" Wahai orang-orang yang beriman ! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagi kamu (Al-Baqarah 2 : 208) "
Demikianlah firman Allah SWT dalam surat cintaNya..penuh dengan peringatan dan petunjuk buat kita semua..ayat ini sebenarnya sudah cukup untuk membuat kita terfikir sejenak..adakah Islam yang kita amalkan pada masa dan ketika ini merangkumi keseluruhanNya ? Adakah dengan solat dan puasa itu sudah cukup untuk menggelar diri kita Islam dan Muslim yang sejati ? Adakah kita sekadar Islam pada nama ? pada kad pengenalan kita ? surat beranak ? profile FB kita ?? Allahu A'lam ..
Inilah sebenarnya 'paradigm' yang terbesar lagi utama dalam pengamalan Islam yang sebenar..dan ini jugalah 'paradigm' yang ramai antara kita selalu tersalah..persoalan yang agak menarik untuk kita tanya pada diri kita adalah ; Bahagian Islam mana ek yang kita pegang selama ini ? Cukup sekadar mengambil bahagian2 solat,puasa,haji dan zakat ? sedangkan akhlak2 indah ajaran Islam kita abaikan ? Pekerjaan, perkataan dan perbuatan...semuanya berlandaskan ajaran apa ? Materialisme ? Hedonisme ? Individualisme ? atau keturunan2 -isme yang lain ?
Oh..betapa 'uniknya' agama yg kita bawa pada hari ini..boleh dicampur2 pula..mcm rojak..tak pun mcm air batu campur (ABC) .. maka Islam apa yg kita pertahankan ? Islam ABC ? Allahu A'lam..
Syeikh Khalid Yassin dalam ceramahnya di Australia berkenaan ' What do you really know about Islam ' .. memberikan definisi Islam dengan indah sekali..beliau berkata betapa ' Islam is not all about religion, its a GLOBAL SYSTEM OF FAITH ' .. Global, yakni meluas, merangkumi keseluruhannya..selari dengan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah tadi..sama ada dalam aspek pekerjaan, pelajaran, perniagaan, dan kepimpinan..semuanya di'cover' oleh Islam..dan tidak ada satu perkara pun tentang kehidupan seharian kita, dari bangun pagi sehingga tidur semula yang tidak diberikan panduannya dalam al-quran atau as-sunnah..semuanya sudah tertulis..semuanya sudah tersuluh di hadapan kita...cuma kita yang buat2 buta..
Diri ini sebenarnya tergamam tatkala membuka newspaper2 Malaysia, melihat bagaimana keadaan umat kita pada hari ini..diri ini bukanlah alim ulamak, yang petah dan lantang dalam berbicara, tetapi berkenaan dengan isu penggunaan kalimah 'Allah' itu...ada satu paradigm kita yang agak tersilap sedikit dalam mempertahankan kalimah yg maha agung tersebut...dan itu jugalah yang mendorong diri ini membuat post yang x seberapa ini..
Kita mempertahankan kalimah 'Allah' .. dengan demonstrasi dan bantahan2 yg keras..namun kita lupa satu perkara untuk disoalkan kepada diri kita semula... Di saat kita berdiri melaungkan hak dan kebenaran tersebut, adakah seteguh itu kita berdiri mengerjakan amal di jalanNya ? Tatkala kita bangkit dan keluar daripada rumah kita, semata-mata untuk mempertahankan kalimah Allah yang maha suci..adakah kita mempunyai kekuatan yang sama tatkala seruan 'sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat (Rasulullah SAW)' tiba di telinga kita ?
Subhanallah..apalah agaknya reaksi Rasulullah SAW sekiranya baginda melihat keadaan kita pada hari ini =( ..mengambil Islam hanya pada bahagian tertentu..mengerjakan hukum2 Islam bukan pada tempatnya..mengutamakan hawa nafsu melebihi ajaran Al-Quran dan As-Sunnah..ya Rasulullah, maafkanlah kami, sesungguhnya kami banyak menyimpang daripada ajaranmu..kami leka dengan duniawi, terpengaruh dengan segala mcm kemewahan dalamnya..sehingga kami lupa asal-usul kami..kami lupa perjanjian kami dengan Allah SWT..sesungguhnya kamilah hamba Allah yang zalim =(
Adakah Allah SWT suka tatkala kita mempertahankan namaNya, tetapi dalam masa yang sama...kita melampaui batas dalam mengerjakannya ?..kita sangka kita membuat sesuatu yang mulia, tetapi cara kita kadangkala tidak selari dengan niat yg sebenar..
