" Tidaklah mungkin bagi matahari mengejar bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Masing2-masing beredar pada garis edarnya " (Yasin 36:40)
Setiap benda yg Allah ciptakan di muka bumi ini sentiasa 'berputar' dalam satu paksi fitrah mereka yg tersendiri,..Bukan sahaja bulan dan matahari..tetapi kesemua ciptaan Allah itu pasti mempunyai arus jalinan fitrah masing2..seperti tumbuh2an hijau yang fitrahnya tumbuh secara menjalar, pasti akan tumbuh menjalar juga...pokok betik yg fitrahnya mengeluarkan buah betik, pasti akan menghasilkn buat betik, jarang sekali mengeluarkan buah kelapa..apakan lg buah epal...kesemuanya menjalani satu 'cycle' kehidupan yg berlandaskan fitrah masing2..mereka x pernah engkar dgn fitrah tersebut...pernahkah agaknya kita terlihat pokok pisang terhasil drp biji durian ? sudah tentu tidak, bukan ? ! ..
Bagaimana pula dengan binatang ?...Allah SWT dengan sifatnya yang Maha Bijaksana telah menciptakan binatang dengan pelbagai bentuk dan rupa...ada yg berkaki dua, ada yg berkaki empat...ada yg bertaring dan ada yang bertanduk...setiap penciptaan Allah itu datang dengan hikmahnya yg tersendiri...cuba kita lihat bagaimana binatang2 ini hidup...yg bergelar 'kucing' , menjadi fitrahnya untuk mengiau, jarang sekali mengembek...yg bergelar 'kerbau' pula, menjadi fitrahnya untuk tinggal dalam lopak, bukannya di resort atau inn...yg herbivor menjadi fitrahnya untuk memakan tumbuhan, bukannya daging..pernahkah agaknya kita terlihat seekor lembu memakan KFC ? Tentu sahaja tidak, bukan ? Kesemua haiwan di dunia ini hidup dalam 'cycle' mereka yg tersendiri..mereka patuh kepada fitrah kejadian mereka, meskipun tidak berakal...
Namun begitu, cuba kita renungkan pula keadaan kita sebagai manusia yg dikurniakan akal untuk berfikir...dikurniakan mata yg boleh melihat, tangan yg boleh menaip, dan telinga yg boleh mendengar...tetapi sejauh manakah kita mengikut 'cycle' fitrah yg telah Allah tetapkan utk kita ? Kita tahu fitrah sebenar seorang hamba muslim itu adalah untuk beribadat kepada Allah dan menjadi khalifah di muka bumi ini...namun mengapa kita masih terleka, lalai dan lupa kepada fitrah sendiri ? Kita sentiasa ada masa untuk mengejar fatamorgana dunia, tp kita selalu xda masa untuk mengejar realiti akhirat.. Kita selalu je ada tenaga untuk menyanyi dan gelak ketawa...tp kita selalu xda kekuatan utk beramal di jalan Allah...layakkah sebenarnya kita menggelarkan diri kita sebagai 'manusia' yg sebenar ? Sedangkan haiwan dan tumbuhan semua mengikut 'cycle' fitrah mereka..mengapa tidak kita yg berakal ini ?
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku.” (Surah Adh Dhariyat – [51:56])
Insya Allah, bersama2lah kita 'Shift Paradigms' masing2...menghalakannya 'straight' ke arah pandangan Islam yg sebenar, yakni untuk menjadi 'manusia' yg sejati...manusia yg diredhai Allah SWT...dan manusia yg mengharap hanya kepada-Nya..diri ini jg sering kali leka dan lalai terhadap tanggungjawab tersebut, maka jadikanlah amalan saling mengingati itu, amalan kita semua ^_^ ..
" Maka apakah kamu mengira kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami ?. Maka Maha Tinggi Allah, Raja yang sebenarnya; tidak ada tuhan (yang berhak disembah) selain dia, Tuhan yang memiliki A'rasy yang mulia (Al-Mu'minun 23 : 115-116) "
3 comments:
salam wrt.
such a nice post to read. thank you very much. semoga pahala dari-Nya bagi kamu. may Allah bless
:) salam aidiladha
betul3x.. manusia yang berakal seringkali engkar dgn cycle fitrah sedangkan haiwan yang tidak berakal itu patuh.. dimanakah kedudukan kita sebenarnya????
itulah antara persoalan yg agak baek utk kita tny kepada diri kita sndiri...insya Allah, mudah2an Allah permudahkan jalan kita ke arah-Nya.. ^_^
Post a Comment