::..|_ Paradigm Shift _|..::

" … Only in the remembrance of Allah do heart find peace. (Ar-Ra'd, 13:28) "

Paradigm_Shift #43 : Di Sebalik Kehilangan Itu (Bhg. 2)



.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.


" Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang yang sabar " (Al-Baqarah 2:155)

Ramai antara kita selalu berkata ;

" Pasti ada hikmahnya berlaku semua tue "

Kadangkala kita terlalu kerap mengatakan tentang hikmah dan ibrah, sehinggakan ianya menjadi sesuatu yang 'cliche' untuk dikatakan kepada rakan2 kita yang sedang berada dalam kesusahan.

Hakikatnya, hampir semua perkara yang berlaku di sekeliling kita pada saat ini ada ibrah dan hikmahnya.

Ada hikmah kenapa kita dikurniakan akal dan pemikiran~

Ada ibrah di sebalik ciptaan kita yang sangat kompleks dan hebat~

Dan ada juga hikmahnya kenapa kita wujud pada zaman ini, dan bukannya pada zaman yang sebelumnya~

Hikmah dan ibrah itu wujud dalam segala perkara yang berlaku. Apa yang selalunya tidak wujud adalah kesanggupan kita untuk memproses dan menganalisis semua 'information' tersebut.

Wallahu A'lam~

" Di Sebalik Kehilangan Itu (Bhg. 2) "

" Waaa, last batch ubat ! Selepas nie habis dah xyah makan lagi ubat yang berlambak nie "

Rasa sangat gembira pada ketika itu. Alhamdulillah, akhirnya rawatan selama 6 bulan itu pun tamat dengan sempurna. X sabar rasanya nk pergi hospital pada hari tersebut untuk pemeriksaan terakhir.

" Jim, jom g hospital cepat ", ajak ibu sambil tersenyum.

" Ok, Ma ! "

Sejak 6 bulan yang lalu, ibu tidak pernah bosan nak bawak anaknya yang sorng nie pg hospital setiap hari dan setiap minggu untuk mengambil ubat dan 'medical check-up' . Senyuman ibu pada hari itu agak berlainan sedikit. Ibu kelihatan lebih ceria dan gembira.

Tidak sangka akhirnya tamat pun rawatan. Setibanya sahaja giliran kami untuk memasuki bilik doktor.

" Ok, Hazim, tamat sudah rawatan, ndak(tidak) payah lagi makan ubat2 nie ah. Boleh sudah nie pigi maen2 di luar " (doktor loghat sabah)

Wahh..Rasa sangat lega pada saat itu. Alhamdulillah, tidak perlu lagi makan berbelas-belas jenis ubat yang pahit itu ! Hehe . Ibu hanya tersenyum melihat reaksi diri ini pada ketika itu.

Pada saat itu, saya menyangkakan seolah-olah kononnya ujian 6 bulan tersebut telah tamat. 

Kadangkala kita sebagai manusia selalu alpa dan leka betapa Allah SWT itu Maha Hebat dalam percaturan-Nya. Tidaklah ada walau satu pun aturan-Nya itu yang tidak berkait antara satu dengan yang lain.

Masih segar dalam ingatan. Pada ketika itu baru sahaja selang seminggu selepas tamat rawatan.

Ibu mula mengadu sakit2 kepala. Ibu juga seringkali letih dan tertidur selepas membuat apa2 kerja. Apabila ditanya sama ada ibu sihat atau tidak, ibu hanya tersenyum mengatakan dirinya sihat dan hanya sakit kepala sedikit. Ibu juga enggan untuk ke hospital atau klinik apabila diajak.

Keadaan ibu mula menjadi teruk apabila ibu mula muntah2 kerana pening dan sakit kepala yang semakin kuat.Namun begitu, hal itu tidak pernah menghalang ibu untuk terus menjadi ibu kepada kami semua. Ibu tidak pernah lupa untuk menyediakan makan tengah hari dan malam hatta sakitnya mula menjadi teruk.

