::..|_ Paradigm Shift _|..::

" … Only in the remembrance of Allah do heart find peace. (Ar-Ra'd, 13:28) "

Shift_Ramadhan #10 ; Jewels From The Quran (Juz 10 : Al-Anfal, 8:41 - At-Taubah, 9:93)


.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.


P/S - Salam..Sambungan JFTQ utk Juz Quran 11,12,13 dan 14 akan ditangguhkan sehingga 14 Ramadhan nnt insya Allah..sedang membuat program pada tarikh2 tersebut (11-14 Ramadhan)..doakan semuanya berjalan lancar, insya Allah..Jzkk ^_^

10 Ramadhan 1432H

(Juz 10 : Al-Anfal, 8:41 - At-Taubah, 9:93)

162. Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (Al-Anfal, 8:46)

163. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana hendak meminta dipuji), serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka kerjakan. (Al-Anfal, 8:47)

164. Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: "Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu". Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: "Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya". (Al-Anfal, 8:48)

165. (Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Anfal, 8:53)

166. Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman. (Al-Anfal, 8:63)

167. Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti.(Al-Anfal, 8:65)

168. Adakah kamu menyangka, bahawa kamu akan dibiarkan (dalam keadaan kamu yang ada itu), padahal belum lagi terbukti kepada Allah (sebagaimana yang diketahuiNya) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan yang tidak mengambil teman-teman rapat (untuk mencurahkan rahsia kepada mereka), selain daripada Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman? Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan. (At-Taubah, 9:16)

169. Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (At-Taubah, 9:24)

170. Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri. (At-Taubah, 9:25)

171. Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). (At-Taubah, 9:32)

172. Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya. (At-Taubah, 9:33)

173. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu. (At-Taubah, 9:35)

174. Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah, 9:40)

175. Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (At-Taubah, 9:41)

176. Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal". (At-Taubah, 9:51)

177. Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah, 9:71)

178. Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: "Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah, dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh". Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka dari limpah kurniaNya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan janjinya; dan sememangnya mereka orang-orang yang sentiasa membelakangkan (kebajikan). (At-Taubah, 9:75-76)

179. Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah sentiasa mengetahui apa yang mereka rahsiakan serta apa yang mereka bisikkan, dan bahawasanya Allah Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang ghaib? (At-Taubah, 9:78)

180. Orang-orang (munafik) yang ditinggalkan (tidak turut berperang) itu, bersukacita disebabkan mereka tinggal di belakang Rasulullah (di Madinah); dan mereka (sememangnya) tidak suka berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah (dengan sebab kufurnya), dan mereka pula (menghasut dengan) berkata: "Janganlah kamu keluar beramai-ramai (untuk berperang) pada musim panas ini". Katakanlah (wahai Muhammad): "Api neraka Jahannam lebih panas membakar", kalaulah mereka itu orang-orang yang memahami. (At-Taubah, 9:81)

Shift_Ramadhan #9 ; Jewels From The Quran (Juz 9 : Al-A'raf, 7:88 - Al-Anfal, 8:40)



.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.

9 Ramadhan 1432H

Juz 9 (Al-A'raf, 7:88 - Al-Anfal, 8:40)

145. (Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya: "Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa". (Al-A'raf, 7:128)

146. Dan apabila azab yang tersebut itu menimpa mereka, mereka (merayu dengan) berkata: "Wahai Musa! Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami dengan (kehormatan) pangkat Nabi yang diberikanNya kepadamu (yang menjadikan permohonanmu sentiasa makbul). Sesungguhnya jika engkau hapuskan azab itu daripada kami, tentulah kami akan beriman kepadamu, dan sudah tentu kami akan membebaskan kaum Bani Israil (pergi) bersamamu".(Tuhan berfirman): Setelah Kami hapuskan azab itu daripada mereka, hingga ke suatu masa yang tertentu yang mereka sampai kepadanya, tiba-tiba mereka mencabuli janjinya. (Al-A;raf, 7:134-135)

147. Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya. (Al-A'raf, 7:146)

148. "Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya. (Al-A'raf, 7:157)

149. Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?" Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa". (Al'Araf, 7:164)

150. Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". (Al-A'raf, 7:172)

151. Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat. (Al-A'raf, 7:175)

152. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. (Al-A'raf, 7:176)

153. Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al-A'raf, 7:179)

154. Patutkah mereka (membutakan mata) tidak mahu memperhatikan alam langit dan bumi dan segala yang diciptakan oleh Allah, dan (memikirkan) bahawa harus telah dekat ajal kebinasaan mereka? Maka kepada perkataan yang mana lagi sesudah (datangnya Kalamullah Al-Quran) itu mereka mahu beriman?. (Al-A'raf, 7:185)

155. Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui". (Al-A'raf, 7:187)

156. Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-A'raf, 7:200)

157. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar). (Al-A'raf, 7:201)

158. Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. (Al-Anfal, 8:2)

159. Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya). (Al-Anfal, 8:22)

160. Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.. (Al-Anfal 8:24)

161. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya). (Al-Anfal, 8:27)



Shift_Ramadhan #8 ; Jewels From The Quran (Juz 8 : Al-An'am, 6:111 - Al-A'raf, 7:87)



.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.

8 Ramadhan 1432H

Juz 8 (Al-An'am, 6:111 - Al-A'raf, 7:87)

122. Dan jika Kami turunkan malaikat pun kepada mereka, dan orang-orang yang mati (hidup semula lalu) berkata-kata dengan mereka, dan kami himpunkan pula tiap-tiap sesuatu di hadapan mereka (untuk menjadi saksi tentang kebenaran Nabi Muhammad), nescaya mereka tidak juga akan beriman, kecuali jika dikehendaki Allah; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenar). (Al-An'am, 6:111)

123. Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu. (Al-An'am, 6:112)

124. Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. (Al-An'am, 6:116)

125. Dan tinggalkanlah kamu dosa yang nyata dan yang tersembunyi. Kerana sesungguhnya orang-orang yang berusaha melakukan dosa, mereka akan dibalas dengan apa yang mereka telah lakukan. (Al-An'am, 6:120)

126. Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. (Al-An'am, 6:125)

127. Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: "Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu)". Dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu). (Al-An'am, 6:130)

128. Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepada kamu (hari kiamat dan balasannya) tetap akan datang, dan kamu tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan itu). (Al-An'am, 6:134)

129. Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-An'am, 6:153)

130. Dan ini sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya). Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya; dan bertaqwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat. (Al-An'am, 6:155)

131. Atau supaya kamu (tidak) mengatakan: "Sesungguhnya kalau diturunkan Kitab kepada kami tentulah kami mendapat petunjuk hidayah lebih daripada mereka". (Kamu tidak akan dapat berdalih lagi) kerana sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan (yang cukup) dari Tuhan kamu, dan petunjuk hidayah serta rahmatNya (yang melimpah-limpah). Oleh itu, siapakah yang lebih zalim lagi daripada orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan berpaling daripadanya? Kami akan membalas orang-orang yang berpaling dari ayat-ayat keterangan Kami (dengan) azab seksa yang seburuk-buruknya, disebabkan mereka sentiasa berpaling (mengingkarinya). (Al-An'am, 6:157)

132. Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun). (Al-An'am, 6:160)

133. Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Al-An'am, 6:162)

134. Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-An'am, 6:165)

135. Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.(Al-A'raf, 7:10)

136. Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (Al-A'raf, 7:26)

137. Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman. (Al-A'raf, 7:27)

138. Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.(Al-A'raf, 7:34)

139. Maka tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah atau yang mendustakan ayat-ayatNya. Orang-orang itu akan mendapat bahagian mereka (di dunia) dari apa yang telah tersurat (bagi mereka), hingga apabila datang kepada mereka utusan-utusan Kami (malaikat) yang mengambil nyawa mereka, bertanyalah malaikat itu (kepada mereka): "Manakah (makhluk-makhluk dan benda-benda) yang kamu sembah selain Allah?" Mereka menjawab: "Semuanya itu telah hilang lenyap daripada kami", dan mereKa pula menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah orang-orang yang ingkar. (Al-A'raf, 7:37)

140. Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan.(Al-A'raf, 7:40)

141. Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh - (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, - merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya. (Al-A'raf, 7:42)

