Salam Ukhuwah Fillah ^_^ ..
Insya Allah, artikel ataupun post kali ini khusus dibuat untuk rakan2 yang akan ke overseas x lama lagi, juga tidak dilupakan buat rakan2 laen yang sedang menuntut ilmu, x kisah walau di mana pun korng suma berada buat masa ini ^_^ ..
Post ini juga bukanlah berbentuk nasihat mahupun pesanan..tetapi cukuplah sekadar perkongsian pengalaman dan cerita.. pertama sekali, minta maaf la ek klu penggunaan bahasa dalam post nie bunyinya agak 'formal' sedikit..mmg bahasa blog..huhu..insya Allah akn try buat se-tidak-formal yang blh..
Alhamdulillah..setelah bertahun-tahun study..dari sekolah rendah smpailah sekolah menengah..rasa macam x percaya plak kan akhirnya berjaya jg utk menjejak kaki ke negara orang ? X ramai yang berpeluang utk melihat dunia luar mcm kwn2 semua, apatah lagi utk menimba ilmu yang kebanyakannya tidak ada di Malaysia...maka, banyakkanlah bersyukur kepada Allah SWT kerana kwn2 dipilih untuk merasai pengalaman yg berharga itu =)
Rakan2 semua,
Kita tahu dan yakin betapa setiap ciptaan Allah SWT di muka bumi ini dihasilkan dengan satu 'ukuran' yang hakikatnya tidak akan berubah..setiap satunya dicipta dengan cukup indah dan teliti, menjadi bukti betapa Allah SWT tidak pernah terlepas pandang hatta sekecil-kecil 'details' dlm penciptaannya..
Walaupun hanya daripada makhluk sekecil nyamuk, terdapat pelbagai ibrah dan pengajaran yang kita boleh ambil daripadanya..menjadi tanda betapa Allah SWT tidak bermain-main dalam menentukan keadaan ciptaannya..contoh yang paling mudah, di dalam badan seekor nyamuk itu pasti akan mengandungi satu jenis 'chemical' yang bertindak sebagai 'anti-coagulant', yakni sesuatu yang agak vital untuk melancarkan proses 'menyuntik' mangsanya..sekiranya 'chemical' ini tidak wujud, sudah tentu produk2 membunuh nyamuk seperti Ridsect dan Shieldtox tidak akan dihasilkan manusia..
Begitu juga dengan penentuan jarak antara bumi dengan matahari, yang mana sekiranya dekat mahupun jauh hatta beberapa cm sahaja daripada matahari sudah cukup untuk menghancurkan seluruh hidupan bumi..
Hakikatnya rakan2 semua, Allah SWT tidak pernah bermain dadu dalam menentukan sesuatu =) ..
Kenapa sy bwkkan sumting seperti ini ?
Supaya kita semua boleh nampak betapa takdir2 dan penentuan yang Allah SWT buat terhadap manusia itu juga bukanlah main-main, suka2 ataupun random...realitinya, setiap apa yang Allah tentukan itu pasti tersirat sesuatu hikmah, ibrah dan sebab yang benar2 besar..
Begitu jugalah dengan 'di-pilihnya' rakan2 semua untuk menuntut ilmu di luar negara..sy x tulis 'ter-pilih' kerana penentuan yang telah Allah SWT buat rakan2 semua adalah sesuatu yang sudah di dalam perancangan-Nya..maka, manakan mungkin sesuatu itu berlaku secara tiba2 atau kerana 'luck' dan sebagainya ?
Sy masih ingat ketika di INTEC (Preparatory Program) sebelum fly ke Russia dlu..time tue ada khabar angin yang mengatakan kami semua sudah pun ditentukan universiti masing2..mendapat khabar angin nie sumting yang agak berat buat kami semua, kerana walaupun kami menulis universiti ini atau itu sebagai pilihan pertama, boleh jadi pilihan yang ketiga itu menjadi tempat menghabiskan 6 tahun yg seterusnya..dan perkara ini btul2 terjadi, ada sesetengah rakan yang mendapat universiti yang diletakkannya di pilihan ketiga, ada pula yang dapat pilihan kedua, tidak dilupakan juga yang mendapat pilihan pertama masing2..
