Kadangkala...
Kita terpaku mencari jawapan kehidupan..
Berlari dan terus berlari..
Mengharapkan penghujung yang sejati..
Tercungap-cungap mencari nafas ketenangan hakiki..
Lantas kita berhenti sebentar..
Refleksi diri yang kian gentar..
Bertanya semula kepada kalbu yg keletihan..
Apa yang engkau lari-larikan ?
Apabila hakikatnya..
Kebahagiaanmu tersuluh di depan mata..
Kemuliaanmu terpancar hatta di celah2 kota..
Walau dunia penuh pancaroba..
Dirimu sentiasa menanti masa..
Mencari.. dan terus mencari..

...Kerdipan Yang Hilang...
Betapa mulianya diri kita..
Betapa tingginya darjat kita..
Betapa indahnya penciptaan kita..
Semuanya tidak lain..bermula drp Allah Yang Maha Esa, Maha Agung lagi Maha Besar..
Allah memberikan kita 86,400 saat pada hari ini dan hari sebelumnya..pernah tak kita gunakan walau sesaat untuk mengucapkan ' Alhamdulillah..terima kasih Allah ' ?
Walaupun pada saat dan ketika ini..ada saudara kita yang baru sahaja kehilangan sepasang tangannya..kehilangan ibu, bapa dan anak-anak..hidup dalam kesempitan dan diancam dengan segala macam cara..
Pernahkah kita bersyukur dengan segala apa yang dikurniakan kepada kita ?
Apabila pujian2 kepada Allah yang kita ungkapkan hanya penuh dengan omong-omong kosong...jauh sekali daripada manifestasi amal dan iman..
Pernahkah ?
Memang tidak dinafikan..Itulah kita... =(
Salam Ramadhan Al-Mubarak.../hihi

" Mencari Kerdipan Yang Hilang "
Insya Allah, pada bulan yang mulia, hebat lagi mantap ini..ana keluarkan satu post yang sudah lama terbuku di kepala, cuma belum menjumpai masa yang sesuai untuk di'publish'kan ke dalam blog ini..Alhamdulillah, hari ini Allah berikan kekuatan =) ..
Rakan2 pembaca semua,
Kilauan kerdipan mereka laksana bulan yang hadir pada malam hari, menerangi seluruh pelosok dunia dengan kecantikan budi pekerti dan akhlak yang terpuji..
Ketika Allah menciptakan mereka...kesemuanya harus menjadi seorang yang istimewa..dikurniakan dengan bahu yang cukup kuat untuk menampung fatamorgana dunia. Namun, harus cukup lembut untuk memberikan ketenangan dan kebahagiaan..
Meskipun dilitupi dengan 'selendang islami' dan hijab kemuliaan..Mereka dikurniakan Allah dengan kekuatan dalaman yang abadi, cukup kuat untuk melahirkan anak dan menahan mehnah tribulasi yang seringkali datang daripada anak itu..
Allah menguji mereka dengan kekerasan dan kesengsaraan agar dirinya tetap tabah ketika orang lain sudah menyerah..mengasuh keluarganya meskipun ditemani dengan penat lelah yang tidak pernah henti walau sesaat..
Allah memberikan kefahaman dan sifat penyayang yang tinggi kepada mereka..demi menahan kerenah anak-anak yang sering menyakitkan hati mereka, tetapi tetap jua anak itu disayangi tanpa kurang walaupun sedikit..
Allah memberinya kekuatan untuk 'mendukung' suaminya yang dilanda kegagalan dan kesusahan..melengkapi 'tulang rusuk' kebahagiaan yang selama ini dicari..
Dikurniakan air mata untuk dititiskan..Namun, ramai yang tidak tahu, titisan-titisan itulah yang telah banyak melahirkan 'lautan ibrah' yang luas terbentang buat tatapan sanubari..
Itulah mereka..insan-insan yang bergelar wanita..
Kalianlah pencorak masa hadapan dunia..tidak ada insan selain Nabi Adam yang melihat dunia ini tanpa bermula daripada rahim seorang insan yang bergelar wanita...keluarkanlah nama-nama yang tersemat di lubuk pemikiran kita, hebat ataupun tidak insan tersebut..mereka semua melalui alam rahim yang sama seperti kita semua...diasuh dan dijaga dengan penuh kasih sayang..daripada saat kita merangkak, berjalan sehinggalah mampu berlari, insan2 ini tidak pernah meninggalkan kita..