142. (Tuhan berfirman: Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara agama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). Oleh itu, pada hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak hiraukan persiapan-persipan untuk) menemui hari mereka ini, dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami. (Al-A'raf, 7:51)

143. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya. (Al-A'raf, 7:56)

144. "Adakah kamu merasa ragu-ragu dan hairan tentang datangnya kepada kamu nasihat pengajaran dari Tuhan kamu melalui seorang lelaki dari golongan kamu, untuk memberi peringatan kepada kamu, dan supaya kamu bertaqwa dan juga supaya kamu beroleh rahmat?". (Al-A'raf, 7:63)

---------------------------------------------------------------------------------------------

Ayat Tadabbur Ringkas Juz 8

p/s : Ayat tadabbur ringkas juz 8 juga insya Allah akan disambung sekiranya ada kelapangan masa yang lebih..sedang menguruskan sesuatu pada saat ini..akn cuba mencari waktu insya Allah =)

Jzkk sudi ziarah dan ikuti JFTQ utk kali ini =)

Wassalam ~

Shift_Ramadhan #7 ; Jewels From The Quran (Juz 7 : Al-Ma'idah, 5:83 - Al-An'am, 6:110)


.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.

7 Ramadhan 1432H

Juz 7 (Al-Ma'idah, 5:83 - Al-An'am, 6:110)

101. Katakanlah; "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu,maka bertakwalah kepada Allah hai orang-orang berakal, agar kamu mendapat keberuntungan. (Al-Ma'idah, 5:100)

102. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (Al-Quran), dan kepada RasulNya (yang menyampaikannya)", mereka menjawab: "Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya". Adakah (mereka akan menurut juga) sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk? (Al-Ma'idah:5:104)

103. Dia lah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian Ia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi yang tertentu di sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan). (Al-An'am, 6:2)

104.Dan Dia lah Allah (yang disembah dan diakui kekuasaanNya) di langit dan di bumi; Ia mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan, dan Ia juga mengetahui apa yang kamu usahakan. (Al-An'am, 6:3)

105. Katakanlah (wahai Muhammad): "Patutkah aku mengambil (memilih) pelindung yang lain dari Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan Ia pula yang memberi makan dan bukan Ia yang diberi makan?" Katakanlah: "Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menjadi orang yang pertama sekali menyerah diri kepada Allah (Islam), dan (aku diperintahkan dengan firmanNya): `Jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan orang-orang musyrik itu. ' " (Al-An'am, 6:14)

106.Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Ia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Dia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-An'am, 6:17)

107.Dan (ingatlah), hari (kiamat yang padanya) Kami himpunkan mereka semua, kemudian Kami berfirman kepada orang-orang musyrik: "Manakah orang-orang dan benda-benda yang dahulu kamu sifatkan (menjadi sekutu Allah):?" (Al-An'am, 6:22)

108.Sesungguhnya telah rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan mengadap Allah; sehingga apabila hari kiamat datang secara mengejut kepada mereka, mereka berkata; "Aduhai kesalnya kami atas apa yang telah kami cuaikan dalam dunia!" Sambil mereka memikul dosa-dosa mereka di atas belakang mereka. Ingatlah, amatlah buruk apa yang mereka pikul itu. (Al-An'am, 6:31)

109. Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? . (Al-An'am, 6:32)

110.Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An'am, 6:38)

111.Katakanlah (wahai Muhammad): "Bagaimana fikiran kamu, jika Allah melenyapkan pendengaran serta penglihatan kamu, dan Ia pula memeteraikan atas hati kamu? Siapakah Tuhan selain Allah yang berkuasa mengembalikannya kepada kamu?" Lihatlah bagaimana Kami berulang-ulang menerangkan tanda-tanda kebesaran Kami (dengan berbagai cara), dalam pada itu, mereka tetap juga berpaling - ingkar. (Al-An'am, 6:46)

112.Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa) perbendaharaan Allah ada di sisiku, dan aku pula tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib; aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya aku ini malaikat, aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku". Bertanyalah (kepada mereka): "Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik? Tidakkah kamu mahu berfikir?" . (Al-An'am, 6:50)

