::..|_ Paradigm Shift _|..::

" … Only in the remembrance of Allah do heart find peace. (Ar-Ra'd, 13:28) "

Shift_Ramadhan : Jewels From The Quran



.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.

Kadangkala, berjalan-jalan di pasar ikan dan menolong ibu memasak di dapur sudah cukup untuk membawa 1001 ibrah kepada diri kita..perkara yang tidak disangka-sangka ataupun tidak pernah terfikir sebelum ini acap kali menerjah fikiran kita dengan segala macam perumpamaan yang baek untuk ditadabbur bersama..

Seperti tatkala melihat ikan yang telah disiang dan siap sedia untuk dimasak..

Tatkala ikan tersebut masih lagi hidup di laut dahulu, tidak sedikit pun badannya terasa masin meskipun telah berenang-renang dengan 'happy'-nya di dalam laut yang masin..hatta telah berada di sana bertahun-tahun lamanya, tidak sedikit pun badannya dipengaruhi oleh kemasinan persekitaran habitatnya..

Namun begitu, apabila telah ditangkap dan diangkat ke daratan untuk dimasak, ternyata hanya secubit garam sahaja sudah cukup untuk memasinkan badannya..

Ermm..apa beza ikan yang ada di laut dengan ikan yang sudah diangkat ke darat ?

' Ikan di laut masih 'hidup' , manakala yang ikan yang di darat telah 'mati' '

Benar ^_^

Rakan2 pembaca semua..

Begitulah juga dengan HATI kita =)

Hati yang 'hidup' tidak akan mudah dipengaruhi oleh segala macam perkara buruk yang berada di sekelilingnya, sentiasa tabah dan kuat, meskipun perkara tersebut realitinya datang dengan kerap dan tidak henti2..

Tetapi, hati yang 'mati' akan mudah terpengaruh dengan segala macam noda dunia, walaupun perkara tersebut hakikatnya datang dalam kadar yang sedikit, tetapi sudah cukup untuk 'memasinkan' hati tadi..

Hati yang 'hidup' dan hati yang 'mati' itu tidak sama..sebagaimana ikan yang 'hidup' di laut dan juga ikan yang telah 'mati' di pasar..kedua2nya ada perbezaan yang benar2 ketara..

Insya Allah..

Oleh sebab itulah proses 'menghidupkan' hati itu perlu sentiasa dijalankan tanpa henti..

Dan benar..rasanya tidak ada 'Cardiac Defibrillator' yang terbaek di dunia ini melainkan kitab Al-Quran itu sendiri ^_^

Rakan2 pembaca semua..

Bersempena dengan Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, ingin sekali saya menjemput rakan2 semua, termasuk diri saya sendiri yang menaip ini untuk sama2 membaca dan mendalami kitab Al-Quran kita ini..

Dan klu tidak ada halangan..mudah2an kita boleh khatamkan Al-Quran berserta terjemahannya di dalam bulan yang suci ini juga =) Ada banyak fadhilat2 yang dinyatakan tentang pahala membaca Al-Quran di dalam bulan Ramadhan, rasa2nya rakan2 juga sudah tahu kebanyakkan daripada dalil dan hadis2 tersebut..cuma menunggu masa untuk kita bertindak dan mula 'berlumba-lumba' mengejar kebaikan tersebut =)

Dengan izin Allah SWT..sekiranya berkemampuan, saya juga akan mulakan satu projek yang di blog ini yang dipanggil 'Shift_Ramadhan : Jewels From The Quran' .. ianya satu alternatif yang saya gunakan untuk mem-'push' diri ini agar sentiasa cuba untuk mendalami al-Quran dengan lebih kerap, dan dalam masa yang sama, berkongsi apa2 ibrah terbaek bersama para pembaca semua =)

Projek ini akan bermula pada 1 Ramadhan nanti..dan akan dimulakan dengan pencarian ayat2 'Mutiara' yang elok untuk dikongsi kepada semua =) ..bermula dengan Juz 1 sehinggalah Juz yang ke-30 .. maksudnya, setiap hari akan cuba untuk update blog ini dengan entry2 yang mengumpulkn semua koleksi ayat2 pilihan yang baek dijadikan renungan bersama =)

Insya Allah..mari rakan2 semua =) .. kita cuba untuk khatamkan al-Quran di dalam bulan Ramadhan ini ye..sekiranya tidak mampu pun, kita cuba untuk mendalami seberapa banyak ayat yang kita boleh =) .. Mudah2an dengan usaha kecil kita ini, Allah akan melimpahkan keberkatan yang berlipat-ganda buat kita semua =) .. Lebih2 lagi di bulan yang sangat2 mulia ini..

Di bawah nie saya sertakan antara cara mudah yang boleh kita praktikkan untuk menjayakan misi 30 Juz Quran kita =)

Method ; Baca 4 m/s Quran setiap kali selepas solat berserta terjemahannya..5 waktu solat X 4 m/s = 20 m/s .. 20 m/s = hampir 1 Juz .. 1 Juz x 30 = Full Quran ^_^

Insya Allah..bilangan m/s tersebut bolehlah diubah-ubah mengikut kesesuaian masa selepas solat kita..mungkin 5 m/s - Subuh, 4 m/s - Zohor , 6 m/s - Asar , 4 m/s - Maghrib, dan 1 m/s - Isyak..apa yg penting, kita cuba untuk menghabiskan 20 m/s++ dalam sehari =) ..

