::..|_ Paradigm Shift _|..::

" … Only in the remembrance of Allah do heart find peace. (Ar-Ra'd, 13:28) "

Paradigm_Shift #43 : Di Sebalik Kehilangan Itu (Bhg. 2)



.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.


" Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang yang sabar " (Al-Baqarah 2:155)

Ramai antara kita selalu berkata ;

" Pasti ada hikmahnya berlaku semua tue "

Kadangkala kita terlalu kerap mengatakan tentang hikmah dan ibrah, sehinggakan ianya menjadi sesuatu yang 'cliche' untuk dikatakan kepada rakan2 kita yang sedang berada dalam kesusahan.

Hakikatnya, hampir semua perkara yang berlaku di sekeliling kita pada saat ini ada ibrah dan hikmahnya.

Ada hikmah kenapa kita dikurniakan akal dan pemikiran~

Ada ibrah di sebalik ciptaan kita yang sangat kompleks dan hebat~

Dan ada juga hikmahnya kenapa kita wujud pada zaman ini, dan bukannya pada zaman yang sebelumnya~

Hikmah dan ibrah itu wujud dalam segala perkara yang berlaku. Apa yang selalunya tidak wujud adalah kesanggupan kita untuk memproses dan menganalisis semua 'information' tersebut.

Wallahu A'lam~

" Di Sebalik Kehilangan Itu (Bhg. 2) "

" Waaa, last batch ubat ! Selepas nie habis dah xyah makan lagi ubat yang berlambak nie "

Rasa sangat gembira pada ketika itu. Alhamdulillah, akhirnya rawatan selama 6 bulan itu pun tamat dengan sempurna. X sabar rasanya nk pergi hospital pada hari tersebut untuk pemeriksaan terakhir.

" Jim, jom g hospital cepat ", ajak ibu sambil tersenyum.

" Ok, Ma ! "

Sejak 6 bulan yang lalu, ibu tidak pernah bosan nak bawak anaknya yang sorng nie pg hospital setiap hari dan setiap minggu untuk mengambil ubat dan 'medical check-up' . Senyuman ibu pada hari itu agak berlainan sedikit. Ibu kelihatan lebih ceria dan gembira.

Tidak sangka akhirnya tamat pun rawatan. Setibanya sahaja giliran kami untuk memasuki bilik doktor.

" Ok, Hazim, tamat sudah rawatan, ndak(tidak) payah lagi makan ubat2 nie ah. Boleh sudah nie pigi maen2 di luar " (doktor loghat sabah)

Wahh..Rasa sangat lega pada saat itu. Alhamdulillah, tidak perlu lagi makan berbelas-belas jenis ubat yang pahit itu ! Hehe . Ibu hanya tersenyum melihat reaksi diri ini pada ketika itu.

Pada saat itu, saya menyangkakan seolah-olah kononnya ujian 6 bulan tersebut telah tamat. 

Kadangkala kita sebagai manusia selalu alpa dan leka betapa Allah SWT itu Maha Hebat dalam percaturan-Nya. Tidaklah ada walau satu pun aturan-Nya itu yang tidak berkait antara satu dengan yang lain.

Masih segar dalam ingatan. Pada ketika itu baru sahaja selang seminggu selepas tamat rawatan.

Ibu mula mengadu sakit2 kepala. Ibu juga seringkali letih dan tertidur selepas membuat apa2 kerja. Apabila ditanya sama ada ibu sihat atau tidak, ibu hanya tersenyum mengatakan dirinya sihat dan hanya sakit kepala sedikit. Ibu juga enggan untuk ke hospital atau klinik apabila diajak.

Keadaan ibu mula menjadi teruk apabila ibu mula muntah2 kerana pening dan sakit kepala yang semakin kuat.Namun begitu, hal itu tidak pernah menghalang ibu untuk terus menjadi ibu kepada kami semua. Ibu tidak pernah lupa untuk menyediakan makan tengah hari dan malam hatta sakitnya mula menjadi teruk.