Tidak ada sebarang spesifikasi dalam pemilihan universiti2 tersebut, kerana apa yang penting, kuota2 students untuk universiti tertentu perlu dipenuhi..maka, saya pn 'terkandas'-lah di bumi moscow nie..a place yang dikatakan, ' nie mesti korang ada buat byk dosa nie kan, sampai kena hantar kat sini ' .. huhu..
Tetapi sy masih ingat lagi kata2 lecturer biology masa kat INTEC dlu..
' Ada SEBAB Allah letakkan kamu kat U ini dan U itu ' .. dan kata2 ini masih terngiang-ngiang dlm kepala sy sehinggalah hari ini..
' Apalah agaknya yang aku akan dapat kat moscow nie ? ' .. belum ditambah lagi dengan suara2 yang mengatakan betapa decision yang kitaorng buat utk belajar di Russia nie sememangnya satu decision yg bakal disesali..
Hari demi hari, kebenaran kata suara2 itu mula bermanifestasi..awal2 bulan berada di bumi Moscow..sy mula rasa betapa parahnya menjadi student medic di sini..dengan kelengkapan pembelajaran yang kurang lengkap berbanding universiti2 lain sememangnya sedikit sebanyak menyebabkan kebanyakan kami mula mempersoalkan tindakan kerajaan meletakkan students kt sni..belum lagi diceritakan tentang orang2 kt sni yang rata2 tidak tahu berbahasa English...maka, berbekalkan 6 bulan Russian Language kat INTEC dulu, berbelit-belitlah lidah tatkala ingin bercakap dengan mereka..
' How do u live in such an 'Alien' country ? ' .. satu soalan yang pernah diajukan seorang Teacher yang amat diri ini hormati..dan soalan ini ditanya ketika sy sempat melawatnya di MRSM masa summer dlu..apa yang sy boleh balas hanyalah senyuman ^_^ ..
Tiap2 hari pasti ada sahaja perkara buruk yang berlaku..faham2 sahajalah kalau budak belasan tahun yang tidak pernah sampai di negara orang, semuanya dibuat tanpa berfikir panjang..tidak hairanlah sekiranya ada ramai antara kami yang mula 'fed-up' dan hampir berputus asa..
.. ' Ada sebab Allah letakkan kamu kat U ini dan U itu ' ..
Kata2 itu berulang lagi..kali ini disusuli dengan tanda tanya..
' Apakah agaknya sebab Allah letakkan aq kt sni ? '
Dan di sinilah bermulanya 'point' sebenar yang ingin sy kongsikan dengan rakan2 semua..walaupun mungkin tempat dan situasi kita berbeza..sy yakin suatu hari nanti persoalan ini pasti timbul di pemikiran rakan2 semua..
' Kenapa sini ? '
' Apa yang ada ? '
' Apa yang Allah cuba tunjukkan ? '
Sy cuba mencari jawapannya dengan bertanyakan seorang brother..
*Dialog mungkin berbeza..cuma diubah-suai agar mudah difahami..
' Abg..kenapa amik russia ? x menyesal ke ? '
' =) '
' ..... ? '
' Abg akui..awal2 dlu, abg anggap keputusan utk belajar di Russia nie sumting yang paling buruk abg pernah buat.. '
' Alamak..habislah (dalam hati) '
' Tetapi pada saat ini, abg berani akui betapa takdir Allah yang meletakkan abg di bumi moscow nie lah antara takdir yang paling hebat dan paling baek abg pernah dapat..'
Subhanallah..bagaimana pula sesuatu yang paling buruk itu tiba2 menjadi sesuatu yang paling baik ?
' Barang siapa yang Allah inginkan kebaikan baginya, maka Allah akan berikannya kefahaman dalam ad-deen (agamanya) ' (Hadis Riwayat Ahmad)
' .. dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. ' (Al-Baqarah 2:216)
Membaca ayat Quran ini semasa di sekolah dahulu, umpama membaca buku ilmu...kehebatannya hanya digunakan untuk memujuk diri yang sedang sedih..tetapi apabila mula merasakan ayat ini seolah-olah sedang merujuk secara 'direct' dan spesifik kepada keadaan diri ini sendiri..auranya tiba2 bertukar kepada sesuatu yang lebih hebat..