113.Dan demikianlah Kami uji sebahagian dari mereka (yang kaya raya) dengan sebahagian yang lain (yang fakir miskin); lalu orang-orang yang kaya itu berkata (kepada orang-orang fakir miskin yang beriman): "Inikah orang-orangnya yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka di antara kami? " (Allah berfirman): "Bukankah Allah lebih mengetahui akan orang-orang yang bersyukur?". (Al-An'am, 6:53)

114.Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata. (Al-An'am, 6:59)

115.Dan Dia lah yang menidurkan kamu pada waktu malam, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari; kemudian Ia bangunkan kamu (dari tidur) padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah ditetapkan. Kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Ia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan. (Al-An'am 6:60)

116.Katakanlah: "Dia lah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu, atau dari bawah kaki kamu, atau Ia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-belah - berpuak-puak, dan Ia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan kejam sebahagian yang lain". Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan (yang menunjukkan kebesaran Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya. (Al-An'am, 6:65)

117.Dan tidaklah ada tanggungjawab sedikitpun atas orang-orang yang bertaqwa mengenai dosa orang-orang (kafir yang mengejek-ejek) itu, akan tetapi (kewajipan orang-orang Islam) ialah mengingati (larangan Allah itu) supaya mereka bertaqwa. (Al-An'am, 6:69)

118.Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya). (Al-An'am, 6:70)

119.Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. (Al-An'am, 6:82)

120.Mereka (Nabi-nabi) itulah, orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka turutlah olehmu (wahai Muhammad) akan petunjuk mereka; Katakanlah: "Aku tidak meminta upah kepada kamu mengenai petunjuk (Al-Quran yang aku sampaikan) itu. Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk alam seluruhnya. (Al-An'am, 6:90)

121.Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan. (Al-An'am, 6:108)

---------------------------------------------------------------------------------------------

Ayat Tadabbur Ringkas Juz 7

p/s : Ayat tadabbur ringkas juz 7 insya Allah akan disambung sekiranya ada kelapangan masa yang lebih..sedang menguruskan sesuatu pada saat ini..akn cuba mencari waktu insya Allah =)

Jzkk sudi ikuti JFTQ utk kali ini =)

Wassalam~

Shift_Ramadhan #6 ; Jewels From The Quran (Juz 6 : An-Nisa', 4:148 - Al Ma'idah, 5:82)



.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.

6 Ramadhan 1432H

Juz 6 : An-Nisaa', 4:148 - Al-Ma'idah, 5:82)

90. Sesungguhnya orang-orang yang ingkar kepada Allah dan rasul-rasul-Nya, dan bermaksud membeda-bedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan ,"Kami beriman kepada sebahagian dan kami mengingkari sebahagian (yang lain)," serta bermaksud mengambil jalan tengah (iman atau kafir), merekalah orang-orang kafir yang sebenarnya. Dan Kami sediakan untuk orang-orang kafir itu azab yang menghinakan. (An-Nisaa', 4:150-151)

91. Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (An-Nisaa', 4:165)

92. Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Allah (Muhammad s.a.w) dengan membawa kebenaran dari Tuhan kamu, maka berimanlah kamu (kerana yang demikian itu) amatlah baiknya bagi kamu. Dan jika kamu kufur ingkar (maka kekufuran kamu itu tidak mendatangkan kerugian apa-apa kepada Allah), kerana sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan di bumi; dan Allah sentiasa Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (An-Nisaa', 4:170)

93. Wahai manusia ! sesungguhnya telah sampai kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu, (Muhammad dengan mukjizatnya) dan telah kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang (Al-Quran). (An-Nisaa', 4:174)

94. Wahai orang-orang yang beriman ! Jadilah kamu sebagai penegak keadilan kerana Allah, (ketika) menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah. Kerana (adil) itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan. (Al-Ma'idah, 5:8)

95. Wahai orang-orang yang beriman ! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalan-Nya, agar kamu beruntung. (Al-Ma'idah, 5:35)

