::..|_ Paradigm Shift _|..::

" … Only in the remembrance of Allah do heart find peace. (Ar-Ra'd, 13:28) "

Shifting_Paradigms #25 : Merisalahkan Izzah Ijazah Itu


.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.

Rahmat-Mu menelusuri seluruh pelosok alam..

Redha-Mu menemani intipati perjuangan seorang hamba..

Kasih-Mu membuang segala duka lara sang kalbu yang keresahan..

Rakan2 pembaca semua..

Pernah tak rasanya kita bertanya kepada diri kita semua..

' Layak tak aq menerima nikmat Islam nie ? '

' Layak tak aq membaca apa yang terkandung di dalam Al-Quran ini ? '

Apabila dalam masa yang sama...masih ramai lagi insan2 di luar sana yang lebih baik moralnya..lebih teguh semangatnya..dan lebih layak untuk menerima nikmat islam itu berbanding diri kita semua =( ..

Betapa ramai insan di luar sana yang begitu tinggi ilmu pengetahuannya..yang mana sekiranya dikurniakan dengan nikmat islam..mungkin bakal menyumbangkan sesuatu yang sangat besar dan bermakna kepada ad-deen ini..

Betapa ramai juga..insan2 di luar sana yang begitu tinggi ilmu kepimpinannya..mampu membimbing manusia untuk patuh kepada segala macam arahan dan peraturan..

Tetapi..kenapa kita juga yang menerima nikmat yang terbesar ini ?

Sedangkan yang malas menuntut ilmu itu juga adalah diri kita sendiri...yang berlebihan dalam hiburan dan dunia..bukankah kita semua juara dalam bab2 ini =( ?

Apakah agaknya yang ada pada diri kita semua sehingga terlayak untuk dipilih sebagai seorang penganut agama yang benar dan bermakna ini =( ?

Rakan2 semua...

Tidak boleh dinafikan..Allah Maha Mengetahui segalanya..segala suratan dan perkara yang berlaku di dunia ini terjadi kerana kehendak-Nya..setiap lekuk2 di alam semesta ini tersusun dan tercipta dalam keadaan yang amat mengagumkan..

Sebagaimana telitinya pemilihan setiap satu perkataan yang terkandung di dalam Al-Quran itu..seteliti itulah Allah membuat keputusan dan pilihan terhadap segala suratan takdir yang menimpa hamba2-Nya..

Allah itu Maha Agung, Maha Hebat dan Maha Mengetahui..

Maka, manakan mungkin Allah tersalah pilih golongan manusia yang layak untuk menerima petunjuk dan hidayah ad-deen-Nya ini...

Tidak boleh disangkal lagi..terdapat sesuatu di dalam diri kita yang benar2 berharga sehingga melayakkan diri kita semua untuk menerima nikmat dan hidayah terbesar ini..

Sesuatu yang membezakan kita dengan insan2 yang masih belum lagi mendapat petunjuk dan hidayah Allah..

Sesuatu yang memerlukan pencarian berdasarkan mata hati yang hakiki..

Sesuatu yang sekiranya digilap..bakal memancarkan cahaya yang mampu menerangi kegelapan dunia..

dan sesuatu yang hakikatnya berbeza bagi setiap insan..tetapi 'pemanipulasian'-nya bakal membawa keputusan yang sama..sekiranya kita 'faham' ..

Itulah dia 'logam' dan potensi diri kita semua..

Tidak ada istilah 'malas' bagi insan2 yang dipilih ini..

Tidak ada juga istilah 'lemah' dan tidak berdaya...

Sejarah telah mencatatkan 1001 kejayaan insan2 lampau..insan2 yang bertungkus-lumus siang dan malam untuk mencungkil serta menggilap 'logam' masing2..dan bilangan insan2 ini bukanlah sedikit..

Maka, bertanyalah semula kepada diri kita semua..

" Kenapakah agaknya aq dipilih untuk menerima nikmat Islam ini ?

Jawapannya terletak di dalam sanubari kita semua..selamilah ia..kenalilah ia..insya Allah segala persoalan itu akan terjawab ^_^ ..

Salam Ukhuwah Fillah =) .. /hihi

' Merisalahkan Izzah Ijazah Itu '

Terdapat suatu ungkapan yang benar2 menyentuh hati ini..ungkapan ini diberikan oleh seorang akhi yang sangat diri ini hormati..