Diri ini cuba untuk join beberapa siri Halaqah..dan setiap perjumpaan itu akan berakhir dengan sesuatu yang sangat menyentuh hati..rasanya diri ini jarang membaca al-Quran dengan tadabbur (mendalami) terjemahannya sekali, tetapi kali ini setiap kali lembaran baru dibuka setiap minggu..pasti ada satu pencerahan dan pengisian yang membuat diri ini benar2 rasa menyesal kerana tidak mengetahuinya sejak dari dulu lagi =( ..
Betapa ruginya diri ini yang membaca al-quran sepintas lalu tanpa sebarang pendalaman terhadap terjemahannya..
Betapa ruginya diri ini yang pernah membiarkan al-quran itu tersusun di atas rak almari tanpa dibuka kecuali untuk rujukan2 tertentu..
Dan betapa ruginya diri ini yang menghabiskan masa berbelas-belas tahun tanpa pernah betul2 mendalami ayat2 Allah yang serba indah dan teliti itu..
Memikirkan keadaan lampau itu pada saat ini sahaja sudah cukup untuk membuatkan diri ini rasa beruntung kerana mendapat nikmat yang sangat hebat itu..Allah boleh sahaja menahan petunjuk itu sehingga tua nanti, tetapi betapa Pemurah-Nya Allah SWT, diberikan jua dlm usia muda ini..
Oleh sebab itulah, melihat keadaan kita pada hari ini yang selalu membelakangi al-Quran membuatkan diri ini sedih..kerana sy x nak orang lain jadi macam sy yang dlu..walaupun orang mungkin nampak macam xda apa2 masalah..tetapi sy tahu, berbelas-belas tahun hidup yang tidak ditarbiyyah itu penuh dengan segala macam noda dan masalah..
Sy x nk orang buat al-quran tue mcm apa yg sy prnh buat dlu..Sy x nk al-quran itu digunakan hanya sebagai dalil2 untuk menyokong sesuatu 'statement'..Sy x nk..Sy x nk =( .. Sy mengulang banyak perkara ttg kembali kepada al-Quran dlm post2 sebelum ini..kerana sy x nk orng jadi mcm sy..klu boleh, biarlah kita sama2 sedar dengan nikmat Allah yg Maha Hebat ini..
Rakan2 semua..
Sy merayu..
Jangan jadi seperti sy yg lama tue ya =( .. kalau rakan2 semua sedang menikmati kemanisan al-Quran itu..teruskanlah berpegang kepadanya..kerana kekuatan kita tidak lain terletak hanya kepada hubungan kita dengan Al-Quran..klu tidak kerananya, sudah lama kita ramai2 hanyut..
Sy memilih 'Shift Our Paradigms' sebagai nama blog ini, kerana hakikatnya paradigms yang sy pegang dahulu banyak yang tidak betul..berbekalkan dengan apa yg pernah dikongsi oleh brothers, sisters dan kawan2 laen, sy mewujudkan perkataan 'Together..' , kerana klu boleh, biarlah kita semua 'shift paradigms' yang mungkin kurang btul itu bersama-sama..insya Allah =) ..
Rakan2 semua..
Tak boleh dinafikan..satu demi satu 'Puzzle' kehidupan di bumi moscow ini tersusun dengan sendirinya..sehinggalah pada saat ini, 'puzzle2' itu masih lagi mencari cebisan-nya yang hilang..
Sy boleh sahaja meletakkan mimpi untuk belajar di UK, Jepun, German, Korea atau tempat2 laen, tetapi adakah perkara yang sama akan sy dapat sekiranya berada di sana ?
Sekiranya tidak diletakkan di Moscow ini, kemungkinan besar sy tidak akan bertemu dengan ramai rakan2 serta brothers yang hebat2 semuanya..mungkin sy x mengenali apa itu tarbiyyah, apa itu maratib amal, baitul-muslim dan sebagainya..
Betapa cantiknya perancangan Allah SWT..kini, barulah diri ini memahami kata2 brother dan lecturer biology tadi, betapa setiap perkara itu tidak akan berlaku tanpa terselit sesuatu yang berhikmah buat kita semua..
Rakan2 semua..
