::..|_ Paradigm Shift _|..::

" … Only in the remembrance of Allah do heart find peace. (Ar-Ra'd, 13:28) "

Shift_Paradigms #36 : Kita Buat Apa Kat Sini ?

.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.

Surau sekolah malam itu riuh-rendah sedikit selepas solat Maghrib..sudah menjadi kebiasaan pelajar untuk bercerita sesama mereka meskipun ustaz yang ingin menyampaikan ceramah sudah berada di hadapan..cerita tentang rakan yang jatuh tergelincir kt tandas petang tadi, makanan yang kurang enak di dewan selera dan segala macam topik..semuanya ingin dijadikan bahan cerita..

' Ehem2.. '

Suara riuh-rendah tadi menjadi senyap..segala perhatian diberikan kepada ustaz yang tengah 'test' microphone..menandakan ceramahnya bakal bermula sebentar sahaja lagi.. Selepas memberikan salam dan pendahuluan beliau..ustaz tadi terus bertanya kepada semua pelajar yang ada dihadapannya...

' Korang buat apa ek kat sini ? '

Semua pelajar senyap..ada yang terpinga-pinga, keliru dengan soalan yang diajukan ustaz tadi..tidak dilupakan juga pelajar yang menggaru kepala masing2..semuanya kelihatan keliru dan pelik dengan pertanyaan ustaz tadi..

' Errr...ustaz ? '

' Tak, saya serius..korang buat apa kat sini ? '

Kelihatan beberapa orang pelajar bergerak perlahan-lahan menyembunyikan diri di belakang tiang..takut kalau2 ustaz bertanya soalan seperti itu kerana kebisingan yang mereka lakukan sebelum ceramah bermula tadi..

' Errr..dengar ceramah ustaz lah..buat apa lg ? '

' Tak..maksud saya..korang buat apa kat 'sini' ? kat 'sini' ' .. sambil jari telunjuknya sedang menuding ke lantai surau..

' Solat, ustaz ! Kitaorng ad kat surau nie utk solat..oh ye, dan dengar ceramah daripada ustaz yang hensem ^_^ '

Suasana surau tiba2 menjadi riuh semula dengan gelak ketawa para pelajar..

Ustaz tersenyum..lalu bertanya semula..

' Bukan kat surau nie...tapi kat sini..kat bumi nie..korang buat apa kat sini ? '

Keadaan menjadi senyap semula..satu demi satu pelajar menundukkan kepalanya..memikirkan jawapan kepada persoalan ustaz tadi..

............................

Salam Ukhuwah Fillah ^_^

' Kita Buat Apa Kat Sini ? '

Satu persoalan yang sebenarnya sudah lama ditanya oleh kebanyakan orang, malah kemungkinan besar sejak beribu-ribu tahun dahulu lagi..bentuk soalan2nya mungkin berbeza, tetapi sekiranya dikaji semula, kesemuanya akan tetap kembali kepada beberapa persoalan induk..

' Dari mana kita datang ? '

' Apa tujuan kita berada di sini ? '

' Ke mana kita akan pergi ? '

Persoalan2 ini pernah menghantui para pemikir dunia satu ketika dahulu..Malah, tamadun Greek, Rom dan Parsi sendiri melahirkan banyak 'thinking machine' yang diberikan peranan untuk menjawab persoalan2 ini..namun begitu, hampir kesemuanya memberikan jawapan yang berlainan antara satu dengan yang lain..

Namun begitu, sebelum kita kembali mencari jawapannya..apa kata kita bertanya satu soalan bonus kepada diri kita semua..

' Siapa aku ? '

' Nama aku Ali Bin Abu '

' Nama aku Muhd. Hazim Bin Dahuli '

' Nama aku fulan bin si fulan '

Tak..bukan nama kepada 'aku' .. kucing dan ikan juga boleh diberi nama..tetapi 'aku' yang sebenarnya itu siapa ?

Rakan2 semua bagaimana ? Kita ni siapa ?