Maka, adakah sesiapa yang berani merendah-rendahkan kaum ini ?
Ya..kita yang bergelar ar-rijal (lelaki) ..
Mengakulah betapa kesengsaraan akan menimpa dirimu tanpa belaian kasih dan sayang daripada kaum yang bergelar wanita ini..
Mengakulah betapa hati-hatimu sentiasa teruji hatta hanya dengan mendengar bingkisan suara mereka yang penuh kelunakan..
Sedangkan Adam sunyi tanpa Hawa..apakah agaknya yang tiada di Syurga ?
Masihkah kita tidak ingin mengaku kehebatan mereka yang bisa melentur peribadimu secara total ?
Tetapi..
Tetapi mengapa golongan ini juga yang engkau permain-mainkan maruahnya ?
Kenapa mereka juga yang engkau siul-siulkan di tengah jalan itu ?
Kenapa srikandi2 ini juga yang engkau rosakkan akhlak dan peribadinya ?
Diri kita fitrahnya dilahirkan sebagai seorang pemimpin..membimbing kaum hawa ini satu obligasi, bukan ilusi..
Dirimu adalah Qowwamun (Pelindung) kepada wanita..bukannya perosak =( ..
Mengajak mereka berdua-duaan di tempat gelap itu bukan 'melindungi' namanya..
Bicara manis dan romantis di telefon dan sms itu pula hanyalah insuran2 palsumu..sedangkan sijil nikahmu dengannya pun belum ada, betapa beraninya dirimu mengatakan akan mendaki gunung Everest dan merentas lautan api demi meraih cintanya..
Cinta ? Itu sesuatu yang agak panjang untuk dibincangkan di dalam post ini..
Apa yang penting..cinta kepada insan itu terletak pada pembentukan Baitul Muslim-mu .. bukan pada hubungan2 palsu yang kita 'jaga' dan sanjungi itu..
Cinta itu juga Islam..maka, keadaannya perlulah Islam..pengakhirannya perlulah Islam..bukannya disaluti dengan nafsu yang bergejolak..
Maka, bertanyalah semula kepada diri kita..adakah kita sedang 'memimpin' cinta kita ke arah syurga ? Ataupun ke arah neraka ?
" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan...." (Ar-Rum 30:21)
Sama2 kita muhasabah ya akhi =) ..
Duhai..dikau yang bergelar srikandi..
Dirimu pada dasarnya dicipta dengan penuh kemuliaan..dikurniakan dengan sesuatu yang mustahil dimiliki oleh ayah, adik, dan abangmu..
Ketahuilah betapa suara lunakmu bisa menggegarkan dunia...
Sedarilah betapa pandangan dan peribadimu melahirkan ibrah yang menggunung..
Dirimu begitu berharga sebagai penenang hati-hati yang sedang gundah gulana..
Dirimu lebih kuat daripada yang apa engkau sangkakan..
Sedangkan sebuah kerajaan pun boleh jatuh disebabkan seorang wanita..Apatah lagi untuk menghancur-luluhkan kehidupan seorang lelaki yang berpenyakit hatinya..
Engkau ibarat mawar yang berduri..sentiasa berdiri menahan bayu cabaran yang mendatang..hatta kumbang datang untuk membinasa, duri dahanmu tetap bersedia..tetap tidak pernah hilang harga diri, meski dipujuk dan dirayu oleh nafsu sendiri..melainkan syariat yang memberi..
Facebook dan blog itu bukan tempat manifestasi kecantikan paras rupamu =( ..
Nilai maruahmu begitu tinggi untuk ditayangkan kepada yang bukan hak..
Jangan..jangan digadaikan untuk sesuatu yang tidak setaraf dengan nilai harga dirimu ya ukhti =( ..
Kecantikanmu bukan pada paras rupa..tetapi lebih kepada akhlak dan peribadimu yang suci itu..
