::..|_ Paradigm Shift _|..::

" … Only in the remembrance of Allah do heart find peace. (Ar-Ra'd, 13:28) "

Shifting_Paradigms #29 : Hadiah Kalam Itu


..:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::..

Pada suatu pagi yang cerah lagi indah, ketika sedang menyiram pokok bunga di depan halaman rumah, seorang rakan kita datang ke rumah membawa kotak warna-warni yang atasnya dihiasi dengan ikatan riben yang sangat cantik..

' Assalamualaikum..Nah, ini hadiah buat kamu =) '

' Waalaikumussalam..heh ?

Kemudian, apabila kita membuka kotak hadiah tersebut, di dalamnya kelihatan seutas jam tangan 'Rolex' (Original ^_^) yang tidak pernah terlintas pun di fikiran kita untuk memilikinya, tp hari ni, dihadiahkan pula oleh rakan tadi..

Apakah agaknya reaksi yang bakal kita berikan ?

' Waaa..terharunya..thank youuu thank youuu =) '

Satu persoalan..

Selepas kita mengucapkan 'thank youuu' tadi, adakah kita akan mengukirkan sekuntum senyuman, kemudian membuang jam tangan tadi ke belakang dan meneruskan kerja menyiram bunga ?

Adakah kita akan tergamak untuk berkelakuan sedemikian di hadapan rakan yang menghadiahkan jam bernilai jutaan ringgit tadi ? Sudahlah diberi secara tiba2, dibuang pula di hadapannya !

' Eh, Mana ada orang sanggup buat mcm tue..sudah tentu tidak ! Itu biadap namanya '

Benar..betapa biadap dan tidak sopannya kelakuan tadi..sudah tentu orang yang sanggup melakukan perkara tadi mempunyai masalah mental yang kritikal..

' Kalau ada orang macam tue, itu dah seperti kera mendapat bunga '

Sudah tentu selepas menerima pemberian tadi, kita akan menjemput rakan tadi untuk masuk ke dalam rumah, berbual atau memberikannya sedikit hidangan sebagai tanda penghargaan kita kepadanya..layanan dan hubungan kita dengannya selepas hari itu juga akan lebih akrab dan rapat..betul tak ?

Hakikatnya, sejak dari kecil lagi kita dididik untuk menghargai sebarang pemberian orang kepada kita, tidak kira sama ada yang besar mahupun yang kecil, yang murah ataupun yang mahal..penghargaan terhadap pemberian tadi sememangnya menjadi simbolik kepada tahap moral yang baik..sesuatu yang sudah menjadi lumrah dan kebiasaan budaya kita =)

' Habis tue, kenapa wujudkan persoalan membuang hadiah tadi ke belakang ? '

'
=) '

' ................'

Salam Ukhuwah Fillah ^_^ /hihi

" Hadiah Kalam Itu "

Alhamdulillah...bersyukur kepada Allah kerana masih memberikan kita nikmat untuk melihat kebesaran dan keagungan-Nya yang bertebaran di seluruh pelosok alam, belum lagi diambil kira nikmat2 yang sedang berada di dalam badan kita pada saat dan ketika ini.

" Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani " (An-Nahl 16:18)

Betapa Maha Pemurah-Nya Allah SWT, memberikan segala macam nikmat tanpa henti kepada kita semua, tetapi melihat kepada keadaan kita dari dahulu hinggalah hari ini..apakah agaknya yang telah kita lakukan sebagai tanda penghargaan kita kepada Allah SWT ?

Adakah dengan..

Berkata bohong, mengumpat dan mengadu domba dengan 'lidah' kita ?

Melihat perkara2 yang tidak elok dengan 'mata' kita ?

Mendengar music dan perkataan2 yang tidak bermanfaat dengan 'telinga' kita ?

Menaip status2 'pelik' di Facebook dengan 'jari-jemari' kita ?

Beginikah agaknya cara kita menunjukkan penghargaan kita kepada Allah SWT atas nikmat yang dikurniakan-Nya kepada kita semua =( ?

Tetapi hakikatnya, perkara2 inilah yang paling banyak kita lakukan sejak dari dahulu lagi, termasuklah diri ini sendiri =( .. Kalau diikutkan hukum manusia, ini sudah dikira melanggar peraturan dan berhak mendapat hukuman dengan segera..

