::..|_ Paradigm Shift _|..::

" … Only in the remembrance of Allah do heart find peace. (Ar-Ra'd, 13:28) "

Shift_Paradigms #39 : Mukjizat Yang Satu Itu


.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.

* Entry mungkin agak panjang..maafkn segala kekurangan..jzkk sudi ziarah =)

Sesuatu yang pernah saya nukilkan di dalam beberapa post sebelum ini..

Bayangkan diri kita pada saat ini sedang melarikan diri bersama Nabi Musa daripada dikejar tentera2 Firaun..dengan keadaan diri yang sangat lemah dan takut, kita terus bergerak dan berlari..kemudian tanpa kita sedari, perjalanan kita terhenti..di hadapan kita terbentang lautan yang sangat luas..

Ramai daripada kita mulai buntu akal..tidak ada perkara lain yang terbayang di fikiran kita pada saat itu, melainkan hanya wajah Firaun dan tenteranya yang bakal membunuh kita satu demi satu dengan kejam..

' Habislah..Habislah kita...'

Kemudian..tiba2, Nabi Musa yang mengetuai 'ekspedisi' tadi bergerak ke hadapan..dia mengetuk tongkatnya pada air lautan tersebut..maka, dengan ajaibnya, terbelahlah air lautan tadi..

" Wusshhhhh.. (sound effect sendiri) =) "

*Baik..berhenti sekejap di situ =) ..

Kalau kita betul2 wujud di zaman tersebut..apakah agaknya reaksi pertama yang bakal kita berikan selepas melihat air lautan tadi terbelah secara tiba2 di hadapan mata kita ?

' Pergghhhhhhhhh... '

' Kalau kita nie atheis pun time tue..mmg for sure akan convert trus ikut ajaran nabi Musa '

Apa tidaknya ? Kalau perkara2 yang tidak terfikir oleh akal manusia itu sendiri sedang dilakukan oleh nabi Musa di hadapan kita, apakah lagi agaknya yang boleh dinafikan tentang kebenaran ajarannya ?

Subhanallah..Iman kita juga sudah tentu akan boost-up setinggi yang mungkin..keyakinan dan bukti yang kita inginkan sudah berada di depan mata..tidak ada penafian lagi, Musa itu sudah tentu seorang lelaki yang diangkat oleh Allah SWT sebagai Rasul-Nya..

Itu belum lagi dicerita tentang senario melihat Nabi Sulaiman berkata-kata dengan jin dan haiwan..ataupun berada di sisi Nabi Isa ketika baginda menyembuhkan orang buta sehingga dapat melihat semula..

Bagaimanakah agaknya iman kita pada saat itu rakan2 semua ?

Sekiranya sebelum itu kita sering mempersoalkan ttg ajaran nabi tersebut..adakah kita akan mengutarakan lagi persoalan2 yg sama selepas melihat peristiwa2 sedemikian ?

Benar rakan2 semua..

Tidak boleh disangkal lagi..mukjizat2 yang telah Allah SWT kurniakan kepada para Rasul2-Nya itu bukan sahaja berfungsi untuk membuktikan ajaran yang dibawa mereka, tetapi juga untuk menaikkan lagi iman dan keyakinan yang sudah terbentuk di dalam hati2 pengikut mereka..

---------------------------------------

Baik..sekarang kita kembali kepada dunia kita yang hari ini..

Agak2nya..di antara semua mukjizat yang pernah Allah SWT kurniakan kepada rasul2-Nya, mukjizat manakah yang teragung dan terhebat sekali daripada kesemuanya ?

' Al-Quran..'

Ya, benar ! Al-Quran yang telah Allah turunkan kepada Rasulullah SAW =) ..

Tetapi, bagaimana ?

Bagaimanakah agaknya Al-Quran itu lebih hebat daripada lautan terbelah ?

Bagaimana pula ia boleh meningkatkan keimanan seseorang, lebih daripada melihat sendiri burung2 dan jin yang patuh kepada arahan seorang nabi bernama Sulaiman ?

Kenapa Rasulullah SAW xde benda2 yang 'supernatural' seperti tongkat Nabi Musa ataupun kelebihan Nabi Sulaiman ? Sebaliknya, yang ada sehinggalah pada hari ini hanyalah sebuah kitab yang digelar Al-Quran

Hmmmm....

Rakan2 pembaca semua..

Perkataan 'sampai hari ini' itu sendiri sebenarnya sudah hampir2 memberikan jawapannya =) ..

Analoginya mudah..

Bayangkan ye seorang lelaki yang baru balik daripada melihat Nabi Musa membelah laut..kemudian lelaki tadi pun menceritakan kisah tersebut kepada anak2nya..

Setelah itu, anak2nya apabila sudah dewasa pula menceritakan kisah tersebut kepada anak mereka..ianya berterusan sehinggalah kisah tersebut sampai kepada beberapa generasi yang berikutnya..

Persoalannya..adakah ketinggian iman yang dialami oleh lelaki yang melihat fenomena tadi di hadapan matanya sendiri sama dengan yang setakat mendengar ceritanya sahaja ?

Takkan sama, bukan ?

Buktinya mudah..lihat sahaja kepada diri kita yang mendengar kisah2 mukjizat Rasul berulang-ulang kali..sejak dari kecil sehinggalah dewasa..kadangkala kita membaca kisah2 mereka seolah-olah membaca kisah2 dongeng =(.. malah, kebanyakkan daripada kita sudah hafal kronologi kisah2 mereka..tetapi, ternyata tidak ramai daripada kita yang ingin mengambil apa2 ibrah baek drpnya =( ..

Hakikatnya rakan2 semua..meskipun pengajaran dan pedoman yang kita dapat daripada kisah2 mereka itu 'timeless' ..semua mukjizat Rasul2 itu terbatas pada certain waktu ataupun period yang hanya sempat dialami serta dilihat oleh pengikut2 mereka..

Hal ini berbeza dengan mukjizat teragung Rasulullah SAW, yakni Al-Quran..

Pada saat kehebatan mukjizat itu terserlah satu demi satu kepada Rasulullah SAW dan pengikut2 baginda, pada saat dan ketika ini jugalah keagungan mukjizat tersebut masih kekal dan dirasai manusia, walaupun baginda telah wafat..

Dan sekiranya kita sedar atau tidak..Al-Quran itu sendiri sedang menjadi penerus delegasi mukjizat2 Rasul yang lain..ia menjadi madah kepada fenomena mukjizat2 yang terdahulu, yakni melalui penceritaan yang terkandung di dalamnya..

Oleh sebab itulah iman para sahabat benar2 utuh..masakan tidak ? Bayangkan sekiranya mereka membaca ayat2 Surah Ta-ha ataupun Al-A'raf yang menceritakan tentang mukjizat2 Nabi Musa di dalam solat mereka..agak2nya bagaimanakah tahap keimanan mereka, apabila mereka semua seakan-akan sedang melihat laut terbelah di hadapan mereka sebanyak 5 kali sehari !?? Subhanallah ^_^ ..

Inilah sebenarnya antara sebab yang menjadikan Al-Quran itu sebagai mukjizat yang paling agung sekali..Dan ini jugalah yang telah membuatkan nikmat Islam itu berjaya dirasai oleh kita semua pada hari ini..

Ingin melihat perkara yang paling 'Supernatural' sekali di dunia ini ? Perkara yang sememangnya tidak akan mampu terfikir oleh manusia, serta tidak akan terdaya untuk dihasilkan oleh manusia + jin keseluruhannya ?

Lihatlah sahaja kepada Al-Quran =)

Oleh sebab itulah Allah SWT bukan suka2 meletakkan cabaran kepada para manusia dan jin yang merasakan diri mereka mampu untuk mewujudkan Surah ataupun ayat yang menyerupai Al-Quran, melainkan dengan kehebatan Al-Quran itu sendiri yang tiada tolak bandingnya..

Konsistensi aturan ayat dan perkataannya..
Kecantikan gaya bahasanya..
Ketepatan fakta2 dan ramalan di dalamnya..
Ataupun ketenangan yang datang daripadanya..

Setiap satu daripada elemen2 ini mustahil untuk ditiru oleh manusia ataupun jin..meskipun kesemua mereka berkumpul untuk menghasilkannya..

' Katakanlah : "Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa dengan Al-Quran ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain" ' (Al-Isra 17:88)

Rakan2 pembaca semua..

Cubalah cari di dunia ini mana2 buku yang paling banyak dibaca dalam sehari..tidak akan ada satu pun daripadanya yang mampu menandingi kekerapan ayat2 Al-Quran itu dibaca dan diulang..

Perkataan Al-Quran itu sendiri membawa maksud 'sesuatu yang dibaca dengan konsisten dan kerap kali'.. Maksudnya, sejak 1400 tahun dahulu sehinggalah pada hari ini, Al-Quran telah menduduki tangga teratas dalam carta kitab yang paling banyak dibuka dan dibaca..malah setiap saat di seluruh pelosok dunia, pasti akan ada sahaja manusia yang sedang membaca ayat2nya di dalam solat..

Adakah mana2 manusia yang mampu menghasilkan sesuatu yang hebat seperti ini ?

Keluarkanlah mana2 tajuk buku yang dirasakan hebat dan cuba kita kaji kekerapan ayat2nya dibaca..adakah antaranya yang boleh mengalahkan pengulangan bacaan ayat pendek basmalah, 'Bismillahirrahmanirrahim' =) ?

Bukan itu sahaja, cubalah cari buku atau kitab2 agama yang paling banyak dihafal di dunia ? Adakah antaranya yang boleh mengalahkan jumlah Hafiz/Hafizah Al-Quran yang berjuta-juta orang di seluruh dunia ? Mereka bukan sahaja menghafal ayat2nya, mereka juga telah menghafal setiap perkataan, sehinggalah kepada cara membunyikan setiap syllable perkataan tersebut berserta hukum bacaannya..Malah, ayat2nya juga boleh dibaca dengan lagu (taranum) yang tertentu !

Oleh sebab itulah seorang sheikh pernah berkata..