Nie pula adalah pecahan2 Juz Quran kita =)

Juz’ 1 – Al Fatiha 1 – Al Baqarah 141
Juz’ 2 – Al Baqarah 142 – Al Baqarah 252
Juz’ 3 – Al Baqarah 253 – Al Imran 92
Juz’ 4 – Al Imran 93 – An Nisaa 23
Juz’ 5 – An Nisaa 24 – An Nisaa 147
Juz’ 6 – An Nisaa 148 – Al Ma’idah 81
Juz’ 7 – Al Ma’idah 82 – Al An’am 110
Juz’ 8 – Al An’am 111 – Al A’raf 87
Juz’ 9 – Al A’raf 88 – Al Anfal 40
Juz’ 10 – Al Anfal 41 – At Tauba 92
Juz’ 11 – At Tauba 93 – Hud 5
Juz’ 12 – Hud 6 – Yusuf 52
Juz’ 13 – Yusuf 53 – Ibrahim 52
Juz’ 14 – Al Hijr 1 – An Nahl 128
Juz’ 15 – Al Isra (atau Bani Isra’il) 1 – Al Kahf 74
Juz’ 16 – Al Kahf 75 – Ta Ha 135
Juz’ 17 – Al Anbiyaa 1 – Al Hajj 78
Juz’ 18 – Al Muminum 1 – Al Furqan 20
Juz’ 19 – Al Furqan 21 – An Naml 55
Juz’ 20 – An Naml 56 – Al Ankabut 45
Juz’ 21 – Al Ankabut 46 – Al Azhab 30
Juz’ 22 – Al Azhab 31 – Ya Sin 27
Juz’ 23 – Ya Sin 28 – Az Zumar 31
Juz’ 24 – Az Zumar 32 – Fussilat 46
Juz’ 25 – Fussilat 47 – Al Jathiya 37
Juz’ 26 – Al Ahqaf 1 – Az Zariyat 30
Juz’ 27 – Az Zariyat 31 – Al Hadid 29
Juz’ 28 – Al Mujadila 1 – At Tahrim 12
Juz’ 29 – Al Mulk 1 – Al Mursalat 50
Juz’ 30 – An Nabaa 1 – An Nas 6

Insya Allah..mari kita "Shift Ramadhan" kita ke arah yang lebih baek daripada tahun2 sebelumnya..Berbekalkan segala nikmat kelapangan masa dan kesihatan yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada kita, mudah2an misi 30 Juz kita ini akan dapat dicapai dengan baek =) ..sama2 kita berdoa agar diberikan kekuatan drp Allah SWT =)

Selamat beramal ^_^

Wassalam ~

Shift_Paradigms #41 : Aku, Engkau & Cinta



.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.

Kesilapan dalam bermain madah acap kali membawa implikasi yang kurang baik kepada kita semua..oleh sebab itulah diri ini kadangkala cuba mengelakkan diri daripada banyak membuat entry yang berkenaan dengan perasaan dan cinta..takut akan terbawa salah faham pula dlm kalangan pmbaca semua..huhu

Namun begitu, lambakan soalan2 di Formspring dan juga tinjauan daripada penilaian diri yang kerdil ini membuatkan saya rasa ada sedikit keperluan untuk membuat entry ini..mudah2an apa yang kita bincangkan di sini insya Allah baek utk kita jadikan renungan bersama =)

Post ini juga adalah kesinambungan kepada post 'Mencari Kerdipan Yang Hilang' (Ogos 2010) yang lalu ^_^

.......................................

Salam Mahabbah Fillah ^_^

'Aku, Engkau & Cinta'

' Ok hazim..apa citer dengan tajuk ? Anda kemaruk ? '

' Amboi,hazim ! dalam diam2 ek :p '

Hoho..saya tahu ada antara pembaca yang nak kuarkan kenyataan2 yang macam nie..jadi awal2 saya nk clarify-kn yang entry nie bukanlah nak menceritakan tentang pengalaman2 cinta..apatah lagi ingin membuat sebarang pengakuan ataupun statement yang bukan2..jangan ada yang salah faham plak ye..insya Allah =)

Rakan2 pembaca semua..

Apabila membuka topik tentang hal2 cinta ataupun perasaan..sudah menjadi kebiasaan bagi kita di zaman ini untuk mudah tersenyum dan berbunga hati..apa tidaknya ? Sekiranya kebanyakkan bahan yang kita tonton di televisyen ataupun internet rata-rata berkisarkan perasaan dan juga cinta, memang tidak hairanlah jika topik ini menjadi tarikan ataupun bualan ramai insan..

Hal ini membawa kita kepada beberapa siri soalan..

Mengapakah agaknya filem ataupun lagu2 di zaman ini penuh dengan genre romantik ataupun cintan-cintun ?

Lihat sahaja kepada lambakan filem/drama yang telah kita tonton, berapa banyakkah agaknya yang ber-genre dokumentari ataupun sarat dengan segala macam informasi ? Kemudian bandingkan pula dengan episod2 drama ataupun filem cinta yang selalu diiringi air mata itu..Perbezaannya ternyata begitu ketara sekali, betul x ? Hehe..

Belum lagi melihat kepada 'Playlist' lagu MP3 ataupun Media Player yang kita ada pada saat ini..Tidak dilupakan juga buku2 ataupun novel yang kita baca..