Kari ayam dan daging ibu pada minggu itu tidak ada bezanya dengan kari yang dimasak ibu pada bulan dan tahun sebelumnya. Kedua-duanya tetap sedap sehingga ayah dan sy pasti akan mengambil lagi nasi lebih. Tidak ada yang mampu untuk menandingi masakan kampung ibu.

Namun begitu, hal itu masih tidak mampu untuk menutup hakikat bahawa keadaan ibu sudah semakin teruk. Sehinggalah tibanya hari apabila ramai saudara-mara datang semata-mata untuk memaksa ibu untuk ke hospital. Ibu tetap berkeras x nak ke hospital. Selepas dipujuk oleh kakak, abang dan adik ibu, barulah ibu bersetuju ke hospital kerana tidak mampu untuk melihat air mata adik-beradik dan anak2nya.

Selepas doktor membuat pemeriksaan terhadap ibu, doktor mengambil keputusan untuk menghantar ibu ke hospital di Kota Kinabalu kerana tahap kesihatannya yang mula merudum dan kritikal. Saya masih ingat perasaan risau dan tidak sedap hati yang ada dalam diri saya dan adik2 yang lain apabila kami mengekori kereta ambulans dari belakang.

Suasana dalam kereta yang selalunya riuh dengan gelak tawa adik2 dan ibu kini menjadi suram dan senyap. Adik2 hanya menangis di dalam kereta tanpa henti. Saya sendiri tidak dapat menahan sebak memikirkan tentang keadaan ibu.

Setibanya kami di hospital, ibu dimasukkan ke dalam wad untuk pemeriksaan MRI , x-ray dan sebagainya. Alangkah terkejutnya kami apabila doktor mengesahkan bahawa ibu menghidap penyakit kanser otak tahap 4.

Saya sendiri seolah-olah tidak percaya dengan kenyataan doktor tersebut. Bukankah stage 4 itu stage yang paling kritikal, yakni cancer tersebut telah spread ke bahagian badan yang lain ? Saya masih ingat tatkala ayah menceritakan dialognya dengan doktor yang memeriksa keadaan ibu.

" Encik, berapa lama dah isteri encik kena penyakit nie ? Ada symptoms yang ketara x sebelum nie ? Nie kalau stage 4 nie selalunya orang lain kebiasaannya baring di katil berehat sahaja untuk berbulan-bulan kat rumah. Saya minta maaf encik, tapi tidak ada yang boleh kami lakukan pada saat ini ", ujar doktor tersebut.

Ayah terkejut mendengar statement doktor kerana baru sahaja pada 2 hari lepas, ibu masih lagi kuat untuk mengajar anak2 muridnya di sekolah. Bukan itu sahaja, ibu masih lagi mampu untuk membuat kerja rumah seperti memasak dan sebagainya. Oleh sebab itulah kami sekeluarga tidak menyangka keadaan ibu sudah seteruk itu.

Doktor memberikan peluang kepada kami semua untuk bersama-sama dengan ibu kerana pada bila2 masa sahaja, ibu bakal meninggalkan kami.

Rupa-rupanya selama ini ibu menyembunyikan penyakitnya daripada pengetahuan kami sekeluarga. Selama bertahun-tahun ibu menahan penyakitnya sehinggalah dia tidak mampu untuk menyembunyikannya lagi.

Ayah kata ibu tidak ingin menyusahkan kami sekeluarga. Ibu x nak kami bersusah-payah menjaga dirinya ketika sakit. Biarlah hanya dirinya yang menjaga dan membelai kami. Ibu x pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai ibu dan guru, hatta dirinya sudah dalam tahap kritikal sekalipun, anak2 dan murid2nya tetap menjadi prioriti. Itulah ibu kesayangan kami, kurniaan Allah yang paling hebat di dunia ini.