Tetapi Allah SWT itu sama sekali tidak pernah serupa dengan sifat ciptaan-Nya..betapa Maha Pengasih dan Maha Pemurah-Nya Allah SWT , sehingga hari ini kita masih lagi diberi peluang untuk bertaubat dan kembali menelusuri jalan-Nya yang lurus itu..masih lagi menerima nikmat udara-Nya tanpa tunggakan walaupun sesaat..

Masih lagi mampu berdiri, bergelak ketawa dan bergurau senda dengan rakan2 kita..

Dan masih lagi mampu merasai keagungan dan rahmat kurniaan-Nya kepada kita semua..

Maka, adakah antara kita yang ingin mengambil peluang ini =( ? Atau adakah kita ingin tunggu dan terus menunggu sehinggalah sampai suatu masa nanti, peluang tadi hilang begitu sahaja =( ? ..

Apakah lagi agaknya alasan yang ingin kita berikan kepada Allah SWT apabila ditanya tentang nikmat2 yang diberikan-Nya kepada kita di akhirat kelak =( ?

" Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu,tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya) ! " (At-Takathur 102 : 8 )

Astaghfirullah..betapa lama sudahkah agaknya kita lupa kepada Allah SWT =( ? Sedangkan diri-Nya tidak pernah lupa untuk memberikan rezeki kepada kita walaupun se-nano saat sekalipun..

Rakan2 pembaca semua..

Menjadi kebiasaan, apabila kita ingin membuat satu senarai 'Top List' terhadap sesuatu perkara, kita akan meletakkan benda yang paling utama, penting dan terbaik di kedudukan yang teratas sekali..

Mmmm..kalau macam tue, apakah agaknya nikmat Allah yang paling teratas sekali ? Adakah anugerah kehidupan ini yang paling utama sekali ?

Mendengar tafsiran surah Ar-Rahman daripada seorang Ustaz membuatkan diri ini terdiam sebentar..memikirkan betapa bertuahnya diri kita yang dipilih oleh Allah untuk menerima nikmat-Nya yang paling hebat itu..

(Surah Ar-Rahman 55:1-3)

" (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmat-Nya (1) "

" Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran (2) "

" Dia lah yang telah menciptakan manusia (3) "


Allah SWT membuka surah ini dengan salah satu daripada nama-Nya yang agung iaitu Ar-Rahman..kalau ingin diberikan definisi sebenar Ar-Rahman, agak panjang penjelasan yang boleh diberikan..menjadikannya lebih mudah, Maha Pemurah-Nya Allah SWT itu, tidak ada yang boleh menandingi sifat Pemurah-Nya dan nikmat2 yang diberikan-Nya itu pula tersangatlah banyak serta tidak boleh diberikan oleh mana2 ciptaan-Nya yang lain..

Hakikatnya, tidak ada hatta satu benda pun di dunia ini yang dimiliki oleh manusia melainkan semuanya berasal daripada Allah SWT ; Rumah, kereta, makanan, minuman, pakaian, mahupun pasangan hidup..Oleh sebab itulah dalam surah ini Allah mengulangi ayat ' Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan ? ' berulang-ulang kali..

Kemudian, Allah mula menyenaraikan antara nikmat yang dikurniakan-Nya kepada kita semua..dan kebanyakkan kita beranggapan betapa pemberian nikmat kehidupan sebagai seorang manusia itu merupakan nikmat yang paling besar sekali..tetapi dalam ayat yang kedua dalam surah ini, Allah memulakan senarai dengan nikmat 'mengajarkan Al-Quran' itu sebagai yang paling utama sebelum penciptaan manusia.

Maka, hadiah kehidupan kita ini tidak boleh dibandingkan dengan hadiah Al-Quran yang diberikan-Nya kepada kita semua..tanpa kita sedari, Al-Quran itulah sebenarnya hadiah yang paling hebat sekali dalam kehidupan seorang manusia !

Seluruh manusia mendapat nikmat2 lain yang Allah senaraikan dalam awal surah ini, tetapi berapa ramai yang mendapat hadiah yang paling atas sekali itu ? Berapa ramai yang berpeluang untuk mengenal, membaca dan mempelajari Al-Quran ?

