::..|_ Paradigm Shift _|..::

" … Only in the remembrance of Allah do heart find peace. (Ar-Ra'd, 13:28) "

Shifting_Paradigms #23 : Mencari Kerdipan Yang Hilang

.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.

Kadangkala...

Kita terpaku mencari jawapan kehidupan..

Berlari dan terus berlari..

Mengharapkan penghujung yang sejati..


Tercungap-cungap mencari nafas ketenangan hakiki..


Lantas kita berhenti sebentar..

Refleksi diri yang kian gentar..

Bertanya semula kepada kalbu yg keletihan..


Apa yang engkau lari-larikan ?


Apabila hakikatnya..

Kebahagiaanmu tersuluh di depan mata..


Kemuliaanmu terpancar hatta di celah2 kota..

Walau dunia penuh pancaroba..

Dirimu sentiasa menanti masa..


Mencari.. dan terus mencari..

...Kerdipan Yang Hilang...


Betapa mulianya diri kita..

Betapa tingginya darjat kita..

Betapa indahnya penciptaan kita..

Semuanya tidak lain..bermula drp Allah Yang Maha Esa, Maha Agung lagi Maha Besar..

Allah memberikan kita 86,400 saat pada hari ini dan hari sebelumnya..pernah tak kita gunakan walau sesaat untuk mengucapkan ' Alhamdulillah..terima kasih Allah ' ?

Walaupun pada saat dan ketika ini..ada saudara kita yang baru sahaja kehilangan sepasang tangannya..kehilangan ibu, bapa dan anak-anak..hidup dalam kesempitan dan diancam dengan segala macam cara..

Pernahkah kita bersyukur dengan segala apa yang dikurniakan kepada kita ?

Apabila pujian2 kepada Allah yang kita ungkapkan hanya penuh dengan omong-omong kosong...jauh sekali daripada manifestasi amal dan iman..

Pernahkah ?

Memang tidak dinafikan..Itulah kita... =(

Salam Ramadhan Al-Mubarak.../hihi

" Mencari Kerdipan Yang Hilang "

Insya Allah, pada bulan yang mulia, hebat lagi mantap ini..ana keluarkan satu post yang sudah lama terbuku di kepala, cuma belum menjumpai masa yang sesuai untuk di'publish'kan ke dalam blog ini..Alhamdulillah, hari ini Allah berikan kekuatan =) ..

Rakan2 pembaca semua,

Kilauan kerdipan mereka laksana bulan yang hadir pada malam hari, menerangi seluruh pelosok dunia dengan kecantikan budi pekerti dan akhlak yang terpuji..

Ketika Allah menciptakan mereka...kesemuanya harus menjadi seorang yang istimewa..dikurniakan dengan bahu yang cukup kuat untuk menampung fatamorgana dunia. Namun, harus cukup lembut untuk memberikan ketenangan dan kebahagiaan..

Meskipun dilitupi dengan 'selendang islami' dan hijab kemuliaan..Mereka dikurniakan Allah dengan kekuatan dalaman yang abadi, cukup kuat untuk melahirkan anak dan menahan mehnah tribulasi yang seringkali datang daripada anak itu..

Allah menguji mereka dengan kekerasan dan kesengsaraan agar dirinya tetap tabah ketika orang lain sudah menyerah..mengasuh keluarganya meskipun ditemani dengan penat lelah yang tidak pernah henti walau sesaat..

Allah memberikan kefahaman dan sifat penyayang yang tinggi kepada mereka..demi menahan kerenah anak-anak yang sering menyakitkan hati mereka, tetapi tetap jua anak itu disayangi tanpa kurang walaupun sedikit..

Allah memberinya kekuatan untuk 'mendukung' suaminya yang dilanda kegagalan dan kesusahan..melengkapi 'tulang rusuk' kebahagiaan yang selama ini dicari..

Dikurniakan air mata untuk dititiskan..Namun, ramai yang tidak tahu, titisan-titisan itulah yang telah banyak melahirkan 'lautan ibrah' yang luas terbentang buat tatapan sanubari..

Itulah mereka..insan-insan yang bergelar wanita..

Kalianlah pencorak masa hadapan dunia..tidak ada insan selain Nabi Adam yang melihat dunia ini tanpa bermula daripada rahim seorang insan yang bergelar wanita...keluarkanlah nama-nama yang tersemat di lubuk pemikiran kita, hebat ataupun tidak insan tersebut..mereka semua melalui alam rahim yang sama seperti kita semua...diasuh dan dijaga dengan penuh kasih sayang..daripada saat kita merangkak, berjalan sehinggalah mampu berlari, insan2 ini tidak pernah meninggalkan kita..