Terima kasih Allah kerana memberikan kami ibu yang penyayang dan prihatin. Ibu yang sentiasa meletakkan keluarga dan anak2nya lebih daripada dirinya sendiri.

Pada saat itu barulah realiti menghentam diri yang leka ini.

Allah memberikan penyakit paru2 kepada saya agar saya mempunyai masa yang panjang untuk bersama dengan ibu saya.

Rupa2nya, penyakit yg sy dapat di Moscow tersebut bukanlah 'musibah', tetapi 'anugerah' daripada Allah SWT. Pada 2 Julai tahun sebelumnya itu, rupa2nya saya telah mendapat 'hadiah' yang paling hebat di dunia ini. Allah telah memberikan kesempatan kepada diri ini untuk bersama dengan ibu 24/7 sehinggalah ibu nazak dan pergi meninggalkan kami.

Sekiranya saya sihat ketika balik Summer hari tue, sudah tentu saya masih berada di Moscow ketika ibu sedang nazak, menggelabah dan kelam-kabut menguruskan segala macam hal untuk pulang ke Malaysia dengan segera. Tetapi tidak, Allah telah mengaturkan segala2nya dari awal lagi, memberikan saya sebab untuk sentiasa bersama dengan ibu.

Ibu pergi hanya setelah mengetahui anaknya ini sihat daripada penyakit yang merisaukan hatinya.

Terima kasih ya Allah ~

Sebelum ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir, setiap seorang daripada kami dibenarkan untuk membisikkan kata2 terakhir dan mengucup dahi ibu.

" Terima kasih mama, insya Allah nanti kita jumpa lagi di 'sana' ya " , saya bisikkan ke telinga ibu lalu mengucup dahinya.

Ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan tenang.

Saya cuba menahan diri daripada bersedih dan redha dengan ketentuan Allah. Setiap yang bernyawa di dunia ini pasti akan mati untuk meneruskan perjalannya ke alam yang satu lagi. Umur, pangkat dan pencapaian kita di dunia ini sama sekali tidak akan memberikan apa2 perubahan kepada ketentuan Allah SWT.

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un (Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali).

Moga roh arwah ibu sentiasa tenang di sana.

Meskipun ibu tidak sempat untuk melihat anaknya berumahtangga dan menjadi seorang doktor insya Allah, ibu telah berjaya membuktikan betapa dirinya adalah bukti pengorbanan yang sejati. Kisah tentang arwah ibu sememangnya sesuatu yang pasti akn saya ceritakan kepada anak-anak dan cucu sekiranya berkesempatan kelak.

----------------------------------------------------------------------

Rakan2 pembaca semua,

Tidaklah Allah itu bermain dadu dalam percaturan-Nya.

Hidup kita ini tidak jauh bezanya seperti 1 set jigsaw-puzzle yang besar. Jigsaw puzzle yang kepingan2 gambarnya mungkin sebanyak 50, 500 ataupun 1000. Kesemuanya yang mana pada awalnya mungkin kelihatan berterabur dan tidak jelas di mata kita. Tetapi semakin banyak kepingan tersebut tersusun dengan cantik mengikut peredaran masa, semakin mudah untuk kita nampak 'the bigger picture' yang cuba Allah tunjukkan kepada kita. Setiap kepingan yang Allah susun buat tatapan kita ada ibrah dan hikmahnya.

Timing dan aturan kejadian-Nya sangat perfect dan teliti bersesuaian dengan setiap kepingan 'jigsaw puzzle' yang telah Dia berikan kepada kita. Hanya tinggal kepada diri kita sama ada ingin melihat dan meneliti kepingan2 tersebut dengan baik ataupun membiarkannya begitu sahaja.