Oleh sebab itulah persoalan tadi timbul..mengapa ?

Saya sendiri cuba untuk mencari jawapannya..dan konklusi terbaek yang boleh sy berikan selepas membaca beberapa penjelasan drp penulis blog yg laen amat mudah ; ..Filem2 ataupun drama tadi sangat diminati ramai kerana ia sedang 'bermain-main' dengan elemen yang terpenting di dalam badan manusia..yakni HATI =)

Manusia itu mudah tersentuh apabila hal2 berkenaan perasaan dan juga hatinya diutarakan..ia juga akan mudah terharu melihat paparan2 ataupun 'scene' yang menggambarkan pengorbanan ataupun cinta..tanpa kita sedari kadang2 perkara tersebut mewujudkan harapan dan impian yang terbawa-bawa sehingga ke status 'Facebook' mahupun mimpi2 tidur..

Tidak hairanlah sekiranya kita acap kali melihat hal2 cinta itu lebih menjurus kepada perhubungan antara dua insan yang bergelar lelaki dan juga wanita..lakonan ataupun tidak, semuanya itu jarang kita ambil peduli..sedangkan definisi cinta itu sahaja lebih luas daripada semua itu..

Saya sayang kepada antum/antunna semua..cukuplah itu sebagai permulaan kepada madah yang kerdil ini ^_^

Rakan2 pembaca semua..

Cinta itu bukan lakonan..bukan juga ditulis di atas skrip untuk dipersembahkan kepada umum..ianya suatu proses..dan prosesnya itulah yang sering menjadi kekeliruan kepada kita semua =(

Cinta itu juga bukan sekadar bicara2 mulut..apatah lagi menjadi manisan tebu di bibir2 insan..ianya suatu ibadat yang sekiranya disalah faham oleh sesetengah golongan, ia bertukar menjadi fitnah dan kebatilan..

Perasaan cinta dan kasih itu lahir atas keizinan Allah SWT..dan ia telah menjadi lumrah dan sebahagian daripada hidup manusia sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini..

Murabbiku pernah berkata ; 'Tanpa cinta, mustahil institusi khalifah mampu kita bangunkan di dalam diri masing2'

Manusia itu diciptakan berpasangan dan saling memerlukan antara satu sama lain..Hawa itu juga dicipta atas dasar keperluan Adam untuk bercinta dan berkeluarga..maka, manakan mungkin ianya satu bab yang perlu kita jauhkan daripada pemahaman masing2..

Islam itu sendiri tertegak atas dasar cinta dan kasih sayang..memayungi dunia dengan lambakan insan yang bercinta dan menjalankan hubungan semata-mata kerana Allah SWT..

Oleh sebab itulah kita sering mendengar orang berkata, betapa cinta dan Islam itu berjalan seiring dan sejalan..permulaannya perlulah bersama Islam, begitu juga dengan pengakhirannya..kesemuanya harus selari dengan Islam..

Maka, sekarang bertanyalah kepada diri kita semua..adakah kita sedang 'memimpin' cinta ke arah syurga ? Ataupun ke arah kebinasaan dan azab api neraka =( ?

Rakan2 pembaca semua..

Ad-Deen kita ini begitu menghormati fitrah manusia..ia diturunkan oleh Yang Maha Mengetahui keperluan manusia..maka, adalah sesuatu yang melanggar lumrah sekiranya perasaan cinta itu diharamkan, sebagaimana para sami yang tidak dibenarkan berkhawin dan sebagainya..

Siapalah kita yang ingin menolak hadirnya pujukan cinta yang datang tanpa dijemput itu ? Huhu..

Oleh sebab itulah, Islam pada dasarnya tidak menghalang, tetapi sebaliknya memberikan panduan dan jalan untuk 'mengawal' dan 'memimpin' perasaan tersebut ke arah yang sewajarnya..dan bukannya sekadar memenuhi nafsu yang bergejolak..

" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan...." (Ar-Rum 30:21)

Subhanallah..Betapa indahnya ayat Allah ini =)

Ayat ini dengan jelas menerangkan kepada kita betapa perasaan kasih dan sayang itu sendiri merupakan anugerah daripada Allah SWT..dan tidaklah anugerah tersebut diberikan melainkan hanya setelah terciptanya hubungan yang sah antara dua insan yang bergelar suami isteri..

Realitinya mudah ; tidak ada hubungan intim antara lelaki dan wanita ajnabi melainkan atas simpulan dan tautan akad nikah yang sah =)

Maksudnya..selagi mana kita melahirkan rasa kasih dan sayang kepada silang jantina tanpa hubungan yang halal, maka perkara itu dikira telah melanggar etika 'bercinta' yang digariskan oleh Islam..

Maka, di sinilah timbulnya syariat Munakahat ataupun pembinaan Baitul Muslim =) .. Kesemuanya tidak lain, melainkan untuk mewujudkan institusi kekeluargaan yang dibina atas keredhaan dan rahmat daripada Allah SWT..

Saya masih ingat tatkala mendengar perkataan 'Baitul Muslim' (BM) buat pertama kalinya di bumi Moscow dahulu..bunyinya agak 'Islamik' dan 'Sweet'..apatah lagi selepas mendapat tahu betapa pembinaannya itu dijayakan oleh dua insan yang bercinta semata-mata kerana Allah SWT..dan yang lebih penting lagi, bercinta hanya selepas berkhawin =)

Tidak hairanlah kalau ramai daripada kita berseri-seri sahaja muka apabila membuka topik BM di meja makan торговый центр (Shopping Mall) ataupun tatkala di dalam kelas..