' Kalaulah pada suatu masa nanti, semua orang bersetuju untuk membuang setiap satu cetakan/copy kitab2 agama yang wujud di dunia ini, termasuklah semua cetakan Al-Quran ke dalam laut..kemudian diarahkan pula semua manusia yang berbilang agama untuk menghasilkan semula isi kandungan kitab mereka..sudah tentu tidak akan ada yang mampu melawan kepantasan orang2 Muslim yang boleh sahaja menulis semula setiap perkataan yang wujud di dalam Al-Quran itu tanpa sebarang kesilapan..cover to cover..meskipun hanya diberikan masa yang singkat untuk menghasilkannya '

" Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. " (Surah Al-Hashr : 21)

Hakikatnya..Al-Quran itu datang dengan ibrah dan rahmat yang benar2 besar..sekiranya ia bukan datang daripada Allah SWT..sudah tentu banyak kecacatan yang dapat kita lihat dalam ayat2nya..tetapi ternyata sejak dahulu sehinggalah hari ini, Al-Quran itu masih kekal dalam bentuknya yang asli sehinggalah hari kiamat kelak..

Tetapi..

Tetapi..

Apa yang Al-Quran tue tengah buat kat rak2 buku kita ? Kenapa xde sapa yang nak buka dan membacanya ?

Bukankah kita telah beriman dan mengaku betapa al-Quran itulah antara mukjizat yang benar2 hebat..tetapi kenapa kita lebih rajin membaca buku2 lain yang entah 100% tepat ataupun tidak informasi yang ada di dalamnya ?

Ataupun kita tak mahu menganggapnya sebagai mukjizat ?

' Eisyhh..takkanlah sampai macam tue '

Kalau begitu..kenapa kita masih berdegil dan xnak membacanya =( !!?

Bukankah itu seolah2 melihat Nabi Musa membelah laut di hadapan mata, kemudian patah balik ke rumah tanpa mengalami sebarang kesan kepada diri, seolah-olah fenomena tersebut tidak pernah berlaku ?

Usahlah kita berbicara tentang hadis dan sunnah Rasulullah SAW, apabila Al-Quran yang dikurniakan kepada baginda itu tidak pula kita hargai..

Sekiranya perkara yang sepatutnya kita pegang dan genggam itu jugalah perkara yang sedang kita lepaskan..bagaimanakah agaknya kita dengan yakin boleh katakan diri kita tak sesat pada saat ini =( ?

Bagaimana rakan2 semua ? Tidak sesatkah kita =( ?

Kita akui betapa kehidupan yang tidak dipandu dengan Islam itu akan membawa kepada kehancuran..tetapi kenapa kita cuba juga untuk memandunya secara suka hati ? Tidakkah kita takut kita akan 'kemalangan' ataupun terlari daripada jalan yang sepatutnya ditempuhi ?

Kita selalu sahaja marah dan geram dengan orang2 yang mempersendakan nabi dan al-quran..sehinggakn tanpa berfikir panjang, terus sahaja kita 'report' kepada pihak2 berkuasa untuk segera mengambil tindakan kepada mereka..

Namun begitu, sekiranya dilihat semula..siapakah agaknya yang lebih teruk mempersendakan nabi dan al-quran ? Orang yang jahil dan tidak tahu apa2 tentang kedua2nya itu ? Atau orang yang sudah tahu dan mengaku sebagai pengikut Rasulullah SAW, tetapi tetap x nak baca Al-Quran yang ada di rak2 bukunya pada saat ini =( ?

Bagaimanakah agaknya kita nak mendidik anak2 kita apabila kita sendiri jarang mengambil ibrah2 daripada Al-quran =( ? Suami dan isteri jenis apakah yang bakal kita jadi ya akhi/ukhti =( ?

Cukuplah dengan apa yang telah kita lakukan kepada kitab yang Allah kurniakan kepada kita ini =( .. cukuplah..sudah tiba masanya pula untuk kita mengkaji dan membacanya dengan penuh penghayatan..tak perlulah tunggu untuk usrah atau kelas2 agama dahulu untuk mula membacanya..

Huhu..sesungguhnya semua ini sengaja saya tuliskan untuk menumbuk diri sendiri yang kadang2 leka dengan urusan2 dunia..lebih2 lagi apabila tibanya musim exam yang memerlukan lebih banyak mujahadah untuk menghabiskan buku2 yang tebal..

Entry ini sepatutnya pendek sahaja..tetapi entah bagaimana boleh x sedar pula dah jadi panjang seperti yang sebelum2 nie..maafkan saya ye kalau ada yang x selesa membaca entry2 macam nie =( .. lebih2 lagi ayat yang saya gunakan kebanyakannya panjang2..insya Allah, selepas dah exam nnt mungkin boleh update dengan lebih banyak dan pendek2..

Jom rakan2 semua..kita 'Shift Paradigm' sama2 ^_^ ..jom ramai2 baca Quran kite =) ..

Wassalam..

Shift_Paradigms #38 : Berapa Kali Lagi Nak Tekan 'Snooze' ?


.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.

Jam 4.30 pagi (Moscow) ..

" Bzzzzz....Bzzzzz...Bzzzzzz... "

" Bzzzzz...Bzzzzz...Bzzz..Tap !! "

Butang Snooze yang kecil itu ditekan dengan penuh emosi menyampah..

Jam 5.00 pagi (Moscow) ..

" Bzzzzz...Bzzzzz...Tap !! "

Ditekan lagi butang Snooze itu..

Jam 5.05 pagi ..

" Bzz..Tap (STOP) !! Wuuuahhhhhh ngantuknya.. "

Perlahan-lahan kaki yang lemah itu diangkat ke kamar mandi..wuduk diambil dalam keadaan mata yang masih lemah kerana 'stay-up' study Biochemistry semalam..berbekalkan beberapa minit yang masih tinggal sebelum Syuruk, solat subuh pun didirikan..setelah segalanya selesai, maka kedengaranlah semula dengkuran2 merdu itu...Huhu..

Rakan2 pembaca semua..

Pengajarannya mudah..

Marilah sama2 berterima kasih kepada insan yang telah mencipta teknologi 'snooze' =)

Ya, benar ! Apa tidaknya ? Kalau bukan kerana inovatif dan hebatnya pemikiran manusia pada zaman ini, sudah tentu ramai daripada kita yang masih lena didodoi mimpi dan terlewat waktu..apatah lagi kalau terlena sehingga tidak terbangun untuk mengerjakan solat subuh dan sebagainya..

Namun begitu, insya Allah..post kali ini tidaklah ingin berbicara tentang bangun subuh ataupun kehebatan teknologi 'Snooze' yang telah menyelamatkan banyak manusia daripada terus terlajak tidur..tetapi lebih berminat untuk menceritakan tentang butang 'Snooze' yang tidak sepatutnya kita tekan lagi pada saat ini..

Sebelum tue..kenapa kita tekan 'snooze' ek ?

' Supaya boleh sambung tidur sekejap sebelum alarm yang seterusnya berbunyi '

Benar..segala2nya berpaksi kepada asbab yang satu..iaitu ingin sambung tidur sebentar, sebelum ingin betul2 bangun daripada mimpi2 yang tergendala siarannya itu..

Jadi ?

.................

------------------------------------------------

Salam Mahabbah Fillah semua ^_^

' Berapa Kali Lagi Nak Tekan Snooze ? '


Sahabat Rasulullah SAW, Saidina Ali pernah berpesan ;

" Manusia itu hakikatnya sedang tidur, dan bangun hanya setelah dirinya mati "

Kata2 wasiat dan nasihat ini realitinya mempunyai maksud yang sangat tersirat..membaca dan mendengarnya buat kali pertama akan membuatkan diri kita tersentak sebentar..

Bagaimana manusia itu boleh dikatakan sedang tidur ? Sedangkan hakikatnya manusia yang ada di sekeliling kita, termasuk diri kita sendiri sedang membuka mata dan menjalankan kehidupan harian seperti biasa..tidak ada tanda2 yang menunjukkan kita sedang tidur, melainkan tidur setelah penat bekerja di malam dan petang hari..yakni sesuatu yang vital bagi seorang manusia yang sihat Physiology-nya..

Rakan2 pembaca semua..

Apakah yang kebanyakkan daripada kita akan buat apabila sedang tidur ?

Bermimpi, bukan ?

Apakah pula yang dimaksudkan dengan mimpi ?

' Sesuatu yang kebiasaannya hanya permainan tidur, ilusi dan tidak benar '

Apabila saya bermimpi sedang minum segelas air jus yang sangat sedap dan segar...adakah apabila saya bangun nanti, kemanisan jus tadi masih lagi kekal di dalam mulut saya ? Bagaimana dengan dahaga saya ? Adakah ia akan hilang begitu sahaja ?

Sudah tentu tidak..bukan sahaja tidak hilang dahaga, malah akan mengeringkan lagi tekak tadi..

Oleh sebab itulah, kadangkala apabila tersedar daripada mimpi2 yang indah, kita selalu berhasrat untuk tidur semula, dengan harapan akan dapat menikmati dan bermimpi lagi perkara2 yang indah dan seronok..mimpi melancong, makan dan sebagainya..

Tetapi, kita acap kali terlupa kepada beberapa perkara..

Kita lupa betapa mimpi2 itu hanya ilusi semata-mata..

Kita lupa betapa mimpi2 itu kebiasaannnya tidak membawa apa2..

Dan kita juga lupa betapa mimpi2 itu hakikatnya membawa kita lari daripada realiti dunia yang nyata..

Kerana itulah kita selalu menggunakan perkataan 'mimpi' kepada benda2 yang belum kita capai..kerana hakikatnya 'mimpi' itu hanya ilusi ataupun pandangan yang wujud di kotak pemikiran kita..dan apabila tersedar, maka hilanglah segala perkara yang pada mulanya dianggap 'real' dan hebat itu..

Pernah membaca karya Harun Yahya bertajuk " Philosophy of The Matrix " ?

Harun Yahya dalam bukunya yang hebat itu telah membawa satu konklusi yang saya kira agak berat untuk difikirkan..malah, saya sendiri perlu membacanya beberapa kali untuk mendapatkan idea yang cuba untuk disampaikannya..