Maka, adakah sesiapa yang berani merendah-rendahkan kaum ini ?

Ya..kita yang bergelar ar-rijal (lelaki) ..

Mengakulah betapa kesengsaraan akan menimpa dirimu tanpa belaian kasih dan sayang daripada kaum yang bergelar wanita ini..

Mengakulah betapa hati-hatimu sentiasa teruji hatta hanya dengan mendengar bingkisan suara mereka yang penuh kelunakan..

Sedangkan Adam sunyi tanpa Hawa..apakah agaknya yang tiada di Syurga ?

Masihkah kita tidak ingin mengaku kehebatan mereka yang bisa melentur peribadimu secara total ?

Tetapi..

Tetapi mengapa golongan ini juga yang engkau permain-mainkan maruahnya ?

Kenapa mereka juga yang engkau siul-siulkan di tengah jalan itu ?

Kenapa srikandi2 ini juga yang engkau rosakkan akhlak dan peribadinya ?

Diri kita fitrahnya dilahirkan sebagai seorang pemimpin..membimbing kaum hawa ini satu obligasi, bukan ilusi..

Dirimu adalah Qowwamun (Pelindung) kepada wanita..bukannya perosak =( ..

Mengajak mereka berdua-duaan di tempat gelap itu bukan 'melindungi' namanya..

Bicara manis dan romantis di telefon dan sms itu pula hanyalah insuran2 palsumu..sedangkan sijil nikahmu dengannya pun belum ada, betapa beraninya dirimu mengatakan akan mendaki gunung Everest dan merentas lautan api demi meraih cintanya..

Cinta ? Itu sesuatu yang agak panjang untuk dibincangkan di dalam post ini..

Apa yang penting..cinta kepada insan itu terletak pada pembentukan Baitul Muslim-mu .. bukan pada hubungan2 palsu yang kita 'jaga' dan sanjungi itu..

Cinta itu juga Islam..maka, keadaannya perlulah Islam..pengakhirannya perlulah Islam..bukannya disaluti dengan nafsu yang bergejolak..

Maka, bertanyalah semula kepada diri kita..adakah kita sedang 'memimpin' cinta kita ke arah syurga ? Ataupun ke arah neraka ?

" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan...." (Ar-Rum 30:21)

Sama2 kita muhasabah ya akhi =) ..

Duhai..dikau yang bergelar srikandi..

Dirimu pada dasarnya dicipta dengan penuh kemuliaan..dikurniakan dengan sesuatu yang mustahil dimiliki oleh ayah, adik, dan abangmu..

Ketahuilah betapa suara lunakmu bisa menggegarkan dunia...

Sedarilah betapa pandangan dan peribadimu melahirkan ibrah yang menggunung..

Dirimu begitu berharga sebagai penenang hati-hati yang sedang gundah gulana..

Dirimu lebih kuat daripada yang apa engkau sangkakan..

Sedangkan sebuah kerajaan pun boleh jatuh disebabkan seorang wanita..Apatah lagi untuk menghancur-luluhkan kehidupan seorang lelaki yang berpenyakit hatinya..

Engkau ibarat mawar yang berduri..sentiasa berdiri menahan bayu cabaran yang mendatang..hatta kumbang datang untuk membinasa, duri dahanmu tetap bersedia..tetap tidak pernah hilang harga diri, meski dipujuk dan dirayu oleh nafsu sendiri..melainkan syariat yang memberi..

Facebook dan blog itu bukan tempat manifestasi kecantikan paras rupamu =( ..

Nilai maruahmu begitu tinggi untuk ditayangkan kepada yang bukan hak..

Jangan..jangan digadaikan untuk sesuatu yang tidak setaraf dengan nilai harga dirimu ya ukhti =( ..

Kecantikanmu bukan pada paras rupa..tetapi lebih kepada akhlak dan peribadimu yang suci itu..

Seorang wanita solehah dalam kalangan kalian itu hakikatnya lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh..tidak hairanlah sekiranya dirimu mendapat pengiktirafan 'sebaik-baik perhiasan dunia' ..

Wanita solehah itu...

