::..|_ Paradigm Shift _|..::

" … Only in the remembrance of Allah do heart find peace. (Ar-Ra'd, 13:28) "

Shifting_Paradigms #6 : eh jap, terlupa nk 'make-up' ..




' Meh kita g kuar jap ', ajak seorang rakan kita..


' Nk kuar mana ? '

' Mmmm...g shopping nk ? kita lepak2 jap '

' Ok2 set..jam berapa ? '

' Sekarang ah..aq ada kerja petang nie '

' Sekarang !!??, aq nk kena mandi lg, pakai bedak, minyak wangi suma '

' Laa...kena 'make-up' gak ke ? '

Begitulah hakikatnya diri kita di dunia nie..tak kira lelaki mahupun wanita, kita sentiasa ingin kelihatan can
tik dan kemas di pandangan orang len..sumanya perlu di-'make-up' .. muka, pakaian, rambut, termasuklah bulu mata, semuanya kita kena pastikan kelihatan teratur,cantik dan bersih di mata manusia len..maklumlah, takut2 nnt kita plak diumpat kat belakang..digelar pengotor, 'fashion-disaster' dan sebagainya..

Maka, tatkala diri kita diajak untuk keluar meskipun ke taman sahaja sebenarnya, ataupun bertemu rakan2 kita, perbuatan membersihkan diri dan 'make-u
p' itu seolah-olah menjadi suatu 'obligatory-act' yg perlu kita laksanakan..mula lah kita mencari sabun 'palmolive' kita..shampoo 'rejoice' kita..pencuci muka 'nivea' kita..minyak wangi 'Dior' kita (wow) .. semata-mata untuk kelihatan anggun/segak di mata rakan2 kita...boleh lah dapat pujian skit..digelar comel, cantik, hensem dan sebagainya..hehe..

Namun begitu, kita sering terlupa...bagaimana pula dengan pandangan Allah terhadap diri kita ? adakah kita cantik dan hensem di sisiNya ? Adakah dengan menggunakan 'make-up' td sudah cukup untuk kita menda
pat keredhaan Allah yg nilainya lebih tinggi drp pujian2 dunia ?

Allah SWT berfirman dlm Al-Quran ;

' Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Sungguh Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering dari lumpur hitam yang diberi bentuk' (Al-Hijr 15:28)

Kita semua dicipta drp satu benda yg kita sendiri di dunia nie klu blh tak nk pun pijak kalau ternampak kt tgh jalan..tak kira sama ada s
eseorang manusia itu cantik, hensem mahupun comel..kita berasal daripada origin yang sama, yakni Adam dan Hawa..dan kita semua jg dicipta daripada bahan yg sama..termasuklah para nabi Allah SWT..tidak ada sebab sebenarnya untuk kita bersikap riak dengan pemberian wajah yg cantik dan hensem, kerana semuanya itu dibentuk daripada lumpur hitam yg hina..

Namun begitu, betapa pengasih dan pemurahNya Alla
h SWT, kita manusia diberikan darjat yang agak tinggi disisiNya..malah boleh jadi lebih tinggi drp para malaikat..sekiranya ROH kita jg di'make-up' dengan sebaik-baiknya..Iman kita diberikan 'bedak' yang terbaik kualitinya..dan hati kita disembur dengan 'minyak wangi' yang terwangi di 'pasaran' Allah SWT ..

Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang diri kita berdasarkan paras rupa sama ada cantik / hensem atau x..tetapi Dia memandang kita daripada sudut takwa dan keimanan kita kepadaNya..itulah kecantikan yang hakiki di sisiNya..

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. (Al-Imran 3:139)


' Adakah pada ketika ini kita lebih mementingkan pandangan manusia daripada pandangan Allah terhadap kita ? ' , itulah persoalan yg agak terbaik untuk kita tny kepada diri kita semua...kerana kadang kala kita lebih leka mencari tompok2 hitam yg ada di muka kita, untuk disapu dengan pencuci muka 'dunia' ..daripada mencari tompok2 hitam yg ada pada hati kita, untuk dicuci dengan pencuci hati 'version' Allah SWT... yakni dengan mendekati diriNya, membaca 'kalam2 mahsyurNya' dan beramal ikhlas keranaNya..

Kita sedar betapa Allah SWT itulah pemberi segala rezeki, pemerhati kita, pelindung kita, dan pencipta kita..tetapi kenapa kita kadangkala lupa kepadaNya ? Sedangkan segala apa yg sedang mengalir dalam darah kita pada masa ini, semuanya datang drp Allah SWT.. tidak ada satu pun benda di dunia nie terlepas daripada pandangan Allah SWT..termasuklah diri dan hati kita yg seringkali alpa..

Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. (At-Taubah : 129)

Insya Allah, marilah kita 'Shift Paradigms' diri kita, kali nie, 'shift' la sebetul2nya straight terus ke arah jalan Allah yg hakiki..memikirkan sejenak adakah diri kita ini lebih mementingkan pandangan dunia dan manusia, yg sekadar berkata-kata melalui 2 biji mata sahaja, ataupun pandangan Allah SWT, pemilik kepada dunia dan sekalian manusia..Tidak salah untuk kita kelihatan cantik/hensem di mata orang lain, tetapi pastikan lah pandangan Allah itu menjadi prioriti utama kita..melebihi segala-galanya ^_^

p/s ; Insya Allah..bersempena dgn maal hijrah nie..marilah kita buat satu 'turning point' terhadap kehidupan kita..berhijrah ke arah kebaikan..mudah2an kita sentiasa berada dlm rahmat-Nya..Insya Allah ^_^ ..

Nk kongsi video ustaz hasrizal semasa menyampaikan ceramah dlm rncangan MHI pada cuti maal Hijrah yg lalu..insya Allah, byk benda kita blh dapat walaupun sekejap sahaja..



"Percaya untuk Berjaya" :)

4 comments:

salam

great post to read :)

just to recommend a video.

open your eyes by maher zain

http://www.youtube.com/watch?v=BdT2P0Y-vqs

i guess u've seen it, just to share

share it with others too =]

 

slamt brjuang untuk yang berjuang..

slmat bertaubat bagi yang menyimpang..

selmat bertemu jalan bagi yang kesesatan..

dan selamat bertemu jalan pulang, bagi yang kehilangan arah tujuan...

 

bgus ko nih jim.. maju uda kaw...

 

maju ? haha..xdalah joe..byk bnda yg aq masi mundur..dan btul2 mundur..cuma dulu x perasan..tq joe sbb sudi tgk2 blog aq nie =) .. wlupun agak buruk skit.

 

Post a Comment

ShareThis

Related Posts with Thumbnails