::..|_ Paradigm Shift _|..::

" … Only in the remembrance of Allah do heart find peace. (Ar-Ra'd, 13:28) "

Shifting_Paradigms #15 : Di Kala Kerisauan Itu Menerjah


.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.

Segala puji bagiNya yang menurunkan kepada manusia segala macam kenikmatan dan kekayaan..

Segala puji bagiNya yang mencipta kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW ..

Dan segala puji bagiNya yang telah menjadikan kita khalifah dan pemikul agamaNya di muka bumi ini...

Cuma hakikatnya..pada masa ini..

Kita jugalah yang kufur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan tanpa sebarang caj tersembunyi itu ..

Kita jugalah yang malas menyingkap sirah2 Rasulullah SAW..apatah lagi mengikuti jejak langkah baginda..

Dan kita jugalah yang mengkhianati amanat yang telah diturunkan dengan jelas melalui kitab suciNya itu..

Tetapi..betapa 'bagus'nya kita ini.. dalam diam..kita inginkan syurga..dalam senyap, kita harapkan perlindungan drp Allah SWT .. dan dalam keadaan yang penuh dengan 1001 dosa..kita inginkan kebahagiaan dunia dan akhirat =( ..

Maka, persoalannya ; Layakkah kita mendapat kesemuanya itu ? Wallahu A'lam..

Salam Kemanisan Ukhuwah ..insya Allah ^_^

Rasanya sudah ramai rakan2 yang sedia maklum dengan peristiwa yang menimpa bumi Moscow dalam beberapa minggu nie..suatu peristiwa yang diri ini anggap sebagai suatu 'musibah yang berlangsirkan ibrah' ..

Peristiwa yang telah membuatkan berbilion2 penduduk dunia 'shift paradigms' masing2 ke arah yang bertentangan...Masing2 membuat tanggapan sendiri..Masing2 membuat teori dan konspirasi sendiri..Namun, putar macam mana sekalipun, segala2nya berakhir dengan 'si pengganas' menjadi mangsanya..

Diri ini tidaklah ingin mengulas apa2 berkenaan dengan kejadian tersebut..kerana takut memberi info2 yang tidak betul pula..tambah2 lagi dengan keadaan yang masih 'hangat' selepas terjadinya peristiwa tersebut..

Tetapi, diri ini lebih tersentuh untuk menyingkap reaksi dan tindakan kita sebagai seorang insan yang bergelar Muslim..insan yang mengaku tiada tuhan selain Allah..dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya..

Pertama sekali, rasanya lebih baik kita berfikir sejenak...mengapakah agaknya Allah turunkan musibah2 besar seperti ini kepada kita ? Adakah Allah zalim ? Adakah Allah tidak mendengar rintihan dan penderitaan kita yang tidak henti2 dilontarkan dengan segala macam tuduhan dan tomahan ? Dan Bilakah agaknya akan datang pertolongan Allah itu ?

Kadangkala persoalan2 seperti ini bermain di dalam pemikiran kita..sehingga kadang2 membawa kepada putus asa, kekecewaan dan kesedihan yang berpanjangan..samalah keadaannya dengan diri kita yang sudah berusaha dengan gigih untuk mendapatkan sesuatu..tetapi akhirnya, tiada pulangan yang kita dapat..

Kita rancak bertanyakan soalan2 tersebut dalam diri kita..tetapi mengapa kita tidak pernah bertanyakan soalan2 seumpama ini pula ;

' Pernahkah agaknya kekasih Allah, Rasulullah SAW dilanda dengan musibah2 besar seperti ini ? '

' Pernahkah agaknya baginda berputus asa untuk terus berharap dengan bantuan Allah SWT ? '

Dan ' pernahkah agaknya baginda berhenti melaksanakan tugas baginda kerana tidak tahan dengan segala makian yang dilontarkan kepadanya ? '

Kita semua tahu jawapan kepada ketiga-tiga persoalan tersebut..tetapi mengapa kita tidak ingin mencontohi baginda ?

Sedangkan kekasih Allah, insan yang paling mulia di sisi Allah SWT itu sentiasa dilanda dengan pelbagai musibah2 dahsyat..malah lebih dahsyat daripada apa yang kita tempuhi setiap hari..tetapi pernahkah baginda bersedih hati ? pernahkah baginda membalas insan2 yang melukai baginda dengan celahan dan makian juga ? Sudah tentu tidak..yang memberikan reaksi-reaksi buruk tersebut hanyalah diri kita..yang masih lemah dalam mengerjakan islam yang sebenar..

Semua ini tidak lain tidak bukan..rentetan daripada keyakinan kita yang rapuh terhadap Allah SWT..

Kita percaya Allah itu Maha Pelindung..Allah itu Maha Pengasih..Maha Melihat..