' Manusia !! '

' Tu diaaaa =) '

* sebab tue panggil soalan bonus..hoho

' Entah apa2 hazim nie =.= ' ( maaf la ek idea jam 1.45 a.m )

Baik..rakan2 semua,

Sekiranya kita lihat dunia zaman kini..manusia sangat hebat dalam berfikir..Allah SWT mengurniakan manusia dengan akal fikiran yang sememangnya kompleks..sehinggakan kadangkala kita sendiri boleh menjadi pening memikirkan benda2 yang boleh difikirkan oleh manusia..

Penciptaan Eiffel Tower, KLCC , Tembok Besar China, Kereta Solar dan sebagainya..semua ini menjadi bukti betapa manusia hakikatnya sangat hebat dalam menggunakan nikmat akal yang dikurniakan oleh Allah SWT..lihat sahaja kepada piramid yang masih berdiri teguh sejak beribu tahun dahulu..kesemuanya itu tidak akan tersusun dengan sendirinya tanpa sebarang perancangan dan tahap pemikiran yang kritis daripada para arkiteknya..

Bukan itu sahaja..manusia juga sangat hebat sehingga mampu menghasilkan pelbagai penemuan dan teori2 yang tidak pernah terfikir oleh manusia lain..teori graviti Newton, E=MC2 Einstein dan sebagainya...tidak hairanlah sekiranya insan2 seperti mereka sebahagiannya diberikan Nobel Prize, hanya kerana kehebatan pemikiran mereka yang menjangkaui akal fikiran manusia2 laen di zaman mereka..

Hakikatnya, manusia itu benar2 hebat apabila berfikir tentang perkara2 yang 'luar' daripada dirinya..tetapi apabila masuk sedikit ke 'dalam' dan berbicara tentang dirinya sendiri..manusia kadangkala menjadi buntu dan hilang akal..

Seorang doktor tidak akan boleh digelar sebagai doktor sekiranya dia tidak mengetahui fungsi stethoscope , scalpel dan juga Electronic Fibrillator..

Seorang Engineer juga tidak boleh digelar Engineer sekiranya dia tidak mengetahui fungsi transformer, fuse, karburetor enjin , piston dan sebagainya..

Begitu juga dengan manusia..bagaimana boleh digelar manusia sekiranya kita tidak mengetahui fungsi sebenar akal, hati, telinga, mata dan anggota badan kita ini..

Para pencipta pen, laptop dan juga pisau tahu benar apa tujuan penciptaan benda2 tersebut..tetapi adakah dia tahu apa tujuan dirinya diciptakan di bumi ini ?

Kita pula yang sedang meng-klik butang scroll down mouse itu tahu benar fungsi sebenar mouse komputer..tetapi adakah kita tahu tujuan sebenar kita bernafas dan berjalan di bumi yang serba indah ini ?

Bertambah kompleks sesuatu penciptaan, maka makin kompleks lah tujuannya..

Sekiranya ingin dibandingkan kekompleksan pen dan laptop..sudah tentulah laptop lebih kompleks penciptaannya kerana tujuan laptop itu sendiri ternyata lebih kompleks berbanding pen yang hanya digunakan untuk menulis dan melukis..

Sekiranya dibandingkan pula laptop dengan tumbuh-tumbuhan..sudah tentu tumbuh-tumbuhan itu lebih kompleks..apa laptop boleh membuat photosynthesis dan mengeluarkan oksigen buat manusia ?

Tetapi sekompleks-kompleks tumbuh-tumbuhan itu..ternyata penciptaan manusia itu lebih kompleks..maka, manakan mungkin kita berada di bumi ini untuk bermain-main sahaja..

' Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami ? ' (Al-Mu'minun 23:115)

Maka bertanyalah sekali lagi meskipun ada antara kita yang sudah tahu jawapannya..

' Kita Buat Apa Kat Sini ? '

Oleh sebab itulah soalan ini menjadi sesuatu yang sukar untuk dijawab oleh sesetengah golongan manusia..sehinggalah akhirnya segala macam tafsiran dikeluarkan..