96. Sesungguhnya orang-orang yang kafir, kalau (tiap-tiap seorang dari) mereka mempunyai segala yang ada di muka bumi atau sebanyak itu lagi bersamanya, untuk mereka menjadikannya penebus diri mereka dari azab seksa hari kiamat, nescaya tebusan itu tidak akan diterima dari mereka; dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Al-Ma'idah, 5:36)

97. Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki ? (Hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang meyakini (agamanya) ? . (Al-Ma'idah 5:50)

98. Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. (Al-Ma'idah, 5:54)

99. Sesungguhnya penolongmu hanyalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman, yang melaksanakan solat dan menunaikan zakat, seraya tunduk (kepada Allah). (Al-Ma'idah, 5:55)


100. Dan barang siapa menjadikan Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman sebagai penolongnya, maka sungguh, pengikut (agama) Allah itulah yang menang. (Al-Ma'idah, 5:56)

--------------------------------------------------------------------------------------

Ayat Tadabbur Ringkas Juz 6

Sesungguhnya orang-orang yang kafir, kalau (tiap-tiap seorang dari) mereka mempunyai segala yang ada di muka bumi atau sebanyak itu lagi bersamanya, untuk mereka menjadikannya penebus diri mereka dari azab seksa hari kiamat, nescaya tebusan itu tidak akan diterima dari mereka; dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Al-Ma'idah, 5:36)


Salam 6 Ramadhan 1432H ^_^ ..

Insya Allah, seperti yang pernah kita bincangkan sebelum ini..janganlah kita melihat ayat2 yang seperti ini dengan perspektif betapa kita kononnya mustahil untuk termasuk dalam kalangan orang yang tidak beriman ataupun 'kafir' kepada Allah SWT..Ayat2 seperti inilah yang sepatutnya kita berikan perhatian yang menyeluruh, kerana di akhirat kelak, sekiranya tidak tergolong dalam kalangan orang yang beriman, sudah tentu kita akn tergolong bersama-sama orang yang kafir =( .. Mudah2an Allah jauhkan kita daripadanya..

Dalam ayat ini, kita boleh lihat bagaimana di akhirat kelak, orang2 kafir yang telah dijanjikan azab oleh Allah SWT akan sentiasa cuba untuk mencari jalan untuk melepaskan diri masing2..malah, oleh kerana tersangat hebatnya azab pada hari tersebut, sekiranya mereka memiliki segala harta dan isi2 dunia ini, pastilah akan digunakan untuk menebus diri mereka sendiri..

Tetapi, Maha Suci Allah yang sentiasa menepati janji dan hukuman-Nya..tidaklah 'harta2 tebusan' tadi diterima di sisi-Nya..

Dengan erti kata yang laen..harta2 yang dahulunya dikejar sehingga sanggup melakukan penipuan dan menindas orang2 lemah, kini tidak membawa apa2 faedah lagi kepada mereka..

Bukankah di dalam Al-Quran ini juga kita sudah ketahui, betapa dunia dan segala isinya ini tidak membawa apa2 makna buat Allah SWT..malah di dalam Hadis Nabi sendiri kita boleh baca ;

“Seandainya dunia ini di sisi Allah senilai harganya dengan sayap nyamuk niscaya Allah tidak akan memberi minum barang seteguk sekalipun kepada orang kafir.” (HR. Tirmidzi)

Nampak betapa rendahnya nilai dunia ini di sisi Allah SWT ? Apalah sangat nilai yang ada dengan sayap nyamuk ? Tetapi di sisi Allah SWT, hakikatnya dunia ini lebih hina dan rendah nilainya daripada sayap makhluk kecil itu =( .. Maka, mengapakah dunia ini juga yang sering membuat kita sedih dan lupa kepada-Nya ? Padahal hakikatnya Dia menjanjikan sesuatu yang lebih kekal, baek dan berkali-kali ganda lebih hebat daripada yang kita tangisi itu..

Dari Abu Hurairah r.a katanya; Rasulullah SAW bersabda maksudnya; 'Dunia penjara bagi orang mukmin dan Syurga bagi orang kafir." (Hadis Riwayat Muslim)

Sekiranya kita melihat hakikat kehidupan di dalam penjara..kita akan dapati betapa insan2 yang menduduki penjara tersebut tidak mampu untuk berbuat sesuka hati mereka, tidak mampu makan atau minum segala apa yang mereka inginkan, pakaian juga sama sahaja..hakikatnya, tidak semua perkara mampu mereka lakukan kerana tertakluk dengan penguatkuasa penjara yang menetapkan segala mcm peraturan dan larangan..