Allah SWT berfirman dalam Al-Quran ;
" Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, tetapi jangan melampaui batas. Sungguh, Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas " (Al-baqarah 2:190)
Adakah dengan tindakan segelintir kita yang membakar gereja2 itu tidak melampaui batas ?
Adakah dengan memaki hamun dan mencaci agama lain itu tidak melampaui batas ?
Memutuskan hubungan yang baik, menimbulkan permusuhan dengan orang bukan islam itu tidak melampaui batas ?
Subhanallah, adakah agaknya pada zaman Rasulullah dan sahabat dahulu, mereka membuat perkara yang sama ? Membakar tempat2 ibadat ? Mempertahankan Islam dengan tindakan2 zalim seperti apa yang kita buat pada hari ini ? Tidak .. Tidak sama sekali.. cuma kita yang malas nk bukak sirah Rasulullah..cerita para khalifah2 Islam yang agung dahulu..kita lebih leka membukak cerita2 korea atau hollywood..sambil mengagung-agungkan sesetengah pelakon dan artis mereka..Allahu Akbar, Islam apakah yang kita bawa pada hari ini ?
Pasti kita teringat bagaimana kisah Rasulullah SAW yang tiap2 hari akan dibaling najis pada rumahnya..ditambah pula, tindakan itu dibuat oleh jiran sebelahnya, orang yahudi..adakah Rasulullah memaki hamun ? adakah Rasulullah pergi membakar rumah orang yahudi tersebut ? Tidak..Tidak..Rasulullah SAW dengan akhlak ISLAMnya yang sebenar, baginda dengan sabar mencuci halaman rumahnya, meskipun perlu melakukan perkara yang sama pada setiap hari..baginda tidak menyimpan dendam walaupun baginda tahu siapa yang melakukan perkara tersebut..kerana itulah sikap dan sifat Islam yang sebenar..
Indah sungguh pekerti Rasulullah sehinggalah baginda sendiri hairan tatkala tiba2 pada satu pagi, tidak ada seketul najis pun pada halaman rumah baginda..kalau kita tentu sahaja terlompat keriangan, dengan anggapan orang tersebut sudah berputus asa..tetapi bukan Rasulullah SAW .. apa yang baginda buat ? Baginda pergi menziarahi jirannya itu, sehinggalah baginda dapat tahu bahawa ada ahli keluarga kaum yahudi itu yang sedang sakit ( kalau kita tentu sahaja beranggapan, inilah balasannya ! padan muka ) .. tetapi bukan Rasul Junjungan kita.. baginda membantu keluarga tersebut, membawanya makanan sehinggalah orang yahudi tadi berasa sangat malu dan terharu dengan sikap Rasulullah SAW..akhirnya, jiran Rasulullah tersebut turut menerima kebenaran Islam..alhamdulillah..
Rasanya berapa ramai antara kita yang mempunyai sifat pengasih dan penyabar seperti Rasulullah ? Meskipun berlainan agama, tp layanan dan sifat Rasulullah terhadap mereka sentiasa indah dan bertoleransi..oleh sebab itulah, ramai golongan bukan islam yang memeluk Islam kerana terpegun dengan akhlak Rasulullah SAW..
Kita pula bagaimana ? Adakah akhlak kita menggambarkan pengikut Rasulullah SAW ? Adakah akhlak kita akan mampu menarik orang bukan islam untuk bersama-sama mengkaji kebenaran Islam ? Atau adakah kita masih sibuk hendak memikirkan perkataan2 kesat yang hendak dilemparkan kepada masyarakat bukan Islam di luar sana ? Allahu Akbar, umat apakah kita ? Tidak cukupkah Rasulullah sebagai contoh kita ? Contoh Islam yg terbaik...tetapi kita dalam tidak sedar mencemarkan nama murni Islam itu sendiri..