' Aku berada kat sini untuk belajar bersungguh2 dan menjadi orang yang berguna '

' Aku berada kat sini untuk enjoy..life is short, kan ? So , apa tunggu lagi ? '

Rakan2 semua..

Pada saat ini, kita boleh membuat perancangan hidup untuk berpuluh-puluh tahun yang akan datang..kita boleh meletakkan pelbagai mimpi untuk menjadi seorang doktor, engineer, lawyer dan sebagainya..tetapi bagaimana kalau kita akan mati pada esok hari..tidakkah segala perancangan itu menjadi sekadar impian2 kosong sahaja ?

Apabila kita tidak meletakkan tujuan hidup kita ke arah yang sebenarnya..tidak mustahil kita akan mula membuat tujuan2 lain yang hakikatnya tidak membawa kita ke mana2 hatta setelah tujuan tersebut berjaya kita kecapi..

Sekiranya ingin ada tujuan yang hakiki..tujuan itu perlulah sesuatu yang benar2 valid dan infinite..yakni, tidak terbatas oleh masa dan tiada penghujungnya melainkan apabila kematian itu sendiri datang menjemput kita..

Sekiranya belajar dan ingin menjadi pelajar berjaya sahaja tujuan hidup kita..apabila sudah berjaya dan habis belajar nanti, tidakkah tujuan itu kelak akan bertukar pula kepada yang lain ?

Pernah dikisahkan tentang seorang pelajar PhD yang baru selesai menghabiskan tesis PhD-nya setelah bertahun-tahun berusaha untuk menyiapkannya..pada pagi ketika dia ingin menghantarnya kepada professor yang mengajarnya..ternyata professor tersebut tidak ada di pejabatnya..maka, dia pun meletakkan tesis tersebut di bawah pintu pejabat professor tersebut..keesokan harinya, dia menerima laporan bahawa tesis yang disiapkannya bertahun-tahun itu telah hilang..kebetulan pula pada ketika itu, dia tidak mempunyai sebarang soft-copy utk tesis tersebut melainkan hanya satu hard-copy yang diselitkannya di bawah pintu pejabat professor tersebut..

Tahu apa yang terjadi kepada pelajar tersebut ?

Pelajar tersebut hilang akal dan menjadi tidak waras sejak hari itu..dikatakan hampir setiap hari dia akan mundar-mandir di kawasan universiti tersebut seperti orang gila..sambil menjerit-jerit mengatakan kepada orang lain tentang keburukan universiti yang disifatkannya sebagai penipu dan pencuri..dia tidak dapat menerima hakikat bagaimana hasil kerjanya yang mengambil masa bertahun-tahun itu boleh hilang begitu sahaja..

Ini adalah kisah benar..dan kisah ini sudah cukup untuk membuktikan kepada kita hakikat kehidupan yang tidak disandarkan kepada tujuan hidup yang hakiki..pelajar tersebut meletakkan tujuan hidup sepenuhnya kepada penghasilan tesis tadi, sehinggakan apabila tesis tersebut hilang, dia menjadi hilang akal..

Begitu juga dengan manusia2 yang meletakkan tujuan hidup kepada pengumpulan harta dan pangkat semata-mata..yang mana apabila perkara2 tersebut tidak dapat dikecapi, ada antara mereka yang membunuh diri kerana tidak dapat menerima hakikat yang telah menimpa diri mereka..

Ingin tahu mengapa agaknya kita mudah berasa sedih apabila didatangi dengan ujian2 yang berat ?

Kerana kita meletakkan tujuan hidup kita kepada dunia semata-mata..sehinggakan apabila nikmat dunia itu ditarik meskipun sedikit..kita mula merungut dan rebah jatuh memikirkan nasib yang malang..sedangkan hakikatnya terselit 1001 hikmah dan ibrah di sebalik kesemuanya itu..tetapi kita tidak akan mampu melihatnya, sekiranya kita masih tidak meletakkan tujuan hidup kita kepada perkara yang sebetulnya..

