::..|_ Paradigm Shift _|..::

" … Only in the remembrance of Allah do heart find peace. (Ar-Ra'd, 13:28) "

Shifting_Paradigms #19 : Musibahmu Bergaramkan Ibrah



.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.

Pemberi ketenangan..
Pemberi pengajaran..
dan Pemberi Nikmat yang sejati..

Tetapi, nampaknya kita masih mencari sumber ketenangan yang lain meskipun Allah SWT dengan jelas telah berfirman betapa ;

"..Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang " (Ar-Ra'd 13:28)

Apa tidaknya..Allah lah sumber datangnya segala sesuatu, nikmat mahupun musibah, segala2nya datang daripada Allah SWT..maka hanya diriNya jua lah yang mampu memberikan ketenangan kepada hati kita yang sentiasa mendambakan kasihNya ini..usahlah dicari muzik, permainan atau apa2 jua perkara lain yang hanya mampu memberikan ketenangan 'palsu' atau bersifat 'sementara' .. berzikirlah mengingatiNya, bacalah ayat2Nya yang suci itu..Insya Allah, pasti akan tenanglah hati =) .. Oleh sebab itulah diri ini mengambil ayat di atas sebagai 'header' utk blog yang tidak seberapa ini..

Dalam sedar atau tidak, kita membaca Al-Quran yang sama sejak 1400++ tahun yang lalu.. 100% original .. ajaran yang sama.. wahyu yang sama..betapa terjaganya ayat2 Allah ini, namun kita jualah yang paling banyak membelakangi peringatan2 yang wujud di dalamnya..

Abu Bakar As-Siddiq membaca 114 surah yang sama kita baca pada hari ini..

Umar Ibn Al-Khattab beriman dengan ayat2 yang sama diturunkan kepada Rasulullah SAW..

Salahuddin Al-Ayubi, Muhammad Al-Fateh, Hassan Al-Banna dan ramai lagi tokoh2 pejuang islam..mereka semua membaca peringatan yang sama..'formula kejayaan' yang sama..tidak ada perbezaan walaupun sepotong ayat dengan apa yang kita baca setiap hari..

Tetapi, fikrah dan keimanan mereka terhadap ayat2 tersebut amat mantap..berbeza dengan keadaan kita pada hari ini yang kian hanyut dilanda ombak 'jahiliyyah moden' .. amat pelik, bukan ? Tetapi itulah hakikatnya perkara yang sedang menghantui anak2 remaja dan belia kita pada zaman sekarang.. kita membaca Al-quran seolah-olah kitab itu seperti novel, buku2 'fairy tale' atau majalah2 yang kita beli kat tepi jalan..bukan lagi sebagai panduan dan pegangan hidup =( .. Insya Allah, 'Shift Paradigm' kita dalam bab itu..

Salam Mahabbah Fillah ya akhi/ukhti ^_^ ..

Alhamdulillah, bersyukur sangat2 kepada Allah SWT kerana memberikan ruang dan masa kepada diri ini untuk membuat post di dalam blog ini..walaupun sedang berada dalam 'study week' utk final exam, diri ini cuba utk mencari masa yang ada utk update blog ini..dan rasanya tidak ada masa yang sesuai selain hari minggu yang kebiasaannya akan dihabiskan dengan perkara2 'lagho' sahaja..betapa kerdil dan hinanya hambaMu ini ya Allah =( ..

Musibah Bergaramkan Ibrah ..

' Kenapa orang lain dapat apa yang dorang nak..tapi aku yang dah berusaha nie x dapat gak ? '

' Kenapa umat islam kian ditindas dari hari ke hari ? '

' Sedihh...Asyik2 gagal..asyik2 gagal =( '

Sedar atau tidak..kadangkala kita mudah mengeluarkan kata2 di atas, lebih2 lagi apabila musibah itu datang tanpa dijemput..pada saat kita inginkan nikmat, pada saat itu jugalah musibah pula yang mendatang...kita inginkan 'B' , tetapi 'F' pula yang kita terima..

' Oh, susah betul hidup macam nie.. '

Diri ini juga tidak terkecuali daripada mengeluarkan penyataan2 di atas..