Mungkin ada yang bertanya bagaimana saya boleh tiba2 bertukar universiti ke Sunway university, malah turut bertukar course dari medic ke psychology. Agak panjang sebenarnya kalau nak diceritakan kisahnya, tetapi ianya berkait rapat dengan penyakit yang saya ada sebelum ini. Meskipun saya sudah sihat sepenuhnya, tetapi doktor tetap melarang sy untuk meneruskan pengajian di Moscow yang cuacanya tidak menentu serta tidak cukup baik untuk kesihatan paru2 sy.

Mungkin sy tidak mampu untuk merawat tubuh manusia daripada penyakit, tetapi insya Allah sy akan berkesempatan untuk merawat sesuatu yang sama pentingnya dengan kesihatan manusia, yakni minda dan pemikiran manusia =) .

Terima kasih byk2 kerana sudi membaca nukilan yang panjang ini. Saya harap penulisan ini mampu menjawab beberapa pertanyaan yang sebelum ini tidak mampu saya jawab dengan teliti. Mudah2an para pembaca semua sentiasa sihat dan hebat dalam menjalani kehidupan kita sebagai khalifah di muka bumi ini.

Wallahu A'lam~

Wassalam~

6 comments:

Patutla dah lama x update..semoga saudara trus redha dgn ketentuan dari-Nya. Pasti ada hikmahnya. Semoga trus kuat & tabah dalam mneruskan kehidupan ni..insyaallah.

 

Salam Hazim.

Innalillahi wa innailaihi rajiun.
You have had an amazing mother, and I know til the very end she must have been very proud of you.

You've always been an inspiration to others.
I guess it runs in the family.

Honestly, I cannot imagine how you must have felt. If I were you, I must have been devastated and perhaps questioning "why me?", although I know the right answer to that is "why not?"

But I think Allah gave you this test because you're a strong person and as cliche as that sounds - I do not know how I'd have reacted if I were you. Since I am such a rebel.

Thank you for sharing your journey with us.
I too, have given up my medical studies in Russia and just turned down dentistry offer overseas to pursue accountancy & finance locally. Partly because I think it is better for my illness. But mostly because, I don't think I can do it all over again.

It may be of no relevance that I changed my major, especially when it has no connection whatsoever to what I've been studying up until then, but I trusted my heart this time. My once indecisive heart.

I pray that you'll be a good psychologist (it is a very interesting major, I almost enrolled in psychology but I chose accountancy & finance, hoping this time, I can be good at something)

We don't talk much in real life but you should know that among my best memories in life was the one I've spent knowing my friends back in INTEC, our classmates and even though it may be burdensome for some people to look back and reminisce (since some may be embarrassed of how ignorant they may have been) - I think my past memories actually taught me a lot about my mistakes & nothing teaches me better than my own faults.

Reading your posts made me realize a lot about how badly I behaved upon trials & tribulations. I know I have a stern personality and I get easily misunderstood. I get mad about things almost instantly when they occur and often regret it afterwards.

You had it worse and yet you're still patient and keep moving on.. For people like me it can either be plain annoying or super amazing.

In this case it is the latter. I am amazed of how patient you are towards all trials.

Sorry for a lengthy comment from me after so long. It's good to see this blog up running again. I wish you all the best Hazim, and may this journey makes us better and wiser people.
InshaAllah.

Take care. Wassalam.

 

Ma qaddarallahu khayr(apa yang Allah swt tentukan itulah yang terbaik). Ada rahsia disebalik rahsia. Move on.

 

Ajim, you're such a strong person.. You earn my never-dying respect which I have paid ever since I first knew you back in MRSM KK.. It's good to know that you're doing well now despite the changed major but it is still a great news to hear you are back resuming your student life..

Like always, you have been an amazing inspiration to many people and not only you simply talk, you walk it as well..

I know things have been really hard for you but for sure no one can beat Allah's plan..

May Allah bless you my friend.. we miss you in Moscow.. I believe someday we're gonna meet again and our life will cross somewhere...

 

Salam taziah hazim. Hopefuly, one day we can meet in real life :)

 

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

 

Post a Comment

ShareThis

Related Posts with Thumbnails