.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.
" Weyh, Abang Man (bukan nama sebenar), khutbah jumaat dah nak start dah tue, cepat lah ! "
" Tengah cepat ar nie..!! Ketuk kang budak kecik nie baru tahu..haizz ", jawab Man kepada adiknya sambil tergopoh-gapah mengenakan kain pelikat yg baru dibelinya.
Setibanya di masjid, khutbah Jumaat baru sahaja bermula. Selalunya dua beradik nie yang paling awal sampai ke masjid, tetapi entah mengapa hari itu agak lewat sedikit. Masjid itu sudah pun penuh dengan para jemaah.
" Aduh, nampaknya kena berdiri kat "area kasut selipar" lah nampaknya ", Man berbisik di dalam hatinya.
Khutbah hari tue agak berlainan sekali. Walaupun Man tak nampak siapakah agaknya gerangan khatib yang sedang memberikan khutbah tersebut, mesej dan penyampaiannya benar2 menarik. Tidak pernah seumur hidupnya mendengar khutbah yang sebegitu mantap !
Suara khatib yang tegas dan lantang membuatkan Man tercegat sendirian di kawasan selipar2 Jepun, memikirkan dengan dalam akan teguran dan nasihat yang sedang diterimanya.
" Perghhh, power betul tok syeikh nie bagi khutbah, rasa macam nak menangis plak, huhu "
Selepas selesai sahaja khutbah dan solat jumaat, Man cuba mencari-cari siapakah agaknya 'tok syeikh' yang menyampaikan khutbah tadi.
" Kalau dapat berguru dengan tok syeikh nie mesti best.. ", begitulah harapan Man yang kelihatan nekad selepas terkesan dengan khutbah tadi.
Man cuba bertanya kepada jemaah yang masih berada di dalam masjid. Namun begitu, setiap kali dia bertanya kepada mereka, semua akan menuding jari kepada seseorang yang pada pandangan Man, hanya belasan tahun.
" Eish..takkan budak hingusan nie plak yang bagi khutbah tadi..dah la nampak lagi muda daripada adik aku..mana Tok Syeikh nya ? "
Secara sembunyi-sembunyi Man cuba untuk berada dekat dengan remaja tadi yang kelihatan sedang berbual dengan rakan-rakannya.
Alangkah terkejutnya Man apabila suara budak tersebut sememangnya suara yang menyampaikan khutbah tadi.
" Gulp...Alrighttttttt, masa untuk balikkkkkkk !!!..Lalalalalalalala~ ", bisik Man dalam hatinya..
Dia memakai selipar jepun-nya dan segera mendapatkan adiknya yang sedang menunggu di luar.
Ternyata 'Tok Syeikh' yang dibayangkannya tadi tak berapa nak 'Tok' sangat. Terus lenyap semua keinsafan dan keinginannya untuk berguru tadi, seolah-olah tidak ada apa2 yang berlaku.
Lalalalalalalala ~ ^_^
" Kita dan Selective Perception "
" Benda apa lah yang Hazim mengarut nie~~ "
Rakan2 pembaca yang dikasihi semua,
Tidaklah saya membawa kisah dan analogi Man, adiknya dan khatib muda tadi sebagai suka2 atau sekadar memenuhi ruang muqaddimah post kali ini.
Tetapi sebelum itu, saya ingin memohon maaf sebab tidak dapat membuat sebarang post sejak bulan lepas sebab sedang sibuk mengambil Final Exam Semester 1. Alhamdulillah, memandangkan sekarang ada sedikit masa lapang, rasanya agak baik juga sekiranya digunakan untuk membuat post yang x seberapa nie =)
Baiklah..
Rakan2 pembaca pernah dengar "Communication Barrier" ? Ataupun lebih spesifik lagi, "Selective Perception" ?