Namun begitu, setelah mendalami segala macam info dan juga kursus yang khusus berkenaan BM..maka, diri ini akui betapa takrifan yang kita ada berkenaan BM perlu diperbetulkan dengan sebaiknya..

Hakikatnya, pembinaan Baitul Muslim itu bukan cuma 'Islamik' ataupun sekadar cerita-cerita romantik antara dua insan yang bercinta kerana Allah SWT..ia lebih daripada semua itu..malah, memberikan definisinya setakat itu sahaja telah membuatkan BM itu lari daripada maksud dan hadafnya yang sebenar..

Baitul Muslim itu lebih daripada sekadar hubungan dua insan..ia merupakan salah satu daripada tangga yang membawa kepada anjakan tangga2 lain yang akhirnya mampu melahirkan ummah yang dirahmati oleh Allah SWT..

Dengan erti kata yang lain..Baitul Muslim itu merupakan anak tangga kecil yang bakal membawa kepada terciptanya Masyarakat Muslim yang jitu pegangan akidahnya..

Baitul Muslim itu bukan hanya kompilasi kisah2 cinta antara dua insan yang 'sweet' untuk didengari umum..bukan juga berbicara tentang siapakah agaknya bakal pasangan kita, ataupun macam mana nak khawin..kesemuanya itu hanyalah perkara2 kecil yang semestinya difikirkan oleh setiap pasangan yang ingin bernikah..

Selain itu, Baitul Muslim itu juga tidak berlegar-legar dengan isu berapa banyak lembu dan kambing yang ingin disembelih untuk Walimah..apatah lagi isu berapa banyak khemah tempat makan, hantaran mahupun warna baju pengantin yang 'matching' atau tidak..

Ya..sebab itulah pembinaan Baitul Muslim itu bukan hanya bermula sebulan sebelum bernikah..tetapi ia sepatutnya sedang 'dibina' pada saat ini lagi..atau dengan lebih tepat lagi, semenjak umur telah mencapai baligh..

Bukanlah maksudnya kita pergi ke luar sana dan mula mencari Syeikh2 ataupun Muslimah2 solehah yang boleh dijadikan pasangan hidup..bukan juga dengan hanya duduk berkhayal menanti 'Princess' ataupun 'Prince Charming' pujaan hatinya datang melamar..tetapi sebaliknya ia bermula dengan DIRI kita sendiri..

' Yup..Diri kita sendiri... '

Sebab itulah hal dan perkara tentang Baitul Muslim ini bukannya hanya didalami setelah bertemu calon yang sesuai dan sebagainya..tetapi ianya satu proses yang 'procedure'-nya telah bermula sejak dari awal lagi..

Bukankah kita ingin membina ummah yang cemerlang dan diredhai Allah ? Maka, bagaimanakah agaknya kita ingin mencapai semua itu sekiranya diri kita masih lagi keliru dengan ad-Deen ini =( ?..Dan lebih parah lagi, apabila diri kita semua masih lagi dibelenggu dengan maksiat dan keterbiasaan yang tidak berfaedah..

Benar..diri kita ini tidak akan lari daripada melakukan kesilapan..Baitul Muslim itu sendiri didasari dengan sifat saling melengkapi dan saling memahami..mungkin kita sudah terbiasa bangun di hujung2 waktu subuh, cepat melatah, panas baran, masak kurang garam, buat air teh kurang gula dan sebagainya..oleh sebab itulah Baitul Muslim itu comel dan indah =) , sebab peranan setiap pasangan terserlah dengan cara yang unik dan tidak disangka-sangka..

Suami yang sifatnya panas baran, cepat berputus asa dan selalu lupa..maka, peranan isterilah untuk 'mendukung' suaminya tadi..mendodoinya dengan penuh kelembutan..mengajarnya erti sabar dan tabah =) ..

Sekiranya si suami terlupa untuk membaca al-quran dan tahajjud malam..maka, bangunkanlah dia, dan ingatkanlah dia akan khilaf yang kadangkala tidak disengajakan itu..bukan apa, mungkin terlampau sibuk bekerja sehingga terlupa dengan segala macam perkara laen =) ..

Isteri yang ada sifatnya kebudak-budakan lagi..maka, peranan suamilah untuk mematangkannya..memimpinnya dan mengingatkannya akan tujuan dan matlamat hidup kita sebagai seorang Muslim di dunia ini..bukankah tujuan BM itu perlu selaras dengan tujuan hidup kita semua sebagai seorang abid dan jg khalifah di muka bumi ini ? Maka, sudah menjadi tanggungjawab si suami untuk membimbing tangan isterinya ke arah perkara tersebut =) ..

Isteri jg kadangkala rindu kepada keluarga yang jauh di kota..maka, suami perlulah faham akan kehendak dan keinginan isterinya..apa salahnya kalau sekali sekala menjenguk ibu dan ayah mertua =) Hubungan kekeluargaan juga akan lebih erat, dan isteri juga akan lebih senang dan sayang kepada suami..

