::..|_ Paradigm Shift _|..::

" … Only in the remembrance of Allah do heart find peace. (Ar-Ra'd, 13:28) "

Shifting_Paradigms #14 : Kecelaruan Dalam Kekeliruan


.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.

" Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka berada dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya" ( Al-Anbiya 21:1 )

Suatu firman dan peringatan daripada Allah SWT kepada kita, yakni umat Khatamun Nubuwwah .. Nabi yang terakhir, utusan yang terakhir..kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW..Namun begitu, melihat senario dan keadaan ummah kita pada hari ini..nampaknya agak jelas betapa 'manusia' yang Allah maksudkan dalam ayat nie adalah diri kita sendiri..tetapi, mengapa kita masih tidak ingin mengambil pengajaran =( ?

Berkali-kali Allah SWT mengingatkan kita tentang kesenangan dunia yang bersifat fatamorgana..sekadar ilusi, hiburan dan permainan yang nyata kepada makhluk yang bergelar manusia..tetapi, diri kita jugalah yang berlari daripada kebenaran dan peringatan itu..sedangkan yang memperingatkan perkara tersebut ialah Allah SWT...pencipta terulung yang menurunkan kitab manual terbaik di dunia ini..tetapi, kita jualah yang mendustakan ayat-ayatNya =( ..

Pada zaman kini, Islam tidak lagi dilihat sebagai pegangan dan ad-Deen yang sejati..Islam tidak lagi tertambat di hati insan2 yang bergelar manusia..apa yang kita tahu, islam tue sekadar solat, puasa, dan paling 'ultimate' pun, kerjakan haji di Baitullah..Kita sempitkan Islam kepada perkara2 yang kecil..


Apabila terlihat sejadah berdiri, barulah kita akui kebenaran islam...

Apabila terlihat keranda terbang kononnya tidak diterima bumi, barulah kita mulai insaf dengan amalan kita yang jahil..

Apabila terlihat ikan2, pokok dan haiwan yang t
ertulis kalimah 'ALLAH' pada badan2 mereka, barulah kita yakin kebenaran islam..

Kita mengharapkan 'miracles' yang mistik turun dr langit...sedangkan petunjuk dan tanda2 kebesaranNya sedang berada di depan mata kita..di atas kita..di sekeliling kita..segala2nya tercatat di dalam Al-Quran yang agung itu..tetapi diri kita tetap juga ingin menunggu tsunami & gempa bumi melanda dan memusnahkan negeri2 yang luas..barulah kita ingin bertaubat..

'Paradigms' apakah yang kita pegang ini ? Islam marcapada disempitkan kepada perkara2 yang berada di luar akal sahaja..tetapi fungsinya sebenar dalam memandu kita ke arah keredhaan dan kehidupan yang berkualiti di dunia ini tidak pula kita yakini =( ..


Kita tergamam mendengar kisah2 professor yang terkejut dengan penemuan fakta embriologi di dalam al-quran..

Kita tersentak melihat satu demi satu kebenaran Al-Quran dalam dunia astronomi, herbalogi, dan fizik dibongkar dan diterokai kesahihannya..

Tetapi mengapa kita tidak tersentak, tergamam dan menyesal apabila diri kita tidak ingin kembali kepada jalan Allah apabila peringatan itu datang dalam pelbagai bentuk kepada diri kita ?

Diri ini tersentuh dengan kata2 seorang ikhwah yang diri ini kagumi ;

' Layakkah sebenarnya diri kita ini menerima hidayah dan petunjuk Allah SWT ? Layakkah diri kita ini menerima nikmat Islam dan iman ? Sedangkan dalam masa yang sama, diri kita jugalah yang berlari daripada kesemuanya itu..terpengaruh dengan keanggunan dunia yang hakikatnya, bersembunyi di sebalik 'make-up' sahaja..'

" Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat) " (Al-Ankabut : 64 )

*Jazakallah kpd sLave_oF_Almighty kerana menyedari sedikit kesilapan kpd terjemahan ayat al-Ankabut :64 yg sebelum ni ^_^..

Allah SWT jualah yang Maha Mengetahui segala2nya..tidak ada yang terlepas daripada pendengaran dan penglihatan Al-Aziz itu..sedangkan suara2 hati kita pun dapat Allah SWT ketahui, inikan pula perbuatan kita di dunia yg sementara nie..ditambah lg dengan pencatat2 Allah yang setia berada bersama kita..menunggu masa bilakah agaknya buku amal kita itu akan dipersembahkan kepada diri kita yang selalu lalai ini =( ..