Kemurkaan ? .. ataupun keredhaan Allah kah yg bakal kita kecapi ? Kita fikirkanlah bersama2..
Di saat inilah kita mula tercari-cari siapa Salahuddin al-ayubi dalam umat kita ...siapa Saidina Abu Bakar As-Siddiq dalam kalangan kita ? Siapa yang bakal meneruskan keimanan kental Bilal Bin Rabah ? Saidina Umar Ibn Al-Khattab ? Siapa yang akan mewarisi kebijaksaan Sultan Muhammad Al-Fatih ? Ketabahan Sumayyah dan Aishah ? dan siapa yang bakal meneruskan as-sunnah Rasulullah SAW ..
Hentikanlah pencarian itu..
Kenapa tidak kita yang berdiri, bangkit daripada tempat duduk kita dan katakan .. AKULAH ORANGNYA !! AKULAH ORANGNYA !! AKULAH ORANGNYA !! .. Aku lah yang akan membawa panji Islam sehingga ke liang lahad ! ..Akulah yang akan mewarisi kebijaksaan Ibn Sina, Ibn Nafis, dan Al-Khawarizmi ! ..Aku lah yang akan memperjuangkan Islam dengan pegangan Al-Quran dan As-Sunnah ! ...dan akulah yang akan meneruskan apa yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW..
Subhanallah ! Kalaulah kita semua mampu untuk menjadi seperti ini..sudah tentu kejayaan Islam pada akhir zaman nnt, akan tertulisnya nama kita sebagai penyumbang utamanya..
insya Allah =) ..'Shift Paradigms' kita yang serba salah ini.. Shift-lah sebetul2nya..kembalilah kepada Al-Quran..kembalilah kepada jalan Islam yang sebenar..yakinlah kita betapa pertolongan Allah itu sentiasa ada..Allah sentiasa menanti hamba2Nya yang sanggup berjuang di jalanNya..demi kebenaran.. dan demi Islam yang kita cintai..
Renungan jua buat diri ini yang selalu tidak mempunyai kudrat untuk melakukan semuanya..mudah2an Allah berikan kekuatan kepada kita semua..insya Allah ^_^ ..
Akhir kalam, Maka Bahagian Islam Manakah yang Kita Pegang dan Pertahankan ?
6 comments:
salam ziarah.
bagus blog nie, penuh dengan semangat. teruskan menulis dgn fikrah islami. ana sebenarnye jeles dgn antum yg 1st year nie banyak masa nak kembang bakat di sini . insya Allah ada banyak masa nak buat pahala kat sini dan lebih2 banyak pahala kalau Allah angkat darjat melalui ujian-ujianNya.
salam ziarah kembali..
alhamdulillah..sekadar berkongsi ilmu yang ana dapat drp antum semua jg..kebanyakan post yang ana buat nie hasil gabungan suma ilmu2 yang antum2 brothers n sisters pernah bg kt ana..terima kasih byk2 kat antum suma..insya Allah, mudah2an Allah sentiasa melimpahkan rahmat-Nya ke atas kita semua =) ..
NICE POST BRO!!! ALLAHUAKBAR3X!!
All i can say is Great!.. thats it..
bila kerja agama tak jalan, maka macam2 yg jadi. atas asbab usaha dakwah yang nabi buat dulu, skrg kita kenal apa itu Islam.
hari ini kita sibuk bangkit mengikut citarasa yang dirasakan sesuai dgn nafsu dan keinginan kita,bahawa kitalah tentera2 yang berjuang d zaman moden...
walaupun pada dasarnya tidak akan ada kejayaan melainkan mengikut cara yang nabi tunjukkan.
ramai yang berjuang daripada cabang, sedangkan akar tidak dihiraukan..dan akar kepada perjuangan adalah dakwah..dan dakwah perlu kpd pegorbanan...tp skrg dkwh juga dibuat drpd cabang...kalau akar tak teguh..bagaimana kiranya cabang mahu subur...
tp kiranya...lidah lebih lantang daripada perlakuan...
salam ziarah, entry yang baik. ble ziarah blog sy tapi teda yang special. haslina
Post a Comment