' Usahlah dicari apa yang tidak kita miliki...tetapi gunakanlah apa yang telah kita ada dengan semaksimum mungkin =) '

Ungkapan ini ana pernah guna untuk beberapa siri ceramah motivasi dengan adik2 dulu..

Hakikatnya, di dunia ini..kita seringkali merungut dan bersedih dengan perkara yang tidak hadir dalam kehidupan kita..harta benda, pangkat, jawatan dan kemewahan..kesemuanya ini seringkali menjadi objektif ilusi kita, sehinggakan ketidak-hadiran perkara tersebut mampu menjatuhkan..atau setidak-tidaknya melemahkan diri kita semua..

Tetapi kita sering lupa dengan perkara yang telah kita miliki..nikmat yang telah kita kecapi dan terima daripada Allah SWT..

Seseorang pernah berkata...

' Aku bersedih apabila kehilangan sepasang kasut yang baru sahaja aku beli...sehinggalah aku melihat insan yang tidak berkaki... '

' Aku berasa lemah kerana mendapat keputusan exam yang kurang baik...sehinggalah aku melihat insan yang langsung tidak berpeluang untuk tahu apa itu ABC .. '

Maka, wajarkah lagi untuk kita bersedih ? Apabila kebolehan dan peluang yang telah kita miliki pada hari ini masih belum lagi kita gunakan semaksimum mungkin ?

Perlukah lagi kita berasa lemah ? Apabila di luar sana ada berbillion2 manusia yang tidak mampu untuk mencapai kondisi kehidupan yang sama seperti kita pada saat dan ketika ini ?

Oleh sebab itulah pada permulaan post ini, ana masukkan sesuatu tentang 'dipilihnya kita' oleh Allah SWT..kerana apa ?

Kerana hakikatnya kita semua adalah insan2 yang DIPILIH !!

Dipilihnya kita sebagai insan yang tahu mengira dan membaca itu sahaja sesuatu yang sangat bermakna...apatah lagi terpilih untuk mendalami ad-deen Allah yang hebat ini ..

Kehidupan ini mengikut Sunnahtullah..ataupun ketetapan Allah yang tetap dan tidak berubah..setiap perkara berlaku atas sebab-musabab yang tertentu, dan bukannya kebetulan..bukankah semua perkara yang menimpa kita telah tertulis di dalam Lauh Mahfuz Allah SWT ?

Hanya tinggal kepada diri kita sahaja, sama ada ingin mengambil ibrah dan hikmah daripada perkara tersebut, ataupun sekadar membiarkannya berlalu begitu sahaja..berakhir menjadi salah satu daripada epilog kehidupan kita yang hanya menunggu masa untuk dihentikan 'putarannya' =( ..

Rakan2 pembaca semua,

Kejadian dan penciptaan kita itu sesuatu yang benar2 kompleks...lebih kompleks daripada penciptaan segala macam benda yang kita lihat di dunia dan alam ini..maka, takkanlah ciptaan yang kompleks tidak didatangi dengan satu tujuan yang kompleks juga ?

Kehidupan kita ini bukanlah sekadar bangun, tidur , buka facebook, makan, bergurau-senda dan berhibur semata-mata..

Sedangkan penciptaan tumbuh-tumbuhan yang kita anggap kompleks itu juga datang dengan satu tugas untuk menjamin kemandirian kita di dunia ini..apatah lagi dengan diri kita yang hakikatnya berkali-kali ganda lebih kompleks dan teliti penciptaannya..sudah tentu kita semua ada tujuan dan tugas yang perlu dilaksanakan di bumi Allah ini..

" Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku " ( Az-Zariyat 51:56 )

" Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat : ' Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi" . Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata) : ' Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan) , padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu? . Tuhan berfirman: ' Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya" . ( Al-Baqarah 2:30 )

Betapa mulianya tugas dan matlamat akhir kita di dunia ini rakan2 semua..ditambah lagi dipilih sebagai umat Nabi Muhammad SAW .. umat terbaik daripada segala umat yang pernah mendiami bumi ini suatu ketika dahulu..

Tidak cukupkah lagi agaknya nikmat2 ini untuk membuatkan kita sedar akan kebesaran dan keagungan nikmat yang kita kecapi hari ini ?

