::..|_ Paradigm Shift _|..::

" … Only in the remembrance of Allah do heart find peace. (Ar-Ra'd, 13:28) "

Shifting_Paradigms #28 : Menelusuri Hakikat Yang Asing


.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.

Cuba kita bayangkan..sekiranya dalam 1 atau 2 jam daripada sekarang, kita bakal mengambil satu peperiksaan / exam besar yang benar2 penting..sekiranya kita gagal dalam peperiksaan ini, maka gagal-lah impian kita untuk mendapatkan ijazah atau sijil kita dalam masa yang sepatutnya..

Agak2nya, adakah kita semua masih lagi membuka Facebook ? Chatting, bergurau senda dan sebagainya pada saat ini ? Sudah tentu tidak, bukan ? Seorang pelajar yang serius, mustahil akan membiarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa diisi dengan mengulangkaji bab2 ilmu yang belum lagi habis di-'revise'..

Bayangkan pula seorang pekerja yang baru diambil kerja di sebuah syarikat terkemuka dunia..kemudian Boss syarikat menyerahkan satu portfolio projek yang perlu dia siapkan dalam masa 2 minggu lagi...

Sekiranya hari ini merupakan hari terakhir untuk dia menyiapkan projek tersebut, adakah dia sedang duduk berehat di hadapan TV, sedangkan projek tersebut belum lagi berjaya dia siapkan dengan sepenuhnya ? Adakah seorang Boss kepada sebuah syarikat terhebat dunia akan berpuas hati sekiranya projek tersebut dihantar sedemikian rupa sahaja ? Silap2 haribulan, ada yang kena 'menanam anggur' lagi..

Menjadi lumrah manusia, apabila kita berada dalam 'sense of urgency', kita akan mendedikasikan sepenuhnya segala kudrat dan tenaga untuk menyiapkan sesuatu kerja, tanpa mengira perkara2 laen yang sebelum ini boleh sahaja dibuat sekiranya mempunyai kelapangan masa..

Menjadikannya lebih mudah, bayangkan sahaja diri kita yang telah terlewat untuk ke kelas Biochemistry, rasa2nya masa tue dah tak ingat dah sarapan..pakaian suma pn hampir2 tak terurus dengan kemas..takut2 lecturer x tanda 'attendance' kita utk kelas pada minggu itu..lebih2 lagi apabila attendance itu juga diambil kira dalam pemarkahan kertas peperiksaan hujung semester nanti..

' Sense of Urgency' inilah yang perlu kita terapkan dalam diri kita sekiranya benar2 ingin membentuk Individu Muslim yang sejati..Alhamdulillah..kita semua seorang muslim..tetapi, adakah kita seorang muslim yang serius ?

Adakah masa2 kita kesemuanya diisi dengan memperingati Allah SWT ? Ataupun diisi dengan segala macam perkara 'lagho' yang kian menghakis keteguhan iman kita dari hari ke hari =( ?

Allah tidak bersumpah dengan 'masa' untuk menyedapkan tafsiran atau terjemahan surah sahaja..tetapi sumpah Allah itu berakarkan kepada kepentingan masa itu sendiri yang hakikatnya kian bergerak ke hadapan, tanpa berbalik ke belakang walaupun se-mikro saat..

Hati kita boleh berdebar-debar apabila 'sense of urgency' terhadap perkara2 dunia kita berlaku..tetapi bagaimana dengan 'sense of urgency' terhadap perkara2 yang dateline-nya sendiri tidak kita ketahui, yakni persediaan kita untuk berjumpa dengan Malaikat Izrail nnt ? Boleh jadi sehari lagi, sejam, atau mungkin 5 saat selepas membaca perkataan ini ! =( ..

Peperiksaan2 di dunia sekiranya gagal, boleh diulang atau diambil semula pada semester yang akan datang..begitu juga dengan kehilangan kerja, boleh sahaja diganti dengan pekerjaan yang lain..tetapi bagaimana dengan persediaan kita menghadapi hari akhirat nnt ? Adakah masih diberi peluang untuk kita kembali ke dunia ini apabila kita gagal menyediakan diri menghadapinya =( ?

' Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya ' (Al-Anbiya 21:1)

Subhanallah..betapa hebatnya tamparan yang Allah bagi kepada kita dalam pembukaan surah Al-Anbiya ini..Seawal ayat pertama sahaja sudah cukup untuk membuatkan kita terdiam sejenak, memikirkan keadaan kita pada masa ini yang sedang leka membangunkan Islam dalam diri masing2 =( ..

Rakan2 semua,

Insya Allah..bersempena dengan awal Muharram dan tahun baru 2011 ini..apa kata kita wujudkan 'sense of urgency' ini dalam diri masing2..membentuk individu Muslim yang bukan sahaja sentiasa bersedia dalam hal2 study, kerja dan sebagainya, tetapi juga sentiasa bersedia dalam menyiapkan diri menghadapi hakikat kematian kelak..insya Allah =) ..

Salam Mahabbah Fillah ^_^ /hihi

" Menelusuri Hakikat Yang Asing "

Sesuatu yang asing itu didefinisikan sebagai perkara yang berada luar daripada lingkungan sesuatu yang dianggap normal..oleh sebab itulah alien digelar 'makhluk asing' kerana habitatnya dipercayai berasal luar daripada planet bumi..sesuatu yang tidak normal bagi para manusia..

Namun, entry kali ini bukanlah ingin membongkar misteri makhluk asing, mitos kewujudan mereka atau seumpamanya..tetapi lebih tertarik untuk membincangkan satu aspek hakikat kehidupan yang juga digelar 'asing / abnormal' meskipun ciri2 fizikal dan asalnya sama dengan yang bergelar 'normal'..

Mengikut takrifan Modern Psychology..sesuatu yang digelar 'abnormal behavior' itu membawa maksud 'away from the norm' , ataupun sesuatu yang tidak dikerjakan oleh majoriti manusia di sesuatu kawasan atau tempat..sebagai contoh, sekiranya seseorang datang kepada kita mengatakan betapa urutan bacaan 'ABC-Z' itu bukanlah bermula dengan huruf 'A', tetapi sebaliknya bermula dengan huruf 'G' ! ..apakah agaknya respons yang bakal kita berikan ?

' Err..nie mamat dari hospital mana plak nie tetiba cakap ABC start ngan huruf G '

' Gila ke apa dia nie ? '

Gila..tidak siuman..abnormal..pasti perkataan2 ini yang akan terlintas di pemikiran kita apabila ada insan yang datang lalu memberitahu sesuatu yang benar2 'away from the norm' .. yakni, bertentangan dengan apa yang kita tahu dan yakini..lebih2 lagi apabila perkara itu sudah diketahui sejak turun-temurun dari nenek moyang kita..tetapi tiba2 pula ada orang nak tukar2 konsep..ini sudah tidak betul !! ..

Kenapa ana bawa analogi dan perumpamaan ini ?

Hadis Rasulullah SAW ;

' Islam itu datang dalam keadaan asing, ia akan kembali asing, maka beruntunglah orang-orang asing (ghuraba) ' (Hadis Riwayat Muslim)

Bayangkan, suatu pagi, seorang lelaki datang mengetuk pintu kita..selepas membuka pintu, kita dapati lelaki tersebut merupakan jiran terdekat kita..kemudian secara tiba2 dia mengatakan betapa semalam malaikat datang kepada dirinya, mengatakan betapa dia dilantik menjadi utusan Allah dan semua umat manusia perlu taat kepada apa yang ingin dibawanya..

Persoalan yang sama..agak2nya apa yang akan kita katakan sebagai respons kepada 'statement' lelaki tadi ? Sudah tentu kita menggelarnya sebagai orang gila..mengigau atau sebagainya..