Kari ayam dan daging ibu pada minggu itu tidak ada bezanya dengan kari yang dimasak ibu pada bulan dan tahun sebelumnya. Kedua-duanya tetap sedap sehingga ayah dan sy pasti akan mengambil lagi nasi lebih. Tidak ada yang mampu untuk menandingi masakan kampung ibu.

Namun begitu, hal itu masih tidak mampu untuk menutup hakikat bahawa keadaan ibu sudah semakin teruk. Sehinggalah tibanya hari apabila ramai saudara-mara datang semata-mata untuk memaksa ibu untuk ke hospital. Ibu tetap berkeras x nak ke hospital. Selepas dipujuk oleh kakak, abang dan adik ibu, barulah ibu bersetuju ke hospital kerana tidak mampu untuk melihat air mata adik-beradik dan anak2nya.

Selepas doktor membuat pemeriksaan terhadap ibu, doktor mengambil keputusan untuk menghantar ibu ke hospital di Kota Kinabalu kerana tahap kesihatannya yang mula merudum dan kritikal. Saya masih ingat perasaan risau dan tidak sedap hati yang ada dalam diri saya dan adik2 yang lain apabila kami mengekori kereta ambulans dari belakang.

Suasana dalam kereta yang selalunya riuh dengan gelak tawa adik2 dan ibu kini menjadi suram dan senyap. Adik2 hanya menangis di dalam kereta tanpa henti. Saya sendiri tidak dapat menahan sebak memikirkan tentang keadaan ibu.

Setibanya kami di hospital, ibu dimasukkan ke dalam wad untuk pemeriksaan MRI , x-ray dan sebagainya. Alangkah terkejutnya kami apabila doktor mengesahkan bahawa ibu menghidap penyakit kanser otak tahap 4.

Saya sendiri seolah-olah tidak percaya dengan kenyataan doktor tersebut. Bukankah stage 4 itu stage yang paling kritikal, yakni cancer tersebut telah spread ke bahagian badan yang lain ? Saya masih ingat tatkala ayah menceritakan dialognya dengan doktor yang memeriksa keadaan ibu.

" Encik, berapa lama dah isteri encik kena penyakit nie ? Ada symptoms yang ketara x sebelum nie ? Nie kalau stage 4 nie selalunya orang lain kebiasaannya baring di katil berehat sahaja untuk berbulan-bulan kat rumah. Saya minta maaf encik, tapi tidak ada yang boleh kami lakukan pada saat ini ", ujar doktor tersebut.

Ayah terkejut mendengar statement doktor kerana baru sahaja pada 2 hari lepas, ibu masih lagi kuat untuk mengajar anak2 muridnya di sekolah. Bukan itu sahaja, ibu masih lagi mampu untuk membuat kerja rumah seperti memasak dan sebagainya. Oleh sebab itulah kami sekeluarga tidak menyangka keadaan ibu sudah seteruk itu.

Doktor memberikan peluang kepada kami semua untuk bersama-sama dengan ibu kerana pada bila2 masa sahaja, ibu bakal meninggalkan kami.

Rupa-rupanya selama ini ibu menyembunyikan penyakitnya daripada pengetahuan kami sekeluarga. Selama bertahun-tahun ibu menahan penyakitnya sehinggalah dia tidak mampu untuk menyembunyikannya lagi.

Ayah kata ibu tidak ingin menyusahkan kami sekeluarga. Ibu x nak kami bersusah-payah menjaga dirinya ketika sakit. Biarlah hanya dirinya yang menjaga dan membelai kami. Ibu x pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai ibu dan guru, hatta dirinya sudah dalam tahap kritikal sekalipun, anak2 dan murid2nya tetap menjadi prioriti. Itulah ibu kesayangan kami, kurniaan Allah yang paling hebat di dunia ini.

