::..|_ Paradigm Shift _|..::

" … Only in the remembrance of Allah do heart find peace. (Ar-Ra'd, 13:28) "

Paradigm_Shift #43 : Di Sebalik Kehilangan Itu (Bhg. 2)



.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.


" Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang yang sabar " (Al-Baqarah 2:155)

Ramai antara kita selalu berkata ;

" Pasti ada hikmahnya berlaku semua tue "

Kadangkala kita terlalu kerap mengatakan tentang hikmah dan ibrah, sehinggakan ianya menjadi sesuatu yang 'cliche' untuk dikatakan kepada rakan2 kita yang sedang berada dalam kesusahan.

Hakikatnya, hampir semua perkara yang berlaku di sekeliling kita pada saat ini ada ibrah dan hikmahnya.

Ada hikmah kenapa kita dikurniakan akal dan pemikiran~

Ada ibrah di sebalik ciptaan kita yang sangat kompleks dan hebat~

Dan ada juga hikmahnya kenapa kita wujud pada zaman ini, dan bukannya pada zaman yang sebelumnya~

Hikmah dan ibrah itu wujud dalam segala perkara yang berlaku. Apa yang selalunya tidak wujud adalah kesanggupan kita untuk memproses dan menganalisis semua 'information' tersebut.

Wallahu A'lam~

" Di Sebalik Kehilangan Itu (Bhg. 2) "

" Waaa, last batch ubat ! Selepas nie habis dah xyah makan lagi ubat yang berlambak nie "

Rasa sangat gembira pada ketika itu. Alhamdulillah, akhirnya rawatan selama 6 bulan itu pun tamat dengan sempurna. X sabar rasanya nk pergi hospital pada hari tersebut untuk pemeriksaan terakhir.

" Jim, jom g hospital cepat ", ajak ibu sambil tersenyum.

" Ok, Ma ! "

Sejak 6 bulan yang lalu, ibu tidak pernah bosan nak bawak anaknya yang sorng nie pg hospital setiap hari dan setiap minggu untuk mengambil ubat dan 'medical check-up' . Senyuman ibu pada hari itu agak berlainan sedikit. Ibu kelihatan lebih ceria dan gembira.

Tidak sangka akhirnya tamat pun rawatan. Setibanya sahaja giliran kami untuk memasuki bilik doktor.

" Ok, Hazim, tamat sudah rawatan, ndak(tidak) payah lagi makan ubat2 nie ah. Boleh sudah nie pigi maen2 di luar " (doktor loghat sabah)

Wahh..Rasa sangat lega pada saat itu. Alhamdulillah, tidak perlu lagi makan berbelas-belas jenis ubat yang pahit itu ! Hehe . Ibu hanya tersenyum melihat reaksi diri ini pada ketika itu.

Pada saat itu, saya menyangkakan seolah-olah kononnya ujian 6 bulan tersebut telah tamat. 

Kadangkala kita sebagai manusia selalu alpa dan leka betapa Allah SWT itu Maha Hebat dalam percaturan-Nya. Tidaklah ada walau satu pun aturan-Nya itu yang tidak berkait antara satu dengan yang lain.

Masih segar dalam ingatan. Pada ketika itu baru sahaja selang seminggu selepas tamat rawatan.

Ibu mula mengadu sakit2 kepala. Ibu juga seringkali letih dan tertidur selepas membuat apa2 kerja. Apabila ditanya sama ada ibu sihat atau tidak, ibu hanya tersenyum mengatakan dirinya sihat dan hanya sakit kepala sedikit. Ibu juga enggan untuk ke hospital atau klinik apabila diajak.

Keadaan ibu mula menjadi teruk apabila ibu mula muntah2 kerana pening dan sakit kepala yang semakin kuat.Namun begitu, hal itu tidak pernah menghalang ibu untuk terus menjadi ibu kepada kami semua. Ibu tidak pernah lupa untuk menyediakan makan tengah hari dan malam hatta sakitnya mula menjadi teruk.

Kari ayam dan daging ibu pada minggu itu tidak ada bezanya dengan kari yang dimasak ibu pada bulan dan tahun sebelumnya. Kedua-duanya tetap sedap sehingga ayah dan sy pasti akan mengambil lagi nasi lebih. Tidak ada yang mampu untuk menandingi masakan kampung ibu.