Mungkin perkara tersebut mustahil berlaku pada zaman ini, tetapi hakikatnya, perkara ini benar2 berlaku pada awal zaman penyebaran islam di Mekah..situasinya mungkin berbeza, tetapi sekiranya kita meletakkan diri kita sebagai orang yang mendengar kata2 daripada Rasulullah SAW dulu, agak2nya mudah tak kita nak membenarkannya, sedangkan diri kita sendiri sedang berpegang dengan kepercayaan nenek moyang sejak berkurun lamanya..

Hakikatnya, islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW itu awalnya bersifat 'asing', yakni sesuatu yang hanya boleh diikuti dan diyakini oleh segolongan kecil orang2 mukmin..oleh sebab itulah para sahabat dan pengikut Rasulullah SAW itu bukan calang2 orangnya...mereka insan2 yang luar biasa ^_^..

Siapakah agaknya yang sanggup meninggalkan segala kesenangan hidup dunia untuk mengikut kata2 seorang lelaki bernama Muhammad Ibn Abdullah ?

Siapakah yang sanggup dimusuhi oleh ahli keluarga sendiri atas dasar berpegang kepada sesuatu yang hak ?

Ya Akhi, Ukhti..

Sumayyah tidak mengukir nama hanya kerana ketabahannya mempertahankan akidahnya terhadap Allah SWT..tetapi juga kerana kesabarannya dalam menjadi insan2 yang 'asing' di mata masyarakat Mekah pada ketika itu..

Menyampaikan mesej islam pada hari ini hanyalah secebis daripada kesukaran Rasulullah dan para sahabat tatkala awal2 mendapat wahyu dahulu...ada yang menggelar anda gila tatkala menulis status2 islamik di FB ? Bagaimana dengan tatkala membaca al-quran di public..ada yang cuba menyepak dan menghina kita ? Belum lagi diuji dengan segala macam ujian yang benar2 akan menguji tahap keimanan kita kepada Allah SWT =( ..

Islam itu bermula sebagai sesuatu yang asing..penganutnya digelar orang gila, dihina, dicaci dan dimaki, sebagaimana yang berlaku di Mekah.. tetapi berkat daripada pertolongan Allah SWT dan kegigihan Rasulullah SAW, tetap juga jalan dakwah itu diteruskan, sehinggalah Islam itu menguasai 2/3 dunia, pernah menjadi ustaziyatul alam, dan seterusnya sampai kepada kita pada hari ini..

Rakan2 pembaca semua..

Bagaimana pula dengan 'islam akan kembali asing' ?

Sekiranya rakan2 berpeluang untuk ke luar negara, terutamanya negara yang bukan islam atau dapat mendengar serta membaca pengalaman saudara2 kita yang baru menganuti Islam di tempat mereka..kita akan dapati betapa islam itu menjadi sesuatu yang benar2 'asing' kepada masyarakat komuniti tempat tersebut..

Rakan2 yang di Moscow tentu boleh merasa akan aura2 insan yang melihat muslimah bertudung seakan-akan mereka melihat sesuatu yang pelik ketika sedang berada di dalam metro atau bas..

Begitu juga tatkala melihat rakan2 mengerjakan solat di tepi2 lorong kecil..kesemuanya ini sesuatu yang 'abnormal' dan 'asing' dalam budaya mereka..tidak hairanlah sekiranya ada antara mereka yang sempat mengambil video dan gambar sambil bergelak ketawa melihat rakan2 solat..

Islam itu bukan sahaja dilihat sebagai sesuatu yang 'asing' , malah disalah-anggap oleh sesetengah golongan masyarakat..oleh sebab itu, 'extra security check-up' di airport luar negara itu bukan lagi sesuatu yang luar biasa bagi kita semua..

Bagaimana dengan keadaan di negara kita sendiri ?

Sekiranya Islam yang kita pegangi itu hanyalah islam yang berlandaskan solat, puasa, haji dan khawin sahaja..maka itu menjadi sesuatu yang biasa dan semua orang boleh bersetuju dengan itu..tetapi, tatkala ingin mengerjakan islam yang kaffah (keseluruhan), atau menghidupkan sunnah Rasulullah SAW, maka ini menjadi sesuatu yang 'asing' bg orang lain..

