.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.
KeagunganNya tiada tandingan..
KebijaksanaanNya tiada batasan..
Ketelitian pengetahuanNya merentasi seluruh alam semesta..
Kita semua mengakui keesaan dan kehebatan Allah dalam mengurus ciptaanNya..Hatta sekecil2 penciptaan Mycoplasma Genitalium (wikipedia), ataupun sebesar-besar Blue Whale sekalipun sudah cukup untuk menjadi bukti ketelitian Allah dalam mencipta alam semesta ini..
Amatlah pelik sekiranya wujud tanggapan2 yang mengatakan betapa segala2nya ini berlaku secara 'random' ataupun kebetulan tanpa wujudnya Pencipta yang menguruskan 'Life Cycle' organisma2 tersebut..
Adakah logik sekiranya kita mengatakan bahawa seekor nyamuk itu tahu secara sendirinya betapa badan manusia mempunyai mekanisma 'blood-clotting', lalu dirinya pun menghasilkan 'enzyme' yang berfungsi sebagai 'anti-coagulant' ketika menggigit mangsanya ?
Adakah logik sekiranya kita mengatakan betapa bumi ini terletak secara tersendirinya pada kedudukan yang betul2 tepat daripada bahang matahari yang panas ? Sekiranya dekat seperti Venus atau jauh seperti Mars sahaja pun sudah cukup untuk membantutkan proses kejadian organisma, inikan lagi sekiranya dekat seperti Mercury atau jauh seperti Neptune..
Siapakah agaknya yang Maha Mengetahui kemungkinan2 ini pada awal penciptaan alam semesta ini selain daripada Allah SWT yang Maha Pencipta lagi Maha Bijaksana ?
Subhanallah..Begitu teliti dan agung sekali Kebesaran Allah SWT ..
" Dan tidak ada sesuatu pun melainkan pada sisi Kami sahaja perbendaharaannya dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan menurut kadar dan masa yang tertentu " (Al-Hijr 15:21)
Tetapi..nampaknya kita, yakni ciptaanNya yang paling kompleks dan tinggi darjatnya ini jugalah yang paling banyak membelakangi kebesaran dan peringatan2Nya =( ..
Salam Manis Ukhuwah ya akhi/ukhti ^_^ ..
' Menyalakan Lilin Yang Satu ... '
Terdapat satu Ancient Chinese Proverb yang amat mendalam maksudnya..dan proverb inilah yang diri ini ambil sebagai asas untuk entry kali ini ..
" It is Better To Light One Candle Than To Curse The Darkness "
Terbaru, kekejaman dan kezaliman Regim Zionis yang menghalang Misi Keselamatan ke Gaza telah membuatkan pelbagai macam 'Paradigma' melanda seluruh warga dunia..sama ada yang Islam, mahupun yang bukan Islam, kesemuanya mencintai keamanan dan kemakmuran..maka, tindakan dan kerakusan askar2 Israel mengganggu perjalanan Flotilla di tengah2 lautan sememangnya telah membuka mata dunia akan kebenaran definisi 'terrorist' yang hakiki..
Bukan pada 31 Mei itu sahaja kekejaman Zionis dapat dilihat..malah tiap-tiap hari, sebelum mahupun selepas peristiwa tersebut, kezaliman mereka terhadap saudara2 kita di Palestin telah terserlah..cuma pada hari tersebut, mereka benar2 telah 'membuka topeng' mereka sendiri..membuatkan seluruh penduduk dunia terbangkit sebentar daripada tempat duduk mereka..
Maka, bermulalah lagi musim demonstrasi2 itu..
Bermulalah lagi musim membakar bendera dan poster2 itu..
Status FB / FS / Twitter bertukar daripada 'semalam aku jalan2 kat Sunway' kepada jeritan dan laungan2 takbir..pelbagai update dan berita berkenaan peristiwa tersebut mula disebarkan..gambar2 profile picture ditukar...dan suara keprihatinan serta kesedihan kita terhadap aktivis2 keamanan mula kita serlahkan..
Alhamdulillah..masih wujud lagi kecintaan kita terhadap ad-deen ini..
Alhamdulillah..masih prihatin lagi kita perihal saudara2 kita yang sedang berjuang nun jauh di sana..
