::..|_ Paradigm Shift _|..::

" … Only in the remembrance of Allah do heart find peace. (Ar-Ra'd, 13:28) "

Shifting_Paradigms #21 : Daun dan Akar itu




.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.

Tidak ada yang sebijak diriNya, seagung diriNya, dan sehebat diriNya ..

KeesaanNya terserlah dengan segala macam cara..segala macam bentuk dan bukti..lihatlah sahaja kepada kerumitan dan terperincinya kejadian kita sebagai seorang manusia..dikurniakan dengan segala macam anugerah..

Kita tahu dan kita akui Allah SWT itu Maha Besar, tetapi kenapa dunia itu juga yang berada di dalam hati kita ?

Allahu Akbar ataupun Dunia Akbar ?

Kesemuanya itu bergantung kepada kesedaran dan keakuan kita kepada Ilah yang sebenarnya, yakni Allah SWT .. namun begitu, melihat kepada gaya hidup dan perlakuan harian kita, adakah kita sedang mengakui kebesaran Allah SWT yang tidak ada tolak bandingnya itu ? Atau itu semua hanya sekadar epilog2 kehidupan kita yang penuh dengan tipu daya dan dusta ? Hanya sekadar ucapan2 di bibir yang tidak sama sekali terungkap oleh sang hati =( ..

Ana terkesan dengan penulisan Harun Yahya bertajuk 'Jangan Beralasan Anda Jahil' .. Bait2 kata dan madah beliau membuatkan diri ini berasa begitu hina dan kerdil.. bersesuaian dengan tajuk buku tersebut, beliau berjaya membawa pembaca ke suatu 'state' yang membolehkan pembaca 'pause' sebentar utk 'reflect' diri masing2..memikirkan kebesaran Allah SWT dalam setiap penciptaanNya, dan keesaanNya dalam menguruskan setiap urusan hamba2Nya, yang kini sedang banyak melanggar perintah dan suruhanNya tanpa segan silu =( ..

Bagaimanakah agaknya keadaan hidup kita sekiranya pokok2 bunga di luar rumah itu hanya berwarna putih hitam sahaja ? Tidak ada yang berwarna kuning, hijau kebiru-biruan atau merah lagi ?

Bagaimana pula sekiranya dunia ini hanyalah suatu kawasan mendatar sahaja ? Tanpa gunung-ganang, lautan2 luas dan hutan2 yang indah ?

Dan bagaimana pula sekiranya hanya planet bumi sahaja yang wujud di cakerawala ini, tanpa bintang2, planet2 dan galaksi2 lain ? Apakah agaknya yang ingin dilihat oleh para astronomi dengan teleskop canggih mereka ?

Persoalan ini wajar ditanya kepada diri kita sendiri, kerana dengan merenung kehebatan dan keagungan ciptaan Allah SWT , barulah kita mampu membentuk kesyukuran dan ketakwaan kepadaNya..

Allah Maha Tahu apa yang diperlukan hamba2Nya..setiap apa yang Allah jadikan di muka bumi ini turun dengan 1001 ibrah dan hikmah buat renungan manusia..semuanya mengikut ketetapan Sunnahtullah yang tidak akan pernah berubah..

Maka, masihkah kita ingin terpinga-pinga mencari bukti2 kebesaran Allah SWT ? Apabila yang sedang kita gunakan untuk membaca penulisan ana ini juga datangnya daripada diriNya yang Maha Bijaksana ..

" Allah menciptakan langit dan bumi dengan haq. Sungguh, pada yang demikian itu pasti terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang beriman " (Surah Al-Ankabut 29:44)

Salam Mahabbah Fillah ^_^ ..

Minta maaf banyak2 sebab x dpt nak update blog nie dengan awal..baru smpai Malaysia, jadi macam2 perkara nak dibuat..sekarang pun sedang mencari masa utk menjawab soalan2 formspring dan menulis di blog..alhamdulillah, pada hari ini sempat juga utk update =) ..

' Daun dan Akar itu '

Baru-baru ini, diri ini sendiri terkesima mendengar berita di tv3 .. menyatakan betapa bilangan anak luar nikah telah mencecah 257 000 sejak tahun 2000 hingga julai 2008 dengan tahun 2009 mencatatkan 'rekod' sebanyak 17,303 .. Nampaknya bukan ekonomi kita sahaja yang meningkat, tetapi jumlah sijil kelahiran bayi yang tidak mencatatkan nama bapa juga turut menaik secara mendadak =( ..

Saban tahun kita mengalami masalah yang sama, dan masalah ini nampaknya kian rumit dari tahun ke tahun apabila statistik yang dikeluarkan nampaknya tidak menampakkan sebarang penurunan...mulalah masyarakat menuding jari kepada pelbagai pihak..ada yang menyalahkan kerajaan..ada yang menyalahkan ibu bapa dan guru...tidak terkecuali pihak media dan yang seangkatan dengannya..dalam tidak sedar, kita lebih banyak meluruskan jari telunjuk kita kepada pihak berkenaan daripada menuduh diri kita sendiri..