Namun begitu, hal itu masih tidak mampu untuk menutup hakikat bahawa keadaan ibu sudah semakin teruk. Sehinggalah tibanya hari apabila ramai saudara-mara datang semata-mata untuk memaksa ibu untuk ke hospital. Ibu tetap berkeras x nak ke hospital. Selepas dipujuk oleh kakak, abang dan adik ibu, barulah ibu bersetuju ke hospital kerana tidak mampu untuk melihat air mata adik-beradik dan anak2nya.

Selepas doktor membuat pemeriksaan terhadap ibu, doktor mengambil keputusan untuk menghantar ibu ke hospital di Kota Kinabalu kerana tahap kesihatannya yang mula merudum dan kritikal. Saya masih ingat perasaan risau dan tidak sedap hati yang ada dalam diri saya dan adik2 yang lain apabila kami mengekori kereta ambulans dari belakang.

Suasana dalam kereta yang selalunya riuh dengan gelak tawa adik2 dan ibu kini menjadi suram dan senyap. Adik2 hanya menangis di dalam kereta tanpa henti. Saya sendiri tidak dapat menahan sebak memikirkan tentang keadaan ibu.

Setibanya kami di hospital, ibu dimasukkan ke dalam wad untuk pemeriksaan MRI , x-ray dan sebagainya. Alangkah terkejutnya kami apabila doktor mengesahkan bahawa ibu menghidap penyakit kanser otak tahap 4.

Saya sendiri seolah-olah tidak percaya dengan kenyataan doktor tersebut. Bukankah stage 4 itu stage yang paling kritikal, yakni cancer tersebut telah spread ke bahagian badan yang lain ? Saya masih ingat tatkala ayah menceritakan dialognya dengan doktor yang memeriksa keadaan ibu.

" Encik, berapa lama dah isteri encik kena penyakit nie ? Ada symptoms yang ketara x sebelum nie ? Nie kalau stage 4 nie selalunya orang lain kebiasaannya baring di katil berehat sahaja untuk berbulan-bulan kat rumah. Saya minta maaf encik, tapi tidak ada yang boleh kami lakukan pada saat ini ", ujar doktor tersebut.

Ayah terkejut mendengar statement doktor kerana baru sahaja pada 2 hari lepas, ibu masih lagi kuat untuk mengajar anak2 muridnya di sekolah. Bukan itu sahaja, ibu masih lagi mampu untuk membuat kerja rumah seperti memasak dan sebagainya. Oleh sebab itulah kami sekeluarga tidak menyangka keadaan ibu sudah seteruk itu.

Doktor memberikan peluang kepada kami semua untuk bersama-sama dengan ibu kerana pada bila2 masa sahaja, ibu bakal meninggalkan kami.

Rupa-rupanya selama ini ibu menyembunyikan penyakitnya daripada pengetahuan kami sekeluarga. Selama bertahun-tahun ibu menahan penyakitnya sehinggalah dia tidak mampu untuk menyembunyikannya lagi.

Ayah kata ibu tidak ingin menyusahkan kami sekeluarga. Ibu x nak kami bersusah-payah menjaga dirinya ketika sakit. Biarlah hanya dirinya yang menjaga dan membelai kami. Ibu x pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai ibu dan guru, hatta dirinya sudah dalam tahap kritikal sekalipun, anak2 dan murid2nya tetap menjadi prioriti. Itulah ibu kesayangan kami, kurniaan Allah yang paling hebat di dunia ini.

Terima kasih Allah kerana memberikan kami ibu yang penyayang dan prihatin. Ibu yang sentiasa meletakkan keluarga dan anak2nya lebih daripada dirinya sendiri.

Pada saat itu barulah realiti menghentam diri yang leka ini.

Allah memberikan penyakit paru2 kepada saya agar saya mempunyai masa yang panjang untuk bersama dengan ibu saya.

Rupa2nya, penyakit yg sy dapat di Moscow tersebut bukanlah 'musibah', tetapi 'anugerah' daripada Allah SWT. Pada 2 Julai tahun sebelumnya itu, rupa2nya saya telah mendapat 'hadiah' yang paling hebat di dunia ini. Allah telah memberikan kesempatan kepada diri ini untuk bersama dengan ibu 24/7 sehinggalah ibu nazak dan pergi meninggalkan kami.