Tetapi, seperti kata2 Brother Hilal Asyraf dalam blognya ;
" Jerit, laung, doa, yang kini hangat di alam maya, itu semua hanyalah pembakar semangat. Namun begitu, janganlah kita lupa betapa api, tetap akan padam jika tiada bahan bakarnya yang konsisten "
Buktinya, sudah berapa siri demonstrasi 'bermusim' yang kita buat sejak kezaliman para musuh menjajah maruah dan keamanan saudara2 kita di Iraq, Afghanistan dan Palestin itu berakhir dengan diri kita kembali kepada fasa yang sama...yakni, fasa jahiliyyah moden..
Demonstrasi2 dan jeritan2 kita hanyalah sekadar ilusi, hakikatnya diri dan hati kita masih terpahat kepada dunia dan hiburan..
Laungan takbir dan kesatuan kita hanyalah ilusi semata-mata, hakikatnya diri kita masih lemah dalam melawan nafsu dan 'perang pemikiran' yang dilancarkan musuh2 kita..
Realitinya..fasa2 kesedaran dan keprihatinan kita 'datang dan pergi' begitu sahaja..
Selepas ini..status2 FB / FS / Twitter tadi akan bertukar kepada komentar2 tentang kelincahan Rio Ferdinand atau Wayne Rooney menggelecek bola di padang..
Laungan dan jeritan takbir tadi akan bertukar kepada jeritan 'GOLLLLLL' ..
Topik2 perbincangan berkenaan kekejaman Israel di kedai2 kopi dan restoran bertukar kepada ketidakpuas-hatian terhadap keputusan pengadil yang kononnya berat sebelah..
Isu2 saudara kita luput semula...Luput dek bola dan statistik kemenangan pasukan kegemaran kita..
Keprihatinan kita bertukar kepada kepekaan 'Keeper' yang menjaga tiang gol...Kata2 semangat kita beralih kepada 'striker' pasukan kegemaran kita..berita2 Palestin hanya sekadar 'berita' buat diri kita..berita yang tidak ada bezanya dengan berita buang2 bayi yang hanya boleh kita tangisi di depan kaca televisyen..
Mana perginya semangat2 tadi ? Mana hilangnya jeritan dan takbir kita itu ? Takkanlah secepat itu segala2nya berakhir =( ?
Adakah kesemua usaha kita tadi sekadar ilusi dan fatamorgana dunia sahaja =( ?
Tidak ada salahnya kita ingin menonton pemain kegemaran kita membolos tiang gol pasukan lawan..tetapi takkanlah sehingga masa2 utk kita beribadah dan tarbiyyah diri kita turut sama tergadai kerana perkara yang kita sendiri tidak ada perkaitan secara langsung ?
Kita takkan menang, meskipun England menjuarai World Cup pada tahun ini..
Israel takkan berhenti menzalimi saudara2 kita, meskipun Brazil menjulang piala emas itu..
Dan iman kita takkan naik, walaupun Germany berjaya masuk ke final ...
Dalam keghairahan dan kegembiraan kita menonton pasukan bola kegemaran kita menjaringkan gol..janganlah dilupa akan nasib2 saudara kita yang melihat darah dan ahli keluarga mereka mati di depan mata mereka..dan janganlah dilupa akan perihal musuh2 kita yang takkan pernah redha, selagi kita tidak mengikuti cara hidup mereka yang jauh daripada kebenaran Islam..
Ditambah lagi dengan isu2 boikot yang 'ditimbulkan' semula setelah sekian lama senyap, bermulalah lagi 'musim' yang entah sampai bila akan bertahan..
Kita prihatin kerana memboikot produk2 Yahudi, tetapi takkanlah 'memboikot' peringatan dan sunnah2 Rasulullah itu juga dikira prihatin ? Takkanlah malas mengkaji Al-Quran dan beribadah itu juga dikira prihatin ? Apakah agaknya erti 'prihatin' dalam kamus hidup kita ini =( ?
Kita sedarilah betapa kutukan dan boikot2 kita itu belum cukup untuk memastikan kemenangan yang sejati..alangkah baiknya sekiranya kita 'menyalakan lilin yang satu' itu .. lilin yang menjamin kesejahteraan dan keamanan yang sebenar..yakni, lilin 'kembali ke jalan Allah SWT' ..daripada terus mencaci , mengutuk dan memaki golongan2 zalim itu tanpa batas..
Ana berminat dengan karya Sayyid Qutb , 'Petunjuk Sepanjang Jalan' yang banyak menghuraikan teknik dan strategi mantap Rasulullah SAW dalam menyebarkan akidah Islam yang sebenar selama 23 tahun perjuangan baginda..