Seorang wanita solehah dalam kalangan kalian itu hakikatnya lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh..tidak hairanlah sekiranya dirimu mendapat pengiktirafan 'sebaik-baik perhiasan dunia' ..
Wanita solehah itu...
Teguh menjunjung syariat Allah..dia tidak akan pernah membiarkan dirinya menjadi busar panahan syaitan..diperalatkan untuk mengumpan kaum Adam yang kadangkala terlalu gopoh dengan hawa nafsu masing2..
Wanita solehah itu...
Sentiasa tenang jiwa sanubarinya..mengingati Allah di saat suka dan duka..
Ya..hatta diuji dengan ujian yang boleh sahaja membuatkan insan lain tersungkur jatuh..tetapi bukan engkau..kerana kelebihanmu terletak pada ketenangan dan kesucian hatimu di sisi Allah SWT..
Betapa tingginya darjatmu di sisi Islam..
Betapa mulianya kedudukanmu di sisi para suami yang mencintaimu kelak..
Maka, mengapa perlu berfikir dua kali apabila Allah arahkan untuk menutup aurat ya ukhti =( ?
Mengapa perlu ditayangkan perhiasan-perhiasan yang tidak berhak dipandang oleh lelaki2 ajnabi itu ya ukhti =( ?
Bukannya kalian tidak tahu..hati ar-rijal (lelaki) itu mudah sahaja bergetar melihat diri kalian semua..mencari kesempatan yang kini ada daripada kalian yang memberinya dengan mudah =( ..kemudian terlahirlah pelbagai kemaksiatan yang bertunjangkan kepada satu masalah..keimanan kita kepada Allah SWT..
Pandangan Allah ataupun pandangan manusia...yang mana satukah agaknya prioriti utama yang kita jadikan sebagai pemandu tindak laku kita di dunia ini ?
Wahai Srikandi-srikandi syurga..
Bukanlah artis-artis Barat dan Korea itu yang menjadi idola kalian..
Bukan juga yang terlari daripada landasan matlamat yang hakiki..
Kalian menjadi sayap kiri kepada kebangkitan Islam di dunia ini, bersama-sama berjuang dengan para Muslimin..betapa ruginya jikalau masa2 kita dihabiskan dengan mendengar lagu2 yang tidak menyebut pun nama Allah SWT Yang Maha Suci =(
Sejarah mencatatkan banyak jejak2 srikandi yang begitu tabah lagi halus peribadinya..mengapa bukan mereka yang menjadi contoh ikutan utama ?
Sesetengah orang pernah berkata..sejarah itu ibarat pentas bermain wayang..dibaca..kemudian diulang, dan diulang..dan diulang..berapa kali pengulangankah agaknya yang diperlukan oleh diri kita untuk menyedari kehebatan para Mujahidah Islam dahulu kala ?
Kesetiaan pengorbanan Siti Khadijah Binti Khuwailid hampir lupus dek zaman 'futuristik' muda-mudi..
Kebijaksanaan Aisyah Binti Abu Bakar seolah-olah sesuatu yang benar-benar luar biasa bagi kita semua..
Ketabahan Fatimah Binti Al-Khattab, Mashitah dan Siti Hajar pula nampaknya hanya dipelajari dengan titisan air mata..kesayuan dan kesedihan yang selalu tidak mempunyai penyusulan =( ...
Ya ukhti..
Sumayyah mengukir sejarah kerana kemantapan akidahnya kepada Allah SWT..meskipun pada saat itu Islam belum lg melakar 2/3 dunia..tetapi kisah dirinya benar2 membuatkan kita sebak..
Kita pula ? Apa sejarah yang ingin kita lukiskan dalam kehidupan kita ini ?
Kita tahu dan kita percaya..tidak mustahil untuk kita membentuk semula peribadi insan2 yang luar biasa ini...Cuma persoalannya..Siapa ??
Tidak kira yang lelaki mahupun wanita...kita wajar mencontohi kehebatan mujahidah2 islam ini dengan mengambil ibrah daripada lembaran perjuangan mereka yang tidak pernah gentar menghadapi musuh, kerana diri merekalah contoh wanita solehah yang terbaik buat kita semua =) ..
Merekalah...kerdipan yang hilang itu..
