::..|_ Paradigm Shift _|..::

" … Only in the remembrance of Allah do heart find peace. (Ar-Ra'd, 13:28) "

Shift_Paradigms #34 Keyakinan Itu Bukan Mainan


.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.


Kadangkala membaca kisah2 manusia yang hebat seperti Sultan Muhammad Al-Fateh dan Salahuddin membuatkan diri ini tertanya-tanya..

' Bolehkah pemuda2 seperti mereka nie dibina semula dlm masyarakat kita ? '

Melihat satu demi satu kisah kehidupan mereka membuatkan diri ini tersedar betapa jauhnya perbezaan antara kita dan mereka..

Jangankan Sultan Muhammad Al-Fateh, menjadi salah seorang daripada tenteranya pun belum tentu kita layak =( .. Belum diambil kira lagi tahajjud dan ibadah sunat kita yang masih tunggang langgang, tidak sama seperti Al-Fateh yang sejak baligh ditarbiyyah untuk tidak meninggalkan solat malam..

Kalaulah pada zaman mereka dahulu sudah wujud internet dan Facebook, apakah agaknya status yang akan mereka taip di 'Wall' mereka ? Bagaimana dengan koleksi2 gambar mereka ? Adakah sama dengan kita yang tidak pernah letih senyum dan 'peace' di hadapan kamera =( ? Allahu A'lam..

Ketika umur Al-Fateh dan Salahuddin sebaya dengan kita semua, pemikiran mereka benar2 matang, malah sudah diberi kepercayaan untuk memerintah sebuah kerajaan yang besar..berbeza dengan kita yang pada umur mencecah 20-lebih ini masih lagi tidak mampu mengurus diri sendiri, apatah lagi diberi tanggungjawab untuk mengurus keluarga ataupun negara..

Kita lebih sibuk mencari hiburan dunia..lebih leka memenuhi kehendak diri yang tidak berkesudahan =( .. Belum dicerita lagi tentang kerunsingan kita yang kian keliru tentang kehidupan sendiri dari hari ke hari =( .. Apa yang kita tahu, kehidupan ini perlu diteruskan, ke mana dan bagaimana ianya diuruskan, biarlah masa sahaja menentukan..

Persoalannya..

Adakah kita ingin membiarkan hidup kita berjalan begitu sahaja ?

Tidak adakah pemuda2 yang ingin menjadi seperti Al-Fateh dan Salahuddin !?

Tidak adakah pemuda yang bakal mewarisi kepimpinan mereka !?

Bagaimana dengan kebijaksanaan akal mereka menepis helah dan taktik musuh ? Tidak adakah yang bisa mewujudkan semula kehebatan2 ini ?

" Oh..ada2..tue ah nun jauh kat kampung seberang sana tue..tok syeikh yang selalu bg ceramah kt masjid "

" Eh..mestilah ada..tue ah si Abu (bukan nama sebenar) tue..dah la hebat cakap ttg agama..join usrah lagi..mesti jadi hebat punya lah nnt..confirm jadi ustaz..for sure, percayalah "

Rakan2 pembaca semua...

Kenapa tidak kita sendiri sahaja yang berdiri daripada 'kerusi leka' kita..Bangun daripada mimpi2 yang palsu itu..mengangkat tangan dengan semangat sambil melaungkan ' Akulah orang nya..akulah pemuda itu ^_^ !! '

Kenapa kita perlu menuding jari kepada orang lain ? Kalaulah 'Abu' berjaya menjadi pemuda yang hebat..bagaimana dengan diri kita ? Adakah kita akan kekal sama sahaja dari dulu sampai sekarang ?

Insya Allah rakan2 semua..sama2 kita muhasabah..janganlah biarkan umur kita ini bertambah begitu sahaja..sudah ramai insan yang hilang keupayaannya ditelan masa dan umur, takkanlah sesudah berumur 70 atau 80 tahun nnt baru kita sedar kepentingan mendidik diri menjadi seorang 'pemuda' yang hebat ? Usahlah membuang masa lagi, marilah kita sama2 berusaha membina individu Muslim yang sejati =)

Salam Ukhuwah Fillah ^_^

" Keyakinan Itu Bukan Mainan "

Bayangkan sekiranya sy sudah berkeluarga..kemudian pada suatu hari, sy terlupa mengambil anak dari sekolah..apakah agaknya reaksi isteri sy selepas mendapati sy sedang menonton TV sambil menghirup secawan kopi dengan gembiranya ?