Sekiranya saya sihat ketika balik Summer hari tue, sudah tentu saya masih berada di Moscow ketika ibu sedang nazak, menggelabah dan kelam-kabut menguruskan segala macam hal untuk pulang ke Malaysia dengan segera. Tetapi tidak, Allah telah mengaturkan segala2nya dari awal lagi, memberikan saya sebab untuk sentiasa bersama dengan ibu.

Ibu pergi hanya setelah mengetahui anaknya ini sihat daripada penyakit yang merisaukan hatinya.

Terima kasih ya Allah ~

Sebelum ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir, setiap seorang daripada kami dibenarkan untuk membisikkan kata2 terakhir dan mengucup dahi ibu.

" Terima kasih mama, insya Allah nanti kita jumpa lagi di 'sana' ya " , saya bisikkan ke telinga ibu lalu mengucup dahinya.

Ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan tenang.

Saya cuba menahan diri daripada bersedih dan redha dengan ketentuan Allah. Setiap yang bernyawa di dunia ini pasti akan mati untuk meneruskan perjalannya ke alam yang satu lagi. Umur, pangkat dan pencapaian kita di dunia ini sama sekali tidak akan memberikan apa2 perubahan kepada ketentuan Allah SWT.

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un (Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali).

Moga roh arwah ibu sentiasa tenang di sana.

Meskipun ibu tidak sempat untuk melihat anaknya berumahtangga dan menjadi seorang doktor insya Allah, ibu telah berjaya membuktikan betapa dirinya adalah bukti pengorbanan yang sejati. Kisah tentang arwah ibu sememangnya sesuatu yang pasti akn saya ceritakan kepada anak-anak dan cucu sekiranya berkesempatan kelak.

----------------------------------------------------------------------

Rakan2 pembaca semua,

Tidaklah Allah itu bermain dadu dalam percaturan-Nya.

Hidup kita ini tidak jauh bezanya seperti 1 set jigsaw-puzzle yang besar. Jigsaw puzzle yang kepingan2 gambarnya mungkin sebanyak 50, 500 ataupun 1000. Kesemuanya yang mana pada awalnya mungkin kelihatan berterabur dan tidak jelas di mata kita. Tetapi semakin banyak kepingan tersebut tersusun dengan cantik mengikut peredaran masa, semakin mudah untuk kita nampak 'the bigger picture' yang cuba Allah tunjukkan kepada kita. Setiap kepingan yang Allah susun buat tatapan kita ada ibrah dan hikmahnya.

Timing dan aturan kejadian-Nya sangat perfect dan teliti bersesuaian dengan setiap kepingan 'jigsaw puzzle' yang telah Dia berikan kepada kita. Hanya tinggal kepada diri kita sama ada ingin melihat dan meneliti kepingan2 tersebut dengan baik ataupun membiarkannya begitu sahaja.

Mungkin ada yang bertanya bagaimana saya boleh tiba2 bertukar universiti ke Sunway university, malah turut bertukar course dari medic ke psychology. Agak panjang sebenarnya kalau nak diceritakan kisahnya, tetapi ianya berkait rapat dengan penyakit yang saya ada sebelum ini. Meskipun saya sudah sihat sepenuhnya, tetapi doktor tetap melarang sy untuk meneruskan pengajian di Moscow yang cuacanya tidak menentu serta tidak cukup baik untuk kesihatan paru2 sy.

Mungkin sy tidak mampu untuk merawat tubuh manusia daripada penyakit, tetapi insya Allah sy akan berkesempatan untuk merawat sesuatu yang sama pentingnya dengan kesihatan manusia, yakni minda dan pemikiran manusia =) .

Terima kasih byk2 kerana sudi membaca nukilan yang panjang ini. Saya harap penulisan ini mampu menjawab beberapa pertanyaan yang sebelum ini tidak mampu saya jawab dengan teliti. Mudah2an para pembaca semua sentiasa sihat dan hebat dalam menjalani kehidupan kita sebagai khalifah di muka bumi ini.

Wallahu A'lam~

Wassalam~

Paradigm_Shift #42 : Di Sebalik Kehilangan Itu (Bhg. 1)




.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.

Pertama sekali, minta maaf byk2 kpd semua pembaca yang sebelum ini selalu mengikuti perkembangan blog yg x seberapa nie. Minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki kerana sy tidak sempat utk membuat ap2 update sejak 2 tahun lepas =( . Tidaklah perkara tersebut disengajakan, lebih2 lagi apabila saya langsung tidak pernah menceritakan ap2 tentang perkara tersebut secara 'public'.