Namun begitu rakan2 semua, kita selalu tak sedar betapa kitalah insan2 yang tergolong dalam golongan yang menerima nikmat tersebut =(

Maka, bertanyalah kepada diri kita semua..apakah yang telah kita lakukan kepada hadiah yang Allah berikan kepada kita ini ?

Oleh sebab itulah ana masukkan analogi di atas sebagai intro utk post kali ini..kita semua bersetuju betapa setiap pemberian, lebih2 lagi pemberian yang betul2 bernilai itu sewajarnya dihargai dengan sepenuh penghargaan..membuangnya ke belakang itu pula satu penghinaan dan biadap..

Maka, rakan2 semua..tidak biadapkah kita =( ?

Sopankah kita yang selalu rasa terharu apabila menerima hadiah daripada manusia lain, tetapi apabila mendapat hadiah daripada Pencipta kita, kita membelakangi hadiah itu begitu sahaja =( ?

Bukankah Rasulullah SAW pernah berpesan dalam Khutbah Hujjatul Wada, yakni khutbah terakhir baginda betapa kita tidak akan pernah tersesat sekiranya kita berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunnah baginda..

Kalau begitu...tidak sesatkah kita ?

Tidak sesatkah kita apabila Al-Quran tidak lagi kita jadikan asas dalam berbicara dan memandu kehidupan kita ?

Tidak sesatkah kita apabila kalam2 suci itu jarang sekali kita baca dan dengari di ceruk2 rumah kita =( ?

dan tidak sesatkah kita apabila buku2 novel, majalah dan buku anatomy,metaphysics, circuit theory, chemistry dan Law yang tebal itu boleh pula kita 'khatamkan' dalam sehari, tetapi membaca hatta hanya selembar al-quran tidak pula kita mampu =( ?

Oh..berhentilah kita daripada menipu diri sendiri..tidakkah kita malu mengatakan diri kita berada di jalan yang benar ? Sedangkan 'penulisan2' di Facebook itu lebih banyak kita baca daripada kalam2 Allah Yang Maha Suci...Adakah ketaatan kita telah bertukar daripada Al-Quran kepada Facebook =( ?

Ya Akhi, Ya Ukhti..

Soalan yang sama seperti post2 sebelum nie..Adakah kita mengagungi penulisan2 manusia lebih daripada apa yang Allah turunkan kepada utusan-Nya ?

Adakah kita lebih minat membaca dan mendengar dialog2 drama dan filem melayu, korea ataupun hollywood lebih daripada kalimah Allah yang Maha Hebat itu ? Cuba kita senaraikan ibrah dan hikmah yang kita dapat daripada awal hingga akhir drama2 tadi..dan bandingkan dengan ibrah yang Allah boleh bagi hatta hanya dengan satu ayat sahaja..mana satukah agaknya yang lebih baik buat pedoman dan kehidupan kita di dunia ini =( ?

Sememangnya tidak boleh kita nafikan betapa Al-Quran itu berkali-kali ganda lebih bernilai daripada jam tangan 'Rolex' tadi, tetapi mengapa kita membiarkan sahaja hadiah itu tanpa disentuh dan dibaca pengisiannya ? Dan mengapa kita membuangnya ke belakang di hadapan Allah SWT ?

Kalaulah setiap kali kita membaca selembar al-quran , tiba2 secara ajaibnya terkeluar sekeping wang kertas RM100 di celah2 lembaran tersebut, agak2nya berapa kali kah kita akan khatam membaca al-quran tadi dalam sebulan ?

Hakikatnya..nilai pengajaran dan panduan yang kita dapat daripada selembar al-quran tadi jumlahnya berjuta-juta kali ganda lebih tinggi daripada sekeping RM100, tetapi mengapa kita tetap juga tidak ingin membaca al-quran hatta selembar sahaja sehari =( ?

Apabila menerima hadiah sebuah blender, apakah bukti kita menghargai pemberian tadi ? Sudah tentu dengan menggunakannya di dapur, bukan ? Supaya nanti apabila rakan tadi melihat blender tersebut di dapur kita, pasti dia rasa sangat gembira..

Sememangnya tidak boleh dinafikan, penggunaan hadiah tadi menjadi bukti penghargaan kita kepada si pemberi dan tidak menggunakannya pula merupakan satu penghinaan dan tanda tidak berterima kasih..