Tetapi adakah kita yakin dengan sifat2 Allah SWT itu ? Sedangkan tatkala ditimpa ujian dan kesengsaraan, kita lebih banyak berharap kepada manusia drp Allah SWT..Kita lebih banyak meminta kepada manusia drp Allah SWT .. dan kita lebih banyak menagih simpati manusia daripada berdoa kepada Allah SWT...Maka, keyakinan apakah yang kita tanamkan dalam hati2 kita ini ?

' Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata ; Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan) ? . Dan demi sesungguhnya ! Kami telah menguji orang-orang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta ' ( Al-Ankabut 29:2-3)

Diri ini teringat suatu kisah yang dimasukkan ukhti Hafiza dalam post terbarunya..jazakillah ya ukhti ^_^ ;

Diceritakan di sebuah kampung di hujung sebuah negeri..
ada seorang pemanah yang sangat hebat...
kehebatannya dikagumi oleh semua orang..
malah, penduduk kampung jiran juga mengetahui akn kehebatannya ini...

si pemanah ini gemar menguji kehebatannya dengan meletakkan sasaran panahannya pada jarak yang amat luar biasa jauhnya..
namun begitu, panahannya tidak pernah tersasar...
tepat dan jitu...
malah, kadang-kadang si pemanah menggunakan sasaran yang kecil saiznya..

Orang ramai yang melihat kehebatan ini teruja dan bersorak keriangan setiap kali si pemanah berjaya memanah sasarannya dengan tepat..

Si pemanah: Wahaaaai penduduk kampung sekalian! aku ingin memanah sebiji kacang tanah yang jaraknya 20 meter dari tempat aku berdiri.adakah kamu percaya aku boleh melakukannya???

Orang ramai: Dengan kehebatan mu itu pastilah kami akan percaya..

dan terbukti..
si pemanah berjaya memanah sebiji kacang tanah itu dengan tepat sekali.

Si pemanah:aku ingin menguji lagi kehebatan ku ini..aku meminta seorang daripada kamu untuk berdiri pada jarak 2 meter dari tempat ku berdiri dan diletakkan sebiji epal di atas kepalanya...siapakah yang yakin marilah tampil ke hadapan...

orang ramai yang berada di situ terdiam dan masing-masing berfikir..

Si A: kalau yang dipanahnya tu epal, tembus macam mana pun itu epal..kalau dipanahnya kepala aku...innalillah nampaknya...


Si B: aku tahu dia hebat..tapi berbaloi ke aku pergi? tak yakin lah aku dgn dia..

dan akhirnya sedikit demi sedikit orang ramai beredar dan akhirnya tinggallah si pemanah itu bersendirian dan termangu-mangu dengan busurnya..

sumber : http://www.nuhari.blogspot.com (Ukhti Hafiza - Volgograd State Medical University)

Ibrah yang boleh kita ambil daripada cerita di atas sangat jelas..yakni betapa yakin dan percaya itu dua perkara yang berbeza..

Kita dapat lihat betapa percayanya orang ramai dengan kehebatan si pemanah mengenakan sasarannya dengan tepat sekali..Tetapi, tatkala si pemanah memohon bantuan orang ramai yang cukup yakin untuk meletakkan epal di atas kepalanya untuk dipanah..ternyata tidak ada yang berani..kerana mereka setakat percaya dengan kehebatannya..tetapi tidak yakin yang si pemanah mampu menjamin keselamatan mereka..takut silap2 haribulan, ajal pula datang bertandang..

Refleksinya kepada diri kita..adakah kita juga sama seperti orang ramai itu ? yang hanya percaya dengan Allah SWT yang Maha Pemurah dan Maha Agung..tetapi tidak yakin dengan diriNya ?

Kita tahu betapa hanya Allah SWT sahaja yang mampu menghidupkan dan mematikan kita..maka, mengapakah kita masih takut untuk berhadapan dengan dunia ? Sedangkan jikalau kita berada di tempat yang paling selamat sekalipun di dunia ini, sekiranya sudah tiba ajal kita..pasti akan mati jua..dan jikalau kita berada di sudut dunia yang menjanjikan kematian sekalipun, sekiranya belum sampai masanya..sudah tentu diri kita akan dilindungi oleh Allah SWT daripada apa2 malapetaka yg datang..

' Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh dan kalau mereka memperoleh kebaikan, mereka berkata ; "Ini adalah dari sisi Allah" dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata ; "Ini adalah sesuatu dari sisimu (Muhammad)". Katakanlah ; semuanya itu adalah dari sisi Allah. Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan ? ' (An-Nisa 4:78)

Tetapi, hal ini bukanlah bermaksud sengaja meletakkan diri kita di ambang kebinasaan..kerana insan yang membahayakan diri sendiri atau membunuh diri amatlah dimurkai oleh Allah SWT..