Rakan2 pembaca yang dirahmati Allah semua,

Bangunlah kita daripada mimpi2 yang indah itu..perbetulkanlah niat dan tujuan hidup kita di dunia ini..sedarilah keadaan ummah kita yang sedang melarat, ditindas dan diperlakukan seperti patung boneka =( ..di manakah agaknya Abu Bakar As-Siddiq dalam kalangan kita nie ? Di manakah reviver of Islam seperti Salahuddin pada zaman kita ini ?

Inginkan persoalan itu terus membelegungi kita ? ataupun mula bertindak untuk membangunkan peribadi Muslim sejati dalam diri dan hati kita yang lalai ini ?

Islam bukanlah bermaksud mengangkat pedang, lightsaber, AK-47, M16 lalu kemudiannya pergi bertempur menentang musuh2 di medan perang..dan Islam juga bukanlah bermaksud berkurung dalam bilik 24 jam melakukan solat , berzikir dan sebagainya..kalau begitu, buat apa Ibn Sina sibuk2 belajar perubatan ? Buat apa Ibn Khayyam sibuk2 buat teori matematik yg berjaya mengubah dunia pada zaman mereka ? Dan buat apa scholars Islam dahulu kuasai ilmu falak, fizik, muzik, dan fiqh sambil mengerjakan islam dalam masa yg sama ?

Tidak lain tidak bukan adalah kerana kesedaran mereka betapa Islam itu bersifat menyeluruh (syumuliyyah) ..meliputi aspek dunia dan akhirat..cuma perbezaannya, dunia itu klu ingin dibandingkan dengan akhirat yang kekal abadi tidak lebih daripada sekadar tempoh sesaat sahaja..

"Dan (ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelak), dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari"( Yunus : 45 )

Allah SWT itu Maha Berkuasa..Maha Agung dan Maha Besar..sekiranya Allah ingin menaikkan dan memartabatkan Islam di dunia ini...Dia boleh sahaja melakukannya tanpa bantuan daripada seorang Muslim pun..tetapi sebaliknya, Allah berikan kita peluang itu utk melakukannya..Allah kurniakan kemuliaan itu kepada mana2 hambaNya yang sudi bekerja utkNya...dan Allah Azza Wa Jalla tidak akan pernah mungkari janjiNya..

Insya Allah Islam itu akan naik pada akhir zaman nnt..Insya Allah Islam itu akan diletakkan di tempat yang sepatutnya suatu hari kelak..tidak perlulah kita risau tentang hakikat itu..tetapi yang perlu kita risau adalah sama ada kita akan dipilih oleh Allah utk bersama2 bekerja ke arah kejayaan itu, mengorbankan apa2 yang kita inginkan di dunia ini ke jalan Allah..Atau adakah kita ingin menjadi insan yang sekadar berpeluk tubuh dan bertepuk tangan sahaja ? Bersorak dan bergembira melihat islam dimartabatkan..sedangkan dalam hati kita masih terpahat kecintaan kepada dunia ini..takut meninggalkan kesenangan yang ada bersamanya..sedangkan kesenangan itu tidak lain hanyalah kesenangan yang bersifat sementara sahaja..Allahu A'lam..

Rakan2 semua,

Buatlah U-turn kepada 'paradigms' kita yang terpesong ini...bebaskanlah diri kita drp kecelaruan dan kekeliruan itu..perbaharuilah niat dan tujuan hidup kita di dunia ini..semua kita inginkan syurga, tetapi adakah Allah akan berikan syurgaNya itu begitu sahaja ? Sedangkan darjat dan kenikmatan yang ada di dalamnya itu amatlah indah dan tiada tolak tandingnya dengan dunia kita yang penuh dengan kezaliman dan penipuan ini..ditambah lg dengan ahli2 syurga kebanyakannya ialah insan2 yang 'luar biasa'..maka, layakkah agaknya diri kita yang 'biasa-biasa' ini tumpang sekaki utk duduk di dalam syurga bersama-sama mereka kelak ?

" Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu ? Mereka ditimpa oleh matapelaka dan kesengseraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman bersamanya ;- 'Bilakah datangnya pertolongan Allah ? Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat" ( Al-Baqarah 2:214)

Diri yang menaip ini juga sama..mengajak orang kepada islam..sedangkan diri ini sendiri sering leka dan lupa kepada Allah SWT =( .. Ya Allah, ampunilah dosa hambaMu yang lemah ini ya Allah..tabahkanlah hati ini demi jalanMu yang lurus itu..Diri ini akui, betapa amalan dan ibadah diri ini masih tidak cukup utk masuk ke dalam syurgaMu itu ya Allah =( ..