Pengkaji Sains dan Al-Quran yang hebat itu menyatakan, betapa hidup kita di dunia ini sebenarnya hanyalah ilusi dan 'mimpi' yang sementara..perkara yang kita anggap realiti pula hanyalah 'electric signal' yang diwujudkan daripada stimulus dan receptor Sensory Organ kita, yang mana kemudiannya bergerak ke dalam cortex dan processing unit di dalam otak kita, seterusnya mewujudkan pula persepsi tertentu ttg 'kewujudan' perkara tersebut..

Agak berat sedikit bukan ?

Menjadikannya lebih mudah ; Laptop ataupun komputer yang ada di depan mata kita pada saat ini hanyalah 'sesuatu' yang bentuk dan strukturnya direfleksikan oleh cahaya ke dalam retina mata kita, sehingga mampu mewujudkan satu visual di dalam otak yang kita definisikan sebagai 'laptop ataupun komputer' ..

Begitu juga dengan bunyi2 kicipan burung, buah-buahan yang enak, tumbuh-tumbuhan dan langit biru yang cantik..semuanya itu hanyalah satu persepsi yang diwujudkan oleh gabungan kesemua 5 senses yang kita ada..

Percambahan persepsi2 inilah yang dinyatakan oleh beliau sebagai 'dunia'..

Lalu kemudian..kalau semuanya ibarat ilusi, permainan dan mimpi..apa yang 'real' dan benar ?

Allah SWT

Ya..hanya Allah SWT sahaja yang benar2 'real' dan 'permanent' .. dan hanya diri-Nya sahajalah yang berkuasa untuk mengawal dan mewujudkan persepsi2 yang kita anggap sebagai 'realiti' tadi..

Sayyid Qutb pernah menulis dalam Tafsir Fi Zilal, iaitu tatkala membuat tafsiran Surah Al-Ikhlas ;

"....From this concept of unity of Allah, stems a perfect path of life based on the explanation of human existence and whatever outlooks, feelings, and traits it stimulates. Such a path is based on the worship of Allah alone, who is the only real and permanent being, and whose will is the only effective power in the world. "

Realitinya rakan2 semua..seperti mana nasihat dan kata2 Saidina Ali tadi, kita semua persisnya sedang tidur dan dibuai mimpi..kerana selagi apa yang kita lihat, makan, kejar dan kerjakan itu bukan ke arah Allah SWT yang Maha Esa, maka segala apa yang kita buat itu hanyalah ibarat mimpi2 kosong yang tidak membawa apa2 manfaat =(

Kerana percaya atau tidak..kita yang ada di dunia ini bukannya 'realiti', tetapi yang 'realiti'-nya adalah kita yang akan wujud di hari akhirat kelak..hanya pada masa itu barulah kita menjadi 'real' dan 'permanent' , sama ada di syurga, ataupun neraka =( ..

Tatkala tibanya hari itu kelak, semua manusia akan merasakan betapa singkatnya hidup di dunia yang penuh 'ilusi' ini..perkara ini sendiri ada diceritakan di dalam Al-Quran Allah SWT yang 'real' itu ;

112. ' Dia (Allah) berfirman,"Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi ?"

113. Mereka menjawab, "Kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada mereka yang menghitung." .

114. Dia (Allah) berfirman, "Kamu tinggal (di bumi) hanya sebentar sahaja, jika kamu benar-benar mengetahui." ' (Al-Mu'minun 23 : 112-114)

Rakan2 pembaca semua..

Meniti kehidupan kita yang kian pendek dari dahulu sehinggalah hari ini...sudahkah agaknya kita terbangun daripada mimpi2 yang kian melekakan kita ?

Atau kita masih lagi cuba untuk terus menekan butang 'Snooze' itu ? Dengan harapan akan ada lagi 'alarm' dan 'masa' buat kita pada masa yang akan datang ?

Belum tibakah masanya untuk kita berhenti menekannya dan terus bangkit menyedari hakikat hidup yang penuh dengan ilusi dan mimpi2 sementara ?

Usahlah kita terus tidur lagi !! ..

Usahlah kita terus mabuk dilayan mimpi2 yang kosong itu !!..

Berapa lama lagikah kita perlu terus tidur =( ?

Berapa lama lagikah kita perlu gian melayan mimpi yang tidak berkesudahan itu ?

Bilakah kita akan respons kepada seruan Allah SWT dan Rasul-Nya yang membawa kita kepada takrif kehidupan yang sebenarnya ?

" Wahai orang-orang yang beriman ! Penuhilah seruan Allah dan Rasul, apabila dia menyerumu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan " (Al-Anfal 8:24)

Ya.benar,selagi kita tidak bangkit dan sedar daripada tidur kita..dan selagi tidak memberi respons kepada seruan Allah SWT dan Rasul-Nya..maka kita umpama insan yang telah mati, hati kita mati, roh kita juga mati, dan masyarakat kita terdiri daripada orang2 yang mati =(

Hati dan roh itu hanya akan hidup apabila ia menyedari hakikat penciptaan dan tujuannya diwujudkan di bumi ini..yakni, untuk menjadi full-time hamba kepada Yang Maha Hidup..

Rakan2 pembaca semua..

Kenapa kita masih tidak ingin bersyukur ?

Kenapa kita masih lagi mensia-siakan hadiah Islam yang telah Allah kurniakan kepada kita ?

Sedarilah kita betapa hadiah inilah yang sedang dicari oleh kebanyakkan orang di luar sana..hadiah inilah yang ditunggu-tunggu oleh insan2 lain yang benar2 mendambakannya..

Tetapi, lihatlah apa yang telah kita lakukan kepada hadiah Allah SWT ini..

Lihatlah apa yang telah kita lakukan kepada Al-Quran yang diturunkan-Nya kepada kita itu =( ?

Ya Akhi...Ya Ukhti..

Biarlah kita menyesal di dunia ini..asalkan kita tidak menyesal di hari yang 'real' itu kelak..yakni hari tatkala Allah bertanya kepada hamba-Nya yang dimasukkan ke dalam neraka ;

' Bukankah ayat-ayat-Ku telah dibacakan kepadamu, tetapi kamu selalu mendustakannya ? ' (Al-Mu'minun 23:105)

Apa yang ingin kita jawab kepada pertanyaan Allah itu rakan2 kesayanganku semua =( ?

Adakah kita ingin menjawab sebagaimana manusia yang dinyatakan Allah dalam ayat Quran yang seterusnya itu ;

' Mereka berkata, "Ya Tuhan kami, kami telah dikuasai oleh kejahatan kami, dan kami adalah orang-orang yang sesat. Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami darinya (kembalikanlah kami ke dunia), jika kami masih juga kembali (kepada kekafiran), sungguh, kami adalah orang-orang yang zalim." (Al-Mu'minun 23:106-107)

Nampak bagaimana kita 'bangun' dan sedar hanya setelah kita mati =( ?

Inginkah kita merayu dan merintih sebagaimana insan2 yang diceritakan Allah dalam AlQuran-Nya ini ya akhi/ukhti =( ?

Adakah lagi harapan kita untuk kembali ke dunia yang penuh ilusi ini dan beramal kepada-Nya ?

Adakah permintaan2 itu akan dikabulkan oleh Allah SWT ?

Tidak ya akhi..Tidak ya ukhti =( ..

" Dia (Allah) berfirman, "Tinggallah dengan hina di dalamnya, dan janganlah kamu berbicara dengan Aku " (Al-Mu'minun 23:108)

Ya Allah..

Bagaimanakah agaknya perasaan kita apabila menerima kata2 sedemikian daripada Allah SWT =( ?

Kita sedih apabila ibu dan ayah kita tak nak berbicara dengan kita..

Tetapi, bagaimana kalau Allah SWT yang menciptakan kita pula yang tak nak berbicara dengan kita =( ?

Apabila semua harapan sudah punah, kepada siapakah lagi kita boleh merintih dan merayu ya akhi/ukhti =( ?

Sementara kita masih bernafas di dunia fana ini..tidakkah kita ingin mengambil ibrah penting yang cuba Allah bawakkan kepada kita di dalam ayat2-Nya ini ?

Marilah..

Marilah kita sama2 bangkit secara kolektif sebagai satu ummah..

Marilah kita sama2 bangun daripada mimpi2 kita yang penuh kosong itu ya akhi/ukhti..

Saya sayang kepada antum/antunna semua =( ..sayang sangat..tidaklah saya menulis post2 seperti ini melainkan untuk mengingatkan diri saya dan rakan2..betapa hidup kita di dunia ini tidak kekal dan tidak lama =( ..

Dunia ini ada pengakhirannya..ada expired-date nya..begitu juga dengan kehidupan kita..

Maka, belum tibakah masanya untuk kita berhenti mengumpul lebih banyak 'ilusi' dan mula beralih kepada 'realiti' sebenar ?

Kita adalah umat terbaik yang telah Allah SWT turunkan di zaman ini..maka, marilah sama2 kita bertindak dan berubah ke arah menjadi yang terbaik..janganlah kita membuang masa lagi..

Kita juga perlulah sedar betapa musuh2 Islam tidak akan pernah berhenti dan berehat untuk terus 'menidurkan' kita..sama ada dengan kelekaan hiburan, nyanyian, drama dan movies..setiap satunya itu seolah-olah ada 'cycle'-nya yang tersendiri..habis sahaja drama yang itu, datang pula drama yang lain..dan perkara ini tidak akan berhenti selagi kita semua tidak bangun daripada mimpi2 yang palsu keindahannya itu..

Umat islam di zaman kita kini dipandang serong, diperlakukan seperti 'punching-bags' dan dihina begitu sahaja..namun begitu, musuh2 akan tetap meneruskan ghazyul fikr (perang pemikiran) mereka..

Kerana apa ?

Kerana mereka takut orang2 ini akan terbangun daripada tidur mereka..risau orang2 ini akan berhenti menekan snooze button dan terus bangkit mendalami ad-deen mereka..