Begitulah juga dengan kehidupan di dunia ini..tidak semua makanan dan minuman boleh diambil sesuka hati oleh orang mukmin, cara pemakaian juga ada tatatertibnya, perkara yang dilarang untuk dibuat juga ada..berbeza dengan orang yang jauh daripada Islam yang sesuka hati melakukan segala benda mengikut nafsu sendiri, tanpa menghiraukan sebarang batas dan larang..dunia sudah menjadi syurga bagi mereka =( ..

Penjara di dunia, tetapi syurga di akhirat, itulah matlamat sebenar kita sebagai seorang mukmin di dunia ini =) .. sedangkan tarikan2 nafsu dan godaan yang kita terima di dunia ini sahaja sudah cukup kuat untuk melemahkan ramai orang, bagaimanakah agaknya ganjaran2 yang Allah sediakan untuk hamba2-Nya di akhirat kelak ? Apa yang pasti, kesemuanya sudah tidak mampu dibayangkan akal..cuma persoalannya, adakah kita menjadikan dunia pada ketika ini penjara kita ? atau syurga sementara kita ?

Insya Allah..mudah2an kita terhindar daripada menjadi golongan yang dinyatakan Allah SWT dalam ayat Al-Ma'idah ini..kumpullah kekuatan, dan tabahkanlah hati di bulan yang mulia ini, semoga bulan2 yang akan datang nnt mampu kita harungi dengan mudah dan penuh keberkatan =) ..

Jzkk dan terima kasih byk2 kerana sudi ikuti series JFTQ utk kali ini..maafkan sebarang silap dan salah ek ^_^

Selamat Beramal ! =)

Wassalam ~

Shift_Ramadhan #5 ; Jewels From The Quran (Juz 5 : An-Nisa', 4:24 - An-Nisa', 4:147)



.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.

5 Ramadhan 1432H

Juz 5 : An-Nisa', 4:24 - An-Nisa', 4:147

71. Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah. (An-Nisa', 4:28)

72. Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, nescaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga). (An-Nisaa’, 4 : 31)

73. Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang laki-laki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (An-Nisaa’, 4 : 32)

74. Laki-laki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana mereka, (laki-laki) telah memberikan nafkah dan hartanya. (An-Nisaa', 4:34)

75. Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarah, dan jika ada kebaikan sebesar zarah, nescaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar. (An-Nisaa’, 4 : 40)

76. Dan Allah lebih mengetahui tentang musuh-musuhmu. Cukuplah Allah menjadi pelindung dan cukuplah Allah menjadi penolong (bagimu). (An-Nisaa, 4:45)

77. Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintah mengingkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya. (An-Nisaa’, 4 : 60)

78. Dan barang siapa yang mentaati Allah dan Rasul (Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. (An-Nisaa’, 4 : 69)

79. Di mana pun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh. Jika memperoleh kebaikan, mereka mengatakan, "Ini dari sisi Allah", dan jika mereka ditimpa keburukan mereka mengatakan, "Ini dari engkau (Muhammad)." Katakanlah, "Semuanya (datang) dari sisi Allah." Maka mengapa orang-orang itu (orang-orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan (sedikit pun) ?" (An-Nisaa', 4:78)

80. Kebajikan apa pun yang kamu peroleh, adalah dari sisi Allah, dan keburukan apa pun yang menimpamu, itu dari (kesalahan) dirimu sendiri. Kami mengutusmu (Muhammad) menjadi Rasul kepada (seluruh) manusia. Dan cukuplah Allah yang menjadi saksi. (An-Nisaa', 4:79)

81. Barang siapa menaati Rasul (Muhammad), maka sesungguhnya dia telah menaati Allah. Dan barang siapa berpaling (dari ketaatan itu), maka (ketahuilah) Kami tidak mengutusmu (Muhammad) untuk menjadi pemelihara mereka. (An-Nisaa', 4:80)