Selepas bernikah..adalah menjadi amalan sunat untuk para suami memegang ubun2 kepala isterinya terlebih tahu..mudah2an dengan tindakan tadi menjadi bukti betapa si suami sanggup memikul beban dan tanggungjawab ketua keluarga..dan juga menjadi tanda kesetiaan si isteri kepada suaminya yang tercinta =) ..

Indahnya Baitul Muslim itu sebagai salah satu daripada maratib amal yang dinaiki oleh insan2 yang telah menggapai individu2 Muslim..tidak hairanlah sekiranya selepas ber-BM, kita sendiri boleh melihat impak positifnya kepada para ikhwah akhwat terhadap dakwah dan tarbiyyah mereka..

Dulu sering berusrah dengan orang yang bukan ahli keluarga..kini sudah memiliki 'usrah' dalam usrah sendiri..sekiranya Baitul Muslim tadi penuh dengan sakinah, mawaddah wa rahmah..sudah tentulah amal dan outputnya lebih hebat daripada biasa =) .. Aulad (Anak2) yang dilahirkan juga turut ditarbiyyah, menjadikan usrah mereka lebih daripada sekadar ukhuwah2 roti dan biskut =) ..

Oh..kalau nak dituliskan kehebatan dan kemanisan yang dapat daripada BM..tidak ada cara lain melainkan merasai nikmat BM itu sendiri..mendengarnya sahaja daripada para ikhwah akhwat tidak akan sama dengan merasainya sendiri..tetapi kena ingat, 'pembinaan' BM itu perlu bermula dengan apa =)

' Individu Muslim ^_^ '

Insya Allah..saya menulis ini bukanlah sebagai indikator yang saya bakal mendirikan rumah tangga dan sebagainya..tetapi ia sekadar renungan dan cebisan perbincangan kepada rakan2 semua, betapa cinta yang hakiki itu adalah milik Allah SWT..

Biarlah kita sendiri hingga hujung nyawa, asalkan kita tidak sepi dari kasih-Nya =)

Hal2 ketentuan jodoh dan pasangan hidup kita, biarlah Dia sahaja yang menentukannya..apa yang perlu kita buat pada saat ini adalah terus berusaha membaiki diri dan sentiasa bersedia membentuk elemen2 individu Muslim dalam diri masing2..

Mudah2an suatu masa nanti Allah akan berikan peluang kepada kita untuk merasai kemanisan Baitul Muslim itu =) ..

Insya Allah..saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Murabbi hebat, Akhi Ariff Azfarahim dan zaujah atas pernikahan mereka yang baru sahaja berlangsung beberapa hari lepas..semoga Baitul Muslim yang nta bina ini akan lebih menguatkan dakwah dan tarbiyyah nta ^_^

Mari rakan2 semua..Jom 'Shift Paradigm' sama2 ye ^_^

Wassalam..

Shift_Paradigms #40 : Besarnya Fitnah Kita..


.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.

Bayangkan ye..

Seorang pemain biola yang terkenal menggesek biolanya dengan begitu hebat sekali..di hadapannya terdapat lebih kurang 3000 orang penonton..

Kemerduan melodi yang dihasilkannya benar2 memukau setiap telinga yang mendengar..setiap bait dan bunyi yang dimainkannya sangat2 halus dan indah..tidak boleh disangkal lagi, pemain biola ini bukan calang2 orangnya !

Apa tidaknya !? Kalau penonton yang mendengar pun sudah ada yang menitiskan air mata kerana tersentuh dengan alunan muziknya, apakah lagi agaknya yang ingin disangsikan dengan kehebatan pemuzik tadi !!?

Tidak hairanlah sekiranya setelah habis sahaja bermain biolanya, hampir semua penonton bersorak, berdiri dan bertepuk tangan mengekspresikan kekaguman mereka..tidak dilupakan juga penonton yang mengesat air mata mereka yang telah mengalir sepanjang persembahan beberapa minit tadi..

' Wowww...magnificent..bravo2 !! '

' Terbaekkkk !!! ..'

----------------------------------------------

Baik..

Kenapa saya bawakkan sesuatu yang seperti ini ?

Ada apa dengan kisah pemain biola yang hebat tadi ?

Dan ada apa dengan sorakan dan kekaguman penonton2 yang mendengarnya ?

Rakan2 pembaca semua..

Sudah menjadi lumrah dan fitrah seorang manusia untuk berasa kagum ataupun 'amazed' dengan perkara2 yang hebat..

Sama ada perkara itu sesuatu yang dilihat, didengar ataupun dirasai dengan pancaindera yang kita ada..setiap satunya akan mudah terkesan dengan perkara2 yang berada di luar kemampuan sendiri..

Oleh sebab itulah kita akan berasa kagum apabila melihat manusia2 yang hebat dalam berpidato, hebat dalam bermain muzik, menyanyi, berlakon dan sebagainya..kerana hakikatnya tidak ramai manusia yang memiliki kebolehan yang sama..tidak hairanlah sekiranya kita sering menganjurkan pertandingan2 tertentu yang bertujuan untuk mempersembahkan kehebatan mereka kepada orang ramai..

Setiap kali sahaja ada peserta yang hebat dalam menyampaikan persembahannya, pasti pengakhirannya akan disambut dengan sorakan, tepukan tangan ataupun air mata..

Jadi ?

=)

Baiklah..

Ya akhi , ukhti ..

Tidak salah untuk kita berasa terharu ataupun ter-Wow dengan kebolehan2 manusia..