Mereka mendalami sejarah kita lebih daripada diri kita sendiri..mereka takut akan kelahiran insan2 seperti Muhammad Al-Fateh dan Salahuddin Al-Ayubi..kerana insan2 inilah yang bakal menjatuhkan kuasa dan cengkaman yang telah mereka buat kepada dunia pada saat ini..

Oleh sebab itulah rakan2 semua, sementara ada masa dan peluang ini, marilah kita bangun daripada keenakan tidur yang panjang itu..

Marilah kita tukar paradigma2 kita yang salah tentang Islam dan Al-Quran..

Buka, baca dan kajilah Al-Quran yang sudah berdebu itu =( .. janganlah dipandang remeh akan peringatan dan panduan yang ada di dalamnya..

Insya Allah..mari kita sama2 'Shift Paradigm' kita...mula bangun untuk bergerak ke arah kehidupan Islam yang sebenar..dan sama2 bangkit membentuk individu2 Muslim yang sejati..

Jom, rakan2 semua ^_^ .. jom2 ..

Jzkk sudi baca post ini..

p/s #update - Maafkan saya kalau entry2 dalam blog nie agak panjang kesemuanya..huhu

Wassalam =) ..

Shift_Paradigms #37 : Mencari Yang Dicari Pencari

.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.

Ingat lagi tak semasa kat sekolah menengah dahulu, kita ada belajar topik Komsas ataupun Literature ? Dan dalam topik tersebut kita akan diminta untuk mengkaji dan mendalami beberapa jenis 'masterpiece' yang ditulis para karyawan hebat..tidak kira sama ada ia dipersembahkan dalam pantun, novel, syair, mahupun sajak..kesemuanya ditulis dan dihasilkan dengan sangat indah dan cantik..

Namun begitu, sekiranya melihat semula pada kesemua karya tersebut, ataupun karya2 lain yang wujud di dunia ini..kita boleh melihat pelbagai ragam dan response yang diberikan oleh para pembacanya..ada pembaca yang mengatakan sajak atau novel ini hebat, dan ada yang mengatakan semuanya hanya tulisan kosong..ada orang blh claim betapa sajak2 A. Samad Said itu sangat2 indah, tetapi ada orang lebih 'prefer' penulisan Usman Awang..

Hakikatnya, literature dan karya2 yang wujud itu berbentuk subjektif kecantikannya..

Orang boleh katakan Sonnet 18 yang ditulis William Shakespeare itu benar2 indah dan 'sweet'..tetapi mungkin saya boleh katakan ianya x cukup cantik ataupun kurang romantik..

Sekiranya ingin menilai sesuatu karya ataupun literature, perspektif ataupun bentuk penilaian perlulah dibuat berdasarkan penilaian yang lebih berasas dan 'definite'..

Kalau macam tue, apakah agaknya perkara yang menentukan kehebatan sesuatu 'masterpiece' ataupun karya ?

Ketinggian bahasanya ?

Kecantikan struktur dan susunan perkataannya ?

Ataupun keindahan ritma dan plot yang cuba dibawanya ?

Hakikatnya, semua perkara2 tersebut masih tidak cukup untuk dijadikan kayu ukur utama..kerana semuanya berbentuk subjektif dan individual..

Impak dan kesan kewujudan karya tersebut kepada para pembacanya..

Bagaimana ia menukar peribadi insan..

Perubahan apa yang dibawanya kepada dunia dan persekitarannya..

Dan bagaimana ia menjadi sesuatu yang memayungi tingkah laku dan memandu kehidupan mereka..

Inilah dia kayu2 ukur yang sewajarnya kita ambil kira untuk menentukan sama ada suatu karya itu hebat ataupun tidak..


Rakan2 pembaca semua,

Kesemua kriteria2 di atas hanya berjaya dipenuhi oleh satu 'masterpiece' teragung..

Tidak lain tidak bukan..Itulah dia Al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT kepada utusan-Nya, Nabi Muhammad SAW ^_^

Kesan2 yang dibawanya berbentuk 'infinite' dan masih kelihatan sehinggalah hari ini..

Tidak ada satu 'karya' ataupun 'masterpiece' yang boleh menandingi kehebatan dan keberkesanannya dalam melentur peribadi insan..

Kerana apa ianya sangat hebat ?

Kerana ianya dihasilkan sendiri oleh Yang Menciptakan insan..Yang Maha Mengetahui apa yang diperlukan manusia, dan Yang Maha Berkuasa dalam memberikan panduan kepada manusia untuk mengurus kehidupan sehariannya..

Tidak ada buku ataupun kitab lain yang satu ayatnya sahaja sudah mampu membuatkan seorang insan tiba2 menjadi individu yang benar2 sabar dan berakhlak mulia..

Surah2 dan ayat2nya telah berjaya menukar secara total sistem masyarakat daripada sistem2 jahiliyyah kepada sistem yang memberikan mereka 'kehidupan' .. sama ada dari segi tingkah laku sesama mereka, cara mereka berkomunikasi, sehinggalah kepada cara mereka melayani isteri dan anak2 mereka, semuanya bertukar dalam suatu 'period' yang sangat pantas..

Perkara ini dibuktikan dengan sejarah..kita tidak akan mampu melihat mana2 komuniti yang berjaya membuat transformasi menyeluruh seperti mana yang dilalui oleh masyarakat Islam Mekah dan Madinah di zaman Rasulullah SAW..dan semuanya hanya berlandaskan kepada satu 'masterpiece', iaitu Al-Quran ..

Oleh sebab itulah Al-Quran digelar sebagai 'The Ultimate Literature' , kerana kehebatannya bukan sahaja dipersembahkan dengan ketinggian dan kecantikan bahasanya, tetapi juga dengan impak kewujudannya yang bukan sahaja mampu membentuk insaniah, tetapi ia juga membawa perubahan kepada dunia =) ..

Dan sama ada kita sedar atau tidak..al-Quran itu jugalah satu2nya kitab yang paling banyak dihafal oleh umat manusia di seluruh dunia..mengalahkan kitab2 dan karya2 yang lain..

Namun begitu, kita haruslah sedar betapa Al-Quran itu bukanlah suatu bentuk syair, sajak ataupun karya2 biasa yang sama seperti ciptaan manusia..ianya merupakan satu medium yang membawa 2 perkara utama dalam kehidupan manusia, yakni Al-Huda (petunjuk) dan juga Az-Zikr (Peringatan) ..

" (Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan " (Yasin 36:69)

Kita sudah tahu perkara ini..dan kita juga sama2 mengakui kehebatan dan keindahan Al-Quran.

Cuma persoalannya pada saat ini..Apa yang Al-Quran itu buat di rak2 buku kita =( ? Apa yang ia buat di atas meja kita itu ? Kenapa kita masih malas membacanya ? Novel2 tebal dan buku2 yang lain boleh pula kita habiskan dengan mudah..tetapi mengapa Al-Quran itu tidak boleh kita baca hatta satu muka surat sekalipun dalam sehari =( ?

Kenapa ianya dibaca hanya tatkala kenduri dan majlis tilawah ? Dan kenapa kita jadikannya sekadar hantaran khawin semata-mata ? Diikat dan disimpan dalam kotak cantik yang diperbuat daripada emas..kemudian disimpan di atas almari sebagai hiasan =( ..

Apa karya2 manusia itu lebih hebat daripada karya Pencipta mereka ? Tetapi mengapa kita masih ghairah membaca penulisan2 manusia melebihi Al-Quran itu sendiri =( ?

Tidakkah kita ingin menjadi insan2 yang hebat seperti para sahabat Rasulullah SAW ?

Tidakkah kita ingin merasai sendiri kehebatan Al-Quran yang tidak pernah diubah-ubah isi kandungannya sejak 1400 tahun dahulu itu ?

Huhu =( ..

Wallahu A'lam..sama2 kita muhasabah ya akhi, ukhti =(

.................................

Salam Ukhuwah Fillah ^_^


' Mencari Yang Dicari Pencari '

Bayangkan diri kita sedang berada dalam satu majlis jamuan..kebetulan pula sebelum ke majlis itu kita baru sahaja balik dari walimatul urus di hujung kampung..

Setelah sampai di majlis tersebut, kita pun beramah-mesra dengan beberapa orang tetamu yang hadir..selepas beberapa ketika, seorang rakan menawarkan kita makanan ;

' Awak nak makan apa2 tak ? Saya tolong ambil '

' Eh, xpa2..saya kenyang lagi '

Tidak lama selepas itu, seorang rakan yang lain menawarkan pula air jus ;

' Kat meja tue ada air jus, awak nak saya ambilkan sekali ? '

' Oh..xpa2..saya x dahaga, tadi pun dah banyak sangat minum air sirap '

' Ok..kalau awak nak apa2, minta je ek =) '

' Ok =) .. '

Rakan2 pembaca semua..

Kenapa saya bawakkan satu kisah yang simple ini ?

Supaya kita boleh lihat betapa kita biasanya takkan makan kalau kita tak ada keperluan untuk makan..lebih2 lagi apabila kita baru sahaja makan dengan lahapnya di tempat lain..

Kita juga takkan minum air kalau kita tak rasa dahaga..x kisah sama ada air itu berupa jus segar ataupun air bandung yang sedap..kalau perut kita pada masa itu sudah sarat dengan minuman2 lain, pasti kita akan menolaknya..

Hakikatnya..kita takkan mencari sesuatu yang kita tak perlukan..Kita juga takkan sibuk2 mendambakan sesuatu sekiranya kita tak rasa perkara tersebut penting bagi diri kita..

Begitu juga dengan petunjuk Allah SWT..

Kita selalu berkata betapa kita inginkan petunjuk daripada Allah SWT..tetapi adakah kita insan yang benar2 inginkan petunjuk ?

Kerana hakikatnya, petunjuk itu datang kepada insan yang mendambakannya..dan dambaan itu pula bukanlah hanya dengan angan2 dan omong2 kosong..tetapi ia disusuli dengan usaha dan tawakkal kepada Allah SWT..