Janganlah kita biarkan kerdipan itu pergi begitu sahaja..carilah kilauannya yang terang itu..kesemuanya sudah tersuluh, cuma menunggu masa untuk kita memakai 'kaca mata' iman dan islam kita ^_^ ..
Ya Rijal dan Nissa (wanita) ..
Insya Allah..dalam bulan yang penuh dengan 1001 hikmah ini..marilah sama2 kita 'Shift Paradigms' kita ..meletakkan sesuatu itu pada syariatnya, lantas mampu membuat keputusan dengan minda yang mustanir (cemerlang) =) ..
Sesungguhnya pembinaan Baitul Muslim yang indah itu bukan bermula dengan pertanyaan adakah kita telah bersedia ? Tetapi lebih kepada adakah kita telah berusaha..untuk bersedia ? - Hilal Asyraf
Wassalam ^_^ ..

8 comments:
rasa hebat sangat menjadi kaum hawa. alhamdulillah ^_^
salam. tak habis baca sebab ada hal. Tapi insha Allah, jazakallah akh. Dalam kami, kaum wanita terkapai kapai mencari masih adakah rijal seperti Saidina Ali mahupun seperti para sahabat yang akan sentiasa menjaga kami, tapi ana percaya masih ada. Dan rijal seperti para sahabat layaknya untuk nisa' seperti para sahabiah.
Maafkan kami kerana memberi fitnah kepada rijal.
Asif jiddan.
Entry yang mantop. May Allah bless.
salam..
teringat satu cerita..ada seorang rijal prnh ckp dlu..dia kdg2 cemburu dengan kaum hawa yang begitu tinggi kemuliaannya di sisi islam..tp dlm masa yg sama, dia sedih sebab ramai kaum hawa yg kdg kala mensia-siakan kemuliaan itu =( ..
samalah jg dengan kaum adam sendiri yg diberi tugas sbg pemimpin ummah..tetapi masih ramai yg kdg kala leka..termasuk diri ini sndiri..
insya Allah..jzkk..sama2 kita semua berusaha =) ..
Salam wrh~
Alhamdulillah, entry yg inshaAllah mampu membuat kita muhasabah, terutamanya di bulan Ramadan ini, dalam fasa maghfirah.
Jazakallah khairan kathiran atas ingatannya, akhi.
Semoga akan ada yang terkesan dgn entry ini.
^___^
assalam.
terase ade bebanan dibahu sy bile teringatkan kakak2 dan adik sy di rumah..
moge2 wanita umat islam kembali kejalan yg ESA.
Salam akh..
Jzkk.. Bermanfaat. Teruskan berkongsi.. ^^
Wanita 'solehah', pelihara dirimu, kerana diri kalian mampu menggugat hebat iman-iman sang lelaki..
Jgn kau goncangkan iman sang lelaki dengan lirik manjamu. Sebaliknya, kau goncanglah dunia, dgn keteguhan imanmu
Salam...
Post yang sangat menyentuh jiwa dan terasa amat tingginya diri ini sebagai seorang insan yang begelar wanita.Pendukung keluarga dan kehebatan insan ini yang tiada nilai tatkala kita melihat ibu kita yang bersusah payah membesarkan.
Apa yang ana ingin luahkan disini adalah mengapakah ar-rijjal masih tidak dan lansung memahami jiwa halus insan ini?Mengapa harus disakiti insan ini tanpa belas kasihan?Memang benar kaum ini seharusnya dilindungi oleh kaum ar-rijjal ini.Tetapi masih jugak perlu disakiti hati ini. Untuk merangkak semula sememangnya amatlah payah dan perlu di kerah kembali..
Maaflah saudara..bukan lah saya ingin salah kan kaum adam..tapi itulah kebanyakkan hakikat yang berlaku.Sementara untuk mencari cintaNya yang sejati, hanya sedapkan hati dengan berbisik sendiri bahawa Allah hanya mahu memberi Adam yang terbaik dari yang terbaik sahaja.
assalamualaikum.
entry yg mengubah sesuatu dlm diri ini..
syukran hazim..smoga mendpt keberkatanNYA..
menanti entry seterusnya...
Post a Comment