" Aaaaaaaabaaaangggggggggggggggggggggggg !! " .. ataupun apa2 panggilan yg sewaktu dengannya lah ye..

" Amboi2..awak dok minum kopi plak depan TV nie ye...anak kat sekolah tue sapa nak amik ? nnt kena culik orang..ahh sapa susah !!?? "

" Errrr..tp lawan badminton x abih lg la..ah tue tengah 'match point' dah..lagi 5 minit boleh ? Pleaseee (sambil membuat muka 'innocent')"

" Jangan nk mengade..dah g amik dorang cepat..dah nak masuk maghrib dah nie..ntah apa2 ntah yang dorang wat mundar-mandir kt sekolah tue.. "

" Ye la..Ye la.. (berjalan keluar dengan perlahan sambil mata sdg curi2 menonton TV) "

" Aaaaaaaaaabaaaangggggg !!!! "

" Oopss..Roger n Outtttt ! (berlari keluar) "

(Maaf la ye..sy xde idea nk bg analogi bagaimana dah..mudah2an xdelah jadi mcm nie plak klu dh berkeluarga..huu)

Apakah agaknya yg cuba sy bawakkan drp kisah rumahtangga ini ?

Tajuk post tentang 'keyakinan' .. ada apa2 yang merujuk kpd keyakinan x dlm kisah tadi ? Rasa2nya yang ada hanyalah unsur kerisauan isteri sy sebab anak x diambik lagi dari sekolah..

Ermmm..apakah agaknya yang menyebabkn dia risau sehinggakan nak bagi 5 minit kt suami utk tgk TV pn x blh ?

Ya..benar rakan2 semua..kerisauan itu timbul atas dasar kebimbangan..dan kebimbangan itu pula lahir atas sebab tidak yakin..tidak yakin anak2 akan terselamat daripada para penculik..tidak yakin anak2 boleh menjaga diri mereka, lebih2 lagi kalau mereka masih kecil..

Sy membawa analogi ini supaya rakan2 boleh mengaitkannya dengan satu kisah yang selalu benar kita dengar..malah sudah kita hafal kronologinya, yakni kisah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan anak mereka, Ismail..

Kita selalu membaca kisah mereka, tetapi kadangkala kita terlupa untuk mengambil ibrah atau merasai 'aura' kekuatan kisah2 tersebut..

Tentu kita pernah mendengar kisah Nabi Ibrahim yang meninggalkan isterinya, Siti Hajar bersama anak mereka, Ismail di tengah padang pasir yang kering-kontang..

Sy sekadar terlupa untuk mengambil anak dari sekolah pun sudah membuatkan isteri sy susah hati..bayangkan pula bagaimana beratnya hati Nabi Ibrahim meninggalkan anak dan isteri baginda begitu sahaja..semuanya tidak lain dibuat atas arahan daripada Allah SWT..

Menitis air mata baginda mendoakan keselamatan anak dan isteri yang dicintainya. Hati suami mana yang sanggup meninggalkan anak dan isteri di padang pasir tandus yang sejauh enam bulan perjalanan dari tempat tinggal mereka.

Diceritakan ketika Siti Hajar diturunkan daripada unta yang mereka naiki bersama..tanpa berlengah Nabi Ibrahim bersiap sedia untuk pergi. Apabila Siti Hajar melihat perlakuan suaminya, ditariknya jubah suaminya sambil merayu-rayu :

' Wahai suamiku, apakah aku akan ditinggalkan bersama anakmu di sini ? "

Tanpa memandang wajah isterinya yang dicintai itu, Nabi Ibrahim hanya mampu menganggukkan kepala.