Tetapi...

Kenapa kita juga yang leka dengan dunia dan isi2nya ?

Kenapa kita juga yang masih malas dan lemah dalam membangunkan islam dalam diri kita ?

Kenapa kita juga yang memenuhi ruang2 panggung, konsert dan kompleks beli belah itu ?

Betapa tidak bersyukurnya kita =( ...

Menjadi seorang manusia dan bukannya semut ataupun pokok2 itu sahaja sesuatu yang benar2 mulia..apatah lagi diberikan kelayakan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini..maka, perlukah lagi kita menganggap diri kita malang apabila ditimpa musibah2 kecil di dunia ini ?

Rakan2 semua..

Diri ini yakin dan percaya..setiap seorang daripada kita pada saat dan ketika ini sedang dalam fasa mengejar matlamat2 jangka pendek, yakni fasa mendapatkan ijazah dalam bidang2 ilmu yang kita ceburi =) ..

Sama ada dalam bidang perubatan, engineering, mahupun undang2.. tidak ada seorang pun daripada kita yang ingin gagal untuk mendapatkan ijazah itu..

Persoalannya..adakah setelah kita mengetahui tujuan sebenar kita diturunkan di dunia ini..kita perlu meninggalkan semua usaha2 untuk mengejar matlamat kecil kita itu ?

Perlukah kita hanya duduk 24 jam sahaja di dalam masjid dan beribadah tanpa henti ?

Ataupun perlukah kita pergi sahaja sertai mana2 halaqah dan usrah setiap hari tanpa menghiraukan lecture dan buku2 ilmu yang belum dibaca ?

Kenyataan ini kadangkala membuatkan segelintir daripada kita menganggap terlalu mengamalkan islam itu ekstrem dan menyebabkan masyarakat kita mundur..sebagaimana pandangan orientalis dan golongan anti-islam..

Sedangkan pada hakikatnya..Islam itu mengajak kita untuk menjadi insan yang dahagakan ilmu..sangat banyak hadis yang menerangkan kepentingan menuntut ilmu dalam islam..dalam Al-quran turut menyatakan kepentingan bertanya dan menjadi insan yang berpengetahuan..

Kalaulah mengamalkan islam itu menjadikan kita mundur..maka dimanakah agaknya perlu kita letak nama2 tokoh ilmuwan islam yang hebat seperti Ibn Sina, Al-Khawarizmi dan sebagainya itu ? Mereka bukan sahaja mantap dari segi HablumminAllah .. tetapi juga terbaik dalam Hablumminannas, yakni hubungan dan sumbangan mereka kepada institusi perkembangan ilmu dunia..

Mungkin kita pernah bertanya..

Kenapakah dunia pada hari ini tidak dikuasai oleh orang2 islam ?

" Kenapakah World Order ataupun Ustaziyatul Alam itu dipegang oleh golongan yang bukan Islam ?
"

Rakan2 pembaca semua..

Allah ada berfirman :

" Dan sungguh, telah Kami tulis di dalam Zabur setelah (tertulis) di dalam Az-Zikr (Lauh Mahfuz), bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh " ( Al-Anbiya 21:105 )

Dalam ayat ini..Allah ada menyatakan betapa bumi kita ini akan diwarisi, yakni dikuasai oleh hamba-hambaNya yang soleh..dan janji Allah adalah janji yang Maha Benar..

Tetapi kenapa dunia pada hari ini belum lagi dikuasai oleh orang2 islam ?

Analoginya mudah...seorang manager kepada sebuah bank, hatta sangat2 menyayangi anaknya tidak akan pernah membiarkan anak tersebut mewarisi kerja manager bank tersebut, sekiranya anak tersebut tidak mempunyai degree ataupun ijazah yang melayakkan dirinya untuk menjawat kerja tersebut..

Sekiranya ayah tersebut membiarkan juga anaknya mengambil kerja tersebut, sudah tentu akan berlaku kucar-kacir kepada financial dan business bank tersebut..apa tidaknya..sekiranya anak tersebut tidak mempunyai apa2 pengalaman dan ijazah untuk menjalankan kerja2 perbankan, bagaimana agaknya kita ingin mengharapkan dirinya untuk bekerja dengan baik ? Bukankah itu dikira tidak adil ?

