::..|_ Paradigm Shift _|..::

" … Only in the remembrance of Allah do heart find peace. (Ar-Ra'd, 13:28) "

Shifting_Paradigms #7 : 2010 ?



Salam ^_^ ...rasanya agak lama gak x update blog..sekrang pun dah masuk tahun baru 2010...meninggalkan 2009 yg insya Allah menjadi tahun yg agak menarik utk kita semua..bg diri ini, tahun 2009 adalah antara tahun yg agak bermakna gak, sebab pada tahun inilah diri ini diketemukan dengan pelbagai orang hebat..orang2 yg telah membawa suatu 'paradigm' baru dalam hidup ini..

Mungkin suatu ketika dahulu diri ini melihat bumi sekadar bebola 'sphere' sahaja, tp insan2 ini telah menukar 'paradigm' tersebut, mengajak diri ini melihat 'lekuk-lekuk' dan 'kawah' yg tersembunyi di sebalik 'sphere' tersebut.. alhamdulillah..mudah2an Allah sentiasa meredhai insan2 ini..agak panjang gak sekiranya dibuat list nama setiap sorang drp mereka..tp bg diri ini, selain parents dan ahli keluarga yg lain, insan inilah antara pembawa pengaruh yg terbesar dalam hidup ini ; Sir Izuan Izzaidi Azmi ^_^

Tq sir for everything..sori gak bebanyak klu ada wat apa2 yg mungkin melukakan hati sir atau apa2..walaupun baru 10 bulan diri ini kenal sir, tp perubahan yg sir bwk tue agak besar..agak besar sehingga diri ini terpaksa buat satu putaran 360 degree, melihat semula ke belakang ttg kesalahan2 lampau, sebelum melihat ke hadapan dan bergerak semula..straight tanpa mengimbau semula kesilapan lampau yg insya Allah telah kita perbaiki setiap satu daripadanya..mudah2an Allah sentiasa melimpahkan rahmatNya ke atas sir dan lecturer2 lain..kami di sini insya Allah akan sentiasa mendoakan kejayaan sir ^_^ ..

Berbalik kepada 2010 td, kadangkala dalam keadaan sedar ataupun tidak, kita seringkali melabelkan permulaan tahun baru itu sebagai permulaan azam baru, niat baru, dan mimpi2 baru..tatkala jam menunjukkan tepat jam 12, mulalah kita memikirkan tentang azam2 yg ingin kita capai pada tahun tersebut..nk studi bek2..nk kerja btul2..nk dpt 'result' gempak..dan sebagainya..tanpa sedar yg kita kadangkala membuat azam yg sama pada tahun sebelumnya..

Tidak salah untuk kita meletakkan azam dan niat yg baru dalam hidup kita, tp takkanlah kena masuk 'new year' barulah kita berazam nk berubah ? takkanlah kena +1 pada last digit tahun sebelumnya barulah kita terpinga-pinga nk mencari niat dan 'target' kita yg sebetulnya ? dan takkanlah kita kena tonton bagaimana remaja kita berpesta sakan di headline news pada 1 januari jam 12 setiap tahun, barulah kita nk muhasabah diri ? Diri ini jg x terkecuali drp semua itu, tatkala masuk sahaja tahun baru, mulalah memikirkan 'target2' baru, 'azam2 baru' :p ..sedangkan tatkala masuk awal muharram dulu, xda plak kita nk fikir suma tue..

Proses berubah dan muhasabah diri bukanlah satu proses yg hanya dibuat pada tarikh atau tahun2 tertentu...masalah kita, kita seringkali meletakkan satu tarikh dan masa yg kononnya signifikan sebelum kita mula bertindak..seolah-olah kita yakin tatkala tibanya tarikh tersebut, segala2nya akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah..sebagai contoh, zaman sekolah dulu, bila dapat sahaja homework masa cuti, mesti ada antara kita yg 'set' kan target untuk siapkan semuanya pada 2 atau 3 cuti yang terakhir (seperti diri ini lah :p ) .. tetapi tatkala tiba masa / tarikh tersebut, ada sahaja perkara lain yg mula mengganggu kita..sehinggalah homework tue sendiri x tersiap..sedangkan cuti yg selebihnya kita abiskan dengan mcm2 benda..mulalah kita menyesal x bersudah :p ..

Samalah seperti proses muhasabah dan berubah, takkan lah kita kena tunggu suatu tarikh yg signifikan jg ? Ataupun kena tunggu suatu 'keajaiban' turun, barulah kita nk membuka mata kita ? Dalam sedar ataupun tidak, kita manusia sebenarnya mempunyai suatu penyakit yg agak kronik gak, yakni penyakit 'tunggu-menunggu' .. Kena tunggu dulu sejadah berdiri kt rumah kita, barulah kita sedar ttg kepentingan solat...kena tunggu dlu awan2 membentuk kalimah 'Allah' , barulah kita mula beramal denganNya...kena tunggu dulu tsunami turun dan memusnahkan segalanya kecuali masjid dan surau2, barulah kita terdorong nk melangkah ke sana ?...tunggu dan tunggu mengalahkan 'penunggu'.. apa lg yg kita tunggukan ? Sedangkan petanda dan kebesaran Allah itu sdh terbentang luas di hadapan mata kita..

" Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan penggantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal " ( Ali 'Imran 3: 190 )



Bukit2, gunung, awan, laut, binatang dan alam semesta, semua ini menjadi tanda dan kebesaran Allah kepada kita semua..cuma kita yg xnk membuka mata jasad dan roh kita..menghayati setiap satu kebesaran Allah ini..kita bangga apabila kita mampu menghasilkan kereta solar..kita bangga apabila kita mampu menghasilkan biodiesel drp kelapa sawit..kita bangga apabila memenangi hadiah Nobel..Namun begitu, layakkah kita menggelar diri kita hambaNya yg 'berakal' ? Sedangkan byk tanda2 kebesaranNya yg kita tidak endahkan..

Insya Allah, marilah 'shift paradigms' kita, bukan esok, lusa atau tulat..tp insya Allah bermula dr sekarang..yakinlah..klu kita nk berubah ikhlas kerana Allah, insya Allah segalanya akan dipermudahkan ^_^ .. termasuklah diri ini yg jg sering leka, terutamanya bila diuji dengan 'nikmat masa' .. mudah2an Allah masukkan kita dalam kalangan hambaNya yg 'berakal'..insya Allah..

" Wahai orang-orang yang beriman ! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu " (Muhammad 47:7)

p/s - ujian masa lapang sememangnya ujian yg agak besar..hoho..

4 comments:

:) as always

You never fail to impress me.

 

insyaAllah. sama-sama muhasabah diri. :D
rindu Sir Iz. memang dia banyak bagi semangat! :)

 

woha! sama2lah kita shift our paradigms! insyaallah. azam 2010!

 

insya Allah..mudah2an kita diberikan hidayah dan petunjuk yg berkekalan daripadaNya ^_^

 

Post a Comment

ShareThis

Related Posts with Thumbnails