Kalau macam tue..apakah agaknya tujuan hidup kita yang sebetulnya..dan apakah jawapan kepada persoalan yang kita keluarkan dalam awal post ini ?

Rakan2 Pembaca Semua..

Sekiranya kita tidak mengetahui anatomi manusia..sudah pasti kita akan membuka buku atlas anatomi..

Begitu juga apabila kita terlupa Circuit Theory..pasti kita akan membuka buku tebal Engineer kita..

Terlupa formula reaction antara Polypeptide dan enzyme trypsin ? Buka sahaja buku Biochemistry yang tebal itu =) ..

Apabila kita tidak mengetahui sesuatu..dengan segera kita akan cuba mencari sumber rujukan..

Bagaimana dengan hakikat diri kita semua ? Kalau kita tak tahu..kita nak rujuk mana ?

Ya..benar, rujuklah kepada Yang Menciptakan kita..yakni melalui kitab Al-Quran yang dibawa utusan-Nya..

Inilah dia satu-satunya kitab yang mampu menjelaskan perkara2 yang tidak tercapai oleh akal manusia..

Inilah dia kitab pertama yang sepatutnya dibuka dan dikaji oleh golongan 'thinking machine' tadi..

Dan inilah juga kitab yang selalu benar kita lupa untuk baca dan tadabbur (fahami) =( ..

Kalau kita sendiri tidak membacanya, bagaimanakah agaknya kita boleh mengaku betapa diri kita ini sudah tahu tujuan hidup dan cara2 untuk memenuhinya ?

Insya Allah..pasti ramai daripada kita sudah tahu ayat Al-Quran yang menceritakan secara jelas tentang tujuan hidup manusia di muka bumi ini..

' Dan tidak Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku ' (Az-Zariyat 51:56)

' Ingatlah ketika Tuhan-Mu berfirman kepada para malaikat ; " Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. " Mereka berkata ; " Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dan memuji Engkau dan Mensucikan Engkau ?. Tuhan berfirman; " Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui" (Al-Baqarah 2:30)

Beribadah kepada Allah dan juga menjadi khalifah-Nya di muka bumi ini...itulah dia tujuan hidup mulia yang telah Allah kurniakan kepada para manusia keseluruhannya..

Rata-rata daripada kita sudah tahu tentang tujuan hidup kita..oleh sebab itu persoalan utama yang wajar kita tanya pada saat ini sebenarnya bukanlah apa tujuan hidup kita..tetapi apa yang telah kita lakukan untuk memenuhi tujuan hidup tadi ?

Kerana percaya atau tidak..kita tidak pernah mempunyai masalah dalam mengumpul 'tahu' .. tetapi kita sering bermasalah besar dalam 'faham' dan 'buat' =( ..

Kalau ingin diceritakan tentang 'tahu', rasanya hampir semua kita mendapat keputusan yang bagus dalam subjek pendidikan Agama Islam..

Tetapi, bagaimana dengan 'faham' dan 'buat' kita ? Adakah ianya parallel dengan 'tahu' yang telah kita ada ?

Kita ambil contoh Sumayyah ataupun mana2 insan yang awal2 menganut Islam di Mekah dahulu..rasanya kalau ingin dibandingkan 'tahu' kita tentang Islam dengan Sumayyah..sudah tentu kita lebih banyak 'tahu'..apa tidaknya, ketika Sumayyah mati syahid, ayat2 Al-Quran masih banyak lagi belum diturunkan, syariat2 Islam juga masih banyak lagi belum diperkenalkan..arahan untuk memakai tudung itu sendiri diturunkan hanya selepas hijrahnya Rasulullah SAW ke Madinah..ibadah yang ada pada ketika itu hanyalah solat sahaja..

Tetapi bagaimana Sumayyah boleh tetap memegang akidah Islam meskipun tombak itu sudah berada di hadapan matanya ?

Bagaimana dirinya boleh menjadi sangat2 hebat dan mantap dalam menolak kebatilan ?