Ianya ibarat inginkan 'Panadol' ketika kita sakit keseorangan..adakah 'Panadol' itu akan bergerak dan masuk sendiri ke dalam mulut kita ? Adakah cukup dengan melaungkan 'Panadol ! Panadol ! Panadol ! ', dengan harapan sakit itu akan hilang dengan sendirinya ? Ataupun kita perlu berusaha sendiri untuk mengambilnya dan masukkannya ke dalam mulut ?

Realitinya..tidak ada perkara yang mampu kita miliki kalau kita tak benar2 perlukannya dan tak berusaha untuk mendapatkannya..

Persoalannya sekarang..adakah kita memerlukan petunjuk ?

' Aku dah besar..dah boleh buat keputusan sendiri..dah boleh jaga diri sendiri '

' Aku dah ada PhD dalam Usul Fiqh dan Syariah..nak petunjuk lagi ? '

Rakan2 pembaca semua..

Rasulullah SAW , yakni insan yang sudah dijanjikan syurga..insan yang paling bijak dan paling mantap akhlaknya itu sendiri sentiasa meminta petunjuk daripada Allah SWT ..

Begitu juga dengan para sahabat baginda seperti Umar Al-Khattab yang sangat2 takut kalau dirinya menjadi munafik..dan beliau tidak pernah berhenti memohon petunjuk daripada Allah SWT agar memandu segala tingkah laku dan keputusan yang dibuatnya..

Sedangkan seorang Rasul dan Amirul Mukminin itu sentiasa memerlukan petunjuk daripada Allah SWT..apatah lagi diri kita yang sekadar hamba biasa ini =( ..

Ingin tahu kenapa solat kita terasa kosong dan kurang roh ?

Kerana kita tak rasakan keperluan yang sebenar-benar keperluan untuk meminta petunjuk daripada Allah SWT..

Dalam solat, kita membaca Surah Al-Fatihah..yakni surah yang isinya basically memohon agar Allah tunjukkan kita ke jalan yang lurus..dan selepas itu kita pun membaca 'response' kepada permohonan tadi, yakni surah2 lain daripada Al-Quran yang kita sendiri kadangkala tidak tahu maksud terjemahannya..

Maka, bagaimanakah solat itu akan menjadi satu mekanism yang membawa kita kepada petunjuk Allah SWT sekiranya petunjuk (Al-Quran) itu sendiri kita baca tanpa memahami maksudnya ?

Ianya umpama membaca sajak Bahasa Latin yang mungkin boleh kita baca dan sebut perkataannya..tetapi kita sendiri tidak tahu maksud perkataan2 tersebut..meskipun sajak tersebut hakikatnya satu sajak yang sebenarnya boleh membuatkan para pembaca Latin menangis dan sayu dalam penghayatan..

Oleh sebab itulah dalam solat kita, adalah lebih wajar dan baek sekiranya kita memahami setiap bacaan solat dan surah yang kita baca..sekiranya bukan maksud setiap perkataan pun, sekurang-kurangnya kita tahu 'general idea' yang cuba disampaikan dalam surah tersebut, berbanding dengan hanya membacanya begitu sahaja..

Kerana hanya dengan pemahaman, barulah kita mampu mengekstrak petunjuk yang cuba Allah SWT berikan kepada kita melalui AlQuran-Nya ..

Rakan2 pembaca semua..

Bagaimana ? Adakah diri kita pada saat ini benar2 sedang mengharapkan petunjuk daripada Allah SWT ?

Kerana realitinya..tingkah laku dan sikap seharian kita seolah-olah menggambarkan betapa kita tidak kisah dengan kepentingan mendapatkan petunjuk Allah SWT..

Terdapat perbezaan antara insan yang benar2 inginkan petunjuk..dan insan yang sekadar mengharapkannya begitu sahaja..

Insan yang betul2 mendambakan petunjuk Allah SWT sudah tentu tidak akan menghabiskan masanya begitu sahaja menghadap Facebook dan YouTube..

Dirinya juga tidak akan memenuhi masa lapang dengan gelak ketawa atau berbicara perkara2 yang tidak bermanfaat bagi dirinya..

Al-Qurannya juga akan sentiasa dibaca dan solatnya juga akan sentiasa khusyuk dengan doa dan rintihan kepada Allah SWT..

Tetapi, bagaimana dengan diri kita =( ? Adakah kita juga benar2 inginkan petunjuk ?

Sedangkan kelapangan masa beberapa jam tadi baru sahaja kita habiskan dengan bergurau senda atau bermain-main..

Al-Quran kita pula masih berdebu dan tertutup erat dengan cantik, seolah-olah tidak pernah kita buka dan baca ibrah yang ada di dalamnya =( ..

Masihkah kita ingin melabelkan diri kita sebagai hamba yang mengharapkan petunjuk-Nya ? Apabila tingkah laku dan sikap kita seolah-olah bertentangan dengan peribadi seorang hamba yang benar2 inginkan petunjuk Allah SWT ..

Sememangnya tidak boleh dinafikan ya akhi, ukhti..kita perlu mengubah sesuatu di dalam diri kita semua..

Dan yang paling penting sekali..kita perlu mengubah sikap kita terhadap Al-Quran..

Kerana hakikatnya, Al-Quran itu sendiri petunjuk yang paling utama daripada Allah SWT..

Ianya ibarat peta yang memandu kita ke jalan yang benar...usahlah kita 'buat2 tahu' ke arah mana yang perlu kita jalan, kerana perjalanan yang tidak dipandu oleh Al-Quran itu sangat banyak implikasi negatifnya =( ..

Ya akhi, ukhti..

Al-Quran itu membuatkan kita beringat kepada kekuasaan Allah..Al-Quran membawa kita menelusuri kisah2 yang penuh ibrah pedoman..dan Al-Quran itu sentiasa mengingatkan kita akan kehambaan dan kehinaan kita sebagai seorang hamba dan manusia =( ..

Maka, kenapakah kita masih degil dan tidak ingin membacanya =( ?

Tidakkah kita ingin ditolong oleh Yang Maha Menolong ?
Tidakkah kita ingin dipujuk dan dikurangkan beban sedih yang ada di hati itu ?
Tidakkah kita ingin membaca apa yang Allah SWT berikan secara khusus kepada kita ?

Kita merayu agar Allah SWT bantu kita dalam kehidupan ini..Kita merintih mengharapkan petunjuk dan keredhaan-Nya..maka, belum tibakah masanya untuk kita membaca apa jawapan2 Allah SWT kepada permasalahan2 kita itu =( ?

Atau kita masih ingin untuk cuba memandu kehidupan kita ini tanpa melihat langsung kepada manual pengendaliannya =( ?

Rakan2 pembaca semua..

Kehidupan kita yang sukar dan penuh noda itu tidak akan menjadi senang sekiranya kita cuba untuk menghadapinya tanpa petunjuk yang hakiki..

Sedarilah betapa kita sewajarnya memandang serius akan hubungan kita dengan Al-Quran..

Kita ini manusia..dan manusia perlu kepada penciptanya..maka, bagaimana kita ingin berhubung dengan Allah SWT kalau Al-Quran yang diturunkan-Nya itu tidak kita baca dan fahami =( ?

Usahlah kita marah dan panas baran dengan pihak yang menghina dan cuba untuk mencemarkan kesucian Al-Quran..kerana hakikatnya ramai daripada mereka melakukannya dalam keadaan jahil dan tidak tahu..tetapi bagaimana dengan kita yang sudah Islam dan sudah tahu ini ? Tidakkah kita malu dan marah dengan diri kita yang jauh daripada Al-Quran =( ?

" Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah (Al-Quran) , Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada mereka, dan mereka pula beroleh azab yang tidak terperi sakitnya " (An-Nahl 16:104)

Rakan2 pembaca semua..

Mari kita baca Al-Quran ramai2 jom ^_^ ..

Xpa xpa..kalau kita x dapat baca selembar sehari pun, cukuplah sekadar beberapa potong ayat berserta terjemahannya =) .. apa yang penting, hubungan kita dengan Al-Quran sentiasa terjaga..

Marilah kita sama2 jadikan Al-Quran itu ibarat iPhone, Blackberry dan HTC kita..yang mana kalau hilang dan tidak digunakan dalam sehari, pasti kita akan berasa gelisah dan mula mencarinya ..

Meh rakan2 semua =) .. kita buat kempen 'Jom Baca Quran' ramai2 ^_^ .. amatlah rugi kalau kita tidak penuhi hidup ini dengan mencari yang dicari pencari2, yakni petunjuk Allah SWT =)

Jom sama2 'Shift Paradigm' kita terhadap Al-Quran..dan berusaha menjadikannya sebahagian daripada hidup kita =) .. Jangan berlengah lagi, jom2 !! ^_^ ..

Jzkk sudi ziarah blog ini..sesungguhnya segala yang baek itu daripada Allah SWT jua =).. apa yang saya tulis ini semuanya menjadi suatu tamparan + tumbukan padu buat diri saya sendiri..maafkan sy ek kalau ad apa2 yg kurang baek di dalam blog ini..

Insya Allah..Jaga diri baek2 ya akhi, ukhti ^_^

Wassalam..

Shift_Paradigms #36 : Kita Buat Apa Kat Sini ?

.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.

Surau sekolah malam itu riuh-rendah sedikit selepas solat Maghrib..sudah menjadi kebiasaan pelajar untuk bercerita sesama mereka meskipun ustaz yang ingin menyampaikan ceramah sudah berada di hadapan..cerita tentang rakan yang jatuh tergelincir kt tandas petang tadi, makanan yang kurang enak di dewan selera dan segala macam topik..semuanya ingin dijadikan bahan cerita..

' Ehem2.. '

Suara riuh-rendah tadi menjadi senyap..segala perhatian diberikan kepada ustaz yang tengah 'test' microphone..menandakan ceramahnya bakal bermula sebentar sahaja lagi.. Selepas memberikan salam dan pendahuluan beliau..ustaz tadi terus bertanya kepada semua pelajar yang ada dihadapannya...

' Korang buat apa ek kat sini ? '

Semua pelajar senyap..ada yang terpinga-pinga, keliru dengan soalan yang diajukan ustaz tadi..tidak dilupakan juga pelajar yang menggaru kepala masing2..semuanya kelihatan keliru dan pelik dengan pertanyaan ustaz tadi..