Baginda tidak ada lagi di muka bumi ini sewaktu 2/3 dunia dikuasai islam..
Baginda juga tidak ada semasa Salahuddin Al-Ayubi menawan Jerusalem..Apatah lagi semasa Sultan Muhammad Al-Fateh membuka Kota Constatinople..
Tetapi baginda tahu, betapa dengan 'menyalakan lilin yang satu itu' lah yang bakal membawa kepada ternyalanya lilin2 yang lain, menghasilkan cahaya yang terangnya begitu jelas sehingga mampu memandu jalan di dalam kegelapan..
Meskipun ditawarkan kuasa sebagai pemerintah kaum Arab yang boleh sahaja memaksa penduduk Mekah untuk menganuti Islam semasa awal penyebaran ajaran Islam dahulu, baginda tetap menolak tawaran itu...kerana baginda tahu, untuk mengekalkan kejituan dan kebenaran ajaran Islam itu berkekalan, baginda memerlukan pengikut2 yang benar2 mantap akidahnya, mantap akhlaknya, dan mantap ketaatannya kepada Allah SWT seperti Abu Bakar dan Umar Al-Khattab..kemudian barulah baginda melangkah setapak lagi dengan memimpin penduduk Madinah, yakni tatkala syariat dan keagungan Islam telah terserlah..
Oleh sebab itulah kita dapat melihat perbezaan yang ketara antara ayat2 Al-Quran yang diturunkan di Mekah, dengan ayat2 yang diturunkan di Madinah...Ayat2 di Mekah lebih menjurus kepada akidah,akhlak dan ketuhanan, yakni sesuatu yang amat vital dalam pembentukan 'pemuda islam' sebenar..kemudian barulah tidak menjadi masalah untuk mensyariatkan hukum2 muamalat, aurat, pembahagian harta pusaka, hudud, perkhawinan, dan kepimpinan yang diturunkan di Madinah..kerana mereka faham betapa perundangan yang terbaik adalah perundangan yang datangnya daripada Allah SWT..
Selagi kita masih boleh bekerja, bertenaga dan berkemampuan ini..segeralah kita membuat pilihan masing2..sama ada kita ingin terus berada dalam zon jahiliyyah kita, meneruskan perjuangan2 'ilusi' kita yang sekadar mengutuk dan mencaci pihak2 zalim (cursing the darkness) ? ..ataupun kita ingin melakukan sesuatu yang bermakna buat ad-deen ini (lighting a candle) , yakni dengan kembali kepada Islam yang sebenar, Islam yang kaffah (menyeluruh), dan Islam yang ditempuhi oleh Rasulullah SAW dan para sahabat baginda..
Ana berminat untuk berkongsi pengalaman diri yang baru 10 bulan menetap di bumi Moscow ini..melihat sendiri bagaimana Islam telah membentuk saudara2 kita di bandar yang serba moden ini..ana sempat melawat dan menziarahi beberapa masjid di sini, dan ternyata walaupun baru beberapa minit bersama dengan para penduduk islam di sini, keindahan dan kebenaran islam dalam membentuk peribadi mereka benar2 terserlah..
Diri ini berasa amat malu, melihat mereka yang walaupun gagap2 membaca al-quran, menghafal hanya satu atau dua surah sahaja daripada al-quran, malah ada yang belum fasih membaca 'Alif..Ba..Ta' , tetapi keimanan dan keteguhan mereka dalam mempraktikkan islam yang sebenar betul2 boleh dilihat..daripada sikap mereka yang sopan santun, tidak membazir, bahasa yang lembut dan berhikmah benar2 membuatkan diri ini berasa sangat rendah sekali..
Betapa beruntungnya kita dapat mempelajari ilmu agama di sekolah dan kelas2 agama, berbanding mereka yang perlu berjalan jauh ke masjid untuk bertemu imam dan syeikh mereka semata-mata kerana ingin mendalami islam..tetapi, fikrah dan keimanan mereka nampaknya lebih tinggi daripada kita yang boleh membaca al-quran dengan berlagu dan indah, tetapi tetap berpaling dengan suruhan Allah dalam kitabNya itu..