Bukan itu sahaja..Sumayyah juga tidak sempat melihat sama ada Islam itu kelak akan menang dan menguasai 2/3 dunia atau tidak..tetapi atas dasar 'faham' dan yakinnya kepada ajaran yang dibawa Rasulullah SAW..tetap juga ditabahkan hati yang kuat itu..

Bagaimana pula dengan diri kita yang telah mempelajari sendiri tentang sejarah2 kemenangan pejuang Islam yang pernah memegang Ustaziyatul Alam suatu masa dahulu ?

Kenapa Sumayyah yang tidak 'tahu' banyak itu boleh menjadi lebih hebat daripada kita yang sudah mampu melihat sendiri kesempurnaan elemen2 Islam yang lengkap lagi melengkapi ini ?

Kesemuanya tidak lain, disebabkan oleh diri kita yang degil dan selalu malas untuk mendalami ad-deen yang indah ini =(

Apa yang kita tahu..Islam ini hanya solat, puasa, zakat dan kalau banyak duit, pergi naikkan haji..tetapi elemen2 Islam yang lain kita pinggirkan daripada kehidupan kita =(

Tidak perlu melihat insan2 lain, lihat sahaja kepada diri kita sendiri yang masih boleh bergelak ketawa dan tidak henti bermain-main..

Lihat sahaja kepada apa yang kita taip dan bincangkan di Facebook dan YM kita..tidakkah kita malu mengaku sebagai umat Rasulullah SAW ? Sedangkan dalam masa yang sama, sirah2 baginda ternyata jarang sekali kita baca dan dengar..berbeza dengan lagu2, drama dan filem barat/korea/Jepun/hindustan yang tidak pernah ada kesudahannya itu =( .. Apabila habis sahaja satu siri drama yang ini, maka datang pula drama yang itu...kesemuanya ini seolah-olah menjadi cycle dalam kehidupan kita..

Bangunlah kita daripada fana ini..tidakkah kita menyedari betapa Allah SWT telah meletakkan kita di zaman yang penuh moden ini sebagai pemimpin yang bisa menjadi contoh terbaek seorang Muslim..

Takkan jadi khalifah cemerlang kalau bukak Facebook dan taip blog post sahaja..kesemuanya perlu dibuktikan dengan tindakan dan amal..bukan hanya pada taip2 dan kata2 kosong =(

Buka dan bacalah Al-Quran itu berserta terjemahannya..ambillah seberapa banyak ibrah daripadanya..usahlah kita membuang masa lagi dengan segala macam perkara 'lagho' yang tidak menjamin kejayaan hidup kita ini..

Rakan2 pembaca semua..

Sesungguhnya menaip semua ini umpama menampar diri sendiri yang sememangnya selalu leka dan alpa dengan tujuan hidup sendiri =( .. kadangkala terlalu lalai sehinggakan terlupa untuk memenuhi masa dengan perkara2 yang boleh membangkitkan iman.. kalau rakan2 semua nampak diri ini sepertinya akan futur, tampar sahaja ek =( .. dan tegur je kalau ada apa2 yang tidak bercirikan islam langsung..saya tidak memerlukan penghargaan dan pujian, tetapi saya lebih mendambakan teguran, nasihat dan bimbingan yang membina =)

Insya Allah..rakan2 semua..mari kita sama2 'Shift Paradigms' kita dan berusaha membina Individu2 Muslim itu..marilah kita sama2 mengumpul 'tahu' dan membina 'faham' =)

Jzkk sudi baca post yg panjang ini..

Wassalam..

Shift_Paradigms #35 : Belum Tibakah Masanya ?



.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.

Sungguh..
Malam yang satu ini..
Terdampar bayu menusuk kalbu..
Membuah perindu di kala sunyi..
Oh..begitu tenang sentuhan sanubari

Satu per satu ungkapan terukir..
Mencari penghujung ketenangan abadi..
Hatta sang bunga datang tersenyum..
Hati menggigil girang mencari..