Teguh menjunjung syariat Allah..dia tidak akan pernah membiarkan dirinya menjadi busar panahan syaitan..diperalatkan untuk mengumpan kaum Adam yang kadangkala terlalu gopoh dengan hawa nafsu masing2..

Wanita solehah itu...

Sentiasa tenang jiwa sanubarinya..mengingati Allah di saat suka dan duka..

Ya..hatta diuji dengan ujian yang boleh sahaja membuatkan insan lain tersungkur jatuh..tetapi bukan engkau..kerana kelebihanmu terletak pada ketenangan dan kesucian hatimu di sisi Allah SWT..

Betapa tingginya darjatmu di sisi Islam..

Betapa mulianya kedudukanmu di sisi para suami yang mencintaimu kelak..

Maka, mengapa perlu berfikir dua kali apabila Allah arahkan untuk menutup aurat ya ukhti =( ?

Mengapa perlu ditayangkan perhiasan-perhiasan yang tidak berhak dipandang oleh lelaki2 ajnabi itu ya ukhti =( ?

Bukannya kalian tidak tahu..hati ar-rijal (lelaki) itu mudah sahaja bergetar melihat diri kalian semua..mencari kesempatan yang kini ada daripada kalian yang memberinya dengan mudah =( ..kemudian terlahirlah pelbagai kemaksiatan yang bertunjangkan kepada satu masalah..keimanan kita kepada Allah SWT..

Pandangan Allah ataupun pandangan manusia...yang mana satukah agaknya prioriti utama yang kita jadikan sebagai pemandu tindak laku kita di dunia ini ?

Wahai Srikandi-srikandi syurga..

Bukanlah artis-artis Barat dan Korea itu yang menjadi idola kalian..

Bukan juga yang terlari daripada landasan matlamat yang hakiki..

Kalian menjadi sayap kiri kepada kebangkitan Islam di dunia ini, bersama-sama berjuang dengan para Muslimin..betapa ruginya jikalau masa2 kita dihabiskan dengan mendengar lagu2 yang tidak menyebut pun nama Allah SWT Yang Maha Suci =(

Sejarah mencatatkan banyak jejak2 srikandi yang begitu tabah lagi halus peribadinya..mengapa bukan mereka yang menjadi contoh ikutan utama ?

Sesetengah orang pernah berkata..sejarah itu ibarat pentas bermain wayang..dibaca..kemudian diulang, dan diulang..dan diulang..berapa kali pengulangankah agaknya yang diperlukan oleh diri kita untuk menyedari kehebatan para Mujahidah Islam dahulu kala ?

Kesetiaan pengorbanan Siti Khadijah Binti Khuwailid hampir lupus dek zaman 'futuristik' muda-mudi..

Kebijaksanaan Aisyah Binti Abu Bakar seolah-olah sesuatu yang benar-benar luar biasa bagi kita semua..

Ketabahan Fatimah Binti Al-Khattab, Mashitah dan Siti Hajar pula nampaknya hanya dipelajari dengan titisan air mata..kesayuan dan kesedihan yang selalu tidak mempunyai penyusulan =( ...

Ya ukhti..

Sumayyah mengukir sejarah kerana kemantapan akidahnya kepada Allah SWT..meskipun pada saat itu Islam belum lg melakar 2/3 dunia..tetapi kisah dirinya benar2 membuatkan kita sebak..

Kita pula ? Apa sejarah yang ingin kita lukiskan dalam kehidupan kita ini ?

Kita tahu dan kita percaya..tidak mustahil untuk kita membentuk semula peribadi insan2 yang luar biasa ini...Cuma persoalannya..Siapa ??

Tidak kira yang lelaki mahupun wanita...kita wajar mencontohi kehebatan mujahidah2 islam ini dengan mengambil ibrah daripada lembaran perjuangan mereka yang tidak pernah gentar menghadapi musuh, kerana diri merekalah contoh wanita solehah yang terbaik buat kita semua =) ..

Merekalah...kerdipan yang hilang itu..

Janganlah kita biarkan kerdipan itu pergi begitu sahaja..carilah kilauannya yang terang itu..kesemuanya sudah tersuluh, cuma menunggu masa untuk kita memakai 'kaca mata' iman dan islam kita ^_^ ..

Ya Rijal dan Nissa (wanita) ..

Insya Allah..dalam bulan yang penuh dengan 1001 hikmah ini..marilah sama2 kita 'Shift Paradigms' kita ..meletakkan sesuatu itu pada syariatnya, lantas mampu membuat keputusan dengan minda yang mustanir (cemerlang) =) ..