Insya Allah, selepas ini akan ada antara kita yang bakal fly ke luar negara..khusus buat rakan2 yang akan ke AUS / NZ .. tidak ada kata2 terbaek yang diri ini boleh bagi melainkan hanya satu ;
Marilah sama2 kita perbetulkan niat kita =)
' Sesungguhnya amal perbuatan itu disertai niat dan setiap orang mendapat balasan amal sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang berhijrah hanya kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu menuju Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa hijrahnya kerana dunia yang ia harapkan atau kerana wanita yang ingin dinikahi, maka hijrahnya itu menuju yang ia inginkan ' (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sememangnya tidak ada niat yang lebih murni dan suci melainkan hanya kerana Allah SWT..sentiasa berusaha mendapatkan ijazah Engineering itu semata-mata kerana Allah..menggunakannya kelak di jalan yang membawa diri dan manusia lain ke jalan Allah SWT..inilah dia niat yang wajar kita pasang dalam diri kita semua =)
Sy tahu rakan2 semua excited sebagaimana excited-nya sy time nk fly awal2 dlu...tp di sebalik kegirangan itu, biarlah kita selitkan sesuatu yang bermakna dalam niat kita semua, kerana perjalanan yang bakal ditempuhi rakan2 semua bukanlah perjalanan yang kecil..perjalanan inilah yang bakal mematangkan diri rakan2 semua..perjalanan inilah juga yang akan membentuk dan mencorak cara hidup rakan2 pada masa yang akan datang..
Walaupun mungkin kita berada di dunia yang sy kira berbeza, tp ketahuilah rakan2 semua betapa ikhwah dan akhwat di bumi Russia ini sentiasa mendoakan kebahagiaan kalian..tidak kira di mana pun kalian berada, kita semua hakikatnya bersaudara...tidaklah sy menulis post ini hanya atas dasar kasih dan sayangnya saya kepada antum / antunna semua .. tetapi, tertekannya butang 'publish post' itu hakikatnya atas ikatan persaudaraan kita semua =) .. biarlah ikatan itu kian erat, dan janganlah biarkannya terlerai ya akhi / ukhti..
Insya Allah, sekiranya umur panjang, mudah2an kita semua diketemukan dalam keadaan lengkap dengan ijazah masing2, lengkap dengan tarbiyyah yang berjaya diambil dari bumi luar itu, dan lengkap dengan semangat ingin membangkitkan islam dalam diri masing2..
Marilah rakan2 semua, kita sama2 membentuk 'Individu Muslim' yang sejati ya..tinggalkanlah apa2 perkara yang mungkin membawa kita ke arah kebatilan, dan sama2 lah kita mencari kefahaman ad-deen di bumi yang luas ini =) .. sesungguhnya, pemuda2 seperti kita-lah yang amat diperlukan untuk menjadi penerus delegasi Muhammad Al-Fateh, Salahuddin, Aishah mahupun Siti Khadijah ^_^ ..
Seperti kata2 seorang ustaz ; ' Ada sebab kalian semua dilahirkan pada zaman yang serba moden ini dan bukannya pada zaman firaun, kaum a'ad, samud dan sebagainya.. '
Apakah agaknya sebab itu rakan2 sekalian ? Insya Allah..Itulah sesuatu yang perlu kita terokai sendiri dalam perjalanan kita menuntut ilmu di bumi-Nya ini..
Sebelum sy akhiri post ini..sy ingin mengucapkan ' good luck' , bittaufiq wannajah buat semua rakan2 yang bakal ke overseas, terutamanya yang akan ke AUS / NZ , tidak dilupakan juga buat rakan2 semua yang sedang berusaha menuntut seberapa banyak ilmu pada saat ini =) .. Sy doakan semoga rakan2 semua sentiasa cemerlang dan berjaya dalam apa jua yang diperjuangkan..insya Allah..Mudah2an kita semua sentiasa dijadikan Allah sebagai hamba2-Nya yang celik..
Jom rakan2 semua...' Shift Our Paradigms ' ^_^
' Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan..Bukan pada manisnya ucapan di bibir..Tapi terletak pada ingatan seseorang terhadap teman dalam doanya ' (Imam Al-Ghazali) ^_^
Wassalam..
0 comments:
Post a Comment