Namun begitu..
Di suatu sudut nun jauh kerdipannya..
Senario bertukar bagaikan saga..
Pandangan kabur nafas tersesak..
Yang jelas hanya gelap dan derita..

Apa khabar bayu di sana ?
Adakah riang disadur ketenangan malam ?

Apa khabar sang bunga yang indah ?
Bebaskah dirimu mekar dibedil rakus raksasa ?

Oh..Tunduk pandangan rebah ke bumi..
Jatuh menitis embun matamu..
Diangkat badan hatta terperi..
Berangkat membawa hati naluri..

Terpaku diri melihat ke atas..
Mencari ungkapan penutup nukilan..
Tatkala salju memecah sunyi..
Tersedar terhantuk realiti hakiki..

Aduh..
Tidaklah sama duka dan gembira..
Tidaklah sama lalai dan prihatin..
Tidaklah sama tangisan dan ketawa..

Tatkala bumimu bergelar PALESTIN !

- Hazim, 05/4/2011 , 10.54 p.m -

Salam Mahabbah Fillah..

Suatu hari yang cerah..Abu sedang berjalan2 di ladang kelapa sawitnya..dia gembira melihat buah2 kelapa sawit yang sedang ranum dan sedia untuk diambil esok hari..Tiba2, dia terdengar jeritan orang meminta tolong..

" Tolong...Tolong..Tolong !! "

Abu mencari-cari sumber suara tadi..sehinggalah dia terkejut apabila melihat seekor ular sawa yang besar sedang membelit salah seorang daripada pekerja ladangnya..

" Pak Abu..tolong saya Pak Abu !! Ular nie xnk lepaskan saya "

Abu terpaku sebentar..kemudian dia bersuara ;

" Celaka punya ular sawa !! Lepaskan pekerja aku.. Tak guna punya binatang !! "

Namun begitu..Abu masih berdiri di situ tanpa melakukan apa2 untuk membantu pekerjanya yang hampir2 tidak mampu bernafas lagi..

" Eh..Pak Abu ? Tolong saya cepat !! Tolong lepaskan saya =( "

" Kurang asam punya ular !! Lepaskanlah dia oii !! "

Kali ini suara Abu makin tinggi, air muka dia juga berkerut..tetapi dia masih tercegat di situ..tidak melakukan apa2 untuk menolong pekerjanya...sehinggalah pekerja tadi mati..

Abu pun menangis teresak-esak kerana kehilangan pekerjanya yang paling rajin..selepas penat menangis..dia pun berjalan semula ke ladangnya..kembali berkhayal tentang pulangan yang dia akan dapat daripada kelapa2 sawitnya, seolah-olah peristiwa kematian pekerja tadi tidak pernah langsung berlaku..

Rakan2 pembaca semua..

Mengapa agaknya saya menceritakan tentang satu analogi rekaan pelik tentang Abu, ular dan pekerjanya ini ?

Kalau diamati betul2..kisah ini seolah-olah tidak berasas langsung..bukankah pekerja tadi merupakan seseorang yang sangat bernilai kepada Abu..tetapi mengapa dia biarkan sahaja dirinya mati dibelit ular sawa ? Kemudian apa yang Abu buat pula hanya menjerit, memaki dan memekik dengan tinggi kepada ular tersebut..

Bukan itu sahaja, boleh pula dia berkhayal semula tentang hasil ladangnya walaupun selepas dah menangis melihat pekerjanya yang mati..

" Uh..busuk sungguh hati Abu..memang x berperikemanusiaan langsung "

Ya..benar, sangat tidak berperikemanusiaan..

Tetapi kadangkala kita lupa dan x sedar, betapa kita juga sama seperti 'Abu' tadi =(

Tatkala membaca, mendengar atau menonton kisah2 benar penderitaan rakyat Palestin..kita mengaku betapa kita selalu benar berasa sedih dan bersimpati dengan nasib mereka..sudahlah dihalau dari rumah, mereka kini umpama pendatang di negara sendiri..dibuat pula tembok besar sebagai pemisah..kesemuanya tidak lain tidak bukan, hasil bedilan tentera Zionis yang kejam..