Terima kasih Allah kerana memberikan kami ibu yang penyayang dan prihatin. Ibu yang sentiasa meletakkan keluarga dan anak2nya lebih daripada dirinya sendiri.

Pada saat itu barulah realiti menghentam diri yang leka ini.

Allah memberikan penyakit paru2 kepada saya agar saya mempunyai masa yang panjang untuk bersama dengan ibu saya.

Rupa2nya, penyakit yg sy dapat di Moscow tersebut bukanlah 'musibah', tetapi 'anugerah' daripada Allah SWT. Pada 2 Julai tahun sebelumnya itu, rupa2nya saya telah mendapat 'hadiah' yang paling hebat di dunia ini. Allah telah memberikan kesempatan kepada diri ini untuk bersama dengan ibu 24/7 sehinggalah ibu nazak dan pergi meninggalkan kami.

Sekiranya saya sihat ketika balik Summer hari tue, sudah tentu saya masih berada di Moscow ketika ibu sedang nazak, menggelabah dan kelam-kabut menguruskan segala macam hal untuk pulang ke Malaysia dengan segera. Tetapi tidak, Allah telah mengaturkan segala2nya dari awal lagi, memberikan saya sebab untuk sentiasa bersama dengan ibu.

Ibu pergi hanya setelah mengetahui anaknya ini sihat daripada penyakit yang merisaukan hatinya.

Terima kasih ya Allah ~

Sebelum ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir, setiap seorang daripada kami dibenarkan untuk membisikkan kata2 terakhir dan mengucup dahi ibu.

" Terima kasih mama, insya Allah nanti kita jumpa lagi di 'sana' ya " , saya bisikkan ke telinga ibu lalu mengucup dahinya.

Ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan tenang.

Saya cuba menahan diri daripada bersedih dan redha dengan ketentuan Allah. Setiap yang bernyawa di dunia ini pasti akan mati untuk meneruskan perjalannya ke alam yang satu lagi. Umur, pangkat dan pencapaian kita di dunia ini sama sekali tidak akan memberikan apa2 perubahan kepada ketentuan Allah SWT.

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un (Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali).

Moga roh arwah ibu sentiasa tenang di sana.

Meskipun ibu tidak sempat untuk melihat anaknya berumahtangga dan menjadi seorang doktor insya Allah, ibu telah berjaya membuktikan betapa dirinya adalah bukti pengorbanan yang sejati. Kisah tentang arwah ibu sememangnya sesuatu yang pasti akn saya ceritakan kepada anak-anak dan cucu sekiranya berkesempatan kelak.

----------------------------------------------------------------------

Rakan2 pembaca semua,

Tidaklah Allah itu bermain dadu dalam percaturan-Nya.

Hidup kita ini tidak jauh bezanya seperti 1 set jigsaw-puzzle yang besar. Jigsaw puzzle yang kepingan2 gambarnya mungkin sebanyak 50, 500 ataupun 1000. Kesemuanya yang mana pada awalnya mungkin kelihatan berterabur dan tidak jelas di mata kita. Tetapi semakin banyak kepingan tersebut tersusun dengan cantik mengikut peredaran masa, semakin mudah untuk kita nampak 'the bigger picture' yang cuba Allah tunjukkan kepada kita. Setiap kepingan yang Allah susun buat tatapan kita ada ibrah dan hikmahnya.

Timing dan aturan kejadian-Nya sangat perfect dan teliti bersesuaian dengan setiap kepingan 'jigsaw puzzle' yang telah Dia berikan kepada kita. Hanya tinggal kepada diri kita sama ada ingin melihat dan meneliti kepingan2 tersebut dengan baik ataupun membiarkannya begitu sahaja.

