::..|_ Paradigm Shift _|..::

" … Only in the remembrance of Allah do heart find peace. (Ar-Ra'd, 13:28) "

Shifting_Paradigms #13 : Hati Yang Berbicara Itu





.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.

Rasulullah SAW bersabda, " Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota. Dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota, ketahuilah..itulah HATI" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sepotong hadis yang agak tersohor..seringkali digunakan dalam ceramah2 agama mahupun tazkirah..mengingatkan kepada kita ttg hakikat 'daging' itu..yakni 'daging' yang menjadi ketua kepada segala 'daging' yang ada dalam tubuh badan kita..cukup diktator utk meluluhkan daging2 yang lain...dan cukup 'veto' utk memberikan 'adrenaline' tambahan kepada daging2 kesemuanya..begitulah hakikatnya HATI kita..

Salam 1-Islam..insya Allah =) .. /hihi

Diri ini sebenarnya tertarik utk membuat post ini selepas tersentuh dengan beberapa perkara yang berlaku dalam dua tiga hari ini...diberikan peluang oleh Allah SWT untk melihat sendiri bagaimana ketabahan hati2 insan yang sentiasa tsabat dalam menempuh liku2 jalan Islam itu sendiri..meskipun 'biah' sekeliling tidaklah se-solehah tempat2 lain..tetapi tetap disabarkan jg hati itu..demi keyakinan terhadap ad-deen yang lurus itu..

Beberapa hari lepas..semasa kt muzium anatomi..kiranya nk study..tp agaknya kecundang dengan kemalasan yang membuak-buak (adeh..) , jadi ambik masa utk merayau2 sekejap kt dalam muzium..tgk struktur2 'internal organs' manusia yang sememangnya agak kompleks..sungguh Maha Bijak-Nya Allah SWT dalam menciptakan manusia, setiap satu bahagian dalam tubuh badan kita dihasilkan dengan penuh ketelitian..tanpa cacat cela..cuma kita yang tak nak ambil pengajaran drp semuanya itu =( ..

Nak dipendekkan cerita, tatkala sedang merayau-rayau tue..tiba2 terdengar suara2 dari suatu sudut..suara2 yang agaknya jarang sekali utk didengari di ceruk2 metro mahupun lebuhraya Moscow...

"Alif..Ba..Ta.."

"Subhanallah, ada orang sedang membaca Al-Quran ! Tapi..mengapa Alif Ba Ta sahaja ?"

Diri ini cuba utk meninjau sedikit..siapakah agaknya yang sedang membaca itu ??..

Diperlahankan langkah, menjenguk ke sana dan ke mari..mencari arah suara2 tersebut..

"Alif..Ba.. Alif..Ba..Ta..Ta..", ulang suara2 itu lagi..dari sumber suara itu..rasanya lebih drp 3 orang yang mengulanginya..

Diri ini terlihat kelibat beberapa orang disebalik rak yang menyusun 'internal organs of human nervous system' ..

Subhanallah !! ..rasa agak terkejut apabila diri ini terlihat 5 orang sisters Russian yang sedang mempelajari al-quran..lengkap berhijab..dan salah seorang drp mereka menjadi guru kepada yang lain..mengulangi perkataan 'Alif..Ba..Ta' dengan sabar dan penuh berhikmah...meskipun tergagap-gagap dalam menyebutnya, tidak kelihatan sebarang tanda2 putus asa pun di paras muka mereka..

Tidak dipedulikan insan2 lain yang sedang memerhati mereka..
Berbisik2 dengan senyap sambil melontarkan pndangn sinis..

Tidak dihiraukan insan2 yang sedang membuat kerja lagho masing2..
Sehingga menimbulkan riuh-rendah di dalam muzium itu..

Tetap diulangi jua 'Alif..Ba..Ta' itu dengan tabah...
meskipun mereka mengulanginya dengan sedikit 'sleng' Russian.. /please

Nampak begitu tekun mereka mempelajari kalimah2 Allah itu...sehingga tidak diendahkan keadaan sekeliling yang sedang leka dengan tugasan masing2..

Oh..Akak2 ku .. moga2 Allah sentiasa melimpahkan rahmatNya ke atas akak2 semua..insya Allah, suatu hari kelak, akak2 suma pasti dapat jua mengkaji kalam2 Allah yang penuh bermakna itu =) ..


Terasa begitu tersentuh melihat sisters2 Russian yang ketekunannya mengalahkan ketekunan diri kita yang kadangkala rasa agak malas nak kaji Al-Quran...Diri mereka baru sahaja mengenal Islam...tetapi kefahaman dan kekuatan pegangan mereka terhadap Ad-Deen tetap utuh...meskipun baru 'Alif..Ba..Ta' sahaja yg mereka kenali..tetap ditabahkan jua hati itu..demi Allah yang Maha Pengasih..

Pada saat itu, diri ini terasa begitu kerdil sekali...dikurniakan kebolehan oleh Allah utk mengaji dan membaca Al-Quran..tetapi ketekunan dan kerajinan untuk mengkaji kalimah2 agung itu nampaknya tidaklah seteguh membaca buku anatomi yang boleh sahaja dibaca sehingga jam 3 pagi (menahan ngantuk)..itupun kadang2 atas dasar Colloq (exam)..nampaknya kena perbaharui niat selepas ini..