Rasa sebak dan terharu apabila melihat last entry untuk blog ini. Betapa lamanya diri ini meninggalkan begitu sahaja blog yang menjadi tempat mencurah idea sejak bertahun lamanya ini. Lebih2 lagi apabila ayat2 Al-Quran yang disertakan di dalam entry (Surah At-Taubah) tersebut benar2 ditujukan buat diri ini yang selalu alpa dan leka.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal". (At-Taubah, 9:51) 

Malu dgn Allah =(

Ada sebab mengapa saya menyepi untuk jangka masa yang lama. Ada sebab juga mengapa saya jarang dapat 'online' dan berinteraksi dengan rakan2 secara online di FB, twitter etc.

Mungkin sudah tiba masanya untuk saya menceritakan secara terperinci tentang perkara yang telah berlaku sejak 2-3 tahun ini. Mudah2an sy dan para pembaca blh mengambil ap2 ibrah yang mngkin terselit.

The untold story, insya Allah~ .

" Di Sebalik Kehilangan Itu "

Masih segar di ingatan tatkala saya mendapat berita tersebut. 2 Julai 2011 (Moscow). Rakan2 sedang menyediakan satu juadah 'suprise' utk hari jadi sy. Tiba2 'handphone' pn berdering. Pada mulanya ingatkan hanya rakan2 lain yang nak memberikan ucapan hari jadi dan sebagainya. Tapi, 'tone' dan bunyi percakapan insan tersebut agak berlainan.

" Assalamualaikum, Hazim, minta maaf byk2 sebab terpaksa beritahu berita nie time birthday hang " (loghat utara)

Sy mula berasa risau dan tidak sedap hati.

" Waalaikumussalam wbt, ya ? "

" Hang di-'suspect' menghidap penyakit paru-paru berjangkit. Lena dari dekanat baru gtaw tadi suruh inform kt hang utk g klinik universiti esok utk sahkan benda tue. Sorry byk2 sebab terpaksa gtaw news nie time2 mcm nie "

Sy terpaku dan betul2 'speechless' tidak tahu nak katakan apa. Tidak pernah rasanya seumur hidup saya berasa seakan2 ditikam dan dihumban dengan satu 'load' berita yang betul2 berat.

Biar betul aku ada penyakit paru2 berjangkit. Hari tue wat medical check-up bbrp hari lepas sebelum 'practical' elok shj rasanya. Xda plak tanda2 atau symptoms yg serius.

Ni tak betul nie. Mesti 'False-positive' nie. Mungkin rosak kot mesin x-ray kt klinik kitaorng g ari tue. Kalau betul2 ada penyakit paru2 berjangkit, memang kena 'deport' balik Malaysia nampaknya. Macam2 saya cuba katakan untuk menenangkan diri.

Nak tak nak, sy pun pergi ke klinik untuk membuat satu lagi medical check-up.

Tidak terbayang rasanya bagaimana perasaan risau ketika menerima 'result' susulan medical check-up tersebut. Sy cuba utk redha dan sabar untuk menerima apa jua keputusan yang doktor nak bagi nnt.

" Mukhd Ghazim Bin Daghuli, iditi suda *come here*~~ " (Pronounciation nama dalam bacaan Russian)

Sy menarik nafas panjang.

" I'm so sorry to inform you. You are suffering from lung infection atm. I've no choice but to admit you into the hospital for 1 year " (translation from Russian)

Gulp..1 year ! 1 tahunnn ! Waaa..tiket balik summer dah beli, sepatutnya minggu depan nak balik dah. Puasa plak nak start x lama lagi. Macam mana nak dok 1 tahun kt hospital Russia sambil makan ubat hari2 ? . X hari raya ar aku nampaknya. Huhu..

Alhamdulillah. Selepas berbincang sedikit dengan doktor tersebut, dia membenarkan sy untuk membuat rawatan kt Malaysia, tetapi dengan syarat saya kena balik ke Malaysia selewat-lewatnya esok.

Saya menghembus nafas lega. Tetapi, sekiranya saya perlu pulang pada esoknya, maksudnya tiket kapal terbang pergi dan balik yang saya dah beli sebelum nie hangus begitu sahaja. Kebetulan pula pada ketika itu, penerbangan ke Malaysia untuk jenis penerbangan yang sama sudah tidak ada kekosongan.