Mungkin ada yang bertanya bagaimana saya boleh tiba2 bertukar universiti ke Sunway university, malah turut bertukar course dari medic ke psychology. Agak panjang sebenarnya kalau nak diceritakan kisahnya, tetapi ianya berkait rapat dengan penyakit yang saya ada sebelum ini. Meskipun saya sudah sihat sepenuhnya, tetapi doktor tetap melarang sy untuk meneruskan pengajian di Moscow yang cuacanya tidak menentu serta tidak cukup baik untuk kesihatan paru2 sy.

Mungkin sy tidak mampu untuk merawat tubuh manusia daripada penyakit, tetapi insya Allah sy akan berkesempatan untuk merawat sesuatu yang sama pentingnya dengan kesihatan manusia, yakni minda dan pemikiran manusia =) .

Terima kasih byk2 kerana sudi membaca nukilan yang panjang ini. Saya harap penulisan ini mampu menjawab beberapa pertanyaan yang sebelum ini tidak mampu saya jawab dengan teliti. Mudah2an para pembaca semua sentiasa sihat dan hebat dalam menjalani kehidupan kita sebagai khalifah di muka bumi ini.

Wallahu A'lam~

Wassalam~

Paradigm_Shift #42 : Di Sebalik Kehilangan Itu (Bhg. 1)




.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.

Pertama sekali, minta maaf byk2 kpd semua pembaca yang sebelum ini selalu mengikuti perkembangan blog yg x seberapa nie. Minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki kerana sy tidak sempat utk membuat ap2 update sejak 2 tahun lepas =( . Tidaklah perkara tersebut disengajakan, lebih2 lagi apabila saya langsung tidak pernah menceritakan ap2 tentang perkara tersebut secara 'public'.

Rasa sebak dan terharu apabila melihat last entry untuk blog ini. Betapa lamanya diri ini meninggalkan begitu sahaja blog yang menjadi tempat mencurah idea sejak bertahun lamanya ini. Lebih2 lagi apabila ayat2 Al-Quran yang disertakan di dalam entry (Surah At-Taubah) tersebut benar2 ditujukan buat diri ini yang selalu alpa dan leka.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal". (At-Taubah, 9:51) 

Malu dgn Allah =(

Ada sebab mengapa saya menyepi untuk jangka masa yang lama. Ada sebab juga mengapa saya jarang dapat 'online' dan berinteraksi dengan rakan2 secara online di FB, twitter etc.

Mungkin sudah tiba masanya untuk saya menceritakan secara terperinci tentang perkara yang telah berlaku sejak 2-3 tahun ini. Mudah2an sy dan para pembaca blh mengambil ap2 ibrah yang mngkin terselit.

The untold story, insya Allah~ .

" Di Sebalik Kehilangan Itu "

Masih segar di ingatan tatkala saya mendapat berita tersebut. 2 Julai 2011 (Moscow). Rakan2 sedang menyediakan satu juadah 'suprise' utk hari jadi sy. Tiba2 'handphone' pn berdering. Pada mulanya ingatkan hanya rakan2 lain yang nak memberikan ucapan hari jadi dan sebagainya. Tapi, 'tone' dan bunyi percakapan insan tersebut agak berlainan.

" Assalamualaikum, Hazim, minta maaf byk2 sebab terpaksa beritahu berita nie time birthday hang " (loghat utara)

Sy mula berasa risau dan tidak sedap hati.

" Waalaikumussalam wbt, ya ? "

" Hang di-'suspect' menghidap penyakit paru-paru berjangkit. Lena dari dekanat baru gtaw tadi suruh inform kt hang utk g klinik universiti esok utk sahkan benda tue. Sorry byk2 sebab terpaksa gtaw news nie time2 mcm nie "

Sy terpaku dan betul2 'speechless' tidak tahu nak katakan apa. Tidak pernah rasanya seumur hidup saya berasa seakan2 ditikam dan dihumban dengan satu 'load' berita yang betul2 berat.