Tetapi..sama ada kita perasan ataupun tidak, kadangkala kita lebih banyak kagum dengan kehebatan2 manusia berbanding kehebatan Allah SWT =(

Buktinya mudah..Lihat sahaja kepada benda2 yang selalu menarik perhatian dan minat kita..

Kita kagum dengan manusia yang mampu mencipta pelbagai teknologi yang hebat..tetapi kita jarang sekali kagum dan terharu dengan ciptaan langit yang tidak bertiang..

Kita kagum dengan manusia yang mampu menyelesaikan masalah matematik yang sukar..tetapi kita jarang sekali memikirkan konsistensi, frekuensi dan ketepatan kiraan ciptaan2 Allah SWT yang tidak ada tolak bandingnya..

Kita boleh berdiri bertepuk tangan sambil mengalirkan air mata selepas mendengar nyanyian yang sangat syahdu alunannya..tetapi bagaimana dengan kecantikkan alunan ayat2 Allah SWT yang begitu indah bacaannya itu ?

Kita juga takkan dengar lagu2 yang kita x rasa sedap ataupun x sesuai dengan diri kita..maka, bagaimana dengan ketidak-kerapan kita mendengar ataupun membaca al-Quran Allah SWT ? Bukankah dengan tidak membacanya itu seolah-olah menggambarkan ketidak-kaguman atau ketidak-minatan (btul ke ayat?) kita terhadap ayat2 Allah SWT =( ?

Berapa kalikah agaknya kita pernah rasa benar2 kagum dengan Allah SWT sehingga tahap yang sama seperti pujian kepada manusia, bertepuk tangan ataupun berdiri mengalirkan air mata =( ?

Meskipun Allah SWT tidak pernah mengharapkan tepukan tangan ataupun sorakan kita..tetapi lihatlah bagaimana diri kita yang begitu mudah terpukau dan kagum dengan kehebatan manusia, namun kehebatan Allah SWT yang terserlah di dalam tubuh badan kita pada saat ini tidak pula kita kagumi =(

Kita sering memuji manusia2 yang hebat dalam bidang mereka..tetapi kenapa pujian2 kepada Pencipta mereka tidak pula kita lafazkan =( ?

Apakah manusia biasa seperti kita ini mampu menghasilkan perkara2 yang luar biasa itu tanpa bantuan daripada Allah SWT ?

Bagaimana rakan2 semua ? Layakkah lagi kita menggelarkan diri kita sebagai hamba-Nya yang bersyukur ? Sedangkan dalam masa yang sama, sudah begitu banyak nikmat, keagungan dan tanda2 kehebatan-Nya yang selalu tidak kita ambil peduli =(

Insya Allah..Sebelum kita bersorak ataupun membuat 'standing ovation' kepada kehebatan2 manusia , marilah kita panjatkan dahulu kesyukuran dan kekaguman kita kepada Pencipta Yang Maha Agung dan Maha Besar, yakni Allah SWT =)

Subhanallah..Alhamdulillah..Allahu Akbar..Engkau sememangnya hebat Ya Allah =)

Sama2 kita muhasabah ^_^ insya Allah

---------------------------------

" Besarnya Fitnah Kita "

Salam Ukhuwah Fillah ^_^

Alhamdulillah..syukur sangat2 kepada Allah SWT kerana memberikan kesempatan waktu untuk meng-update blog yang sudah sebulan lebih terbengkalai ini..

Segala puji dan syukur juga bagi-Nya yang telah memberikan suatu hikmah ujian yang benar2 membuatkan diri ini tertunduk memikirkan keadaan diri yang selalu benar alpa dengan segala nikmat kurniaan-Nya =( .. ujian ini kemungkinan besar Allah kurniakan sebagai kifarah dosa di dunia ini..

" Tidak seorang Muslim pun yang ditimpa keletihan, penyakit, susah hati, sedih, disakiti orang, derita, sehingga jika sebatang duri menikamnya, kecuali Allah memadamkan dengan itu semua dosa-dosanya" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Subhanallah..alangkah indahnya sekiranya kita mampu melihat segala ibrah dan hikmah yang Allah SWT turunkan bersama-sama ujiannya itu =)

Baik..rakan2 pembaca semua..

Kembali kepada entry yang ingin dibincangkan..

Agak2nya lah..sekiranya kita berbicara tentang 'Fitnah' .. siapakah golongan pertama yang terus ter-'pop-out' di kotak fikiran kita ?

Ermm..Musuh2 yang suatu ketika dahulu prnh membenci kita ?

Musuh2 Islam yang tidak pernah berhenti menaburkan fitnah ?

Ke kita teringat tentang ahli2 politik je ? Huhu..

Insya Allah..entry kali ini tidaklah ingin berbicara tentang arus perdana politik ataupun kerelevanan sesuatu method dalam menggapai suatu tujuan..tetapi apa yang ingin dibincangkan kali ini sesuatu yang lebih 'vital' untuk difikirkan bersama, dan 'fatal' sekiranya diendahkan begitu sahaja..

Kita boleh mengeluarkan segala macam figure dan bentuk manusia di dalam kotak fikiran kita pada saat ini..kita boleh menuding jari kepada segala macam pihak atas kewujudan fitnah2 yang membelenggu masyarakat..tetapi kita acap kali terlupa kepada satu figure manusia yang sebenarnya lebih dominan pada saat ini..

