut sepatutnya lebih menarik hati kita ?

Tetapi ternyata kita masih sibuk mengejar kenikmatan dunia =( .. kerana apa ? Kerana kita lupa dengan akhirat..kita lupa kita akan mati dan meninggalkan dunia ini..dan kita lupa betapa semua perkara tersebut hanyalah ujian bagi kita semua =(

Insya Allah, bulan Ramadhan yang mulia inilah yang paling sesuai untuk kita 'training' mengawal nafsu dan kehendak kita..menyelaraskan setiap satunya kepada 'catuan' dan hukum yang telah Allah SWT tentukan..Dia sayang dan menginginkan kebaikan buat kita semua..tetapi adakah kita menginginkan kebaikan buat diri kita sendiri =( ?

Sama2 kita muhasabah..insya Allah =)

Jzkk sudi ikuti series Jewels From The Quran utk 3 Ramadhan ini..sebarang pembetulan dan penambahan blhlah tinggalkan di ruangan komen ye ^_^ ..

Wassalam ~

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts with Thumbnails