Biar betul aku ada penyakit paru2 berjangkit. Hari tue wat medical check-up bbrp hari lepas sebelum 'practical' elok shj rasanya. Xda plak tanda2 atau symptoms yg serius.

Ni tak betul nie. Mesti 'False-positive' nie. Mungkin rosak kot mesin x-ray kt klinik kitaorng g ari tue. Kalau betul2 ada penyakit paru2 berjangkit, memang kena 'deport' balik Malaysia nampaknya. Macam2 saya cuba katakan untuk menenangkan diri.

Nak tak nak, sy pun pergi ke klinik untuk membuat satu lagi medical check-up.

Tidak terbayang rasanya bagaimana perasaan risau ketika menerima 'result' susulan medical check-up tersebut. Sy cuba utk redha dan sabar untuk menerima apa jua keputusan yang doktor nak bagi nnt.

" Mukhd Ghazim Bin Daghuli, iditi suda *come here*~~ " (Pronounciation nama dalam bacaan Russian)

Sy menarik nafas panjang.

" I'm so sorry to inform you. You are suffering from lung infection atm. I've no choice but to admit you into the hospital for 1 year " (translation from Russian)

Gulp..1 year ! 1 tahunnn ! Waaa..tiket balik summer dah beli, sepatutnya minggu depan nak balik dah. Puasa plak nak start x lama lagi. Macam mana nak dok 1 tahun kt hospital Russia sambil makan ubat hari2 ? . X hari raya ar aku nampaknya. Huhu..

Alhamdulillah. Selepas berbincang sedikit dengan doktor tersebut, dia membenarkan sy untuk membuat rawatan kt Malaysia, tetapi dengan syarat saya kena balik ke Malaysia selewat-lewatnya esok.

Saya menghembus nafas lega. Tetapi, sekiranya saya perlu pulang pada esoknya, maksudnya tiket kapal terbang pergi dan balik yang saya dah beli sebelum nie hangus begitu sahaja. Kebetulan pula pada ketika itu, penerbangan ke Malaysia untuk jenis penerbangan yang sama sudah tidak ada kekosongan.

Tidak ada pilihan lain melainkan untuk membeli tiket baru one-way ke Malaysia yang harganya ternyata lebih mahal daripada 2 tiket pergi-balik yang telah dibeli beberapa bulan lepas.

Saya masih ingat tatkala menelefon ibu pada malam itu. Walau sekuat mana pn saya cuba untuk menahan air mata ini daripada mengalir, ia tetap mengalir tanpa henti tatkala ibu dengan tenang cuba mengingatkan saya untuk bersabar dan tawakal kepada Allah.

" Ada sebab kenapa Allah SWT berikan penyakit itu kepada Hazim, bersabar ya nak. Mama dan bapa di sini akn sentiasa mendoakan keselamatan Hazim "

Saya menangis seperti kanak-kanak kecil pada ketika itu, walaupun pada ketika itu saya sedang berbual di hadapan roommate saya. Perkataan dan ayat2 ibu benar2 menusuk hati ini. Betapa hinanya diri ini yang selalu cuba memberi nasihat kepada orang lain untuk bersabar dan tabah, sedangkan diri ini hakikatnya juga sentiasa lemah dan seolah-olah tidak berdaya apabila ditimpa ujian yang berat.

" Allah sayang Hazim, jadi janganlah nangis ya nak. Setiap penyakit ada penawarnya. Mama sentiasa ada di sini kalau Hazim perlukan apa2  "

Ya Allah, memang saya tidak mampu untuk menahan perasaan sebak dan terharu apabila ibu bersungguh-sungguh cuba untuk menenangkan sy pada ketika itu. Sudah menjadi kebiasaan untuk saya mengadu ap2 berita kepada ibu sejak duduk di asrama semasa tingkatan 1 dahulu. Sama ada ianya berita tentang kejayaan ataupun kegagalan saya, saya jarang menceritakannya kepada rakan2 lain, hanya kepada ibu. Bagi saya, ketawa kecil dan senyuman ibu itulah yang paling penting, malah lebih penting daripada apa yang pernah saya capai setakat ini. Oleh sebab itulah di sepanjang 'talk' dan ceramah motivasi yang sy berikan kepada adik2 yang lain, pasti akan terselit tentang ibu.