Maka, di sebalik kesedihan itu, kita pun selitkan kata2 kesat, makian dan umpatan yang kadangkala melampaui batas kepada sang penjajah Zionis..

" Celaka..Kurang ajar..Binatang !! "

Bukankah ayat2 ini yang selalu benar keluar daripada lidah yang lembut itu ?

Bukankah perkataan2 seumpama ini yang selalu menghiasi komen2 video kekejaman Zionis di YouTube itu ?

Bukankah ungkapan2 ini juga yang selalu sahaja menjadi madah pertama yang kita keluarkan tatkala bercerita tentang Zionis dan kekejaman mereka ?

Kadangkala tanpa kita sedari..kita lebih banyak menceritakan tentang kekejaman dan kerakusan mereka daripada menghayati sendiri penderitaan rakyat2 Palestin yang saban hari bertarung dengan nyawa sendiri..

Sewaktu masih kecil, kita hanya mampu berimaginasi untuk 'main tembak2' dengan penjahat..tetapi bukan anak2 mereka..sejak dari merangkak lagi, sehinggalah mampu berjalan,..mereka tahu betapa kerongsong2 peluru yang bertebaran di jalan raya itu menjadi bukti betapa bunyi das tembakan semalam itu bukanlah mainan mimpi tidur..

Begitu juga dengan ibu yang bangun paginya disambut dengan berita kematian suami..siapa sangka ucapan kasih dan sayang sebelum keluar dari rumah malam tadi merupakan ucapan terakhir daripada suaminya..

Tidaklah terbayang akan diri kita betapa peritnya penderitaan yang mereka alami..

Tidaklah tercapai ketabahan hati yang mantap seperti mereka..

Dan tidaklah tertahan air mata melihat kehidupan mereka yang penuh ujian..

Tetapi acap kali kita menonton semua itu hanya dengan tangisan dan gelengan kepala..reaksi yang benar2 sama sebagaimana ketika menonton berita pembuangan bayi di TV yang tidak berkesudahan..Itulah kita, kesedihan yang selalu tidak ada penyusulan =( ..

Rakan2 pembaca semua..

Belum Tibakah Masanya ??

Belum tibakah masanya untuk kita berhenti mensia-siakan titisan air mata itu ?

Belum tibakah masanya untuk kita bangkit mencari solusi sebenar kepada permasalahan umat yang kian tenat ini ?

Bukankah kita beriman dengan ayat Al-Quran ; 'Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara ' (Al-Hujurat:10) ?

Bagaimana dengan Hadis Nabi : ' Tidak beriman salah seorang daripada kamu hingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri ' (Riwayat Bukhari Muslim) ?

Takkanlah Ayat2 Al-Quran dan hadis ini hanya dijadikan status FB semata-mata ?

Takkanlah kesemuanya ini hanya dijadikan dalil untuk menyokong statement2 tertentu sahaja ?

Oh...Rakan2 semua, bangunlah kita daripada ilusi 'kesedaran palsu' ini =(

Belum tibakah masanya untuk kita menyedari hakikat kesedaran yang menyedarkan ?

Belum sampaikah kepada kita kisah2 pejuang Islam terdahulu yang benar2 utuh ukhuwah persaudaraan mereka ?

Sedangkan pada saat dan ketika ini, ada sahaja anak kecil yang baru kehilangan ibu-bapa mereka di sana..ada sahaja tubuh saudara kita yang jatuh rebah menghadap bumi..tetapi kita pula sedang bergelak ketawa, berjenaka sambil sibuk 'stalking' FB orang laen ?

Di mana bukti persaudaraan kita ya Akhi / Ukhti =( ?

Dengan berbalas komen di FB ? Twitter dan sebagainya =( ? Saudara yang jauh di sana ntah kenal atau tidak kepada semua perkara2 yang kerap melalaikan kita itu =( ..

Tetapi apa yang kita buat ?

Menanti Umar Al-Khattab atau Salahuddin untuk keluar dari kubur mereka dan membantu kita =( ?