82. Maka tidakkah mereka menghayati (mendalami) Al-Quran ? Sekiranya (Al-Quran) itu bukan dari Allah, pastilah mereka menemukan banyak hal yang bertentangan di dalamnya. (An-Nisaa' 4:82)

83. Barang siapa memberi pertolongan dengan pertolongan yang baik, niscaya dia akan memperoleh bahagian dan (pahala)nya. Dan barang siapa memberi pertolongan dengan pertolongan yang buruk, niscaya ia akan memikul bagian dari (dosa)nya. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (An-Nisaa', 4:85)

84. Allah, tidak ada tuhan selain Dia. Dia pasti akan mengumpulkan kamu pada hari kiamat yang tidak diragukan terjadinya. Siapakah yang lebih benar perkataan(nya) daripada Allah ? (An-Nisaa' 4:87)

85. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (An-Nisaa’, 4 : 110)

86. (Syaitan itu) memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka, padahal syaitan itu hanya menjanjikan tipuan belaka kepada mereka. (An-Nisaa', 4:120)

87. Kalau Allah menghendaki, niscaya dimusnahkan-Nya kamu semua wahai manusia ! Kemudian Dia datangkan (umat) yang lain (sebagai penggantimu). Dan Allah Maha Kuasa berbuat demikian. (An-Nisaa', 4:133)

88. Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah biar pun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. (An-Nisaa’, 4 : 135)

89. Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali. (An-Nisaa’, 4 : 142)

----------------------------------------------------------------------------------------------

Ayat Tadabbur Ringkas Juz 5

Maka tidakkah mereka menghayati (mendalami) Al-Quran ? Sekiranya (Al-Quran) itu bukan dari Allah, pastilah mereka menemukan banyak hal yang bertentangan di dalamnya. (An-Nisaa' 4:82)

Salam 5 Ramadhan 1432H ^_^

Insya Allah..satu ayat yang sememangnya agak terbaek untuk kita tadabbur..kerana apa ? Kerana ayat ini sendiri berkisarkan tentang mentadabbur (memahami) al-quran dan isi2nya =) ..

Seorang ahli falsafah barat pernah berkata," Saya x pernah jumpa buku yang paling banyak bertanya (soalan2 menusuk) dan paling banyak mencabar pembacanya selain drp Al-Quran " ..

Insya Allah, tadabbur kita kali ini bukan berkaitan tentang bagaimana Al-Quran itu boleh menjadi satu warisan Rasulullah SAW yang tidak ada sebarang 'contradictions' dan sebagainya..hal ini kita pernah bincangkan di post 'Mukjizat Yang Satu Itu' dan 'Hadiah Kalam Itu' ^_^ ..

Hari ini insya Allah kita tadabbur satu perkara yang jarang kita bincangkan iaitu ttg ;

' Kenapa dlm Al-Quran banyak soalan ? Kenapa Allah suka bertanya kepada hamba2-Nya yang membaca Al-Quran ? '

Rakan2 semua..

Pernah tengok rancangan Talk-Show ataupun interview di televisyen ? Insya Allah, klu kita tgk betul2 rancangan tue, kita akan dpt lihat betapa orang2 yang sedang di-interview selalu x dapat nak cakap apa yang dia nak cakap..apa tidaknya ? Klu interviewer selalu benar menyekat percakapan, lalu mengeluarkan soalan2 yang baru, sudah tentulah ahli panel tadi kena tukar plak jawapan dan conversation tadi..

Dengan erti kata yang mudah..siapa sahaja yang mengawal soalan, maka dialah yang mengawal suatu conversation..dan ini sebenarnya suatu teknik yang selalu benar dipakai oleh musuh2 Islam, lebih2 lagi semasa di zaman Rasulullah SAW..

Sekiranya kita mengkaji Al-Quran ini dengan lebih dalam, kita akan dapat baca kisah2 tentang orang2 musyrikin Mekah yang selalu bertanyakan soalan kepada Rasulullah..bertanya tentang roh, tentang bila terjadinya kiamat, tentang siapa Zulkarnain, dan sebagainya..