' Eh, kita ? '

' Ya, diri kita sendiri '

Kita yang boleh membawa maksud kerajaan, ibu bapa, guru2, masyarakat, belia, remaja yang tertulisnya 'islam' pada i.c kita masing2..

Bukankah masalah saudara2 kita juga menjadi masalah kita sendiri ? Takkanlah mereka yang membuat perbuatan terkutuk itu sudah tidak menjadi saudara kita lagi ? Bukankah kita beriman dengan konsep 'Mencintai saudara sebagaimana kita mencintai diri kita sendiri' ? Maka, mengapakah wujud konsep 'urusan JAKIM' , 'urusan kerajaan' , 'urusan media' sedangkan kita semua mempunyai tanggungjawab sebagai ketiga-tiganya sekali ?

Adakah kita perlu menunggu sehingga yang membuat perlakuan terkutuk itu ialah abang, kakak atau adik2 kita, baru kita ingin sedar betapa seriusnya perkara yang sedang menimpa anak2 remaja kita ini ?

Oleh sebab itulah, sejak mendengar berita yang sama di televisyen atau membacanya di akhbar2 harian, ana terdorong untuk menulis sesuatu di dalam blog ini..

Bukanlah isu buang anak yang menjadi persoalan utama, bukan juga isu zina di lorong2 gelap..tetapi isu akidah dan ketuhanan kita kepada Allah SWT..

Janganlah kita hanya menyiram 'daun' pokok sahaja..tetapi siramlah pada 'akar'nya, yakni yang menjadi asas dan sumber kekuatan utama..

Janganlah hanya berusaha meningkatkan rondaan2 malam, serbuan2 di disco dangdut, kompleks beli-belah dan sebagainya yang bersifat 'daun' ..

Tetapi bentuklah dan kembalikanlah akidah dan konsep ketuhanan sebenar kepada anak2 remaja kita..sesuatu yang menjadi 'akar' kepada semua perbuatan mereka..Jangankan kes buang anak, kes2 curi, bunuh, rasuah dan sebagainya juga pasti tidak akan berlaku..

Seseorang yang mencintai Allah SWT tidak akan pernah memberikan cintanya kepada sesiapa yang tidak berhak utk mendapatkannya, apatah lagi ingin mendekati zina ( -1 statistik anak luar nikah )

Seseorang yang benar2 memahami keburukan rasuah, riba dan menipu tidak akan pernah tergamak utk membuat sebarang penipuan terhadap syarikatnya.. ( +% kestabilan ekonomi negara )

Seseorang yang benar2 mengamalkan konsep kejiranan Islam dan hadis nabi yang menyatakan betapa ; " Bukanlah dari kalangan orang yang beriman, apabila ia dalam keadaan kenyang, sedangkan jirannya dalam kelaparan (Riwayat Bukhari) " sudah tentu tidak akan pernah membiarkan jirannya dalam kesusahan.. ( -% kadar kemiskinan rakyat )

Belum lagi menyentuh konsep adab bermasyarakat islam, adab berbahasa, adab dengan orang bukan islam dan sebagainya...nampaknya bab2 adab yang kita 'terlupa' baca di dalam buku teks agama islam dahulu ada jg ibrahnya yang besar =) ..

Syariat yang dibawa oleh Rasulullah SAW melalui Al-Quran dan hadis itu bukanlah syariat yang sekadar diletakkan di stor2 buku rumah sahaja..tetapi syariat itulah sebenarnya yang telah membawa kepada kebangkitan 2/3 islam dahulu..kebangkitan yang bersifat total, menyentuh bidang sains dan teknologi, bahasa, peradaban, ekonomi, politik dan sebagainya ..

Maka, bertanyalah kepada diri kita sendiri..mengapa kita masih ingin merujuk konsep2 konvensional barat dalam mencorak keluarga, masyarakat dan negara kita ini ?

Mengapa perlu dicari buku2 motivasi dan buku2 membimbing keluarga lain apabila sumber utama yakni al-quran itu sendiri belum kita kaji sebetulnya ?

Adakah kita mengagungi penulisan manusia lebih daripada sesuatu yang diturunkan oleh Allah SWT kpd utusanNya ?

Masihkah kita ingin mengatakan konsep Islam itu lapuk dan tidak mungkin mampu disyariatkan di dalam masyarakat kita ? Apabila konsep yang kita gunakan sekarang nampaknya hanya membawa kepada tangisan ibu bapa melihat anak2 mereka diseret masuk ke dalam penjara kerana mencuri, merogol, membunuh dan sebagainya ?