Oh..usahlah kita bermimpi lagi..

Belum tibakah masanya ?

Belum tibakah masanya untuk kita sama2 menyedari akan kepentingan mengamalkan Islam yang sebenar ?

Belum tibakah masanya untuk kita membangunkan Islam itu dalam diri kita semua ?

Usahlah dibuangkan masa mencaci dan memaki kegelapan..kenapa tidak kita sendiri bangkit dan menyalakan lilin yang satu itu ?

Lilin yang bahannya dibuat dengan asas-asas Individu Muslim sejati...kekal cerah hatta dibakar dan diuji dengan segala macam cubaan..

Ya Akhi .. Ya Ukhti..

Allah SWT itu Maha Besar dan Maha Berkuasa..Dia boleh sahaja memenangkan agama-Nya di bumi ini tanpa bantuan seorang Muslim pun..Dia boleh sahaja sekelip mata melenyapkan semua tentera2 Zionis yang menduduki Palestin pada saat ini..tetapi bukan itu Sunnahtullah..Bukan begitu cara Dia mentadbir alam ini..

Kita tahu dan yakini betapa janji Allah itu pasti. Maka, kemenangan Islam itu juga suatu yang pasti..

Ya..sama ada bersama ataupun tanpa kita ..ad-deen Allah ini tetap akan menemui piala kemenangannya..

Oleh itu..Tidakkah kita menyedari hakikat betapa Allah SWT sedang memberi kita peluang untuk menjadi pendukung kepada kejayaan itu kelak ?

Umar dan Salahuddin telah mendukung perjuangan tersebut..Maka, belum tibakah masanya untuk giliran kita pula ?

Atau..

Kita hanya ingin menjadi golongan yang gembira bertepuk tangan menonton kejayaan umat Islam kelak =( ? Sedangkan dalam masa yang sama, kita masih lalai dalam membangunkan Islam dalam diri masing2..

Rakan2 pembaca semua..

Usahlah berbicara tentang mengangkt senjata mahupun pedang, sekiranya Al-Quran itu sendiri seolah-olah tidak mampu kita angkat dan baca =(

Usahlah dibasahi lagi lidah itu dengan kata2 kesat kepada sang Zionis yang zalim, sedangkn zikir2 menyebut nama Allah SWT itu jarang pula kita lakukan ..

Usahlah dibazirkan lagi titisan air mata itu, sekiranya tidak ada penyusulan yang ingin kita lakukan selepasnya =(

Belum Tibakah Masanya ?

Belum Tibakah Masanya ??

Belum Tibakah Masanya !!!!???

.................................

" Palestin Kita Punya "

" Palestin : Keimanan & Persaudaraan "

" Palestin Kami Peduli "

3 PKP mantap yang diperkenalkan oleh PPIM-Moscow =) ..

Bagi pembaca yang menuntut di Moscow..Janganlah kita sia-siakan peluang untuk menyertai Program Aqsa Syarif Europe Tour Moscow ini.. sesungguhnya program seumpama inilah yang kita perlukan untuk lebih menyedari dan menghayati keperitan hidup saudara yang kita cintai itu..

Sesungguhnya tidak ramai yang mempunyai semangat utuh seperti brothers/sisters yang tidak henti2 mempromosikan kempen dan program ini..sertailah dan hargailah pengorbanan serta kesanggupan mereka untuk menjayakan program ini ^_^

Rakan2 pembaca semua...

Insya Allah, sama2 kita " Shift Paradigms " kita ye ^_^ , yakinilah betapa suatu masa nnt, bumi Palestin itu pasti akan bebas..cuma persoalannya ; adakah kita ingin duduk menghadap facebook itu sahaja ? Atau mula menghadap Al-Quran yang di dalamnya penuh dengan formula2 untuk membina individu Muslim sejati =) ..

Sama2 kita berusaha dan muhasabah..insya Allah ^_^ ..

Wassalam ~

ShareThis

Related Posts with Thumbnails