KepadaNya kembali segala urusan..Dan hanya kepadaNyalah kita berharap dan berdoa..Maka, mengapakah masih ada antara kita yang berharap kepada selainNya ? Sedangkan 'selainNya' itu sendiri mendapat kudrat dan kebolehan daripada yang Maha Agung..yang Maha Besar..yakni Allah yang satu..
Salam Mahabbah Fillah..
Alhamdulillah..segala puji kepada Allah SWT yang tidak pernah henti2 melimpahkan rezeki dan nikmatNya kepada diri kita..sentiasa berada dekat dengan diri kita..malah lebih dekat daripada 'jugular vein' kita sendiri...cuma diri kita yang kadangkala jauh daripada diriNya..meninggalkan suruhanNya sama ada dalam sedar ataupun leka..
Dan diriNya jualah yang telah mengurniakan kita seorang insan yang paling terbaik di dunia ini..membawa umat Islam keluar daripada kepompong kegelapan.. dan dengan kekuatan dan ketabahannya yang tidak pernah utuh itu, baginda menjadi pen-shifter 'paradigms' yang paling terbaik di dunia fana ini..
Dan tidaklah kami mengutuskan engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam (Al-Anbiya 21:107)
Kehadirannya menjadi permulaan kepada suatu pengakhiran..
Pengakhiran kepada jalan2 jahiliyyah...Permulaan kepada pembukaan lorong2 keimanan..
Pengakhiran kepada perlumbaan mengejar harta2 dunia..kepada perlumbaan mengerjakan kebaikan..
Dan pengakhiran kepada penghambaan diri terhadap manusia..kepada permulaan penghambaan diri kepada Allah yang Maha Pengasih..
Alhamdulillah..
Bersyukurlah kita kerana mendapat cahaya hidayah Allah itu...Bersyukurlah kerana masih dapat mendengar saranan dan kata-kata Rasulullah yang penuh bermakna...meskipun kadangkala kitalah hamba Allah yang berpaling kepada semuanya..
Rakan2 pembaca semua,
' I Love Rasulullah SAW '
' We Love Rasulullah SAW '
Demikianlah kalimah2 cinta yang kita ungkapkan daripada bibir2 kita..suatu kalimah yang sebenarnya agak tinggi maknanya sekiranya diungkapkan kepada orang lain..kerana setiap kata2 kita perlulah diselangi dengan perbuatan..seperti apa yang telah Allah firmankan dalam Surah As-Saff ayat 2 dan 3 :
" Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu cakap tetapi tidak buat. Amat besar kebencian Allah jika kamu mengatakan sesuatu tetapi tidak melakukannya " (As-Saff 61:2-3)
Apakah bukti kita cinta dan sayang kepada ibu bapa kita ? Insya Allah..sudah tentu kita bertekad nak balas jasa mereka yang tidak terkira..mematuhi segala arahan mereka dan berusaha bersungguh-sungguh untuk penuhi segala impian mereka..kerana kita sayang kepada mereka..kita cintakan mereka..maka usaha, pengorbanan, dan kepatuhan kita kepada mereka itulah yang menjadi bukti cinta kita kepada mereka..
Maka, bagaimana pula dengan kecintaan dan kerinduan kita kepada Rasulullah SAW ?
Cukupkah dengan sekadar mengatakan ' WE LOVE RASULULLAH SAW !!! ' ?? Sedangkan suruhan dan laranganNya tidak pernah kita endahkan..Sunnah2nya tidak pula kita amalkan..dan mulut kita begitu berat sekali ingin mengucapkan selawat ke atas baginda..
Atau cukupkah dengan sekadar mengangkat sepanduk dan membuat perbarisan di tengah padang ?? Sedangkan hadis2nya tidak pernah pula kita kaji..Kita yakin yang sekiranya kita tidak berpegang kepada dua benda yang baginda tinggalkan yakni Alquran dan As-Sunnah, kita sudah tentu akan sesat..
Maka, tidakkah kita sesat :( ??
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Nama siapakah yang kita selalu sebut2kan dalam kehidupan seharian kita ? Diri siapakah yang kita harapkan untuk temui dalam mimpi2 kita ? Dan insan manakah yang selalu kita rindui sehingga tertulis2 tentang dirinya di status YM dan FB kita ?