' Oh..kiranya kerana dosaku menyebabkan engkau bertindak begini, ampunkanlah aku. Aku tak sanggup ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang ini. '

' Tidak wahai isteriku, bukan kerana dosamu.. '

' Kalau bukan kerana dosaku, bagaimana dengan anak ini ? Anak ini tidak tahu apa2..Tergamakkah engkau meninggalkannya ? '

Hati Nabi Ibrahim bagai disayat-sayat. Berat dan sedih hatinya, hanya Allah SWT yang tahu..

Apabila disebut ia perintah Allah SWT, Siti Hajar terdiam. Kelu lidahnya untuk terus merayu. Dia yakin, kalau tidak kerana perintah Allah SWT, masakan mungkin suaminya sanggup meninggalkan dia serta anaknya di situ.

Lalu dengan hati yang berat tetapi penuh keyakinan, Siti Hajar berkata kepada suaminya ;

' Jika benar ia adalah perintah Allah SWT, tinggalkanlah kami di sini. Aku redha ditinggalkan ', sambil mengesat air matanya yang berlinangan..

Ditabahkan hatinya dengan berkata ; ' Tentang keselamatan kami, serahkanlah urusan itu kepada Allah SWT. Pasti Dia akan membela kami. Manakan mungkin Dia menganiaya kami yang lemah ini. '

Maka, bermulalah kisah yang menyayat hati tentang Siti Hajar berlari ke hulu dan ke hilir mencari air buat anaknya, Ismail yang menangis kerana dahaga..Setiap kali dia nampak seperti ada air bertakung, rupa2nya hanyalah fatamorgana padang pasir..sehinggalah tanpa dia sedari, dia telah berulang-alik sebanyak tujuh kali antara dua bukit, Safa dan Marwah untuk mencari sumber air..

Tiba2 dengan rahmat Allah SWT, sedang dia mencari-cari air, terpancutlah air dari bumi tatkala Ismail menangis sambil menghentak-hentakkan kakinya..sumber air yang sangat banyak sehinggalah selepas peristiwa tersebut, Mekah dibangunkan kerana ramai kabilah yang datang untuk mengambil air dan bermastautin di tempat tersebut..

Rakan2 pembaca semua..

Nampak betapa hebatnya kisah Nabi Ibrahim dan keluarganya ini ?

Nampak bagaimana keyakinan Nabi Ibrahim yang cukup utuh kepada Allah SWT ?

Hatta perintah tersebut seakan-akan tidak mampu dilihat hikmah disebaliknya, tetapi tetap juga dilakukannya..kerana baginda tahu, betapa perancangan Allah SWT itu sangat hebat..belum lagi diceritakan tentang kisah Nabi Ibrahim menyembelih anaknya, Ismail yang diselamatkan Allah lalu digantikan dengan kibas..kesemuanya dibuat tidak lain hanya kerana keyakinan terhadap Allah SWT..

Kalau kita menerima arahan dan perintah yang sedemikian rupa pada zaman ini..agak2nya mampu x kita lakukannya klu hati dan diri kita x yakin kepada kuasa Allah SWT ?

Ya..rakan2 semua..Keyakinan Itu Bukan Mainan..Keyakinan itu disusuli dengan tindakan...

Keyakinan itu bukan hanya dengan kata2 manis di bibir..bukan juga dengan mimpi2 dan lamunan kosong..

Entah berapa kali kita sering mengungkapkan keyakinan kita kepada Allah SWT, tetapi tingkah laku kita acap kali terlari daripada maksud 'yakin' yang sebenar..

Kadangkala kita keliru antara definisi 'percaya' dan 'yakin' ..

Ramai orang percaya akan sifat Allah Yang Maha Melihat..tetapi berapa ramai antara kita yang 'yakin' dengan sifat Allah tadi ?

Apabila di saat ini ada sahaja perkara maksiat yang kita buat secara tersembunyi atau terang-terangan..kadangkala kita lebih takut klu2 orang lain mengetahui perkara buruk yang kita lakukan, tetapi jarang benar kita takut kepada Allah SWT Yang Maha Melihat segalanya..

Begitu juga dengan sifat Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Penyayang..setakat manakah bukti 'keyakinan' kita kepada sifat-Nya yang Maha Hebat ini ?