Apabila seorang muslimah bertambah labuh sedikit tudung yang dipakainya, atau memakai niqab..maka, orang akan mula memandangnya dengan pandangan yang berlainan..

Apabila seorang pemuda mula meninggalkan tabiat2 lamanya yang suka berlepak dan menghabiskan masa dengan perkara yang sia2...maka, rakan2nya akan mula menjauhkan diri dan menganggap dirinya sudah bukan dalam kalangan mereka lagi..serta banyak lagi contoh2 lain..

Hakikatnya, kita menjadi 'asing' dalam kalangan masyarakat kita sendiri...perubahan2 yang berlaku dalam diri kita menjadikan mereka 'curious' dan pelik, sehinggalah mereka sendiri takut untuk mendekati kita..dan hal ini byk berlaku pada zaman ini, lebih2 lagi di negara kita..

Sekiranya kita mampu merasai 'keasingan' yang dimaksudkan Rasulullah SAW dalam hadisnya itu..maka bersyukurlah kepada Allah SWT, kerana kita termasuk dalam kalangan orang2 yang berbahagia dan beruntung =) .. tetapi sekiranya tidak, maka masih banyak lagi perkara yang perlu kita muhasabah sama2..

Dari Abu Hurairah r.a katanya; Rasulullah SAW bersabda maksudnya; 'Dunia penjara bagi orang mukmin dan Syurga bagi orang kafir." (Hadis Riwayat Muslim)

Sekiranya kita melihat hakikat kehidupan di dalam penjara..kita akan dapati betapa insan2 yang menduduki penjara tersebut tidak mampu untuk berbuat sesuka hati mereka, tidak mampu makan atau minum segala apa yang mereka inginkan, pakaian juga sama sahaja..hakikatnya, tidak semua perkara mampu mereka lakukan kerana tertakluk dengan penguatkuasa penjara yang menetapkan segala mcm peraturan dan larangan..

Begitulah juga dengan kehidupan di dunia ini..tidak semua makanan dan minuman boleh diambil sesuka hati oleh orang mukmin, cara pemakaian juga ada tatatertibnya, perkara yang dilarang untuk dibuat juga ada..berbeza dengan orang yang jauh daripada Islam yang sesuka hati melakukan segala benda mengikut nafsu sendiri, tanpa menghiraukan sebarang batas dan larang..dunia sudah menjadi syurga bagi mereka =( ..

Penjara di dunia, tetapi syurga di akhirat, itulah matlamat sebenar kita sebagai seorang mukmin di dunia ini =) .. sedangkan tarikan2 nafsu dan godaan yang kita terima di dunia ini sahaja sudah cukup kuat untuk melemahkan ramai orang, bagaimanakah agaknya ganjaran2 yang Allah sediakan untuk hamba2-Nya di akhirat kelak ? Apa yang pasti, kesemuanya sudah tidak mampu dibayangkan akal..cuma persoalannya, adakah kita menjadikan dunia pada ketika ini penjara kita ? atau syurga sementara kita ?

Insya Allah..rakan2 semua, janganlah takut menjadi ghuraba ^_^ .. kerana hakikatnya Rasulullah SAW juga dahulunya dianggap asing oleh masyarakat baginda, tetapi kedudukan baginda di sisi Allah SWT amatlah tinggi..apalah sangat pandangan manusia sekiranya ingin dibandingkan dengan pandangan Allah SWT kepada kita semua..tidak ada gunanya kita mulia di sisi manusia, tetapi buruk di pandangan Allah SWT =( ..

Insya Allah, mari kita sama2 'Shift Paradigm' kita =) ..

Mari ramai2 menjadi 'Ghuraba' !! ^_^ ... Mari sama2 Menelusuri Hakikat Yang Asing itu =)..

Wassalam..


0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts with Thumbnails