Sesungguhnya pembinaan Baitul Muslim yang indah itu bukan bermula dengan pertanyaan adakah kita telah bersedia ? Tetapi lebih kepada adakah kita telah berusaha..untuk bersedia ? - Hilal Asyraf

Wassalam ^_^ ..

Shifting_Paradigms #22 : Membiasakan Yang Luar Biasa



.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.

Walau diri seringkali leka,

Walau diri telah mengukir 1001 dosa ,

Walau jauh daripada rahmat petunjuk-Nya..Namun ,

.." Allah Tidak Pernah Lupakan Kita " ..

Lihatlah sahaja diri kita yang sering melupakan Allah SWT, tetapi Allah tidak pernah meninggalkan kita..

Lihatlah sahaja ummah kita yang kian parah...mencari dan terus mencari tujuan dan matlamat hakiki yang realitinya sudah tersuluh di depan mata..

Namun begitu, Kita masih diberikan udara tanpa sebarang cas dan tunggakan..

Kita masih berdiri sihat meniti kehidupan yang kian suram dari hari ke hari..

Mendapat rezeki yang tidak pernah putus daripada-Nya..

Betapa kerdil dan hina-Nya kita..

Betapa Besar dan Mulia-Nya Allah SWT..

Tetapi yang kerdil dan hina ini jugalah yang paling banyak melupakan diri-Nya, sedangkan Yang Maha Besar dan Mulia tidak pernah sesaat pun melupakan kita =( ..

Maka, bertanyalah kepada diri kita semula.. Apakah agaknya yang telah kita sumbangkan kepada Allah SWT dan agama-Nya ?

Apakah agaknya yang telah kita lakukan untuk membuktikan diri kita ini adalah 'Hamba' kepada-Nya ?

Duduk berjam-jam melayari internet ; Facebook , YM , Blogging dan sebagainya ?

Bergelak ketawa dengan rakan2 lain sambil menyuap seketul ayam KFC ke dalam mulut ?

Ataupun berbaris panjang untuk membeli tiket menonton filem box-office terbaru di panggung ?

Oh..jangan lupa juga dengan duit2 yang telah kita 'nafkah'kan kepada gedung2 beli belah yang kini sedang hangat memberi diskaun sehingga 70% itu..

Maha Suci Allah daripada apa yang telah kita lakukan kepada-Nya =( ..

Namun begitu ya akhi dan ukhti semua,

Allah SWT tetap tidak pernah berhenti memberikan nikmatNya kepada diri kita yang seringkali lupa dan alpa ini =( ..

Tidak pernah jemu memberikan segala apa yang terbaik buat diri kita.. Tetapi kita tetap berada dalam keadaan berpura-pura, seolah-olah semuanya itu tidak pernah berlaku kepada diri kita =( ..

Salam Ukhuwah Fillah... /hihi

" Membiasakan Yang Luar Biasa "

Buat post kali ini, sy memilih tajuk yang agak 'luar biasa' sedikit, kalau terlalu 'biasa' dengan yang 'biasa' pun kadangkala tidak menarik =) ..

Rakan2 Pembaca semua,

Hakikatnya, terlalu banyak perkara yang berlaku kepada diri kita, sehingga pengulangan kepada perkara2 tersebut membawa kepada 'kebiasaan' .. seperti kata cikgu Bahasa Melayu kat sekolah dulu, Alah Bisa Tegal Biasa ..

Makan menggunakan tangan kanan, minum menggunakan mulut dan tidur perlu ada katil dan sebagainya..semua ini menjadi sesuatu yang biasa buat kita, apa2 yang melanggar hukum logik dan kedinamikan perkara tersebut akan menjadi sesuatu yang 'luar biasa' , atau setidak-tidaknya sesuatu yang menjanggalkan atau pelik..

Minum menggunakan telinga ? Huhu..

Namun begitu, perkara2 di atas merupakan sesuatu yang menjadi lumrah manusia, sesuatu yang pada dasarnya kelihatan sihat, harmoni dan 'mampu' dipraktikkan oleh komuniti sejagat..lebih-lebih lagi apabila adat dan budaya membawa pengaruh yang agak besar kepada perlakuan2 tersebut..

Tetapi, hakikatnya...bukan semua perkara yang kita anggap 'biasa' dalam masyarakat kita kini sesuatu yang menjamin kebahagiaan sejati..apatah lagi sekiranya yang 'biasa' itu didorong oleh hawa nafsu dan kepentingan peribadi..