Maka, menyimpan al-quran itu di atas almari kita tanpa membacanya merupakan satu penghinaan kepada Allah SWT...usahlah kita berasa panas baran dengan tindakan golongan2 yang tidak faham dan cuba untuk membakar al-quran atau menghinanya, tetapi lihatlah kepada diri kita sendiri yang sudah diberikan nikmat untuk memahami kebenaran al-Quran namun tidak ingin membacanya =( .. kemungkaran yang manakah yang lebih besar agaknya ?

" Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya) ; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa " (Al-Baqarah 2:2)

Rakan2 pembaca semua,

Menulis post ini ibarat menampar diri ini sendiri...lebih2 lagi apabila berada di musim exam, pasti hadiah yang agung itu akan kurang ditelaah berbanding buku2 lain =( .. insya Allah, rakan2 semua, kita muhasabah ramai2 ye, mari kita cuba untuk membaca al-quran itu hatta hanya selembar sahaja sehari sebagai bekalan kita mengharungi hidup di dunia ini..

Kita sendiri akui betapa badan manusia akan menjadi lemah apabila tidak mendapat nutrient hariannya..maka, mulalah kita mencari makanan dan minuman bagi memenuhi keperluan badan tadi..memandangkan tubuh badan kita dicipta daripada tanah, maka makanan tadi juga perlulah berasal daripada tanah ataupun bumi, yakni tumbuh-tumbuhan dan juga haiwan..

Maka, samalah juga dengan roh kita..juga memerlukan 'makanan'..tetapi memandangkan roh itu diturunkan daripada atas lalu dimasukkan ke dalam tubuh badan kita sewaktu dalam rahim ibu dahulu, maka makanannya juga perlulah berasal daripada sesuatu yang Allah turunkan kepada utusan-Nya..yakni Al-Quran..sekiranya roh tadi tidak dipenuhi keperluannya, maka tidak hairanlah sekiranya roh dan hati kita sentiasa lemah, tidak kuat dan selalu tidak tenang..

Sekiranya nasi itu menjadi makanan asasi kita di bumi ini, yakni sesuatu yang sekiranya tidak diambil dalam sehari, akan terasa seolah-olah tidak cukup makan hari itu, maka al-Quran itulah 'nasi' buat roh kita ^_^ ..

Insya Allah, tubuh badan kita sentiasa sihat sebab selalu x pernah lupa makan..tetapi bagaimana dengan roh kita ? dah 'makan' dah =( ?

Rakan2 pembaca semua..

Mari kita sama 'Shift Paradigm' kita ke arah yang sebenarnya, yakni dengan kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah baginda Rasulullah SAW..sekiranya kita benar2 ingin menunjukkan tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT atas segala pemberian-Nya di muka bumi ini, apa kata kita mulakan dengan mensyukuri nikmat yang teragung sekali itu, yakni Al-Quran yang diturunkan-Nya kepada kita semua ^_^ .. insya Allah, mudah2an Allah masukkan kita dalam golongan hamba-Nya yang sentiasa celik =)

Wassalam..

5 comments:

Salam.

Teruskan mujahadahmu. Insha Allah.
Jangan putus asa.

Doakan aku juga.

 

jzzk..insyAllah Quran kompasku, sunnah jalanku..:')

 

salam..

insya Allah, wan..sama2 kita berusaha dan sentiasa brdoa mudah2an Allah berikan kekuatan kpd kita semua =)

 

Analogi yang bagus.

Kalau Al quran itu boleh berbicara, pasti senarai kekesalannya terhadap sikap manusia akan panjang berjela jela.

Kalau dalam waktu exam, apa yang selalu saya buat ialah apabila break daripada study -dalam jangka 5-10 minit- boleh rehat dengan satu atau dua muka surat. Insya Allah, tenang.

Mula dan akhir belajar ditemani dengan satu atau dua muka surat.

Insya Allah, sama sama kita berbuat kerana Allah. Menghargai hadiah kalam itu.

Moga belajar kita bukan jalan kepada kefuturan tapi mendekatkan diri dengan Allah.

 

Post a Comment

ShareThis

Related Posts with Thumbnails