Walaupun mereka mendapat tentangan daripada kawan2 dan keluarga mereka, tetap ditabahkan juga hati itu demi mendapat keredhaan Allah SWT .. Ya Allah, diri ini sendiri tidak dapat membayangkan bagaimanakah agaknya nasib sekiranya keluarga dan kawan2 kita sendiri mencaci dan mengejek agama yang kita anuti ini..malah, ada antara mereka yang sehingga dihalau daripada rumah, kesemuanya hanya kerana Islam =( ..
Kita pula bagaimana ? Apakah bukti kesetiaan dan ketaatan kita kepada Allah SWT ? Apakah bukti perjuangan dan kecintaan kita kepada ad-deen Allah ini ?
Perjuangan Ilusi ataupun Pejuangan Hakiki ..
Cursing The Darkness or Lighting a Candle..
Kesemuanya itu bergantung kepada permulaan dan kesedaran kita untuk kembali kepada ad-deen Allah ini..
Diri ana yang menaip ini juga tidak ada kurangnya, tetap dibelenggu dengan pelbagai perkara2 jahil yang perlu dibuang dengan segera =( .. (kurniakanlah kekuatan kepada hambaMu ini ya Allah) ..
Insya Allah, sama2 kita mengkaji di manakah agaknya silap kita dalam membangunkan islam dalam diri kita ini..kita semua membaca al-quran dan hadis yang sama, tetapi ternyata wujud suatu 'gap' yang agak besar antara keimanan kita dan keimanan para sahabat Rasulullah..
Rakan2 pembaca semua,
Marilah sama2 'Shift Paradigm' kita.. 'Shift Keimanan dan Niat' kita .. insya Allah, pasti kemenangan islam itu nanti, akan tertulisnya nama kita sebagai salah seorang daripada pengusahanya..sama2 membuat pilihan yang tepat, bukan esok atau lusa, tetapi pada saat ini juga =) ..
" Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu " (Muhammad 47:7)
Wassalam ^_^ ..
p/s - Insya Allah, tak lama lagi akan kembali ke bumi Malaysia ^_^ (23hb Jun) ..
3 comments:
terima kasih akhi atas peringatan..sungguh diri ini betul2 tertampar.. diri ini sebenarnya sedar akan kejahilan yg sentiasa dilakukan namun sukar sekali untuk berubah.. Ibadah yang asas pun masih lompang-lompong untuk diamalkan..
benar, jihad melawan nafsu sememangnya cukup susah.. Alhamdulillah, peristiwan kekejaman Israel baru2 ini cukup membuka minda saya.. saya sayang agama saya.. dan diri ini benci kepada musuh2 di luar sana..
namun sejujurnya, saya masih lemah, dan masih jauh dari islam.. hanya Islam sahaja yang diri ini punyai sekarang..
jzkk ya akhi.. insyaAllah, blog ini akan sy jadikan rujukan untuk mengamalkan islam yg sebenar.. mungkin tidak secara drastik, tapi insyaAllah, perlahan-lahan..
amat mengagumi akhi.. insyaAllah, semoga akhi menjadi insan yg mampu menjadi pemimpin ummah.. insyaAllah..
=)
sesungguhnya diri ana ini juga masih banyak yang perlu ditingkatkn...dalam tidak sedar, masih banyak lagi perkara2 jahil yang perlu ana buang dalam diri ini..
klu akhi/ukhti dapat apa2 yang baek drp blog ini, kesemuanya itu layak disandarkan kepada Allah SWT jua =) .. ana tidak layak mendapat apa2..
insya Allah, sama2 kita berusaha utk mengubah diri kita ke arah jalan islam yang sebenar ^_^ ..
jzkk kerana sudi melawat blog ini ya akhi/ukhti =) ..
Agak lewat untuk satu komentar. Ahamdulillah wa jazakallah dengan entry yang memberi peringatan. Sesungguhnya peringatan untuk sangat bermanfaat(87:9), lalu solusinya kita yang perlu bangkit untuk memberi peringatn(74:2)untuk diri terutamanya dan sekeliling kita.
Masalah kita tak akan selesai bila kita tak balik pada Allah. Betullah, lighting the candle dalam definisi entry itulah solusinya yang juga sama di utarakan oleh syed Qutb dlm bukunya. Semuanya perlu kembali kepada Allah meskipun dia Islam. Dan kata seorang blogger, umat kita ini tak akan selesai masalahnya jika tidak diselesaikan sama dengan cara Rasulullah buat dengan generasi pertama Al Quran itu dulu. Balik lah pada Allah, Sang Agung pemilik cinta yang hakiki. Wallahua'lam.
Post a Comment