Saya berpeluang untuk mempelajari konsep2 ini dalam Psychology dan juga subjek Business Communication. Setelah memahami bagaimana konsep2 ini berkaitan antara satu sama lain, barulah sy sedar betapa kritikal-nya elemen2 ini dalam membentuk 'paradigm' dan 'perspective' kita terhadap sesuatu topik.
Untuk tidak menjadi terlalu 'technical', Selective Perception bolehlah kita anggap sebagai suatu proses di mana 'expectations' lebih cenderung utk mempengaruhi persepsi kita berbanding perkara2 lain.
Maksudnya, apabila kita telah meletakkan suatu sangkaan ataupun mind-set terhadap seseorang, tidak kira sama ada perkara yang dikatakan oleh insan tersebut benar ataupun tidak, kita akan lebih cenderung utk respon dengan cara yang sama.
Masih samar-samar ?
Mari kita kembali kepada kisah Man tadi.
Kita boleh lihat bagaimana Man 'react' dengan teguran yang diberikan oleh adiknya pada awal kisah tersebut, menggambarkan kesombongan Man yang langsung tidak boleh menerima nasihat insan yang lebih muda daripadanya.
Kemudian kita lihat pula semasa Man sedang mendengar khutbah. Dia langsung tidak tahu siapakah agaknya insan yang sedang menjadi khatib, namun disebabkan oleh hebatnya khatib tersebut berkhutbah, dia meletakkan 'expectations' ataupun mind-set betapa kemungkinan besar khatib tersebut ialah seorang Tok Syeikh.
Namun begitu, setelah mengetahui perkara sebenar, dia dengan malu terus bergegas keluar dari masjid itu, meskipun pada awalnya dia berniat ingin berguru dengan khatib tersebut.
Man dikatakan mempunyai 'Selective Perception' , menilai seseorang atau sesuatu sebelum apa2.
Cuba bayangkan sekiranya Man berada di saf hadapan semasa khatib sedang berkhutbah. Kemungkinan besar dirinya akan menolak semua teguran dan nasihat remaja tadi dari awal lagi, meskipun ianya disampaikan dengan cara yang sangat mantap.
Semuanya hanya kerana dia menganggap remaja tersebut sebagai seseorang yang tidak layak untuk menegur dirinya yang lebih dewasa dan 'berpengalaman' .
Rakan2 pembaca semua,
Selective Perception itu natural, dan ada psychologist yang menganggapnya sebagai salah satu sifat manusia yang fitrah dan semulajadi. Namun begitu, apabila ianya dipraktikkan dalam kapasiti yang tinggi, ia membawa kesan yang sangat negatif kepada kebolehan kita untuk menjadi seorang pendengar yg baik.
Seseorang yang memakai 'Lab Coat' dan membawa stethoscope itu lebih dipercayai daripada insan yang berpakaian comot dan biasa2 sahaja. Oleh sebab itulah, meskipun yang berpakaian comot itu mengatakan fakta yang benar dan menyampaikannya dengan cara yg mantap, manakala yg berpakaian seperti doktor pula cuba untuk memutar belitkan fakta, kita akan lebih cenderung untuk percaya kepada insan yang kedua.
Expectations ataupun paradigm terhadap sesuatu hal akan acap kali mempengaruhi cara kita menganalis dan menerima maklumat. Kita boleh memanggilnya sebagai pre-judgment ataupun Bias .
Ya..sebab itulah memberi nasihat kepada adik2 ataupun abg/kakak kita lebih sukar daripada memberi nasihat kepada orang lain. Kerana apa ? Kerana adik-beradik kita membesar bersama-sama dengan kita, makan dan tidur bersama semasa kecil, dan mereka tahu perangai kita bagaimana.
Oleh sebab itu jugalah tatkala memberi ceramah ataupun ucapan di hadapan umum, selalunya adik-beradik kitalah insan terakhir yang kita nak berada di khalayak ramai.
Rakan2 pembaca semua,
Walaupun konsep 'selective perception' ini baru diperkenalkan oleh psychologist kontemporari, praktikaliti ataupun kewujudannya sudah lama wujud sejak berzaman.