Bukan itu sahaja, sekiranya kita yakin Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala-galanya, sudah tentu kita tidak akan pernah terfikir untuk melakukan dosa di muka bumi ini..dan sudah tentu juga kita tidak akan pernah berhenti berdoa dan berharap kepadaNya dalam apa jua perkara..

Tetapi, seperti hal2 yang lain..nampaknya kita jugalah yang masih dibelenggu dengan segala macam jenis dosa..kita jugalah yang masih meletakkan manusia sebagai yg prioriti di dalam hati kita..dan ternyata sekali betapa kita jugalah yang membelakangi peringatan dan ayat-ayat suciNya =( ..

Insya Allah, sekiranya kita meletakkan keyakinan yang jitu kepada Allah SWT..sudah tentu kita akan mampu menjadi insan yang hebat..insan yang yakin betapa sesungguhnya Allah tidak akan turunkan apa2 perkara pun di dunia ini tanpa datang bersama-samanya hikmah dan peringatan buat kita semua...cuma kita yang selalu menjadi tuli dan buta, melabel semuanya sebagai 'musibah 100%' .. sedangkan perkara yang buruk di mata kita itulah, yang selalunya mendatangkan byk kebaikan kepada diri kita..

Manusia merancang..
Allah juga merancang..
Namun, bukankah Allah itu sebaik-baik perancang =) ?

' ..Cukuplah Allah sebagai penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baik tempat bersandar' ( Ali 'Imran 3 : 173 )

Rakan2 pembaca semua..

Insya Allah, marilah kita kembali kepada jalan Islam yang sebenar..'Shift-lah Paradigms' kita ke arah lorong yang benar..kukuhkan lah keyakinan kita kepada Allah yang Maha Besar itu..sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hamba2Nya..tetapi diri kitalah yang selalu menzalimi diri kita sendiri..termasuklah diri yang masih berdosa ini =( ..

Allah sentiasa ada bersama-sama dengan kita..mendengar dan memahami setiap penderitaan yang kita hadapi..maka, janganlah pernah sesekali kita berputus asa dengan rahmat Allah SWT..kerana kemenangan dan kejayaan yang sejati itu tidak lain tidak bukan, datangnya daripada Allah SWT ^_^ ..

" .. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri... " ( Ar-Rad 13:11 )

p/s : Di kala 'kerisauan' itu menerjah lagi..katakanlah kepadanya betapa kita ada Allah SWT..sebaik-baik pelindung..sebaik-baik tempat bergantung ^_^ .. insya Allah =)

6 comments:

isu yg agk kabur tp mesejnya jelas..
normal..ketika susah barulah manusia mencari Allah. Allah tidak pernah zalim bhkan manusia yang menzalimi dirinya.
hakikat pada kepercayaan dan keyakinan itu tergantung pada amal dan taqwa. Sedangkan syurga itu pula tidak tergantung pada amal tetapi rahmat Allah.,

untuk mendapat rahmat Allah pula tergantung pada amal dan taqwa. Amal tidak menjanjikan syurga tetapi rahmat Allah. But still...untuk memancing belas kasihanNya, amal perlu dijaga..

putar2 ke mana pun, semuanya balik kepada amal..
ulama kata, kita tersepak batu jua adalah kerana kecacatan dalam amal sndiri..

"Sesiapa yang tidak berkerut dahinya memikirkan umat, maka tidak akan menghidu bau syurga" -hadis.

wallahualam

 

Salam.

Post yang menenangkan hati yang sedang celaru.

Syukran.

 

salam..jazakallah akhi taufik ^_^ .. teringat pula kata-kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna,

"sesungguhnya aku amat meridui seorang pemuda/pemudi yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummah. "

Ternyata sekali betapa pemuda/pemudi yang beliau maksudkan itu agak sedikit bilangannya pada masa kini..

Moga2 Allah berikan kita kekuatan utk tsabat di jalannya..insya Allah ^_^ ..

 

salam ziarah...
teruskan perjuangan ke jalan allah :)

 

tp hari ini semua sibuk nak tidur awal pasal risau tak cukup tido..

n bynk berjaga malam kerana exam..hehe...lintasan masalah umat dibahukan kepada ulama ...akhirnya akal yg ada tidak bergerak pikir umat..sedih..

 

Alhamdulillah.. Nice entry..

Rsa mcm terkena pd diri sndiri.. hu3.. Hmm, yup, percaya shj tidak cukup, slagi mna kita tdk yakin kpd-Nya.. Setiap yg berlaku itu dtg dr-Nya, dn kpd-Nya jualah spatutnya kita kembalikan..

Semoga Allah mmberi kita kyakinan yg jitu utk mletakkan 100% pergantungan pada-Nya.. Aminnn.. ^_^

 

Post a Comment

ShareThis

Related Posts with Thumbnails