Sekembalinya saya di Malaysia, ibulah orang pertama yang menyambut dan memeluk saya, lalu diikuti oleh ayah dan adik2 saya. Rasa sangat bertuah dikurniakan Allah keluarga yang baik dan bahagia ini.

Setelah membuat pemeriksaan sekali lagi di hospital2 Sabah, saya disahkan menghidap penyakit paru2 berjangkit smear-negative. Maksudnya, tahap penyakit saya hanyalah pada tahap permulaan. Oleh sebab itulah tidak ada symptoms yang boleh dilihat, dan ianya tidak akan menjangkiti orang lain. Namun begitu, sekiranya tidak dikesan dari awal, pasti penyakit tersebut akan terus melarat dan membawa impak yang lebih negatif.

Alhamdulillah, saya hanya perlu menjalani rawatan selama 6 bulan, malah tidak perlu ditahan di hospital, hanya perlu mengambil berbelas jenis ubat mengikut jadual yang 'strict' masa pengambilannya.

Saya juga tidak dapat menyambung tahun ketiga di Moscow yang sepatutnya bermula pada awal September pada tahun tersebut.

Sepanjang 6 bulan tersebut, ibu dan ayah sentiasa ada di sisi memberikan semangat dan sokongan. Tidak dilupakan juga rakan2 lain yang sentiasa mengucapkan salam dan mengirimkan doa. Jzkk, terima kasih banyak2 kepada kalian semua =).

6 bulan berlalu dengan sangat pantas, selepas beberapa siri medical check-up, rawatan sy hampir tamat. Namun begitu, tidak disangka-sangka ujian yang lebih berat daripada ujian penyakit tersebut tiba secara mengejut.

Ujian yang benar-benar membuat diri ini jatuh tersungkur sementara.

Ujian yang seakan-akan menunggu giliran selepas tamatnya ujian yang sebelumnya.

Ujian yang membuahkan kesedaran betapa percaturan dan aturan Allah itulah yang sebaik-baiknya~~

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un (Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali).

Wallahu A'lam~

*Bersambung di Bhg. 2






Shift_Ramadhan #10 ; Jewels From The Quran (Juz 10 : Al-Anfal, 8:41 - At-Taubah, 9:93)


.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.


P/S - Salam..Sambungan JFTQ utk Juz Quran 11,12,13 dan 14 akan ditangguhkan sehingga 14 Ramadhan nnt insya Allah..sedang membuat program pada tarikh2 tersebut (11-14 Ramadhan)..doakan semuanya berjalan lancar, insya Allah..Jzkk ^_^

10 Ramadhan 1432H

(Juz 10 : Al-Anfal, 8:41 - At-Taubah, 9:93)

162. Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (Al-Anfal, 8:46)

163. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana hendak meminta dipuji), serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka kerjakan. (Al-Anfal, 8:47)

164. Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: "Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu". Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: "Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya". (Al-Anfal, 8:48)

165. (Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Anfal, 8:53)

166. Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman. (Al-Anfal, 8:63)

167. Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti.(Al-Anfal, 8:65)

168. Adakah kamu menyangka, bahawa kamu akan dibiarkan (dalam keadaan kamu yang ada itu), padahal belum lagi terbukti kepada Allah (sebagaimana yang diketahuiNya) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan yang tidak mengambil teman-teman rapat (untuk mencurahkan rahsia kepada mereka), selain daripada Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman? Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan. (At-Taubah, 9:16)

169. Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (At-Taubah, 9:24)

170. Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri. (At-Taubah, 9:25)

171. Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). (At-Taubah, 9:32)

172. Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya. (At-Taubah, 9:33)

173. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu. (At-Taubah, 9:35)

174. Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah, 9:40)

175. Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (At-Taubah, 9:41)

176. Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal". (At-Taubah, 9:51)

177. Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah, 9:71)

178. Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: "Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah, dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh". Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka dari limpah kurniaNya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan janjinya; dan sememangnya mereka orang-orang yang sentiasa membelakangkan (kebajikan). (At-Taubah, 9:75-76)

179. Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah sentiasa mengetahui apa yang mereka rahsiakan serta apa yang mereka bisikkan, dan bahawasanya Allah Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang ghaib? (At-Taubah, 9:78)

180. Orang-orang (munafik) yang ditinggalkan (tidak turut berperang) itu, bersukacita disebabkan mereka tinggal di belakang Rasulullah (di Madinah); dan mereka (sememangnya) tidak suka berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah (dengan sebab kufurnya), dan mereka pula (menghasut dengan) berkata: "Janganlah kamu keluar beramai-ramai (untuk berperang) pada musim panas ini". Katakanlah (wahai Muhammad): "Api neraka Jahannam lebih panas membakar", kalaulah mereka itu orang-orang yang memahami. (At-Taubah, 9:81)

Shift_Ramadhan #9 ; Jewels From The Quran (Juz 9 : Al-A'raf, 7:88 - Al-Anfal, 8:40)



.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.

9 Ramadhan 1432H

Juz 9 (Al-A'raf, 7:88 - Al-Anfal, 8:40)

145. (Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya: "Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa". (Al-A'raf, 7:128)

146. Dan apabila azab yang tersebut itu menimpa mereka, mereka (merayu dengan) berkata: "Wahai Musa! Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami dengan (kehormatan) pangkat Nabi yang diberikanNya kepadamu (yang menjadikan permohonanmu sentiasa makbul). Sesungguhnya jika engkau hapuskan azab itu daripada kami, tentulah kami akan beriman kepadamu, dan sudah tentu kami akan membebaskan kaum Bani Israil (pergi) bersamamu".(Tuhan berfirman): Setelah Kami hapuskan azab itu daripada mereka, hingga ke suatu masa yang tertentu yang mereka sampai kepadanya, tiba-tiba mereka mencabuli janjinya. (Al-A;raf, 7:134-135)

147. Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya. (Al-A'raf, 7:146)

148. "Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya. (Al-A'raf, 7:157)

149. Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?" Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa". (Al'Araf, 7:164)

150. Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". (Al-A'raf, 7:172)

151. Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat. (Al-A'raf, 7:175)

152. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. (Al-A'raf, 7:176)

153. Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al-A'raf, 7:179)

154. Patutkah mereka (membutakan mata) tidak mahu memperhatikan alam langit dan bumi dan segala yang diciptakan oleh Allah, dan (memikirkan) bahawa harus telah dekat ajal kebinasaan mereka? Maka kepada perkataan yang mana lagi sesudah (datangnya Kalamullah Al-Quran) itu mereka mahu beriman?. (Al-A'raf, 7:185)

155. Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui". (Al-A'raf, 7:187)

156. Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-A'raf, 7:200)

157. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar). (Al-A'raf, 7:201)

158. Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. (Al-Anfal, 8:2)

159. Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya). (Al-Anfal, 8:22)

160. Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.. (Al-Anfal 8:24)

161. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya). (Al-Anfal, 8:27)



Shift_Ramadhan #8 ; Jewels From The Quran (Juz 8 : Al-An'am, 6:111 - Al-A'raf, 7:87)



.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.