Membaca novel dan majalah di dalam KTM, LRT, Metro dan Bas yang sesak itu sesuatu yang BIASA ..

Tetapi, membaca Al-Quran ketika duduk diam di tepi taman itu pula sesuatu yang LUAR BIASA buat kita semua..

Kereta yang terlalu banyak sehingga tidak ada 'Parking' semasa ingin mengerjakan solat Jumaat dan Solat Sunat Aidilfitri di masjid itu sesuatu yang BIASA ..

Tetapi sekiranya sehingga tidak ada 'Parking' ketika masuk waktu Subuh untuk berjemaah di masjid itu juga tiada..itu sesuatu yang LUAR BIASA ! ..

Samalah juga dengan hal berkepit-kepit di khalayak ramai, berdua-duaan, melayari internet tanpa henti dan sebagainya..semua itu menjadi sesuatu yang BIASA buat kita semua..sesuatu yang sekiranya kita rasa perkara itu salah pun, kita cuma sekadar menggelengkan kepala..

Kes buang bayi, rasuah, dera anak, bunuh, rompakan etc...Bukankah itu semua sesuatu yang BIASA terpampang di TV dan akhbar2 kita ?

Tetapi jarang pula perkara2 LUAR BIASA seperti ceramah2 keagamaan, sirah2 Nabi dan program2 pemantapan akidah disiarkan secara besar-besaran..sekiranya ada pun, hanya sekadar 'cukup syarat' buat channel2 tertentu..

Perkara2 yang biasa ini menjadi salah satu daripada detikan nadi kehidupan kita, kadangkala ia menjadi terlalu 'biasa' sehingga semua pihak pun tidak mengambil peduli lagi..Samalah juga dengan perkara2 Tahyul dan Khurafat yang banyak dipraktikkan dalam masyarakat kita, tetapi tidak ramai yang ingin bertindak memperbetul perkara yang bersangkut paut dengan akidah kita kepada Allah ini...tidak hairanlah sekiranya ada anak2 kita yang meneguk arak di depan mata kita suatu hari nanti juga akan menjadi sesuatu yang 'biasa' buat kita..

Semuanya tidak lain, bermula daripada 'keterbiasaan' yang hakikatnya sekadar sekecil kuman pada suatu ketika dahulu, membesar sehingga sebesar gajah, namun masih 'dikategorikan' sebagai spesis kuman oleh masyarakat kita semua..

Sy pernah tertanya kepada diri sendiri..kalaulah pada zaman Muhammad Al-Fateh, Salahuddin dan Ibn Sina dulu ada Facebook dan YM .. agak2nya adakah dorang juga akan menulis status2 'Hari nie aku sedih =( ' , 'Best gilak eh lagu ********* ' , ' Aq belum siap homework ' dan sebagainya itu yang hakikatnya ada sahaja terpampang di News Feed kita ? Rasanya umur Al-Fateh ketika menawan Constatinople tidak jauh bezanya dengan kita..tetapi adakah insan yang digelar dengan panggilan "The Conqueror" oleh pakar strategi perang barat itu akan membuat perkara yang sama dengan kita ?

Bagaimana dengan Siti Khadijah, Aisyah, Sumayyah dan Ummu Salamah ? Adakah mereka juga akan 'posing' di depan kamera, kemudian di-uploadkan di FB buat tatapan semua ? Betapa banyaknya mata yang memandang kita, semuanya tidak lain hanya disebabkan oleh satu butang klik 'upload pictures' =( ..

Rasulullah SAW, Abu Bakar, Umar Al-Khattab dan ramai lagi tokoh2 pejuang Islam lain yang bagi kita insan2 yang 'Luar Biasa' .. Luar biasa kerana mereka tidak seperti masyarakat dan insan2 lain yang kebanyakannya leka dan alpa dengan tujuan hidup masing2..

Begitu juga dengan Scholars pada zaman Abbasiyah seperti Al-Fazari (Astronomi) , Al-Razi (Perubatan) , Jabir Ibn Hayyan (Kimia) , Ibn Sina, Al-Khawarizmi, Ibn Sa'ad , Omar Khayyam dan ramai lagi tokoh2 yang membawa kepada kegemilangan Islam sehingga mencetuskan zaman Renaissance Eropah suatu ketika dahulu..