" Erkk..diri kita sendiri ? "

" Ya..kita terlupa kepada diri kita sendiri !! "

Err..tapi bukankah selama ini kita cuba sedaya upaya untuk membersihkan fitnah, ataupun sekurang-kurangnya tidak melibatkan diri dengan sebarang bentuk fitnah yang wujud dalam masyarakat kita ? Maka, bagaimana pula kita yang dikatakan sedang menabur fitnah ?

" Ini x boleh jadi ! "

Rakan2 pembaca semua..

Apakah agaknya yang kita faham dengan maksud fitnah ?

' Menyebarkan khabar2 palsu untuk menjatuhkan maruah atau martabat seseorang..'

' Fitnah lebih besar dosanya daripada membunuh ! '

' Fitnah memecah-belahkan perpaduan masyarakat... '

Kesemuanya benar..tetapi bagaimana pula dengan membawa fitnah terhadap Islam ?

' Menghina Allah SWT !! '

' Memburuk-burukkan Rasulullah SAW !! '

' Bakar Al-Quran !! '

' Tuduh orang Islam 'terrorist' ! '

Benar..Sudah tentu kita masih ingat perisitiwa pahit yang pernah melanda umat Islam sekitar tahun 2008 dahulu, yakni tatkala penerbitan filem pendek bertajuk 'Fitna' yang dihasilkan oleh Geert Wilders, seorang ahli parlimen Belanda yang berpengaruh..Filem ini bukan sahaja membangkitkan kemarahan umat Islam, tetapi ia juga telah membawa kepada beberapa siri demostrasi dan bantahan di seluruh dunia, sama ada berbentuk radikal mahupun biasa2 sahaja..

Tidak dilupakan juga dengan kenyataan ' Draw Muhammad Day' (2010) ataupun ' Burn a Quran Day' (2011) yang diasaskan oleh seorang Pastor bernama Terry Jones..setiap satu daripada event2 ini dengan jelas bertujuan untuk menghina serta menabur fitnah yang bukan2 tentang Islam..

Saya sendiri masih ingat tatkala orang ramai bersemangat mmbuat bantahan di Facebook ttg 'Draw Muhammad Day', sehingga semuanya bersepakat untuk deactivate-kn FB account utk beberapa hari tertentu sebagai salah satu bentuk protes terhadap Group Page FB yang mem-promote 'Day' tadi...Saya yakin rakan2 semua tentu masih ingat perisitiwa ini..

Tidak dilupakan juga lambakan video2 di YouTube yang dihasilkan semata-mata untuk menyerang atau memfitnah Islam..

Siapa tak marah kan ? Huhu..maka mulalah kita memberi respons sendiri..tetapi sedih..sangat sedih =(

" A : What is this video ? Islam ? More like **** to me ... "

" B : Hey you **** !! How dare u to insult Islam !!?? Islam is the truth ! All of u will go to H*** .. Remember that u ******** "

Huhu...agak2nya si A tadi terkesan tak nak kaji kebenaran dan kesucian Islam selepas membaca comment si B ? Cuba letakkan diri kita sebagai A dan nilailah sendiri =( ..

Ianya umpama sedang melihat seorang penjual ubat jerawat yang sibuk mem-promote jualan ubatnya dengan suara yang lantang, sedangkan mukanya sendiri sedang penuh dengan jerawat..bukan itu sahaja, boleh pula dia pergi kutuk muka2 orang yang ada di tengah jalan tue..agak2nya orang nak beli tak produk tue =( ? Huhu

Bagaimanakah agaknya kita boleh semangat mengatakan Islam is the TRUTH ? Apabila diri kita sendiri sedang menayangkan FALSEHOOD ?

Memanglah kita berasa marah dan geram dengan segala tuduhan yang menghina itu, tetapi takkanlah sehingga menjanjikan H*** pula buat mereka. Bagaimana sekiranya pengakhiran hidupnya dia beramal dengan amalan ahli2 syurga ? Sedangkan kita pada saat ini masih lagi dibelenggu karat2 jahiliyyah yang sememangnya tidak membawa apa2 melainkan kemurkaan Allah SWT =( ..

Nampak bagaimana kita sendiri sedang membawa fitnah kepada Islam yang indah ini =( ?

Kadangkala kita menyangka kita sedang mempertahankan kesucian dan kebenaran Islam..walhal kita sendiri sedang menaburkan fitnah yang agak besar kepada ad-deen ini..Fitnah yang bukan sahaja menjauhkan orang2 bukan Islam daripada mempelajari Islam, tetapi juga seolah-olah sedang membenarkan 'desas-desus' betapa Islam itu mengajar keganasan dan terrorism..

Perkara ini juga sama dengan apa yang berlaku di negara kita..masih ingat isu penggunaan kalimah Allah dahulu ? Isu yang terlalu hangat sehinggalah akhirnya ada antara kita yang mula mengambil langkah sendiri dengan membakar gereja dan sebagainya..huhu..

'Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya TuhanMu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. ' (An-Nahl : 125) '

Tidakkah kita pernah berasa kesian ataupun simpati dengan mereka yang belum lagi mengetahui kebenaran islam itu =( ? Apa yang kita tahu buat hanya menutup pintu2 yang membawa mereka kepada Islam dengan pandangan skeptikal betapa Islam nie kononnya milik kita semata-mata..sedangkan hakikatnya Islam ini milik Allah SWT, dan orang2 di luar sana berhak untuk mengetahui mesejnya..bukannya menjauhkan lagi mereka daripadanya =( ..