Hampir samalah juga dengan pewarisan bumi ini kepada orang2 Islam...selagi kita semua tidak berjaya 'melayakkan' diri kita..selagi itulah Allah akan meletakkan insan2 lain untuk mentadbir dunia ini..sekiranya diberikan juga kepada kita, pasti akan berlaku kucar-kacir yang lebih teruk, kerana hakikatnya kita kurang ilmu dan pengetahuan..

Mengejar title 'khalifah' itu bukan hanya dengan duduk 24 jam di dalam masjid..bukan juga hanya dengan menyertai usrah dan sebagainya..tetapi pemilikan title itu bermula dengan penyediaan diri kita untuk menimba seberapa banyak ilmu dan pengalaman..memegang ijazah2 yang bakal membawa kita selangkah ke hadapan dalam mencapai matlamat jangka panjang kita..yakni untuk mewujudkan ustaziyatul-alam (UA) yang bersyariatkan islam..

Dalam tidak kita sedari..keadaan yang Allah turunkan di bumi pada ketika ini sebenarnya bertujuan untuk membuka mata kita betapa umat kita pada hari ini sedang leka dalam menyiapkan diri..sehinggakan UA telah jatuh kepada tangan orang2 yang bukan islam..

Kondisi dunia pada hari ini mengajak kita untuk menjadi Ulul-Albab dan Khalifah yang sebenar..

Khalifah yang bukan sahaja bijak dalam segala ilmu islam...tetapi juga mantap dalam bidang kepimpinan, business, keluarga, ketenteraan dan sebagainya...tidak dilupakan juga dengan ilmu2 Science seperti Physics, Metaphysics, Chemistry dan sebagainya...inilah takrif khalifah yang sebenar..yakni pemimpin yang berjaya dalam kedua2 bidang ilmu..

Kemudian barulah Allah akan mewariskan bumi ini kepada hamba2-Nya yang 'layak' untuk menjadi khalifah yang sebenar..

Oleh sebab itulah, ana memilih tajuk 'Merisalahkan Izzah Ijazah Itu' sebagai tajuk post kali ini.. kerana izzah (kemuliaan) ijazah yang kita pegang pada hari ini hakikatnya datang dengan satu risalah islam..yakni untuk digunakan ke arah kecemerlangan dan kekuasaan syariat2 Allah..

Ijazah itulah sebenarnya antara 'logam' yang ana nyatakan pada awal post ini =) ..

Insya Allah..mari sama2 kita
"Shift Paradigms" kita =) .. meletakkan tujuan yang sebenar di dalam perjuangan2 kita..lantas bersama-sama berusaha untuk menjadi khalifah yang sebenar di muka bumi ini =) ..

Meh kawan2 semua =) , kita tuntut ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin ^_^ .. insya Allah..

p/s : Jzkk kepada akhi Akmal Shapiei, Faiq dan brothers yang lain atas daurah yang sangat mantap tempoh hari..semoga usaha kalian sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT =) ..

Wassalam..

Shifting_Paradigms #24 : Mengejar Takrif Ulul Albab Itu

.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.

Sifat pengasih-Nya menerjah seluruh angkasa raya..

Keagungan-Nya terserlah dalam segala macam cara..

Keredhaan-Nya menjadi obligasi suatu perjuangan..

Tidak ada lain yang layak disembah di alam ini..melainkan hanya diri-Nya..Allah Yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa..

Diri-Nya telah memberikan kita segala macam hadiah dan penghargaan...terpilih menjadi seorang manusia itu sahaja merupakan sesuatu yang benar2 istimewa..apatah lagi dikurniakan dengan nikmat islam yang kian terserlah kebenarannya..hatta kebenaran ajaran islam itu diuji dengan segala bentuk ancaman dan tomahan, tetap juga tiang2nya berdiri utuh, menanti saat kemenangan yang telah dijanjikan oleh Allah SWT..

Tidak kira setinggi mana pun tentangan dan kekeliruan yang cuba didominasi oleh 'sang diktator dunia' , islam itu akan tetap menjulang piala kemuliaannya..cuma persoalannya, adakah kita akan menjadi salah seorang daripada penyebab kemenangan itu =( ? Ataupun hanya sekadar penonton yang tersenyum sendirian ?