' Errr...ustaz ? '

' Tak, saya serius..korang buat apa kat sini ? '

Kelihatan beberapa orang pelajar bergerak perlahan-lahan menyembunyikan diri di belakang tiang..takut kalau2 ustaz bertanya soalan seperti itu kerana kebisingan yang mereka lakukan sebelum ceramah bermula tadi..

' Errr..dengar ceramah ustaz lah..buat apa lg ? '

' Tak..maksud saya..korang buat apa kat 'sini' ? kat 'sini' ' .. sambil jari telunjuknya sedang menuding ke lantai surau..

' Solat, ustaz ! Kitaorng ad kat surau nie utk solat..oh ye, dan dengar ceramah daripada ustaz yang hensem ^_^ '

Suasana surau tiba2 menjadi riuh semula dengan gelak ketawa para pelajar..

Ustaz tersenyum..lalu bertanya semula..

' Bukan kat surau nie...tapi kat sini..kat bumi nie..korang buat apa kat sini ? '

Keadaan menjadi senyap semula..satu demi satu pelajar menundukkan kepalanya..memikirkan jawapan kepada persoalan ustaz tadi..

............................

Salam Ukhuwah Fillah ^_^

' Kita Buat Apa Kat Sini ? '

Satu persoalan yang sebenarnya sudah lama ditanya oleh kebanyakan orang, malah kemungkinan besar sejak beribu-ribu tahun dahulu lagi..bentuk soalan2nya mungkin berbeza, tetapi sekiranya dikaji semula, kesemuanya akan tetap kembali kepada beberapa persoalan induk..

' Dari mana kita datang ? '

' Apa tujuan kita berada di sini ? '

' Ke mana kita akan pergi ? '

Persoalan2 ini pernah menghantui para pemikir dunia satu ketika dahulu..Malah, tamadun Greek, Rom dan Parsi sendiri melahirkan banyak 'thinking machine' yang diberikan peranan untuk menjawab persoalan2 ini..namun begitu, hampir kesemuanya memberikan jawapan yang berlainan antara satu dengan yang lain..

Namun begitu, sebelum kita kembali mencari jawapannya..apa kata kita bertanya satu soalan bonus kepada diri kita semua..

' Siapa aku ? '

' Nama aku Ali Bin Abu '

' Nama aku Muhd. Hazim Bin Dahuli '

' Nama aku fulan bin si fulan '

Tak..bukan nama kepada 'aku' .. kucing dan ikan juga boleh diberi nama..tetapi 'aku' yang sebenarnya itu siapa ?

Rakan2 semua bagaimana ? Kita ni siapa ?

' Manusia !! '

' Tu diaaaa =) '

* sebab tue panggil soalan bonus..hoho

' Entah apa2 hazim nie =.= ' ( maaf la ek idea jam 1.45 a.m )

Baik..rakan2 semua,

Sekiranya kita lihat dunia zaman kini..manusia sangat hebat dalam berfikir..Allah SWT mengurniakan manusia dengan akal fikiran yang sememangnya kompleks..sehinggakan kadangkala kita sendiri boleh menjadi pening memikirkan benda2 yang boleh difikirkan oleh manusia..

Penciptaan Eiffel Tower, KLCC , Tembok Besar China, Kereta Solar dan sebagainya..semua ini menjadi bukti betapa manusia hakikatnya sangat hebat dalam menggunakan nikmat akal yang dikurniakan oleh Allah SWT..lihat sahaja kepada piramid yang masih berdiri teguh sejak beribu tahun dahulu..kesemuanya itu tidak akan tersusun dengan sendirinya tanpa sebarang perancangan dan tahap pemikiran yang kritis daripada para arkiteknya..

Bukan itu sahaja..manusia juga sangat hebat sehingga mampu menghasilkan pelbagai penemuan dan teori2 yang tidak pernah terfikir oleh manusia lain..teori graviti Newton, E=MC2 Einstein dan sebagainya...tidak hairanlah sekiranya insan2 seperti mereka sebahagiannya diberikan Nobel Prize, hanya kerana kehebatan pemikiran mereka yang menjangkaui akal fikiran manusia2 laen di zaman mereka..

Hakikatnya, manusia itu benar2 hebat apabila berfikir tentang perkara2 yang 'luar' daripada dirinya..tetapi apabila masuk sedikit ke 'dalam' dan berbicara tentang dirinya sendiri..manusia kadangkala menjadi buntu dan hilang akal..

Seorang doktor tidak akan boleh digelar sebagai doktor sekiranya dia tidak mengetahui fungsi stethoscope , scalpel dan juga Electronic Fibrillator..

Seorang Engineer juga tidak boleh digelar Engineer sekiranya dia tidak mengetahui fungsi transformer, fuse, karburetor enjin , piston dan sebagainya..

Begitu juga dengan manusia..bagaimana boleh digelar manusia sekiranya kita tidak mengetahui fungsi sebenar akal, hati, telinga, mata dan anggota badan kita ini..

Para pencipta pen, laptop dan juga pisau tahu benar apa tujuan penciptaan benda2 tersebut..tetapi adakah dia tahu apa tujuan dirinya diciptakan di bumi ini ?

Kita pula yang sedang meng-klik butang scroll down mouse itu tahu benar fungsi sebenar mouse komputer..tetapi adakah kita tahu tujuan sebenar kita bernafas dan berjalan di bumi yang serba indah ini ?

Bertambah kompleks sesuatu penciptaan, maka makin kompleks lah tujuannya..

Sekiranya ingin dibandingkan kekompleksan pen dan laptop..sudah tentulah laptop lebih kompleks penciptaannya kerana tujuan laptop itu sendiri ternyata lebih kompleks berbanding pen yang hanya digunakan untuk menulis dan melukis..

Sekiranya dibandingkan pula laptop dengan tumbuh-tumbuhan..sudah tentu tumbuh-tumbuhan itu lebih kompleks..apa laptop boleh membuat photosynthesis dan mengeluarkan oksigen buat manusia ?

Tetapi sekompleks-kompleks tumbuh-tumbuhan itu..ternyata penciptaan manusia itu lebih kompleks..maka, manakan mungkin kita berada di bumi ini untuk bermain-main sahaja..

' Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami ? ' (Al-Mu'minun 23:115)

Maka bertanyalah sekali lagi meskipun ada antara kita yang sudah tahu jawapannya..

' Kita Buat Apa Kat Sini ? '

Oleh sebab itulah soalan ini menjadi sesuatu yang sukar untuk dijawab oleh sesetengah golongan manusia..sehinggalah akhirnya segala macam tafsiran dikeluarkan..

' Aku berada kat sini untuk belajar bersungguh2 dan menjadi orang yang berguna '

' Aku berada kat sini untuk enjoy..life is short, kan ? So , apa tunggu lagi ? '

Rakan2 semua..

Pada saat ini, kita boleh membuat perancangan hidup untuk berpuluh-puluh tahun yang akan datang..kita boleh meletakkan pelbagai mimpi untuk menjadi seorang doktor, engineer, lawyer dan sebagainya..tetapi bagaimana kalau kita akan mati pada esok hari..tidakkah segala perancangan itu menjadi sekadar impian2 kosong sahaja ?

Apabila kita tidak meletakkan tujuan hidup kita ke arah yang sebenarnya..tidak mustahil kita akan mula membuat tujuan2 lain yang hakikatnya tidak membawa kita ke mana2 hatta setelah tujuan tersebut berjaya kita kecapi..

Sekiranya ingin ada tujuan yang hakiki..tujuan itu perlulah sesuatu yang benar2 valid dan infinite..yakni, tidak terbatas oleh masa dan tiada penghujungnya melainkan apabila kematian itu sendiri datang menjemput kita..

Sekiranya belajar dan ingin menjadi pelajar berjaya sahaja tujuan hidup kita..apabila sudah berjaya dan habis belajar nanti, tidakkah tujuan itu kelak akan bertukar pula kepada yang lain ?

Pernah dikisahkan tentang seorang pelajar PhD yang baru selesai menghabiskan tesis PhD-nya setelah bertahun-tahun berusaha untuk menyiapkannya..pada pagi ketika dia ingin menghantarnya kepada professor yang mengajarnya..ternyata professor tersebut tidak ada di pejabatnya..maka, dia pun meletakkan tesis tersebut di bawah pintu pejabat professor tersebut..keesokan harinya, dia menerima laporan bahawa tesis yang disiapkannya bertahun-tahun itu telah hilang..kebetulan pula pada ketika itu, dia tidak mempunyai sebarang soft-copy utk tesis tersebut melainkan hanya satu hard-copy yang diselitkannya di bawah pintu pejabat professor tersebut..

Tahu apa yang terjadi kepada pelajar tersebut ?

Pelajar tersebut hilang akal dan menjadi tidak waras sejak hari itu..dikatakan hampir setiap hari dia akan mundar-mandir di kawasan universiti tersebut seperti orang gila..sambil menjerit-jerit mengatakan kepada orang lain tentang keburukan universiti yang disifatkannya sebagai penipu dan pencuri..dia tidak dapat menerima hakikat bagaimana hasil kerjanya yang mengambil masa bertahun-tahun itu boleh hilang begitu sahaja..

Ini adalah kisah benar..dan kisah ini sudah cukup untuk membuktikan kepada kita hakikat kehidupan yang tidak disandarkan kepada tujuan hidup yang hakiki..pelajar tersebut meletakkan tujuan hidup sepenuhnya kepada penghasilan tesis tadi, sehinggakan apabila tesis tersebut hilang, dia menjadi hilang akal..

Begitu juga dengan manusia2 yang meletakkan tujuan hidup kepada pengumpulan harta dan pangkat semata-mata..yang mana apabila perkara2 tersebut tidak dapat dikecapi, ada antara mereka yang membunuh diri kerana tidak dapat menerima hakikat yang telah menimpa diri mereka..

Ingin tahu mengapa agaknya kita mudah berasa sedih apabila didatangi dengan ujian2 yang berat ?