Belum lagi berbicara tentang respons kita terhadap isu membakar, memijak Al-Quran dan sebagainya..

Bertanyalah kepada diri sendiri..'layakkah' kita berasa prihatin dan marah dengan tindakan musuh2 islam itu ? Sedangkan dalam diam diri kita sendiri hakikatnya malas menelaah Al-Quran dan membacanya..bukankah itu juga seolah-olah sedang 'membakar' Al-Quran di dalam hati kita semua =( ?

Sedarlah kita betapa insan2 yang masih belum mendapat hidayah Allah itu mengerjakan kemungkaran dalam keadaan mereka masih jahil akan perkara tersebut..tetapi kita pula, mudah sahaja mengerjakan maksiat, sedangkan diri kita berada dalam keadaan tahu dan sedar akan dosa perbuatan tersebut..maka, agak2nya siapakah yang sedang membuat kemungkaran yang lebih besar di sisi Allah SWT ? Mereka yang tidak tahu itu, atau kita yang serba tahu ini =( ? Huhu..

Kita sedang memboikot produk2 Israel ?

Tetapi..

Tetapi mengapa Sunnah Rasulullah SAW itu turut sama kita 'boikot' ? Kenapa peringatan dan akhlak2 yang baginda tunjukkan itu jarang sekali kita jadikan ikutan dan pedoman ?

Apabila kita dengan mudah sahaja mengeluarkan kata2 kesat, bergaduh sesama sendiri ataupun memaki golongan manusia yang lain..bagaimana agaknya kita masih boleh mengaku diri kita sebagai pengikut Rasulullah SAW pada saat ini =( ? Apakah kita mempunyai kekeliruan terhadap definisi 'pengikut' yang dengan jelas dibina atas kata dasar 'ikut' itu ?

Tidakkah kita malu ya akhi ? ya ukhti =( ?

Sekiranya Rasulullah SAW ada bersama2 kita pada hari ini..banggakah baginda melihat keadaan kita yang kadangkala lebih sibuk untuk 'berdemonstrasi beramai-ramai' menentang kekotoran pilihan raya..meskipun tuntutan dan hadaf perkara tersebut Insya Allah baek, tetapi dalam masa yang sama, mengapa 'demonstrasi' individu melawan nafsu dan jahiliyyah kita masih lagi belum bermula =( ? Kenapa kita lebih bersemangat dalam mengajak orang laen kepada demonstrasi yang seperti itu, tetapi tidak dalam hal2 menghapuskan maksiat kita =( ?

Rakan2 pembaca semua..

Setiap seorang daripada kita adalah pemimpin..sebagai seorang muslim, sifat memimpin itu wajar dibina dalam diri kita semua, sebagaimana para sahabat Rasulullah SAW yang ternyata tajam kepimpinan2 mereka..mereka bukan sahaja menjadi pengikut, tetapi juga berusaha untuk membawa orang lain agar sama2 menjadi pengikut..

Namun begitu, kita takkan mampu menjadi pemimpin kalau kita masih lagi terikat dengan segala macam hiburan dunia..masih lagi dibuai mimpi2 palsu yang terus melenakan kita daripada realiti ummah kita pada saat ini =( ..

Seperti kata2 seorang ukhti di dalam blognya ; ' Kita sebagai umat Islam adalah DUTA KECIL kepada agama Islam itu sendiri. Akhlak kita, percakapan kita, ibadah kita. Semua itu akan dinilai oleh mereka2 yang ingin tahu bahawa Islam adalah agama yang bagaimana sebenarnya '

Duta kecil yang berperanan besar =)

Ya Akhi..Ya ukhti..dirimu amat bernilai dan amat berharga kepada ad-deen ini..tidaklah Allah memilih kita semua sebagai penganut agama-Nya ini melainkan atas dasar layaknya kita memikul tanggungjawab yang datang bersamanya..Maka, apakah lagi yang sedang kita lakukan dengan hiburan2 dunia itu =( ? Bukankah kita ada perkara yang lebih utama untuk dibuat pada saat ini ?

Sekiranya kita sedang berada dalam bangunan yang sedang terbakar..dan hanya kita seorang sahaja yang tahu tentang perkara tersebut, tidakkah kita akan mempunyai 'sense of urgency' untuk mula memaklumkannya kepada orang lain ? Di manakah sense of urgency itu pada ketika ini =( ? Atau kita ingin turut sama terbakar di dalam bangunan tersebut ? Huhu..

Insya Allah..mari kita sama2 "Shift Paradigms" kita dan mula kembali kepada ajaran Islam yang kaffah (Keseluruhan) .. marilah bertanya kepada diri kita, sebanyak manakah agaknya sumbangan yang telah kita berikan kepada ad-deen ini ? Atau kita cuma menaburkan lebih banyak fitnah sahaja ?

Tamparan yang padu buat diri ini yang selalu benar alpa dan lupa =(

Mari sama2 muhasabah..insya Allah..maafkan sy ek klu entry yg nie panjang berjela-jela..dah lama tidak update blog nie, kebanyakkan benda yang saya nak sampaikan sebelum nie semuanya terperap dengan lama..hanya hari nie berkesempatan untuk keluarkan =)

Wassalam..

ShareThis

Related Posts with Thumbnails