Sama ada besar ataupun kecil yang sedang kita sumbangkan kepada kebangkitan islam di dunia ini..teruskanlah apa2 yang baik itu..insya Allah, mudah2an Allah berikan keberkatan bagi setiap perkara yang kita lakukan itu ^_^ ..

" Allah telah menetapkan: "Aku dan Rasul-rasul-Ku pasti menang ". Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa " (Surah Al-Mujadilah 58:21) ^_^

Salam Mahabbah Fillah =) .. /hihi

Masih terpaku di dalam ingatan...saat2 Jaulah Syitawiyah (winter) yang lalu..

Masih tersemat di dalam hati..ikatan ukhuwah yang terjalin antara ikhwah2 semua..

Jauh di suatu sudut..terbuku suatu kerinduan kepada ibrah yang terbentuk drp kembara kecil itu =) ..

Pengalaman melihat dunia2 Eropah membuahkan segala macam pengajaran yang bermakna buat diri ini..setiap pelosok keindahan alam ciptaan Allah SWT sememangnya mempersonakan mana2 mata yang memandang..

Namun begitu, melihat keadaan orang islam di sini dan negara Eropah yang lain membuatkan diri ini sebak dan sedih memikirkan keadaan masyarakat kita di bumi Malaysia =( .. perbezaan yang begitu ketara antara kita dan mereka melahirkan suatu perasaan malu terhadap diri sendiri..

Mungkin mereka tidak lancar membaca Al-Quran seperti kita yang mampu berlagu..

Mungkin mereka mempunyai kepayahan utk menghafal surah2 di dalam Al-Quran..

Mungkin mereka tidak mampu menerangkan atau menceritakan secara detail tafsiran2 surah di dalam Al-Quran..

Tetapi..

Melihat kepada akhlak dan akidah mereka kepada Allah SWT..kesemuanya benar2 indah dan mantap..memang benarlah betapa Islam itu bersifat Syumul dan lengkap, tidak mengambil kira hal keturunan, bangsa dan sebagainya..walau di mana pun kita dilahirkan di dunia ini, ad-deen Allah inilah satu-satunya ajaran yang paling relevan untuk diikuti =) ..

" Mengejar Takrif Ulul Albab "


Jaulah Syitawiyah pada awal tahun yang lalu membawa diri ini ke beberapa tempat yang menarik di Kota London...diberi peluang untuk melihat keunikan seni bina dan kecantikan taman-taman di sana..

Alhamdulillah..pada masa itu, sempat juga untuk menziarahi London Science Museum..suatu tempat yang benar2 membuka mata dan hati diri ini..bukanlah terpegun kerana kehebatan sains dan teknologi yang dipaparkan di muzium itu..tetapi disebabkan oleh suatu ruang besar yang di hadapan pintu gerbangnya tertulis : ' 1001 Inventions : Discover The Muslim Heritage In Our World ' ..

Masih ingat lagi semasa awal2 melihat sign board yang besar itu..diri ini benar2 terkejut..

' Eh, biar betul ? '

Segala macam persoalan bermain di dalam fikiran pada saat itu..

' Adakah ini salah satu daripada propaganda barat terhadap islam ? Tetapi kenapa ada perkataan 'Inventions' ? '

Selepas bertemu dengan rakan2 yang lain..kami pun masuk ke dalam ruang exhibition yang sememangnya agak besar itu..

' Subhanallah...Cantiknya.. '

Diri ini berasa sangat terharu...setiap ruang yang ada di pameran itu dipenuhi dengan penjelasan dan gambar2 tokoh ilmuwan islam yang terkenal..tidak dilupakan juga biodata dan sumbangan2 yang telah diberikan oleh mereka kepada dunia pada zaman itu..

Setiap jejak langkah diri ini terasa benar2 bererti..melihat satu per satu bagaimana orang2 barat menjelaskan kepada dunia luar akan kebenaran generasi 'Ulul Albab' zaman dahulu..

Setiap pandangan diri ini terasa benar2 bersinar..memandang replika2 ciptaan Al-Jazari, Omar Ibn Khayyam, Ibn Farnas, Ibn Sina dan banyak lagi yang memenuhi sudut2 exhibition itu..

Dan setiap degupan jantung ini terasa benar2 sebak..melihat ketelitian dan kesanggupan organisasi (Jameel's Foundation) yang menjayakan pameran tersebut..Subhanallah..Mudah2an Allah kurniakan ganjaran yang berlipat ganda kepada usaha mereka yang sememangnya murni itu..