Hatta ketika fasa awal dakwah Rasulullah SAW pun, kebanyakan yang menerima dakwah baginda adalah pemuda-pemuda, hamba dan remaja yang masih muda. Manakala, mereka yang sudah berumur seperti pemimpin2 Quraisy agak sukar untuk menerima dakwah baginda, hanya kerana wujudnya 'selective perception' ini dalam diri mereka. Mereka menganggap diri mereka lebih 'makan garam', berharta dan berilmu daripada Rasulullah SAW, walaupun jauh di lubuk hati, mereka tahu mesej dan dakwah yang disampaikan oleh insan bernama Muhammad itu benar.
Hanya apabila terlihatnya akhlak Rasulullah SAW yang 'Walk the Talk' , barulah perception yang diberikan oleh orang2 musyrikin Mekah pada ketika itu ternyata silap dan jauh dr kebenaran yg sejati.
Oleh sebab itulah rakan2 pembaca semua, pembentukan individu Muslim dalam diri seorang dai'e itu menjadi asas yang paling utama dalam menegakkan yg hak. Semuanya tidak lain, untuk mengubah dan membuang 'selective perception' yang negatif ini.
Nampak betapa besarnya impak konsep ini terhadap diri kita ?
Tidak hairanlah sekiranya konsep ini dikategorikan sebagai 'noise' ataupun 'communication barrier' yang boleh menghalang berlakunya 'listening process' yang efektif.
Dalam sedar ataupun tidak, diri kita juga sentiasa mengamalkan konsep ini dalam diri kita. Lebih2 lagi apabila kita mudah melabel dan memberikan 'judgement' kepada seseorang dengan pantas.
Terbaca sahaja FB status daripada mereka yang berlainan dgn haluan pemikiran dengan kita..terus sahaja kita berasa jelik dan memberikan pandangan negatif kepada mereka, sedangkan boleh jadi apa yang dikatakan oleh mereka itu benar.
Rakan2 pembaca semua,
Usahlah disuap lagi 'selective perception' yang membelenggu diri kita ini.
Sedarilah kita betapa teguran dan nasihat itu, sepahit mana pun bunyi dan penyampaiannya, semuanya akan tetap kembali kepada asas yang sama --> Membentuk dan membetulkan diri kita.
Tidak mudah untuk membuang ego dan merendahkan diri kita, tetapi bukankah keagungan dan kebesaran itu hanya milik Allah SWT ?
Ketika kita mengucapkan 'Allahu Akbar', bukankah kita sedang mengakui akan keagungan Allah yang Maha Besar, manakala segala perkara yg lain itu adalah sangat2 kecil ?
'Allahu Akbar' atau 'kita akbar' ?
Kemungkinan besar insan yang memberikan kita nasihat dan teguran itu dihantar khusus oleh Allah SWT kepada diri kita. Maka, mengapa perlu kita menolak rahmat dan pertolongan yang diberikan-Nya ?
Sudah 'cukup'-kah agaknya diri kita yang kerdil ini =( ?
Sama2 lah kita mengambil iktibar drp Rasulullah SAW yang meskipun merupakan Pesuruh Allah, masih tetap mendengar pandangan dan cadangan yang diberikan oleh sahabat2 baginda. Begitu juga dengan khalifah2 terdahulu yang sanggup merendahkan diri meskipun teguran itu datang daripada rakyat dan kanak-kanak biasa.
Bagaimana dengan kita yang hanya insan biasa ini ? Mengapa kita pula yang berlebih-lebihan dan mudah berasa bangga dengan diri kita =( ?
" Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, tidak akan dibukakan pintu-pintu langit bagi mereka, dan mereka tidak akan masuk syurga, sebelum unta masuk ke dalam lubang jarum. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat jahat. " (Al-A'raf 7:40)
Jom, ramai2 tukar paradigma kita ini ^_^ !
Paradigm Shift~
Wallahu A'lam..sekadar coretan dan pandangan~