' Ya Allah, kurniakanlah pengetahuan dan ilmu yang berguna kepada akak2 ku itu Ya Allah..Berikanlah mereka petunjuk dalam mengenali Al-Quran Mu yang penuh peringatan itu dengan lebih mendalam..Limpahilah mereka dengan rahmatMu dan tabahkanlah hati2 mereka Ya Allah.. '

Perlahan-lahan, diri ini melangkah jauh drp mereka..takut2 dianggap fitnah pula..dan pada saat itu jualah, diri ini sempat terpandang sekumpulan pelajar2 kita yang sedang berbual kosong dan bergelak ketawa..

Tetapi itulah hakikatnya diri kita...telah dikurniakan Allah dengan segala mcm kelebihan..apatah lagi kelebihan utk membaca ayat2 Al-Quran dengan segala mcm lagu..tetapi kita jualah yang tidak bersyukur dengan kelebihan itu..meskipun kelebihan itulah sebenarnya yang sedang dicari oleh ramai lagi saudara2 baru kita di luar sana..yang hakikatnya, lebih suci hati mereka daripada kita =( ..

Rakan2 Pembaca semua..

Bersyukurlah dengan nikmat syahadah yang kita akui dengan lidah2 dan hati yang lantang berbicara itu....kerana begitu ramai lagi insan yang belum mendapat seruan agung itu..

Tidakkah kita malu apabila melihat ramai saudara2 yg baru sahaja memeluk Islam, tetapi begitu kental hati mereka dalam mengamalkan Islam yang sejati ? Padahal sudah tertulis dengan huruf besar perkataan ISLAM pada kad pengenalan kita..

Tidakkah kita berasa hina tatkala diri kita memerlukan orang2 seperti Sheikh Yusuf Estes dan Yusha Evans untuk mengingatkan kita ttg kebesaran Allah SWT ? Sedangkan hakikatnya, diri mereka baru sahaja mengenal siapa itu Allah SWT .. berbeza dengan ramai dalam kalangan kita, yang sudah bertahun-tahun melaungkan nama Allah SWT.. Tetapi pegangan terhadap Ad-Deen kita, tidaklah seteguh mereka =( ..

Itulah 'paradigm' semasa kita..dan 'paradigm' inilah yang perlu di-shift ke arah Ad-Deen dan al-hikmah yang sebenar..yakni jalan yang telah ditempuhi Rasulullah SAW..jalan Islam yang kita cintai..

Bagi diri ini, tidak cukup kalau kita sekadar membaca sahaja Al-Quran itu..tetapi sebaik-baiknya, kajilah setiap satu ayat2 yang diturunkan itu..Setiap ayat yang diwahyukanNya itu, sudah tentu terkandung pelbagai ibrah yang berguna buat kita semua..

Mari rakan2 semua ^_^ , kita kaji Al-Quran sama2 ye...Insya Allah =) .. /bye

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud,"Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada rupa dan hartamu, tetapi ALLAH melihat kepada hati dan amalmu." (Riwayat Muslim)

p/s : Maaf ye kalau emoticons2 tue mengganggu pembacaan..comel sgt =) ..

5 comments:

InsyaAllah =)

May the sisters be blessed and protected by Allah The Almighty.

 

salam..emoticons tu ok je..no problem.. /heh

hidayah itu indah...cuma sesekali yg sudah menerima hidyah menjadikan dirinya punah..

doa tuan2..

 

salam,

tiada Ilah yang di sembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Syahadah jika kita pegang dengan kuat maka sejahteralah hidup kita. Istiqamah itu dapat kita capai bila syahadah itu mantap. Syahadah membawa kita kepada satu aim yakni Allah tiada yang lain.

 

syahadah jugalah yang menjadi kunci2 utk syurga itu..dan setiap kunci ada gigi2nya..begitu jugalah dengan kunci2 syahadah kita..jazakillah ya ukhti utk penambahan itu ^_^

 

ana suka line ini ...

Tetapi itulah hakikatnya diri kita...telah dikurniakan Allah dengan segala mcm kelebihan..apatah lagi kelebihan utk membaca ayat2 Al-Quran dengan segala mcm lagu..tetapi kita jualah yang tidak bersyukur dengan kelebihan itu..meskipun kelebihan itulah sebenarnya yang sedang dicari oleh ramai lagi saudara2 baru kita di luar sana..yang hakikatnya, lebih suci hati mereka daripada kita =( ..

dan teringat kata2 seorang ikhwah. adakah kita ni layak utk terima hidayah Allah ini dan silap2 orang2 yg kita nampak mcm tak baik akan lebih hebat dan semangat dari kita kalau mereka menerima sentuhan tarbiyyah. rasa terpukul utk terus menyentuh orang lain plak.

jazakallah for the sharing. moga Allah berkati selalu.

 

Post a Comment

ShareThis

Related Posts with Thumbnails