Itulah jadinya apabila diri kita melihat musibah sebagai 'musibah' , bukannya sebagai 'ibrah' , yakni pengajaran dan peringatan yang bermanfaat..

Diri ini pada suatu ketika dahulu pernah terfikir ;

'Aduh..kenapalah aq dapat kat Russia plak nie ? Habislah aq..'

Selama setahun pemikiran itu berputar-putar dalam kepala diri ini..memikirkan nasib yang tidak sudah2 malang..di saat rakan2 lain menyambung pelajaran di IB , 'overseas2' lain dan sebagainya..diri ini mengeluh dengan musibah yang menimpa diri..

Sehinggalah pada hari ini..barulah diri ini tersedar, betapa Allah SWT sememangnya penentu dan perancang yang terbaik..walaupun mungkin Russia ini bukanlah tempat terbaik utk mengambil 'medicine' , tetapi siapa sangka ;

Rupa2nya di bumi Russia inilah baru diri ini tersentak dengan keadaan diri yang dahulunya jahil dan jauh daripada pengamalan islam yang sebenar..

Dan rupa2nya di bandar Moscow inilah baru diri ini belajar apa erti Islam yang dahulunya sekadar dipraktiskan dengan 'biasa2' sahaja..Solat cukup, puasa cukup..dah islam..

Sememangnya tidak dapat dinafikan, betapa takdir Allah yang meletakkan ana di sini merupakan takdir yang terbaik diri ini pernah dapat..walaupun mungkin diri ini boleh sahaja ditempatkan di tempat2 lain untuk menuntut ilmu, tetapi belum tentu perkara dan ibrah yang ana dapat di tempat itu sama dengan apa yang ana dapat di sini...Alhamdulillah, terima kasih ya Allah ^_^

Oleh sebab itulah, diri ini selalu berpesan kepada orang lain agar tidak mudah menyalahkan takdir atau mempersoalkan musibah yang melanda diri dan ummah kita pada hari ini..kerana mustahil Allah turunkan suatu musibah tanpa datang bersama2nya ibrah dan petunjuk yang bermanfaat buat diri kita semua..

Janganlah menganggap gred 'A' atau 'Pyat (5)' itu sebagai penentu kejayaan yang sebenar..kerana kejayaan yang hakiki bukanlah lahir daripada kebolehan kita menjawab soalan2 peperiksaan..tetapi lahir daripada kesyukuran dan usaha kita untuk mengambil ibrah daripada setiap kurniaan Allah SWT..

Nikmat boleh bertukar menjadi musibah .. tatkala kita kufur nikmat lalu lupa kepada Allah SWT.. dan musibah juga boleh bertukar menjadi nikmat yang lebih 'nikmat' daripada 'nikmat' .. bergantung kepada perspektif dan cara kita memandang musibah tersebut..

Terbaru, umat islam dihina lagi dengan wujudnya 'Draw Muhammad Day' pada 20 Mei yang lalu..maka, mengamuklah dunia islam, bangkit membangkang group yang mendalangi perbuatan tersebut.. segala mcm perbuatan 'boikot' dilakukan, pelbagai mesej berantai dihantar, semata-mata ingin mempertahankan kesucian Rasulullah SAW..

Tetapi sedih..sedih sekali =( .. kita acap kali terlepas pandang musibah yang diturunkan Allah kepada kita ini.. Tidakkah kita sedar betapa daripada musibah ini sebenarnya tersirat peluang yang agak besar utk membuktikan betapa ajaran islam itu indah lagi suci ?

Ana kagum dengan beberapa golongan insan yang 'response' dengan musibah tersebut dengan cantik sekali..memberikan senyuman dan berusaha memberikan penjelasan kepada salah faham golongan bukan islam terhadap Rasulullah SAW .. mereka memberikan 'response video' yang ternyata 'terbalik' dengan anggapan golongan bukan islam terhadap balasan yang bakal mereka terima..mereka berikan racun dan api, tetapi dibalas dengan madu dan air.. Mudah2an Allah limpahkan rahmat ke atas golongan2 tersebut =) ..