Kemungkinan besar kita menyangka kita telah mengenal scholars islam zaman terdahulu..tetapi percayalah, sekiranya rakan2 sendiri melihat pameran ini..rakan2 juga akan terpegun dan terkejut melihat biografi tokoh2 islam lain yang mungkin tidak sempat kita pelajari di sekolah..

Siapa sangka, bukannya Wright Brothers yang pertama sekali bermimpi ingin terbang di udara..rupa2nya Ahmad Ibn Farnas telah terlebih dahulu menciptakan sayap yang seakan2 burung, 1000 tahun sebelum Wright Brothers ! ..

Siapa sangka, rupa2nya Astrolabs itu dicipta oleh seorang Srikandi Islam yang bernama Maryam Al-Asturlabiya ... membawa kepada berlegar-legarnya Satelit Razak-Sat dan Sputnik di atas ruang atmosfera bumi pada saat ini..

Dan siapa sangka, rupa2nya semua tools yang digunakan di hospital moden pada hari ini, bermula daripada scalpel sehinggalah kepada alat2 jahitan, dicipta oleh seorang Pakar Bedah Islam yang bernama Al-Zahrawi ..

Tidak dilupakan juga Ibn Al-Khaytam yang memperkenalkan konsep 'camera obscura' , yakni suatu konsep yang membawa kepada teknologi TV, kamera , iPhone dan alat-alat pemancar pada zaman ini..

Begitu juga dengan Al-Jazari, seorang Engineer Islam yang benar2 hebat..beliau juga digelar 'Father of Mechanics and Robotics' .. seorang genius yang memperkenalkan konsep automatism dalam Engineering dan Physics..Beliau juga telah berjaya menukarkan 'Rotating Motion to Linear Motion' .. sesuatu yang sekiranya tidak dicipta oleh beliau pada ketika itu, sudah tentu Litar Sepang itu tidak akan wujud kerana tiadanya industri automobil kereta mahupun Formula-1 ..

Zaman mereka dipanggil sebagai Zaman Keemasan Islam, kerana bidang ilmu benar2 berkembang secara meluas pada ketika itu..Kehebatan mereka juga telah mencetuskan Zaman Renaissance Eropah..yakni, tatkala buku tokoh2 islam telah diterjemahkan kepada bahasa lain untuk kegunaan masyarakat Eropah..

Bahasa Arab menjadi bahasa perantara yang sangat dihormati dunia..bilangan ahli2 ilmuwan mencecah kuantiti yang terlalu tinggi, sehinggakan bilangan doktor juga perlu ditapis..

Pekerjaan menterjemah buku pula merupakan karier yang paling tinggi pendapatannya pada zaman itu..apa tidaknya kalau ganjaran emas yang diberikan kepada mereka adalah berdasarkan berat buku yang telah berjaya mereka terjemahkan..

Sampai begitu sekali kecintaan mereka kepada ilmu...sama ada dalam bidang perubatan, engineering, politik , fiqah, bahasa, puisi mahupun lagu, setiap satu bidang ini mempunyai jumlah tokoh yang sangat ramai pada ketika itu..

Hal ini membuatkan diri ini berfikir..

' Bagaimana mereka boleh cintakan ilmu seperti sedemikian rupa ? '

Ditambah lagi, setiap tokoh2 islam itu tinggal dalam keadaan yang serba sederhana dan rendah diri..mereka tidak pernah mengharapkan penghargaan mahupun 'award' daripada sesiapa..kalau macam tue, kenapa mereka semua sibuk2 nak study byk bidang ilmu ?

Al-Qifti pernah menyatakan betapa Ibn Sina telah menghabiskan 21 Major and 24 Minor Works dalam bidang Philosophy, Medicine, Theology, Geometry, Astronomy dan sebagainya. Brockelmann pula pernah memberikan penghargaan kepada Ibn Sina atas penciptaan 99 jenis buku yang terdiri daripada 16 buku perubatan, 68 buku dalam bidang Theology dan Metaphysics, 11 dalam Astronomy dan 4 lagi lain2..Bukunya yang paling popular, (Al-Qanun Fit-Tibb) pula masih digunakan dalam bidang perubatan sehinggalah pada hari ini..