Kerana kita meletakkan tujuan hidup kita kepada dunia semata-mata..sehinggakan apabila nikmat dunia itu ditarik meskipun sedikit..kita mula merungut dan rebah jatuh memikirkan nasib yang malang..sedangkan hakikatnya terselit 1001 hikmah dan ibrah di sebalik kesemuanya itu..tetapi kita tidak akan mampu melihatnya, sekiranya kita masih tidak meletakkan tujuan hidup kita kepada perkara yang sebetulnya..

Kalau macam tue..apakah agaknya tujuan hidup kita yang sebetulnya..dan apakah jawapan kepada persoalan yang kita keluarkan dalam awal post ini ?

Rakan2 Pembaca Semua..

Sekiranya kita tidak mengetahui anatomi manusia..sudah pasti kita akan membuka buku atlas anatomi..

Begitu juga apabila kita terlupa Circuit Theory..pasti kita akan membuka buku tebal Engineer kita..

Terlupa formula reaction antara Polypeptide dan enzyme trypsin ? Buka sahaja buku Biochemistry yang tebal itu =) ..

Apabila kita tidak mengetahui sesuatu..dengan segera kita akan cuba mencari sumber rujukan..

Bagaimana dengan hakikat diri kita semua ? Kalau kita tak tahu..kita nak rujuk mana ?

Ya..benar, rujuklah kepada Yang Menciptakan kita..yakni melalui kitab Al-Quran yang dibawa utusan-Nya..

Inilah dia satu-satunya kitab yang mampu menjelaskan perkara2 yang tidak tercapai oleh akal manusia..

Inilah dia kitab pertama yang sepatutnya dibuka dan dikaji oleh golongan 'thinking machine' tadi..

Dan inilah juga kitab yang selalu benar kita lupa untuk baca dan tadabbur (fahami) =( ..

Kalau kita sendiri tidak membacanya, bagaimanakah agaknya kita boleh mengaku betapa diri kita ini sudah tahu tujuan hidup dan cara2 untuk memenuhinya ?

Insya Allah..pasti ramai daripada kita sudah tahu ayat Al-Quran yang menceritakan secara jelas tentang tujuan hidup manusia di muka bumi ini..

' Dan tidak Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku ' (Az-Zariyat 51:56)

' Ingatlah ketika Tuhan-Mu berfirman kepada para malaikat ; " Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. " Mereka berkata ; " Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dan memuji Engkau dan Mensucikan Engkau ?. Tuhan berfirman; " Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui" (Al-Baqarah 2:30)

Beribadah kepada Allah dan juga menjadi khalifah-Nya di muka bumi ini...itulah dia tujuan hidup mulia yang telah Allah kurniakan kepada para manusia keseluruhannya..

Rata-rata daripada kita sudah tahu tentang tujuan hidup kita..oleh sebab itu persoalan utama yang wajar kita tanya pada saat ini sebenarnya bukanlah apa tujuan hidup kita..tetapi apa yang telah kita lakukan untuk memenuhi tujuan hidup tadi ?

Kerana percaya atau tidak..kita tidak pernah mempunyai masalah dalam mengumpul 'tahu' .. tetapi kita sering bermasalah besar dalam 'faham' dan 'buat' =( ..

Kalau ingin diceritakan tentang 'tahu', rasanya hampir semua kita mendapat keputusan yang bagus dalam subjek pendidikan Agama Islam..

Tetapi, bagaimana dengan 'faham' dan 'buat' kita ? Adakah ianya parallel dengan 'tahu' yang telah kita ada ?

Kita ambil contoh Sumayyah ataupun mana2 insan yang awal2 menganut Islam di Mekah dahulu..rasanya kalau ingin dibandingkan 'tahu' kita tentang Islam dengan Sumayyah..sudah tentu kita lebih banyak 'tahu'..apa tidaknya, ketika Sumayyah mati syahid, ayat2 Al-Quran masih banyak lagi belum diturunkan, syariat2 Islam juga masih banyak lagi belum diperkenalkan..arahan untuk memakai tudung itu sendiri diturunkan hanya selepas hijrahnya Rasulullah SAW ke Madinah..ibadah yang ada pada ketika itu hanyalah solat sahaja..

Tetapi bagaimana Sumayyah boleh tetap memegang akidah Islam meskipun tombak itu sudah berada di hadapan matanya ?

Bagaimana dirinya boleh menjadi sangat2 hebat dan mantap dalam menolak kebatilan ?

Bukan itu sahaja..Sumayyah juga tidak sempat melihat sama ada Islam itu kelak akan menang dan menguasai 2/3 dunia atau tidak..tetapi atas dasar 'faham' dan yakinnya kepada ajaran yang dibawa Rasulullah SAW..tetap juga ditabahkan hati yang kuat itu..

Bagaimana pula dengan diri kita yang telah mempelajari sendiri tentang sejarah2 kemenangan pejuang Islam yang pernah memegang Ustaziyatul Alam suatu masa dahulu ?

Kenapa Sumayyah yang tidak 'tahu' banyak itu boleh menjadi lebih hebat daripada kita yang sudah mampu melihat sendiri kesempurnaan elemen2 Islam yang lengkap lagi melengkapi ini ?

Kesemuanya tidak lain, disebabkan oleh diri kita yang degil dan selalu malas untuk mendalami ad-deen yang indah ini =(

Apa yang kita tahu..Islam ini hanya solat, puasa, zakat dan kalau banyak duit, pergi naikkan haji..tetapi elemen2 Islam yang lain kita pinggirkan daripada kehidupan kita =(

Tidak perlu melihat insan2 lain, lihat sahaja kepada diri kita sendiri yang masih boleh bergelak ketawa dan tidak henti bermain-main..

Lihat sahaja kepada apa yang kita taip dan bincangkan di Facebook dan YM kita..tidakkah kita malu mengaku sebagai umat Rasulullah SAW ? Sedangkan dalam masa yang sama, sirah2 baginda ternyata jarang sekali kita baca dan dengar..berbeza dengan lagu2, drama dan filem barat/korea/Jepun/hindustan yang tidak pernah ada kesudahannya itu =( .. Apabila habis sahaja satu siri drama yang ini, maka datang pula drama yang itu...kesemuanya ini seolah-olah menjadi cycle dalam kehidupan kita..

Bangunlah kita daripada fana ini..tidakkah kita menyedari betapa Allah SWT telah meletakkan kita di zaman yang penuh moden ini sebagai pemimpin yang bisa menjadi contoh terbaek seorang Muslim..

Takkan jadi khalifah cemerlang kalau bukak Facebook dan taip blog post sahaja..kesemuanya perlu dibuktikan dengan tindakan dan amal..bukan hanya pada taip2 dan kata2 kosong =(

Buka dan bacalah Al-Quran itu berserta terjemahannya..ambillah seberapa banyak ibrah daripadanya..usahlah kita membuang masa lagi dengan segala macam perkara 'lagho' yang tidak menjamin kejayaan hidup kita ini..

Rakan2 pembaca semua..

Sesungguhnya menaip semua ini umpama menampar diri sendiri yang sememangnya selalu leka dan alpa dengan tujuan hidup sendiri =( .. kadangkala terlalu lalai sehinggakan terlupa untuk memenuhi masa dengan perkara2 yang boleh membangkitkan iman.. kalau rakan2 semua nampak diri ini sepertinya akan futur, tampar sahaja ek =( .. dan tegur je kalau ada apa2 yang tidak bercirikan islam langsung..saya tidak memerlukan penghargaan dan pujian, tetapi saya lebih mendambakan teguran, nasihat dan bimbingan yang membina =)

Insya Allah..rakan2 semua..mari kita sama2 'Shift Paradigms' kita dan berusaha membina Individu2 Muslim itu..marilah kita sama2 mengumpul 'tahu' dan membina 'faham' =)

Jzkk sudi baca post yg panjang ini..

Wassalam..

Shift_Paradigms #35 : Belum Tibakah Masanya ?



.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.

Sungguh..
Malam yang satu ini..
Terdampar bayu menusuk kalbu..
Membuah perindu di kala sunyi..
Oh..begitu tenang sentuhan sanubari

Satu per satu ungkapan terukir..
Mencari penghujung ketenangan abadi..
Hatta sang bunga datang tersenyum..
Hati menggigil girang mencari..

Namun begitu..
Di suatu sudut nun jauh kerdipannya..
Senario bertukar bagaikan saga..
Pandangan kabur nafas tersesak..
Yang jelas hanya gelap dan derita..

Apa khabar bayu di sana ?
Adakah riang disadur ketenangan malam ?

Apa khabar sang bunga yang indah ?
Bebaskah dirimu mekar dibedil rakus raksasa ?

Oh..Tunduk pandangan rebah ke bumi..
Jatuh menitis embun matamu..
Diangkat badan hatta terperi..
Berangkat membawa hati naluri..

Terpaku diri melihat ke atas..
Mencari ungkapan penutup nukilan..
Tatkala salju memecah sunyi..
Tersedar terhantuk realiti hakiki..

Aduh..
Tidaklah sama duka dan gembira..
Tidaklah sama lalai dan prihatin..
Tidaklah sama tangisan dan ketawa..

Tatkala bumimu bergelar PALESTIN !

- Hazim, 05/4/2011 , 10.54 p.m -

Salam Mahabbah Fillah..

Suatu hari yang cerah..Abu sedang berjalan2 di ladang kelapa sawitnya..dia gembira melihat buah2 kelapa sawit yang sedang ranum dan sedia untuk diambil esok hari..Tiba2, dia terdengar jeritan orang meminta tolong..

" Tolong...Tolong..Tolong !! "

Abu mencari-cari sumber suara tadi..sehinggalah dia terkejut apabila melihat seekor ular sawa yang besar sedang membelit salah seorang daripada pekerja ladangnya..

" Pak Abu..tolong saya Pak Abu !! Ular nie xnk lepaskan saya "

Abu terpaku sebentar..kemudian dia bersuara ;

" Celaka punya ular sawa !! Lepaskan pekerja aku.. Tak guna punya binatang !! "

Namun begitu..Abu masih berdiri di situ tanpa melakukan apa2 untuk membantu pekerjanya yang hampir2 tidak mampu bernafas lagi..