8 Ramadhan 1432H

Juz 8 (Al-An'am, 6:111 - Al-A'raf, 7:87)

122. Dan jika Kami turunkan malaikat pun kepada mereka, dan orang-orang yang mati (hidup semula lalu) berkata-kata dengan mereka, dan kami himpunkan pula tiap-tiap sesuatu di hadapan mereka (untuk menjadi saksi tentang kebenaran Nabi Muhammad), nescaya mereka tidak juga akan beriman, kecuali jika dikehendaki Allah; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenar). (Al-An'am, 6:111)

123. Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu. (Al-An'am, 6:112)

124. Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. (Al-An'am, 6:116)

125. Dan tinggalkanlah kamu dosa yang nyata dan yang tersembunyi. Kerana sesungguhnya orang-orang yang berusaha melakukan dosa, mereka akan dibalas dengan apa yang mereka telah lakukan. (Al-An'am, 6:120)

126. Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. (Al-An'am, 6:125)

127. Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: "Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu)". Dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu). (Al-An'am, 6:130)

128. Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepada kamu (hari kiamat dan balasannya) tetap akan datang, dan kamu tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan itu). (Al-An'am, 6:134)

129. Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-An'am, 6:153)

130. Dan ini sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya). Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya; dan bertaqwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat. (Al-An'am, 6:155)

131. Atau supaya kamu (tidak) mengatakan: "Sesungguhnya kalau diturunkan Kitab kepada kami tentulah kami mendapat petunjuk hidayah lebih daripada mereka". (Kamu tidak akan dapat berdalih lagi) kerana sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan (yang cukup) dari Tuhan kamu, dan petunjuk hidayah serta rahmatNya (yang melimpah-limpah). Oleh itu, siapakah yang lebih zalim lagi daripada orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan berpaling daripadanya? Kami akan membalas orang-orang yang berpaling dari ayat-ayat keterangan Kami (dengan) azab seksa yang seburuk-buruknya, disebabkan mereka sentiasa berpaling (mengingkarinya). (Al-An'am, 6:157)

132. Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun). (Al-An'am, 6:160)

133. Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Al-An'am, 6:162)

134. Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-An'am, 6:165)

135. Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.(Al-A'raf, 7:10)

136. Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (Al-A'raf, 7:26)

137. Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman. (Al-A'raf, 7:27)

138. Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.(Al-A'raf, 7:34)

139. Maka tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah atau yang mendustakan ayat-ayatNya. Orang-orang itu akan mendapat bahagian mereka (di dunia) dari apa yang telah tersurat (bagi mereka), hingga apabila datang kepada mereka utusan-utusan Kami (malaikat) yang mengambil nyawa mereka, bertanyalah malaikat itu (kepada mereka): "Manakah (makhluk-makhluk dan benda-benda) yang kamu sembah selain Allah?" Mereka menjawab: "Semuanya itu telah hilang lenyap daripada kami", dan mereKa pula menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah orang-orang yang ingkar. (Al-A'raf, 7:37)

140. Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan.(Al-A'raf, 7:40)

141. Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh - (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, - merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya. (Al-A'raf, 7:42)

142. (Tuhan berfirman: Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara agama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). Oleh itu, pada hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak hiraukan persiapan-persipan untuk) menemui hari mereka ini, dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami. (Al-A'raf, 7:51)

143. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya. (Al-A'raf, 7:56)

144. "Adakah kamu merasa ragu-ragu dan hairan tentang datangnya kepada kamu nasihat pengajaran dari Tuhan kamu melalui seorang lelaki dari golongan kamu, untuk memberi peringatan kepada kamu, dan supaya kamu bertaqwa dan juga supaya kamu beroleh rahmat?". (Al-A'raf, 7:63)

---------------------------------------------------------------------------------------------

Ayat Tadabbur Ringkas Juz 8

p/s : Ayat tadabbur ringkas juz 8 juga insya Allah akan disambung sekiranya ada kelapangan masa yang lebih..sedang menguruskan sesuatu pada saat ini..akn cuba mencari waktu insya Allah =)

Jzkk sudi ziarah dan ikuti JFTQ utk kali ini =)

Wassalam ~

ShareThis

Related Posts with Thumbnails