Kita berasa bangga apabila membaca kisah2 tokoh yang hebat seperti beliau...tetapi kadangkala kita terlupa untuk bertanya apakah agaknya yang mendorong diri mereka untuk berkarya dan mencintai bidang ilmu yang terlalu banyak itu..

Kadangkala kita menganggap mereka sebagai luar biasa, mustahil utk ditiru, 'gifted', genius dan sebagainya..sedangkan diri mereka sendiri sentiasa berjalan di muka bumi ini dengan begitu rendah diri dan bersederhana..

Kita merungut apabila stress kerana terpaksa membaca buku2 perubatan yang tebalnya ber-volume2 .. agaknya ada tak Ibn Nafis berhenti merujuk buku2 perubatan semata-mata ingin memberikan gambaran sebenar Circulatory System manusia ? Buku kita hanya ber-volume2 .. buku yang dirujuk beliau kemungkinan besar mencecah suatu jumlah yang kita sendiri sudah tidak mampu utk membacanya..

Pernah diceritakan betapa tokoh2 islam zaman dahulu menuntut ilmu dengan menulis pada daun2 pokok, batang2 kayu dan sebagainya, yakni sebelum penciptaan kertas dipopularkan..sekiranya dibandingkan dengan kita yang boleh sahaja mengakses gedung ilmu di internet dengan bantuan Google dan Yahoo..kenapa kita masih tidak mampu utk menjadi sehebat mereka yang hidup dalam keadaan teknologi yang masih rendah itu ? Sedangkan kitalah yang sepatutnya lebih pakar daripada mereka yang kadangkala terpaksa merantau jauh, semata-mata kerana ingin menuntut ilmu..

Membaca buku karya Dr. Danial Zainal Abidin sedikit sebanyak menjawab persoalan yang pernah terbuku ini..

Rupa2nya tokoh2 islam yang begitu mencintai ilmu ini ingin 'Mengejar Takrif Ulul Albab' Allah SWT dalam Surah Ali-Imran , ayat 190 dan 191 ..

" Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi ulul albab. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri ataupun duduk ataupun dalam keadaan berbaring dan mereka banyak berfikir mengenai penciptaan langit dan bumi (sambil berkata) : "Wahai Tuhan kami, Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada seksa neraka" ( Ali-Imran 3:190-191)

Ulul albab itu mempunyai akal dan minda yang mustanir (cemerlang)..mengkaji dan terus mengkaji sehingga mampu meletakkan segala perkara pada perspektifnya yang betul..

Ulul albab itu mementingkan 'Zikir dan Fikir'..melihat fenomena2 alam sambil bertasbih memuji Allah SWT yang Maha Bijaksana..

Inilah rangsangan istimewa ataupun 'Catalyzer' daripada Allah SWT supaya umat Islam mendekati alam bagi mengkajinya..golongan Ulul Albab ini tidak pernah berhenti melihat keunikan ciptaan Allah SWT, kerana setiap kajian dan kejayaan yang mereka capai adalah khusus untuk meningkatkan ketakwaan mereka kepada Allah SWT ..

Ayat ini juga sebenarnya menerangkan kepada kita betapa islam menggalakkan penganutnya untuk menjadi saintis yang berminda saintifik..yakni mampu membuat keputusan berdasarkan nilaian eksperimen dan ujian tertentu untuk membuktikan kesahihan suatu perkara dan bukannya hanya menjadi 'pak turut' ..

Dalam Surah Al-Isra' ayat ke-36 juga.. Allah telah melarang kita untuk mengikut apa yang kita sendiri tidak mempunyai pengetahuan tentangnya..kesemuanya tidak lain melalui penggalakan pembentukan minda yang saintifik dan islam..

" Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya: sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya " (Surah Al-Isra' 17:36)

Inilah formula sebenar yang membawa kepada keagungan dan kehebatan tamadun islam pada zaman dahulu...kesemua mereka ingin menjadi ulul albab yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-quran..hasilnya, tamadun islam telah memegang 'Ustaziyatul Alam' dan 2/3 daripada dunia...Bahasa mereka, pakaian mereka, akhlak dan ilmu2 mereka semuanya disegani dan dikagumi oleh tamadun2 lain..kehidupan mereka pada zaman itu benar2 aman dan bahagia..masyarakat juga hidup dalam keadaan yang bahagia dan sejahtera..