Allahu A'lam..
Inilah 'paradigm' kita yang seringkali tersalah..kita seolah-olah yakin yang dengan solat dan puasa yang kita buat itu..sudah cukup untuk meletakkan diri kita bersama-sama dengan kekasih Allah itu pada hari akhirat..
Ustaz Hasrizal pernah berkata dalam ceramahnya dahulu..
Siapakah yang akan berada di syurga2 Allah kelak ?
Rasulullah SAW , para sahabat dan mujahideen bukan ? Siapakah mereka ?
Insan2 yang luar biasa, bukan ?
Maka, untuk berada bersama-sama dengan mereka kelak..kita tidak lain perlulah menjadi insan2 yang 'luar biasa' juga..
Yang tidak meletakkan keimanan dan ibadah kepada solat dan puasa sahaja..tetapi Ta'limul Islam Wal Hikmah .. yakni menjadikan Islam sebagai cara hidup..cara kerja..cara tidur..cara bersosial..dan insya Allah..cara 'meninggalkan dunia ini' kelak..
Tegakkanlah Islam itu dalam dirimu..meskipun dunia sekelilingmu sendiri sedang mendustakannya..
Diri ini juga kadangkala terkilan..memikirkan bagaimanakah untuk mendapat status 'luar biasa' itu, sedangkan dalam masa yang sama..diri ini juga.. dalam tidak sedar melakukan dosa di jalanNya :( .. Ya Allah, ampunilah hambaMu yang lemah dan hina ini..Kurniakanlah kekuatan dan ketabahan untuk tsabbat di jalanMu yang penuh berliku ini ya Allah..
Rakan2 pembaca..
Allah SWT telah berfirman dalam kitab suciNya :
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingat Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)." (Al-Ahzab 33:21)
Tentu kita pernah terdengar tentang The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History ( Michael H. Hart) yang meletakkan Rasulullah SAW sebagai insan yang paling teratas sekali..
Adakah ketika saat Michael Hart membuat ranking tersebut terdapat seorang Muslim yang sedang menghunuskan pedang atau mengacu AK-47 di kepalanya ? Mengancam dan memaksanya untuk memilih Rasulullah sebagai insan teratas dalam 'list' tersebut ? Tidak..sudah tentu tidak..sedangkan seorang bukan Muslim dapat melihat keindahan dan kejayaan Rasulullah sebagai seorang yang " active as a social reformer, diplomat, merchant, philosopher, orator, legislator, military leader and a husband ".. Bagaimana pula dengan kita ? yang tidak pernah pun kadang2 terdetik di hati untuk mengkaji sirah2 Rasulullah yang dalamnya terkandung pelbagai teladan yang baik untuk kita semua..
Bolehkah kita mengaku kita cintakan Rasulullah ? Rindukan Rasulullah ? Sedangkan sudah jelas dan terang kita sedang menipu diri sendiri :( .. Maka kalimah cinta apakah yang kita ungkapkan di bibir2 kita ?
Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. (Ali-Imran 3:31).
Ayuh rakan2 pembaca semua..kita buanglah 'paradigm' kita yang silap ini..berhentilah daripada sekadar menjadi insan 'biasa-biasa' sahaja..Rasulullah SAW begitu rindu akan kita, yakni umatnya yang masih melaksanakan sunnah2nya, tatkala dunia sedang melupakannya.. janganlah sia-siakan tangisan Rasulullah yang tidak pernah berhenti memikirkan umatnya,
" Ummati...Ummati..Ummati .." ..
Walaupun Izrail sedang berada di depan matanya..dan jibril sedang menjemputnya untuk berada bersama-sama dengan mereka..dirinya masih lagi memikirkan perihal umatnya yang pada masa kini pula, sedang melupakannya.. Ya Allah, umat apakah kita ini :( ??
Rakan2 pembaca yang dirahmati Allah SWT semua,
Di sebalik kerinduan itu..
Di sebalik kecintaan itu..
Dan di sebalik kalimah agung itu..
Selangilah segala2nya dengan perbuatan..dengan amalan..dengan ketakwaan kepada Allah SWT dan pengamalan al-hikmah Rasulullah SAW..Insya Allah, mudah2an kita ditempatkan bersama-sama dengan Rasulullah kelak..melihat wajahnya yang menenangkan..dan mendengar kalimah2 agungnya yang indah..insya Allah..