Kecelaruan dalam kekeliruan...
Kekeliruan dalam kesesatan..
Dan kesesatan dalam kejahilan..

Mudah2an kita terhindar drp kesemuanya ini..insya Allah..

Mari rakan2 sume, kita kerjakan islam yang sebenar ye .. insya Allah ^_^ .. /bye


Salam Mahabbah Fillah =) ..
sometimes..
Allah breaks our spirit,
to save our soul..

He breaks our hearts,
to make us whole..

He sends us pain,
so we can be stronger..

He sends us failure,
so we can be humble..

He sends us illness,
so we can take care of ourselves..

sometimes..
He takes everything away from us,
so we can learn the value of everything He gaves us... ^_^

8 comments:

Salam..
Jzkk atas kupasan yg cukup menarik! =)

Hakikat kematian dn dunia yg bersifat sementara dn xsempurna hnya skadar peringatan kpd kita agr kita kembali sedar.. tp yg paling penting ialah kita memahami hakikat hidup kita sbg hamba-Nya, yakni tujuan hidup utk beribadat kpd-Nya..

Alam sekitar boleh djadikan sbg pemerhatian kita yg mna mrk 24/7 tunduk dn bertasbih kpd Allah. Hasilnya, putaran planet2 di orbit, silih bganti malam siang, rantaian makanan, dn byk lg cth yg lain dpt blaku dgn sungguh teratur dn sempurna..
Allah jualah yg mengatur semua itu.. =)

ps: akh, terjemahan2 yg enta bwa mcm ada yg lari je sket2.. cth, Qs. 29:64.. tp mksudnya tetap smpai.. wallahu'alam

 

salam..jzkk ya akh..ana termasukkan terjemahan yang x complete..sori2..mmg kesilapan ana..sudah diperbetulkan..insya Allah...terima kasih sbb peka dgn kesalahn tue ^_^ .. mmg manusia x lari dr mlakukn kesilapan..hihi =)

 

salam ya akh :

berhati2 dlm menggunakan tjemahan..dats y i rarely use it..but mmg mksud smpai..

but the point is ini bah hehe :
3 tanda iman masuk ke dalam hati :
1. benci kepada tipu daya dunia..
2. slalu ingin kembali kepada akhirat..
3. sntiasa bersedia utk mati..

kalau setiap perkara ni blum ada...meaning blum lagi kot..ntahla..

wallahualam..
2.

 

salam ziarah kembali..terasa lebih yakin kalau bercakap berdasarkan dalil2..sebab kebanyakan ilmu yang dpt..sumenye hasil tadabbur2 ayat quran dan hadith..mmg kesilapan diri klu ada apa2 yg x betul..harap dimaafkan ^_^ .. jzkk utk penambahan tue ya akhi..

 

benar dan sahih...
ana skdr memberitahu apa ana lakukan..ana kurang yakin dgn diri sbb takut menterjemah berdasarkan nafsu..

ana lebih byk guna persepsi sbb persepsi boleh dibangkang..hehe..tp dalil tak..
apa2 pun salam perjuangan kmbali...

 

assalamualaikum...

saudara hazim, saya amat menantikan artikel terbaru dari saudara berkaitan kes pengeboman underground train yg berlaku baru2 ini di kota Moscow...

saya mohon pengisian diliputi dgn kata2, doa2 dan firman Allah untuk memberi kekuatan kepada akhi dan ukhti di bumi Moscow ini yg sememestinya bakal menghadapi cabaran yg lebih besar susulan daripada peristiwa itu..

ini cuma cadangan ana...

teruskan menulis saudara.. demi ummah kita, demi keberkatan Allah.. insyaAllah.. =)

 

salam ukhuwah..insya Allah, jzkk utk cadangan tue..ana jg sdg mencari ilham, dan pengisian yg sesuai utk dimasukkan dalam next post nie..insya Allah, ada kaitan dengan kes trsebut..

jzkk, doakan keselamatan kitaorang kt sini ye..terutamanya utk golongan akhwat yang sedang ditimpa pelbagai konspirasi bt masa nie..

apa2pun, segala2nya drp Allah, dan hanya kepadaNya lah kembali segala urusan..Barakallahu fik ^_^ ..

 

salam,
moga akhwat wa ikhwah kat moscow di lindungi Allah. sesungguhnya kalian sedang menempuh jalan untuk mencari ilmuNya. jalan yang sangat pahit tapi manis dalam diam.
moga dalam RahmatNYa sentiasa.
jangan risau sebab Islam akan kembali Izzahnya di tangan kita, Insha Allah.
Allahu Akhbar!

 

Post a Comment

ShareThis

Related Posts with Thumbnails