Bagaimana pula dengan kita ? yang mula membuat post2 di wall FB mengatakan ;

' ****, berani ko maki nabi aku ? Ko ingat ko sapa ? '

' Islam is the religion of truth..U ****** will pay for ur stubbornness !! '

Sekiranya kita membuka dan melihat lukisan2 yang dibuat oleh group FB yang menghina Rasulullah SAW tue, memang hakikatnya kita akan rasa marah, kerana yang dihina itu bukannya orang rumah sebelah..insan itu lebih mulia daripada rakan2 kita, ayah dan ibu kita..itu Rasulullah SAW ..

Tetapi, yang lebih menyedihkan bukan itu..

Kerana hakikatnya, mereka melakukan semuanya itu disebabkan kejahilan dan salah faham mereka terhadap islam yang sebenar.. tidak kira bentuk bagaimana pun mereka cuba utk melukis Rasulullah SAW, itu tetap bukan Rasul junjungan kita..

Yang menyedihkan adalah komen2 dan respon2 yang diberikan oleh orang muslim terhadap perbuatan mereka...

' ***** u who made this group , go to **** !! '

Ya Allah...yakin benar ka kita nie dijanjikan syurga sehingga mudah sahaja mengatakan orang lain sebagai ahli neraka =( ?

Bagaimana kalau pengakhiran hidupnya dia beramal dengan ahli2 syurga ? Kita pula yang dalam keadaan tahu dan sedar akan kebenaran islam nie, tetap dalam lembah jahiliyyah kita masing2 =( ..

" The One Who Angers You, Conquers You " - Prophet Muhammad SAW ..

Nampak bagaimana emosi dan sikap kita yang mengamalkan islam separuh2 ini terdedah seperti itu sahaja ? Apabila emosi dan amarah mula menguasai diri, mulalah kita melatah, memaki hamun..lebih teruk lagi apabila perkataan2 'buruk dan carut' itu diselarikan dengan perkataan Islam dan nama Rasulullah SAW =( .. di manakah integriti kita sebagai pengamal islam sebenar ? Inikah ajaran yang ditinggalkan Rasulullah SAW kepada kita ? Menghina dan memaki hamun orang kafir yang realitinya tidak tahu apa2 pun mengenai islam ?

Kita menganggap islam ini milik kita..dan orang lain tidak berhak sama sekali utk sama2 menumpang mengkaji kebenarannya =( .. Alangkah indahnya jika segala perbuatan2 jahil mereka itu kita balas dengan memberikan penjelasan yang sebenar ttg islam..membawa mereka mengenal sifat dan peribadi Rasulullah SAW yang sebenar..bukannya menjauhkan lagi mereka, atau membuatkan mereka gelak ketawa membaca komen2 kita di FB ..

Kita boikot kumpulan2 yang cuba menghina Rasulullah SAW, tetapi bagaimana dengan Sunnah2 Rasulullah yang kita 'boikot' =( ? .. Siapa agaknya yang sedang menghina Rasulullah ? Mereka yang jahil itu ? ataupun kita yang sedang dalam keadaan tahu dan sedar ini ?

Itulah yang ana cuba bawakkan dalam post utk kali ini...janganlah memandang musibah sekadar musibah semata-mata..tetapi lihatlah 'di sebalik tabir' dan 'resepi' musibah tersebut..kerana di dalamnya terkandung garam2 ibrah yang amat berguna buat kita semua..

Ana teringat kisah 11 september yang menggemparkan dunia tatkala umat islam dituduh sebagai terrorist dan pengganas...tahukah kita betapa selepas peristiwa tersebut, peratusan dan graf kenaikan orang2 yang memasuki islam menaik dengan mendadaknya ?

Kita sebagai Muslim melihat perkara itu sebagai musibah..sedangkan daripada peristiwa itulah Allah memberikan hidayah dan petunjukNya kepada ramai insan di luar sana...manakan tidak ? Selepas sahaja peristiwa tersebut, semua media dunia sibuk memaparkan dan menyebut nama 'islam itu .. islam ini' sehingga menimbulkan kekeliruan kepada orang lain tentang apakah islam yang disebut2 ini ? Mereka mula membuat kajian sendiri yang akhirnya membawa mereka kepada kebenaran islam sebenar..alhamdulillah..