Sedangkan setiap musibah yang menimpa kita pada hari ini sering sahaja membuatkan diri kita sedih...rebah memikirkan keadaan diri yang malang tanpa memikirkan langsung tentang hikmah kebaikan yang cuba Allah SWT tunjukkan kepada kita...Bukankah Allah SWT tidak pernah menzalimi hamba2-Nya ? Maka manakan mungkin Dia memberikan kita sesuatu tanpa datang bersamanya ibrah2 pengajaran yang cukup bermakna..

Kadangkala kita merasakan kehidupan di dunia ini tidak adil..tetapi bertanyalah semula kepada diri kita sendiri..siapakah yang lebih mengetahui apa yang lebih adil buat diri kita melainkan Allah SWT ?

Siapakah yang lebih menyedari titisan kesedihan air mata yang keluar dari anak mata itu melainkan Allah SWT ?

Kesemuanya ini tidak akan kita sedari sekiranya kita tidak pupuk keyakinan yang utuh kepada Allah SWT..

Bertanyalah kepada diri kita sendiri..

313 orang tentera Muslimin berperang dengan 1000 orang Kafir Quraisy semasa perang Badar..kepada siapakah keyakinan untuk menang dalam peperangan ini Rasulullah dan para Muslimin letakkan melainkan hanya Allah SWT ? Bukan sahaja dari segi jumlah askar, alat2 ketenteraan dan peralatan perang sahaja sudah tidak memihak kepada mereka..tetapi tetap juga peperangan ini dimenangi oleh Rasulullah dan pengikut2 baginda..kesemuanya tidak lain kerana keyakinan mereka kepada Allah SWT..

" Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. " (Muhammad 47:7)

Rakan2 pembaca semua..

Kehidupan di dunia ini menjadi sukar sekiranya kita tidak melihat segala2nya daripada kaca mata Islam..betapa ramai insan2 di luar sana yang hilang akal, malah sanggup membunuh diri sendiri, hanya kerana tidak tahan dengan ujian yang melanda..

Tatkala ditimpa kesusahan..kenapakah manusia dahulu yang kita cari ? Kenapakah doa dan pengharapan kepada Allah itu seringkali kita letakkan sebagai langkah yang terakhir ?

Kenapakah buku2 majalah dan muzik2 itu yang kita gunakan untuk mencari ketenangan hati ? Sedangkan dalam masa yang sama, Al-Quran kurniaan-Nya masih kekal berhabuk di rak buku2 kita =( ..

Di manakah sudah keyakinan kita kepada Allah SWT ?

Di manakah sudah kebergantungan kita kepada rahmat dan pertolongan-Nya ?

Tidakkah kita malu mengatakan kita percaya kepada kewujudan dan ketuhanan Allah SWT..tetapi kita berkelakuan seolah-olah dilahirkan di bumi ini untuk main2, tanpa sebarang tujuan hidup yang hakiki ?

Keyakinan itu bukan mainan..bukan juga sesuatu yang boleh diungkap dengan kosong..ianya datang dengan tindakan..bukan penolakan..

Terdapat sangat banyak kisah2 lampau yang boleh dijadikan pedoman buat kita semua..kisah2 kehebatan rahmat Allah yang dilimpahkan kepada insan yang yakin kepada pertolongan-Nya..

Samalah juga dengan perihal Muhammad Al-Fateh dan Salahuddin yang kita bincangkn di awal post ini..tidaklah kedua-dua mereka ini sanggup untuk melawan tentera2 kafir melainkan dengan bekalan iman serta keyakinan yang jitu kepada Allah SWT..tidak hairanlah kalau setiap tenteranya ditarbiyyah sendiri oleh mereka..

Insya Allah rakan2 semua..sesungguhnya post ini juga sesuatu yang benar2 menampar diri yang selalu alpa ini..mari kita sama2 muhasabah ye rakan2 semua =)

Jom sama2 'Shift Paradigms' kita...yakinlah betapa setiap perkara yang datang daripada Allah SWT itu tidak datang dengan kosong, tetapi ianya tiba dengan segala macam ibrah yang berguna buat kita semua ^_^ ..insya Allah..

Wassalam..

ShareThis

Related Posts with Thumbnails