Masihkah kita ingin mengatakan konsep Islam itu bersifat primitif dan tidak adil ? Apabila 'keadilan' yang kita bawa di muka para 'pengadil' nampaknya hanya penuh dengan dusta dan omong2 kosong ?

Dan masihkah kita ingin menolak sistem2 yang dibawa oleh Rasulullah SAW kepada pengikut baginda ? Apabila nampaknya sistem yang kita agung2kan sekarang secara diam telah 'menolak' kita ke lembah maksiat dan kejahatan ..

Usahlah kita terlalu fokus kepada 'kempen pembangunan masyarakat' sahaja , apabila 'kempen pembangunan akidah' tidak pula ada yang ingin menerajuinya..

Usahlah berlaga, mencari kesalahan dan bertikam lidah di dewan parlimen, apabila masyarakat kita di luar sana sedang keliru dengan prinsip akidah dan ketuhanan islam yang sebenar..

Usahlah sibuk menghantar komen dan chatting di FB, apabila pada saat ini ada saudara2 kita yang sedang dibunuh ahli keluarganya di depan mata mereka sendiri..

Kesemuanya ini menjadi asas dalam membentuk masyarakat islam yang sebenar..yakni dengan memperbetul akidah dan pegangan kita semua..

Kembalilah kepada Al-Quran dan Hadis..ekstrak dan amalkanlah seberapa banyak elemen dan konsep yang telah diturunkan oleh Allah SWT kepada hamba2Nya..sama2lah kita berusaha mencari jalan yang betul dalam membentuk jati diri Muslim masing2..

Muhasabah diri kita semua..sejauh manakah kita mempraktikkan syariat Islam itu dalam diri kita sendiri ? Hanya tatkala sejadah di depan mata ? Bulan Ramadhan ? Haji ? ..

Amat pelik, bukan ? Tatkala solat berjemaah, semua pakaian jemaah lelaki dan perempuan menutup aurat..jarak antara jemaah juga jauh, siap ditutup dengan tabir dan langsir .. tetapi apabila berada di luar surau dan masjid, di manakah sudah agaknya 'tabir2' tadi ? Apabila jarak antara ajnabi nampaknya lebih dekat daripada jarak antara dua jari yang dikepit ..

Oleh sebab itulah usaha2 kecil untuk membangkitkan islam di dalam diri kita juga sebenarnya mampu membawa kepada satu impak yang agak besar pada masa akan datang..

Pernah terdengar satu teori metaphor yang dipanggil 'The Butterfly Effect' oleh Edward Lorenz ?

The Butterfly Effect sebenarnya merujuk kepada konsep 'sensitive dependence on initial conditions' ; iaitu small differences in the initial condition of a system may produce large variations in the long term behavior of the system' .. konsep ini kononnya banyak digunakan oleh barat dalam filem2 'time travelling' seperti 'Back To The Future' contohnya, iaitu sekiranya mereka membuat walaupun sedikit perubahan pada 'masa lampau'..perkara itu akan membawa kepada sesuatu yang agak besar pada masa akan datang..

Ana agak berminat dengan konsep ini..kerana konsep ini sedikit sebanyak boleh dikaitkan dengan proses tarbiyyah dan usaha kita dalam membangkitkan Islam..walaupun hakikatnya kita tidak mampu utk ke masa lampau, tetapi siapa tahu pada masa akan datang, usaha kecil kita pada hari ini mungkin membawa impak yang sangat besar kepada institusi masyarakat islam kelak..

Begitu juga dengan kejahilan..satu titik kecil kejahilan yang kita bentuk pada hari ini..siapa tahu berapa besar agaknya lubang yang bakal terhasil daripada titik2 itu nnt ? Konsep ini sering kita pandang remeh, sedangkan hakikatnya, banyak perkara2 'ringan' yang membawa kepada perkara2 'berat' .. Tidak banyak yang diperlukannya, melainkan hanya 'masa' ..

Insya Allah, sama2 kita 'Shift Paradigm' kita, melihat segala2nya dengan berpandukan syariat Islam tanpa sebarang keraguan dan kerisauan..kerana mustahil Allah menzalimi hamba2Nya, melainkan tidak lain hanya diri kita yang sedang menzalimi diri sendiri..

Janganlah kita hanya menyiram 'daun' sahaja, tetapi siramlah pada 'akar' dan tanahnya, dengan izin Allah, pasti akan subur jua ^_^ .. Insya Allah..

Sesungguhnya diri yang menaip ini juga selalu benar leka dan alpa untuk kembali kepadaNya..kadang2 mencari kebenaran yang hakikatnya sedang berada di depan mata =) ...

Minta maaf ya sekiranya 'style' dan gaya bahasa utk entry kali ini agak berbeza sedikit ..bercampur-baur sedikit nak tulis apa sebenarnya..hoho

Wassalam =) ..

ShareThis

Related Posts with Thumbnails