'Shift Our Iman'
'Shift Our Takwa'
'Shift Our Paradigms !!'
' We Love U Ya Rasulullah ' ^_^
p/s - Salam Maulidur Rasul 1431 H / 2010 M...
10 comments:
You made me cry, again.
But its not a bad thing.
Jzzk Hazim.
La tahzan ya ukhti..
Alhamdulillah...Allah masih sygkan wan..masih sayangkan kita semua..insya Allah, marilah kita sama2 revive kan fikrah islam dalam diri kita semua..insya Allah wan.. ^_^
mmg sdg sesat...
skrg sunnah kena narrowed down ke tmpat yg salah..
poligami..makan..semata2...tnpa memikirkan sunnah terbesar..yakni dakwah..
sedang dalam amalan dakwah juga org sibuk nak menokok tmbah tnpa memikirkan yang akar dan asas...kena banyak istighfar ni..
truskan berjuang sahabat...
Subhanallah..
Selawat dn salam sntiasa utk baginda, Muhammad b. Abdullah..
Ya Allah,
Sampaikanlah cintaku kepada kekasihMu,
Perjuangan baginda, kerendahan hati baginda...
Sungguh, sangat mulia sosok tubuh yang Engkau ciptakan ini.
Ya Allah,
Sampaikanlah selawat dan salamku ke atas rasulMu,
Bantulah daku beramal dengan pesan-pesan baginda, menghidupkan sunnah-sunnah baginda..
Agar cintaku padanya tidak hanya pada kata-kata semata.
Ya Allah,
Sampaikanlah penghormatanku yang tertinggi buat hambaMu itu,
Tingkatkanlah rinduku pada baginda, redhoilah kasihku pada baginda..
Semoga kelak dapat kutemunya di akhirat sana.
Buat kita sema.. InshaAllah.. =)
salam alaika
sejahtera lah jasad yang telah bersusah payah untuk kita,
sejahteralah jasad yang gerahamnya patah kerana kita,
sejahterahlah jasad yang luka kakinya kerana kita,
sejahteralah jasad yang menahan darah di pipinya dari jatuh ke bumi demi rahmat untuk kita,
sejahteralah jasad yang telah bersusah payah agar kita merasa nikmat iman dan islam,
sejahteralah jasad yang perutnya diikat menahan kelaparan tanda syukur kepadaNya,
Salam sejahtera buat Rasulullah, murobbi agung umat semesta alam.
alhamdulillah..nk ckp tq kt antum suma..jzkk ^_^ .. insya Allah, mudah2an Allah letakkan kita di sisi Rasulullah kelak :) ..
Selamat berjuang sahabat2 semua ^_^ ..
salam alayk~
wah, makin hebat dlm penulisan. dh boleh jd pengarang buku :)
semoga tsabat dlm perjuangan..
Salam wbt,
Nice post akh!
Moga kita terus mengidolakan Rasulullah dalam 24jam hidup kita hari-hari...
salam ukhwah fillah ya akhi awe..
jzkk..x sabar nk g umah anta 8 mac nie nnt..hehe..moga2 dpt sumting yang 'besar' kt sana..insya Allah ^_^ ..
salam, kembali kepada Allah itulah sebaik baik jalan. Hargai nikamt yang dia kurniakan kepada kita yakni nikmat iman dan islam although famili kita jahil agama. kita yang akan membawa mereka kepada Ilah yang sebenar. Rasul itu di utus sebagai penyempurna akhlak manusia. bersyukurlah kita kerana menjadi pilihanNya untuk merenung nikmatNya dari sudut pandang yang berbeza dengan manusia yang lain. bersyukurlah kita kerana menjadi pilihanNya untuk mempunyai hati yang gelisah tentang umat. Bersyukurlah kita menjadi pilihanNya. Pemilik Cinta Yang Terindah. Allah Azzawajallah. Salam perjuangan akhi! masuklah kamu kedalam Islam secara Kaffah [2:208].
generasi Islam pada masa ini bercampur baur ajarannya-syed qutb, petunjuk sepanjang jalan-
Post a Comment