Siapakah mereka ini ? Apakah bezanya kita dengan Ibn Sina yang menguasai begitu banyak bidang ilmu sehingga mengagumkan para pengkaji barat itu ? Adakah dia mempunyai lebih daripada 4 lobes of Brain (Frontal,Parietal,Occipital & Temporal) manusia biasa ? Atau kerana dia terlalu luar biasa sehingga tidak perlu makan, minum atau berehat ? Belajar dan membuat ciptaan baru sahaja tanpa henti ?

Tidak..Tidak..Hakikatnya mereka juga manusia biasa seperti kita..manusia yang perlu makan, minum, berehat, berkhawin dan sebagainya..Maka, apa yang membezakan kita dengan mereka ?

Bezanya..mereka ini adalah insan2 'biasa' , yang bekerja secara 'luar biasa' , sehinggakan kejayaan yang 'luar biasa' di pandangan kita itu hanyalah sesuatu yang 'biasa' dalam lembaran perjuangan mereka yang tidak pernah henti menghasilkan 'keluar-biasaan' .. semuanya tidak lain, demi mendapatkan redha Allah SWT ..

'Luar Biasa' nya mereka ini seolah-olah sesuatu yang mustahil buat kita semua...

Ya..Memang mustahil..sekiranya yang menjadi bacaan kita pada setiap hari bukanlah madah2 daripada yang Maha Mulia..

Memang mustahil..sekiranya yang menjadi ketua dalam membimbing segala tindak laku kita adalah hawa nafsu..

Memang tak dinafikan, MEMANG mustahil..sekiranya diri kita masih leka untuk kembali kepada Islam yang sebenar..

Semua kita ingin menjadi insan2 yang 'Luar Biasa' ini..tetapi bertanyalah kepada diri kita semula..apakah agaknya perkara 'luar biasa' yang telah kita buat untuk mencontohi kejayaan2 mereka ini ?

Dan persoalan utama..adakah diri kita sanggup untuk melepaskan diri daripada 'kebiasaan2' kita ?

Semuanya tidak lain, bergantung kepada kesedaran dan kekuatan jiwa kita untuk menempuh rintangan perjuangan ini..

Ya..memang tidak mustahil untuk melahirkan Ibn Sina versi Malaysia..sekiranya 2 rujukan utama itu kita 'genggam' sekuat-kuatnya...

Ya..memang tidak mustahil untuk membentuk peribadi Umar Al-Khattab..sekiranya ketegasan, kelembutan dan kepimpinan kita disandarkan kepada Allah SWT semata-mata..

Dan betul..sememangnya tidak mustahil untuk melihat mujahidah solehah seperti Saidatina Aisyah...sekiranya kita berhenti melakukan perkara2 yang tidak membawa apa2 kebaikan kepada diri dan ummah kita..

Perjalanan untuk " Membiasakan Yang Luar Biasa " itu bukannya mudah.. tetapi kan kita ada Allah SWT ^_^ .. Allah SWT yang tidak pernah berhenti memberikan kita kekuatan dan ketenangan, selagi mana kita masih kuat untuk beramal kepada-Nya..

Inilah formula kejayaan insan2 yang 'Luar Biasa' itu, yakni mengembalikan segala2Nya kepada Allah SWT , Kitab-Nya dan Sunnah Utusan-Nya..

Itulah sebenarnya 'Paradigm' yang dipegang oleh pejuang2 yang tidak pernah kenal erti putus asa ini..

Insya Allah rakan2 semua, mari kita sama2 'Shift Paradigm' kita ^_^ .. mengutamakan apa yang hak di hadapan kita, dan tolak ke tepi segala apa yang batil .. mudah2an suatu hari nanti, akan wujud lagi insan2 seperti Muhammad Al-Fateh , Salahuddin dan saintis2 hebat seperti Ibn Sina dan Al-Razi..siapa lagi kalau bukan kita yang akan meneruskan delegasi itu =) ?

Sama2 memilih dengan bijak..adakah kita ingin menjadi insan yang 'Biasa' dan meneruskan lagi kehidupan kita ini seperti 'Biasa' .. ataupun mula mendaki gunung2 'Luar Biasa' yang hakikatnya tidak mudah, tetapi selagi kita masih ada Allah SWT , tidak ada apa yang mustahil di dunia ini =) ..

"..Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya, Hanya kepada-nya aku bertawakal " (Surah At-Taubah : 129)

Insya Allah rakan2 semua ^_^ ..

Wassalam..

ShareThis

Related Posts with Thumbnails