Ana masih ingat bagaimana seorang brother tue menceritakan pengalamannya sebagai seorang gangster jalanan yang mendapat hidayah hanya selepas menonton tv pada pagi 11 september...pada ketika itu presiden US sedang memberikan ucapan dan komentarnya berkenaan peristiwa tersebut..brother tersebut faham setiap patah perkataan yang disebut presiden mereka, kecuali satu perkataan...iaitu 'islam' .. dan siapa sangka, selepas itu dia mula mengetahui kebenaran islam dan kehidupannya bertukar 100% daripada gangster jalanan kepada seseorang yang warak dan tekun beribadah kepada Allah SWT..Subhanallah..

Begitu indah cara Allah SWT memberikan hidayahNya, bukan ?

Yang terbaru lagi, wujudnya golongan anti-muslim yang memperuntukkan beribu-ribu dollar utk membuat advertisement pada badan2 bas awam di bandar New York dengan tujuan ingin mengajak orang islam meninggalkan ajaran yang suci murni ini..tetapi tidak sedarkah kita mereka sebenarnya sedang 'berdakwah' dan membantu perkembangan islam sendiri ? Mungkin agak pelik..tetapi perbuatan mereka itu sebenarnya membuatkan ramai orang tertanya2 apakah agaknya yang dimaksudkan dengan perkataan 'islam' di badan2 bas awam New York nie..benarkah apa yang mereka iklankan tue ? Dan ana yakin, selepas ini pasti lebih ramai orang yang mula mencari kebenaran ajaran islam sama ada melalui internet ataupun bacaan mereka sendiri..

Sedangkan musibah2 yang besar seumpama ini pun terkandung pelbagai ibrah buat kita semua..apatah lagi musibah2 'kecil' yang didatangkan khusus buat diri kita ini ? Yakinlah, betapa di sebalik musibah itu hakikatnya bergaramkan ibrah buat kita semua..insya Allah, pandanglah segala2nya dengan pandangan islam dan takwa, pasti akan bahagialah hidup kita di dunia ini..

Tidak perlulah kita mengkaji dan mencari contoh2 yang lain..lihatlah sahaja pada sirah Rasulullah SAW..pelajari dan kajilah bagaimana keindahan akhlak dan kesabaran Rasulullah SAW dalam menyebarkan islam pada kaumnya..Tidak kira betapa besar pun musibah yang melanda baginda..baginda tetap tidak berundur daripada menyampaikan ajaran islam..walau bagaimana teruk pun baginda diuji dengan kedegilan dan keganasan kaum Quraisy yang membantah dakwah baginda..tetap diteguhkan jua hati itu, tetap dilembutkan juga lidah itu utk membaca ayat2 Allah SWT ..

Apalah sangat ujian2 markah exam atau kekurangan harta yang kita terima ini kalau ingin dibandingkan dengan kekasih Allah itu ? Tetapi, ramai kita tidak sedar betapa akhlak dan kesabaran baginda itulah yang menjadi 'bom atom' kepada penyebaran islam pada hari ini..kita pula bagaimana ? Kalau markah2 exam pun sudah mampu membuatkan kita sedih dan melatah, apatah lagi kalau diuji dengan ujian yang lebih besar dan mencabar seperti baginda Rasulullah SAW ? Agak2nya apa yang akan jadi pada diri kita ye ?

Insya Allah, 'Shift Paradigm' kita dalam hal ini..kerana hakikatnya, musibah yang Allah turunkan itu didatangi dengan segala macam perkara baik yang berguna buat diri kita..

Allah tidak memberikan apa yang kita inginkan, tetapi Allah memberikan apa yang kita perlu di dunia ini..untuk menjadi lebih dekat kepadaNya, serta tabah dalam menghadapi cabaran dunia yang penuh fatamorgana ini..insya Allah ^_^ ..

" Tidak ada suatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah (Al-Hadid 57:22) "

" Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri" (Al-Hadid 57:23)

Wassalam ^_^ ...

5 comments:

post yg bagus..syukran

 

betul.

shift the paradigm ke arah pemikiran Rasulullah.

 

insya Allah..sama2 kita membentuk jiwa individu muslim yang sejati dalam diri kita =) ..

 

nice entry!

May Allah bless you for your willingness to share this knowledge!

 

Post a Comment

ShareThis

Related Posts with Thumbnails