Tidak ada pilihan lain melainkan untuk membeli tiket baru one-way ke Malaysia yang harganya ternyata lebih mahal daripada 2 tiket pergi-balik yang telah dibeli beberapa bulan lepas.

Saya masih ingat tatkala menelefon ibu pada malam itu. Walau sekuat mana pn saya cuba untuk menahan air mata ini daripada mengalir, ia tetap mengalir tanpa henti tatkala ibu dengan tenang cuba mengingatkan saya untuk bersabar dan tawakal kepada Allah.

" Ada sebab kenapa Allah SWT berikan penyakit itu kepada Hazim, bersabar ya nak. Mama dan bapa di sini akn sentiasa mendoakan keselamatan Hazim "

Saya menangis seperti kanak-kanak kecil pada ketika itu, walaupun pada ketika itu saya sedang berbual di hadapan roommate saya. Perkataan dan ayat2 ibu benar2 menusuk hati ini. Betapa hinanya diri ini yang selalu cuba memberi nasihat kepada orang lain untuk bersabar dan tabah, sedangkan diri ini hakikatnya juga sentiasa lemah dan seolah-olah tidak berdaya apabila ditimpa ujian yang berat.

" Allah sayang Hazim, jadi janganlah nangis ya nak. Setiap penyakit ada penawarnya. Mama sentiasa ada di sini kalau Hazim perlukan apa2  "

Ya Allah, memang saya tidak mampu untuk menahan perasaan sebak dan terharu apabila ibu bersungguh-sungguh cuba untuk menenangkan sy pada ketika itu. Sudah menjadi kebiasaan untuk saya mengadu ap2 berita kepada ibu sejak duduk di asrama semasa tingkatan 1 dahulu. Sama ada ianya berita tentang kejayaan ataupun kegagalan saya, saya jarang menceritakannya kepada rakan2 lain, hanya kepada ibu. Bagi saya, ketawa kecil dan senyuman ibu itulah yang paling penting, malah lebih penting daripada apa yang pernah saya capai setakat ini. Oleh sebab itulah di sepanjang 'talk' dan ceramah motivasi yang sy berikan kepada adik2 yang lain, pasti akan terselit tentang ibu.

Sekembalinya saya di Malaysia, ibulah orang pertama yang menyambut dan memeluk saya, lalu diikuti oleh ayah dan adik2 saya. Rasa sangat bertuah dikurniakan Allah keluarga yang baik dan bahagia ini.

Setelah membuat pemeriksaan sekali lagi di hospital2 Sabah, saya disahkan menghidap penyakit paru2 berjangkit smear-negative. Maksudnya, tahap penyakit saya hanyalah pada tahap permulaan. Oleh sebab itulah tidak ada symptoms yang boleh dilihat, dan ianya tidak akan menjangkiti orang lain. Namun begitu, sekiranya tidak dikesan dari awal, pasti penyakit tersebut akan terus melarat dan membawa impak yang lebih negatif.

Alhamdulillah, saya hanya perlu menjalani rawatan selama 6 bulan, malah tidak perlu ditahan di hospital, hanya perlu mengambil berbelas jenis ubat mengikut jadual yang 'strict' masa pengambilannya.

Saya juga tidak dapat menyambung tahun ketiga di Moscow yang sepatutnya bermula pada awal September pada tahun tersebut.

Sepanjang 6 bulan tersebut, ibu dan ayah sentiasa ada di sisi memberikan semangat dan sokongan. Tidak dilupakan juga rakan2 lain yang sentiasa mengucapkan salam dan mengirimkan doa. Jzkk, terima kasih banyak2 kepada kalian semua =).

6 bulan berlalu dengan sangat pantas, selepas beberapa siri medical check-up, rawatan sy hampir tamat. Namun begitu, tidak disangka-sangka ujian yang lebih berat daripada ujian penyakit tersebut tiba secara mengejut.

Ujian yang benar-benar membuat diri ini jatuh tersungkur sementara.

Ujian yang seakan-akan menunggu giliran selepas tamatnya ujian yang sebelumnya.

Ujian yang membuahkan kesedaran betapa percaturan dan aturan Allah itulah yang sebaik-baiknya~~

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un (Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali).

Wallahu A'lam~

*Bersambung di Bhg. 2






ShareThis

Related Posts with Thumbnails