Adakah ini 'central question' ? Hakikatnya, semua ini hanyalah 'taunting question' ataupun soalan2 yang sengaja dikeluarkan untuk mencabar Rasulullah SAW..dan kita boleh lihat, setiap kali sahaja Rasulullah sampaikan jawapan yang jelas kepada persoalan2 tadi..mereka mula menukar soalan yang kadangkala tidak ada kaitan dengan soalan yang sebelumnya..tiba2 pula bertanya tentang siapa pemuda kahfi, tentang apa sebab Allah turunkan manusia dan bukan malaikat, dan sebagainya..

Allah menjawab sebahagian daripada soalan2 tadi di dalam Al-Quran-Nya..tetapi kemudian, kini Allah pula bertanya soalan kepada mereka..nampak bagaimana Allah menyuruh Rasulullah SAW untuk mengawal semula conversation tadi ? Allah membawa mereka semula kepada 'central question', yakni tentang siapa yang menciptakan mereka, dan apa tujuan mereka dijadikan di bumi ini..

Oleh sebab itulah kita akn dapat melihat banyak di dalam al-Quran ini pelbagai perumpamaan dan analogi yang selalu disertai dengan pertanyaan daripada Allah SWT..

' Tidakkah kamu memikirkannya ? '
' Tidakkah kamu memahaminya ? '
' Adakah yang ingin mengambil pengajaran ? '

Semua ini pertanyaan2 yang merangsang fikiran kita untuk berfikir dan tadabbur alam dengan kesedaran betapa semuanya ini tidak akan terjadi tanpa adanya Pencipta Yang Esa..

' Adakah kita memikirkannya ? '
' Adakah kita memahaminya ? '
' Adakah kita mengambil pengajaran daripadanya ? '

Untuk mendapatkan 'feel' dan nikmat ibrah yang tinggi sesudah membaca ayat2 Al-Quran..soalan2 inilah yg wajar kita tanya semula kepada diri kita..Allah SWT sendiri telah mengingatkan kita betapa Al-Quran ini hakikatnya berfungsi sebagai 'pengingat' kepada kita yang selalu x ingat..maka, tidak hairanlah kita selalu lupa..kerana ternyata sangat kita x ingat utk 'beringat' dengan Al-Quran =(

Ini juga satu pengajaran yang baek buat para da'ie di zaman ini..kadangkala kita terlalu sibuk menjawab soalan2 daripada orang bukan Islam tentang kenapa orang islam x blh makan khinzir, kenapa orang islam bukan terrorist dan sebagainya..tetapi, kita selalu lupa untuk bawakkan mereka semula kepada 'central question' yang utama..

Dengan erti kata yang lain..kita di zaman ini terlalu sibuk untuk memberitahu dunia apa yang bukan Islam, sehingga kita lupa untuk beritahu mereka apa yang Islam dan yang lebih utama lagi, apa itu islam..

Jadilah seorang da'ie yang bukan sahaja boleh menjawab soalan yang 'layak' untuk dijawab berdasarkan ilmu yg btul, tetapi juga mampu untuk mengemukan 'central2 question' dan mengawal conversation dengan baek..

Untuk menjadikannya lebih mudah..peringatkanlah diri kita dengan Al-Quran, sebelum kita mengingatkan orang lain tentangnya ^_^ ..

Insya Allah..mudah2an kita akan sentiasa diberikan kekuatan kepada Allah untuk berusaha menjadi hamba-Nya yang ulul-albab dan bijak dalam mentadabbur segala macam perumpamaan yang telah Allah berikan kpd kita semua =)

Jom rakan2 semua, baca dan tadabbur Quran ramai2 ^_^

Itu sahaja utk Jewels From The Quran utk 5 Ramadhan ini..klu rakan2 semua blum membaca JFTQ utk series yang sebelumnya, boleh lah lihat di archives kt sebelah nie..alhamdulillah, setakat nie kita dah bincangkan 5 Juz..mungkin tidak seberapa, tetapi mudah2an kita dapat mengambil beberapa pengajaran yang baek daripadanya =)

Wassalam ~

ShareThis

Related Posts with Thumbnails