" Eh..Pak Abu ? Tolong saya cepat !! Tolong lepaskan saya =( "

" Kurang asam punya ular !! Lepaskanlah dia oii !! "

Kali ini suara Abu makin tinggi, air muka dia juga berkerut..tetapi dia masih tercegat di situ..tidak melakukan apa2 untuk menolong pekerjanya...sehinggalah pekerja tadi mati..

Abu pun menangis teresak-esak kerana kehilangan pekerjanya yang paling rajin..selepas penat menangis..dia pun berjalan semula ke ladangnya..kembali berkhayal tentang pulangan yang dia akan dapat daripada kelapa2 sawitnya, seolah-olah peristiwa kematian pekerja tadi tidak pernah langsung berlaku..

Rakan2 pembaca semua..

Mengapa agaknya saya menceritakan tentang satu analogi rekaan pelik tentang Abu, ular dan pekerjanya ini ?

Kalau diamati betul2..kisah ini seolah-olah tidak berasas langsung..bukankah pekerja tadi merupakan seseorang yang sangat bernilai kepada Abu..tetapi mengapa dia biarkan sahaja dirinya mati dibelit ular sawa ? Kemudian apa yang Abu buat pula hanya menjerit, memaki dan memekik dengan tinggi kepada ular tersebut..

Bukan itu sahaja, boleh pula dia berkhayal semula tentang hasil ladangnya walaupun selepas dah menangis melihat pekerjanya yang mati..

" Uh..busuk sungguh hati Abu..memang x berperikemanusiaan langsung "

Ya..benar, sangat tidak berperikemanusiaan..

Tetapi kadangkala kita lupa dan x sedar, betapa kita juga sama seperti 'Abu' tadi =(

Tatkala membaca, mendengar atau menonton kisah2 benar penderitaan rakyat Palestin..kita mengaku betapa kita selalu benar berasa sedih dan bersimpati dengan nasib mereka..sudahlah dihalau dari rumah, mereka kini umpama pendatang di negara sendiri..dibuat pula tembok besar sebagai pemisah..kesemuanya tidak lain tidak bukan, hasil bedilan tentera Zionis yang kejam..

Maka, di sebalik kesedihan itu, kita pun selitkan kata2 kesat, makian dan umpatan yang kadangkala melampaui batas kepada sang penjajah Zionis..

" Celaka..Kurang ajar..Binatang !! "

Bukankah ayat2 ini yang selalu benar keluar daripada lidah yang lembut itu ?

Bukankah perkataan2 seumpama ini yang selalu menghiasi komen2 video kekejaman Zionis di YouTube itu ?

Bukankah ungkapan2 ini juga yang selalu sahaja menjadi madah pertama yang kita keluarkan tatkala bercerita tentang Zionis dan kekejaman mereka ?

Kadangkala tanpa kita sedari..kita lebih banyak menceritakan tentang kekejaman dan kerakusan mereka daripada menghayati sendiri penderitaan rakyat2 Palestin yang saban hari bertarung dengan nyawa sendiri..

Sewaktu masih kecil, kita hanya mampu berimaginasi untuk 'main tembak2' dengan penjahat..tetapi bukan anak2 mereka..sejak dari merangkak lagi, sehinggalah mampu berjalan,..mereka tahu betapa kerongsong2 peluru yang bertebaran di jalan raya itu menjadi bukti betapa bunyi das tembakan semalam itu bukanlah mainan mimpi tidur..

Begitu juga dengan ibu yang bangun paginya disambut dengan berita kematian suami..siapa sangka ucapan kasih dan sayang sebelum keluar dari rumah malam tadi merupakan ucapan terakhir daripada suaminya..

Tidaklah terbayang akan diri kita betapa peritnya penderitaan yang mereka alami..

Tidaklah tercapai ketabahan hati yang mantap seperti mereka..

Dan tidaklah tertahan air mata melihat kehidupan mereka yang penuh ujian..

Tetapi acap kali kita menonton semua itu hanya dengan tangisan dan gelengan kepala..reaksi yang benar2 sama sebagaimana ketika menonton berita pembuangan bayi di TV yang tidak berkesudahan..Itulah kita, kesedihan yang selalu tidak ada penyusulan =( ..

Rakan2 pembaca semua..

Belum Tibakah Masanya ??

Belum tibakah masanya untuk kita berhenti mensia-siakan titisan air mata itu ?

Belum tibakah masanya untuk kita bangkit mencari solusi sebenar kepada permasalahan umat yang kian tenat ini ?

Bukankah kita beriman dengan ayat Al-Quran ; 'Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara ' (Al-Hujurat:10) ?

Bagaimana dengan Hadis Nabi : ' Tidak beriman salah seorang daripada kamu hingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri ' (Riwayat Bukhari Muslim) ?

Takkanlah Ayat2 Al-Quran dan hadis ini hanya dijadikan status FB semata-mata ?

Takkanlah kesemuanya ini hanya dijadikan dalil untuk menyokong statement2 tertentu sahaja ?

Oh...Rakan2 semua, bangunlah kita daripada ilusi 'kesedaran palsu' ini =(

Belum tibakah masanya untuk kita menyedari hakikat kesedaran yang menyedarkan ?

Belum sampaikah kepada kita kisah2 pejuang Islam terdahulu yang benar2 utuh ukhuwah persaudaraan mereka ?

Sedangkan pada saat dan ketika ini, ada sahaja anak kecil yang baru kehilangan ibu-bapa mereka di sana..ada sahaja tubuh saudara kita yang jatuh rebah menghadap bumi..tetapi kita pula sedang bergelak ketawa, berjenaka sambil sibuk 'stalking' FB orang laen ?

Di mana bukti persaudaraan kita ya Akhi / Ukhti =( ?

Dengan berbalas komen di FB ? Twitter dan sebagainya =( ? Saudara yang jauh di sana ntah kenal atau tidak kepada semua perkara2 yang kerap melalaikan kita itu =( ..

Tetapi apa yang kita buat ?

Menanti Umar Al-Khattab atau Salahuddin untuk keluar dari kubur mereka dan membantu kita =( ?

Oh..usahlah kita bermimpi lagi..

Belum tibakah masanya ?

Belum tibakah masanya untuk kita sama2 menyedari akan kepentingan mengamalkan Islam yang sebenar ?

Belum tibakah masanya untuk kita membangunkan Islam itu dalam diri kita semua ?

Usahlah dibuangkan masa mencaci dan memaki kegelapan..kenapa tidak kita sendiri bangkit dan menyalakan lilin yang satu itu ?

Lilin yang bahannya dibuat dengan asas-asas Individu Muslim sejati...kekal cerah hatta dibakar dan diuji dengan segala macam cubaan..

Ya Akhi .. Ya Ukhti..

Allah SWT itu Maha Besar dan Maha Berkuasa..Dia boleh sahaja memenangkan agama-Nya di bumi ini tanpa bantuan seorang Muslim pun..Dia boleh sahaja sekelip mata melenyapkan semua tentera2 Zionis yang menduduki Palestin pada saat ini..tetapi bukan itu Sunnahtullah..Bukan begitu cara Dia mentadbir alam ini..

Kita tahu dan yakini betapa janji Allah itu pasti. Maka, kemenangan Islam itu juga suatu yang pasti..

Ya..sama ada bersama ataupun tanpa kita ..ad-deen Allah ini tetap akan menemui piala kemenangannya..

Oleh itu..Tidakkah kita menyedari hakikat betapa Allah SWT sedang memberi kita peluang untuk menjadi pendukung kepada kejayaan itu kelak ?

Umar dan Salahuddin telah mendukung perjuangan tersebut..Maka, belum tibakah masanya untuk giliran kita pula ?

Atau..

Kita hanya ingin menjadi golongan yang gembira bertepuk tangan menonton kejayaan umat Islam kelak =( ? Sedangkan dalam masa yang sama, kita masih lalai dalam membangunkan Islam dalam diri masing2..

Rakan2 pembaca semua..

Usahlah berbicara tentang mengangkt senjata mahupun pedang, sekiranya Al-Quran itu sendiri seolah-olah tidak mampu kita angkat dan baca =(

Usahlah dibasahi lagi lidah itu dengan kata2 kesat kepada sang Zionis yang zalim, sedangkn zikir2 menyebut nama Allah SWT itu jarang pula kita lakukan ..

Usahlah dibazirkan lagi titisan air mata itu, sekiranya tidak ada penyusulan yang ingin kita lakukan selepasnya =(

Belum Tibakah Masanya ?

Belum Tibakah Masanya ??

Belum Tibakah Masanya !!!!???

.................................

" Palestin Kita Punya "

" Palestin : Keimanan & Persaudaraan "

" Palestin Kami Peduli "

3 PKP mantap yang diperkenalkan oleh PPIM-Moscow =) ..

Bagi pembaca yang menuntut di Moscow..Janganlah kita sia-siakan peluang untuk menyertai Program Aqsa Syarif Europe Tour Moscow ini.. sesungguhnya program seumpama inilah yang kita perlukan untuk lebih menyedari dan menghayati keperitan hidup saudara yang kita cintai itu..

Sesungguhnya tidak ramai yang mempunyai semangat utuh seperti brothers/sisters yang tidak henti2 mempromosikan kempen dan program ini..sertailah dan hargailah pengorbanan serta kesanggupan mereka untuk menjayakan program ini ^_^

Rakan2 pembaca semua...

Insya Allah, sama2 kita " Shift Paradigms " kita ye ^_^ , yakinilah betapa suatu masa nnt, bumi Palestin itu pasti akan bebas..cuma persoalannya ; adakah kita ingin duduk menghadap facebook itu sahaja ? Atau mula menghadap Al-Quran yang di dalamnya penuh dengan formula2 untuk membina individu Muslim sejati =) ..

Sama2 kita berusaha dan muhasabah..insya Allah ^_^ ..

Wassalam ~

ShareThis

Related Posts with Thumbnails