Tetapi..

Bagaimana dengan kita ? Kenapakah agak sukar untuk kita menjadi seperti mereka semua ?

Diri ini cuba untuk membuat sedikit kajian dan bacaan tentang profil serta sejarah hidup beberapa tokoh ilmuwan islam yang hebat..

Dan sememangnya tidak dinafikan...rupa2nya, sebelum mereka mendalami bidang ilmu yang banyak itu, mereka telah terlebih dahulu menghabiskan hafalan dan tafsiran Al-Quran pada usia yang sangat muda..mereka memantapkan akidah, akhlak, dan keyakinan mereka kepada Allah SWT, kemudian barulah mudah untuk mereka mengejar takrif ulul albab Allah itu..

Al-Quran itu membentuk minda yang berfikir semata-mata kerana Allah SWT..

Al-Quran itu menjadi berita2 yang gembira buat insan2 yang sentiasa mencari keredhaan Allah SWT..

Dan Al-Quran itulah satu-satunya kitab dan ilmu yang menjamin kesenangan hidup kita di dunia dan akhirat kelak..

Maka, marilah kita muhasabah diri kita semula..

Kita semua ingin mengikut jejak langkah Ulul Albab zaman dahulu, tetapi adakah kita telah menjadikan al-quran itu sebagai sumber rujukan utama kita ? Berapa muka suratkah agaknya yang telah kita baca pada hari ini =( ?

Apabila sedang mengkaji sesuatu yang berkaitan dengan geografi , fizik dan chemistry alam..pernah x kita nk rujuk apa yang Allah sampaikan berkenaan bidang2 ilmu itu di dalam al-quran ? Sedangkan pada hakikatnya, sumber ilmu dalam al-quran itu 100% lebih tepat daripada buku2 yang ada di library, mahupun yang ditulis oleh pemenang2 Nobel Prize kesemuanya..

Sekali lagi, bertanyalah kepada diri kita...

Adakah kita sedang mengagungkan buku2 yang dicipta oleh manusia lebih daripada sesuatu yang Allah turunkan kepada Rasulullah SAW =( ? Apabila akhlak kita terhadap terhadap Al-Quran sememangnya agak menyedihkan =( ..

Pernah tak kita berazam ingin stay up kerana mahu mempelajari ilmu al-quran ? Apabila dalam masa yang sama, kita lebih sanggup menghabiskan 5 jam utk baca buku Anatomy daripada hanya 5 minit untuk membaca al-quran =( ?

Tidak mustahillah diri kita akan sentiasa mundur dan malas untuk menuntut ilmu..apabila ketaatan dan ketakwaan kita kepada arahan2 Allah mudah sahaja kita gadaikan dengan hal2 keduniaan =(

Rakan2 Pembaca semua...

Insya Allah, itulah yang cuba ana sampaikan dalam post kali ini...post ini juga menjadi suatu tamparan yang sangat kuat kepada diri ini =( ..

Mari rakan2 semua, kita
" Shift Paradigms " kita dalam hal ini ^_^ .. meletakkan al-quran itu sebagai sumber utama, bukan sahaja sebagai panduan hidup dan akhlak kita, tetapi juga sebagai penaik semangat untuk mengejar takrif ulul albab itu =) ...

Tidak kisah sama ada kita sedang mendalami ilmu perubatan, engineering, undang2, business mahupun guru pada saat dan ketika ini, kita semua masih lagi mampu untuk meluruskan 'saf' masing2, mengejar dan meniti maksud sebenar menjadi ulul albab yang dinyatakan oleh Allah dalam kitab suci-Nya itu..bersama-sama membentuk minda saintifik dan progresif yang permukaannya disaluti dengan 'bahan Al-Quran'..

Diri ini percaya dan yakin, sekiranya suatu masa nanti negara kita meletakkan pengajaran ilmu al-quran itu sebagai prioriti utama dalam membentuk anak-anak muda..sudah tentu akan terlahirnya ramai Ulul Albab seperti Ibn Sina, Omar Khayyam, Al-Farazi, Al-Jazari dan sebagainya ^_^ .. insya Allah..

Jzkk kerana sudi baca post nie =) .. wassalam..


ShareThis

Related Posts with Thumbnails